Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM DASAR LUAR NEGARA

BAHAGIAN A
[15 markah]

Jawab semua soalan

1. Pernyataan yang manakah menjadi halangan utama kepada kegagalan kerjasama ekonomi
ASEAN?

A Pertukaran pucuk pimpinan negara anggota ASEAN


B Pergolakan politik di beberapa negara anggota ASEAN
C Anggota-anggota ASEAN memberi keutamaan terhadap kepentingan nasional masing-masing
D Persaingan ekonomi kerana pergantungan pada hasil eksport barangan komoditi yang hampir
sama

2. Yang manakah merupakan inisiatif utama yang telah berjaya dilaksanakan oleh Malaysia
semasa menjadi Pengerusi Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada tahun 2003-2006?

A Menubuhkan Rangkaian Berita NAM (NNN)


B Menubuhkan institut bagi membela nasib wanita
C Menubuhkan Kumpulan Pakar Pertubuhan Maklumat tentang Dasar Ekonomi Negara
D Melancarkan Tabung Kebajikan untuk menyokong hak-hak mutlak rakyat Palestin di Kuala
Lumpur
1

3. Objektif Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ialah

I membina hubungan politik yang lebih utuh


II mewujudkan peraturan-peraturan keselamatan yang seimbang
III menyediakan suatu forum dialog tentang isu serantau dan globalisasi
IV menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang untuk pembangunan sosioekonomi dan politik

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

Mengadili jenayah antarabangsa


Menghentikan jenayah pencerobohan ketenteraan

4.Agensi yang manakah yang melaksanakan tugas-tugas di atas?


A Majlis Keselamatan PBB
B Pertubuhan Ketenteraan Antarabangsa
C Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)
D Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (ICJ)

D III dan IV

5. Yang manakah isu yang dibincangkan pada Persidangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali
(NAM) di Sidang Kemuncak Afro-Asia 2005, Bandung, Indonesia pada 22 April 2005?
A Meningkatkan kerjasama kesihatan
B Membanteras pengedaran cetak rompak
C Bekerjasama untuk membantu mangsa tsunami
D Meningkatkan kerjasama mengurangkan masalah pencemaran

6. Yang manakah merupakan badan perunding ekonomi yang bertanggungjawab untuk


menstruktur ekonomi Negara-negara Dunia Ketiga?

A Kumpulan 7 (G7)
B Kumpulan Negara Maju
C Pergerakan Negara-Negara Islam
D Suruhanjaya Selatan-Selatan (G77)

7. Yang manakah merupakan penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


(PBB)?

I Menyertai misi pengaman PBB


II Menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB
III Menerima lantikan sebagai Bendahari PBB
IV Menerima lantikan sebagai Penasihat Bank Dunia
A I dan II
3

B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)


Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

8.Apakah persamaan objektif bagi kedua-dua pertubuhan di atas?


I Mewujudkan kerjasama ekonomi yang bersifat serantau
II Membantu memajukan pendidikan negara membangun
III Menyuarakan pendapat bersama pada peringkat antarabangsa
IV Mengadakan perbincangan dengan negara-negara maju tentang isu-isu perkauman
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

9. Yang manakah merupakan agenda ASEAN?


I Menyelesaikan pertikaian serantau secara rundingan
II Menggalakkan campur tangan kuasa-kuasa besar dalam konflik negara
III Meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan dan politik serantau
IV Mengawal kegiatan cetak rompak dalam kalangan negara-negara ASEAN
4

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

10.Kepulauan Spartly menjadi rebutan Malaysia kerana Kepulauan Spartly


I mempunyai lokasi yang terbaik untuk perdagangan
II merupakan tempat yang sesuai untuk ujian senjata nuklear
III memiliki potensi bahan-bahan galian terutamanya minyak dan gas
IV mempunyai kedudukan yang strategik dari segi keperluan ketenteraan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Rangka kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pengurangan pelepasan gas
rumah hijau
Malaysia telah meratifikasikan perjanjian pada September 2002
11.Yang manakah benar tentang pernyataan di atas?
A Protokol Kyoto 1997
B Deklarasi Putrajaya 2010
C Deklarasi Langkawi 1990
D Persidangan Kemuncak Bumi di Kuala Lumpur
Menyelesaikan pertelingkahan politik antara negara Islam
Memperjuangkan hak rakyat Palestin
12.Pertubuhan yang manakah memperjuangkan matlamat di atas?
A Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)
B Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
C Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
D Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
13.Yang manakah usaha yang dilakukan oleh Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
(ASEAN) bagi mewujudkan kestabilan politik dan keselamatan dalam rantau ASEAN?

