Bahagian Pengurusan Psikologi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI

Pengarah
Dr. Abd Halim Bin Mohd Hussin
halim.hussin@jpa.gov.my
Visi
Menjadikan perkhidmatan psikologi sebagai teras kepada aspek pembangunan modal insan dalam pengurusan
sumber manusia selaras dengan wawasan JPA.
Misi

Menggubal dasar perkhidmatan psikologi.

Menjadi pakar rujuk perkhidmatan psikologi.

Merancang keperluan perkhidmatan psikologi.

Melaksana perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia melalui program pembangunan,

pencegahan dan pemulihan.


Menentukan pelaksanaan dan keberkesanan perkhidmatan psikologi dalam sektor awam.
Objektif
Menyediakan dasar dan perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia bagi membangunkan pegawai
sektor awam yang berintegriti dan berprestasi tinggi.
Fungsi

Menggubal, menyemak, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar, garis panduan perkhidmatan

psikologi dan kaunseling dalam perkhidmatan awam.


Membangun dan mengendalikan program peningkatan potensi anggota perkhidmatan awam dan

pengurusan sumber manusia melalui pendekatan psikologi.


Membangun, mentadbir, menganalisis, menyelaras dan memantau penggunaan ujian psikologi dalam

perkhidmatan awam.
Mengenal pasti, membangun, melaksana dan menganalisis data dan maklumat hasil daripada penyelidikan

yang berkaitan dengan isu-isu psikologi dalam perkhidmatan awam.


Menyedia, menyelaras, memantau perkhidmatan kaunseling yang diberikan dalam perkhidmatan awam.

Mengenal pasti, membangun, melaksana dan memantau pelaksanaan program kaunseling pencegahan

dalam perkhidmatan awam.


Mengenal pasti, membangun dan mengendalikan program kesejahteraan sosial bagi anggota perkhidmatan
awam.

Mengenal pasti, membangun dan mengendalikan program pembangunan kerjaya dan keluarga dalam
perkhidmatan awam.
Piagam Pelanggan

Memastikan dasar psikologi sektor awam digubal dalam tempoh satu ( 1 ) tahun dari tarikh arahan diterima.

Memastikan laporan ujian e-psikologi disediakan dalam tempoh tiga ( 3 ) hari selepas menduduki sesuatu
ujian tertakluk kepada bilangan calon dan jenis ujian.

Memastikan perkhidmatan kaunseling individu diberikan kepada anggota perkhidmatan awam dalam
tempoh tiga ( 3 ) hari bekerja bagi kes baru daripada tarikh penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan

dan kehadiran klien.


Memastikan permohonan mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling diproses dalam tempoh lima

( 5 ) hari dari tarikh permohonan diterima.


Memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan psikologi dan kaunseling berada pada tahap skor purata

sekurang-kurangnya pada skala lima ( 5 ) daripada tujuh ( 7 ).


Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh lima ( 5 ) minit.

PERKHIDMATAN KAUNSELING
1.
2.

E-Kaunseling Perkhidmatan Awam sejk 2010 kaunseling ats talian.bole pilih kaunselor yg kita nak.
E-Minda Sejahtera
-ada inventori minda sejahtera
-knl psti kesihatan mental

3.

Sistem Ujian Psikologi Online

4.

Facebook Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Apa itu penyakit mental


Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh
menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang
mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Laporan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang
menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan
menjadi penyebab kedua tertinggi.
Kesihatan Mental vs kesihatan fizikal
Kesejahteraan mental boleh memberikan kesan terhadap kesihatan fizikal. Penyakit mental yang
serius boleh memberikan impak terhadap kehidupan. Individu yang menderita atau mengalami
masalah mental biasanya kurang mengambil berat dari perspektif fizikal mereka. Berdasarkan
kajian, kesan penyakit mental dalam kehidupan adalah lebih besar daripada risiko-risiko lain seperti
merokok, obesiti dan kencing manis.
KECELARUAN MENTAL
Ciri individu mengalami kecelaruan mental;
1. Bertentangan dengan Kebiasaan: Individu memberitahu melihat dan mendengar perkara yang
tidak wujud iaitu halusinasi dan delusi.

