Kriteria 7 - 9 Oktober 2014

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

KRITERIA 7

7.0 HASIL PENCAPAIAN KAMPUS


UITM(T) Kampus Kuala Terengganu amat komited dalam mengendalikan program diploma
dan pra diploma yang berkualiti dalam usaha melahirkan graduan bumiputera professional
yang beretika serta dapat memenuhi kehendak pelanggan. Berasaskan dasar tersebut,
adalah penting bagi UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu untuk menjalankan penilaian
berterusan terhadap indikator-indikator utama dalam memastikan misi, visi, objektif dan
piagam pelanggan yang digariskan dapat dipenuhi. Hasil pencapaian ini diukur berdasarkan
kepada hasil pembelajaran dan proses pelajar, hasil berasaskan pelajar dan pihak
berkepentingan, hasil fokus sumber tenaga kerja, hasil kepimpinan dan tadbir urus,
serta hasil kewangan dan pencapaian pasaran.
7.1 HASIL PEMBELAJARAN DAN PROSES PELAJAR
(a) Hasil Tumpuan kepada Pelajar dan Hasil Proses
Tahap dan trend dalam pengukuran utama atau indikator hasil pembelajaran pelajar adalah
berdasarkan pembelajaran dan pencapaian akademik yang disediakan oleh universiti secara
berstruktur untuk tujuan pensijilan (formal) dan dalam bentuk pencapaian bukan akademik
(non formal) yang dilakukan secara sampingan bertujuan menambah dan melengkapkan
pembelajaran formal pelajar-pelajar UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu . Selaras dengan
objektif universiti, UITM(T) Kampus Kuala Terengganu amat berbangga dengan hasil
pencapaian pelajar di dalam peperiksaan akhir mahupun yang bergraduat. Data berikut
menunjukkan jumlah pelajar Diploma dan Pra Diploma yang berdaftar dengan UITM(T)
Kampus Kuala Terengganu bagi semester Jun-Oktober 2014 mengikut fakulti.
Jadual 7.1.1: Jumlah pelajar Pra Diploma dan Diploma yang berdaftar Semester Jun-Oktober 2014
Fakulti
Program
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Fakulti Perakauanan
Fakulti Sains Gunaan
Fakulti Seni Lukis Seni Reka
e-PJJ

Diploma Pengajian Perniagaan


Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat
Diploma Perakauanan
Diploma Sains
Pra Diploma Sains
Diploma Seni Lukis Seni Reka (Tekstil)
Diploma Seni Lukis Seni Reka (Grafik dan Digital Media)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)
Jumlah keseluruhan

Jumlah
pelajar
172
139
116
134
83
52
50
182
928

1. Hasil Pembelajaran Pelajar : Pencapaian Akademik


Laporan keputusan peperiksaan Pra Diploma dan Diploma UiTM(T) Kampus Kuala
Terengganu merupakan indikator utama yang digunakan untuk mengukur hasil
pencapaian akademik pelajar. Kategori berikut menunjukkan pencapaian KPI Akademik,
hasil pelajar yang bergraduat, pelajar yang bergraduat dengan sijil dekan, pelajar
yang bergraduat dengan Anugerah naib Canselor dan pelajar yang memperoleh
Anugerah Dekan bagi semester Disember-April 2014.
a) Pencapaian KPI Akademik UiTM(T)
Pencapaian akademik UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu boleh dibanggakan apabila
UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu telah berjaya mencapai hampir kesemua objektif
kualitinya bagi program Pra Diploma dan Diploma.
Jadual 7.1.2: Pencapaian KPI Universiti bagi semester Disember-April 2014
KPI Universiti
Kegagalan kursus tidak melebihi 25%
Ketidakhadiran dalam peperiksaan tidak melebihi 5%
Pelajar gagal tidak melebihi 3%
Anugerah Naib Canselor melebihi 1%
Anugerah Dekan melebihi 10%

Pencapaian UiTM(T) Kampus Kuala


Terengganu
1 (Tidak tercapai)
0.42% (Tercapai)
0.8% (Tercapai)
2.6% (Tercapai)
21.3% (Tercapai)

Peratusan ketidakhadiran pelajar Pra Diploma dan Diploma dalam peperiksaan memberikan
nilai 0.42% dan peratusan pelajar gagal pula ialah 0.8%. Seterusnya, bagi pelajar yang
memperoleh Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Dekan pula, peratusan yang dicatatkan
ialah 2.6% dan 21.3%. Walau bagaimanapun, bagi kegagalan kursus tidak melebihi 25%,
KPI ini gagal dicapai kerana terdapat satu kod kursus yang mencatatkan peratusan
sebanyak 26.92%. Tindakan pencegahan yang tepat telah diambil oleh pensyarah dan
fakulti bagi memastikan KPI ini boleh dicapai bagi semester akan datang dengan
menganjurkan program pemantapan untuk pelajar dan mengenalpasti pelajar-pelajar yang
bermasalah bermula awal semester.
b) Pencapaian Akademik Pelajar Tamat (TM, ANC & TS)
Pencapaian akademik pelajar Tamat dikategorikan kepada (i) Tamat Keseluruhan (ii) Tamat
dengan Anugerah Naib Canselor (ANC) dan (iii) Tamat dengan Sijil Dekan (TS). Data
seterusnya memaparkan pencapaian pelajar bagi Peperiksaan Akhir Mac 2014
berasaskan jumlah pelajar yang mendaftar seramai 1120 dan yang menduduki
seramai 1072 pelajar.
Jadual 7.1.3: Jumlah pelajar yang TM, TS dan ANC Semester Disember-April 2014
Analisa Keputusan Keseluruhan
Bil
TM
195
TS
111
ANC
28

%
18.2
10.4
2.6

Secara menyeluruh, peratusan pencapaian akademik pelajar tamat samaada dengan


ANC atau TS adalah boleh dibanggakan. Data menunjukkan 2.6% pelajar tamat dengan
ANC, memnuhi KPI universiti yang meletakkan sasaran melebihi 1%. Peratusan pencapaian
akademik yang baik boleh dicapai dengan adanya usaha yang dipamerkan oleh seluruh
warga UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu dengan mewujudkan medium untuk membantu
para pelajar dan persekitaran yang sihat seperti i) penekanan konsep blended learning
yang mana pembelajaran secara face-to-face di dalam kelas diberikan kepada pelajar dan
juga menggunakan aplikasi i-Learn untuk menyelesaikan tugasan akademik serta
berbincang dengan tenaga kerja akademik di luar waktu kelas dan (ii) pemantapan fungsi
Pusat Kecemerlangan Akademik (PKA) yang mana membuka ruang kepada pelajar untuk
berbincang dengan adanya konsep mentor-mentee dan pemantauan oleh AJK PKA bagi
memastikan program yang dirancang mampu memderikan impak positif. Hasilnya,
pencapaian akademik pelajar menunjukkan peningkatan yang nyata.
c) Peratusan Pelajar Lulus (LU, AD, P1, P2 & LNT)
Jumlah pelajar Lulus (LU) juga diberi perhatian dalam analisa pencapaian akademik pelajar.
Peratusan Lulus ini dikategorikan kepada (i) Lulus keseluruhan (ii) Lulus dengan
Anugerah Dekan (AD) (iii) Lulus dengan P1 (iv) Lulus dengan P2 dan (v) Lulus dengan
Naik Taraf. Jadual berikut menunjukkan keputusan pelajar lulus Pra Diploma dan diploma
dengan perincian dari kategori berbeza.
Jadual 7.1.4: Jumlah pelajar yang Lulus, AD, P1, P2 dan LNT Semester Disember-April 2014
Analisa Keputusan Keseluruhan
Bil
%
Lulus
471
43.9
AD
228
21.3
P1
2
0.2
P2
LNT
28
2.6

