Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: http://www.researchgate.net/publication/282913626

EKSPRESI SENIMAN DALAM MELUKIS: Kajian


Psikologi Tingkahlaku Terhadap Penulis dan
Pelukis Khat Islami
CONFERENCE PAPER NOVEMBER 2013

READS

3 AUTHORS, INCLUDING:
Makmur Haji Harun
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
11 PUBLICATIONS 0 CITATIONS
SEE PROFILE

Available from: Makmur Haji Harun


Retrieved on: 26 October 2015

EKSPRESI SENIMAN DALAM MELUKIS:


Kajian Psikologi Tingkahlaku Terhadap Penulis dan Pelukis
Khat Islami

MAKMUR HAJI HARUN


NORUL HAIDA BINTI HJ. REDUZAN
MUHAMMAD BUKHARI LUBIS

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN
2013

EKSPRESI SENIMAN DALAM MELUKIS:


Kajian Psikologi Tingkahlaku Terhadap Penulis dan Pelukis
Khat Islami
MAKMUR HAJI HARUN
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.
Email : makmur@fbk.upsi.edu.my
NORUL HAIDA BINTI HJ. REDUZAN
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.
Email : nur_upsi@yahoo.com
MUHAMMAD BUKHARI LUBIS
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.
Email : bohari@fbk.upsi.edu.my

Abstrak
Karya-karya seni lukis khat Islami merupakan hasil seni tampak yang cantik dan
menarik dihasilkan melalui kreativiti tersendiri daripada pelukisnya dengan
menggunakan peralatan lukis. Hasil kreasi seni lukis khat Islami ini terus wujud
dan berkembang di Alam Melayu yang tidak lagi hanya sekadar sebagai hiasan
dan karya seni semata-mata bahkan sudah menjadi karya seni yang dihasilkan
melalui ekspresi jiwa yang dapat mempengaruhi psikologi peribadi seseorang
pelukis ketika menulis dan melukisnya sehingga dapat menghasilkan karya
artistik dan estetik sebagai corak, simbol, dan falsafah kerohanian sesuatu
bangsa. Selain itu, karya seni lukis khat Islami telah dijadikan sebagai gambaran
artistik seni yang unik diekspresikan melalui budaya, adat dan alam sekitar yang
mendasari kewujudan falsafah seni lukisan Islami tersebut. Perkembangan karya
seni ini di Malaysia juga turut dikembangkan melalui pelbagai bentuk khat dan
lukisan sebagai saluran seni dengan menggabungkan antara kecekapan,
kemahiran dan simbol identiti orang Melayu yang mencerminkan kehidupan dan
kebudayaan individu atau masyarakatnya. Kesimpulannya, kajian ini
memaparkan ekspresi psikologi seorang penulis dan pelukis seni khat Islami
sebagai satu usaha mengenal dan mengetahui pengalaman seniman yang
menghasilkan pelbagai karya lukisan dan tulisan seni khat Islami di Malaysia,
selain mampu menjadi salah satu wacana ilmu yang dapat mengungkapkan
kekayaan khazanah dan warisan seni khat Islami masyarakat Islam di Nusantara.
Kata kunci: Ekspresi, Lukisan, Seniman, Pelukis, dan Seni Khat Islami

Pengenalan
Ekspresi seorang penulis khat dalam menghasilkan karya menarik dan cantik sudah menjadi
kebiasaan yang ingin dicapai oleh seorang seniman, sebagai salah satu proses yang terhasil
daripada nalar mereka dalam menghasilkan karya seni yang dapat mempengaruhi tingkahlaku
pemerhati seni. Tingkahlaku yang berlaku dalam menghasilkan seni khat Islami ini pada
peringkat awalnya dilakukan untuk tujuan memenuhi kehendak individu atau peminatnya dalam
memaknai hasil karya yang telah dihasilkan, selanjutnya membina tanggapan pemerhati untuk
menghargai hasil kerja tangannya.

Proses ekspresi dan tingkahlaku dalam sesebuah karya seni khat Islami ini terus
berkembang yang kemudiannya dizahirkan dalam bentuk catatan, tulisan, lukisan atau karya
seni khat yang memiliki unsur ayat-ayat al-Quran atau al-Hadith dan bertindak balas terhadap
sesuatu rangsangan hati serta perasaan paling dalam melalui keimanan dan ketakwaan. Selain
memiliki bentuk, ia juga dapat diekspresikan melalui nilai-nilai murni yang bermuara kepada
akhlak al-karimah. Proses ini akhirnya dapat menyatukan antara penulis khat, hasil karya dan
pemerhati seninya dalam ikatan bentuk gambaran visual yang telah dihasilkan melalui karya
yang dapat terus diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Proses pertumbuhan dan perkembangan lukisan seni khat Islami ini terus meluas ke
seluruh pelosok dunia yang banyak dikenal dengan tidak sekadar berfungsi sebagai hiasan, tidak
hanya sebagai cetusan idea para seniman mahupun kaligrafer semata-mata, bahkan ianya juga
dapat menjadi pengungkap ekspresi jiwa dalam bidang seni dan hiasan yang sangat mendalam
sama ada menerusi tulisan, tanda bacaan, motif, corak, hiasan dan sebagainya.
Melalui pemaparan ini, penulis ingin mengangkat beberapa perbahasan penting dalam
permasalahan ekspresi seniman terhadap penulisan seni khat Islami yang mengandungi
beberapa ciri untuk dibincangkan sebagai pangkal terpenting yang dapat melengkapkan
keindahan pelbagai tulisan dan lukisan seni visual. Kewujudan peranan penulis dan seniman
inilah yang telah menempatkan seni khat Islami ini menjadikan semakin ramainya seniman dan
kaligrafer untuk mempertingkatkannya dirinya sebagai ekspresi dari ketelusan dalam melukis
dan menulis perlbagai jenis tulisan khat Islami dalam karya-karya mereka. Untuk lebih jelasnya
huraian ini dapat dilihat dalam kisi-kisi perbahasan seperti berikut:

Pengertian dan Definisi


Sebelum mengetengahkan perbahasan tajuk ini lebih jauh, terlebih dahulu penulis ingin
menghuraikan beberapa pengertian agar memudahkan pembaca untuk memehami keseluruhan
perbincangan dalam tajuk di atas. Pengertian ekspresi adalah pengungkapan atau proses
menyatakan (iaitu memperlihatkan atau menyatakan maksud, gagasan, perasaan, dsb) atau
pandangan air muka yang menyatakaan perasaan seseorang (Kamus Besar Bahasa Indonesia,
1988: 9960).
Pengertian seni ialah segala yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta
perasaan manusia, apakah ia merupakan hasil ciptaan Allah SWT mahupun yang dihasilkan
oleh fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan seorang manusia (Abdul Ghani Samsudin, 2001:
3). Kata seniman pula, merupakan orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil
seni serta dapat memperagakan hasil seninya itu (spr pelukis, penyair, penyanyi, dll) (Kamus
Dewan, 2010: 1453). Dan melukis (me.lu.kis) adalah membuat gambar, peta, dsb (dengan
menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb). (Kamus Dewan, 2010: 963).
Istilah seni khat pula dapat dilihat dalam dua pengertian, iaitu pengertian secara
etimologi dan terminologi. Pengertian etimologi, kata khat lebih popular dan dikenal dengan
seni kaligrafi Islam yang merupakan penyederhanaan daripada kata calligraphy, berasal dari
dua suku kata bahasa Yunani iaitu Kallos: beauty (indah) dan graphein: to write (menulis) (D.
A. Girling (ed.), 1978: 629). Ia berarti bahawa seni menulis dengan indah, tulisan tangan yang
menghasilkan huruf atau tulisan indah sebagai suatu seni; khat (Kamus Dewan, 1989: 522).