I Mesyuarat Agung ASEAN


II Forum Serantau ASEAN (ARF)
III Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
IV Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2005
Pusat Pertubuhan Berita untuk menyebarkan berita Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali (NAM)

14.Yang manakah benar tentang pernyataan di atas?

A Pusat Pangkalan Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC)


B Rangkaian Berita Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NNN)
C Berita Nasional Negara-Negara Berkecuali (NNNAM)
D Cable News Network (CNN)

15. Yang manakah pernyataan yang benar tentang isu-isu antara Malaysia dengan Thailand?

I Pendatang tanpa izin


II Persempadanan yang kurang jelas
III Pencerobohan nelayan ke perairan Malaysia
IV Perebutan Pulau Batu Putih sebagai tempat perdagangan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Bahagian B
[ 15 Markah]
Jawab satu soalan sahaja daripada bahagian ini.
16. Berdasarkan maklumat dalam jadual yang berikut, ulaskan profil penghisap rokok mengikut
umur dan jenis kes di Malaysia pada tahun 2009.

Jenis kes (orang)

Jumlah

Umur (tahun)
Baharu

Berulang

Bawah 13

1 923

1 310

3 233

13-19

2 366

3 244

5610

20-29

6510

7 435

13 945

30-39

2 195

3 129

5 324

665

1 214

1 879

2 107

1 365

3 472

15 766

17 697

33 463

Atas 40

Tiada maklumat

Jumlah

(Disesuaikan daripada Berita Harian, 2009)

17. Berdasarkan jadual di bawah ini, huraikan perbandingan perbelanjaan pengiklanan mengikut
jenis media terpilih antara tahun 2011 dengan tahun 2012 di Malaysia. Huraikan sebab-sebab
media akhbar terus mendapat perhatian dalam pengiklanan.

Tahun
Media
2011
(RM)

2012
(RM)

Akhbar

3 253 236

4 523 321

Televisyen

1 239 364

2 523 673

Panggung wayang

989 632

1 000 235

Majalah

236 998

528 236

Radio

563 985

989 256

Iklan luar

23 526

96 369

Internet

100 000

350 962

Jumlah

6 406 741

10 012 052

(Dipetik dan disesuaikan daripada Utusan Malaysia, 2012)


Bahagian C
[50 Markah]
Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.
18. Produk halal di peringkat sedunia mempunyai potensi yang amat besar dan dianggarkan nilai
perdagangan produk berkaitan akan mencecah tahap trilion Dolar Amerika. Sehubungan itu, hab
halal di Malaysia menjadi semakin penting. Jelaskan.
19. Pelancongan kesihatan yang semakin berkembang telah memberikan banyak faedah kepada
negara Malaysia. Justeru itu, langkah untuk mempertingkatkan taraf sektor ini giat dijalankan
oleh pihak tertentu untuk kemajuan negara. Bincangkan.
20. Pewujudan wilayah ekonomi serantau memberikan manfaat kepada pembangunan negara
terutamanya dalam usaha mempertingkatkan potensi dan sumber wilayah yang belum diterokai.
Namun, implikasi negatif yang wujud tidak harus diabaikan. Bincangkan.

