Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Bil

Acara
Umumkan ketibaan
VIP
Paluan kompang

Ucapan alu-aluan

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN


KEJOHANAN ... KALI KE-..
Teks
Mengumumkan ketibaan
Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, Ahli Dewan
Undangan Negeri Batang Kali, diiringi oleh
En. Mahmud Bin Karim, Yang Dipertua PIBG SK Batang
Kali, bersama En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum SK Batang Kali, Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG SK
Batang Kali.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan
SK Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.
Yang Berhormat
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali,
Yang Berusaha
En. Mahmud Bin Karim, YDP PIBG SK Batang Kali,
En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK
Batang Kali,
Yang dihormati
Pn. Hamidah Bt Nipah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Batang
Kali,
Pn. Siti Zanariah Bt Jalal, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK
Batang Kali,
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batang Kali,
Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Batang Kali
yang dirahmati Allah sekalian.
Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan SK
Batang Kali kali ke-56. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan
beraksi dalam acara pada hari ini.

Perbarisan lintas
hormat

Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama kita
saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang mengambil
bahagian.

Menjemput VIP
menerima tabik
hormat dari
peserta perbarisan

Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang
Kali untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.

MUZIK PERBARISAN
Perbarisan
Bendera
kejohanan

Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan yang


diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin Bin Azhari. Pembawa bendera
Malaysia ialah adik Mohd Shahrulnizam Bin Osman,pembawa bendera
Selangor ialah adik Mohd Ikhmal Hakimi Bin Anuar dan pembawa bendera
sekolah ialah adik Danial Haiqal Bin Azizul Bahari.
Sementara itu, pembawa bendera kejohanan pula terdiri daripada adik
Sutan Bin Sutan Azril, adik Raphael a/l Dominic, adik Adam Norzailani
Zidan Bin Ismail dan adik Mohd Arif Bin Aris.

Perbarisan Rumah
Biru

Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Biru dengan mottonya Biru


Boleh. Kontinjen ini diketuai oleh adik Izaidiel Syauqi bin Izlan dan
dianggotai seramai 145 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Biru
ialah adik Nurul Anisah bt Hilmi. Ketua bagi kontinjen rumah Biru ialah Pn
Umi Kalsom bt Zainal Abidin.

Perbarisan Rumah
Merah

Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah yang dianggotai seramai


135 orang peserta perbarisan dengan mottonya Lawan Tetap Lawan.
Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Faiq Taqiuddin bin Azhari. Pembawa
sepanduk bagi rumah Merah ialah adik Adibah Nawal bt Mohd
Lokman. Ketua bagi kontinjen rumah Merah ialah Pn. Idayu bt Mustakim.

Perbarisan Rumah
Kuning

Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Kuning yang dianggotai seramai


130 orang peserta perbarisan dengan mottonya Kuning Dipersada.
Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Arif Iqbal bin Shaarani. Pembawa
sepanduk rumah Kuning ialah adik Nurul Asmiza bt Sharkawei. Ketua
kontinjen rumah Kuning ialah Pn. Timah bt Awang.

Perbarisan Rumah
Hijau

Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau dengan mottonya Hijau Sapu


Habis. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Idlan Ikhwan bin Zailan dan
disertai seramai 130 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Hijau
ialah adik Amyla Atiqah bt Zainal Abidin. Ketua kontinjen rumah Hijau
ialah Pn Rohaida bt Md Isa.

Prasekolah

Kontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan pagi ini
adalah merupakan murid-murid Prasekolah yang terdiri daripada Prasekolah
1 seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Pn. Rafiza bt Saad dan
Prasekolah 2 seramai 25 orang murid di bawah bimbinganPn. Siti Hawa bt
Shamsudin.
Parasekolah 1 dan 2 turut dibantu oleh Pn. Zakiah bt Omar dan Pn. Siti
Hawa bt Aziz.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Mat


Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana sudi menerima tabik hormat daripada
kontinjen perbarisan.
Bacaan Doa

Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita


sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Dipersilakan. .
(Bacaan doa)..
Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar
serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Nyanyian Lagu
Negaraku

Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan


seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan
duduk.

Ucapan perasmian

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin


Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke56. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(bunyi dram perasmian)- KOMPANG


Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mat
Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggitinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK
Batang Kali kali ke-56.

