Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Gigi Sihat Senyuman Menawan

Segala Informasi Mengenai Gigi Anda

Persediaan sebelum pakai braces


December 11, 2012
Sebelum pakai braces, apa yang anda perlu buat?
1. Jumpa pakar orthodontik untuk diperiksa.
Nasib saya baik sebab kawan sendiri yang datang buat braces di klinik saya jadi masa patient dah
habis tu saya suruh la dia periksa. Lepas periksa dia suruh ambil acuan gigi dan x-ray ( OPG dan
Lateral Ceph). Dia juga kata yang saya kena cabut 3 batang gigi.
2. Ambil acuan gigi
Ini saya ambil sendiri. Selalu buat kat patient bila kena diri sendiri baru tau rasanya camna,
Memang sengsara sikit tapi kejap je sebab ianya lembik dan rasanya taklah sedap sangat.Bila dah
keras baru tanggalkan dari gigilega sikit rasanya. Konon berperisa mangga, rasanya bau ada
tapi perisa takde kot..hehehe

gambar-gambar ni sekadar hiasan je..bukan saya punya kes. Tak sempat nak ambil gambar masa
buat tu.
3. Xray
Kena ambil 2 jenis x-ray iaitu OPG dan Lateral Ceph. Dari xray ni doktor pakar dapat menilai
kedudukan gigi dengan tepat kerana nampak semuanya dari crown gigi sampai ke akar dan
tulang-tulang di keliling gigi. Takde la seksa sangat ambil x-ray ni sebab just gigit dekat tempat
yang disuruh lepas tu mesin ni bergerak mengelilingi kepala dan satu jenis lagi hanya duduk
diam dan dalam beberapa saat x-ray telah siap di ambil, X-ray terus dapat hari yang sama juga
dan kita boleh bawak balik dan tunjukkan pada pakar orthodontik.

gambar x-ray tu saya punya. tapi yang gambar machine tu of course la bukan ye.
4. Cabut gigi
Ini memang seksa sikit bukannya seksa apa tetapi rasa takut tu ada. Biasala doktor pun manusia
jugak kan so rasa nervous tu normal. Mula-mula cabut sebatang gigi dulu..geraham kecil pertama
( yang sebelah gigi taring) sebelah kiri. Lepas cabut ok je, takde masalah dan tak sakit. Makan ubat
tahan sakit sekali je. Keesokkan harinya cabut lagi 2 .ini kes nak pasang cepat jadi terus je cabut 2
serentak. Yang ni seksa sikit sebab satu gigi tu susah nak cabut jadi lama. Bila susah nak cabut,
lepas cabut tu tentunya merasa sakit yang agak lama berbanding cabutan yang senang. Hasilnya
ialah dry socket
dry socket- ianya ialah di mana lubang lepas cabut gigi tu tak ditutup dengan darah beku jadi
tulang terdedah . Simptom nyer ialah merasa sakit beberapa hari selepas cabut gigi. Bila dilihat
pada lubang di gusi tu, ianya kosong. Boleh nampak tulang dan gusi sekeliling terasa sakit dan
merah. Cara rawatannya ialah dengan membersihkan lubang dengan saline kemudian letak sejenis
ubat di dalam lubang itu. Sakit terus reda selepas tu sebab terasa kebas. Kena makan ubat tahan
sakit lepas tu kalau terasa sakit. Ubat kat dalam tu perlu ditukar lepas tiga hari kalau masih rasa
sakit.

ni la rupanya tapi ini bukan gigi saya. contoh dry socket di mana lubang tak
ditutup lepas cabut.
5. Pasang seperator
Seperator ni macam getah kecil bentuk bulat. Ia diselitkan di celah gigi geraham bahagian depan
dan belakang gigi tu, Ianya tak sakit tapi rasa tak selesa macam rasa makan daging terselit.
Selepas letak seperator ni memang susah nak kunyah. Tak boleh makan makanan keras sebab
akan tergigit seperator dan makanan terasa tak lumat. Inilah permulaan macam mana rasa pakai
braces. Rasa tak boleh gigit dan rasa tak selesa sikit sebab ada menda terselit tapi tak bleh
keluarkan. Seperator ni penting sebab bila nak letak band macam cincin besi keliling gigi geraham
, band tu boleh masuk sebab celah tak rapat sangat.

