Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

AE015 EKONOMI

KOMPILASI SOALAN ESEI PSPM


BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
1.1 BIDANG KAJIAN EKONOMI
1
2

Terangkan perbezaan antara barang percuma dengan barang ekonomi. Beri contoh untuk barang
percuma.
[5 markah]
(09/10 C5)
(a) Terangkan dua (2) ciri barang awam dan barang persendirian dengan memberikan contoh yang
sesuai.
[4 markah]
(14/15 C6)

1.2 KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN


1

(a) Takrifkan keluk kemungkinan pengeluaran dan berikan tiga (3) andaian yang diperlukan untuk
membentuk keluk tersebut.
[5 markah]
(b) Berbantukan rajah, jelaskan dua (2) faktor yang menyebabkan perubahan permintaan.
[5 markah]
(12/13 C6)

1.3 SISTEM EKONOMI


1

2
3

4
5

a) Terangkan bagaimana sistem ekonomi kapitalis boleh menimbulkan masalah ketiadaan barang
awam dan agihan pendapatan yang tidak adil.
[4 markah]
b) Jelaskan bagaimana campur tangan kerajaan boleh mengatasi masalah setiap masalah di atas.
[6 markah]
(09/10 D14)
Nyatakan secara ringkas tiga (3) ciri sistem ekonomi Islam.
[5 markah]
(10/11 C5)
Terangkan lima (5) kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas dan bagaimana campur tangan
kerajaan dapat mengatasi kelemahan tersebut.
[10 markah]
(10/11 D13)
Huraikan bagaimana sistem ekonomi kapitalis menyelesaikan masalah asas ekonomi. [10 markah]
(11/12 C6)
(a) Nyatakan empat (4) masalah asas ekonomi.
[2 markah]
(b) Jelaskan bagaimana sistem ekonomi Islam menyelesaikan masalah asas ekonomi. [8 markah]
(13/14 C6)
(b) Huraikan tiga (3) perbezaan di antara sistem ekonomi kapitalis dengan sistem sosialis.
[6 markah]
(14/15 C6)

BAB 2: PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN


2.1 PERMINTAAN
1 Berbantukan rajah, terangkan perbezaan antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan
permintaan. Jelaskan dua (2) faktor yang menyebabkan keluk permintaan beralih ke kanan.
[10 markah]
(09/10 D11)
2 (a) Terangkan konsep perubahan permintaan dan perubahan kuantiti yang diminta. [4 markah]
(14/15 C7)
2.2 PENAWARAN
2.3 KESEIMBANGAN PASARAN
1
2

Berbantukan rajah, tunjukkan kesan terhadap kuantiti dan harga keseimbangan rumah di pinggir
bukit sekiranya permintaan rumah di lokasi tersebut berkurang.
[5 markah]
(09/10 C6)
Berbantukan rajah, terangkan kesan kesan kepada tingkat harga dan kuantiti keseimbangan
pasaran daging lembu apabila berlakunya perkara berikut,
(i) meningkatnya harga makanan ternakan lembu.
(ii) kerajaan melaksanakan dasar harga minimum.
[10 markah]
(11/12 C7)
Berbantukan rajah yang berasingan, terangkan kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan
roti apabila berlaku keadaan berikut dengan andaian roti adalah barang normal, jika
(a) kerajaan meningkatkan kadar cukai pendapatan pengguna.
[4 markah]
(b) kesatuan sekerja pekerja kilang roti berjaya menuntut kenaikan upah.
[3 markah]
(c) dapatan kajian terbaru menunjukkan roti lebih baik untuk kesihatan berbanding nasi.
[4 markah]
(13/14 C7)

2.4 LEBIHAN PENGGUNA DAN LEBIHAN PENGELUAR


1

Berbantukan rajah, nyatakan maksud lebihan pengguna dan lebihan penawaran.


(10/11 C6)

[5 markah]

2.5 DASAR KERAJAAN


1
2

(a) Dasar harga maksimum dilaksanakan untuk melindungi pengguna.