d) Peratusan Pelajar Gagal


Pencapaian akademik pelajar Pra Diploma dan Diploma yang Gagal juga dibuat bagi
melengkapkan analisis hasil pencapaian secara keseluruhan. UiTM(T) Kampus Kuala
Terengganu telah mencapai KPI Akademik yang ditetapkan, iaitu kegagalan tidak melebihi
3% apabila nilai kegagalan yang dicatatkan ialah 0.8 %.

2. Penglibatan Persatuan dalam Penganjuran Aktiviti


Berasaskan Moto dan Objektif Akademik Universiti, adalah menjadi matlamat UITM(T)
Kampus Kuala Terengganu untuk melahirkan graduan yang berilmu, bersikap positif dan
berkeperibadian mulia berasaskan nilai-nilai Islam, berciri kepimpinan, berdaya
keusahawanan, berani dan berinovasi. Selari dengan matlamat tersebut, pihak pengurusan
UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu sentiasa memberi ruang kepada pelajar bagi
menyerlahkan ketrampilan dan keupayaan mereka untuk merealisasikan hasrat tersebut.
Kecenderungan dan komitmen semua pihak, sama ada pihak pengurusan, tenaga kerja
akademik dan bukan akademik, serta kecenderungan pelajar itu sendiri dalam aktiviti
persatuan menunjukkan kesediaan mereka memenuhi hasrat dan matlamat universiti.
Analisis ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dibuat berdasarkan: (a)
bilangan aktiviti dianjurkan melalui persatuan pelajar dan (b) penglibatan dan
pencapaian pelajar dalam aktiviti luar kuliah. Sumber data diperolehi daripada unit Hal
Ehwal Pelajar (HEP), UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu.
(a) Bilangan Aktiviti Dianjurkan Melalui Persatuan Pelajar Fakulti
Jadual 7.1.5: Senarai Aktiviti Persatuan Pelajar
Persatuan Pelajar
Aktiviti
DISA
Makan Malam tahunan Diploma Sains
Program Misi Akademik
Science Day 2014
DIBSA
Annual Dinner DIBSA
Bowling Championship
MeDIA
Career Talk 2
Program Komuniti MeDIA
Khidmat Sosial Ramadhan bersama Komuniti Gong Baru
Majlis Sambutan Hari Raya Permata Hatiku

Secara menyeluruh, bilangan aktiviti dianjurkan melalui persatuan pelajar mencatatkan


sembilan aktiviti. UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu amat menggalakkan pelajar-pelajar
terlibat dalam penganjuran aktiviti-aktiviti seperti ini bagi melahirkan pelajar yang mampu
menyerlah bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dalam aktiviti luar.
(b) Penglibatan dan Pencapaian Pelajar Dalam Aktiviti Luar Kuliah
Penekanan terhadap penglibatan pelajar UITM(T) Kampus Kuala Terengganu dalam aktiviti
luar kuliah menyumbang kepada hasil pencpaian yang agak membanggakan. Jadual 7.1.6
menunjukkan penyertaan pelajar dalam pertandingan dan aktiviti luar serta pencapaian yang
diperolehi. Kejayaan pelajar UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu tersebut memberi
gambaran bahawa mereka amat berkebolehan, berketrampilan dan sangat berdaya saing.
Jadual 7.1.6: Penglibatan dan Pencapaian Pelajar Tahun 2014
Tahun

2014

Jenis Pertandingan/Penyertaan/ Penglibatan


Pertandingan mewarna batik anjuran Noor Arfa
KKEC UiTM Kedah 2013
Larian Pmint 2014
Kejohanan Bola Futsal anjuran Universiti Malaysia
Terengganu
Kejohanan Bola Tampar anjuran Universiti Malaysia
Terengganu

Tahap & Ulasan Pencapaian


Tempat pertama dan ke-2
Tempat ke-3 (Stompers)
Tempat ke-4 (kategori wanita tertutup Terengganu)
Naib Johan
Naib Johan

7.1(b) Hasil Keberkesanan Proses Operasi


1. Keberkesanan Operasi
Hasil keberkesanan proses operasi atau sistem kerja UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu
dinilai berdasarkan beberapa indikator utama yang relevan dalam menterjemahkan
keberkesanan proses di organisasi ini. Hasil keberkesanan ini telah diukur melalui a)
Pencapaian Prestasi Keseluruhan UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu; b) Pencapaian
3

Akademik Pelajar; c) Tahap Kepuasan Pelanggan; d) Audit; dan e) Sasaran Kerja


Tahunan.
a) Pencapaian Prestasi Keseluruhan UiTM(T)
Demi memastikan UiTM(T) sentiasa berada di tahap yang sepatutnya, pengukuran prestasi
amat ditekankan dan dipantau oleh Pengurusan Kanan. Pengukuran pencapaian ini diukur
melalui analisis terhadap Objektif Kualiti Umum dan Objektif Kualiti Bahagian.
Jadual 7.1.7 (a): Pencapaian Objektif Kualiti Umum UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu Tahun 2014
Bil
KEPUTUSAN (ULASAN
BAHAGIAN (PETUNJUK PRESTASI)
PENCAPAIAN)
1
Mencapai 75% pelajar diploma sepenuh masa tamat dalam Tercapai
tempoh minimum pengajian pada setiap semester.
2
Mencapai 80% pelajar ijazah sepenuh masa tamat dalam
Tidak tercapai
tempoh minimum pengajian pada setiap semester.
3
Mencapai 50% daripada setiap gugusan yang tamat
Tercapai
dengan HPNG sekurang-kurangnya 3.00 pada setiap
semester.
4
Memastikan lebih daripada 90% kursus mencapai
Tercapai
kelulusan minimum 80%.
5
Memastikan lima (5) penyelidikan atau projek dengan
Belum tercapai
agensi luar didaftarkan pada setiap tahun.
6
Mencapai penglibatan pensyarah dalam bidang penerbitan
Belum tercapai
ilmiah pada kadar purata dua per pensyarah pada setiap
tahun.
7
Memastikan 80% staf melibatkan diri dalam program
Tercapai
pelajar pada setiap semester
8
Memastikan indeks CerBiS mencapai sekurang-kurangnya
70% setiap tahun.
9
Memastikan tren bilangan pelanggaran peraturan dalam
kampus menurun setiap tahun
10
Memastikan trend bilangan kemalangan jalanraya dalam
kampus menurun pada setiap tahun.

