Aktiviti Kokurikulum

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

AKTIVITI KOKURIKULUM

1.0

Pengenalan

Aktiviti kokurikulum sebenarnya telah lama diperkenal dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan di
negara ini, iaitu sejak zaman penjajahan British lagi. Antaranya ialah penubuhan pasukan pengakap
yang pertama di Malaysia mengambil tempat di Singapura pada tahun 1909. Aktiviti gerakerja
kokurikulum ini diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang terkandung dalam
surat arahan School Course of Studies Regulation 1956 dan Pindaan tahun 1961 (Akta Pendidikan 1961,
No.552.) Aktiviti ini dikenali dengan nama Kegiatan Kumpulan. (Ab. Alim, 2004). Sekarang ini aktiviti
kokurikulum telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada proses pendidikan, yakni sebahagian daripada
Kurikulum Kebangsaan yang wajib dilaksanakan di sekolah-sekolah. Untuk itu, aktiviti kokurikulum
perlulah dirancang, diurus dan dilaksanakan secara sistematik, cekap dan berkesan seperti mana proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

2.0

Definisi Kokurikulum
Kegiatan atau gerakerja kokurikulum merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan

dilaksanakan selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah berasas dan lanjutan sesi
persekolahan. (Mok Soon Sang, 2011). Selain itu kokurikulum juga boleh diertikan sebagai apa-apa
kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. (Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan), 1997). Sementara Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) pula mendefinisikan kokurikulum
sebagai kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang
dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah . Menurut Md. Aris Mansor
dalam Ab. Alim Abd. Rahim (2004), aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang
berasaskan kepelbagaian gerakerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Menurut
Ee Ah Meng (1995) pula, kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak
kerja tersusun dan terancang. Menurutnya lagi, gerak kerja ini adalah lanjutan daripada proses

pengajaran dan pembelajaran bilik darjah yang dijalankan melalui pertubuhan pakaian seragam,
persatuan atau kelab dan kelab permainan atau sukan.

3.0

Matlamat Aktiviti Kokurikulum


Pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah antara lain mempunyai

beberapa matalamat. Antaranya ialah untuk memperkembangkan intelek, sosial, jasmani dan rohani
murid secara optimum. Selain itu aktiviti kokurikulum yang dijalankan juga bermatlamat untuk mengukuh
dan memperkaya ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah, serta memperluas pengalaman
murid dalam bidang tertentu. Melalui kegiatan kokurikulum juga, murid-murid diharapkan dapat mengisi
masa lapang dengan lebih berfaedah, dan memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan
kesejahteraan kendirinya.
Melalui gerak kerja kokurikulum juga, diharap dapat memperkembang dan meningkatkan
kemahiran-kemahiran asas dalam sesuatu permainan, sukan, unit

beruniform, dan aktiviti berpersatuan. Selain itu aktiviti kokurikulum juga bermatlamat untuk melatih
murid supaya mengejar pencapaian yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum di peringkat negeri,
kebangsaan dan antarabangsa. Disiplin murid juga dapat ditingkatkan melalui aktiviti kokurikulum melalui
penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara. Selain itu
aktiviti kokurikulum juga diharap dapat membentuk iklim sekolah dengan lebih menarik dan
menggembirakan murid di samping dapat mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan murid.

4.0

Objektif Kokurikulum
Antara lain objektif aktiviti kokurikulum adalah untuk melengkapkan kurikulum sekolah, khasnya

program pendidikan jasmani yang diperlukan. Di samping itu, ia juga mempunyai objektif untuk
mempelbagaikan aktiviti kepada murid-murid mengikut kebolehan dan bakat masing-masing. Aktiviti
kokurikulum juga dapat memberi ruang kepada murid-murid untuk melepaskan tekanan perasaan setelah
bertungkus-lumus di dalam bilik darjah. Melalui aktiviti kokurikulum juga, murid-murid berpeluang untuk
berinteraksi di antara satu sama lain, serta memupuk semangat toleransi dan sifat-sifat mulia dalam
kalangan mereka. Murid-murid juga dapat memupuk semangat berpasukan melalui pergaulan dalam
aktiviti-aktiviti kokurikulum.

