Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Bil

1.

2.

AGENDA

TEKS

Ketibaan
para Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk
jemputan dan ibu Muhammad Hj Alamin Presiden Majlis Hal Ehwal Anak
bapa
Negeri Sabah (Ahli Dewan Undangan Negeri N23
Bongawan)
dengan
diiringi
Tuan
______________________________ (Yang Dipertua
PIBG Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan
Hajah Rahmah), Al-Fadhilah Ustazah Hajah Aisah Hj
Kassan (Pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri
Toh Puan Hajah Rahmah ), Penolong-Penolong
Kanan,Guru-Guru dan para Ibu-Bapa AJK PIBG
Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajah
Rahmah

Kata
Alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Pengacara Majlis
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.
Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berhormat Datuk Muhammad Hj Alamin
Ahli Dewan Undangan Negeri N23 Bongawan

Yang Berusaha A;-Fadhilah Ustazah Hajah Hj Kassan


Pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan
Hajah Rahmah
Yang Dihormati Tuan Haji Mustapa Hj Asmah
Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Agama Negeri
Toh Puan Hajah Rahmah
En. MOhd Nazri Bin Khadri
Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Agama
Negeri Toh Puan Hajah Rahmah
Barisan Guru Penolong Kanan
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan pendidik,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan


selamat pagi.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin
serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-____tahun 2015 ini.
Pihak majlis serta seluruh warga SMAN Toh Puan
Hajah Rahmah, turut sama merakamkan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh
hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berhormat
Datuk Muhammad Bin Alamin kerana sudi meluangkan
masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.
Bacaan Doa
3.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita


mendah tangan dengan penuh ketakwaan untuk
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz
Abdul Khalid bin Lagut. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
.......................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Abdul
Khalid bin Lagut atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

5.

Ucapan Alu-Aluan Seterusnya, majlis menjemput Tuan Hj Mustapah Bin


Pengerusi PIBG
Hj Asmah, Pengerusi PIBG SMAN Toh pUan hajah
Rahmah untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
Ucapan Alu-aluan Seterusnya, majlis menjemput Al-Fadhilah Ustazah
oleh Pengetua
Hajah Aisah Hj Kassan Pengetua SMAN Toh Puan
Hajah Rahmah untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Ustazah Hajah Aisah Hj Kassan atas ucapan alu-aluan
itu tadi.

6.

Ucapan Perasmian Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan
ADUN
N23 ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat
Bongawan
Datuk Muhammad Hj Alamin Presiden Majlis Hal Ehwal
Anak Negeri Sabah (Ahli Dewan Undangan Negeri N23
Bongawan) dan seterusnya merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG SMAN Toh Puan Hajah Rahmah kali ke
____ bagi tahun 2015.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk
Muhammad Hj Alamin atas ucapan dan perasmian itu
tadi. Semoga segala amanat dan ucapan YB itu tadi
dapat kita hayati dan seterusnya mengambil tindakan
bersama.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah
aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga.
Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru
adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam
usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam
melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar
ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan
oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha
melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja
dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia
diri yang cemerlang.

7.

Majlis
Majlis
diteruskan
lagi
dengan
penyampaian
Penyampaian
cenderahati
kepada
Yang
Berhormat
Datuk
Cenderahati
AJK Muhammad Hj Alamin sebagai penghargaan di atas
PIBG
sesi kesudian Yang Berhormat Datuk untuk merasmikan
2013/2014
majlis kita pada pagi ini.
Untuk itu, majlis menjemput Yang Berhormat Datuk
Muhammad Hj Alamin, dengan diiringi Ustazah Hajah
Aisah Hj Kassan Pengetua SMAN Toh Puan Hajah
Rahmah untuk menerima cenderahati dan Tuan Hj
Mustapah Bin Hj Asmah, Pengerusi PIBG SMAN Toh
Puan Hajah Rahmah untuk menyampaikan cenderahati
tersebut.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan,


dipersilakan Tuan Hj Mustapah Bin Hj Asmah,
Pengerusi PIBG SMAN Toh Puan Hajah Rahmah untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat
Datuk Muhammad Hj Alamin
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk
Muhammad Hj Alamin, Tuan Hj Mustapah Bin Hj
Asmah dan Ustazah Hajah Aisah Hj Kassan.
Majlis Penutup
8.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi,


maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, kali ke-_____
bagi tahun 2015.
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Kami mewakili AJK PIBG dan seluruh warga SMAN
Toh Puan Hajah Rahmah, merakamkan penghargaan
terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk
Muhammad Hj Alamin atas kesudian meluangkan
masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG SMAN Toh Puan hajah Rahmah.
Majlis Menjemput Tuan Hj Mustapah Bin Hj Asmah
dan Ustazah Hajah Aisah Hj Kassan untuk mengiringi
Yang Berhormat Datuk Muhammad Hj Alamin ke Bilik
Gerakan untuk menjamu kudapan yang disediakan.
Majlis turut menjemput semua para hadirin dan hadirat
untuk ke __________________ untuk jamuan minum
pagi.
Wabillahitaufik
wal
hidayah
wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Seterusnya, kami serahkan kepada Tuan Hj Mustapah
Bin Hj Asmah untuk meneruskan agenda Mesyuarat
Agung PIBG SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, kali ke___ bagi tahun 2015.

You might also like