Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SEKOLAH RENDAH SETIABUDI

SEJARAH

BENDERA KEBANGSAAN
M A L AY S I A
NAMA PELAJAR : MOHAMED KHASYFI BIN
KHAZLY
KELAS : 5 BIJAK
NAMA GURU:SARIMAH BINTI MOHAMED JELANI

Isi kandungan

1 Sejarah
1.1 Pendapat umum diambil kira

1.2 Reka bentuk terakhir dipilih
1.2.1 Reka bentuk diluluskan
1.3 Pembentukan Malaysia
1.4 Singapura berpisah
2 Nama Jalur Gemilang
3 Lirik lagu untuk Jalur Gemilang

3.1 Benderaku
3.2 Jalur Gemilang
4 Galeri
5 Lihat juga
6 Rujukan

Bendera Malaysia; (tulisan Jawi: )


dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi
14 jalur merah dan putih (melintang) yang

sama lebar bermula dengan jalur merah di


sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih
di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang
sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan
1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah,
Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak,
Selangor dan Terengganu dan Wilayah
Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas
sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas
jalur merah yang kelima itu maknanya
perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua
itu mengandungi anak bulan tanda Agama
Islam - agama rasmi bagi Persekutuan
(Malaysia seperti yang
telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara
Malaysia). [1

Permulaan asal Jalur Gemilang


bermula apabila pada tahun 1949,
dengan persetujuan Majlis Raja-Raja

sebuah jawatankuasa telah


ditubuhkan untuk menimbang dan
membuat perakuan berhubung
dengan rekabentuk bendera bagi
Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
Untuk tujuan itu satu pertandingan
bagi mereka bentuk bendera
Persekutuan Tanah Melayu yang baru
pada tahun 1949. Pertandingan
peringkat kebangsaan ini dianjurkan
oleh Majlis Perundangan Persekutuan
dan disertai oleh 373 karyawan.
Daripada sejumlah itu, tiga
rekabentuk bendera baru bagi
Persekutuan Tanah Melayu telah
dipilih untuk ke peringkat akhir.
Rekabentuk pertama ialah lambang
keris bersilang di tengah-tengah
dengan dikelilingi oleh 11 bintang
pecah lima. Rekabentuk kedua hampir

serupa dengan rekabentuk pertama


tetapi 11 bintang pecah lima itu
disusun dalam dua bulatan
mengelilingi keris bersilang itu.
Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur
merah dan putih dengan bulan dan
bintang berwarna kuning di bahagian
tepi kiri.

Pendapat umum diambil kira

[ sunting | sunting
sumber]

Majlis Perundangan Persekutuan telah


memberi peluang kepada orang ramai
untuk memberikan pendapat kepada
ketiga-tiga rekabentuk tersebut.
Keputusan pendapat umum yang
dikelolakan oleh akhbar The Malay
Mail itu telah disiarkan pada 29
November 1949. Keputusan akhir
menunjukkan majoriti telah memilih
rekabentuk ciptaan seorang arkitek
kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad
bin Hamzah.
JALUR GEMILANG yang dilihat
sekarang sebenarnya wujud beberapa
tahun sebelum negara merdeka.
Sejarah sepintas lalu, merekodkan
Bendera Persekutuan Tanah Melayu
diilhamkan menerusi satu
pertandingan mereka cipta bendera
peringkat kebangsaan. Pertandingan

dikelolakan Jawatankuasa Khas dan


dipengerusikan Ketua Setiausaha
Negara ketika itu, Sir Alec Newboult
dianjurkan bagi mencari lambang
kewujudan kerajaan Persekutuan.
Pada 15 November 1949,
Jawatankuasa ini mengemukakan 373
reka bentuk bendera kepada Majlis
Perundangan Persekutuan untuk
pertimbangan dan pemilihan.
Daripada jumlah itu, tiga rekaan
disenarai pendekkan membabitkan
lambang keris bersilang dikelilingi 11
bintang pecah lima manakala rekaan
kedua mempertaruhkan reka bentuk
hampir serupa kecuali 11 bintang
pecah lima membentuk dua bulatan
mengelilingi keris bersilang.
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan
arkitek Jabatan Kerja Raya Johor,

Mohamed Hamzah yang menampilkan


sebelas jalur merah-putih dengan
bulan bintang berwarna putih di
bahagian tepi kiri mendapat pilihan
majoriti dan perkenan Mesyuarat
Majlis Raja-raja yang berlangsung
pada 22 dan 23 Februari 1950.

Reka bentuk terakhir dipilih

[sunting | sunting sumber]


Setelah diubahsuai beberapa kali,
rekabentuk tersebut telah teliti pada

Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22


dan 23 Februari 1950. Pada 19 April
1950, Majlis Perundangan Persekutuan
telah meluluskan usul yang
dibentangkan oleh Pemangku Ketua
Setiausaha Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council the
Flag of the Federation of Malaya
should be as follows:- Eleven
horizontal stripes alternately red and
white in colour, the uppermost stripe
being red, having a blue quarter with
a cresent and eleven pointed star in
yellow superimposed, the standard
size of the flag to be six feet by three
feet."
Reka bentuk diluluskan

[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk bendera tersebut telah


mendapat kelulusan Raja George VI
pada 19 Mei 1950. Dengan itu, buat
pertama kalinya bendera Persekutuan
Tanah Melayu telah dikibarkan dalam
satu majlis menaikkan bendera
tersebut yang dianjurkan oleh
Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei
1950 di perkarangan Istana Sultan
Selangor dengan dihadiri oleh DYMM
Raja-Raja Melayu dan Pegawaipegawai Raja George VI. Sebelum
kekal dengan rekaan sekarang,
beberapa pindaan dibuat termasuk
mengikut cadangan Sultan Kedah
yang meminta warna putih bulan sabit
ditukar kuning bagi mewakili warna
Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis


Perundangan Persekutuan menerusi
perkenan Majlis Raja-raja Melayu
meluluskan usul yang dibentangkan
Pemangku Ketua Setiausaha Negara
mengenai Bendera Persekutuan Tanah
Melayu.
Pada 26 Mei tahun yang sama,
bendera itu dikibarkan buat pertama
kalinya di Istana Sultan Selangor,
Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang
berlangsung pada 9.30 pagi itu
dihadiri wakil Sultan seluruh tanah
Melayu.

You might also like