Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Bijih timah adalah salah satu hasil bumi yang kaya di Tanah Melayu dan penggunaanya

sentiasa mendapat permintaan1. Kegiatan atau perusahaan bijih timah merupakan perusahaan
yang tertua dan bahan eksport utama di Tanah Melayu. Sebelum tahun 1820, perlombongan
bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah
mendulang dan melampan. Hasil perlombongan yang diperolehi dibawa keluar melalui jalan
air menggunakan sampan atau perahu. Pada pertengahan kurun ke-19, bijih timah telah
dijumpai di Larut oleh Long Jaafar, pembesar Larut. Dengan ini, Long Jaafar mengambil
inisiatif dengan menjemput masuk pelombong-pelombong dari China. Kemasukan
pelombong-pelombong Cina telah membawa kemajuan dalam perusahaan perlombongan
bijih timah di Larut dan memberi keuntungan kepada Pembesar Long Jaafar2. Pelombongpelombong Cina telah memperkenalkan kaedah lombong dedah dan lombong pam. Kaedah
ini dikatakan lebih selamat dan murah daripada pam kerikil, kapal wap dan sebagainya.
Namun, kaedah ini memerlukan tenaga buruh yang ramai untuk mengendalikannya. Untuk
memenuhi keperluan tenaga buruh, pembesar Long Jaafar telah menjemput masuk ramai
pelombong-pelombong dari China dan secara tidak langsung wujud kongsi gelap di antara
mereka untuk menguasai tempat perlombongan dan berlaku salah faham di antara kongsi
gelap. Akibatnya, berlaku permusuhan tidak puas hati di antara kongsi gelap tersebut iaitu
Gee Hin dan Hai San dan tercetus Perang Larut sebanyak empat kali dari tahun 1861 hingga
1873. Keadaan bertambah teruk apabila kedua belah disokong oleh tiga orang bakal raja
untuk menaiki tahkta negeri Perak. Atas desakan pedagang-pedagang yang ingin menjaga
kepentingan perniagaan mereka, pihak British telah masuk campur dalam urusan negeri
Perak. Dan seterusnya membawa kepada perjanjian Pangkor yang menyebabkan Perak
menerima seorang residen British3. Namun alasan itu hanyalah untuk mengaburi mata Sultan
dan pembesar, yang mana British hanya mahu menguasai hasil kekayaan bumi Perak
terutamanya bijih timah kerana pada waktu itu permintaan bijih timah mendapat permintaan
tinggi akibat daripada revolusi perindustrian di Eropah yang menggunakan bijih timah untuk

1 Cheah Jin Seng, 2009, Perak : 300 Early Postcards: Edition Didier Miller, hlm
162
2 Khoo Kay Kim, 1991, JMRAS : Taiping (Larut) : The Early History of a Mining
Settlement: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, hlm 4
3 Khoo Kay Kim, 1991, JMRAS : Taiping (Larut) : The Early History of a Mining
Settlement: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, hlm 13

tujuan pengetinan makanan. Dengan penerimaan residen British di Perak menandakan


permulaan penguasaan negeri-negeri Melayu oleh British
Di bawah penjajahan British, Perak telah mengalami berbagai perubahan dari segi
sistem pentadbiran, sistem pelajaran, sistem pengangkutan dan berbagai lagi
perubahan.Antara pembangunan yang dijalankan oleh pihak British ialah dari segi sosial dan
ekonomi, perusahaan bijih timah, perusahaan getah, pengangkutan, perhubungan, pendidikan
dan kesihatan.
Di Tapah juga menerima kesan dari perkembangan dari pemerintahan British
terutamanya dari segi perkembangan perusahaan perlombongan bijih timah. Tapah dipilih
daripada kampung-kampung lain kerana kedudukannya yang teristimewa. Ia bukan sahaja
terletak di tebing sungai terbesar daerah ini iaitu Sungai Batang Padang, malah Tapah juga
berada di tengah-tengah kawasan perlombongan bijih timah yang terdapat di mukim Batang
Padang, Chenderiang dan Bidor. Tambahan pula pada masa itu penduduknya seramai 1,800
orang menjadikannya tempat yang teramai sekali penduduk di jajahan ini. Ini kerana sebelum
wujudnya stesen kereta api, sungai merupakan pengangkutan utama yang digunakan untuk
mengangkut hasil bijih timah untuk dibawa keluar ke perlabuhan untuk didagangkan.
Pada pemerintahan British diwujudkan kemudahan pengangkutan bagi mengangkut hasil
perlombongan bijih timah. Landasan kereta api yang pertama dibina di Tapah adalah pada
tanggal 18 Mei 1895 sebuah stesen keretapi telah dibuka iaitu Tapah Road ke Teluk Intan
yang telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith. Satu acara yang
gilang-gemilang telah diadakan sempena perasmian stesen berkenaan. Turut hadir di Majlis
Perasmian itu ialah Frank Swettenham, Residen Perak. Pada peringkat awal kontrak
pembinaan landasan Tapah Road-Teluk Intan telah dibatalkan perancangannya kerana
halangan-halangan bentuk muka bumi di antara kedua-dua tempat berkenaan. Bagaimanapun
dua orang jurutera Perak State Railway iaitu Spence Moss (Jurutera Penasihat Keretapi) dan
Jurutera Tempatan Keretapi T. Scott Gardner telah mengambil inisiatif untuk meneruskan
pembinaannya. Akhirnya pada tahun 1893, jalan keretapi Tapah Road-Teluk Intan telah dapat
disiapkan. Setelah terbinanya landasan keretapi ini telah dapat menghubungkan beberapa
landasan lagi dari Tapah Road. Landasan ke Talam telah siap dibina setahun kemudian iaitu
pada 1896. Sementara landasan Tapah Road ke Tanjong Malim telah dibina pada 1899 dan
Tapah Road-Bidor pada tahun 1902. Landasan Tapah Road-Tanjong Malim telah
menyambungkan jalan-jalan keretapi di Perak ke sempadan negeri Selangor. Pembinaan