Takrif kreativiti pula adalah sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya
kreatif dan kekreatifan. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kreativiti adalah kebolehan dan
kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat
yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya
(Kamus Dewan, 2010: 828).
Pandangan Tokoh-tokoh mengenai kreativiti Department For Employment And
Education (DFEE, 1999). Definisi kreativiti dirungkaikan kepada empat ciri; Pertama adalah
yang melibatkan pemikiran dan tingkahlaku imaginatif. Kedua ialah aktiviti imaginatif
(penghayalan) yang bertujuan, terarah bagi mencapai satu-satu objektif. Ketiga proses ini mesti
menjana sesuatu yang asli (original). Keempat ialah nilai yang berkaitan dengan objektif yang
dikhayalkan itu. Kenyataan ini juga mengatakan bahawa darjah kreativiti seseorang boleh jadi
berkurang atau lebih jika diberi peluang. Menurut Lowenfeld (1975) bahawa setiap
kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak
yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu sehingga kita yakin dan percaya
bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
Selain itu, Muhamad Tamyez Bajuri (1996) menyatakan bahawa kreativiti adalah
berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang
membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir diluar kotak).
Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir seseorang, maka itu ia
dapat dibentuk, dilatih menerusi ransangan tertentu. June King McFee pula mentakrifkan
kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru, dan pada masa yang
sama mampu untuk mengolah idea.
Sementara makna seni khat pula adalah seni (kemahiran) menulis tulisan Arab atau
tulisan jawi dengan gaya khas atau unik sehingga menghasilkan tulisan indah (E. Van
Donzel, 1978: 1113). Pengertian lain seni ini ialah seni menulis indah dengan pena (Kamus
Besar Bahasa Indonesia, 1988: 380). Dan disebut juga Fann al-Khat al-Islami dalam ertian seni
memperhalus tulisan atau memperbaiki coretan (Ilham Khoiri, 1999: 50). Kesemua pengertian
tersebut, dapat dipahami bahawa seni khat Islami merupakan tulisan yang ditulis indah dengan
menggunakan huruf-huruf Arab sebagai tulisan asas, selain diikuti dengan corak hiasan dan
motif-motif yang menarik sehingga memunculkan seni tulisan cantik dan indah untuk dinikmati
sebagai karya seni yang unik dan menarik.
Secara harfiyah seni kaligrafi ditakrifkan juga oleh Ibnu Khaldun dalam bukunya
al-Muqaddimah Kaligrafi adalah lukisan dan bentuk harfiyah yang menunjukkan kepada
kalimat yang didengar yang mengisyaratkan apa yang ada di dalam jiwa. Selain itu, pengertian
istilah al-khat ( ) ada beberapa pengertian yang agak berbeza pandangan antara para pakar
seni khat, hal ini tergantung kepada sudut pengamatan masing-masing. Menurut Ibrahm ibn
Muhammad al-Shaybni (Aiman Abdul Salm, 2002: 9), mengatakan bahawa:


.
Maksudnya ialah khat adalah merupakan lidahnya tangan, kecantikan rasa,
penggerak akal, penasihat fikiran, senjata pengetahuan, perekat persaudaraan
ketika bertikai dan pembincang ketika berjauhan, pencegah segala keburukan
dan khazanah pelbagai masalah kehidupan (Aiman Abdul Salm, 2002: 9).
3

Konsep Ekspresi dalam Lukisan


Konsep ekspresi dalam lukisan sudah lahir semenjak dari zaman batu sehingga ke hari ini,
kerana manusia dikatakan sebagai pembuat imej. Contohnya imej yang terdapat di gua Laucaux
Perancis atau gua Niah di Sarawak. Tujuan utama menghasilkan imej ini adalah sebagai sumber
komunikasi. Hal yang sama pada kanak-kanak, seawal umur dua atau tiga tahun sudah
membuat contengan bagi tujuan pernyataan dan komunikasi berdasarkan gaya mereka sendiri.
Representasi imej yang dijelmakan itu adalah ekspresi visual yang tidak sama bagi setiap
individu. Ekspresi visual seseorang pelukis terhadap sesuatu objek yang dilukis misalnya
merupakan manifestasi rasa dalaman yang dianggap sebagai pernyataan perasaan seseorang.
Berdasarkan konsep ekspresi lukisan ini, setiap orang melukis atau mencipta imej
sesuai dengan tanggapan daripada apa yang mereka tahu dan lihat. Ini adalah tertakluk kepada
persepsi dan daya tafsir yang berbeza-beza. Dalam erti kata lain sebarang ungkapan yang
terpancar melalui imej yang diciptakan ialah apa yang dirasai oleh pelukis itu sendiri sebagai
satu ekspresi dalaman yang mempengaruhi ekspresi lukisan yang dilakarnya. Dengan sebab
itulah terdapatnya pelbagai rupa dan corak hasil lukisan dan ini merupakan gagasan yang
diekspresikan oleh seseorang pelukis. Hal ini juga temasuk ketika seorang kaligrafer
menghasilkan seni khat Islami dalam lakaran tulisan seninya.
Tokoh konsep ekspresi visual (Tolstoy), Ekspresi dalam seni menurutnya ialah satu
bentuk komunikasi, seumpama bahasa. Ekspresi dianggap sebagai perhubungan yang rapat
antara perasaan pelukis dengan hasil kerjanya (Collingwood). Pelukis tidak perlu meluahkan
perasaannya untuk khalayak (Chapman, 1985). Ada tiga aspek yang menentukan perbezaan
ekspresi iaitu daya intuisi, persepsi dan konsepsi. Ketiga-tiga aspek ini mempunyai pengertian
yang berlainan dan ada pelbagai faktor pula yang akan membawa kepada perbezaan bentuk
ekspresinya. Konsep ekspresi visual pada sebuah lukisan umpamanya boleh membawa pelbagai
pengertian bergantung kepada si pelukis itu. Sebenarnya terdapat pelbagai pendekatan yang
digunakan oleh manusia bagi tujuan ekspresi, di antaranya ada yang melalui lisan, perasaan dan
emosi, tulisan dan bahasa, penciptaan dan penghasilan pergerakan dan lain sebagainya.
Ciri-ciri kreativiti, estetika dan ekspresi visual adalah bersifat fleksibel kerana
seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan
situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Selain itu, sensitif dan peka individu ini
mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup,
keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria dalam lingkungannya. Kemudian
gagasan/idea yang asli dan tulen seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali
mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan
daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga
tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan
rasa dan perasaannya, da nada kalanya hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza
daripada yang biasa.
Calvin W. Taylor (1915-2000) dalam teorinya Multiple Creative Talent, beliau percaya
bahawa pembentukan bakat perlu sesuai dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Taylor
(1976) membahagikan kreativiti kepada lima peringkat utama iaitu: Pertama kreativiti bersifat
ekspresif. Kedua kreativiti melalui penghasilan. Ketiga kreativiti bersifat inventif. Keempat
kreativiti bersifat inovatif. Dan kelima kreativiti bersifat emergen. Oleh itu, adanya aplikasi
ekspresi yang berlaku dalam karya seni lebih terealisir melalui karya-karya lukisan ekspresionis
4