NO SOALAN
1
2
3

SKEMA BAHAGIAN A
JAWAPAN
D
A
D
9

4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

C
C
D
A
B
B
D
A
A
C
B
B
SKEMA BAHAGIAN B

Soalan 16
Jadual ini menunjukkan profil penghisap rokok mengikut umur dan jenis kes di Malaysia pada
tahun 2009.
Kumpulan umur yang paling banyak berada pada umur 20-29 tahun, iaitu berjumlah 13 945
orang atau 41.7% daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu 33 463 orang. Hal ini disebabkan oleh
kumpulan itu mempunyai perasaan ingin mencuba dan ingin mendapatkan keseronokan. Di
samping itu, kebanyakan daripada kumpulan ini baru memasuki alam pekerjaan dan biasanya
mengalami tekanan kerja, maka mereka akan mencari sesuatu untuk menghilangkan tekanan
tersebut. Mereka berasa cara terbaik untuk menghilangkan tekanan tersebut ialah melalui hisap
rokok. Tambahan pula, mereka juga kurang peka akan bahayanya rokok terhadap kesihatan.
Kumpulan umur yang paling sedikit ialah 40 tahun ke atas, dengan jumlah 1879 orang atau
5.6% daripada jumlah keseluruhan kes. Kumpulan umur ini mempunyai bilangan kes yang
paling sedikit kerana mereka sudah mempunyai keluarga dan berwawasan untuk maju dalam
kerjaya mereka serta berfikiran yang lebih matang.
Jadual ini juga menunjukkan bahawa kes berulang lebih banyak berbanding dengan kes
baharu. Kes berulang adalah sebanyak 17 697 orang atau 52.9% daripada jumlah keseluruhan,
manakala kes baharu adalah sebanyak 15 766 kes atau 47.1% daripada jumlah keseluruhan. Kes
berulang mempunyai jumlah yang tinggi kerana mereka sebenarnya sudah mengalami ketagihan
dan sukar utiiuk meninggalkan tabiat tersebut.
Bagi kes berulang, kumpulan umur yang menunjukkan kes yang paling tinggi ialah
kumpulan umur 20-29 tahun dengan sebanyak 7435 orang atau 42.0% daripada jumlah kes
berulang. Sebaliknya, kumpulan umur yang paling sedikit bagi kes berulang ialah kumpulan
umur 40 tahun ke atas dengan 1214 orang atau 6.9% daripada jumlah kes berulang. Hal ini
disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dalam kalangan umur 20-29 tahun dan peningkatan
kesedaran bahayanya merokok dalam kalangan umur 40 tahun ke atas.
Sabagai kesimpulannya, tabiat merokok merupakan suatu yang tidak baik dan boleh
menjejaskan kesihatan penghisap rokok dan orang yang berada di sekelilingnya. Oleh itu, s-emua
pihak terutamanya kerjaaan harus melaksanakan langkah-langkah yang berkesan untuk
mengurangkan bilangan penghisap rokok.

10

Soalan 17
Jadual ini menunjukkan perbandingan perbelanjaan pengiklanan mengikut jenis media terpilih
pada tahun 2011 dan tahun 2012.
Jumlah keseluruhan perbelanjaan pengiklanan bagi tempoh 2011-2012 menunjukkan
peningkatan sebanyak RM3 605 311 atau 56.3%, iaitu daripada RM6 406 741 pada tahun 2011
kepada RM10 012 052 pada tahun 2012.
Pada tahun 2011, media yang paling tinggi perbelanjaannya ialah akhbar dengan jumlah
RM3 253 236, iaitu merupakan 51 % daripada jumlah perbelanjaan. Perbelanjaan untuk akhbar
terus meningkat sebanyak 39% kepada RM4 523 321 pada tahun 2012. Pada tahun 2012,
perbelanjaan akhbar masih tertinggi dengan menyumbangkan 45.2% kepada jumlah perbelanjaan
pengiklanan.
Iklan luar pula merupakan media yang paling rendah dibelanjakan oleh pengusaha di
Malaysia. Pada tahun 2011, perbelanjaan untuk iklan luar hanyalah berjumlah RM23 526, iaitu
menyumbangkan 0.4% kepada jumlah perbelanjaan pengiklanan. Perbelanjaan ini meningkat
dengan ketara pada tahun 2012, iaitu sebanyak 309.6% kepada RM96 369 walaupun peratus
sumbangannya kepada jumlah perbelanjaan hanyalah 1 %.
Media akhbar terus mendapat sambutan yang tinggi dalam kalangan pengusaha tempatan.
Hal ini disebabkan oleh media ini mendapat liputan yang luas dan tahap capaiannya kepada
pengguna adalah tinggi, di samping kos pengiklanan secara relatifnya lebih murah berbanding
dengan media-media yang lain. Tambahan pula. media akhbar juga mempunyai permintaan yang
agak stabil pada setiap hari kerana kebanyakan orang menjadikan akhbar sebagai media utama
untuk mendapatkan berita dan informasi terkini selain sebagai sumber bacaan utama pada masa
lapang.
Sebagai kesimpulannya, penggunaan akhbar dan televisyen sebagai media pengiklanan masih
mendapat tempat yang penting dalam kalangan pengusaha tempatan walaupun penggunaan alat
komunikasi digital sepeti telefon pintar dan tablet semakin popular pada masa ini.

