Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

FARIDDUDIN BIN RAMLI

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER TAHUN 2013


____________________________________________________________________________
KOD KURSUS : HBEF 3503
TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF
AKTIVITI 3
____________________________________________________________________________

NAMA

: FARIDDUDIN BIN RAMLI

NO. MATRIKULASI

: 720219025305001

NO. KAD PENGENALAN

: 720219025305

NO. TELEFON

: 012-5803793

E-MEL

: faridramli@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


IPOH, PERAK

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

FARIDDUDIN BIN RAMLI

Isi Kandungan :

Pengenlan

Soalan Tugasan

Abstrak

1.0 Proses Penilaian


2.0 Proses Saringan
3.0 Laporan Hasil Proses Saringan

Penutup

Rujukan

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

FARIDDUDIN BIN RAMLI

PENGENALAN
Alhamdulillah bersyukur saya kehadratNya kerana dengan izin dan kehendakNya, maka
saya dapat menyempurnakan dengan jayanya tugasan yang diamanahkan kepada saya iaitu
tugasan HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF ini mengikut jangka masa yang ditetapkan.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pensyarah Penasihat yang telah banyak
memberikan panduan dan tunjuk ajar kapada saya dalam menyempurnakan tugasan ini.
Sokongan daripada rakan-rakan sekuliah turut dihargai , segala bahan-bahan rujukan yang
disumbangkan cukup bermakna bagi diri saya kerana tanpa kerjasama rakan-rakan sudah tentu
tugasan saya tidak seperti ini. Sebagai seorang pelajar yang baru , banyak perkara yang masih
perlu dipelajari bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada saya dalam kursus ini
amat -amat saya harapkan.Segala kelemahan yang terdapat dalam tugasan saya ini adalah
datangnya daripada kelemahan saya. Tunjuk ajar daripada tuan sudah tentunya dapat
mempertingkatkan lagi mutu tugasan ini.

Harapan saya agar tugasan ini, sedapat tidak

mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan kepada semua pihak. Semoga usaha kecil ini
akan dapat keberkatan daripada Nya.
Sekian, terima kasih.
Wassalam

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

FARIDDUDIN BIN RAMLI

TUGASAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 2025 mensasar untuk melengkapkan setiap guru dengan pengetahuan asas
dalam pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif
di sekolah-sekolah aliran perdana menjelang 2025.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keperluan Pendidikan Inklusif
dalam pendidikan arus perdana. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan kajian lepas sebagai
rujukan. Program Pendidikan Inklusif untuk golongan bekeperluan khas bermula pada 1987
dibawah Kementerian Pendidikan dan digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Program Pendidikan Inklusif menitik beratkan program Pendidikan Inklusif bagi murid - murid
dengan keperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa belajar bersama-sama dengan muridmurid biasa. Hasil kajian mendapati bahawa Pendidikan Inklusif perlu dilaksanakan kerana
keperluan kesaksamaan, pendidikan berkualiti dan keperluan sosial. Namun terdapat isu dan
cabaran yang perlu ditangani untuk memastikan keberkesanan Pendidikan Inklusif sepenuhnya
dalam Pendidikan di Malaysia.
Sebagai seorang guru yang sedang meningkatkan profesionalisme diri , adalah perlu
bersedia untuk turut serta dalam melaksanakan program pendidikan inklusif ataupun SEIP di
sekolah sendiri.
Sebagai langkah awal, saya perlu melaksanakan aktiviti berikut:

