Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU,

31300 SIMPANG PULAI,


Kod Sekolah:ABA 2056
IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.
Tel.: 05-3577355
Fax: 05-3573068
KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG.

Pengurus
Riamoda Silk Store Sdn Bhd,
31300, Simpang Pulai,
Perak Darul Ridzuan

Ruj.Tuan :
Ruj.Kami : SKTB/03/0 /02 (47)
Tarikh :
23 Rabiul Alhir 1429.
30 April 2008.

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN DAN TAJAAN TATAHIAS DALAMAN (LANGSIR JENDELA DAN
LAPIK MEJA / SKIRTING ) BILIK GERAKAN SK TAMAN BERSATU
Dengan iringan doa dan harapan semoga tuan serta seluruh kaki tangan syarikat tuan berada di
bawah lembayung kerahmatan Allah S.W.T dalam menjalankan urusan seharian untuk kepentingan
dunia dan akhirat. Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan berhubung perkara di
atas.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami ingin memohon ehsan, pertimbangan dan
komitmen daripada pihak tuan untuk memohon sumbangan dan tajaan tatahias dalaman bagi
melengkapkan kain langsir dan lapik meja (skirting) bilik gerakan sekolah ini. Bilangan langsir dan
skirting seperti berikut
2.1
Jendela 2 panel 2 buah
2.2
Jendela 4 panel 3 buah
2.3
Meja mesyuarat
3.
Adalah menjadi harapan agar tuan dapat membuat seberat-berat pertimbangan dan
sebaik-baik komitmen terhadap permohonan kami ini. Bersama ini disertakan kertas kerja untuk
rujukan dan makluman pihak tuan.
4.
Semoga segala pertimbangan dan ehsan daripada pihak tuan akan diberi ganjaran pahala,
kemurahan dan keberkatan hidup di samping rezeki yang melimpah ruah oleh Yang Maha Esa.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
Saya yang menurut perintah,
( ZAINAB BT HJ HUSSIN)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu
31300 Simpang Pulai, Ipoh

You might also like