Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

FAKULTI
PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER / TAHUN
JANUARI 2014
KOD KURSUS
HBHE 3103
TAJUK KURSUS
GAYA HIDUP SIHAT

NAMA

ROZITA BINTI JOHARI

NO. MATRIKULASI

721023025922001

NO. KAD PENGENALAN

721023-02-5922

NO. TELEFON

019-5422476

E-MEL

rozitajo@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SUNGAI PETANI

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

DEFINISI KESEJAHTERAAN

2.0

DIMENSI-DIMENSI KESEJAHTERAAN

3.0

KESAN KETIDAKSEIMBANGAN RODA

KESEJAHTERAAN

4.0 AMALAN GAYA HIDUP BERDASARKAN RODA

10

KESEJAHTERAAN

5.0

RODA KESEJAHTERAAN TAMBAHAN DUA

16

DIMENSI

6.0

KESIMPULAN

1.0

DEFINISI KESEJAHTERAAN

20

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-3, kesejahteraan membawa maksud keselamatan,


kesenangan hidup dan ketenteraman. Setiap individu harus memainkan peranan daripada segi
sumbangan peribadi, tindakan proaktif dan sukarela untuk saling membantu bagi mencapai
kesejahteraan. Jika dilihat konsep kesejahteraan bagi seseorang individu, kesejahteraan
bermaksud seperti, tiada musibah yang berlaku, cukup keperluan asas, kasih sayang dan citacita.
Dari konteks masyarakat pula, kesejahteraan itu seperti kita hidup di dalam
keharmonian, tiada peperangan, kebebasan untuk berfikir atau melakukan apa yang dirasakan
betul di samping perpaduan di dalam kepelbagaian bangsa. Dari konteks kerajaan itu
sendiri, kesejahteraan ialah sebuah kerajaan yang boleh bertolak ansur, bekerjasama
danprihatin tentang keadaan rakyat.
Berdasarkan Badan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan ialah satu tahap atau
keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi
fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas dari penyakit atau tidak berdaya.
Menurut Kamus Dewan, kesihatan adalah berhubung dengan sihat, kesegaran, kebaikan
keadaan badan dan lain-lain.
Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan
yang sihat pastinya dapat memainkan peranan yang aktif terhadap pembangunan agama ,
bangsa dan negara. Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO , 1948 ) mendefinasikan gaya
hidup sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas serta bebas dari
sebarang penyakit. Berlandaskan keadaan sosial
bahawa status gaya hidup yang sihat

masyarakat , definisi ini menegaskan

ditunjangi faktor fizikal dan mental yang sihat,

berfungsi serta cergas dan tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan
insan.
Kesejahteraan merupakan cara hidup ke arah mencapai tahap kesihatan dan
kesejahteraan diri yang optimum merangkumi fizikal, mental dan spiritual yang diintegrasikan
oleh individu untuk kehidupan yang berkualiti di dalam masyarakat (Myers, Sweeney and
Wittmer, 2005, p. 252)

WHO telah memperkenalkan konsep kesihatan holistik. Dalam konsep ini terma
kesihatan dan kesejahteraan digunakan bersilih ganti untuk menunjukkan dinamik dan
3

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

persamaan antara dua terma tersebut. Kesihatan holistik atau kesejahteraan merangkumi
dimensi psikologi, fizikal, sosial, intelektual, spiritual, pekerjaan dan persekitaran. Individu
yang didefinisikan mencapai kesejahteraan adalah individu yang mencapai tahap optimum
bagi keseluruhan dimensi di atas. Namun demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat juga
turun naik pada dimensi tersebut dalam proses mencapai kesejahteraan (Baker, 2003).
Kesejahteraan ialah petanda kepada kesihatan yang optimum. Keseronokan dan
pendekatan yang positif kepada gaya hidup sihat akan membawa kepada kesejahteraan hidup
pada tahap tinggi. Kontinum ini penting untuk meningkatkan perkembangan dalam semua
aspek kehidupan. Fokus kepada tanggungjawab kendiri, pengisian kendiri dan kualiti hidup
yang lebih baik. Konsep kesejahteraan ialah memperkayakan sikap ke arah kesihatan yang
akan menolong mengurangkan faktor potensi risiko penyakit dan meningkatkan
kesejahteraan.

2.0

DIMENSI-DIMENSI KESEJAHTERAAN

Enam dimensi kesejahteraan seperti yang digariskan oleh Ballard (2012) merangkumi emosi,
sosial, fizikal, intelektual, spiritual dan persekitaran .