Jadual 7.1.7 (b) Hasil Pencapaian Objektif Kualiti Bahagian UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu Tahun 2014

KEPUTUSAN (ULASAN PENCAPAIAN)


BIL

BAHAGIAN (PETUNJUK PRESTASI)


TAHUN 2014

HEA

Memastikan kegagalan kursus tidak melebihi 25% (bagi


kumpulan pelajar 15 orang ke atas) pada setiap semester.

Tidak tercapai

Memastikan ketidakhadiran pelajar dalam peperiksaan akhir


tanpa kebenaran tidak melebihi 1% pada setiap semester.

Tercapai

3
4
5
6
7
2
1
2
3

4
5
6
3
1

5
4
1
2
3

4
5
1
2
3
4
6

Memastikan peratus kegagalan pelajar adalah kurang


daripada 3% pada setiap semester.
Memastikan sekurang-kurangnya 1% pelajar tamat dengan
memperolehi Anugerah Naib Canselor pada setiap semester.
Memastikan sekurang-kurangnya 10% pelajar memperolehi
Anugerah Dekan pada setiap semester.
Memastikan 100% kelengkapan pengajaran dan
pembelajaran dapat digunakan oleh pelajar dan tenaga kerja
akademik pada setiap semester.
Memastikan kesilapan sifar (0) dalam pengurusan
pemarkahan peperiksaan akhir pada setiap semester

Tercapai
Tercapai
Tercapai
Tercapai
Tercapai

PJI
Menerbitkan sekurang-kurangnya empat (4) buletin setiap
semester
Memastikan sekurang-kurangnya satu (1) kolokium
penyelidikan diadakan pada setiap semester.
Memastikan setiap pensyarah tetap menghadiri sekurangkurangnya satu (1) bengkel penyelidikan dalam tempoh
setahun dari tarikh melaporkan diri.
Memastikan setiap pensyarah tetap menghadiri sekurangkurangnya satu (1) bengkel penulisan dalam tempoh setahun
dari tarikh melaporkan diri.
Memastikan satu (1) kolokium keusahawanan diadakan pada
setiap semester.
Memastikan satu (1) kolokium jaringan industri/masyarakat
diadakan pada setiap semester.

Tidak tercapai
Tercapai
Belum tercapai

Tercapai
Tercapai
Tercapai

HEP
Mensasarkan 90% pelajar kolej berpuas hati dengan
kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Kolej
Kediaman.
Mensasarkan semua pengusaha dewan makan mendapat
skor lebih daripada 80% dalam penilaian prestasi
perkhidmatan makanan pada setiap semester.
Mensasarkan 75% pelajar yang mengikuti kursus kegiatan
pelajar memahami dan bersetuju program yang diikuti
menyumbang kepada kemahiran insaniah.
Mensasarkan 70% pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum
memahami dan bersetuju program yang diikuti menyumbang
kepada kemahiran insaniah.
Mensasarkan 75% pelajar yang mengikuti Modul LPPKP
peringkat diploma dan ijazah memahami dan bersetuju
program yang diikuti menyumbang kepada kemahiran
insaniah.

Tidak tercapai

Tidak tercapai

Tidak tercapai

Tercapai

Tercapai

Pejabat Bendahari
Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus Tahunan UiTM
Negeri yang lengkap mengikut jadual dan tarikh yang
ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Menyediakan Agihan Peruntukan Tahunan sebelum atau pada
1 Januari setiap tahun.
Mengeluarkan sekurang- kurangnya 90% Pesanan Jabatan
untuk permohonan perolehan dalam tempoh lima (5) hari
bekerja dari tarikh kelulusan FAIS.
Memastikan sekurang-kurangnya 90% tuntutan pembayaran
dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh
penerimaan dokumen lengkap.

Belum tercapai
Belum tercapai
Tercapai

Tercapai

Perpustakaan
Mencapai sekurang-kurangnya 50% judul buku dipinjam oleh
pengguna perpustakaan setahun.
Mensasarkan sekurang-kurangnya 80% pengguna berpuas
hati dengan Program Pendidikan Pengguna yang dihadiri
pada tahun semasa.
Meningkatkan penambahan bahan rujukan perpustakaan
sebanyak 5% setahun.
Memastikan 80% bahan yang diterima dalam tempoh setahun
boleh digunakan.
Pentadbiran
Memastikan sekurang-kurangnya 80% tenaga kerja akademik

