Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PENGENALAN MOTOR ARUS ULANGALIK (A.

U) E5105/UNIT 1/1

UNIT 1 PENGENALAN MOTOR ARUS


ULANGALIK (A.U)

OBJEKTIF

Objektif Am : Mengetahui, memahami beberapa perkara asas mengenai kawalan


motor AU dan juga menyelesaikan pengiraan berkaitan dengan motor
AU.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

 menjelaskan kelajuan segerak


 mengira kelajuan segerak
 menjelaskan kegelinciran
 mengira kegelinciran
 menjelaskan frekuensi kegelinciran
 mengira frekuensi kegelinciran
 menerangkan kaedah kawalan motor AU dengan mengubah voltan
 menerangkan kaedah kawalan motor AU dengan mengubah
frekuensi
 menerangkan kaedah kawalan motor AU dengan mengubah
bilangan kutub
PENGENALAN MOTOR ARUS ULANGALIK (A.U) E5105/UNIT 1/2

INPUT

1.0 PENGENALAN

Anda tentu biasa menaiki lif atau tangga bergerak (escalator). Tahukah anda
bagaimana lif atau escalator itu bergerak atau berfungsi ?

Lif atau escalator itu bergerak atau berfungsi dengan bantuan motor arus ulangalik
(AU). Di mana kita akan mempelajarinya dalam unit 1 ini dan seterusnya sehingga ke
unit 13 secara berperingkat-peringkat.

Sebelum kita masuk ke input yang seterusnya, kita lihat dulu apakah kegunaan dan
kebaikan-kebaikan motor AU.

Motor AU banyak digunakan di industri-industri disebabkan oleh mudah untuk


mendapatkan kuasa AU dan juga kos bagi motor AU adalah lebih murah daripada
motor arus terus (AT) bagi kuasa yang sama.

Selain daripada itu, motor AU adalah lebih ringan iaitu 10% - 20% daripada motor
AT dan kurang penyelenggaraan.

Motor AU ini adalah terdiri daripada motor aruhan, motor segerak dan motor
universal. Di antara ketiga-tiga motor tersebut, motor aruhan yang paling banyak
digunakan dalam industri. Ini adalah disebabkan oleh kemudahannya (simplicity),
keboleharapannya (reliability) dan kosnya yang rendah.

Antara kegunaan-kegunaan mesin arus ulangalik ialah :


i. bagi mesin arus ulangalik satu fasa yang kecil digunakan dalam banyak
perkakasan di rumah-rumah. Contohnya : pengisar, mesin rumput,
mesin basuh dan peti sejuk.
ii. bagi mesin arus ulangalik tiga fasa yang besar digunakan dalam pam,
kipas, pemampat, kilang kertas, kilang kain dan sebagainya.
PENGENALAN MOTOR ARUS ULANGALIK (A.U) E5105/UNIT 1/3

1.1 KELAJUAN SEGERAK

Medan stator berputar pada kelajuan yang dinamakan kelajuan segerak. Manakala
medan rotor juga berputar pada kelajuan yang sama dengan medan stator. Kelajuan
segerak bergantung kepada dua faktor iaitu frekuensi arus bekalan dan bilangan
kutub. Kelajuan segerak juga dipengaruhi oleh amplitud voltan bekalan, amplitud
voltan stator, saiz beban dan kapasitor atau aruhan.

1.1.1 PENGIRAAN KELAJUAN SEGERAK

Formula kelajuan segerak atau kelajuan medan berputar adalah seperti di


bawah :
Ns = 120 f
P
di mana
Ns = kelajuan medan stator atau kelajuan segerak (p.p.m / pusingan
per minit)
f = frekuensi (Hz / Hertz)
P = bilangan kutub magnetik yang dihasilkan oleh belitan tiga fasa

Contoh 1-1

Kirakan kelajuan segerak bagi motor aruhan tiga fasa yang mempunyai 20
kutub per fasa apabila ianya disambungkan kepada 50 Hz daripada sumber
bekalan.

Penyelesaian

Ns = 120 f / P = 120 x (50 / 20) = 300 p.p.m


PENGENALAN MOTOR ARUS ULANGALIK (A.U) E5105/UNIT 1/4

1.2 KEGELINCIRAN (SLIP)

Ns merupakan kelajuan segerak bagi medan berputar bukannya kelajuan rotor. Rotor
sentiasa berputar pada kelajuan yang kurang sedikit dari kelajuan segerak sebanyak
2% hingga 5% dan bergantung kepada beban mekanik yang tersambung pada motor.

1.2.1 PENGIRAAN KEGELINCIRAN

Perbezaan antara kelajuan stator dengan kelajuan rotor dipanggil gelinciran.


Lebih kecil gelinciran lebih hampirlah kelajuan rotor dengan kelajuan medan
stator.