6. Pasang braces
Tiba lah harinya untuk pasang. Saya start pasang pada 8/12/2012. Selepas berbincang dengan
pakar orthodontik tu saya akhirnya mengikut nasihatnya supaya pakai braces stainless steel yang
biasa tu je. Kadang-kadang menda yang basic lagi senang jaga dan berkesan. Masa pasang tu rasa
tak selesa skit sebab bibir disekang dengan penarik bibir . Lepas tu molar band yang macam ring
tu disimenkan pada gigi geraham.

saya tak sempat nak ambil gambar


masa letak molar band tu so ni gambar dari internet.
Lepas dah pasang molar band, doktor pun terus letakkan bracket ke gigi. Bracket tu disapu
dengan composite ( yang bahan tampalan gigi tu cuma yang ni khas utk braces) kemudian
dilekatkan di gigi dan curing light digunakan utk mengeraskannya supaya ianya tak tanggal.

ni gambar contoh camna bracket dilekatkan


Lepas dah pasang brackets pastu boleh pilih warna getah mana yang disukai. Saya pilih warna
biru and pink. So doktor akan lekatkan wire pada bracket dengan getah tu.

Dah selesai. Selepas tu mula laa membeli segala barang untuk penjagaan gigi. Nasib baik klinik
sendiri..hehehe..shopping di klinik sendiri je la. Kena guna berus gigi untuk bracestengahtengah berus tu lekuk skit utk senang gosok brackets. pastu pakai ubat gigi yang ada
fluoride..saya pakai 3M nyer tooth cream pastu fluoridated mouthwash. Semua ni bertujuan
untuk mengurangkan risiko gigi bercapuk bila dah bukak braces nanti dan juga utk mengelakkan
kerosakan gigi. Pastu kena ada interdental brush and superfloss. Ni utk bersihkan celah-celah wire
and celah-celah gigi.

Ada satu lagi menda penting yang kena ada. WAX. Sangat penting sebab bila pakai bibir akan
bergesel dan kadang-kadang menyebabkan ulser so kalau ada ulcer kita kena letak wax ni kat
bracket yang bergesel dengan ulser so takde la perit sangat.

Selesai appointment pertama pada 8/12/2012. Lepas ni setiap seminggu saya akan update apa
yang berlaku kepada gigi saya. Lepas pasang tu terasa tekanan pada gigi..macam orang tekan.
Ada sengal sikit kat seluruh gigi. Tak boleh gigit dengan betul sebab rasa macam tak rapat dan
sengal sikit. So lepas ni makan bubur and sup je la..sure boleh kurus punya kan..hehehe. Kat
bawah ni gambar gigi saya. Besar sikit sebab tak reti nak kecikkan.
20121125_081608-1.jpg

20121208_205728-1.jpg

30 Comments |
Posted by drleen

Informasi Pergigian |

Permalink

Doktor menjadi pesakit


December 10, 2012
Saya tak tahu apa yang dah jadi tapi post sebelum ni yang saya tulis telah terpadam jadi saya kena
tulis semula. Mungkin ni sebab dah lama tak update post kot..hehehe
Okberkenaan tajuk di atascamna doktor boleh sakit kanbiasa la, doktor pun manusia jugak
kan. Macam saya bukan sakit gigi tapi nak membetulkan gigi yang senget-senget. Dulu-dulu
keluarga bukan dari yang senang jadi memang tak terpikir langsung nak betulkan gigi ni. Bila
masuk dental school sibuk belajar sampai lupa jugak. Gigi saya tak nampak teruk sangat sebab
yang senget-senget tu bahagian bawah..gigi atas berlapis sikit..so bila dah 10 tahun jadi dentist
baru laa terpanggil nak buat..bukan apa takut pun ada..heheh..ye laa sebab nak kena cabut gigi
yang sihat kan. Tapi takkan selamanya nak gigi senget ye dak?Kita dok rawat gigi orang jadi
cantik, sure gigi sendiri pun nak cantik..
Lepas ni saya akan ceritakan pengalaman saya menjadi pesakit orthodontik ni. Jadi kepada
sesiapa yang teringin nak pakai braces atau akan pakai braces boleh la buat ia sebagai rujukan
sebab ia memang pengalaman sendiri. Tapi setiap orang akan mengalami pengalaman yang
tersendiri sebab mulut dan gigi masing-masing tak sama kan.