Tidak tercapai
Tercapai
-

b) Pencapaian Pelajar
Pencapaian pelajar sama ada dalam bidang akademik atau bukan akademik adalah suatu
indikator penting dalam pengn hasil keberkesanan operasi kerana pelajar adalah pelanggan
dan produk utama UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu. Kejayaan mereka mencerminkan
kecekapan dan keberkesanan seluruh fungsi bahagian/ unit di organisasi ini. Secara
keseluruhannya, pencapaian akademik pelajar agak memberangsangkan apabila peratusan
pelajar Tamat dan Lulus meningkat dan peratusan pelajar Gagal menurun. Penglibatan
pelajar dalam aktiviti luar juga menunjukkan keupayaan pelajar dalam mengimbangi
pencapaian akademik dan bukan akademik.
c) Tahap Kepuasan Pelanggan
(i) Students Feedback Online (SuFO)
Penilaian tenaga kerja akademik oleh pelajar juga diambilkira dalam ketelusan pengukuran
hasil keberkesanan operasi di UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu. Ini kerana tahap
kepuasan pelanggan terutamanya pelajar perlu dititikberatkan kerana mereka adalah
pelanggan utama organisasi. Penilaian Tenaga kerja akademik oleh Pelajar dikenali sebagai
Students Feedback Online atau SuFO. SuFO merupakan saluran utama bagi pelajar untuk
memberi maklumbalas berkenaan tahap kepuasan proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan oleh tenaga kerja akademik. Penilaian ini dilakukan melalui medium aplikasi
elektronik yang dibangunkan oleh UiTM iaitu sistem i-Learn. Hasil penilaian SuFO
menunjukkan prestasi tenaga kerja akademik yang sangat baik dengan 95.38% (62 orang)
pensyarah mendapat petunjuk prestasi cemerlang (markah 85%-100%). Maklumbalas ini
menunjukkan bahawa pelajar amat berpuas hati dengan dengan komitmen dan tahap
profesionalisma yang ditunjukkan oleh tenaga kerja akademik. Keputusan ini juga
membuktikan segala usaha yang dilakukan dalam meningkatkan tahap pencapaian
akademik pelajar adalah sangat berkesan.
d) Audit
Selain itu, tahap dan trend dalam pengukuran hasil keberkesanan operasi atau sistem kerja
UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu diukur melalui audit yang dijalankan samaada secara
dalaman atau luaran bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan, keselamatan,
akreditasi, perundangan dan untuk mencapai objektif kualiti UiTM(T) Kampus Kuala
Terengganu. Proses audit dilakukan secara berkala iaitu dua kali setahun bagi peringkat
dalaman dan sekali setahun bagi peringkat luaran (yang diselia oleh UPK).
e) Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Kecekapan proses operasi atau sistem kerja juga amat relevan jika diukur melalui
pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) seluruh tenaga kerja UiTM(T) Kampus Kuala
Terengganu. Pencapaian SKT mampu menterjemah prestasi staf akademik dan bukan
akademik dalam memastikan keupayaan universiti mencapai objektif yang telah ditetapkan.
2. Kebersediaan Menghadapi Kecemasan
Kecekapan pihak pengurusan merupakan faktor yang penting bagi menghadapi kecemasan.
Beberapa peraturan dan aktiviti telah dirancang sebagai kebersediaan UiTM(T) Kampus
Kuala Terengganu dalam menghadapi kecemasan. Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan (OSHco) telah diwujudkan pada tahun 2010 dan dipertanggungjawabkan untuk
memantau dan mengawalselia kesemua ruang dan kawasan di dalam kampus. Bagi
persediaan menghadapi banjir atau bencana alam, satu Jawatankuasa Bencana Alam telah
ditubuhkan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab memberikan peringatan dan khidmat
bantuan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Untuk mengatasi masalah kebakaran
pula, alat pemadam api disediakan di setiap bangunan dan pemantauan dilakukan bagi
memastikan alat pemadam api berada dalam kondisi yang sempurna dan tidak luput tarikh.
Pili bomba dan hos paip juga dipastikan berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi.
6

Semasa peperiksaan akhir berlangsung, Unit Peperiksaan memainkan peranan yang


penting dalam memastikan proses peperiksaan berjalan dengan lancer dan harmoni.
Persediaan yang dilakukan oleh unit ini ialah menyediakan pensyarah standby selain dari
pengawas bertugas. Langkah ini penting bagi memastikan kelancaran proses peperiksaan
akhir sekiranya pengawas yang bertugas tidak dapat hadir berikutan adanya hal-hal
kecemasan. Hasilnya, pepepriksaan akhir berlangsung dengan lancar.
7.1(c)Hasil Pelaksanaan Pelan Strategi
Pelan Perancangan Strategi (PS) yang telah digubal oleh Pengurusan Kanan merangkumi
pelan tindakan jangka masa pendek dan panjang berdasarkan objektif strategi UiTM(T)
Kampus Kuala Terengganu. Penerangan lanjut mengenai pelan strategi ini boleh dirujuk
pada Kriteria 2.

7.2 HASIL BERASASKAN PELAJAR DAN PIHAK BERKEPENTINGAN


7.2(a) Hasil Pelajar dan Pihak Berkepentingan
Hasilan Tahap Kepuasan Pelajar dan Pihak Berkepentingan
Indikator utama yang digunakan bagi menilai tahap dan trend kepuasan pelajar dan pihak
berkepentingan adalah merujuk kepada (1) Tahap dan trend kepuasan pelajar terhadap
pensyarah, (2) Tahap dan trend bilangan aduan pelanggan di HEA (3) Tahap dan trend
kepuasan pelajar terhadap kemudahan kolej (HEP) dan (4) Tahap dan trend kepuasan
pelajar terhadap perkhidmatan perpustakaan.
1. Tahap dan trend kepuasan pelajar terhadap pensyarah.
Pelajar dapat memberi maklumbalas berkenaan tahap kepuasan mereka terhadap
pensyarah melalui SuFO yang boleh dilayari di aplikasi i-Learn.
2. Tahap dan trend bilangan aduan pelanggan di HEA.
Pihak HEA menyediakan pelbagai saluran untuk pelanggan membuat aduan seperti hadir di
kaunter, mengisi borang, media elektronik seperti emel serta melalui telefon dan surat.
Setiap bahagian mempunyai Pegawai Aduan Pelanggan yang tersendiri menjadikan proses
pengurusan aduan lancar dan teratur. UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu juga sentiasa
menambah baik perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan secara berterusan demi
meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.
3. Tahap dan trend kepuasan pelajar terhadap kemudahan kolej (HEP).
Kolej Kerawang merupakan kolej kediaman yang menyediakan kemudahan penginapan
kepada pelajar-pelajar UITM(T) Kampus Kuala Terengganu. Kolej ini boleh dikategorikan
kepada dua iaitu Kasa yang boleh menampung 496 jumlah pelajar (siswa) dan Sutera boleh
menampung 736 pelajar (siswi). Dengan adanya kemudahan kolej ini, seramai 1232 pelajar
mendapat manfaat seterusnya dapat mengurangkan bilangan pelajar yang menyewa di luar.
Bagi memastikan siswa siswi yang tinggal di Kolej berpuas hati dengan kemudahan yang
disediakan, Unit Kolej menyediakan beberapa medium bagi membolehkan pelajar
menyalurkan aduan atau cadangan. Unit Kolej akan mengedarkan borang maklumbalas
kepuasan hati pelajar terhadap kemudahan kolej melalui Jawatankuasa Perwakilan Kolej
(JPK). Borang-borang ini akan diedarkan oleh JPK bagi membolehkan penilaian kepuasan
pelajar diperoleh. Selain itu, borang ini juga diletakkan di kaunter pejabat kolej sekiranya
pelajar ingin menyalurkan sebarang komen dan cadangan. Borang maklumbalas kepuasan
hati pelajar terhadap perkhidmatan kafeteria juga turut disediakan. Sehingga Jun 2014,
sebanyak dua laporan diterima berkaitan dengan kafeteria. Antara medium lain yang turut
disediakan ialah melalui peti aduan dan Facebook Kolej Kerawang.
4. Tahap dan trend kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan perpustakaan.
Perpustakaan berperanan dalam menentukan perkembangan ilmu seseorang pelajar.
Perpustakaan Cendekiawan UITM(T) Kampus Kuala Terengganu yang lengkap dan
dimanfaatkan sepenuhnya dapat membantu pelajar memperoleh maklumat dengan lebih
tepat. Pelajar telah diberikan pendedahan berkenaan perkhidmatan yang disediakan melalui
beberapa program seperti Taklimat Khas, Orientasi Perpustakaan dan Kelas Kemahiran
Maklumat. Beberapa medium telah disediakan oleh pihak perpustakaan bagi membolehkan
penilaian terhadap perkhidmatan yang disediakan mampu mencapai objektif. Pelajar boleh
menyalurkan aduan dan cadangan dengan mengisi borang kepuasan pelanggan, melaui
8