BAHAGIAN C
Soalan 18
Hab halal merujuk kepada industri yang menghasilkan produk halal yang bermula dari pioses
pengeluaran hingga ke peringkat pengedaran. Pada masa ini. hab halal mula diterima oleh
seluiuh masyarakat Malaysia termasuk penduduk bukan Islam kerana industri ini banyak
memberikan manfaat terutamanya membuka peluang kepada usahawan yang terlibat dalam
pengeluaran produk.
Isi-isi Penting/Idea
Fakta 1: Memacu pertumbuhan ekonomi negara
Tahun 2010, Malaysia telah diiktiraf sebagai Hab Halal Dunia
Nilai pasaran global produk halal pada tahun 2010 lebih kurang RM8 trilion
Meningkatkan pendapatan Negara
Fakta 2: Meningkatkan taraf hidup

11

Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan mengurangkan kadar


pengangguran
Mengurangkan kadar kemiskinan
Meningkatkan pendapatan isi rumah
Fakta 3: Pasaran yang luas
Menduduk Islam yang berjumlah hampir dua bilion orang dan 60% terdiri daripada penduduk
di Asia
Pasaran dari negara Islam yang lain seperti negara Timur Tengah terutamanya Arab Saudi dan
Emiriah Arab Bersatu
Di Asia, negara Jepun dan Thailand menjadikan logo halal sebagai alat pemasaran untuk
memenangi hati pengguna
Fakta 4: Pemindahan teknologi
Menggalakkan penglihatan dan kemasukan pelabur antarabangsa (FDI)
Teknologi canggih turut dibawa masuk dari negara luar
Fakta 5: Wujudnya industri hiliran
Wujudnya sektor-sektor baharu berasaskan pemprosesan dan pembungkusan
Peranan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)
Produk PKS dapat dikembangkan seperti daging lembu diproses menjadi sosej dan daging
burger
Fakta 6: Menjamin kesihatan
Kualiti dapat dijaga kerana keutamaan terhadap kebersihan
Mendapat pengiktirafan JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia
Menjamin kesihatan tubuh badan seseorang
Kesimpulan
Oleh sebab industri berasaskan produk halal mempunyai potensi yang luas untuk berkembang
pada masa depan, maka masyarakat perlu menyokong usaha menjadikan Malaysia sebagai hab
halal yang penting di dunia.
Format jawapan: Mana-mana 5 idea
Soalan 19
Pengenalan
Malaysia merupakan antara destinasi utama yang menjadi tumpuan para pelancong seluruh
dunia. Salah satu cabang pelancongan yang mendapat sambutan hangat ialah pelancongan
kesihatan. Sektor pelancongan ini semakin berkembang pesat kerana kebanyakan hospital di
Malaysia menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan bertaraf dunia dan rawatan perubatan
yang mampu ditanggung.
Isi-isi Penting/Idea
Idea A: Faedah Pelancongan Kesihatan
Fakta 1: Menjana tukaran asing