Roda Kesejahteraan Ballard (2012)


Kesejahteraan Emosi

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

Merupakan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan kehidupan. Ianya merangkumi
konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap penghargaan kendiri dan
kesedaran dalam mengawal perasaan.
Kesejahteraan Sosial
Merangkumi kadar dan kualiti interaksi dengan orang lain, komuniti, dan persekitaran.
Kesejahteraan Fizikal
Merupakan proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan tahap aktiviti fizikal secara
optimum yang memfokuskan kepada nutrisi, penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat.
Kesejahteraan Intelektual
Merupakan situasi dimana individu melibatkan diri dalam aktiviti kreatif serta menggunakan
sumber-sumber yang ada untuk meluaskan ilmu pengetahuan, perkembangan, aplikasi dan
artikulasi pemikiran yang kritis.
Kesejahteraan persekitaran
Merupakan keseimbangan antara kehidupan individu dan perhubungan dengan persekitaran
dan sumber-sumber dalam komuniti.
Kesejahteraan Spiritual
Kesejahteraan spiritual didefinisikan sebagai dimensi yang holistik merangkumi pencarian
makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, hubungan dengan tuhan, dan komuniti spiritual.
Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) telah mendefinisikan kesejahteraan psikologi
sebagai kemampuan individu untuk menangani stres, mengelakkan konflik, meningkatkan
ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan.
Kesejahteraan sosial pula dikaitkan dengan kemampuan untuk berinteraksi dengan
komuniti dan mampu untuk memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat, menerima
perbezaan bangsa, budaya, kepercayaan, adat resam dan gender serta menjadikan individu
5

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

saling menyokong dan menghargai antara satu sama lain juga menyumbang bakat tenaga dan
idea. Kesejahteraan sosial yang optimum akan menjadikan individu seorang anggota
masyarakat yang dapat memainkan peranan yang pelbagai dengan baik.
Kesejahteraan intelektual merangkumi kemampuan individu untuk menaakul,
memproses dan bertindak balas terhadap maklumat, kemampuan untuk mengenal pasti nilai
dan kepercayaan serta kemampuan membuat keputusan.
Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) juga turut menyelitkan
kesejahteraan fizikal sebagai salah satu unsur dalam kesihatan holistik. Kesejahteraan fizikal
melibatkan komponen daya tahan kardiovaskular, otot dan komposisi badan. Di samping itu,
kesejahteraan spiritual pula direalisasikan melalui agama, kepercayaan dan amalan ritual.
Kesejahteraan ini melibatkan kepercayaan bahawa ada suatu kuasa yang agung yang
menjadikan manusia dan alam sekeliling. Komitmen kesejahteraan spiritual individu dapat
direalisasikan melalui amalan ritual. Manakala kesejahteraan persekitaran pula dikaitkan
dengan kesedaran tentang kestabilan dan pemusnahan dunia atau alam sekitar kesan daripada
kegiatan manusia. Kesejahteraan ini akan menggerakkan manusia untuk menyediakan
persekitaran yang sihat serta menghargai sumber alam sekeliling (Prentice, 1999).

3.0

KESAN KETIDAKSEIMBANGAN RODA KESEJAHTERAAN


Kesejahteraan ialah petanda kepada kesihatan yang optimum. Keseronokan dan

pendekatan yang positif kepada gaya hidup sihat akan membawa kepada kesejahteraan hidup
pada tahap tinggi. Untuk mencapai kesejahteraan dimensi-dimensi kesejahteraan itu perlulah
diamalkan secara seimbang. Di mana setiap dimensi kesejahteraan adalah merupakan
komponen penting dalam gaya hidup sihat yang perlu dikecapi.
Kontinum ini penting untuk meningkatkan perkembangan dalam semua aspek
kehidupan. Fokus kepada tanggungjawab kendiri, pengisian kendiri dan kualiti hidup yang
lebih baik. Konsep kesejahteraan ialah memperkayakan sikap ke arah kesihatan yang akan
menolong mengurangkan faktor potensi risiko penyakit dan meningkatkan kesejahteraan