aduan terus ke kaunter perpustakaan atau dengan meletakkan aduan ke dalam peti aduan
yang diletakkan di pintu masuk perpustakaan.
Hasilan Tahap Pembentukan Hubungan dan Pertalian antara Pelajar dan Pihak
Berkepentingan yang Lain.
1. Penglibatan pelajar dengan aktiviti HEA
Penglibatan pelajar dengan aktiviti HEA melibatkan Tabung Amanah Pembangunan
Akademik (TAPA). Sebanyak 79 aktiviti yang telah dan bakal diadakan sepanjang tahun
2014. Aktiviti-aktiviti ini boleh dikategorikan kepada seminar, pertandingan, lawatan
akademik, bengkel, majlis anugerah kecemerlangan dan program keusahawanan. Jadual
7.2.1 menunjukkan sebahagian aktiviti yang telah berjaya diadakan sepanjang tahun 2014.
Jadual 7.2.1: Senarai Aktiviti Pelajar dengan Aktiviti HEA
Bil
Senarai Aktiviti TAPA
1
Lawatan Ilmiah Kursus Asas Pengangkutan (TPT250)
2
Knowledge Beyond Expectation (Academic Tour)
3
Lawatan Ilmiah Kursus Prinsip Pematuhan Korporat (OMT340) Keusahawanan (ENT300) dan Pengurusan
Pentadbiran Pejabat (OMT351)
4
Majlis Penghargaan Tutor
5
Lawatan sambil belajar ke Kilang TOP IT bersama Penasihat Akademik
6
Jelajah Ilmu
7
Lawatan sambil balajar ke Melaka
8
A secret Recipe for a Successful Entrepreneur
9
Guide to Dining Ettiquette and Proper Table Manners
10
Lawatan Akademik ke Muzium Seni Tekstil Negara KLCC dan Jabatan Senireka Tekstil

2. Penglibatan pelajar dengan aktiviti HEP


Pihak HEP amat mementingkan kebajikan serta pembangunan sahsiah setiap pelajar. Bagi
memastikan misi ini tercapai pelbagai aktiviti telah dijalankan berdasarkan kategori
akademik, kepimpinan, kesenian dan kebudayaan, sosial, keusahawanan, khidmat
masyarakat, sukan, kerohanian dan mesyuarat. Sejumlah 74 aktiviti telah dan akan
dijalankan sehingga September 2014. Jadual 7.2.3 menunjukkan sebahagian aktiviti yang
mampu menterjemah kesungguhan pelajar-pelajar UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu
dalam penglibatan dengan aktiviti HEP.
Jadual 7.2.1: Senarai Aktiviti Pelajar dengan Aktiviti HEP
Bil
Senarai Aktiviti TAPA
1
Travel to the Nature of Cameron
2
Outdoor Basic Camp
3
Program Ceria 5S bersama Warga Kampus
4
Kelas Akademi Al-Quran
5
Dialog Rektor bersama Pelajar UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu
6
Nights of Blessing (zikir terapi)
7
Mini Festival Kesenian Islam
8
Ohsemnya Jumaat
9
Barakah Ramadhan bersama Darul Falah
10
Kembara Khalifah II

7.3 HASIL FOKUS SUMBER TENAGA KERJA


7.3 (a) Hasil Tenaga Kerja
1. Kapasiti dan Keupayaan Sumber Tenaga Kerja
Tenaga kerja yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi amat
diperlukan dalam proses melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan
mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Jumlah tenaga kerja yang berkelayakan dan
berwibawa turut menjadi faktor utama dalam melahirkan pelajar yang berjaya dan
berwibawa. UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu sentiasa memastikan tenaga kerja
akademik yang dimiliki mempunyai kelayakan dan kewibawaan yang mencukupi.
Bertepatan dengan keupayaan tenaga
kerja yang diperlukan, Rajah 7.3.1
menunjukkan jumlah tenaga kerja
untuk tahun 2014. Jumlah tenaga
kerja akademik adalah seramai 63
orang. Manakala tenaga kerja bukan
akademik adalah seramai
100 orang.

Rajah 7.3.1: Statistik Sumber Tenaga Kerja Tahun 2014


Rajah 7.3.2 menunjukkan kelayakan
Tenaga kerja Akademik pada tahun
2014. Melalui rajah didapati bahawa
jumlah tenaga kerja akademik yang
memiliki Ijazah Doktor Falsafah adalah
dua orang. Bilangan tenaga kerja
akademik yang memiliki ijazah Sarjana
adalah seramai 58 orang manakala 3
orang memiliki ijazah Sarjana Muda.

Rajah 7.3.2: Tahap Kelayakan Tenaga Kerja Akademik tahun 2014

Rajah di atas jelas menunjukkan UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu mempunyai bilangan
tenaga kerja akademik yang berkelayakan. Dasar UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu
menggalakkan tenaga kerja akademik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
tertinggi demi melahirkan pelajar yang cemerlang.
Selain mempunyai ramai tenaga kerja akademik yang berkelayakan sarjana, UiTM(T)
Kampus Kuala Terengganu juga mempunyai seorang professor madya. Rajah 7.3.3
menunjukkan graf bagi tahap tenaga kerja akademik mengikut gred jawatan bagi tahun
2014.

10

Rajah 7.3.3: Tahap Tenaga kerja Akademik Mengikut Gred Jawatan Pada Tahun 2014

Nisbah bilangan pelajar bagi setiap tenaga kerja akademik merupakan satu daripada
Petunjuk Utama Prestasi PS UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu bagi mengukur keupayaan
sumber tenaga kerja dan telah dijadikan sebagai pernyataan Objektif Kualiti 3 Bahagian
Pentadbiran iaitu memastikan nisbah tenaga kerja akademik dengan pelajar tidak kurang
daripada 1:20 orang setiap semester.
Jadual 7.3.1 Bilangan Pelajar sehingga Jun 2014
Bilangan Pensyarah
Bilangan Pelajar
Nisbah Bilangan Pensyarah dan Pelajar

63
928
1:15

Jadual 7.3.1 menunjukkan bilangan pelajar sehingga Jun 2014 dibandingkan dengan
bilangan tenaga kerja akademik pada tahun yang sama.
Keupayaan dan kompetensi tenaga kerja sentiasa dipertingkatkan melalui latihan-latihan
yang bersesuaian. Sasaran Petunjuk Utama Prestasi PS UiTM(T) Kampus Kuala
Terengganu adalah sekurang-kurangnya 80% tenaga kerja akademik dan 70% tenaga kerja
bukan akademik diberi latihan sebanyak 42 jam setahun. Peratusan tenaga kerja yang
menghadiri latihan setahun bagi tahun 2014 ditunjukkan dalam Rajah 7.3.4. Peratusan jam
latihan melebihi 42 jam setahun bagi tenaga kerja akademik adalah 91.53% dan bukan
akademik adalah 61.86%. Tenaga kerja yang mendapat latihan yang mencukupi akan
menjadikan keberhasilan yang cemerlang dan memenuhi kehendak semasa.

