Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Sekolah Kebangsaan Manjoi Satu

Jalan Masjid, 30020 Ipoh, Perak.


Minit Mesyuarat Panitia Sivik Dan Kewarganegaraan Kali Keempat Tahun 2013

Tarikh

: 14 November 2013

Hari

: Khamis

Masa

: 10.30 pagi

Tempat: Bilik Guru Besar


Kehadiran
1.
2.
3.
4.

En. Yusof b. Yeop Yunus (Guru Besar)


En. Mior Affendi b. Samsudin
Pn. Nurmanja bt. Abdul Rahman
Pn. Noor Azira bt. Mohd Basri

Agenda
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Ucapan Pengerusi
Ucapan Penasihat
Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
Perkara Berbangkit
Post Mortem dan Analisis Keseluruhan PKSR 2
Perancangan Aktiviti Tahun 2014
Hal-hal Lain

1. Ucapan Pengerusi
1.1 En. Mior Affendi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
1.2 Pengerusi juga berharap agar guru-guru PSK telah selesai mengajar semua topik
dalam buku teks.
Tindakan: Makluman
2. Ucapan Penasihat
2.1 En. Yusof mengucapkan terima kasih di atas kerjasama guru-guru PSK sepanjang
tahun ini.
2.2 Beliau meminta guru-guru PSK menerapkan nilai-nilai murni sepanjang pengajaran.
Tindakan: Makluman
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3.1 Minit mesyuarat yang lalu telah disahkan oleh Pn. Noor Azira dan disokong oleh Pn.
Nurmanja.
4. Perkara-perkara Berbangkit
4.1 Perkara 7.1 Peruntukan panitia telah digunapakai dengan pembelian bahan bantu
belajar bagi matapelajaran PSK dan juga untuk kegunaan aktiviti yang melibatkan
murid-murid.
Tindakan: Makluman
5. Post Mortem dan Analisis Keseluruhan PKSR 2.
5.1 Telah dibentangkan oleh En. Mior Affendi. Keseluruhannya mencapai sasaran yang
ditetapkan iaitu melebihi 90%.
5.2 En. Mior menjelaskan masih terdapat yang gagal kerana tidak memahami kehendak
soalan terutamanya bahagian esei.
Tindakan: Makluman
6. Perancangan Aktiviti Tahun 2014
6.1 Pn. Nurmanja mencadangkan agar diadakan bulan PSK dan menjalankan aktiviti
yang berkaitan dengan PSK bagi memantapkan nilai-nilai murni yang sedia ada
dalam diri murid-murid.
6.2 Pn. Noor Azira juga mencadangkan agar murid-murid didedahkan dengan
penghasilan folio yang mudah yang berkaitan dengan topik.
Tindakan: Makluman

7. Hal-hal Lain
7.1 En. Mior memaklumkan bahawa guru-guru PSK boleh memohon alatan/bahan yang
diperlukan bagi tahun 2014 melalui ketua panitia.
7.2 Beliau juga memaklumkan buku stok telah dikemaskini setakat ini.
7.3 En. Yusof mengharapkan supaya guru-guru PSK mengajar sambil menerapkan nilainilai sivik dalam diri murid-murid yang bertujuan untuk meningkatkan rasa sayang
dan cinta mereka terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, sekolah dan Negara.
Tindakan: Makluman

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh,

..
(Pn. Nurmanja bt. Abdul Rahman)
Setiausaha Panitia PSK

Disahkan oleh,

(En. Mior Affendi b. Samsudin)


Ketua Panitia PSK

You might also like