5.0

Aktiviti Kokurikulum di Sekolah


Di peringkat sekolah, terdapat 3 jenis aktiviti kokurikulum iaitu Sukan dan Permainan, Persatuan

dan Kelab, dan Pasukan Pakaian seragam. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah bertujuan
untuk mengembangkan potensi, bakat dan kepimpinan murid-murid dalam bidang jasmani, sosial,
kebudayaan dan khidmat masyarakat, di samping membentuk sahsiah dan sikap yang positif.
Kelab dan Persatuan boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kelab dan Persatuan yang
berasaskan sesuatu mata pelajaran dan yang berunsurkan hobi. Menurut Laporan Kabinet 1979,
matlamat penubuhan sesebuah kelab / persatuan di sekolah adalah untuk menggalakkan murid-murid
berkenalan sesama sendiri, memberi perkhidmatan kepada masyarakat di samping membolehkan muridmurid atau pelajar memperolehi kemahiran di dalam sesuatu lapangan atau hobi. Kelab dan Persatuan
berasaskan mata pelajaran bertujuan menambahkan minat dan kemahiran murid-murid dalam mata
pelajaran itu. Contoh persatuan-persatuan dalam kategori ini ialah Persatuan Bahasa Malaysia,
Persatuan Sains, Persatuan Matematik, Persatuan Sejarah dan sebagainya. Manakala Persatuan dan
kelab yang berunsur hobi pula bertujuan menarik minat dan memberi ilmu pengetahuan dalam sesuatu
bidang atau hobi yang tertentu. Contoh persatuan dan kelab tersebut ialah Kelab Senifoto, Kelab dan
Persatuan Pertahanan Diri seperti silat dan taekwondo, Kelab muzik dan kebudayaan, dan lain-lain lagi. .
Di dalam Laporan Kabinet 1979, adalah dicadangkan agar semua murid sekolah digalakkan
mengambil bahagian sekurang-kurangnya salah satu pasukan pakaian

seragam. (Mok Soon Sang, 2011). Antara pasukan pakaian seragam yang boleh dianggotai oleh muridmurid sekolah ialah sama ada yang berbentuk badan sukarela (NGO) atau pun yang lebih terarah kepada
pertubuhan kerajaan. Antara pertubuhan yang berbentuk badan sukarela atau bukan kerajaan (NGO)
ialah Pertubuhan Pengakap, Pertubuhan Puteri Islam, Pandu Puteri, Pertubuhan Bulan Sabit Merah, St.
Johns Ambulans dan lain-lain. Sementara pasukan pakaian seragam yang menjurus kepada pertubuhan
kerajaan ialah kadet polis, kadet bersatu Malaysia, kadet bomba, dan lain-lain. Selain itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia sendiri menubuhkan dua unit pakaian seragam di bawah kementeriannya iaitu Tunas

Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bagi sekolah rendah manakala Kadet Remaja Sekolah (KRS) pula adalah
untuk sekolah menengah.
Sukan dan permainan merupakan satu saluran penting untuk menanam semangat kesukanan,
memupuk persefahaman serta perpaduan dalam kalangan murid-murid di negara kita. Maka dengan
sebab itulah diwujudkan kelab-kelab permainan di peringkat sekolah dan dilakasanakan pada waktu
aktiviti kokurikulum. Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010: Pelaksanaan Satu Murid
Satu Sukan (1M1S), setiap murid wajib mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu jenis
permainan atau sukan. Dasar 1M1S menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berhasrat untuk melahirkan insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu itu,
melalui dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah
sepanjang tahun. Ia juga selaras dengan dasar sukan negara untuk membudayakan sukan di kalangam
masyarakat. Antara bidang sukan dan

permainan yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah ialah bola sepak, bola jaraing, olahraga, bola
tampar, sepak takraw dan lain-lain lagi.

6.0

Permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru yang melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolahsekolah
Terdapat pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksana dan
mengendalikan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah. Ada masalah-masalah yang berpunca daripada
guru-guru sendiri sehingga aktiviti kokurikulum tidak dapat dijalankan sebaik mungkin. Antaranya guruguru sendiri tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum kerana merasakan ia membuang masa pelajar. Ada
sesetengah guru pula merasakan tempat tinggal mereka yang jauh menyukarkan untuk melaksanakan
aktiviti kokurikulum di samping mempunyai pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul.
Selain itu ada juga guru-guru yang menjalankan aktiviti kokurikulum mempunyai pengetahuan
yang agak terhad dan kurang kemahiran serta pengetahuan dalam bidang yang diberikan kepada mereka
oleh pihak pentadbir. Keadaan ini timbul kerana mereka kurang pengalaman dan tidak pernah
didedahkan dengan sebarang kursus. Ini menimbulkan masalah kepada guru-guru untuk melaksanakan
aktiviti yang benar-benar dapat menimbulkan minat di kalangan murid atau pelajar. Keadaan ini dapat
dilihat hasil daripada kajian Laporan Kabinet (1979) yang mendapati kecenderungan guru terhadap
sesetengah aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform dan sukan tidak memberangsangkan.