Rajah 7.3.4: Peratusan tenaga kerja yang menghadiri latihan setahun bagi tahun 2014

UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu sentiasa menghargai sumbangan tenaga kerja dengan
memberi penghargaan kepada tenaga kerja yang cemerlang melalui pelbagai cara,
antaranya kenaikan pangkat. Pada tahun 2014 bilangan tenaga kerja akademik yang
dinaikkan pangkat adalah seramai empat orang. Ini menunjukkan bahawa tenaga kerja
UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu semakin berdaya maju serta berusaha meningkatkan
kualiti kerja dan mengamalkan sikap cemerlang pada diri mereka.
11

2. Persekitaran Sumber Tenaga Kerja


Adalah menjadi tanggungjawab UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu untuk memastikan
keharmonian dan kebajikan staf dalam keadaan memuaskan. UiTM(T) Kampus Kuala
Terengganu telah memberi fail, kertas A4, dan marker pen kepada pensyarah pada setiap
awal semester, perkhidmatan WiFi serta sebuah komputer dan mesin pencetak per staf
bagi memudahkan mereka menjalankan tugas termasuk melayari internet dan mencari
informasi. Pihak Hal Ehwal Akademik (HEA) juga menyediakan perkhidmatan fotostat untuk
kemudahan pensyarah.
3. Keterlibatan Sumber Tenaga Kerja
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) merupakan indikator bagi penglibatan sumber
tenaga manusia yang diukur berdasarkan penyertaan dalam aktiviti, kursus, bengkel dan
latihan yang dianjurkan, penglibatan di dalam pelbagai jawatankuasa dan keaktifan memberi
sumbangan idea dan tenaga dalam aktiviti-aktiviti dalam kampus. Salah satu daripada
penilaian pencapaian Perancangan Strategik diukur melalui pencapaian Objektif Kualiti
Umum 7 : Memastikan 80% tenaga kerja melibatkan diri dalam program pelajar pada setiap
semester.
Usaha untuk mencapai sasaran Objektif Kualiti ini telah meningkatkan bilangan aktiviti yang
telah dilaksanakan oleh pelajar. Rajah 7.3.5 menunjukkan bilangan aktiviti pelajar pada
tahun 2014. 79 aktiviti yang menggunakan Tabung Amanah Pembangunan Akademik dan 74
aktiviti yang menggunakan Tabung Amanah Kegiatan Pelajar telah dianjurkan.

Rajah 7.3.5: Bilangan Aktiviti Pelajar Tahun 2014

Hasil daripada peningkatan bilangan aktiviti pelajar secara tidak langsung telah
meningkatkan penglibatan tenaga kerja kerana setiap aktiviti pelajar hendaklah mendapat
khidmat nasihat dan di pantau oleh sekurang-kurang seorang tenaga kerja.

12

7.4 HASIL KEPIMPINAN DAN TADBIR URUS


7.4 (a) Hasil Kepimpinan, Tadbir Urus dan Tanggungjawab Sosial
1. Kepimpinan
Kepimpinan kanan UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu dinilai bagi memastikan
keberkesanan tugas yang diamanahkan serta menambahbaik sistem komunikasi antara
pemimpin dan staf, serta pelajar dan pihak yang berkepentingan. Antara faktor-faktor yang
menerajui keberkesanan ini adalah hasil bilangan pekeliling, mesyuarat, email rasmi dan
perjumpaan rasmi yang diadakan di antara pemimpin kanan, staf dan pelajar. Motto
Mengubah Cabaran Kepada Peluang menjadi asas dalam kepimpinan kanan dalam
memastikan misi serta nilai KTGANU dapat diterjemahkan dengan berkesan.
2. Governan
Sistem penyeliaan dari segi pentadbiran pengurusan yang diamalkan UiTM(T) Kampus
Kuala Terengganu adalah bertujuan supaya semua kakitangan staf mendapat faedah dan
mempunyai kefahaman yang jelas dan jitu terhadap tanggungjawab serta tugas yang
diamanahkan bagi memastikan sistem tadbir urus UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu
berada ditahap yang cemerlang berpandukan prinsip-prinsip yang telah termaktub dalam
objektif UiTM. Banyak kaedah yang dan juga pendekatan telah dilaksanakan bagi menilai
keberkesanan dan juga kejayaan akauntabiliti pengurusan iaitu dari segi audit secara formal
dan juga tidak formal. Pematuhan dari segi kualiti ISO 9001:2008 dinilai terhadap Pejabat
Bendahari dalam akauntabiliti kepimpinan kewangan sebanyak 4 kali setahun. Jadual 7.4.1
menunjukkan rekod audit dalam dan luar bagi penilaian pengurusan dan kewangan yang
telah dilakukan di UITM (T) Kampus Kuala Terengganu dari 2011 hingga 2014. Hasil
daripada laporan ini mendapati tiada penemuan secara major dan minor yang direkodkan.
Jadual 7.4.1: Rekod Audit Kewangan oleh Pejabat Bendahari
Bil
Audit Kewangan
1
Audit Llyod oleh Llyod register
2
Audit Interim Penyata Kewangan oleh Jabatan Audit Negara
3
Audit Interim Akaun oleh Jabatan Audit Negara
4
Audit Penyata Kewangan oleh Jabatan Audit Negara
5
Audit dalaman pensijilan ISO9001:2008 oleh auditor dalaman
6
Audit kawalan pengurusan dan kewangan oleh auditor dalaman
7
Audit kawalan pengurusan dan kewangan Tabung Amanah oleh auditor dalaman.