Upacara
menaikkan
bendera

Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan. Untuk


itu, dipersilakan 4 orang atlet sekolah untuk menyempurnakan upacara
menaikkan bendera kejohanan.
.. LAGU THE FINAL COUNTDOWN
Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali
ke-56 bagi tahun 2014.

Menjemput
pembawa bendera
mengiringi

Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju


ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan
diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin bin Azhari.

pembaca ikrar

Lafaz ikrar
kejohanan

Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.

Persembahan Silat

Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari ini, marilah
kita sama-sama saksikan Persembahan Silat daripada Pasukan Silat SK
Batang Kali. Pasukan Silat ini terdiri daripada adikMohd Suhael bin
Alpian, adik Mohd Izz Dabiel bin Mohd Izham,adik Mohd Najmirul Aiman
bin Jalaludin, adik Khairul Zharif Haiqal bin Khairul Azhar dan adik
Khairul Zharif Idham bin Khairul Azhar.
Dipersilakan. MUZIK SILAT
Majlis merakamkan terima kasih pada Pasukan Silat SK Batang Kali. Untuk
makluman semua, Pasukan Silat ini dibimbing oleh En. Khairul Afrizal bin
Ahmad.

Perbarisan Keluar
padang

Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang
mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.
MUZIK PERBARISAN
.
Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan
Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Majlis merakamkan terima kasih kepada
peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

Acara Sukan

Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan
Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.
Acara pertama pada hari ini ialah Tarik Tali.
Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing
kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.
Untuk itu majlis menjemput Yang Berhormat Tuan Mat Nadzari bin Ahmad
Dahlan untuk ke tengah padang bagi merasmikan acara pertama.
Dipersilakan.

Penyampaian
hadiah (1)

Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan tuan guru besar, En. Mohamad Akhwan Bin
Jamilmengiringi yang berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad

Dahlanuntuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.


Bagi acara
Pingat emas dimenangi oleh adik..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adikdari rumah.
Pingat gangsa menjadi milik adikdari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlan kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu
tadi.
Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha En.
Mohamad Akhwan Bin Jamil bagi menyampaikan cenderamata kepada Tuan
Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas kesudian merasmikan kejohanan dan
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Akhwan Bin Jamil kerana sudi
menyampaikan cenderamata itu tadi.
Penyampaian
Hadiah(2)

Hadirin dan hadirat sekalian,


Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan kepada
upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
acara ______________________________
Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis
mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.
Bagi acara ...............................
Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..
Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha
Encik.....(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian
hadiah.
Seterusnya dipersilakan .............................. menyampaikan
cenderahati kepada ...................................

Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.


Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan
olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................
Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:
rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali
kali ke-56, jatuh pada: rumah...................................
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Majlis penutupan
kejohanan dan
penyampian
hadiah ketegori
khas(6)

Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 kini tiba ke


penghujungnya.
Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut rumah
masing-masing.
(marching song)
Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang
Kali kali ke-56. Oleh itu, dijemput En. Mohamad Akhwan Bin Jamil, Guru
Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Batang Kali.
Dengan hormatnya dipersilakan.
Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan
Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 pada tahun ini.
.................................................................
Sekarang kita tampilkan En Samsul Fadilah Bin Asmara ke tengah padang
untuk melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai penutup
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Dipersilakan.
Akhir kata dari kami
Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

Contoh 2 teks mc

ACARA
Aluan

SKRIP

Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia


Yang berusaha Encik Aminudin bin Mustafa, Pengetua SMK DJH
Yang Berusaha, Encik Abdul Jamil bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK
DJH
Yang Dihormati En Ahmad Fauzi b Ibrahim, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Encik Mohsin b Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, guru-guru cemerlang, guru-guru dan para pelajar seterusnya
sidang hadirin sekalian.