Terdapat juga para pelajar atau murid-murid yang terlalu mementingkan peperiksaan sehingga
mengabaikan kegiatan kokurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah. Lim Yen Yen (1991), dalam
kajiannya mendapati bahawa aktiviti kokurikulum kurang penting sebaliknya mereka lebih memberi
tumpuan terhadap bidang akademik semata-mata. Mereka beranggapan bahawa bidang akademik lebih
menjamin masa depan mereka berbanding menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah.
Permasalahan juga timbul akibat daripada kekuarangan kemudahan serta penjadualan yang
kurang sistematik. Ada sesetengah sekolah tidak mempunyai prasarana yang lengkap bagi
membolehkan aktiviti kokurikulum dapat dijalankan dengan jayanya. Misalnya terdapat sekolah-sekolah
yang tidak mempunyai padang bola yang sesuai bagi membolehkan aktiviti dijalankan malah jika ada pun
hanyalah merupakan padang yang agak sempit. Ini akan menimbulkan kesesakan apabila aktiviti sukan
diadakan, seterusnya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pelajar. Selain itu peralatan yang tidak
mencukupi turut menyumbangkan kepada permasalahan kepada guru-guru untuk melaksanakan aktiviti
kokurikulum sebaik mungkin. Keadaan ini diburukkan lagi apabila pihak pentadbir sendiri kurang
memberi perhatian terhadap hal-hal begini.
Sesetengah sekolah pula kadangkala tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi
terutama sekolah-sekolah gred B atau Sekolah Kurang Murid (SKM). Keadaan ini akan menimbulkan
masalah jika sekolah ingin mengadakan aktiviti perkhemahan yang menelan belanja yang agak
banyak. Keadaan ini selalunya berlaku bagi sekolah-sekolah yang terdapat di luar bandar. Sebarang
kutipan daripada murid tentunya akan membebankan ibu bapa.

Faktor tempat tinggal pelajar juga turut menyumbang kepada permasalahan ini di samping masa
pelaksanaan kokurikulum itu sendiri. Ramai pelajar yang tinggal berjauhan dengan sekolah memberikan
alasan bahawa mereka gagal menghadiri aktiviti kokurikulum kerana menghadapi masalah pengangkutan
apabila aktiviti dijalankan pada waktu petang. Mereka juga terpaksa pulang agak lewat terutama bagi
yang tinggal jauh dari sekolah dan ini akan mengundang bahaya ketika dalam perjalanan. Oleh itu,
sebagai jalan tengah, mereka mengambil keputusan untuk terus tidak menghadiri aktiviti tersebut.
Kurang galakan daripada ibu bapa juga menjadi pendorong terhadap permasalahan guru-guru
melaksanakan aktiviti kokurikulum. Menurut Mustafa Kamal (2000), dalam kajiannya mendapati ibu bapa
kurang mendorong anak-anak untuk bergiat dalam aktiviti kokurikulum. Ramai ibu bapa beranggapan

bahawa akademik lebih penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka berbanding kegiatan
kokurikulum. Di samping itu ramai juga ibu bapa yang ragu-ragu dengan fungsi kokurikulum yang
dianggap tidak dapat membantu anak-anak mereka.

7.0

Cara-cara penyelesaian permasalahan kokurikulum


Terdapat pelbagai cara yang dapat digunakan untuk mengurangkan bebabanan guru-guru
mengatasi permasalahan yang timbul dalam menjalankan aktiviti kokurikulum. Faktor utama yang dilihat
mendorong kepada kurangnya penglibatan pelajar ialah penyertaan guru-guru semasa mengendalikan
aktiviti tersebut. Menurut Abu Bakar (1991), penyertaan guru adalah sangat penting bagi memastikan
aktiviti kokurikulum berjalan

dengan lancar. Penyertaan dan peranan yang dimainkan oleh guru dalam aktiviti kokurikulum akan
menggalakkan para pelajar hadir serta melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Di samping itu guru-guru
pula haruslah kreatif ketika menjalankan aktiviti supaya para pelajara tidak berasa bosan dengan aktiviti
yang stereotaip sahaja.
Selain itu, para pelajar haruslah diberi kebebasan untuk memilih aktiviti yang diminati oleh mereka
kerana ini akan mendorong mereka menjalankan aktiviti dengan bersungguh-sungguh. Mereka juga
akan mendapat kepuasan daripada aktiviti yang diminati dan tidak berasa seolah-olah dipaksa oleh
guru. Melalui aktiviti yang diminati, para pelajar akan dapat memperkembangkan potensi diri yang ada
pada mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar. Seterusnya mereka akan mendapat pendedahan
dengan bermacam-macam cabaran, dugaan dan sebagainya. Mereka juga akan dapat menonjolkan
bakat yang ada pada mereka secara optima kerana mereka melakukan aktiviti yang mereka
minati. Segala aktiviti yang dilakukan pastinya lahir daripada hati mereka yang ikhlas.
Bagi sekolah-sekolah yang menghadapi masalah kelengkapan dan peralatan yang tidak
mencukupi, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah memberi bantuan yang sepatutnya kepada
sekolah berkenaan. Selain itu pihak sekolah juga patut berusaha mencari sumber-sumber lain untuk
membeli peralatan baharu. Antara sumber-sumber yang boleh diusahakan ialah melalui sumbangan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, orang perseorangan, syarikat-syarikat yang membekalkan barangan
kepada sekolah dan lain-lain lagi. Pihak sekolah juga boleh mengadakan aktiviti Hari Kantin atau