kerana ianya dihasilkan menerusi cetusan emosi dari seorang pelukisnya (Mohd Johari Ab.
Hamid dan Hamzah Lasa, 2013: 22). Sementara konsep ekspresionis ini dapat dihuraikan
seperti yang didefinisikan sebagai berikut;
A painting movement in which artists typically applied paint rapidly, and with
force to their huge canvases in an effort to show feelings and emotions, painting
gutturally, non-geometrically, sometimes applying paint with large brushes,
sometimes dripping or even throwing it on to canvas. Their work is
characterized by a strong dependence on what appears to be accident and
chance, but which is actually highly planned. Some abstract expressionist
artists were concerned with adopting a peaceful and mystical approach to a
purely abstract image. Usually there was no effort to represent subject matter.
Not all work was abstract, nor was all work expressive, but it was generally
believed that the spontaneity of the artists approach to their work would draw
from and release the creativity of their unconscious minds. The expressive
method of painting was often considered as important as the painting itself.
(Kamus Seni Visual ArtLex, 1992).
Dalam hal ini, kebanyakan karya yang dilandasi dengan ekpresi ini biasanya
menampilkan bentuk seni yang abstrak atau separa abstrak. Karya seni abstrak kebiasaannya
sarat dengan falsafah dan adakalanya mengungkap persoalan spiritual yang kompleks. Pelukis
yang memilih media menghasilkannya pula tidak meletakkan pada satu ketetapan yang rigid.
Penggunaan warna lebih bebas dan pilihan warna pula biasanya mengikut rentak emosi yang
bersesuaian dengan pernyataan sesebuah karya (Mohd Johari Ab. Hamid dan Hamzah Lasa,
2013: 23).
Selain isyarat ekspresi dalam menghasilkan karya, perlu juga dinyatakan konsep
estetika yang diambil dari perkataan Greek iaitu aisthetikos yang merujuk kepada perkara
berkaitan dengan pancaindera atau deria. Estetika sering dikaitkan dengan hasil karya seni, atau
pada sesuatu yang ada nilai seninya. Bagi sebahagian besar kita menyatakan sebagai indah atau
cantik. Dalam bahasa Inggeris disebut beautiful, secara ringkasnya estetik melibatkan
penggunaan semua deria yang dimiliki oleh manusia. Ilmu estetik merupakan sebahagian
daripada ilmu cabang falsafah yang mengutarakan isu- isu berkaitan dengan sifat seni dan nilai
yang terdapat pada hasil seni tersebut. Sebagai contoh, kecantikan merupakan salah satu
daripada kualiti dan nilai yang terdapat pada hasil seni, demikian juga tulisan seni khat Islami
merupakan hasil nilai yang terdapat pada tulisan Arab dengan pelbagai jenis dan coraknya.
Selain itu, dikatakan juga bahawa karya seni khat Islami yang ditulis dalam bentuk
abstrak atau separa abstrak biasanya memiliki makna di sebalik tulisan dan lukisan ayat yang
dilakarkannya, adakalanya mengungkap makna ayat yang dilukiskan dan adakalanya
mengungkap makna lukisan yang ditampakkannya. Hasil karya seni khat Islami dengan disertai
gaya ekspresi pelukisnya adalah ingin menyampaikan nilai estetik yang mereka miliki.
Kaligrafer biasanya memilih ayat-ayat yang akan ditulis dengan warna-warna serasi dan terang
sesuai dengan ayatnya, kontras serta memanipulasikan pelbagai kemahiran yang sukar untuk
dikenal apakah menggunakan kaedah seni khat yang betul atau tidak. Dalam kontek berkarya
penggunaan kaedah dengan ekspresi pelukis menerusi aliran seni ekspresionisme dipilih kerana
bersesuaian dengan falsafah lukisan yang didukung oleh pengkarya gaya tersebut.
Pelopor kumpulan aliran ekspresionis ini bermula di Jerman pada tahun 1911 oleh dua
kumpulan yang bergelar Die Brucke (The Bridge) dan Der Blaue Reiter (The Blue Rider).
Kumpulan-kumpulan ini bukan melukis realiti, akan tetapi lebih menggambarkan reaksi
5

terhadap realiti. Konsepnya ialah mengluahkan perasaan, idea, berfalsafah dan juga melukis
mengikut persepsi pelukis itu sendiri (Mohd Johari Ab. Hamid dan Hamzah Lasa, 2013: 23).
Sebenarnya, dalam penghasilan karya seni ekspresionis atau abstrak ekspresionis,
pelukis cenderung menggambarkan tentang sesuatu kenyataan yang bermakna rakaman realiti
kejujuran rasa dalaman pelukisnya kepada khalayak ramai. Nathan Knobler (1985) (dalam
Zakaria Ali. Terjemahan, hlm. 58.), Seniman menggambarkan apa-apa yang diketahuinya
tentang kenyataan tetapi bukan tentang apa yang dilihatnya. Berdasarkan kenyataan ini
maka lahirnya pelbagai bentuk seni berasaskan ekspresi pelukis secara abstrak. Hanya yang
menjadi kekeliruan kepada sesetengah pengamat seni ialah ketidak fahaman serta kekaburan
dalam menatap sesuatu karya seni ekspresionis yang kompleks itu. Ini kerana hasil seni yang
dijelmakan itu mungkin di luar kebiasaan, menentang arus dan memeningkan (Mohd Johari Ab.
Hamid dan Hamzah Lasa, 2013: 25-26).