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

Ketidakseimbangan dalam dimensi kesejahteraan adalah bersamaan dengan gaya


hidup yang tidak sihat. Pelbagai kesan yang negative akan wujud berikutan amalan gaya
hidup tidak sihat ini. Trend semasa menunjukkan bahawa kebanyakan penyakit merbahaya
berlaku akibat daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat.Walau bagaimanapun, ribuan
rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi.Berikut adalah
antara cara hidup yang tidak sihat yang diamalkan oleh masyarakat masa kini.
Amalan tidak bersarapan pagi
Ramai di kalangan generasi muda hari ini terutama remaja tidak mengambil berat
tentang kepentingan mengambil sarapan pagi. Mereka meninggalkan sarapan pagi dengan
pelbagai alasan seperti tiada selera makan pada waktu pagi dan tidak sempat untuk
menyediakan sarapan pagi. Namun begitu,kajian sains di seluruh dunia telah membuktikan
bahawa sarapan pagi adalah penting untuk kita. Sarapan merupakan makanan untuk otak.
Otak kita akan menjadi lebih cergas, peka, dan focus dengan bersarapan secara tetap.
Seterusnya, secara tidak langsung mendatangkan pengaruh yang positif kepada mereka untuk
melaksanakan tugas mereka. Individu yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat
kompleks

membolehkan

mereka

menumpukan

perhatian

terhadap

pelajaran

dan

menyelesaikan masalah dengan lebih baik . Hal ini demikian kerana karbohidrat yang diambil
pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrient dalam otak.

Penyalahgunaan dadah

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

Bilangan penagih dadah telah semakin bertambah pada masa ini. Dadah mempunyai
fungsi yang agak luas dalam bidang perubatan. Malah dadah telah disalahgunakan oleh
masyarakat. Jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan ialah morfin, heroin, kokain, ganja
dan amfetamia. Penyalahgunakan dadah yang berterusan akan menjejaskan kesihatan mental
seseorang. Berat badan seseorang yang menyalahgunakan dadah secara berterusan akan
semakin berkurangan akibat daripada tidak berselera untuk makan. Selain itu, mata sering
berair dan kelihatan merah.Saiz mata berbeza sama ada lebih besar ataupun lebih kecil
daripada keadaan normal.

Ketagihan alcohol
Pengambilan sedikit alcohol dapat menyempuhkan penyakit tertentu tetapi jika
diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alcohol dan seterusnya boleh
membawa kepada ketagihan alcohol. Ketagihan alcohol akan menjejaskan kesihatan
seseorang. Kesan kepada ketagihan alcohol ialah alcohol akan merosakkan tindak balas reflex
mental, fizikal dan organ hati. Masalah jantung dan tekanan darah akan terjadi akibat
ketagihan alcohol. Ketagihan alcohol juga akan menyebabkan penyakit kongenital dan
sindrom otak organik.

Perlakuan seks bebas


8

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

Perlakuan seks bebas semakin menular di kalangan masyarakat terutamanya di


kalangan remaja yang tidak berfikiran matang. Pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka
telah mempengaruhi kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas. Amalan
gaya hidup seks bebas yang tidak sihat ini telah menjadi punca utama kepada pelbagai
penyakit jangkitan seks. Perlakuan seks bebas akan menyebabkan jangkitan penyakit kelamin
seperti gonorrhea,Chlamydia,herpes,syphilis,AIDS dan sebagainya.
Tidak prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur
Ramai di kalangan masyarakat moden ini telah mengabaikan masa rehat dan masa
tidur mereka. Kekurangan tidur dan kualiti tidur yang tidak baik setiap malam boleh
mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti melemahkan sistem ketahanan badan,
masalah kulit, lemah daya ingatan, kurang tumpuan dan tekanan darah tinggi. Tempoh tidur
yang cukup bagi seseorang individu adalah diantara enam hingga lapan jam. Tempoh masa
tidur ini akan memberi peluang kepada tubuh kita untuk membina sel-sel baru dan proses
metabolism dapat dijalankan dengan lancar.