pilih satu kelas (mana-mana Tahun atau Tingkatan) murid-murid di sekolah sendiri

lakukan proses penilaian menggunakan instrumen yang anda bangunkan

lakukan proses saringan mengikut carta alir yang anda sediakan

laporkan hasil saringan yang dilaksanakan

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

FARIDDUDIN BIN RAMLI

ABSTRAK
Pelaksanaan pendekatan pendidikan kepelbagaian atau pendidikan inklusif adalah
bertepatan dengan sasaran kerja utama Kementerian Pelajaran Malaysia bagi merapatkan
jurang perbezaan di sekolah dan menghapuskan sebarang unsur diskriminasi terhadap pelajarpelajar lemah dan bermasalah dengan kesedaran bahawa mereka adalah manusia yang
mempunyai keperluan kendiri yang memerlukan perhatian, penerimaan, penghargaan dan kasih
sayang. Pandangan ini selari dengan model keperluan Maslow yang menerangkan keperluan
manusia dalam bentuk berhierarki. Pengisian terhadap keperluan kekurangan (makan, minum
dan tempat tinggal) dan keperluan pertumbuhan (keselamatan, kasih sayang dan penghargaan)
akan membawa kepada kesempurnaan kendiri (Ahmad Rafaai Ayudin 1995).
Perkembangan kemahiran sosial dan tingkah laku seseorang kanak-kanak
banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan
koordinasi badan. Oleh itu, objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui prestasi
kemahiran sosial kanak-kanak melalui instrumen penilaian ekologi dan penilaian kendiri yang
telah dibina.
Seramai 36 orang kanak-kanak Tahun 3 Utarid berumur 10 tahun daripada SK Tasek
Damai , Ipoh terlibat dalam kajian ini. Penaksiran yang dilakukan adalah melalui proses
pengumpulan maklumat berkenaan kanak-kanak yang diajar dengan bertujuan membuat
keputusan tentang kekuatan, kelemahan dan keperluan mereka. Daripada penaksiran yang
teratur keputusan-keputusan penting tentang strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat
dengan lebih tepat. Penaksiran bertujuan untuk mengenal pasti intervensi awal yang sesuai bagi
seseorang individu atau kumpulan kanak-kanak. Penaksiran adalah berbentuk formal dan tidak
formal bergantung kepada situasi dan instrumen yang digunakan. Maklumat yang diperolehi
boleh digunakan untuk mengubahsuai strategi pengajaran ke arah memperbaiki lagi kaedah
intervensi awal.
Data yang dikumpul untuk dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel. Melalui
ujian yang dilakukan, semua subjek telah menyelesaikan kesemua ujian. Daripada keputusan
ujian, perbezaan latar belakang keluarga mempengaruhi tahap keupayaan kemahiran dalam
pembelajaran. Kesimpulannya, kajian seperti ini amat diperlukan bagi membantu
meningkatkan prestasi kanak-kanak dan mengubahsuai strategi pengajaran.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

FARIDDUDIN BIN RAMLI

1.0 PROSES PENILAIAN


1.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimental yang diwakili satu kumpulan
populasi. Kajian ini melibatkan dua instrument penilaian yang perlu dijawab oleh subjek.
1.2 Sampel Kajian
Subjek mewakili keseluruhan populasi. Subjek terdiri daripada satu kelas Tahun 4 yang
berumur 10 tahun. Seramai 36 orang kanak-kanak lelaki terlibat dalam kajian ini. Di samping
itu juga, subjek ini dipilih setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua sekolah, pihak
sekolah, ibu bapa dan penjaga terlebih dahulu.
1.3 Instrumen Kajian
Alat yang digunakan dalam kajian ini ialah seperti kelengkapan set penilaian, bilik untuk
menjalankan penilaian, borang penilaian dan kelengkapan alat komputer. Ujian ini dijalankan
kepada kanak-kanak yang berumur 10 tahun. Terdapat dua instrumen penilaian iaitu penilaian
ekologi dan penilaian kendiri yang merangkumi 9 item di dalam ujian . Ia diuji bagi
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran sosial serta jenis-jenis tingkah laku
dalam diri kanak-kanak .
1.4 Analisis Data
Tahap kemahiran sosial dan tingkah laku mereka dikenalpasti dengan kedudukan jumlah skor
yang diperolehi. Subjek yang berada pada skor 100 dan ke atas, adalah merupakan subjek yang
tidak mengalami masalah tingkah laku. Kedudukan subjek yang berada antara skor 0 hingga
100 adalah subjek yang berada pada tahap kesukaran yang memerlukan perhatian serius.
Sekiranya mereka didapati mengalami kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian maka
perlu diberikan bantuan segera denagan berjumpa dengan pakar perubatan masing-masing.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

