Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LIMA GAYA PENGURUSAN KONFLIK

1. PENGELAKKAN
Gaya pengurusan pengelakkan bermakna kedua-dua pihak gagal
dalam mendapat persetujuan untuk berunding atau meneruskan
perundingan. Dalam situasi ini, kedua-dua pihak tidak dapat mencapai
matlamat kerana mereka mengelakkan diri untuk mencari cara
penyelesaian bagi konflik yang timbul. Kebaikan gaya ini ialah dapat
melengahkan masa supaya pihak berkonflik dapat peluang mengumpul
lebih maklumat untuk menghadapi konflik tersebut. Gaya ini sesuai
digunakan apabila isu yang dipertikaikan bagi kedua-dua pihak itu
tidak memberi kesan kepada keputusan, malah isunya tebal dengan
emosi yang kuat sehingga boleh merosakkan perhubungan.
2. PERSAINGAN
Gaya pengurusan persaingan bermaksud satu pihak mencapai
matlamatnya dalam konflik yang berlaku dengan menafikan hak orang
lain. Keadaan ini juga dikenali sebagai "saya menang-anda kalah".
Dengan lain perkataan, hanya satu pihak yang menang dalam konflik
tersebut. Gaya ini digunakan apabila memerlukan tindakan yang cepat
dan tegas. Selain itu, ia juga digunakan dalam keadaan bagi seseorang
yang tahu dia berada di pihak yang benar dan menentang kepada
individu yang mengambil kesempatan.
3. PENYESUAIAN
Gaya pengurusan ini juga dikenali sebagai mengalah. Dalam situasi ini,
salah satu pihak akan mengalah dalam konflik yang timbul itu. Dengan
perkataaan lain, salah satu pihak mengetepikan hak dan matlamat
demi memuaskan kehendak pihak lain. Gaya ini sesuai digunakan
dalam keadaan yang memerlukan tindakan yang cepat. Selain itu,
gaya ini juga sesuai digunakan dalam isu berkenaan yang tidak begitu
penting supaya untuk mengekalkan hubungan yang sedia ada bagi
kedua-dua pihak yang berkonflik.
4. KOMPROMI
Gaya pengurusan kompromi bermaksud kedua-dua pihak ingin
melepaskan sesuatu untuk mendapat sebahagian daripada matlamat,
iaitu mereka bertolak-ansur supaya mencari jalan tengah untuk
menyelesaikan konflik yang wujud. Keadaan ini juga dikenali sebagai
kami bersama-sama menang dan kalah sedikit. Gaya ini boleh
menunjukkan keseimbagan kuasa bagi kedua-dua pihak yang
berkonflik dalam satu organisasi. Gaya kompromi sesuai digunakan
semasa matlamat kedua-dua pihak benar-benar mutually exclusive,
iaitu mesti ada satu pihak yang perlu menanggung kerugian dan
kemenangan. Apabila semua strategi lain tidak memperoleh hasil yang

dikehendaki, kompromi sesuai digunakan supaya isu tersebut


diselesaikan dengan jimat masa dan boleh meneruskan ke isu yang
lain.
5. KOLABORASI
Gaya ini merujuk kepada kedua-dua pihak mencari aktifnya
penyelesaian yang boleh memenuhi semua kehendak masing-masing.
Tiada pihak yang rugi atau perlu mengetepikan sebarang hak untuk
memuaskan keinginan pihak lain. Ia juga dikenali sebagai saya
menang anda menang. Kedua-dua pihak membuat keputusan
melalui perbincangan dan segala konflik yang berlaku diselesaikan
melalui rundingan. Gaya ini dapat memuaskan kehendak dan
menunjukkan kepentingan perhubungan semua pihak. Ia juga dapat
mencapai komitmen yang tinggi demi mencari penyelsaian. Malah,
gaya ini akan memakan masa yang banyak dan ia sesuai digunakan
dalam isu-isu yang penting serta memerlukan perancangan yang teliti.

You might also like