mengadakan Jogathon untuk mencari dana bagi membeli peralatan kokurikulum seperti peralatan untuk
perkhemahan dan juga untuk aktiviti sukan.
Seterusnya masalah pengangkutan dan masa yang turut menjadi penghalang kepada para
pelajar

untuk

menjalankan

aktiviti

kokurikulum

dapat

diatasi

dengan

mengubah

masa

pelaksanaan. Pihak pentadbir haruslah peka dengan masalah ini kerana ia melibatkan keselamatan
pelajar jika waktu tamat aktiviti agak lewat. Oleh itu adalah dicadangkan pihak sekolah dapat menyusun
penjadualan dan memulakan aktiviti kokurikulum seawal jam 3.00 petang dan berakhir 5.00 petang.
Selain itu, ibu bapa juga haruslah diberi kesedaran tentang kepentingan aktiviti kokurikulum
dalam usaha memperkembangkan potensi dan sahsiah anak-anak mereka agar menjadi insan yang
seimbang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Mereka haruslah diberikan cermah motivasi
atau kursus keibu bapaan agar mereka dapat faham sebaik mungkin fungsi kokurikulum terhadap anakanak mereka.

8.0

Penutup
Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah mempunyai amat penting dalam usaha
melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Aktiviti kokurikulum sebenarnya merupakan lanjutan daripada aktiviti yang
dipelajarai dalam bilik darjah. Misalnya aktiviti sukan dan permainan merupakan lanjutan daripada mata
pelajaran Pendidikan Jasmani yang diajar di dalam bilik darjah. Penglibatan pelajar secara menyeluruh
terhadap aktiviti yang dijalankan membolehkan para pelajar mengahayati falsafah

sebenar kokurikulum tersebut seterusnya dapat membantu mereka untuk bergaul dan berhadapan
dengan masyarakat pada masa hadapan.
Pengelolaan aktiviti kokurikulum yang teratur dan sistematik akan memberi keberkesanan dalam
mencapai hasrat FPK. Aktiviti yang teratur dan menarik akan menyebabkan para pelajar memberi
tumpuan seperti mana yang berlaku terhadap bidang akademik. Hal ini adalah kerana penyertaan dan
penglibatan para pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum adalah dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah.
Di samping itu, peranan guru-guru penasihat juga mempengaruhi penyertaan para pelajar untuk
menjalankan aktiviti kokurikulum yang dirancangkan. Guru-guru penasihat juga seharusnya mempunyai
kemahiran untuk mengelolakan aktiviti agar dapat menarik minat para pelajar. Para pentadbir haruslah

menghantar guru-guru yang tidak berpengalaman untuk berkursus. Begitu juga dengan ibu bapa dan
masyarakat yang harus bersama-sama menggerakkan aktiviti kokurikulum dengan pihak sekolah bagi
melahirkan insan yang benar-benar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sahsiah.

Rujukan
Abu Bakar Nordin. (1991). Kurikulum perspektif dan perlaksanaan. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka.
Ab. Halim Abdul Rahim. 2004. Kursus perguruan lepas ijazah: pengurusan gerak kerja kokurikulum. Kuala
Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. 1995. Pendidikan sebagai suatu proses asas pendidikan 1. Kuala


Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamus Dewan. (Edisi Ketiga). 2002. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa danPustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Buku panduan pengurusan gerakerja kokurikulum sekolah menengah,
Bhg. Sekolah-sekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lim Yen Yen. Remaja mengabaikan sukan. Dewan Siwa, hlm. 19, Jun 1991.
Mok Soon Sang. 2011. Pengurusan kokurikulum. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mustafa Kamal Ali. (2000). Faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar Melayu tingkatan empat dalam
aktiviti kokurikulum di rancangan Felda Daerah Segamat Selatan. Tesis yang tidak diterbitkan: Universiti
Teknologi Malaysia.
Ramlan Abdul Wahab. 2004. Panduan pengurusan kokurikulum di sekolah. K u a l a
L u m p u r : Banter Sdn. Bhd.

You might also like