Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Geograf Maksud, Punca, Kesan Dan Langkah Mengatasi Pencemaran

Udara. Baru-baru ini, negara kita dilanda jerebu yang teruk akibat
pembakaran ladang kelapa sawit di negara Indonesia (selatan Sumatera
dan Riau). Sebenarnya jerebu ini adalah satu fenomena pencemaran
udara. Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Antaranya
ialah:-

:~>Maksud/Pengenalan Pencemaran Udara


:~ Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan
sebarang bahan kimia atau bahan biologi yang boleh menyebabakan
mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidupan lain
serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera.
:~ Pencemaran udara adalah bahan di udara yang boleh member kesan
buruk kepada manusia dan ekosistem. Pencemaran boleh berlaku
secara semulajadi atau dengan buatan manusia.
Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon
dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida.

:>Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh
mencemarkan udara persekitarannya.
Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter
dan meletak penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah
dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undangundang seperti denda dan penjara.
2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas,
lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih
murah.
:>Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil
dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara,
disamping baunya yang menyakitkan hidung.
Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun
dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk
mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta
api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya
mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini
merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak
mengeluarkan asap hitam!

3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma.

:> Apabila bahan api fosil yang terdiri dari petrolium, gas asli dan arang batu
dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa berkenaan.
Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu adalah kerana
pembakaran gas asli di stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu.
Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam
seperti kuasa hidro elektrik, biomas dan tenaga suria. Negara kita telah
menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina di
Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.
4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi
menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar jerami padi setelah
musim menuai. :>Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di
kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan
Dataran Kelantan suatu ketika dahulu.
Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan
sumber untuk tenaga biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras
di Alor Setar.
5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh
pemilik ladang di Sumatera dan Riau baru-baru ini.
:>Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga
kejadian jerebu yang amat teruk.
Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti
dijadikan baja kompos dan makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan
penyapu.
6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan.

:> Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah
menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.
Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan
hari-hari tertentu untuk mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di
kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat mengurangkan
pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.
7. Kebakaran Hutan. Kejadian jerebu yang melanda kawasan perumahan
baru-baru ini kerana kebakaran hutan gambut secara semulajadi akibat
pancaran matahari terik dan cuaca panas.
:> Hutan gambut ini terbakar apabila menjelangnya petang sehingga ke
malam, menyebabkan kawasan perumahan berhampiran dipenuhi debudebu berwarna hitam dan bau asap yang menyesakkan pernafasan.
Langkah Mengatasi : Pihak Jabatan Kaji Cuaca telah mengambil langkah
membentukawan tiruan dengan tujuan menurunkan hujan. Dengan
Rahmat Allah yang telah menurunkan hujan telah menghapuskan
kejadian jerebu ini.

You might also like