S = Ns - Nr di mana S = gelinciran
Ns Ns = kelajuan segerak (p.p.m)
Nr = kelajuan rotor (p.p.m)

Dari persamaan di atas, jika rotor berputar pada kelajuan segerak, nilai gelincir
bersamaan sifar (s = 0), manakala apabila rotor pegun atau diam atau terkunci
maka Nr = 0, nilai gelincir bersamaan 1 (s = 1). Kegelinciran adalah ‘0’ pada
keadaan tanpa beban dan bersamaan dengan 1 (atau 100%) apabila rotor
berkunci.

Contoh 1-2

Motor aruhan 6 kutub diuja oleh sumber bekalan tiga fasa, 60 Hz. Jika
kelajuan beban penuh adalah 1140 p.p.m, kirakan kegelinciran (slip).

Penyelesaian

Kelajuan segerak motor : Ns = 120 f / P


= 120 x (60 / 6) = 1200 p.p.m

Perbezaan kelajuan kegelinciran : Ns - Nr


= 1200 – 1140 = 60 p.p.m

Maka, kegelinciran (slip) : S = (Ns – Nr) / Ns


= 60 / 1200 = 0.05 atau 5%
PENGENALAN MOTOR ARUS ULANGALIK (A.U) E5105/UNIT 1/5

1.3 FREKUENSI KEGELINCIRAN

Semasa motor dihidupkan, arus mengalir dalam belitan stator dan menghasilkan
medan magnet yang berputar pada kelajuan yang sama dengan kelajuan segerak.
Ketika rotor masih berada dalam keadaan pegun, medan magnet berputar pada
kelajuan merentasi pengalir rotor dan menghasilkan daya gerak elektrik (d.g.e) serta
arus yang tinggi dalam pengalir rotor.

Frekuensi arus dan d.g.e rotor semasa rotor berkeadaan pegun adalah sama dengan
frekuensi bekalan. Tetapi apabila motor mula berputar dan semakin laju, nilai arus
dan d.g.e menjadi semakin rendah kerana arus dan d.g.e rotor mempunyai magnitud
dan frekuensi yang berkadar dengan kelajuan relatif antara fluks magnet dan rotor.

Apabila rotor berputar pada kelajuan Nr (p.p.m), fluks stator akan berputar
mengelilingi pengalir rotor pada kelajuan (Ns – Nr) dan akan mengaruh d.g.e dalam
rotor. Oleh itu frekuensi rotor dan arus rotor pada sebarang nilai kelajuan gelincir
(Ns – Nr) adalah :

Ns – Nr = 120 fr ------- (i)


P
Oleh itu, fr = P x (Ns – Nr) ------- (ii)
120

P = 120fs ------- (iii)


Ns
Ganti (iii) ke dalam (ii), maka

fr = (Ns – Nr) x 120 fs


120 Ns

Oleh itu, fr = Sfs ------- (iv)

Dari persamaan (iv), fr = fs semasa rotor diam iaitu ketika s = 1 dan apabila rotor
semakin laju nilai fr akan semakin berkurang.

Faktor gelinciran boleh digunakan untuk mendapatkan beberapa maklumat penting.


Di antaranya ialah :
i. Frekuensi arus yang teraruh dalam rotor berubah dengan berubahnya kelajuan
rotor.
PENGENALAN MOTOR ARUS ULANGALIK (A.U) E5105/UNIT 1/6

ii. Lebih tinggi kelajuan rotor, semakin sedikit garisan daya yang dipotong oleh
pengalir rotor per unit masa.
iii. Frekuensi arus rotor berkurang apabila kelajuan rotor bertambah.
iv. Frekuensi arus rotor boleh dikira dengan mendarab frekuensi stator bekalan
dengan gelinciran.

1.3.1 PENGIRAAN FREKUENSI KEGELINCIRAN

Formula yang berkaitan dengan frekuensi gelinciran adalah seperti di bawah :

fr = S fs di mana fr - ialah frekuensi arus rotor


S - ialah gelinciran
fs- ialah frekuensi stator bekalan
(biasanya 50 Hz)

Contoh 1-3

Merujuk kepada Contoh 1-2, kirakan frekuensi kegelinciran.

Penyelesaian

fr = S fs = 0.05 x 60 Hz = 3 Hz

Contoh 1-4

Sebuah motor aruhan 3 fasa, 350kw, 415V, 50Hz mempunyai kelajuan beban
penuh 950 p.p.m . Jika motor berkenaan mempunyai 6 kutub, kirakan
frekuensi arus rotor pada keadaan beban penuh.