Tabiat buruk merokok


Budaya merokok merupakan satu tabiat yang amat buruk. Apatah lagi ia memberi impak
negatif terhadap sistem tubuh badan kita. Rokok dibuktikan secara saintifik mampu
mendatangkan seribu macam penyakit kronik. Berdasarkan pakar kesihatan, seorang perokok
mempunyai 12 kali lebih risiko untuk memperoleh kanser paru-paru.Selain itu,perokok juga
mudah mendapat strok dan menghidap penyakit jantung,

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

Gaya hidup yang tidak sihat akan mendatangkan impak yang negatif kepada kesihatan
kita.Dengan ini,kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat.Gaya hidup sihat dapat
membantu dalam mencegah jangkitan penyakit dan mencapai kesejahteraan hidup.
4.0 AMALAN GAYA HIDUP BERDASARKAN RODA KESEJAHTERAAN

Kita semua sudah maklum negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah
kesihatan yang kronik yang menjejaskan kesejahteraan dan akhirnya mengundang kepada
kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan
ketidakseimbangan dimensi-dimensi kesejahteraan dalam kitaran hidup seharian.
Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga
segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun
ada sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat.
Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin
untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada masa hadapan.

10

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

"Kesihatan melambangkan kekayaan" dan "Badan sihat, otak cerdas" sering diungkapkan oleh
orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan
sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan
optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan. Kesihatan diri
sebagai mahkota hidup kita. Sekiranya kita sakit,semestinya kita tidak bermaya untuk
melakukan sesuatu pekerjaan.Oleh itu, kita mestilah menajaga kesihatan diri kita supaya kita
dapat hidup dalam keadaan yang tidak tanpa penyakit.
Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu,
sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40
tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari
akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan
boleh diambil dan merupakan satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan
utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat
dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan
kesederhanaan dalam hidup.

11

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi
kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, emosi,
intelek dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang
sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap
individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing-masing secara harmoni.
Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang
serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman.

12

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

Kita

juga

menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan.

perlu

Kesihatan

jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap. Makanan
yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani.
Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu
mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental
yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu.

Manakala

kesihatan

sosial

ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat
yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya.
Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana
hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam
masyarakat kita. Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini kurang mengamalkan gaya
hidup sihat. Kesuntukan masa untuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidak seimbang
mengundang pelbagai penyakit. Menurut pakar kesihatan, aktiviti riadah seperti berjogging
sebenarnya cara yang terbaik, mudah dan murah untuk kita mengekalkan berat badan yang
13

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

sesuai dengan umur kita, di samping mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius
seperti kencing manis, darah tinggi, serangan sakit jantung dan juga angin ahmar. Masyarakat
pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan ngejar kemewahan dan kebendaan.
Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri.

Kepenatan dan beban di tempat kerja akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan.
Kita mungkin akan murung, kerap marah dan sebagainya. Apabila kita melakukan aktiviti
riadah dengan kekerapan yang konsisten dan berterusan, maka akan memudahkan
pembakaran lemak berlebihan, melancarkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan
jantung agar mengepam darah dengan sempurna dan optimum, serta mengurangkan tekanan
mental yang kita hadapi. Cara ini bersesuaian dengan cogan kata Badan cergas otak sihat.
Aktiviti ini lebih menyeronokan sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau kawankawan. Secara tidak langsung kita boleh mengeratkan hubungan silatulrahim. Mungkin
selama ini ibu bapa sibuk bekerja hingga tiada masa untuk bersama keluarga. Ibu bapa boleh
menggunakan peluang ini untuk bermesra dengan anak-anak dan bertanyakan masalah yang
dihadapi oleh mereka.
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang
seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka
mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan
ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan
pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula
atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik
seperti sakit jantung, yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai
juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya
14

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai
kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi
pemakanan yang seimbang.

5.0 Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu


menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang
itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh
menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi,
berjalan atau berlari bersendirian atau bersamasama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti
senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan
mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia
lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi
mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan
biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang
cerdas berbanding dengan orang yang jarang
bersukan.

Jelasnya,

semakin

kerap

senaman

dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan


seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya
daripada badan yang cergas.
Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri
pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan
asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga
perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit,
mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan
seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar
tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu
selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa
padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang
sihat dalam kalangan masyarakat.
Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat
juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan
15

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang
ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman
perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran
mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen
pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan
nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air
mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat
menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.

Gaya hidup yang


sihat

juga

melibatkan

aspek

psikologi

dan

sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan
orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka
bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa
bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif.
Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau
jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk
kehidupan yang ceria dan mengembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial
manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh
seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif
menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda
kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran
terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita.
Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan
bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu
kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti
mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin
16

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya
kelak.
5.0

RODA KESEJAHTERAAN
Bagi mencapai kesihatan optimum dicadangkan dua lagi dimensi kesejahteraan.

