Artikel Perpaduan Kaum Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yang aman dan harmoni. Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina dan
India yang hidup bagai aur dengan tebing menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di rantau ini. Peristiwa 13 Mei 1969 masih
segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum padda ketika itu perlu menjadid iktbar bagi
setiap generasi. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei 1969 yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malysia wajar direnungi
agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan kaum amat penting dipertahankan agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju kea rah
pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, langkah-langkah drastic perlu diimplementasikan
dalam usaha memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.
Lungan merdeka 53 tahun yang lalu adalah hasil usaha permuafakatan antara kaum di Malaysia. Persoalannya, mengapakah phentingnya
perpaduan kaum kepada sesebuah negara? Perpaduan kaum amat penting untuk mewujudkan sesebuah negara yang aman dan damai. Ketika
negara lain diancam dengan rencaman isu keganasan, Malaysia tetap gah di mata dunia sebagai sebuah negara yang makmur lagi harmoni. Hal
ini adalah kerana segenap lapisan masyarakat hidup bersatu padu dan menjadi perencah kepada kemakmuran Malaysia. Keakraban dan
permuafakatan dalam kalangan masyarakat majmuk telah melahirkan satu identiti negara yang dikagumi pada peringkat global. Tuntasnya kita
dapat menyimpulkan bahawa masyarakat yang bersatu padu akan membina satu bangsa yang berdaulat dan maju serta mewujudkan sebuah
negara yang aman dan damai.
Dalam mengharungi arus pemodenan dan cabaran globalisasi, sesuatu perlu dilakukan untuk memperkasakan hubungan antara kaum di
Malaysia. Pendidikan merupakan satu wadah pentng untuk merealisasikan hasrat murni ini. Secara analoginya, system pendidikan di Malaysia
telah mengalami perubahan sejak dari zaman sebuelum merdeka hinggalah kini. Pelaksanaaan Dasar Bahasa Kebangsaan berteraskan Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Ordinan Pelajaran 1957, Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1983 dan beberapa
penyata serta akataakta pendidikan yang lain telah membolehkan semua kaum berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa
Melayu. Pengenalan satu system pendidikan bercorak kebangsaan yang merupakan wadah untuk mengeratkan hubungan antara kaum. Melalui
system pendidikan yang sama, pelajar daripada pelbagai kaum akan belajar dan berinterksi bersama-sama dan proses ini akan menggalakkan
proses perpaduan kaum. Kementerian Pelajaran juga telah memprkenalkan sekolah wawasan yang menempatkan tiga aliran pendidikan iaitu
aliran kebangsaan, Cina, dan India di satu kawasan yang sama. Interaksi antara ketiga-tiga aliran pendidikan ini akan memperkasakan hubungan
antara kaum. Selain itu, penggunaan Bahasa Melaayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsan turut membolehkan pelbagai

kaum berinteraksi antara satu sam lain. Sesungguhnya system pendidikan kebangsaan menjadi pemangkin untuk mengeratkan hubungan antara
kaum di Malaysia.
Selaras dengan era teknologi maklumat dan komunikasi, ledakan informasi yang drastic dan radikal yang sedang melanda seantero pelosok
negara, hubungan antara kaum juga perlu disemarakkan. Amalan kemasyarakatan seperti bergotong royong turut membantu mengeratkan
hubungan antara kaum. Inovasi terhadap budaya tolong menolong yang melahirkan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong royong
dan Rukun Tetangga mampu menjana semangat perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat. usaha menyemarakkan aktiviti-aktiviti ini
semula adalah dengan menyediakan insentif-insentif tertentu yang sudah pasti akan menambahkan wadah pemupukan perpaduan bangsa.
Cadangan menjalankan aktiviti gotong royong sebagai satu program nasional atau sekurang-kurangnya sebagai acara dalam perayaan
menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan wajar dipertimbangkan kerana amalan ii dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.
Perkembangan budaya yang berlaku dalam negara ii sejak zaman kemerdekaan jelas menunjukkan bahawa penerapan nilai-nilai budaya sesuatu
kaum oleh suatu kaum yang lain berlakku tanpa paksaan. Misalnya, bilangan wanita bukan Melayu yang memakai pakaian tradisional Melayu
seperti baju kurung semasa menghadiri majlis-majlis rasmi semakin bertambah walaupun tiada sebarang peraturan yang memaksa mereka
berbuat demikian. Demikian jugalah dengan bilangan rakyat bukan Melayu yang menggemari nasi lemak, sambal belacan dan sebagainya
bertambah banyak. Orang Melayu juga banyak yang menggemari masakan orang Cina seperti nasi goring dan kuetiau goring. Penerapan nilainilai budaya berbilang kaum ini akhirnya akan menjurus kepada perpaduan kaum yang utuh dan kukuh.
Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa unsur-unsur mangkin yang efektif membantu memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia.
Pelbagai pihak perlu bertoleransi, bermuafakat dan bekerjasama dalam usaha mencapai aspirasi keharmonian dan pemodenan negara bak kata
pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan antara kaum dapat mewujudkan suasana harmoni dalam
kalangan masyarakat dan menjadi wadah penting kepada kesejahteraan masyarakat sama ada pada peringkat glokal mahhupun global. Perpaduan
kaum merupakan aset negara yang paling bernilai demi menjamin kemajuan negara menjelang tahun 2020 dan bagi melahirkan satu bangsa
Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

You might also like