3. Undang-undang, peraturan dan akreditasi


Beberapa garis panduan telah ditetapkan bagi mengelakkan daripada berlakunya kesalahan
dari segi etika atau ketidakpercayaan pihak berkepentingan terhadap pengurusan kanan.
Salah satu daripadanya adalah dalam bentuk arahan atau sasaran kerja tahunan bagi
rujukan semua staf manakala bagi para pelajar pula, buku Peraturan Akademik Pindaan
2009 telah diedarkan. Selain itu, satu penubuhan jawatankuasa OSHco telah ditubuhkan
pada tahun 2010 bagi memastikan keselamatan dalam persekitaran kerja. Aspek ini menjadi
satu keutamaan bagi pihak kepimpinan kanan dalam mewujudkan suasana kerja yang
selesa, selamat dan kondusif kepada tenaga kerja.
Statistik tahunan bagi bilangan kes tatatertib melibatkan pelajar telah dilakukan oleh pihak
HEA dan HEP bagi tahun 2012 hingga 2014. didapati pada tahun 2012-2013 menunjukan
penurunan dari segi peratusan bagi tatatertib yang dikeluarkan oleh HEP dan HEA. Namun,
pada tahun 2013-2014, bilangan pelajar yang dikenakan tatertib meningkat bagi kesalahan
13

yang dikeluarkan oleh pihak HEA. Jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar adalah
seperti membawa nota ke dewan pepriksaan, ketidakhadiran ke kuliah, membawa peralatan
elektronik seperti telefon atau I pad untuk meniru semasa peperiksaan akhir dijalankan.
Denda telah diberikan kepada semua pelajar yang telah melakukan kesalahan seperti
menggantung pengajian dan juga dilarang menduduki peperiksaan bagi sesuatu subjek
tersebut (Rajah 7.4.1). Melalui hasil dapatan ini, didapati semua pensyarah dan juga
kakitangan akademik mengamalkan perkhidmatan yang menurut perundangan dan
peraturan yang ditetapkan.

Rajah 7.4.1: Statistik Tahunan Laporan Tatertib Pelajar (HEA dan HEP)

Bagi tindakan tatertib yang telah dikeluarkan oleh pihak HEP kepada pelajar, didapati ada
tren penurunan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Hal ini membuktikan
bahawa pemeriksaan secara tidak formal terhadap sahsiah rupa diri semasa kuliah
dijalankan yang dilakukan atas kerjasama antara pihak HEP dan Unit Polis Bantuan telah
berjaya. Selain itu, disiplin dan sahsiah diri staf sama ada dari kalangan tenaga kerja dan
juga pensyarah turut diambil perhatian terutamanya tentang keberadaan staf. Bagi pihak
pensyarah, satu jawatankuasa PROPENS telah ditubuhkan untuk mengawasi keberadaan
pensyarah semasa kuliah dijalankan. Untuk staf sokongan, pemantauan dilakukan terhadap
kad perakam waktu dan juga borang keluar pejabat.
Jadual 7.4.2: Bilangan Tindakan Tatatertib UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu bagi Tahun 2012-2014
Tahun
2012
2013
2014

Kes
5
15
2

Bilangan Staf
Tindakan
3
7
2

Jadual 7.4.2 di atas menunjukkan bilangan staf yang dikenakan tindakan tatatertib bagi
tahun 2012 hingga 2014. Hasil dapatan ini mendapati bahawa kesalahan yang seringkali
dilakukan oleh para staf adalah kerapkali mengambil cuti sakit dalam tempoh tertentu serta
tidak merekodkan waktu masuk-keluar pejabat. Antara tindakan penyusulan yang dilakukan
terhadap staf yang terbabit adalah memberi surat peringatan dan juga memberi khidmat
kaunseling. Ini telah menunjukkan bahawa pihak pengurusan atasan mengambil serius dan
peka terhadap disiplin dikalangan staf dalam menjamin sistem organisasi yang cemerlang
dan gemilang.
4. Etika
Proses pengukuran etika telah dijalankan melalui beberapa proses iaitu dengan
menggunakan media seperti aduan terus, surat, telefon email dan soal selidik kepuasan
pelanggan dan peti cadangan. Ini menunjukkan bahawa maklumat berkaitan etika tenaga
kerja diperoleh dan diukur melalui pelbagai medium. Dan ini telah membuktikan bahawa
UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu amat menitikberatkan hal-hal berkaitan perlanggaran
14

undang-undang dengan mengamalkan budaya telus dalam mengenal pasti masalah


berkaitan undang-undang supaya ianya dapat dikawal selia selain dapat mengurangkan
masalah tindakan tatatertib.
5. Masyarakat
Bagi program kemasyarakatan pula, UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu telah
menganjurkan program-program untuk memenuhi tanggungjawab sosial dengan
menitikberatkan aspek keterlibatan dalam aktiviti komuniti. Antaranya adalah Program
Pendampingan (Outreach) Sukarelawan Jiwa Malaysia anjuran HEP yang mana para
peserta yang terdiri daripada staf dan juga pelajar dapat membantu golongan yang kurang
bernasib baik disamping dapat menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan masyarakat
komuniti setempat. Selain itu, aktiviti lain yang telah dianjurkan adalah bantuan sumbangan
kewangan, pakaian dan makanan dan sebagainya kepada masyarakat setempat yang
diedarkan kepada golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim dan miskin.
Program Bakti Siswa Merentas Sempadan, anjuran PKA juga berjaya diadakan dalam usaha
mengeratkan hubungan warga kampus dengan pihak komuniti. Selain itu, program Komuniti
@ Seri Kenangan dan Pelong yang berjaya dianjurkan juga membuktikan kesungguhan
pihak UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu dalam menjalin hubungan dengan masyarakat.
Jadual 7.4.3: Senarai Aktiviti Kemasyarakatan yang dijalankan
Bil Senarai Aktiviti
1
Komuniti MeDIA, anjuran Kelab MeDIA, Fakulti Perakaunan
2
Bakti Siswa merentas Sempadan, anjuran PKA
3
Derma Darah Perdana KC4U II, anjuran jawatakuasa KC4U II dengan kerjasama KSNZ, Kuala Terengganu (KT)
4
Barakah Ramadhan bersama Darul Falah, anjuran Persatuan Badan Komander, di Asrama Anak Yatim Darul Falah
5
Khidmat Sosial Ramadhan bersama Komuniti Gong Baru, anjuran Kelab MeDIA, Fakulti Perakaunan
6
Majlis Sambutan Hari Raya Permata Hatiku, anjuran Kelab MeDIA di SK Pendidikan Khas (P) Chendering
7
Academic Exploration and Knowledge Implementation A Day with the Needy di rumah-rumah fakir miskin sekitar KT
8
Program Lawatan Amal ke Rumah Taman Sinar Harapan bersama Penasihat Akademik di Bukit Besar, KT
9
Bengkel Oh! Mytajwid, di Masjid Kubang Ikan, KT
10
Program Khidmat Komuniti di Kampung Seri Kenangan dan Pelong, Setiu, Terengganu

Secara keseluruhannya, Jadual 7.4.3 menunjukkan sebahagian aktiviti kemasyarakatan


yang berjaya dijalankan. Kejayaan ini menggambarkan bahawa sistem pengurusan UiTM(T)
Kampus Kuala Terengganu tidak pernah lupa untuk melaksanakan tanggungjawab sosial
kepada komuniti setempat.