Kesejahteraan adalah keadaan kesihatan optimum dan seimbang yang melibatkan aspek
fizikal, emosi, intelek, rohaniah, sosial dan persekitaran (Powers, Dodd & Nolan, 2006).
Setiap individu perlu mempunyai tahap kesihatan yang mencukupi dalam kesemua aspek
untuk capai wellness. Kekurangan dalam satu aspek kesihatan boleh menjejas kesihatan lain.
Sebagai contoh, kesihatan emosi yang kurang baik boleh menjejas kesihatan fizikal dan
sebaliknya. Dua dimensi tersebut ialah Kesejahteraan Mental dan Kesejahteraan Kerjaya.

Roda Kesejahteraan
Kerjaya

Persekitaran

Mental

Intelektual

Sosial

Fizikal
Spritual

Kesejahteraan Kerjaya

17

Emosi

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

Kesejahteraan kerjaya merupakan tahap di mana individu dapat mempersembahkan


nilai dalam diri dan memperolehi kepuasan kendiri menerusi kerjaya dan aktiviti yang
diceburi . Ianya merangkumi sikap terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan
pelbagai peranan dalam pekerjaan/ aktivit yang diceburi serta bagaimana individu
menggunakan kemahiran dan keupayaan untuk menyumbang kepada masyarakat.
Kesejahteraan kerjaya ini merangkumi kepuasan di sekolah, kerja dan pada masa
lapang. Tanya diri anda sekarang, adakah apa yang anda buat sekarang dalam hidup ini adalah
merangsangkan, mencabar dan dihargai? Jika ya, anda mempunyai tahap kesejahteraan
kerjaya yang tinggi. Jika tidak, mungkin anda perlu pertimbangkan perubahan dengan
mendapatkan latihan dalam bidang yang anda minati.
Akhirnya kesejahteraan kerjaya termasuklah bekerja secara harmoni dengan yang lain
untuk mencapai matlamat. Bekerja dengan matlamat menjadi insan salih dan beramal salih
memberi manfaat yang dahsyat kepada pekerja. Ia meliputi implikasi iaitu apabila
disempurnakan dan diberi ganjaran pahala.
Selain itu, kesejahteraan kerjaya dapat menjadi terapi hati apabila merasa letih, penat
dan putus asa terhadap kerja. mendapat kehidupan yang baik. Implikasi ini sesuai dengan
tuntutan untuk mengamalkan budaya kerja cemerlang bagi mendapatkan hasil dan output
berkualiti. Semua implikasi ini akan menjadikan kita pekerja yang dedikasi, berdaya tahan
lagi ceria melaksanakan tugas.
Kesejahteraan Mental
Pepatah Arab ada mengatakan al aql salim fil jismi salim, atau akal yang sihat terletak
pada badan yang sihat. Ia menerangkan betapa pentingnya kesihatan fizikal dalam
mewujudkan kewarasan akal dan kesihatan pemikiran. Manakala ungkapan Inggeris pula
mengatakan there is no health without mental health. Ungkapan ini pula melihat bahawa
kesihatan yang menyeluruh itu tidak akan menjadi lengkap jika kesihatan mental terabai.
Semua ini menyimpulkan kepada kita bahawa kesihatan fizikal dan mental adalah berhubung
kait dan tidak boleh dipisahkan.
Sememangnya tidak wujud sama sekali erti kehidupan yang benar-benar sihat jika
kesejahteraan mental itu diabaikan. Kesejahteraan mental, kestabilan emosi, kemantapan
sahsiah dan personaliti, kecergasan fizikal, serta perhubungan sosial yang positif amatlah
penting untuk menjalani kehidupan yang benar-benar sihat.