12

Pelancong bersama keluarga membawa masuk wang ke negara ini untuk melancong dan
mendapatkan rawatan
Menggalakkan wang dari luar mengalir masuk ke negara
Meningkatkan pendapatan Negara
Fakta 2: Peningkatan bilangan hospital swasta bertaraf dunia
Penyediaan perkhidmatan kepakaran yang bertarat dunia
Dilengkapi dengan peralatan dan prasarana yang canggih
Meningkatkan imej Negara
Fakta 3: Meningkatkan peluang pekerjaan
Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk temiatan
Kerana pihak hospital memerlukan kakitangan yang lV blh tenyak
pesakit
Kadar pengangguran dapat dikurangkan

untuk

menanifung bilangan

Idea B: Langkah Meningkatkan Pelancongan Kesihatan


Fakta 4: Kempen
Melakukan pakcj istimewa dengan kos rawatan yang lebih murah
Mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan
perubatan bermutu tinggi
Menggunakan laman web untuk menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan perubatan yang
Ditawarkan
Fakta 5: Menyediakan prasarana yang berkualiti . Menyediakan peralatan yang canggih dan
mencukupi
Kemudahan perkhidmatan sokongan seperti perkhidmatan insurans, perbankan, dan
telekomunikasi (pengurusan dokumen secara talian)
Perkhidmatan penginapan dan pengangkutan - setanding dengan negara maju
Kesimpulan
Pelancongan kesihatan mempunyai potensi yang besar terhadap pembangunan negara.
Semestinya sokongan padu daripada pelbagai pihak perlu diberikan untuk memastikan negara
mendapat pengiktirafan di peringkat dunia dalam sektor ini.
Soalan 20
Pengenalan
Pewujudan wilayah ekonomi serantau memberikan kesan yang besar kepada pembangunan
ekonomi sesebuah negara. Peluang ini membolehkan negara mempelbagaikan usaha dan
pendekatan pembangunan untuk mencapai hasrat negara.
Isi-isi Penting/Idea Idea A: Kebaikan
Fakta 1: Memacu pertumbuhan ekonomi negara dan serantau
Membuka ruang kerjasama ekonomi yang luas dan strategik dengan negara serantau
Menjana potensi pelaburan asing di negara kita

13

Menambahkan pelaburan sektor swasta dan inisiatif pembiayaan swasta Fakta 2: Meningkatkan
pendapatan
Menambah pendapatan negara melalui pelaburan syarikat dalam dan luar negara
Meningkatkan pendapatan penduduk melalui peluang pekerjaan dan perniagaan
Pemgagihan kekayaan kepada semua rakyat termasuk di luar Bandar
Fakta 3: Merapatkan jurang pembangunan
Menjadi pemangkin untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dengan luar
bandar
Dapat menyusun kembali taburan pembangunan dan memindahkannya ke kawasan luar bandar
Pertumbuhan bandar-bandar baharu melalui infrastruktur yang boleh dimanfaat oleh penduduk
sekitarnya
Fakta 4: Mengoptimumkan penggunaan modal insan
Dapat menggunakan sumber tenaga secara optimum dan berkesan
Peluang pekerjaan dapat dipertingkatkan dan diperluas
Dapat menyediakan pekerja mahir melalui latihan dan pembelajaran sepanjang hayat
Idea B: Kelemahan
Fakta 5: Perbelanjaan yang besar
Kerajaan terpaksa menyediakan dana yang besar sehingga berkemungkinan berlaku
pengurangan peruntukan bagi sesetengah sektor
Pinjaman dana dari luar akan menambah beban kewangan kerajaan
Penggunaan kewangan yang besar akan menyebabkan kos hidup tinggi
Fakta 6: Masalah tenaga buruh
Apabila pembangunan beipindah ke luar bandar, maka akan berlaku kekurangan tenaga buruh
di sektor pertanian
Permintaan buruh yang tinggi akan menyebabkan kemasukan pekerja asing
Keperluan buruh dalam pelbagai sektor memerlukan latihan
Fakta 7: Masalah sosial
Kejutan budaya bagi pekerja berimigrasi boleh menggugat perpaduan
Wujud masalah setinggan, penyakit, dan persekitaran yang kotor
Pekerja asing membawa bersama budaya negatif yang menjejaskan moral masyarakat
Kesimpulan
Pembangunan wilayah ekonomi mampu merapatkan jurang ekonomi dan dapat
menyeimbangkan pembangunan antara wilayah. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan harus
mengambil langkah untuk membendung daripada berlakunya kesan negatif.
Format jawapan: 3 + 2 atau 2 + 3

14

You might also like