15

7.5 HASIL KEWANGAN DAN PENCAPAIAN PASARAN


7.5 (a) Hasil Kewangan dan Pasaran
Bahagian Bendahari UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu merupakan nadi utama dalam
pengurusan kewangan disamping bertanggungjawab mengawal perbelanjaan yang
diperuntukkan kepada kampus ini. Terdapat dua kumpulan wang utama iaitu Kumpulan
Wang Pengurusan dan Kumpulan Wang Amanah.
1. Prestasi Kewangan
Kumpulan Wang Pengurusan
Peruntukan UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu diterima dari kampus induk UiTM Shah
Alam.
Rajah 7.5.1 menunjukkan jumlah peruntukan
yang diterima oleh UiTM(T) Kampus Kuala
Terengganu dari tahun 2011 hingga tahun 2014.
Jumlah
peruntukan
telah
menunjukkan
kenaikan ketara sebanyak 19% pada tahun
2012. Namun begitu jumlah peruntukan pada
tahun 2014 hanya merekodkan kenaikan
sebanyak 6% berbanding tahun sebelumnya.
Kadar peningkatan yang tidak begitu ketara ini
walaubagaimana pun tidak memberi impak
yang
negatif
terhadap
keseimbangan
Rajah 7.5.1: Hasil Peruntukan UiTM(T) Kampus Kuala
pengurusan
organisasi
UiTM(T)
Kampus
Kuala
Terengganu bagi tahun 2011-2014
Terengganu malah prestasi kewangan mampu
berada di landasan stabil dan lebih baik bagi tahun ini sekiranya disokong oleh perbelanjaan
berhemah.

Sumber : Bahagian Bendahari UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu

Rajah 7.5.2: Jumlah Belanjawan UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu Mengikut Slot bagi tahun 20112014

Belanjawan dibahagikan kepada beberapa slot iaitu perkhidmatan dan bekalan, pemberian
dan kenaan bayaran tetap dan perbelanjaan-perbelanjaan lain. Merujuk rajah 7.5.2, pada
tahun 2011-2014, peruntukan lebih banyak disalurkan kepada perkhidmatan dan bekalan.
Perbelanjaan untuk perkhidmatan dan bekalan ini merupakan teras untuk memberi
keselesaan kepada organisasi. Diantara perkhidmatan dan bekalan yang membawa kepada
perbelanjaan yang tinggi ini termasuklah tuntutan perjalanan sementara dan sara hidup,
16

bekalan pejabat dan penyelenggaraan dan pembaikan. Pada tahun 2012, jumlah
perbelanjaan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap telah melonjak tinggi sebanyak
90% seiringan dengan peningkatan kemasukan pelajar pada tahun tersebut.
Jadual 7.5.1 menunjukkan tren kewangan Kumpulan Wang Pengurusan UiTM(T) Kampus
Kuala Terengganu bagi
tahun 2011-2014. Pada tahun 2011-2013, didapati jumlah
perbelanjaan telah melebihi sekali ganda jumlah peruntukan yang telah
ditetapkan.Walaubagaimana pun, perbelanjaan masih dibawah peruntukan bagi tahun 2014
memandangkan pengiraan hanya berdasarkan penggunaan sehingga September 2014.
Jadual 7.5.1: Tren Kewangan Kumpulan Wang Pengurusan bagi Tahun 2011-2014
Tahun
2011
2012
2013
2014 (Jan-September)

Peruntukan
2,851,626
3,400,000
3,400,000
3,600,000

Kumpulan Wang Pengurusan (RM)


Perbelanjaan
5,168,841
5,547,423
5,326,157
2,696,179

Kumpulan Wang Amanah


Kumpulan Wang Amanah terdiri dari beberapa tabung yang digunapakai oleh pihak UiTM(T)
Kampus Kuala Terengganu dalam menguruskan perbelanjaan bagi memenuhi keperluan
aktiviti pelajar sepanjang semester/tahun. Antara tabung Kumpulan Wang Amanah ini
termasuklah Tabung Kolej, Tabung Kegiatan Pelajar, Tabung Fakulti, Tabung Pembangunan
Pelajar dan Tabung Kokurikulum. Yuran pelajar sepenuh masa merupakan penyumbang
utama bagi hasil pendapatan Kumpulan Wang Amanah.
Jadual 7.5.2 menunjukkan tren kewangan Kumpulan Wang Amanah UiTM(T) Kampus Kuala
Terengganu bagi tahun 2011-2014 di mana berlaku penurunan hasil pada setiap tahun.
Perbelanjaan pada tahun 2012 mencatat nilai yang paling tinggi dalam tempoh empat tahun
dan ianya melebihi nilai hasil. Walaupun terdapat lebihan perbelanjaan pada tahun 2012,
lebihan ini berjaya ditampung dari lebihan hasil pada tahun 2011. Perbelanjaan didapati
semakin menurun sehingga tahun 2014.
Jadual 7.5.2: Tren Kewangan Kumpulan Wang Amanah bagi Tahun 2011-2014
Tahun
2011
2012
2013
2014 (JanSeptember)

Hasil
122,744
123,678
105,373
462,338

Kumpulan Wang Amanah (RM)


Perbelanjaan
103,490
135,187
680,755
337,711

2. Prestasi Pasaran
Jadual 7.5.3: Enrolmen pelajar tahun 2011-2014
BIL.
1
2
3
4
5
6
7
8
9

PROGRAM & KOD PROGRAM


Diploma Perakaunan (AC 110)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Grafik) (AD 111)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Tekstil dan Digital Media) (AD 112)
Diploma Sains (AS 120)
Diploma Pengajian Perniagaan (BM 111)
Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat (OM 114/BM118)
Pra Diploma Sains (PD 008)
Pra Diploma Sains (PD 007) MDAB
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (ED 231) e-PJJ
JUMLAH

2011

2012

2013

584
438
342
566
723
772
4
87
0
3516

578
434
374
666
751
729
2
81
0
3617

442
250
204
448
604
515
8
142
0
2613

2014
(JanJun)
116
50
52
134
172
139
1
82
182
928

Secara umumnya, merujuk jadual 7.5.5, didapati jumlah enrolmen pelajar bagi setiap
program menunjukkan penurunan yang drastik dari tahun 2011-2014. Penurunan ini
17

memberi impak ke atas reputasi sumber kewangan UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu
samada dari segi hasil mahupun perbelanjaan.

Sumber : Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu

Rajah 7.5.6 Jumlah Enrolmen Pelajar Bagi Tahun 2011-2014

Rajah 7.5.6 menunjukkan jumlah


enrolmen
pelajar
di
UiTM(T)
Kampus Kuala Terengganu pada
tahun 2011-2014. Terdapat sedikit
peningkatan jumlah pelajar pada
tahun 2012 iaitu sebanyak 3%.
Walaubagaimana pun peratusan
jumlah
pelajar
mengalami
penurunan yang ketara sebanyak
28% dan 64% bagi tahun 2013 dan
2014. Namun pengiraan jumlah
enrolmen pelajar pada tahun 2014
adalah bagi satu semester sahaja.

18

You might also like