Reaksi Ekspresi dalam Tingkahlaku


Islam merupakan agama yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia termasuk bidang
seni. Terdapat tanggapan sesetengah pihak bahawa Islam hanya tertumpu kepada aspek ibadah
semata-mata, maka hal ini perlu di bantah dan diperjelas keadaan sebenarnya oleh para
seniman. Dimana jiwa manusia yang diciptakan oleh Allah SWT bukanlah hanya untuk
beribadat dan beramal semata-mata, sebaliknya cenderung juga kepada perkara-perkara lain
supaya membolehkan mereka meringankan beban dan fikiran mereka selain juga ingin memberi
ruang kepada tubuh badan bagi menjalankan aktiviti kehidupan sehari-hari.
Sebagai hasil seni mulai lahir ketika permulaan Allah SWT mengajarkan Nabi Adam
AS tentang nama-nama benda yang wujud di alam ini. Ini dikaitkan juga dengan kisah Nabi
Daud AS dengan memiliki suara sangat merdu dan perkembangan seni suara ini berlangsung
terus menerus sehingga ke zaman Nabi Muhammad SAW. Selain itu, Allah SWT juga
memberikan isyarat-isyarat tertentu dalam Firman-Nya Q.S. Luqman (31): ayat 27, bermaksud
Seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan
kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya
(dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana. Isyarat
ini dapat di jadikan sebagai aplikasi ekspresi untuk memperkaya keindahan seni dalam Islam
yang telah dipelbagaikan sama ada oleh para kaligrafer mahupun seniman dari masa ke masa.
Sementara seni khat Islami ini merupakan salah satu bidang kesenian yang sungguh
menakjubkan pernah dihasilkan oleh umat Islam yang sering juga disebut seni kaligrafi Islam.
Seni ini berkembang dari satu masa ke masa sehingga ia menjadi begitu terkenal dan sangat
diminati oleh para penggiat seni tulisan dalam masyarakat Islam selain mempengaruhi sikap
dan tingkahlakunya dalam kehidupan dan kebudayaan mereka. Seni ini juga teraplikasi kepada
hasil tulisan yang menggunakan pelbagai gaya dan corak dengan menghasilkan rangkaian
huruf, kalimat dan ayat yang ditulis secara sistematik, indah dan sempurna.
Selain itu, seni khat Islami juga merupakan salah satu aspek seni yang potensial telah
dianugerahkan Allah SWT kepada manusia dan terdapat aktiviti tertentu yang dibolehkan dalam
Islam selagi ianya tidak berlebih-lebihan atau melanggar batasan-batasan aqidah dan syariat
Islam. Apalagi ianya ditambah dengan hiasan khat dalam lukisan yang dihasilkan. Hal ini juga
diinginkan agar seni khat Islami ini dapat dijadikan sebagai kesenian hiburan dalam bentuk

visual yang menyeronokkan, keperluan ini juga dapat menjadi hiburan pelengkap dalam
menyalurkan hasil ciptaan seni visual yang menarik dalam peradaban umat manusia sejagat.
Sementara perinsip aplikasi tingkahlaku dalam kehidupan masyarakat tradisional sering
diamalkan ketika mereka menghasilkan sesuatu karya atau bentuk seni termasuk seni khat
Islami dengan tujuan tertentu seperti untuk bentuk sesuatu perayaan, penulisan, pengukiran
peralatan harian seperti senduk, hulu keris, perabot, rumah, seni bina, dan sebagainya. Mereka
juga sering melibatkan nilai-nilai yang dikongsikan bersama di antara anggota masyarakatnya.
Untuk lebih jelasnya Iberahim Hassan mengugkapkan bahawa:
Tingkahlaku artistik ini pada peringkat asalnya diamalkan untuk tujuan
memenuhi keperluan individu di masa lapang seterusnya berjaya membina
identiti individu tersebut yang terhasil menerusi keunikan kerja tangannya.
Proses tingkahlaku ini terus berkembang yang kemudiannya dilahirkan dalam
bentuk catatan, lakaran, yang mempunyai unsur-unsur tindak balas kepada
sesuatu rangsangan. Ianya juga memiliki bentuk, ada personalize atau berupa
kritikan terhadap dunia persekitarannya. Apabila proses bijak berfikir ini terus
berkembang maka proses membentuk gambaran tanpak terus diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Maka kehidupan itu akan semakin dirasakan
kepuasannya, dipenuhi serta lebih bermakna (Iberahim Hassan, 2008: 93).
Proses terbinanya tingkahlaku artistik ini dapat mengungkapkan perasaan dan emosi
jiwa seorang pelaku seni dan peminatnya dengan memenuhi keperluan individu atau kumpulan
tertentu, dan seterunya berjaya membina identiti mereka tersebut dalam mencipta lakaran seni
yang unik dan menarik dalam pandangan mata. Selain itu, kewujudan tersebut dapat juga
diaplikasikan dengan beberapa kenyataan seperti berikut:
1.

2.

3.

Tingkahlaku artistik dapat membantu penciptaan makna. Hal ini kerana tabie minda
dan cara-cara bekerja secara bijak yang diamalkan oleh seorang seniman itu biasanya
adalah sebahagian daripada proses mencipta makna yang terhasil daripada mod dan
pemikiran visual ekspresinya. Cara inilah seorang seniman akan melahirkan tahap
pemikiran, perasaan dan idea dalam mencipta hasil karya berupa seni yang berharga
mahal dan bernilai tinggi.
Apresiasi bentuk artistik dalam mencari bahan. Langkah ini merupakan cara berfikir,
perasaan dan idea yang terangkum dalam bahan yang indah dipandang (sensuous
materials) dan yang telah diberikan bentuk dan rupa khusus, dihasilkan melalui proses
transformasi bentuk dan bahan sehingga mampu memberikan makna tersendiri. Dalam
hal ini, seniman selalunya banyak cara untuk terus meneliti, mengkaji, dan menerokai
menggunakan alat dan bahan dalam menghasilkan sebuah karya seni sehingga dapat
menghasilkan karya seni yang luar biasa.
Mod artistik melalui pemikiran, perasaan dan idea. Proses menghasilkan seni boleh
berlaku melalui berbagai cara berfikir (Dorn, 1994). Contohnya, kegiatan melukis atau
membuat lakaran adalah suatu proses membuat kajian bagi mendapatkan ilmu dan
pengetahuan atau maklumat. Proses itu juga memerlukan seseorang itu berfikir tentang
sesuatu struktur, bentuk, dan sesuatu lebih halus yang terdapat pada sesuatu objek
sedang diteliti atau dilukis itu. Dengan cara lain, kajian secara spontan dengan bahasa
simbol, bentuk, dan bahan boleh mendorong kepada penerokaan dan dapatan baru
(London, 1994). Ketika menghasilkan sesebuah karya seni, seseorang itu perlu berfikir
secara visual atau spatial. Pelukis itu perlu memiliki ilmu untuk menyelesaikan masalah
visual, menyelesaikan masalah secara visual, membuat masalah secara visual, dan juga

4.

5.

boleh menjana masalah visual. Hal ini adalah merupakan berbagai variasi pemikiran
kreatif (Eisner, 1972; Gablik, 1991).
Simbol pemikiran dalam pelbagai mod ekspresi. Sesungguhnya aktiviti seni
merupakan proses menyamai mod-mod pemikiran dan realisasi ekspresi. Melalui bentuk
verbal dan penulisan sesuatu perasaan itu boleh dilahirkan, umpamanya melalui sajak,
puisi atau persembahan drama yang dibina menerusi beberapa unsur bahasa seperti
perkataan, bunyi, warna, cahaya, suara, bentuk dan aksi (Iberahim Hassan, 2008:
94-96).
Falsafah jasadiah dan ruhiyah dalam ekspresi seni khat Islami. Simbol ini
merupakan realisasi keimanan dan ketakwaan yang dipancarkan oleh seorang kaligrafer
melalui karya seni khat mereka, dengan melakarkan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith
dalam pelbagai bentuk dan coraknya. Hal inilah yang dapat membentuk ketangguhan
pribadi seniman Muslim dalam memperkuat jasadiyah dan ruhiyah mereka dari masa ke
masa.