Perarakan
kontijen

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN SEMUA UNTUK


MENJAYAKAN KEJOHANAN TREK DAN BALAPAN KALI KE 22 SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN DATO JAAFAR HASSAN bagi TAHUN 2013.
Hadirin yang dihormati,
Marilah kita saksikan perarakan masuk kontijen-kontijen rumah sukan yang akan
mengambil bahagian dalam KARNIVAL OLAHRAGA pada kali ini.
(lintas hormat kontinjen)

Lintas
Hormat

(kontinjen dekat dengan VIP)


Majlis menjemput Yang Dihormati En Mohsin B Ibrahim, PK Kokurikulum untuk
mempersila dan mengiringi Yang berusaha En Aminudin bin Mustafa, pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan DatoJaafar Hassan untuk menerima lintas
hormat daripada kontingen-kontingen yang mengambil bahagian. Dipersilakan.
Hadirin sekalian,
Mendahului perarakan ialah pasukan yang tampil dengan warna UNGU iaitu
kontingen dari rumah LAKSAMANA . Kontigen ini di bawah bimbingan
_________________________________ dan diketuai oleh
_____________________________________________________. Dengan motto
BETTER STRIVE THAN NEVER, Rumah Laksamana bertekad untuk merebut
gelaran juara pada tahun ini.
Berikut pula, ialah kontigen dari Rumah Panglima yang mengunakan warna hijau
sebagai simbol perjuangan. Kontigen ini dipimpin oleh
_______________________________________________ dan diketuai oleh
______________________________________________. Motto PANGLIMA
HEBAT diharap dapat menjadi penguat semangat Rumah Panglima untuk terus
mengejar kejayaan dalam kejohanan kali ini.
Seterusnya ialah kontigen dari Rumah Temenggung. Kontigen ini dibimbing oleh

CATATAN

_________________________________________ dan diketuai oleh


______________________________________________. Dengan motto,
KUNING MELANGKAH MEGAH, kita percaya Rumah Temenggung mampu
membuat kejutan dalam kejohanan kali ini.
Berikut pula tampil dengan warna merah hati ialah kontigen dari rumah
Syahbandar. Rumah Syahbandar dipimpin oleh __________________
____________________________________. Kontigen yang diketuai oleh
_________________________________________________ selaku pembawa
bendera ini setia dengan motto BERSAMA MENUJU KEGEMILANGAN.
Merah Berani, itulah kontigen dari rumah Pendekar. Kontigen ini dibimbing oleh
_________________________________________ dan diketuai oleh
______________________________________________. GAGAH BERANI
BERJUANG ialah motto kebanggaan Rumah Pendekar.
Kontigen terakhir dalam perbarisan Karnival Olahraga kali ini ialah kontigen dari
Rumah Bendahara yang menggunakan warna biru sebagai lambang perjuangan.
Kontigen ini mendapat bimbingan daripada
__________________________________________________ dan diketuai oleh
__________________________________________ selaku pembawa bendera.
FIKIRAN POSITIF TERAS KEJAYAAN ialah motto kontigen yang diharap akan
membawa tuah kepada Rumah Bendahara pada tahun ini.

Ikrar
Kejohanan

Selepas semua masuk padang


Hadirin yang dihormati,
Seterusnya, majlis mempersilakan Saudara______________________________
untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan . Dipersilakan
Terima kasih saudara _____________________________________________.
Begitulah tadi sempurnanya acara pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda
komitmen para atlet dalam kejohanan ini.

Ucapan
Perasmian

Hadirin yang dihormati.


Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan perasmian.
Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati Encik Mohsin Bin
Ibrahim, PK Kokurikulum untuk mempersila dan mengiringi Yang Berusaha En
Aminudin bin Mustafa Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Jaafar
Hassan untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan Kejohanan Trek dan
Balapan kali ke 22. Dengan segala hormatnya dipersilakan
(selepas selesai ucapan.)
Sekali lagi majlis mempersilakan Yang dihormati Encik Mohsin Bin Ibrahim, untuk
mengiringi Yang Berusaha En Aminudin bin Mustafa untuk diperkenalkan kepada

kontigen-kontigen yang mengambil bahagian. Dipersilakan


(bertemu dengan kontigen)
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha
Encik En Aminudin bin Mustafa atas kesudian menyampaikan ucapan dan
berkenalan dengan kontigen-kontigen yang mengambil bahagian dalam
karnival olahraga kali ini.