Ns = 120f = 120 (50) = 1000 p.p.m


p 6

S = Ns – Nr = 1000 – 950 = 0.05


Ns 1000
Fr = S x Fs = 0.05 x 50 = 2.5 Hz

PENGENALAN MOTOR ARUS ULANGALIK (A.U) E5105/UNIT 1/7

1.4 KAEDAH KAWALAN MOTOR AU

1.4.1 KAEDAH KAWALAN MOTOR AU DENGAN MENGUBAH VOLTAN

Apabila sumber voltan diubah, frekuensi adalah tetap iaitu 50 Hz. Kelajuan
boleh diubah dengan menukar voltan yang dikenakan pada stator. Oleh kerana
dayakilas berkadar terus dengan dua voltan bekalan ( T motor  V bekalan2 ),
maka cara ini akan mengakibatkan motor tidak berupaya memacu beban pada
kelajuan rendah (dayakilas terlalu rendah).

Walaubagaimanapun cara mengawal kelajuan menggunakan voltan bolehubah


ini digunakan untuk mengawal motor “shaded pole”, “permanent-split
capasitor-wound motor” dan motor AU universal.

1.4.2 KAEDAH KAWALAN MOTOR AU DENGAN MENGUBAH


FREKUENSI

Apabila frekuensi diubah, voltan stator adalah tetap. Daya kilas maksima yang
dihasilkan oleh motor tidak akan berkurang dengan kelajuan. Mengubah
frekuensi voltan stator akan menghasilkan kawalan kelajuan motor aruhan
polifasa yang terbaik.

Asas kawalan kelajuan frekuensi bolehubah terdapat dalam tiga (3) bahagian
iaitu :
i. motor tiga fasa.
ii. unit penukar kuasa (power conversion unit)
iii. stesen kawalan operator (operator’s control station)

1.4.3 KAEDAH KAWALAN MOTOR AU DGN MENGUBAH BILANGAN


KUTUB

Kelajuan bagi fluk berputar boleh dikurangkan dengan menambah bilangan


kutub. Kelajuan bagi medan berputar bergantung kepada frekuensi bekalan
dan bilangan kutub pada stator.
Berdasarkan persamaan kelajuan segerak, kelajuan segerak akan bertambah
jika frekuensi bertambah dan akan berkurangan jika bilangan kutub
bertambah.

PENGENALAN MOTOR ARUS ULANGALIK (A.U) E5105/UNIT 1/8

AKTIVITI 1(A)

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN PENILAIAN KENDIRI


SILA SEMAK JAWAPAN DIRUANGAN MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

1.1 Motor aruhan belitan rotor enam (6) kutub diuja oleh bekalan tiga (3) fasa, 60 Hz.
Kirakan frekuensi bagi arus rotor mengikut keadaan-keadaan berikut :

a) tidak dapat bergerak


b) motor berpusing pada 500 p.p.m dalam arah yang sama dengan medan yang
berputar
c) motor berpusing pada 500 p.p.m dalam arah yang bertentangan dengan medan
yang berputar
d) motor berpusing pada 2000 p.p.m dalam arah yang sama dengan medan yang
berputar

1.2 Cari kelajuan segerak bagi motor empat (4) kutub dengan 60 Hz diberikan kepada
stator.

1.3 Jika motor aruhan lapan (8) kutub mendapat frekuensi 60 Hz dan kegelincirannya
(slip) ialah 5%, berapakah kelajuan rotor untuk berpusing ?

1-4 Nyatakan TIGA (3) kaedah untuk mengawal motor AU.


PENGENALAN MOTOR ARUS ULANGALIK (A.U) E5105/UNIT 1/9

MAKLUMBALAS AKTIVITI 1(A)

Cari nilai kelajuan segerak dahulu :

Ns = 120 f / P = ( 120 x 60 ) / 6 = 1200 p.p.m

1-1 a) Dalam keadaan tidak bergerak, kelajuan motor atau Nr = 0.

Maka, kegelinciran ialah :


S = (Ns - Nr) / Ns = (1200 - 0) / 1200 = 1

Frekuensi bagi voltan aruhan (dan arus aruhan) adalah :


fr = S fs = 1 x 60 Hz = 60 Hz

b) Apabila motor berpusing dalam arah yang sama dengan medan, kelajuan
motor atau Nr adalah positif.

Maka, kegelinciran ialah :


S = (Ns - Nr) / Ns = (1200 - 500) / 1200 = 7 / 12 = 0.583

Frekuensi bagi voltan aruhan (dan arus aruhan) adalah :


fr = S fs = 0.583 x 60 Hz = 35 Hz

c) Apabila motor berpusing dalam arah yang bertentangan dengan medan,


kelajuan motor adalah negatif iaitu Nr = - 500.

Maka, kegelinciran ialah :


S = (Ns - Nr) / Ns = (1200 - (-500)) / 1200
= (1200 + 500) / 1200 = 17 / 12 = 1.417
Kegelinciran atau slip yang lebih besar daripada 1 menunjukkan motor
beroperasi seperti brek.