Demikian pula halnya untuk melatih dan mengembangkan kemahiran menulis seni khat
Islami perlu digalakkan memperkayakan latihan dan penguasaan kaedah-kaedah jenis khat yang
akan dikuasai dan kemudian diaplikasikan serta perlu banyak latihan dalam mencipta kreativiti
seni khat Islami ini.

Realisasi Ekspresi dalam Seni Khat Islami


Seni khat Islami merupakan khazanah Islam yang terus dikembangkan oleh umatnya.
Perkembangan seni khat ini banyak diminati di seluruh pelosok dunia dengan pelbagai
bentuknya sehingga menjadikan umat Islam harus menunjukkan hasil seni yang bernilai tinggi
dan boleh menunjukkan asas budaya dan tamadun mereka. Seni ini disalurkan berdasarkan
perubahan-perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai kerohanian yang ada
dalam ajaran Islam. Oleh kerana itu, kreativiti mengola seni khat Islami ini perlu ada untuk
mempengaruhi asas pengembangan baik aktiviti mahupun kreativiti dan ekspresi dalam
mencipta kesenian bagi umat manusia sejagat.
Gambaran tersebut menjadi isyarat seni khat ini yang perlu tetap dikemukakan
menerusi pelbagai ekspresi lukisan dari pelukisnya untuk melahirkan dimensi dan coraknya
tersendiri agar seni dan budaya Islam ini dapat terus lestari sehingga bila bila masa. Oleh sebab
inilah sehingga terdapat beberapa pandangan yang menarik di kalangan tokoh dan sarjana
Islam terhadap pengkaryaan seni khat Islami ini seperti yang disampaikan oleh Ismail
R. Faruqi, bahawa: Tidak seperti kebudayaan-kebudayaan lain yang mengaitkan keindahan
sebagai kemewahan, nilai intrinstik yang difahami untuk kepentingan sendiri, kesenian Islam
menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung keseluruhan kesahihan Islam itu
sendiri (Ismail R. Faruqi, 1980: 38).
Selain itu ada juga pendapat lain, iaitu Kaligrafi, dia adalah lukisan huruf, posisinya
tidak pernah mandek, bahkan terus berkembang menyusuri waktu. Maka, kita sekarang tidak
lagi menulis khat Kfi primitif yang ditulis orang Arab dulu-dulu. Kita telah terbiasa dengan
tulisan yang telah banyak berkembang melintasi masa-masa Islam yang saling berganti (Kmil
al-Baba, 1983: 18). Kemudian dinyatakan juga oleh Muhammad Saad Haddd dari Mesir
dalam Koleksi Karya Master Kaligrafi Islam Sesungguhnya aku melukis kaligrafi dan tidak
menulisnya.

Pernyataan Philip Bamborough dalam Treasure of Islam, bahawa Seni iluminasi


adalah jembatan antara seni khat dan seni lukis, walaupun berhubungan dengan khat, seni
lukis (di dunia Islam) dianggap seni yang lamban dan kedudukan pelukis tidaklah seranking
dengan kaligrafer. Kemudian dinyatakan juga oleh Celal Esad Arseven dalam al-Lauhat
al-Khattiyah fi al-Fan al-Islami, bahawa Kaligrafi itu seperti lukisan atau musik yang
menuntut kesiapan khusus yang tidak boleh diterima oleh semua orang. Di antara seribu
kaligrafer Turki paling-paling boleh kita sebut sepuluh orang yang memiliki keunggulan dalam
keindahan kaligrafinya. Kemudian beliau menyatakan juga, bahawa Kita dapat memastikan,
bahawa membentuk seorang kaligrafer lebih sukar daripada membentuk seorang pelukis.
Meskipun pelukis telah mencapai tingkat kemampuan, ia takkan sanggup meniru sebuah karya
kaligrafi yang indah apabila belum menguasai kaedah penulisan khat yang benar.
Seni khat Islami yang merupakan hasil karya seni dengan penggabungan seni khat dan
kreativiti seni visual. Keduanya merupakan proses penggabungan pelbagai jenis seni umum
dengan seni Islam. Sokongan ini menjadi bahagian penting yang melengkapkan kesempurnaan
dalam melahirkan karya seni khat Islami, selain peranan para tokoh, seniman, pelukis yang
muncul pada masa dan periode masing-masing. Karya ini menjadi salah satu bidang kesenian
yang sungguh menakjubkan, seni ini tumbuh dan berkembang dari satu masa ke masa sehingga
ia menjadi begitu terkenal dan sangat diminati oleh para penggiat seni tulisan dalam masyarakat
Islam sehingga kini.

Aplikasi Kewujudan Ekspresi dalam Seni Khat Islami


Tulisan Arab terus berkembang dan menyebar ke wilayah-wilayah yang semakin luas, sehingga
berdampak bermunculan pelbagai gaya dan jenis baru yang bermacam ragam. Muhammad
Syukri al-Jabiri meyakini, bahawa seni khat pernah mencapai lebih dari 300 gaya yang dibentuk
pada masa-masa kebesaran kerajaan Islam (Didin Sirojuddin A.R, 1991: 12). Bahkan Didin
Sirojuddin A.R, juga meyakini bahawa akar-akar seni khat telah berpecah menjadi lebih dari
400 aliran (Didin Sirojuddin A.R, 1995: 54). Ibnu al-Nadm menyatakan pula, bahawa terdapat
12 (dua belas) corak tulisan utama dalam seni khat, akan tetapi sangat sukar untuk menemukan
bukti tipologinya.1
Sementara bukti-bukti yang banyak dijumpai untuk memperlihatkan hal tersebut,
adalah berupa tulisan mushaf-mushaf al-Quran, sama ada tertulis di atas papirus, kulit-kulit
binatang mahupun kertas. Ibnu al-Nadm menghuraikan lagi bahawa corak lain dari khat Kfi
dan Naskhi terdapat lagi bentuk lain berupa tulisan setengah (nisf), disebut juga corak
Thuluthain (dua-pertiga) atau sepertiga (Thuluth).
Selain itu, semenjak al-Wazr Abu Ali al-Sadr Muhammad ibnu al-Hasn ibnu
Abdullah ibnu Muqlah, atau lebih dikenal dengan nama Ibnu Muqlah,2 telah mengklasifikasi
1