6 Comments |
Informasi Pergigian |
Posted by drleen

Permalink

Selamat hari jadi yang ke 2 tahun Klinik Pergigian


Dr leen!
October 15, 2012
Wow..telah begitu lama saya tak update laman web saya nikebanyakkan soalan yg ditanyakan
saya jawab menerusi e-mail..jadi saya tak balas secara langsung di laman web ni..tetapi ada juga
saya tak balas2 kerana kekurangan masa. Saya harap pembaca faham dan saya harap info2 di
dalam laman web ni berguna kerana kebanyakkannya akan menjawab soalan2 yang bermain di
fikiran pembaca.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan2 klinik pergigian dr leen
yang masih menyokong klinik sehingga sekarang. Diam tak diam dah masuk 2 tahun klinik ni
beroperasi. Dalam masa 2 tahun ni jugak ada macam2 perubahan yang dibuat dan kesemuanya
adalah untuk memastikan service yang diberi memuaskan. Di harap klinik saya akan sentiasa
memberikan service yang terbaik di masa2 akan datang. Saya juga akan cuba memberikan info2
terkini kepada pembaca2 sekalian.
Selain rawatan biasa, klinik pergigian dr leen juga menyediakan rawatan oleh pakar2 seperti
orthodontic ( braces) dan juga implant. Klinik ini juga sangat menitikberatkan soal pencegahan
kerana pencegahan adalah lebih baik dari mengubat. Pelbagai program atau rawatan yang
disediakan untuk menolong proses pencegahan ini jadi boleh bertanya atau datang terus ke klinik.
Saya memang sangat berharap agar satu hari nanti semua klinik gigi di Malaysia ini bukan sahaja
menjadi tempat untuk merawat, tapi juga sebagai tempat untuk mencegah kerosakan gigi dan
mencantikan gigi supaya boleh meningkatkan keyakinan diri dan menaikkan kualiti hidup.
Selamat hari jadi Kinik pergigian dr leen..:)
8 Comments |
Informasi Pergigian |
Posted by drleen