Berbantukan rajah, terangkan pernyataan ini.
[5 markah]
(12/13 C11)
(b) Berbantukan rajah, bincangkan kesan cukai yang dikenakan kepada pengeluar motosikal
terhadap keseimbangan pasaran, lebihan pengguna dan lebihan pengeluar.
[6 markah]
(14/15 C7)

BAB 3: KEANJALAN PERMINTAAN DAN KEANJALAN PENAWARAN

3.1 KONSEP KEANJALAN PERMINTAAN


1
2

Nyatakan secara ringkas tiga (3) faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga
menggunakan contoh yang sesuai.
[5 markah]
(10/11 C7)
(a) Jelaskan secara ringkas dua (2) faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga.
[4 markah]
(b) Terangkan hubungan antara keanjalan permintaan harga dengan jumlah hasil.
[6 markah]
(11/12 C9)
(a) Takrifkan keanjalan permintaan pendapatan.
[2 markah]
(b) Jelaskan empat (4) darjah keanjalan permintaan pendapatan berdasarkan jenis barangan.
[8 markah]
(12/13 C7)
(a) Terangkan maksud keanjalan permintaan harga anjal sempurna dan tak anjal sempurna.
[2 markah]
(b) Huraikan empat (4) faktor penentu keanjalan permintaan harga suatu barang.
[8 markah]
(13/14 C8)
(b) Berbantukan rajah berasingan, terangkan hubungan di antara keanjalan permintaan harga
dengan jumlah hasil jika harga keluaran meningkat bagi permintaan anjal dan tidak anjal.
[6 markah]
(14/15 C8)

3.2 KONSEP KEANJALAN PENAWARAN


1
2

Takrifkan keanjalan penawaran dan terangkan dua (2) factor yang mempengaruhi keanjalan
penawaran.
[5 markah]
(09/10 C7)
(a) Berbantukan rajah, terangkan perbezaan antara perubahan kuantiti ditawar dengan perubahan
penawaran.
[4 markah]
(b) Huraikan tiga (3) faktor yang menyebabkan peralihan keluk penawaran ke kiri. [6 markah]
(10/11 D11)
(a) Terangkan empat (4) faktor yang menyebabkan keanjalan panawaran tidak anjal. [4 markah]
(14/15 C8)

BAB 4: TEORI PERLAKUAN PENGGUNA

4.1 KONSEP UTILITI


4.2 UTILITI KARDINAL
1
2

3
4

Berbantukan rajah, terangkan hubungan antara jumlah utiliti dengan utiliti sut.
[5 markah]
(09/10 C8)
(b) Terangkan bagaimana keluk permintaan individu diterbitkan berdasarkan konsep utiliti
kardinal.
[5 markah]
(12/13 C11)
(b) Terangkan kesan perubahan pendapatan dan perubahan harga bagi dua barang terhadap
keseimbangan pengguna dengan menggunakan teori utiliti kardinal.
[4 markah]
(13/14 C9)
(a) (i) Nyatakan syarat keseimbangan pengguna yang menggunakan dua jenis barang, iaitu barang
X dan barang Y tertakluk kepada kekangan pendapatan.
[2 markah]
(ii) Sekiranya harga barang X turun, terangkan bagaimana pengguna mencapai tingkat
keseimbangan.
[2 markah]
(b) Berdasarkan hukum utiliti sut berkurangan, dengan bantuan rajah jelaskan hubungan di antara
jumlah utiliti dengan utiliti sut.
[6 markah]
(14/15 C9)

BAB 5: TEORI PENGELUARAN DAN KOS

5.1 TEORI PENGELUARAN


1

(a) Terangkan maksud jangka masa pengeluaran.


[2 markah]
(b) Berbantukan rajah tahap pengeluaran jangka pendek, terangkan hubungan antara jumlah
keluaran, keluaran purata dan keluaran sut.
[8 markah]
(11/12 C11)
Berbantukan rajah, terangkan hubungan antara keluk keluaran purata (AP) dan keluaran sut (MP)
pada setiap tahap pengeluaran.
[6 markah]
(14/15 C10)