jalan-jalan keretapi telah mendekatkan lagi hubungan penduduk-penduduk dari Utara-Selatan


serta menjimatkan masa perjalanan waktu. Di Negeri Perak landasan keretapi yang pertama
di bina pada 1885 iaitu menghubungkan Kuala Sepetang (Port Weld) ke Taiping. Perak State
Railway telah memainkan peranannya dalam membina jalan-jalan keretapi di negeri Perak.
Selepas jalan keretapi Kuala Sepetang Taiping beberapa jalan utama telah dibuka antaranya
Taiping -Kamunting (1890), Kamunting - Ulu Sepetang (1892), - Batu Gajah - Ipoh (1893),
Kota Baharu - Batu Gajah (1894) dan sebagainya. Perhubungan ini telah meningkatkan lagi
kegiatan ekonomi, sosial dan kebudayaan serta menyumbang kepada perkembangan,
pertanian dan pembangunan di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Kewujudan
jalan keretapi ini telah membuka peluang ekonomi yang besar kepada penduduk tempatan di
kawasan Tapah serta Tapah Road. Kesannya membawa kepada pembukaan pekan Tapah
Road.
Sejarah Kampung Baru Batu 4 dikatakan berkait rapat dengan perusahaan
perlombongan bijih timah yang dijalankan di sekitar Tapah yang mana hasil bijih timah
dibawa keluar menggunakan sungai tersebut. Namun menurut sejarah Kampung Baru Batu 4
mengatakan bahawa kampung tersebut dibuka pada tahun 1890 oleh seorang Panglima Perak
yang bernama Kanda Hassan bersama dengan pengikut-pengikutnya. Beliau telah menyusuri
Sungai Batang Padang dan singgah di tebing sungai lalu membuka sebuah perkampungan di
situ. Pada awal pembukaannya, kampung ini tidak mempunyai ramai penduduk yang
menetap, Cumalah keluarga Kanda Hassan dan pengikutnya sahaja. Kapasiti penduduk
kampung ini meningkat semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang membawa kepada
kemasukkan orang-orang luar yang melarikan diri daripada kekejaman tentera Jepun yang
membawa kepada penetapan secara tetap di kampung tersebut4. Kenyataan ini dikuatkan lagi
melalui temubual dari ketua kampung Kampung Baru Batu 4, Abd Hamed B. Che Tak, 62
tahun yang juga merupakan anak jati kampung Baru Batu 4, mengatakan bahawa sebelum
tertubuhnya kampung ini, kampung ini dahulunya adalah berasal dari bekas tapak
perlombongan yang telah lama dijalankan semasa zaman British lagi5.
Menurutnya lagi, selepas perusahaan perlombongan bijih timah merosot dan tidak lagi dapat
diusahakan, maka kegiatan pertanian pula yang mengambil alih kegiatan ekonomi penduduk
4 Folio Kampung Baru Batu 4, Tapah Road, Tapah, Perak
5 Abd Hamed b Che Tak, 62, Ketua Kampung Baru Batu 4, Tapah Road, Tapah,
Perak

Kampung Baru Batu 4. Kegiatan pertanian yang diusahakan adalah seperti getah dan kelapa
sawit yang mana pada waktu itu, perusahaan getah mendapat permintaan tinggi di pasaran
dunia yang mana bertujuan untuk dijadikan sebagai tayar kenderaan dan Tanah Melayu pada
waktu itu merupakan pengeksport utama getah dunia. Dengan adanya penanaman getah
dalam Kampung Baru Batu 4 ini, maka pelbagai jenis masyarakat telah mendiami kawasan
ini iaitu kaum Melayu, India dan Cina. Keadaan masyarakat majmuk ini dapat dilihat
sehingga sekarang berdasarkan tempat-tempat ibadat yang ada dikawasan ini. Dalam
Kampung Baru Batu 4 ini didapati terdapat dua orang yang mengusahakan tanaman getah.
Keluasan tanaman terhadap pokok getah ini aadalah sebanyak empat hektar. Pembukaan
kilang getah juga turut dibuat bagi memudahkan ekonomi penduduk kawasan ini disamping
menambahkan hasil kampung. Premis niaga juga turut didapati dalam kegiatan ekonomi di
Kampung Baru Batu 4 ini. Dalam kegiatan getah contohnya, premis niaga untuk getah adalah
dengan mempunyai kilang pengeluaran getah (MARDEC).

You might also like