Professional Documents
Culture Documents
Dboxx
Dboxx
Folder Dropbox
Selepas anda memasang Dropbox pada komputer anda, satu folder Dropbox akan dicipta. Jika anda
membaca panduan ini, maka itu bermakna anda tidak ada masalah mencari folder Dropbox anda :).
Folder ini sama sahaja seperti mana-mana folder lain pada komputer anda, tetapi dengan sedikit
perbezaan. Mana-mana fail yang anda simpan ke folder Dropbox anda juga disimpan ke semua
komputer lain anda, telefon dan laman web Dropbox.
Di bahagian atas Dropbox anda ialah ikon berwarna hijau yang memberitahu anda keadaan
Dropboxanda:
Bulatan hijau dan tanda semak: Semua fail di dalam Dropbox adalah terkini.
B
ulatan biru dan anak panah: Fail di dalam Dropbox anda sedang dikemas kini
pada masa ini.
Saya .txt
Saya .txt
Itu sahaja! Ikon hijau bermakna bahawa fail anda telah selesai
disimpan ke komputer anda yang lain dan laman web Dropbox.
Sekarang setelah fail anda di dalam Dropbox, sebarang perubahan
yang dilakukan padanya akan secara automatik dikesan dan
Saya .txt
Kongsi Folder Jemput rakan, keluarga dan rakan sepasukan anda ke folder di dalam Dropbox anda.
Iaseolah-olah anda menyimpan folder berkenaan ke komputer mereka.
Lihat Versi Terdahulu Lihat rekod perubahan yang dibuat kepada fail. Anda boleh memilih untuk
pergi semula ke versi lebih awal sesuatu fail jika anda inginkan.
Semak lalu di Laman Web Dropbox Lihat fail di laman web Dropbox.
Dapatkan Pautan Buat pautan ke mana-mana fail atau folder di dalam Dropbox anda. Anda
kemudiannya boleh menghantar pautan ini kepada sesiapa yang anda ingin melihat fail berkenaan
walaupun jika mereka tidak mempunyai Dropbox!
Buka folder Dropbox anda, laman web Dropbox atau pusat bantuan Dropbox.
Lihat anggaran berapa lama akan diambil oleh Dropbox untuk selesai mengemas kini fail.
Ubah keutamaan bagi sambungan anda, lokasi folder Dropbox dan banyak lagi.