FARIDDUDIN BIN RAMLI

Jadual 1: Frekuensi Keputusan Ujian


Mata Skor
0-20
21-40
41-60
61-80
81-100
101-120
121-140
141-160
161-180
181-200
Jumlah

Kekerapan
0
5
8
2
4
4
5
5
2
0
35

Peratus
0.0
14.3
22.9
5.7
11.4
11.4
14.3
14.3
5.7
0.0
100.0

Berdasarkan kepada jumlah mata yang diperolehi oleh sampel, seramai 16 orang sampel
telah mencapai keputusan yang baik dengan 2 orang daripadanya tidak mendapat keputusan
yang memberangsangkan apabila jumlah mata skor mereka hanya 21. Ini menunjukkan mereka
tidak melakukan kesemua ujian yang telah ditetapkan di atas masalah-masalah tertentu dan
memerlukan perhatian bagi memastikan prestasi kemahiran sosial dan tingkah laku mereka
mencapai tahap yang sebenarnya. Namun begitu 2 orang daripada 16 orang yang mendapat
skor 160 ke atas telah menunjukkan presatasi yang baik dalam beberapa ujian tertentu. Subjek
yang mendapat kurang daripada skor 40 adalah berada pada tahap kesukaran untuk menjalani
kehidupan seharian kerana mempunyai masalah dalam kemahiran-kemahiran tertentu.

2.0 PROSES PENYARINGAN

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

FARIDDUDIN BIN RAMLI

Sebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak hendak
ditentukan. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat nyata dan
pengujian tidak diperlukan. Contohnya, sindrom Down dan kurang upaya fizikal boleh
ditentukan dengan memerhati ciri-ciri fizikal kanak-kanak berkenaan. Bagi sesetengah kanakkanak pula adalah sukar untuk menentukan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyaringan
(screening) perlu dilakukan. Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang
sesuatu perkara, contohnya kemahiran bahasa. Lazimnya, teknik saringan dapat dilakukan
dengan cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan pelajar yang ramai. Setelah dikenal pasti,
guru akan membuat pengubahsuaian pengajaran sesuai dengan pelajar berkenaan. Sekiranya
pengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan merujuk pelajar itu untuk menjalani
pengujian diagnostik yang lebih terperinci.
2.1 Perkembangan Motor
Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran. Oleh itu, guru
telah melakukan pengujian tentang perkembangan motor melalui tahap kekuatan, kelenturan,
ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak. Pergerakan otot besar
(seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) dan pergerakan otot halus (seperti
mengambil sesuatu objek permainan, mengikat tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan
motor seseorang kanak-kanak.
.
2.2 Perkembangan Kognitif
Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti kemahiran
mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa lampau, merancang dan
membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada masa depan. Kebolehan mereka
mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat sedia ada, menyelesai masalah
dan menghasil idea-idea baru adalah petanda-petanda perkembangan kognitif yang positif.

2.3 Komunikasi dan Perkembangan Bahasa

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

FARIDDUDIN BIN RAMLI

Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan, keperluan,


pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa untuk
berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripada orang lain.
Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan
lisan melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan mata, riak air muka dan
sebagainya. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut mendapati bahawa tahap keupayaan
komunikasi dan perkembangan bahasa kanak-kanak tersebut adalah normal .
2.4 Perkembangan Emosi dan Sosial
Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang permainan dan
tidak keberatan bekerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnya mengikut
giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan
emosi dengan cara teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap
perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak sama ada berkeperluan khas ataupun tidak.
2.5 Kemahiran Adaptif
Perkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama ada mereka mempunyai kemahiran adaptif
seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan sendiri tanpa disuap,
menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri, membasuh tangan dan
sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian ini mendapati bahawa tahap kanakkanak tersebut adalah normal.
Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh
diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan umur tertentu.
Pada umur 11 tahun, disenaraikan kebolehan dan keupayaan yang patut dilakukan oleh kanakkanak pada peringkat umur tersebut. Perlu ditekankan bahawa kelima-lima domain ini tidak
berasingan tetapi banyak bertindih. Contohnya, kanak-kanak yang bermain bola sepak
menggunakan kelima-lima domain: kemahiran motor (berlari dan menendang bola), kemahiran
kognitif (dapat meramal gerak-geri pemain), kemahiran berkomunikasi (menerima dan
memberi arahan), kemahiran sosial (mematuhi peraturan permainan) dan kemahiran adaptif
(memakai kasut bola tanpa bantuan).