Kajian tentang tipa (model, jenis, golongan dan lain sebagainya) atau tentang pertalian antara tipa serta
sifat atau perwatakan yang terdapat (pada setiap satu tipa), Kamus Dewan (1989), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 1373. Ibnu al-Nadm dan Bayard Dodge (t.th), The Fihrist of al-Nadm, New
York: Columbia University, hlm. 172.
2
Ibnu Muqlah juga dikenali sebagai Imm Khatttn (Bapak kaligafi), telah memperkenalkan metode
penulisan seni khat Islami yang ulung iaitu al-Khat al-Mansb yang diaplikasikan dalam enam jenis
tulisan khat utama yang dikenali sebagai al-Aqlm al-Sittah atau enam tulisan sekrip yang asal. Lihat
Albertino Gaur (1994), A History of Calligraphy, London: The British Library, hlm. 90-93. Lihat Manja
Mohd. Ludin, et.al (1995), Aspek-aspek Kesenian Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 5-6. Lihat juga Ibnu Muqlah yang dipetik dari Welch. 1979. Arabic Calligraphy (Early Calligraphy
Development)
yang
didapati
melalui
pelayaran
internet
di
alamat
http://islamicart.com/main/calligraphy/early.htm.

enam jenis tulisan seni khat Islami yang berkembang dalam Islam iaitu menjadi Thuluth
() , Naskhi () , Dwni () , Kfi () , Frisi ( ) dan Riqah
(( ) Bayard Dodge [ed. dan terj.], 1970: 11). Proses perkembangan ini selanjutnya
setelah dikembangkan oleh Ibnu Muqlah, kemudian diperindah oleh Ibnu al-Bawwb, dan
menjadi idea pengembangan melalui Yqut al-Mustashimi sehingga menjadi bentuk tulisan
yang sempurna dan mengkagumkan.
Perkembangan tulisan-tulisan khat utama ini selanjutnya dikenali dengan al-Aqlm
al-Sittah ( enam skrip yang asal) iaitu Thuluth, Naskhi, Muhaqqaq, Rayhn, Riqah
dan Tawq (Yasin Hamid Safadi, 1979: 19). Tulisan Thuluth yang statis dan agak monumental,
untuk maksud memberi hiasan dalam pelbagai naskah, inskripsi, buku, surat, warkah, mushaf
al-Quran, manuskrip, dan lain sebagainya. Tokoh-tokoh inilah yang sangat berpengaruh dalam
mengangkat seni ini sehingga seni khat Islami ini amat dikagumi. Bentuk-bentuk seni khat
Islami ini dalam hurainnya yang lebih terperinci adalah seperti berikut:
1.

2.

3.

4.

5.
6.

Khat Kfi iaitu merupakan jenis khat tertua. Seni tulisan ini banyak memiliki sudut dan
siku-siku serta bersegi, mengandungi garis-garis vertikal pendek dan garis horizontal
yang memanjang (Syahruddin, 2004: 29). Tulisan Kfi sering disebut juga dengan
Jazm.
Khat Naskh atau Naskhi iaitu jenis tulisan tangan berbentuk cursif iaitu tulisan
bergerak berpusing (rounded) dan sifatnya mudah serta jelas untuk ditulis dan dibaca
(C. Israr, 1985: 83). Menurut Didin Sirojuddin A.R., kata Naskh diambil daripada
akar kata Nuskhah atau Naskah (Didin Sirojuddin A.R, 1987: 103).
Khat Thuluth iaitu tulisan yang banyak digunakan untuk tujuan hiasan di pelbagai
manuskrip, khususnya dalam pembuatan tajuk-tajuk buku atau sub bab dan nama-nama
tajuk kitab dan buku. Jenis ini juga digunakan sebagai tulisan hiasan pada dindingdinding bangunan dan hiasan dalaman (Muzium Kesenian Malaysia Kuala Lumpur,
(Tarikh, 12hb Jun 2004).
Khat Farisi iaitu jenis khat Ta`liq atau Farisi yang banyak berkembang di Parsi (Iran),
Pakistan, India dan Turki. Perkembangan khat ini bermula dari Parsi pada masa
pemerintahan Dinasti Safavid (1500-1800 M). Menurut sejarahnya, khat Ta`liq berasal
dari tulisan Kfi yang dibawa oleh penguasa-penguasa Arab masa penaklukan Parsi.
Khat Riq`ah iaitu yang disebut juga khat Riq`ie atau Riqa`. Khat ini merupakan jenis
tulisan cepat dan hampir sama dengan cara menulis stenograf.3
Khat Dwni iaitu khat yang berbentuk melingkar-lingkar, condong bersusun-susun,
hurufnya tumpang tindih, lentur dan bebas. Khat Dwni merupakan suatu corak tulisan
Uthmani yang sejajar perkembangannya dengan tulisan Syikasteh Farisi.

Para pakar khat berpendapat, bahawa induk daripada seni khat Islami ini adalah khat
Thuluth dan Naskhi. Sementara orang-orang Parsi terutama kalangan seniman,
mengembangkan sebuah corak lain yang disebut dengan khat Talq (menggantung) yang
sebenarnya merupakan perkembangan lanjut daripada corak Riqah dan Tawq setelah
diubahsuai, lalu dibuat secara teliti dan sungguh-sungguh. Induk tulisan ini berkembang
menjadi pelbagai macam jenis aliran dan corak.
Ada lapan corak aliran seni khat Islami yang lazim digunakan secara umum dalam
dunia Islam sehingga sekarang. Masing-masing jenis ini, walaupun memiliki perbezaan dan
3

Ilmu trengkas. 1989. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 1226.

10

teknik penulisan masing-masing, tetapi masih ada hubungkait antara satu dengan lainnya.
Contoh khat Kfi banyak berpengaruh kepada jenis-jenis khat lainnya seperti Riqah dan
Dwni, bahkan menjadi penyempurna corak ini (Hasan Muarif Ambary, 1998: 172). Adapun
contoh jenis-jenis tulisan tersebut dalam imej adalah seperti berikut:
1
2
3
4
.. 5
6

.
.

..

7.
8
. ..
.. seni khat Islami yang berkembang dan sangat popular di
Beberapa contoh jenis
Negara-negara Islam, karya khattt Fuad Astafn. Tersusun kemas dari atas ke bawah
.
iaitu Khat: 1. Thuluth, 2. Naskhi, 3. Frisi, 4. Rayhni, 5. Riqah, 6. Dwni, 7. Dwni
Jali dan 8. Kfi (Lois al-Malf (t.th), cet ke-20: 185).
..

Selain pelbagai jenis seni khat Islami di atas, seni ini juga terfokus kepada hasil tulisan
yang menggunakan pelbagai gaya dan corak dengan menghasilkan rangkaian huruf, kalimat dan
ayat yang ditulis secara sistematik, indah dan sempurna kemudian dipadukan dengan lukisan
oleh para seniman. Adapun macam-macam jenis seni khat Islami yang sangat popular
penggunaannya sebagai pelengkap hasil karya seni khat lukisan, di antaranya adalah seperti
khat Kfi, khat Nasakh, khat Thuluth, khat Farisi, khat Riq`ah dan khat Dwni. Seni khat
Islami sebagai ekspresi jiwa merupakan bentuk-bentuk anatomi seimbang antara satu idea
dengan kreativiti yang wujud di atas kanvas. Hal ini dapat menggambarkan sifat dan ciri hasil
karya yang telah dilakarkan oleh para senimannya.
Oleh kerana itu, untuk mengenali lebih mendalam bagaimana sifat-sifat seni khat Islami
ini, dapatlah disaksikan dan bahkan boleh dirujuk berdasarkan pandangan umum baik sarjana
mahupun menurut kacamata Islam, seperti dalam gambaran berikut ini:
1.

