Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

JENIS PENGLIBATAN

Jenis penglibatan keluarga bukanlah berbentuk hieraki tetapi ia merupakan suatu


kerangka untuk menghubungkan keluarga, ahli masyarakat dan ahli profesional
pendidikan awal kanak-kanak.
Enam jenis penglibatan ibu bapa mengikut Epstein ialah :
Jenis yang pertama ialah keibubapaan, iaitu membantu keluarga menguasai
kemahiran keibubapaandan memahami perkembangan kanak-kanak. Dengan jenis
penglibatan ini, ibubapa dapat mengetahui perkembangan anak-mereka yang terkini.
Contohnya kemahiran-kemahiran yang dikuasai, bakat-bakat yang ditunjukkan. Ibu
bapa boleh lebih memahami arah tuju anak mereka dan menyediakan peluang yang
cerah untuk anak mereka contohnya memberi tuisyen atau latihan yang cukup untuk
mengukuhkan bakat tersebut.
Jenis kedua ialah berkomunikasi. Ibu bapa perlu mengamalkan pelbagai cara
komunikasi yang berkesan diantara sekolah dan keluarga. Komunikasi dengan baik
adalah faktor utama dalam menjalin hubungan diantara guru dan keluarga.
"Komunikasi di kedua-dua belah pihak adalah amat penting," . Ibu bapa memerlukan
maklumat mengenai apa dan bagaimana anak-anak mereka belajar, dan guru pula
memerlukan maklum balas penting daripada ibu bapa tentang pencapaian akademik
dan sosial kanak-kanak.
Tetapi berkomunikasi secara berkesan dengan guru yang sibuk, yang mungkin
mempunyai bilangan murid yang ramai di dalam kelas adalah agak mencabar. Bilakah
masa yang sesuai untuk bercakap atau berbincang? Bagaimana anda boleh
mendapatkan perhatian dia? Apa yang perlu anda membawa dengan beliau dengan
dan apa yang perlu dibiarkan sahaja? Bagaimana anda mewujudkan hubungan dengan
seseorang yang anda hanya boleh melihat beberapa kali sahaja dalam setahun?
Komunikasi yang berkesan boleh memberikan kebahagiaan kepada ibu bapa serta
mencabar kerana itu ibu bapa perlu mencari cara yang berkesan untuk berkomunikasi
dan mendidik anak-anak mereka.
Terdapat 3 cara komunikasi dapat dijalankan diantara guru dan keluarga murid
ialah bersemuka, bertulis dan teknologi

Melalui cara bersemuka ibubapa akan berbincang secara langsung dengan guru
untuk membincangkan masalah anak mereka. Pertemuan ini akan dapat membantu
guru mengenali dan memahami murid tersebut dengan lebih baik . Pertemuan di antara