Frekuensi bagi voltan aruhan (dan arus aruhan) adalah :


fr = S fs = 1.417 x 60 Hz = 85 Hz
PENGENALAN MOTOR ARUS ULANGALIK (A.U) E5105/UNIT 1/10

d) Kelajuan motor adalah positif kerana rotor berpusing dalam arah yang sama
dengan medan : Nr = + 2000

Maka, kegelinciran ialah :


S = (Ns - Nr) / Ns = (1200 - (-500)) / 1200
= (1200 - 2000) / 1200 = -2 / 3 = -0.667

Kegelinciran atau slip yang negatif menunjukkan motor sebenarnya beroperasi


seperti penjana.

Frekuensi bagi voltan aruhan (dan arus aruhan) adalah :


fr = S fs = -0.667 x 60 Hz = -40 Hz

Frekuensi yang negatif bermakna rangkaian fasa bagi voltan aruhan pada
belitan rotor adalah terbalik.

1-2 Ns = 120 f / P = ( 120 x 60 ) / 4


= 1800 p.p.m

1-3 Ns = 120 f / P = ( 120 x 60 ) / 8 = 900 p.p.m

Dari formula S = (Ns - Nr) / Ns , cari Nr :

0.05 = ( 900 - Nr ) / 900

45 = 900 - Nr

Oleh itu Nr = 900 - 45 = 855 p.p.m

1-4 i. Kaedah kawalan dengan mengubah voltan


ii. Kaedah kawalan dengan mengubah frekuensi

iii. Kaedah kawalan dengan mengubah bilangan kutub

PENGENALAN MOTOR ARUS ULANGALIK (A.U) E5105/UNIT 1/11

PENILAIAN KENDIRI

 JAWAB SEMUA SOALAN.


 SEMAK JAWAPAN PADA MAKLUMBALAS YANG DISEDIAKAN.
 JIKA ADA MASALAH, SILA RUJUK PADA PENSYARAH
MATAPELAJARAN.

SOALAN 1-1
Jika bekalan kutub pada stator bagi motor aruhan digandakan, adakah kelajuan segeraknya
turut berganda ? Terangkan.

SOALAN 1-2
Sebuah motor aruhan tiga (3) fasa, 20 kutub disambungkan kepada punca 600V, 60Hz.
a) Kirakan kelajuan segerak.
b) Jika bekalan berkurangan sehingga 300V, adakah kelajuan segerak akan berubah ?

SOALAN 1-3
a) Kirakan kelajuan segerak bagi motor aruhan tiga (3) fasa, dua belas (12) kutub
yang diuja oleh 60Hz.
b) Kirakan kelajuan nominal (kelajuan rotor) jika kegelinciran pada beban penuh
adalah 6%.

SOALAN 1-4
Motor aruhan tiga (3) fasa, enam (6) kutub disambungkan kepada bekalan 60Hz. Jika motor
berpusing didalam arah yang sama dengan fluk, kirakan frekuensinya :
a) pada 300 p.p.m.
b) pada 1000 p.p.m.
c) pada 1500 p.p.m.

SOALAN 1-5
Jika motor, 6 kutub dengan 400 Hz diberikan kepada stator yang mempunyai kelajuan rotor
7600 Hz, kira kegelincirannya.
PENGENALAN MOTOR ARUS ULANGALIK (A.U) E5105/UNIT 1/12

SOALAN 1-6
Sebuah motor aruhan 6 kutub berkendali pada 1158 p.p.m bila dikenakan bekalan 60 Hz.
Kirakan kelajuan segerak dan gelincir.

SOALAN 1-7
Sebuah motor aruhan 3-fasa, 6 kutub, 50Hz, berkendali pada 1192 p.p.m pada masa tanpa
beban dan 1120 p.p.m pada beban penuh. Tentukan gelincir pada beban penuh.

SOALAN 1-8
Sebuah motor aruhan 3-fasa, 50 Hz, 8 kutub, 415 V berkendali pada gelincir 5 %.
Tentukan :
i) kelajuan medan stator
ii) kelajuan rotor
iii) frekuensi rotor
PENGENALAN MOTOR ARUS ULANGALIK (A.U) E5105/UNIT 1/13

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

SOALAN 1-1

Rujuk pada nota 1.4.3.

SOALAN 1-2

a) 360 p.p.m.
b) Tidak.

SOALAN 1-3

a) 600 p.p.m.
b) 564 p.p.m.

SOALAN 1-4

a) 45 Hz
b) 10 Hz
c) 15 Hz

SOALAN 1-5
S = 0.05

PENGENALAN MOTOR ARUS ULANGALIK (A.U) E5105/UNIT 1/14

SOALAN 1-6

Ns = 1200 p.p.m
S = 0.035

SOALAN 1-7

S = 0.06

SOALAN 1-8

Ns = 750 p.p.m
Nr = 712.5 p.p.m
fr = 2.5Hz

You might also like