2. Tingkah laku bertentangan dengan nilai masyarakat: setiap masyarakat/budaya memiliki tatacara
dan adab yang biasa diikuti
3. Persepsi dan Interpretasi realiti: individu yang berhadapan dengan tekanan dan kesedihan. Selain
itu, mereka cenderung untuk menafikan dan tidak dapat menerima kenyataan.
4. Salah Adaptasi: tingkah laku yang membataskan kefungsian, peranan dan tingkahlaku yang
menyebabkan kesedihan dan ketakutan serta takut berada di tempat yang ramai orang seperti
pasaraya dan majlis keramaian.
5. Kesusahan Peribadi: masalah emosi seperti mengalami kebimbangan, takut dan kemurungan.
Emosi berpanjangan hingga mengganggu individu untuk berfungsi secara normal.
6. Tingkah laku berbahaya: individu yang ingin membunuh diri dan melakukan perkara mengancam
nyawa orang lain akibat tekanan emosi.

Jenis Penyakit Mental


Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :
1. Neurosis
- Kemurungan
- Kebimbangan
2. Psikosis
- Skizofrenia
- Kecelaruan Bipolar
3.Kecelaruan Personaliti
Penyebab Berlakunya Penyakit Mental
Sebenarnya setakat ini tiada seorang pun pengkaji dapat mengesahkan punca utama yang
menyebabkan gejala ini namun ada beberapa faktor yang berkemungkinan boleh tercetusnya
penyakit mental. Antaranya ialah:
1. Faktor genetik/keturunan
2. Gangguan bahan kimia dalam otak
3. Jangkitan virus

4. Sejarah hidup yang getir


5. Keadaan sosio-ekonomi yang rendah

Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
1. Neurosis

Individu yang tergolong di dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan
terhadap aspek pemikiran, perasaan dan kelakuan namun ia tidak sampai ke tahap yang boleh
menjejaskan kewarasan. Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar keadaan
kesihatan namun aktiviti harian sedikit terganggu. Contoh penyakit neurosis ialah:

a. Kemurungan
Kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan berpanjangan. Sedih adalah perasaan
yang sering kita alami namun jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk ditanggung dan
berpanjangan melebihi tempoh dua minggu serta mengganggu fungsi kehidupan seharian maka ia
bukanlah sedih yang lazim tetapi penyakit kemurungan.

b. Kebimbangan
Penyakit ini digejalai oleh perasaan bimbang, resah dan gelisah. Seseorang itu akan berasa
tertekan, tegang, berpeluh, berdebar debar dan berasa takut yang melampau akan memberi bahaya
yang mereka tidak ketahui puncanya.

2. Psikosis

Mereka yang mengalami penyakit Psikosis mengalami perubahan yang amat ketara di dalam aspek
pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas. Penderita akan
berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib yang berkomunikasi dengan mereka yang
dikenali sebagai Halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh
orang lain dan menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan yang dipanggil Delusi. Antara
contoh Delusi ialah beranggapan ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka
menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan. Mereka
mungkin bercakap dengan merapu atau mengarut, berkelakuan aneh seperti bercakap seorang,
ketawa atau marah dengan tiada bersebab. Contoh Psikosis yang sering dialami adalah:

a. Skizofrenia
Antara ciri utama Skizofrenia ialah individu akan mengalami halusinasi, delusi, kecelaruan
pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkah laku. Selain itu juga prestasi kerja mereka juga
merosot dengan ketara.

b. Kecelaruan Bipolar
Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara dari segi mood dan emosi.
Mereka sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa mania) atau terlalu sedih (fasa
kemurungan).

3. Kecelaruan Personaliti

Secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau
karakter. Masalah yang dialami ini boleh memberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan
orang di sekelilingnya.

Terdapat beberapa faktor yang berkemungkinan boleh tercetusnya penyakit mental.


Antaranya ialah:

a. Faktor Genetik / Keturunan

Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding
populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

b. Gangguan Bahan Kimia Dalam Otak

Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik
gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya:
Skizofrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan.
Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah.
Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau.
Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin.

c. Jangkitan Virus

Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit
mental.

d. Sejarah Hidup Yang Getir

Antara contohnya ialah mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibu bapa semasa kecil,
terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar.

e. Keadaan Sosio-Ekonomi Yang Rendah

Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh
meningkatkan masalah penyakit mental.

Adakah Penyakit Mental Boleh Diubati?


Ya, penyakit mental boleh diubati. Ini kerana kemajuan dalam bidang perubatan moden telah
membolehkan penemuan ubat-ubatan yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental.
Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa sebelum
kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat secara konsisten amat
digalakkan. Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi
kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan cara kerja dan
pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.
Adakah Ujian Yang Boleh Mengukur Tahap Kesihatan Anda
Ya. Individu yang ingin mengetahui status masalah kesihatan mental mereka boleh mengambil
program saringan kesihatan mental secara atas talian kerana ianya mudah, cepat dan ringkas.
Walaubagaimanapun ia tidak dapat menggantikan pemeriksaan dan penilaian yang lazim dijalankan
oleh anggota kesihatan mental yang terlatih.