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

FARIDDUDIN BIN RAMLI

3.0 LAPORAN HASIL PROSES SARINGAN


Merujuk kepada semua rekod-rekod diatas , kita boleh membuat satu analisis daripada
data-data yang telah diperolehi supaya satu tindakan susulan boleh dibuat. Plan intevensi ini
akan menentukan bagaimana kaedah dan teknik yang sesuai boleh dilakukan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah. Melalui proses saringan yang dijalankan mendapati bahawa 36
subjek yang telah duji menunjukkan tahap kemahiran sosial dan tingkah laku yang normal iaitu
16 orang murid telah mencapai skor di atas 100 mata. Kanak-kanak ini berkebolehan bergerak
dan manipulasi objek yang mempengaruhi pembelajaran di dalam bilik darjah. untuk
menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti kemahiran mengira, mengingat perkara
yang mereka telah lakukan pada masa lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apa
mereka akan buat pada masa depan. Mereka juga mampu untuk mengintegrasi maklumat yang
baru dipelajari dengan maklumat sedia ada, menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru
yang menunjukkan petanda-petanda perkembangan kognitif yang positif.
Di samping itu, kanak-kanak di dalam Kelas 4 Utarid ini juga boleh berkomunikasi
dengan menggunakan bahasa untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima
maklumat daripada orang lain. Mereka dapat bekerjasama di antara satu sama lain melalui
aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Murid-murid ini juga dapat menumpukan perhatian
terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah. Mereka dapat meluahkan perasaan dan emosi
dengan cara teratur. Kemahiran adaptif juga jelas kelihatan seperti kebolehan memakai baju
tanpa dibantu orang lain, makan sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna,
memberus gigi dengan sendiri, membasuh tangan dan sebagainya.
Kesimpulannya , melalui instrumen yang dijalankan ke atas 36 orang murid-murid di
SK Tasik Damai, Ipoh mendapati kanak-kanak ini tidak menghadapi masalah pembelajaran.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

10

FARIDDUDIN BIN RAMLI

PENUTUP
Dapatlah dirumuskan bahawa program pendidikan inklusif di sekolah harian adalah
bertujuan membangunkan sumber manusia yang terdiri daripada pelajar bermasalah
pembelajaran untuk kesejahteraan negara. Kejayaan program ini amat bergantung dengan
corak pengurusan kepimpinan, amalan pengajaran, sokongan pembelajaran, kolaborasi dan
penilaian terhadap program dan murid inklusif. Termasuk juga soal penglibatan keluarga,
sosialisasi dan penglibatan pelajar inklusif memerlukan kajian lanjutan yang mengukur amalan
dan kualiti pelaksanaannya. Kepentingan kajian ini dari segi ilmu diharap akan menjadi
sumbangan pengetahuan mengenai ilmu yang boleh menyokong perkembangan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran dalam kehidupan dan pendidikannya. Kajian yang dilaksanakan ini
dapat memberi informasi baru untuk menambah pengetahuan dan rujukan kepada pelbagai
organisasi dan individu serta memberi implikasi dari segi konsep dan teori yang mendasarinya.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

11

FARIDDUDIN BIN RAMLI

RUJUKAN
Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah
Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.
Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.
Kementerian Pelajaran Malaysia, (1992) Surat Pekeliling-Pekeliling Pendidikan Khas (1979
1991). Kuala Lumpur : Unit Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
murid-murid berkeperluan khas.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas
Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.Tesis Masters yang tidak
diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page
25

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

12

You might also like