ibubapa biasanya diadakan di prasekolah. Mengikut


kesesuaian masa guru
,perbincangan dan pertemuan ini juga boleh diadakan di rumah murid sendiri apabila
guru mengadakan lawatan ke rumah murid. Pada masa tertentu mungkin guru akan
menziarahi murid atau keluarga murid yang sakit. Masa ini boleh digunakan untuk
berbincang tentang perkembangan atau masalah murid dengan keluarganya. Ini secara
tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan murid dengan ibubapa mereka.
Surat adalah satu daripada cara guru dapat berkomunikasi dengan ibubapa atau
keluarga murid. Kadang-kala terdapat maklumat yang ingin disampaikan, guru boleh
mengirimkan surat melalui anak mereka. Bagi aktiviti tertentu , surat amat perlu untuk
memohon kebenaran daripada waris atau penjaga murid contohnya bagi mengadakan
lawatan di luar kawasan sekolah. Surat ini boleh dijadikan sebagai suatu dokumen
sokongan sekiranya berlaku kemalangan atau perkara-perkara yang tidak diingini.
Guru dapat berkomunikasi dengan keluarga melalui penggunaan peralatan
teknologi seperti : laman web, emel dan pelbagai apliksi telefon contohnya whatsapp
dan wechat. Berita, peristiwa atau laporan bagi aktiviti yang dijalankan di prasekolah
boleh disampaikan dengan menggunakan majalah atau dokumentasi. Senarai nama
Ahli jawatankuasa atau maklumat berkaitan ibubapa turut disertakan. Semua
maklumat ini boleh disampai melalui laman web yang boleh dimuat turun oleh ibubapa
dan keluarga murid.
Buletin boleh disediakan secara bulanan atau tahunan. Segala aktiviti boleh
didokumentasikan untuk dibaca oleh murid dan keluarga dirumah. Gambar-gambar
aktiviti boleh dirakamkan dan disimpan untuk kenang-kenangan. Selain daripada
dihantar kepada ibubapa, ia juga boleh ditampalkan di papan kenyataan di luar bilik
darjah prasekolah. Maklumat ini boleh dilihat oleh ibubapa melaui laman web atau blog
prasekolah atau dicetak untuk perhatian ibubapa dan murid.
Penglibatan yang seterusnya ialah kesukarelawan. Ini membawa maksud pihak
sekolah dapat menggalakkan keluarga berkhidmat secara sukarela dengan pelbagai
cara. Contohnya ibu bapa boleh memberi sumbangan mereka dalam bentuk tenaga,
masa atau kewangan secara sukarela. Dengan sekurela ini, ibu bapa akan hormat akan
keputusan pihak sekolah. Bukan sahaja memberi sumbangan, ibu bapa yang sukarela
ini akan berganding bahu dengan pihak sekolah dengan melibatkan diri secara aktif
dalam apa aktiviti yang dilancarkan oleh pihak sekolah. Ibu bapa akan berusaha untuk
mendidik anak mereka semasa di rumah bukan sahaja untuk menjamin masa hadapan
anak mereka tetapi meningkatkan prestasi sekolah.
Pembelajaran di rumah juga merupakan salah satu jenis penglibatan ibu bapa.
Pihak sekolah banyak mengalakan ibu bapa supaya menyokong akiviti pembelajaran di
rumah. Ini disebabkan kanak-kanak kebanyakan masa duduk dalam rumah bersama

ibu bapa. Ibu bapa akan menjadi teladan yang pertama bagi kanak-kanak. Kanakkanaka selalu memerhati tngkahlaku ibu bapa dan ahli-ali kelarga yang lain. Orang
dewasa yang bersikap tidak amanah dan tidak beretika akan dicontohi oleh kanakkanak. Kanak-kanak akan tertarik dan ingin meniru ibu bapa yang beretika,
bersemangat dan mempunyai sikapigin tahu yang tinggi.
Ramai ibu bapa menyesal kerana mereka terlepas daripada peluang
mempelajari bersama-sama dengan anak-anak mereka. Jadikan pengalaman lawatan,
perkhemahan dan sktiviti lain suatu pengalaman untuk belajar bersama dengan anakanak. Orang dewasa harus meluangkan masa untuk diri sendiri tanpa melibatkan anakanak mereka. Kanak-anak boleh diberi peluang menguruskan aktiviti masing-masing
dengan sendiri. Peluang ini akan membolehkan kanak-kanak mempelajari banyak
perkara dan menjadi matang.
Jenis penglibatan yang seterusnya ialah membuat keputusan. Pihak sekolah
boleh melibatkan keluarga dalam pengurusan prasekolah dan organisasi berkaitan
.
Yang terakhir ialah kolaborasi dengan masyarakat. Dengan wujudnya
penyelarasan perkhidmatan masyarakat, semua pihak akan mendapat kebaikan sama
ada cadangan atau sumbangan idea yang bernas untuk dunia kanak-kanak.
Proses keibubapaan dan keluarga perlu dilihat dari sudut mikro dan makro.
Kemahiran keibubapaan adalah asas kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan
negara. Keibubapaan tidak terhad kepada ibubapa tetapi juga berhubungkait dengan
kematangan dan kesediaan institusi-institusi lain untuk bekerjasama.

You might also like