Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

JABATA MEJIMAT KOS UTILITI (JIMAT)

JABATA KETUA METERI MELAKA


LATAR BELAKANG JABATAN

Jabatan Menjimat Kos Utiliti (JIMAT), Jabatan Ketua Menteri Melaka telah
ditubuhkan pada 16 November 2009 di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka
hasil daripada idea YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Rustam, Ketua Menteri
Negeri Melaka. Pejabat JIMAT telah bertempat di Aras 3, Blok Laksamana,
Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka dan telah diketuai oleh
En. Mohd Farouk Bin Mohd Sultan selaku Pengarah dalam carta struktur
organisasi JIMAT.

MISI

: Mewujudkan satu sistem kerja

yang efisien dan perbelanjaan

berhemah.

VISI

: Menjadi organisasi yang unggul bagi mencapai matlamat


kerajaan negeri untuk mengurangkan kos utiliti di setiap jabatan/
agensi kerajaan negeri Melaka.

FUNGSI

:-Mengurangkan kos utiliti setiap Jabatan/ Agensi Kerajaan negeri.


-Memantau aktiviti pengurangan

kos.

-Melaporkan pencapaian melalui mesyuarat bulanan


Jawatankuasa JIMAT.

OBJEKTIF:-Memantau aktiviti pengurangan kos agar mengikut jadual yang


ditetapkan.
-Memberikan idea dan cadangan untuk aktiviti pengurangan kos.
-Menganjurkan latihan dalaman untuk meningkatkan kesedaran
kakitangan terhadap aktiviti penjimatan.
-Bekerjasama dengan Jabatan dan semua Agensi Kerajaan
negeri dalam proses penjimatan.

TEMA

"Ke Arah Penjimatan Melalui Pengguna Berhemah"


LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI
Penjimatan merupakan salah satu kaedah atau kelakuan di mana ia
mendorong kepada penggunaan sesuatu benda secara efisyen dan
berhemah tanpa menyebabkan berlakunya pembaziran semasa penggunaan
sesuatu benda (utiliti, wang, dll.).
Utiliti merupakan salah satu unsur yang sangat penting dalam
kehidupan seharian manusia tidak kira di mana kita berada. Tiga elemen
penting dalam penggunaan utiliti harian kita adalah seperti elektrik, air dan
telefon.
Jabatan Ketua Menteri Melaka bertempat di Kompleks Seri Negeri
Melaka adalah merupakan tunjang utama kepada tompok pemerintahan
kerajaan negeri Melaka yang mempunyai hampir 30 Unit/ Bahagian di
bawahnya.

TUJUAN PROJEK INOVASI


Projek inovasi ini keseluruhanya adalah bertujuan untuk mengurangkan
kos perbelanjaan utiliti kerajaan negeri Melaka dalam aspek penjimatan
berteraskan penggunaan utiliti secara efisyen dan berhemah di kalangan
penjawat awam negeri Melaka.
Projek ini juga bertujuan untuk menjayakan hasrat kerajaan negeri
Melaka bagi menjadikan negeri Melaka sebagai negeri bandar teknologi hijau
dan secara tidak lansung menjaga kesinambungan alam sekitar supaya
sentiasa terpelihara dengan baik.

PROSES PERLAKSANAAN INOVASI

Antara inisiatif inovasi yang telah dilaksanakan di Jabatan Menjimat Kos Utiliti
(JIMAT) adalah seperti berikut :

Penjimatan penggunaan air di kompleks seri negeri menerusi projek


kumpulan inovatif dan kreatif (KIK).

Projek inovasi ini bertujuan untuk menjimat kos perbelanjaan utiltii air di
Kompleks Seri Negeri dan bagi mewujudkan budaya penggunaan air secara
berhemah serta menigkatkan kesedaran di kalangan warga kerja Kompleks
Seri Negeri. Selain itu ia juga untuk memastikan sumber air bersih digunakan
secara efisyen dan tiada berlaku pembaziran.
Beberapa langkah telah dirancang dan telah dilaksanakan iaitu :
Melakukan pemeriksaan secara berkala di seluruh tandas Kompleks Seri
Negeri
Menampal notis pemberitahuan kerosakkan di setiap tandas di Kompleks
Seri Negeri.
Menyediakan jadual pemantauan, senarai semak.
Membuat penyelarasan terhadap sistem perpaipan.
Selepas semua langkah dilaksanakan, JIMAT mendapati bahawa
pengurangan kuantiti air di Kompleks Seri Negeri adalah 2,984.80 liter sehari
iaitu 35 peratus penjimatan diperolehi.