2.

3.

4.

Seni khat Islami dijadikan sebagai ekspresi akan kecintaan dan keindahan seni Islam.
Keindahan pula lahir dari kejujuran seni, sedangkan sesuatu yang berseni itu hanya
dapat dilahirkan melalui kesabaran dan ketekunan para senimannya.
Seni khat Islami sebagai tanda pengagungan akan Pencipta. Seni yang dapat
mendekatkan diri kepada Allah SWT, maka ciri dan corak seni khat Islami yang telah
dihasilkan oleh para pelukis mahupun kaligrafer biasanya dapat mencerminkan rasa
aqidah, akhlak dan syariat mereka.
Seni khat Islami juga dapat melahirkan hubungan baik antara manusia dengan Allah
SWT, dan dapat menghubungkan keakraban antara sesama manusia dan
persekitarannya. Oleh kerana itu, ciri seni ini nampak seperti bersahabat antara pelukis
dengan peminat seninya.
Seni khat Islami dapat mewujudkan jalinan baik antara etika dan estetika. Maka cara ini
adalah untuk menghidupkan budaya iman ialah dengan menanamkan dalam hati
11

5.

6.

7.

8.

sanubari kepercayaan kepada Allah SWT dengan baik dan bijaksana dalam
menjalankan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya (Sidi Gazalba,
1977: 12).
Seni khat Islami dapat menjadikan segala sesuatu yang buruk boleh menjadi baik
melalui ekspresi kreativiti karya seni indah yang telah dilakarkan di atas segala media
lukisan dan bahan yang telah dipilih.
Keindahan seni khat Islami sebenarnya berdasarkan kepada ciri-ciri tersendiri dan unik
mempunyai kreativiti jasadiyah dan rohaniyah yang berbeza dengan seni lukis bangsa
lain. Selain faktor keindahan, bentuk, dan coraknya yang tetap mengikut selera dan
falsafah hidup seniman yang beragama Islam.
Seni khat Islami sangat erat kaitannya dengan al-Quran dan al-Hadith, kerana ia
merupakan suatu hasil karya yang sering diadaptasikan dari kedua sumber utama agama
Islam tersebut.
Seni khat Islami terdiri daripada pelbagai bentuk dan corak yang terjalin padu dengan
keindahan yang mencakupi lukisan ayat-ayat al-Quran, al-Hadith, dan kata-kata hikmat
yang dapat menambat hati dan perasaan umat manusia di atas muka bumi ini.

Demikianlah beberapa gambaran aplikasi ekspresi seni khat Islami ini yang dapat
terwujud melalui karya-karya seni lukisan berbentuk kreatif dan inovatif. Seni ini terus
berkembang dari satu masa ke masa, sekali gus perlbagai kepentingan dan kegunaannya
masing-masing dalam masyarakat Islam bersama masyarakat lainnya di dunia.

Dapatan, Temuan dan Cadangan


Akhir dari kesemua paparan ini, penulis perlu sampaikan beberapa dapatan atau temuan yang
perlu penulis sampaikan sebagai cadangan untuk memajukan seni khat Islami dalam
penerapannya sebagai karya seni dan lukisan, iaitu:
1.

2.
3.

4.

5.

6.

Melalui persidangan ini, dapat dinyatakan bahawa seni khat Islami ini perlu dipergiat
lagi pengajaran dan pembelajarannya di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta di seluruh
negara, agar dapat diaplikasikan penguasaan pelbagai kaedah seni khat ini mengikut
pengenalan huruf, ejaan, perkataan, tulisan, dan membuat ayat-ayat pendek atau
panjang serta pembuatan karya seni yang kreatif dan inovatif.
Penerapan seni khat Islami perlu sokongan guru dan pelajar di sekolah-sekolah dengan
melihat pertimbangan kepentingan pengajaran dan pembelajarannya semasa.
Pengajaran dan pembelajaran seni khat Islami dan jawi ini, perlu ada sukatan standar
yang disepakati bersama pihak sekolah dan kerajaan untuk menghasilkan
pelajar-pelajar yang berkebolehan dalam mengaplikasikan seni khat ini dalam
kehidupan mereka seharian.
Melalui pebincangan seminar ini, meminta kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk membuat sukatan pelajaran di sekolah-sekolah dalam meningkatkan kemahiran
seni khat Islami ini secara berperingkat-peringkat.
Meminta kepada para pengarang dan penulis-penulis muda untuk lebih meningkatkan
keterampilan mengarang dan menulis seni khat Islami dan jawi yang dipelbagaikan
dalam lukisan di atas semua media dan deria.
Melalui hal tersebut, maka dalam kontek seni khat Islami dan lukisan karya ini agar ada
kerjasama dan persepahaman antara Jabatan Pelajaran Negeri; Jabatan Kebudayaan
Negeri; Jabatan Agama Islam Negeri. Ketiga-tiga badan ini jika bersepakat, tentu dapat
membuat pelbagai kegiatan yang dapat memantapkan lagi penguasaan, pertumbuhan,
dan perkembangan seni khat Islami dan jawi ini di seluruh negara.

Demikianlah beberapa temuan, dapatan dan harapan dalam seni khat Islami ini yang
dapat terealisir melalui karya-karya cantik dan menarik, selain terus berusaha membentuk karya
dengan berdaskan kreativiti dan inovasi semasa dalam mengolah bahan seni. Semoga pengaruh
12

seni ini juga berdampak kepada psikologi, emosi, dan jiwa pengkarya dan peminatnya dalam
menciptakan manusia unggul harapan agama, bangsa, dan negara di masa akan datang.