Perarakan
Keluar

Hadirin yang dihormati,


Demikian tadi selesainya upacara perasmian Kejohanan Trek dan Balapan SMK
DJH pada tahun ini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan
majlis perasmian kejohanan ini.
Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk
bergerak keluar meninggalkan arena.
Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang
untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.
ACARA-ACARA SUKAN PERINGKAT SEKOLAH (Rujuk Buku Aturcara)

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN


Hadirin yang dihormati,
Sebentar lagi akan berlangsung acara . Peserta-peserta
yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah
Di lorong yang pertama
Peserta-peserta bagi acara sedia untuk
dilepaskan.
PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara
..
Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan
Encik/Puan/Cik ..
untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
9

(kalau banyak hadiah sebut acara dahulu)


Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh .. dari rumah

Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh . dari


rumah
Dan johan/pemenang pingat emas acara Ialah dari
rumah..
Tahniah kepada para pemenang.
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Encik/Puan/ Cik . atas kesudian
menyampaikan hadiah.

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN DAN


PADANG
SMK DATO JAAFAR HASSAN KALI KE 22.
ACARA
Alu-aluan

SKRIP
Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen
masuk ke padang, dan berada di hadapan pentas utama
untuk acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan
kejohanan.
Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan salam
1 Malaysia
Yang berusaha Encik Aminudin bin Mustafa, Pengetua
SMK DJH
Yang Berusaha, Encik Abdul Jamil bin Abdullah, Penolong
Kanan Pentadbiran, SMK DJH
Yang Dihormati En Ahmad Fauzi b Ibrahim, Penolong
10

CATATAN

kanan Hal Ehwal Murid,


Yang Dihormati Encik Mohsin b Ibrahim, Penolong Kanan
Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, guru-guru cemerlang, guru-guru dan
para pelajar seterusnya sidang hadirin sekalian.
Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan semua
acara sukan pada kejohanan balapan dan padang tahun
ini. Kepada atlet yang berjaya tahniah diucapkan dan
kepada yang tidak berjaya tahun hadapan cuba lagi.
PENYAM- PAIAN
HADIAH &
CENDERAMATA

Para pelajar dan hadirin sekalian,


Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya
pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
En Abdul Jamil bin Abdullah, Penolong Kanan
Pentadbiran SMK DJH, dengan diiringi oleh En. Mohsin
bin Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK DJH
untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.
(JIKA BANYAK KATEGORI BAHAGI KEPADA BEBERAPA
ORANG PENYAMPAI)
Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan
perarakan perbarisan bagi kategori rumah sukan pada
hari ini.
- tempat ketiga disandang oleh pasukan
Rumah__________.
-Seterusnya tempat kedua berjaya jatuh kepada pasukan
Rumah________.
-Dan Johan berjaya disandang oleh pasukan
Rumah___________.
Hadirin sekalian,
-Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang
Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran
Olahragawati Sekolah ialah ____________________________.
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi
acara___________________________________________________
-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun
ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini
11

ialah ____________________.
Beliau telah meraih
pingat__________________________________.
-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan
umumkan secara rasmi kedudukan bagi Rumah-Rumah
Sukan yang telah bertanding.
-Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan
Rumah____________ dengan __________ pingat emas,
______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa .
Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________
untuk menerima hadiah.
-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan
Rumah______ dengan __________ pingat emas, ______
pingat perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan
Ketua Rumah Sukan________________________ untuk
menerima hadiah.
-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan
Balapan dan Padang kali ke 22 jatuh kepada:
Rumah __________________________ dengan __________
pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat
gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
.
- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berusaha, Encik Abdul Jamil B AbdullahTuan Pengetua
atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.
UCAPAN
PERASMIAN
PENUTUPAN

Hadirin dan hadirat sekalian,


Untuk menyempurnakan penutupan kejohanan Balapan dan Padang
pada kali ini, majlis sekali lagi menjemput En Abdul Jamil Bin
Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran SMK DJH untuk memberikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan
Balapan dan Padang SMK Dato Jaafar Hassan Kali ke.22.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih atas ucapan sebentar tadi.
Dengan itu,maka berakhirlah kejohanan Balapan dan Padang kali 22
Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan tahun 2013
.
Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang

12

berjaya. Kepada yang masih gagal teruskan usaha ,jangan putus


asa.
YAKIN BOLEH, ANDA BOLEH DAN SEMEMANGNYA TOK PAQ
BOLEH....INSYAALLAH!!
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH.

13

You might also like