Senarai ujian psikologi


Tujuan

Memperkasakan para penjawat awam dengan pengetahuan dan kemahiran agar mereka dapat
mengurus kesihatan mental dengan lebih berkesan.

Kumpulan Sasar

Penjawat awam dan ahli keluarga

Objektif

Menggalakkan para penjawat awam di Malaysia membudayakan kesihatan mental yang positif
Untuk mengetahui tahap status kesihatan mental individu dan faktor risiko melalui ujian tertentu
Mengenalpasti ciri-ciri serta faktor-faktor penyebab gangguan mental
Mengenalpasti tahap kesihatan mental diri sendiri dan mempunyai kemahiran dan kemampuan
menguruskan kesihatan mental yang berkesan
Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran penjawat awam mengenai kesihatan mental yang
sihat selain menggalakkan penjawat awam dan ahli keluarga menjalani saringan bagi mengenalpasti
status kesihatan mental serta faktor risiko yang mempengaruhinya
Untuk mengenalpasti faktor-faktor dan simptom-simptom risiko gangguan mental
Ringkasan Ujian
Ujian DASS21 - Mengetahui tahap stres, kebimbangan & kemurungan
Senarai Semak Kecelaruan Bipolar - Mengenalpasti kecelaruan bipolar melalui perubahan
mood/emosi
Ujian Skala Kesejahteraan Mental Warwick-Edinburgh (WEMWBS) - Mengetahui tahap
kesejahteraan mental
GHQ28 - Mengetahui tahap kualiti hidup dan mengenalpasti simptom-simptom lain yang berkaitan

WHOQOL-BREF - Mengetahui tahap kualiti hidup individu mengikut empat aspek termasuklah
kesihatan fizikal, psikologi, hubungan sosial dan persekitaran
Senarai Semak YBOCS - Mengetahui tahap kecelaruan Obsessive Compulsive Disorder individu

LATAR B ELAKANG
Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
telah ditubuhkan pada 4 Januari 1992 dengan nama Unit Psikologi dan
Kaunseling. Pad a Oktober 1994, Unit ini telah ditukarkan nama kepada
Unit Perkhidmatan Psikologi (UPPs). Seterusnya, pada September 1998,
Unit ini telah dinaikkan taraf kepada Bahagian Pengurusan Psikologi
(BPPs). Bahagian ini merupakan bahagian pertama yang memberikan
perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepad a anggota-anggota dalam
perkhidmatan awam.
Fokus Utama Bahagian Pengurusan Psikologi ialah:1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Penggubalan Dasar dan Pembangunan


Pembangunan dan Pengkomputeran Ujian Psikologi
Penyelidikan, Penerbitan dan Penilaian
Coaching dan Pementoran
Peran cangan dan Pelaksanaan
Perkhidmatan Kaunseling dan Konsultansi
Perkembangan dan Kompetensi Perkhidmatan Psikologi

Sistem e-Psikologi ini merupakan salah satu aktiviti di bawah fokus


pembangunan dan Pengkomputeran Ujian Psikologi, Ia dibangunkan
untuk mengukur ciri-ciri atau sifat-sifat berkaitan psikologi yang
merangkumi aspek-aspek sikap, pemikiran, emosi dan tingkah laku
seseorang individu.
Kaunseling sebagai satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan
prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan
perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan
menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling
PERKAMA
Suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip
psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling

untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistic, baik
dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan
berterusan sepanjang hayat klien Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)
Kaunseling Islam Satu proses interaksi bersemuka di antara kaunselor dan klien
yang matlamatnya melahirkan insan yang sempurna (insan kamil) di mana individu
itu kenal dirinya,kenal masalah kehidupannya dan ia cuba mengatasi dengan
menggunakan kemampuan yang ada padanya dan pada masa yang sama
mengembangkan dirinya menjadi personaliti Islam yang sesuai dengan fitrahnya
melalui petunjuk Rabbani. Abdul Hashim

Pengertian kaunseling
Hubungan dua hala
Kaunselor mendengar dan memahami
Membantu individu sedar tentang diri sendiri
Membantu individu mendapatkan pandangan yang jelas berkaitan dengan
masalah
Proses kaunseling dilaksanakan melalui perkongsian cerita, melahirkan perasaan,
mendapatkan pengetahuan atau maklumat baru hasil dari interaksi dengan
kaunselor
Bentuk Kaunseling
Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok
Kaunseling Keluarga
Kaunseling Perkahwinan
Kaunseling Kerjaya

You might also like