Penutup
Demikianlah paparan tajuk EKSPRESI SENIMAN DALAM MELUKIS: Kajian Psikologi
Tingkahlaku Terhadap Penulis dan Pelukis Khat Islami, sebagai gambaran yang ingin penulis
kongsikan terutamanya dalam bidang seni khat Islami ini, dan aplikasinya dalam pelbagai hasil
karya seni lukisan, selain juga dimaksudkan agar supaya dapat memberikan gambaran
mendalam antara karya seni khat Islami dengan ekspresi pelukisnya terhadap kerja dan
usahanya dalam menghasilkan produk karya seni.
Sebenarnya ekspresi seorang seniman dalam menghasilkan karya lukisan seni khat
Islami mempunyai nilai estetik tersendiri. Pelukis seni khat Islami ini, biasanya memilih
jenis-jenis seni khat dengan pelbagai elemen warna yang dapat dengan mudah dicerna dan
dipahami maksudnya oleh peminatnya melalui lukisan. Tiada siapa yang dapat
mengkaguminya kecuali yang dapat memahami tulisan dan kontek lukisan berekspresi dengan
menerusi aliran seni ekspresionisme mereka sesuai dengan falsafah dan kemahiran seorang
pelukisnya dalam menghasilkan karya.
Selain itu, ingin mendapatkan titik aras pijakan untuk dijadikan sebagai satu
pembuktian bahawa kewujudan ekspresi seniman dalam menghasilkan seni khat Islami ini
dapat menunjukkan adanya kemajuan dari sisi metode, cara, kreativiti, kreasi, inovasi, bentuk
dan corak dengan mengikut perkembangan semasa. Termasuk juga kerana didorong dengan
adanya dukungan teori dan konsep seni khat Islami yang berlandaskan kepada al-Quran dan alHadith yang sangat berperanan penting dalam kehidupan masyarakat Islam di beberapa negeri
dan negara di dunia.
Paparan ini juga berharap supaya kajian awal dalam perkongsian ini sedikit banyaknya
dapat mendedahkan pengenalan metode kajian yang akan dijalankan oleh penulis-penulis
berikutnya dengan menitik beratkan ekspresi tingkahlaku dari dampak psikologi yang
dilahirkan oleh seorang seniman dalam menghasilkan karya seni. Oleh itu, penulis berharap
sebagai usaha sungguh-sungguh dilakukan untuk melengkapkan penerokaan seni khat Islami
ini di Alam Melayu sehingga ke seluruhan wilayah Nusantara. Kemudian, paparan ini juga
berhadap dapat mengangkat beberapa perbahasan lainnya mengenai dampak dan kesan seni
tersebut terhadap kehidupan sosial masyarakatnya. Hal ini juga, bertujuan untuk menghuraikan
bagaimana pengaruh dan faktor psikologi yang dapat memberikan kesan mendasar terhadap
emosi dan ekspresi seniman dalam menghasilkan karya cantik dan menarik untuk peminatnya.
Semoga pemaparan ini juga dapat menjadi paparan awal penyelidikan yang boleh
mewakili gambaran keseluruhan kajian sehingga ke akhir perbahasan, sekaligus menjadi
penyelidikan berwibawa dan memiliki kedalaman dan ketajaman hasil analisis yang tepat dan
berkualiti terutama mengenai dampak ekspresi seniman dalam menghasilkan karya seni khat
Islami yang berasaskan kaedah penulisannya yang pelbagai dan beragam.

13

Rujukan
Al-Quran al-Karim.
Abdul Ghani Samsudin (2001). Seni dalam Islam. Cet Kedua. Petaling Jaya: Intel Media.
Ahmad Rashidi Hasan (2001). Sejarah seni lukis sepintas lalu. Shah Alam: Karisma
Publication. Sdn. Bhd.
Ahmad Hatta (2009). Tafsir Quran perkata. Jakarta: Magfirah Pustaka.
Aiman Abdul Salam (2002). Mausut al-khat al-Arabi. Oman: Dr al-Amah.
Albertino Gaur (1994). A History of calligraphy. London: The British Library.
Bayard Dodge [ed. dan terj.] (1970). The fihrist of al-Nadm: A Tenth century survey of Muslim
culture. New York: Columbia University Press.
Didin Sirojuddin A.R (1991). Catatan selintas seni kaligrafi Islam, katalog pameran seni rupa
moden. Bandung: Badan Pelaksana Festival Istiqlal.
Didin Sirojuddin A.R (1995). Sekeliling kaligrafi, seni kaligrafi al-Quran dan usaha
pengembangannya di Indonesia. Jakarta: LEMKA UIN Syarif Hidayatullah.
Didin Sirojuddin A.R (1995). al-Quran dan reformasi kaligrafi Arab. Jakarta: LEMKA UIN
Syarif Hidayatullah.
Didin Sirojuddin A.R (1987). Seni kaligrafi Islam. Jakarta: Rosda.
Dorn, C. (1994). Thinking in art. Reston, VA: National Art Education Association.
Eisner, E. (1972). Educating artistic vision. New York: Macmillan.
Faridah Binti Che Husain (2000). Seni kaligrafi Islam di Malaysia sebagai pencetus tamadun
Melayu Islam. (Disertasi Sarjana, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur).
Girling, D. A. (ed.) (1978). Erymans encyclopedia. Vol. 2, Cet. Ketujuh. London: JM. Dent &
Sons Ltd.
Hasan Muarif Ambary (1998). Menemukan peradaban jejak arkeologis dan historis Islam
Indonesia. Jakarta: Logos Wacana Ilmu.
Hashim Bin Musa (1999/2006). Sejarah perkembangan tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Iberahim Hassan (2008). Seni sebagai tingkahlaku artistik dalam menzahirkan makna.
Prosiding Sidang Seni (SINI 08). Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.
Ibnu Khaldun (t.th). Al-Muqaddimah. Beirut: Dr al-Masyrik.
Ilham Khoiri (1999). al-Quran dan kaligrafi Arab. Jakarta: Logos.
Ismail R. Faruqi (1980), Islam and culture. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM).
Israr, C. (1985). Dari teks klasik sampai ke kaligrafi Arab. Jakarta: Yayasan Masagung.
Kmil Baba (1983). Rh al-khat al-Arabi. Cet pertama. Beirut: Dr al-Ilm wa al-Malyin.
Kamus dewan, edisi baru (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairudin Bin Ramli (2007). Seni penulisan al-Quran mushaf Malaysia. (Disertasi, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Lois al-Malf (t.th), cet ke-20, al-Munjd f al-lughh wa al-alm. Beirut: Dr al-Masyrik.
London, P. (1989). No more secondhand art: Awakening the artist within. Boston: Shambhala.
Makmur (2006). Seni kaligrafi Islam Jambi: Satu kajian kes. (Tesis, Alam dan Tamadun
Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor).
Makmur (2011). Sejarah perkembangan seni khat di nusantara: kajian perbandingan di
Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Yayasan Restu (Malaysia) dengan Lembaga dan
Pondok Kaligrafi al-Quran LEMKA (Indonesia). (Tesis, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Manja Mohd. Ludin, et.al (1995). Aspek-aspek kesenian Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohd Johari Ab. Hamid dan Hamzah Lasa (2013). Estetik seni visual. Tanjong Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Mohd Johari Ab. Hamid (2013). Perkembangan penulisan & kritikan seni visual. Tanjong
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Prosiding Sidang Seni (SINI 2008). Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.

14

Tiem Penyusun Kamus PPP Bahasa (1988). Kamus besar bahasa Indonesia. Jakarta: Balai
Pustaka.
Sidi Gazalba (1977), Pandangan Islam tentang kesenian. Kuala Lumpur: Polygraphyc Sdn.
Bhd.
Syaharuddin (1999). Kaligrafi al-Quran dan pelaksanaan pengajarannya di LEMKA fakulti
adab IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta. (Skripsi, Fakulti Tarbiyah STAI al-Hikmah,
Yayasan Pendidikan Islam al-Mahbubiyah Jakarta).
Syaharuddin (2004). Kaligrafi al-Quran dan metodologi pengajarannya. Jakarta: LEMKA UIN
Syarif Hidayatullah.
Van Donzel, E. at.al (1978). The encyclopedia of Islam. Vol. 4. Leiden: E.J. Brill.
Yasin Hamid Safadi (1979). Islamic calligraphy. Colorado: Shambhala.
Welch
(1979).
Arabic
calligraphy
(early
calligraphy
development).
http://www.islamicart.com/main/calligraphy/early.htm.

15

You might also like