Permohonan tarif industri khas daripada E2 ke E2S bagi loji/ rumah pam
Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Projek inovasi ini bertujuan untuk membantu pihak Syarikat Air Melaka
Berhad (SAMB) untuk mendapatkan "special tariff" iaitu tarif industri khas
bagi tujuh loji/ rumah pam SAMB.
Hasil daripada perbincangan pihak JIMAT dan TNB, pihak TNB Ibu
Pejabat telah meluluskan permohonan SAMB bagi mendapatkan tarif industri
khas yang mana 11 peratus lebih rendah daripada tarif sebelumnya.
Hasilnya, JIMAT telah menjimatkan kos elektrik bagi tujuh akaun bil elektrik
SAMB sebanyak RM 963,750.00 bagi tempoh Ogos ke Disember.

Penyediaan buku panduan kaedah penjimatan penggunaan utiliti dan


perbelanjaan lain.

Projek inovasi ini bertujuan untuk menyampaikan segala input berkaitan


aktiviti penjimatan kepada semua Jabatan/ Agensi kerajaan negeri Melaka
dalam bersama-sama mewujudkan perbelanjaan dan penggunaan berhemah
di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan.
Hasilnya, JIMAT telah berjaya menyediakan buku panduan tersebut dan
telah diedarkan kepada semua Ketua-ketua Jabatan semasa perhimpunan
bulanan Bil 5/2011.

YAB Ketua Menteri menyerahkan buku panduan kepada Ketua-ketua Jabatan.

Melakukan lawatan Audit Tenaga dan Audit Keselamatan

Lawatan audit ini bertujuan untuk mengenalpasti sistem atau amalan


sedia ada yang berpotensi untuk tujuan penambahbaikan ke arah penjimatan
dan keselamatan di sesuatu premis kerajaan.

Mengadakan seminar/ taklimat kesedaran di kalangan warga kerja


jabatan/ agensi kerajaan negeri Melaka.

Bertujuan untuk memberi kesedaran dan idea kaedah aktiviti


penjimatan yang boleh dijalankan/ digunapakai di peringkat Jabatan/ Agensi
Kerajaan Negeri Melaka.
Hasil daripada taklimat tersebut, JIMAT telah sedikit sebanyak dapat
meningkatkan tahap kesedaran pegawai dan kakitangan kerajaan negeri
dalam keperluan perbelanjaan yang berhemah.

Penyediaan Sistem E-JIMAT

Bertujuan untuk keselamatan dalam aspek merekod data dan


kemudahan pemantauan oleh Jabatan/ Agensi kerajaan negeri Melaka
terhadap perbelanjaan kos utiliti.
Sistem E-JIMAT telah berjaya dibangunkan dengan kerjasama
Bahagian Perhidmatan Teknologi Maklumat (BPTM).
Dengan wujudnya sistem ini, capaian maklumat lebih mudah dan
secara langsung meningkatkan keberkesanan fungsi operasi jabatan.

IMPAK PERKHIDMATAN

INOVATIF

Mewujudkan penjimatan kos perbelanjaan utiliti tanpa melibatkan kos yang


tinggi.
Proses perlaksanaan tidak melibatkan kerja-kerja yang rumit.
Kesan faedah tidak melibatkan tempoh masa yang lama bagi sesuatu
pelaksanaan idea penjimatan.
Penambahbaikan kepada sesuatu masalah dapat diaplikasikan secara terus.
RELEVAN

Memenuhi visi, misi dan objektif Jabatan Menjimat Kos Utilti (JIMAT).
Bertanggungjawab menyampaikan amanat kerajaan kepada semua
kakitangan kerajaaan negeri Melaka.

SIGNIFIKAN

Mewujudkan budaya dan etika pengggunaan utiliti secara berhemah dan


efisyen dikalangan warga kerja kerajaan negeri Melaka.
Penjimatan kos perbelanjaan utiliti jabatan/ agensi kerajaan negeri Melaka.
Kemudahan dalam menguruskan pentadbiran jabatan disamping
meningkatkan pretasi operasi jabatan.
Menghasilkan kakitangan kerajaan yang berkebolehan dalam membantu
melaksanakan idea penjimatan.

KEBERKESANAN

Jumlah penjimatan adalah sebanyak RM 1,310,707 bagi separuh penggal


(Jan~Jun) tahun 2011.

Jumlah penjimatan adalah sebanyak RM 47,947 bagi separuh penggal


(Jan~Jun) tahun 2011.

Jumlah penjimatan adalah sebanyak RM 29,462 bagi separuh penggal


(Jan~Jun) tahun 2011.

PENGIKTIRAFAN DITERIMA

PENUTUP

Kesimpulanya, Jabatan Menjimat Kos Utiliti (JIMAT) sedang dan akan


mengenalpasti idea-idea baru dalam bidang penjimatan, melakukan
penambahbaikan dalam urusan pentadbiran, meningkatkan mutu kerja dan
terus membantu kerajaan negeri Melaka dalam mengurangkan kos
perbelanjaan utiliti dan sebagainya.
...

You might also like