Permalink

Hisap jari, bernafas melalui mulut dan kesannya


kepada gigi
July 28, 2011

Adakah anak anda masih meghisap jari walaupun telah berumur lebih dari 4 tahun?
Adakah gigi hadapan anak anda tidak rapat apabila anak anda menggigit?
Adakah anak anda selalu menonton tv, membaca buku, bermain atau tidur dengan mulut
terbuka?
Adakah gigi susu anak anda yang berumur 8 tahun ke bawah tidak tersusun?
Adakah bila anak anda menelan air liur, lidahnya terkeluar sedikit?
Adakah gigi hadapan anak anda nampak terkedepan (jongang sedikit)
Sekiranya anda menjawab YA kepada kesemua soalan di atas ataupun sebahagian soalan di atas,
anak anda kemungkinan besar akan mempunyai gigi yang tidak tersusun apabila gigi kekalnya
tumbuh kelak. Anak anda memerlukan rawatan braces untuk membetulkan semula gigi mereka
yang tidak tersusun.
Tetapi kini ada rawatan alternatif lain yang boleh dilakukan semasa mereka masih kecil dan
masih membesar untuk membetulkan otot-otot mulut dan lidah dan seterusnya boleh
membetulkan kedudukan gigi dengan MRC APPLIANCE seperti TRAINER SYSTEM dan
MYOBRACE. (http://www.myoresearch.com/cms/index.php?general_public) Sila klik link
untuk membaca lebih lanjut mengenai sistem MRC ini. Trainer system ini boleh membetulkan
habit anak anda dan seterusnya secara tidak langsung boleh memperbaiki susunan gigi. Myobrace
System pula boleh menyusun gigi anak anda yang tidak tersusun tanpa menggunakan braces
sekiranya dibuat semasa umur anak anda antara 9-11 tahun iaitu semasa anak anda masih dalam
proses pembesaran.
Klinik pergigian Dr. Leen ada menawarkan rawatan menggunakan sistem MRC. Biasanya untuk
temujanji pertama, gigi anak anda akan diperiksa sepenuhnya untuk melihat samada sesuai atau
tidak untuk memakai MRC appliance. Kemudian acuan gigi akan dibuat sekiranya perlu. Gambar
gigi dan profil muka anak anda akan dibuat supaya perbezaan sebelum dan selepas rawatan
dapat dilihat. MRC appliance akan diberikan dan cara penggunaannya akan diterangkan. Anak
anda hanya perlu memakainya selama 1 hingga 4 jam di waktu siang dan semalaman semasa
tidur untuk trainer system atau 2 jam di waktu siang dan semalaman untuk myobrace system.
Anda perlu membawa anak anda untuk review setiap bulan atau dua bulan sekali untuk
diperiksa.
Disebabkan MRC system ini adalah removable iaitu boleh dibuka dan dipakai pada bila-bila
masa, ianya hanya akan berfungsi apabila anak anda memakainya mengikut saranan yang diberi.
Sekiranya alat ini tidak dipakai, perubahan pada gigi tidak dapat diperolehi.
Sekiranya anda berminat dengan rawatan ini, bolehlah membawa anak anda untuk diperiksa di
klinik gigi yang menawarkan rawatan ini untuk melihat samada anak anda sesuai atau tidak.
Pencegahan adalah lebih baik dari merawat. Sekiranya masalah susunan gigi dapan dikesan lebih
awal, bolehlah diperbaiki sebelum ianya menjadi lebih teruk dan lebih membawa kepada masalah
seperti susah nak bersihkan gigi, gigi menjadi rosak, hilang keyakinan diri dan rawatan braces
yang kosnya lebih tinggi.
16 Comments |
Posted by drleen

Informasi Pergigian |

Permalink

Rawatan Gigi Di Bulan Puasa


July 25, 2011
Tentu ramai yang dah tau tapi tentu ramai juga kurang tahu mengenai persoalan: Bolehkah kita
membuat rawatan gigi di bulan puasa? Adakah puasa kita akan terbatal jika jumpa dr gigi? Saya
sering ditanya mengenai persoalan ini. Memandangkan tak lama lagi kita akan berpuasa jadi
eloklah saya memberi info mengenai hal ini.
Dari artikel yang ditulis oleh Dr Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang
telah diberi oleh persatuan dr gigi Malaysia kepada semua dr gigi di Malaysia dan juga dari
Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya
beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa.
Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa
1. membuat dental check up
2. membuat rawatan gigi ( tampal, cuci, cabut, rawatan akar , membuat gigi palsu etc)
3. mengambil x-ray mulut
4. injection ubat kebas dalam mulut utk cabut gigi
5. tak sengaja tertelan air semasa dr membuat rawatan gigi
6. memberus gigi
7. menggunakan floss utk membersihkan celah gigi
8. Berkumur dengan ubat kumur
9. Menelan air liur
Puasa akan terbatal sekiranya anda memakan ubat. Jadi jika anda cabut gigi pada sebelah pagi,
dan masa tengah hari ubat kebas semakin hilang dan gigi terasa sakit, anda kena la batalkan
puasa untuk makan ubat. Jika anda cabut gigi di waktu petang dan ubat kebas masih bertahan
sampai waktu buka puasa, jadi tak perlu laa membatalkan puasa utk makan ubat, lepas berbuka
boleh makan ubat.
Jika anda terlalu sakit gigi atau gigi bengkak dan perlu makan ubat, kena laa makan ubat ikut
masanya. Sekarang ada ubat antibiotik yang boleh makan sekali sehari ataupun 2 kali sehari jadi
anda boleh berpuasa walaupun makan ubat antibiotik. Cuma jika gigi anda sakit, dan
memerlukan anda makan ubat tahan sakit 3 kali sehari, jadi tak boleh laa anda berpuasa.
Jadi di harap, segala kekeliruan tentang membuat rawatan gigi di dalam bulan puasa dapat
difahami. Islam itu adalah agama yang tidak membebankan pengikutnya. Islam itu agama yang
sangat bersih dan yang amat mementingkan kebersihan dan juga kesihatan. Janganlah disebabkan
puasa, kita membiarkan gigi kita tidak digosok sehingga menimbulkan bau mulut yang tidak
menyenangkan orang sekeliling. Jangan disebabkan puasa kita meludah merata-rata. Janganlah
disebabkan puasa kita menanggung sakit gigi yang teramat.
Selamat berpuasa saya ucapkan kepada warga pembaca semua..:)
23 Comments |
Posted by drleen