5.2 KOS PENGELUARAN


1

(a) Jelaskan mengapa kedua-dua keluk kos purata jangka pendek (SAC) dan keluk kos purata
jangka panjang (LAC) berbentuk U.
[6 markah]
(b) Syarikat teksi terpaksa membayar jumlah upah yang lebih tinggi kepada pemandu teksinya
akibat peningkatan perkhidmatan teksi. Bagaimanakah peningkatan upah ini akan mempengaruhi
kos tetap purata, kos berubah purata, jumlah kos purata dan kos sut syarikat teksi?
[4 markah]
(13/14 C10)
(a) Bezakan kos implisit dan kos eksplisit dengan menggunakan contoh yang sesuai. [4 markah]
(14/15 C10)

5.3 EKONOMI BIDANGAN


1
2

Takrifkan tak ekonomi bidangan dan terangkan dua (2) punca berlakunya tak ekonomi bidangan
dalaman.
[5 markah]
(09/10 C9)
(a) Jelaskan perbezaan antara ekonomi bidangan dalaman dan ekonomi bidangan luaran
berdasarkan keluk kos purata jangka panjang.
[4 markah]
(b) Terangkan tiga (3) faktor yang menyebabkan ekonomi bidangan luaran.
[6 markah]
(10/11 D14)
(a) Jelaskan perbezaan antara ekonomi bidangan dalaman dan ekonomi bidangan luaran. Berikan
contoh yang bersesuaian.
[4 markah]
(b) Jelaskan tiga (3) sebab mengapa keluk kos purata jangka panjang menurun apabila firma
berkembang.
[6 markah]
(12/13 C8)

BAB 6: STRUKTUR PASARAN

2 Berbantukan rajah, jelaskan perbezaan keseimbangan jangka panjang antara firma pasaran
persaingan sempurna dengan firma pasaran monopolistik.
[10 markah]
(09/10 D13)
4 Berbantukan rajah yang sama, terangkan perbezaan antara pasaran persaingan sempurna dengan
monopoli dalam jangka masa panjang daripada aspek keuntungan, kecekapan peruntukan sumber dan
kecekapan pengeluaran.
[10 markah]
(10/11 D12)
5 Huraikan lima (5) perbezaan di antara firma pasaran persaingan sempurna dengan firma pasaran
bermonopoli.
[10 markah]
(11/12 C8)
8 (a) Firma oligopoli saling bergantungan antara satu sama lain dalam menentukan tingkat harga dan
jumlah keluaran. Jelaskan tiga (3) ciri yang mewujudkan keadaan tersebut.
[6 markah]
(b) Terangkan dua (2) kebaikan pasaran monopoli.
[4 markah]
(12/13 C10)
11 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan?
[2 markah]
(b) Berbantukan rajah, jelaskan mengapa pasaran persaingan sempurna dapat memperoleh kecekapan
pengeluaran dan kecekapan peruntukan berbanding pasaran monopoli.
[8 markah]
(14/15 C11)
6.1 PENGENALAN KEPADA STRUKTUR PASARAN
6.2 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
1 Apakah maksud pengambil harga dan jelaskan dua (2) ciri pasaran persaingan sempurna yang
menjadikan firma dalam pasaran tersebut sebagai pengambil harga.
[5 markah]
(09/10 C10)
6.3 PASARAN MONOPOLI
3 Nyatakan secara ringkas tiga (3) syarat yang membolehkan pemonopoli melaksanakan diskriminasi
harga.
[5 markah]
(10/11 C9)
6 (a) Nyatakan empat (4) faktor yang mewujudkan monopoli.
[4 markah]
(b) Terangkan tiga (3) syarat yang membolehkan pemonopoli menjalankan diskriminasi harga.
[6 markah]
(11/12 C10)
9 (a) Adakah firma pasaran monopoli mencapai kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan?
Berbantukan rajah, bincangkan.
[6 markah]
(13/14 C9)
10 (a) Terangkan empat (4) syarat diskriminasi harga oleh pemonopoli.
(b) Huraikan tiga (3) darjah diskriminasi harga dengan contoh yang sesuai.
(13/14 C11)

[4 markah]
[6 markah]

6.4 PASARAN PERSAINGAN BERMONOPOLI


7 Berbantukan rajah, jelaskan mengapa firma pasaran persaingan bermonopoli memperoleh untung
normal dalam jangka panjang.
[10 markah]
(12/13 C9)

You might also like