18

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

Hubungkait antara Kesejahteraan Kesihatan Fizikal dan Mental


Fenomena ini secara logiknya adalah sejajar dengan definisi kesihatan seperti mana yang
dinyatakan oleh World Health Organization atau WHO, iaitu health is a state of complete
physical, mental and social well being and not merely the absence of disease or infirmity.
Definisi ini sebenarnya memberitahu kepada kita bahawa untuk menjadi seorang individu
yang sihat, kita perlulah sihat dan sejahtera dari segi mental dan fizikal. Kesihatan mental
memerlukan kita untuk memiliki pandangan dan sikap yang positif dan proaktif terhadap diri
sendiri dan orang lain serta dalam perhubungan kita dengan mereka, di samping memiliki
sikap yang positif terhadap persekitaran kita.
Keupayaan untuk bekerjasama dengan orang lain secara sihat dan mampu
mengharungi sebarang cabaran kehidupan secara berhemah amat perlu demi kestabilan
mental. Jika definisi oleh WHO ini menggambarkan pengertian terhadap kesihatan yang juga
meliputi kesihatan mental, maka penyakit mental pula digambarkan sebagai sebaliknya. Iaitu
sebarang sindrom mental, emosi atau tingkahlaku, yang amat mengganggu dan mendatangkan
ketidakupayaan kepada individu itu untuk berfungsi secara sepatutnya dan memerlukan
rawatan.
Untuk mencapai atau memiliki tahap kesihatan mental yang sempurna bukanlah
sesuatu yang sukar, namun kesan kegagalan dalam mencapai atau melaksanakan sesuatu yang
mudah adalah lebih sukar kerana ia akan mengakibatkan lebih banyak keburukan dari
kebaikan. Setiap individu mempunyai cara tersendiri bagi menyelesaikan masalah kehidupan
yang dihadapi. Namun tidak semua di antara mereka yang tahu cara yang terbaik dan proaktif
dalam menanganinya. Walaupun hanya segelintir yang menghadapi kepayahan seperti ini,
19

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

namun langkah-langkah kesedaran perlu dilakukan untuk mereka agar kaedah yang diambil
tidak menjurus kepada kemusnahan dan tingkah laku berisiko tinggi serta berbahaya.
Kesan penyakit mental sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan dan
bebanan kepada kita semua dalam pelbagai aspek kehidupan, khusus terhadap pesakit,
keluarga mereka, majikan, kehilangan produktiviti dan pendapatan, seterusnya menjejaskan
ekonomi negara dan sistem penjagaan kesihatan.
Memang sudah dimaklumi bahawa penyakit mental, tekanan emosi dan gangguan
tingkah laku turut mendatangkan pelbagai kesengsaraan dan ketidakupayaan lain. Ia bukan
sahaja menjejaskan produktiviti, tetapi juga kesannya yang negatif terhadap keperibadian dan
perhubungan sosial, malah boleh membawa kepada pelbagai penyakit mental dan fizikal lain
serta ada yang berakhir dengan kematian.
Wujud banyak kajian yang mendapati pertalian rapat di antara penyakit mental seperti
kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung seperti penyakit jantung kardiovaskular,
koronari, strok dan sebagainya. Di kalangan pesakit gangguan kebimbangan (anxiety
disorders), mereka turut didapati lebih berisiko untuk menghidapi penyakit kronik lain yang
berkaitan dengan sistem penghadaman. sudah pasti sebarang peningkatan kes gangguan
mental akan juga mendatangkan peningkatan beban yang teruk kepada kesejahteraan fizikal.
Bagi menghindari perkara ini, sebarang bentuk gangguan mental atau perkara yang menjurus
kepadanya wajar dicegah dari awal lagi.

6.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat boleh diperoleh menerusi semua amalan yang

berkaitan dengan komponen gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya
masyarakat mengamalkan semua dimensi kesejahteraan dalam aspek kehidupan berlandaskan
ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan
gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita
semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Nyata hari
ini, masyarakat kurang menyayangi diri mereka dengan kurang mengamalkan gaya hidup
yang sihat. Oleh itu, sudah sampai masanya masyarakat muhasabah kembali kesilapan dan

20

HBHE 3103

ROZITA BINTI JOHARI

memperbetulkannya serta perlu menjadikan gaya hidup sihat sebagai satu amalan penting
dalam hidup tidak kira semua lapisan umur.
Gaya hidup yang sihat memerlukan kita menjaga keseimbangan antara setip dimensi
kesejahteraan yang merangkumi intelektual, fizikal, spiritual, emosi, sosial, persekitaran,
mental dan kerjaya.Hai ini juga dapat mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini
dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur.
Kehidupan dan kesihatan diri adalah milik anda. Oleh kerana andalah tuan
punya badan dan minda, anda boleh membuat keputusan tentang
kesihatan

anda.

Anda

boleh

merancang

atau

merangka

program

kesejahteraan yang paling sesuai demi keperluan kesihatan dan minat


anda. Apabila anda meletakkan kesihatan anda sebagai pilihan paling
utama, anda akan membuat pilihan aktiviti, yang mana, akan menjauhkan
diri anda dari penyakit dan menggalakkan kesejahteraan.

21

You might also like