Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ciri-ciri perlembagaan Tanah Melayu.

Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlanntik. Menurut Piagam Atlantik, British
mengakui hak menentukan nasib sendiri kepada mana-mana jajahannya. Pejabat Tanah Jajahan
dan Pejabat Perang merancang mewujudkan sistem kesatuan (Union) setelah Jepun diusir
daripada Tanah Melayu. Kerajaan British bercadang mengisytiharkan Malayan Union pada 1
April 1946.
Terdapat beberapa ciri-ciri perlembagaan Malayan Union. Ciri utama Malayan Union ialah
Malayan Union merupakan entity politik yang menggabungkan Sembilan buah negeri
Melayu,Pulau Pinang,dan Melaka. Singapuran dipisahkan daripada unit pentadbiran Negerinegeri Selat dan kekal sebagai Tanah Jajahan Mahkota British
.
Pusat pentadbiran Malayan Union adalah di Kuala Lumpur. Kerajaan Malayan Union diketuai
oleh gabenor yang mempunyai kuasa penuh dalam hal pentadbiran Malayan Union. Di peringkat
pusat, gabenor akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan. Kedua-dua
majlis ini akan menjadi penasihat kepada Gabenor. Majlis Mesyuarat Kerja bertanggungjawab
menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan Majlis Undangan berfungsi bagi menggubal undangundang bagi Malayan Union. Gabenor mempunyai kuasa penuh.
Di peringkat negeri pula, terdapat Majlis Mesyuarat Negeri untuk mentadbir kerajaan
pentadbiran tempatan. Kuasa tertinggi dipegang oleh Residen Commisioner, Majlis Mesyuarat
Negeri diletakkan di bawah kawalan kerajaan pusat.
Cirri seterusnya, kedudukan raja-raja Melayu dikekalkan tetapi kuasa dikurangkan. Raja-raja
melayu kekal sebagai pemerintah atas nama dengan kuasa mereka terbatas dalam hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Keadaaan ini bermakna raja-raja Melayu tidak
mampu untuk melindungi hak dan kepentingan orang Melayu pada masa hadapan.
Perlembagaan Malayan Union memberikan kewarganegaraan kepada semua kaum berdasarkan
jus soli. Syarat-syarat kerakyatan amat longgat dalam prinsip jus soli.antara syarat-syarat jus soli
ialah sesiapa yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura selepas penubuhan Malayan Uniom
diterima sebagai warganegara Malayan Union, orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan
telah bermaustin di Malayan Union atau Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum
15 Februari 1942, sesiapa yang dilahirkan di luar Tanah Melayu atau Singapura tetapi bapanya
menjadi warganegara Malayan Union dan Sesiapa yang telah bermastautin lima hingga lapan
tahun,mempunyai tingkah laku yang baik, fasih berbasa Inggeris dan Melayu, dan mengaku taat
setia kepada Malayan Union. Kewarganegaraan memberi hak yang sama kepada orang bukan
Melayu.
Kesimpulannya,cirri-ciri Malayan Union adalah untuk memudah pentadbiran kerajaan British di
Tanah Melayu. Pemberiaan kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu ialah untuk menarik
minat orang bukan Melayu untuk bekerjasaman dengan pihak British. Kuasa-kuasa Raja Melayu
akan dikurangkan dan British akan mendapat memerintah Tanah Melayu dengan mutlak.

You might also like