Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Client: KPM / Size: 33cm x 4col / File: Program Pensiswazahan Guru - Ambilan 2012

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)
AMBILAN 2012
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD)
yang sedang berkhidmat di sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan/Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di bawah
Rancangan Malaysia Ke-10.
1.

Keterangan Program
1.1
1.2
1.3
1.4

Nama Program
:
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
Tempoh Pengajian
:
Empat (4) Tahun
Mod Kursus
:
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
Program ini dijalankan secara mod Pendidikan Jarak Jauh di Institut Pendidikan Guru (IPG)/
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Peserta yang lulus
peperiksaan dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dianugerah Ijazah Sarjana Muda.

2.

Syarat dan Kelayakan Asas


2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah
rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.3 Berumur 47 tahun dan ke bawah pada 2012 (lahir pada atau selepas 1965).
2.4 PPPLD yang berumur 46 dan 47 tahun yang telah memilih opsyen bersara wajib 58 tahun.
2.5 Telah disahkan dalam jawatan.
2.6 Tidak berdaftar atau tidak mengikuti apa-apa pengajian dengan mana-mana universiti sebagai
pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.7 Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.

3.

Syarat Tambahan
3.1 Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara berterusan lebih daripada 3 tahun.
3.2 Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.
3.3 Mempunyai kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
3.4 Mempunyai purata markah laporan prestasi perkhidmatan yang baik bagi 3 tahun yang terkini.

4. Calon Tidak Layak Memohon


4.1 Calon yang masih dalam tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib.
4.2 Calon yang gagal menamatkan kursus di bawah tajaan tanpa kelulusan Kementerian Pelajaran
Malaysia. (contoh : Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)/PJJ KPM-OUM)
5.

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan


A.

Sekolah Rendah

B.

Sekolah Menengah

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Pengajian Agama Islam
Pengajian Bahasa Cina
Pengajian Bahasa Inggeris
Pengajian Bahasa Melayu
Pengajian Bahasa Tamil
Pengajian Bimbingan & Kaunseling
Pengajian Kemahiran Hidup (KMT)
Pengajian Matematik
Pengajian Muzik
Pengajian Pendidikan Jasmani
& Kesihatan
Pengajian Pendidikan Khas
(Umum)
Pengajian Pendidikan Seni Visual
Pengajian PK (Pemulihan)
Pengajian Sains
Sejarah

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

Pengajian Agama Islam


Pengajian Amalan Bengkel Mesin
Pengajian Automotif (Kenderaan)
Pengajian Bahasa Cina
Pengajian Bahasa Inggeris
Pengajian Bahasa Melayu
Pengajian Bahasa Tamil
Pengajian Ekonomi Rumah Tangga
Pengajian Geografi
Pengajian Kejuruteraan Awam
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (Kimpalan)
Pengajian Kemahiran Hidup (KMT)
Pengajian Matematik
Pengajian Menservis Peralatan Penyejukan
& Penyaman Udara
Pengajian Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Pengajian Pendidikan Seni Visual
Pengajian Sains
Pengajian Sains Sukan
Pengajian Sejarah

13.
14.
15.
16.
17.

16.
17.
18.
19.
20.

6.

Cara Mengemukakan Permohonan


6.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang
Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my mulai 17 Oktober 2011 (Isnin)
bermula jam 10.00 pagi.
6.2 Calon dinasihatkan melayari dahulu laman sesawang berkenaan untuk meneliti Panduan
Permohonan dan memahami tatacara membuat permohonan secara dalam talian ini.
6.3 Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
6.4 Maklumat permohonan yang tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

7.

Tarikh Tutup Permohonan : 27 November 2011 (Ahad) sebelum 11.59 malam.

8.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Peningkatan Akademik dan Kompetensi)
No. Telefon : 03-8884 1091/1269/1273/1270
Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491, 88805 Kota Kinabalu Sabah
No. Telefon : 088-236804
Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej, 93259 Kuching Sarawak
No. Telefon : 082-258045

Pengesahan Klien (Stamp & T/tangan)

............................................................................................................................................

Nama:
Tarikh

You might also like