Informasi Pergigian |

Permalink

Klinik Pergigian Dr. Leen sekarang di Facebook


July 15, 2011
Salam semua. Sekarang ni Klinik Pergigian Dr. Leen mempunyai facebook page . Segala
maklumat terkini boleh diperolehi di laman facebook itu. Sila layari
http://www.facebook.com/Drleendental (http://www.facebook.com/Drleendental)
108 Comments |
Posted by drleen

Informasi Pergigian |

Permalink

JAWAPAN UNTUK KOMEN-KOMEN DALAM BLOG INI


June 23, 2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga blog Drleen. Pertama sekali saya
ingin mengucapkan terima kasih sebab masih membaca blog saya dan bertanyakan soalan. Saya
meminta maaf sekiranya saya tidak membalas atau lambat membalas pertanyaan-pertanyaan
yang ditanyakan dalam blog ini. Kadang-kadang saya tidak mampu untuk menjawab kesemua
soalan-soalan yang dikemukakan di atas sebab terlalu banyak soalan yang ditanya dan saya juga
ketiadaan masa untuk menjawab. Saya memang suka kalau pembaca-pembaca menanyakan
soalan kerana ini menunjukkan tahap kesedaran tentang gigi semakin banyak. Tidak seperti
dahulu di mana semua jawapan untuk sakit gigi ialah cabut.
Selepas beberapa tahun menjawab soalan-soalan yang diberikan pembaca,saya dapati saya masih
lagi menjawab soalan-soalan yang sama. Mungkin pembaca yang menanyakan soalan tak perasan
yang soalan yang hendak ditanya telah dijawab sebelum ini. Jadi mungkin pembaca boleh
membaca komen-komen untuk mendapatkan jawapan sekiranya soalan yang ditanya serupa.
Sekiranya masih tiada jawapan untuk soalan-soalan yang Iingin ditanya, bolehlah menanyakan
soalan itu di blog ini ataupun ke e-mail saya : doktorleen@gmail.com ataupun menelefon klinik
saya : 03-87394039 ataupun sms ke no klinik saya : 014-6345676 ataupun lagi bagus kalau datang
sendiri berjumpa saya di : KLINIK PERGIGIAN DR LEEN, NO 27-1, JALAN REKO SENTRAL 6,
REKO SENTRAL, KAJANG.
Selepas ini saya akan membuat satu rumusan tentang soalan-soalan yang sering ditanya supaya
pembaca-pembaca boleh terus ke page itu dan membaca jawapan kepada soalan-soalan. Saya
minta maaf sekali lagi kerana mungkin tidak mampu menjawab soalan-soalan secara direct di
blog ini kerana terlalu banyak soalan yang ditanyakan. Saya akan cuba menjawab soalan-soalan
yang ditanya direct ke e-mail ataupun melalui sms.
Insyaallah, saya akan membuat satu website baru untuk klinik saya dan akan memasukkan
ruangan blog ke dalam website klinik. Segala sokongan yang diberikan kepada saya untuk terus
menulis dalam blog ini amatlah dihargai. Dan saya berharap agar apa yang saya tulis ini berguna

kepada semua pembaca-pembaca yang tercari-cari jawapan kepada masalah-masalah gigi. Terima
kasih semua.
20 Comments |
Posted by drleen

Informasi Pergigian |

Permalink

Gigi Sihat Senyuman Menawan


Blog at WordPress.com. The Contempt Theme.

You might also like