Faktor Sosial Di Tapah Road

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Faktor sosial di Tapah Road

Kemudahan masyarakat/kemudahan awam


Dari aspek keagamaan dapat dilihat di sekitar kampung Baharu Batu 4 ialah daripada
segi penyediaan masjid. Terdapat banyak masjid di sekitar kawasan kampung tersebut yang
terletak di Tapah antaranya ialah Masjid Jamek Tapah (Masjid daerah), 35000 Tapah, Masjid
Jamek Batu Tiga, Jalan Pahang, Masjid Jamek Tapah Road, Jalan Besar, 35400 Tapah Road,
Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Batu Melintang 35000 Tapah, Masjid Jamek Banir 35400
Tapah Road. Kebanyakan masjid-masjid tersebut berdekat dengan kampung baharu batu 4
dan dapat memudahkan penduduk kampung yang majoritinya beragama Islam menunaikan
kewajipan. Terdapat 2 buah surau di kampung tersebut yang sedang dinaik taraf. Hal ini
demikian kerana untuk lebih memberi keselesaan kepada penduduk kampung untuk bersolat.
Rumah ibadat yang tiada di sekitar kawasan tersebut ialah Tokong Cina, Gereja, Kuil Hindu,
Wat Siam.
Bilangan keperluan asas yang sedang dibina baru termasklah perpustakaan/pusat
sumber, pusat ICT/pusat komputer, bilik gerakan, balai/pondok polis, lot permainan kanakkanak, padang bola, gelanggang permainan/kompleks sukan, dan lampun jalan yang sedang
dibina baru sebanyak 5 daripada 12 buah yang sedia ada, telefon awam sebanyak 4 bilangan
keperluan yang sedang dibina yang baru serta kemudahan kitar semula dalam proses
pembinaan baru. Manakala dewan orang ramai sedang di naik taraf. Hentian bas sedang
dibaik pulih daripada sedia ada sebanyak 4 buah dan tanah perkuburan sedang di baik pulih
daripada sedia ada sebanyak 1 buah.
Selain itu terdapat juga kemudahan masyarakat yang disediakan berdekatan kampung
tersebut antaranya ialah balai raya yang sedang di naik taraf, Pejabat Pos Tapah, Kedai
Tenaga, TM Point, Stesen Bas Tapah, Stesen KTMB Tapah Road, Perhentian Teksi Tapah,
Pasar Awam Tapah, Mini Stadium Tapah, Padang Majlis Daerah Tapah, Gelanggang Futsal
DUN Ayer Kuning, Gelanggang Tenis Majlis Daerah Tapah,Taman Malaysia.

Rumah/pusat jagaan
Keperluan di sekitar kawasan ini ialah rumah warga emas, rumah orang kurang
upaya(OKU) dan anak yatim. Kesemua rumah atau pusat jagaan dalam proses pembinaan
yang baru berdasarkan keperluan setempat.

Khidmat kutipan sampah


Khidmat kutipan sampah dari rumah ke rumah, atau berpusat(diurus jawatankuasa
pembangunan atau ketua komuniti) masih tiada. Khidmat kutipan sampah hanya
berpusat(diurus jabatan kerajaan) yang berada dalam tahap kepuasan yang kurang baik.

Sistem perhubungan dan pengangkutan


Khidmat pengangkutan awam berdekatan kampung baharu batu 4 termasuklah
teksi/van, Rel(kereta api, kerta api laju), bas awam. Teksi dan kerata api berada dalam tahap
kepuasan yang baik cuma bas awam berada dalam kepuasan yang kurang baik kerana
beberapa faktor dan kesulitan dalam kesilapan teknikal. Menurut responden lokasi Tapah
terletak di tepi jalan persekutuan di antara Kuala Lumpur dan Ipoh.1 Terdapat simpang ke
Pekan (Tapah Road) di sebelah kiri dan ia boleh sampai ke bandar Teluk Intan. Katanya lagi
sungai yang mengalir di pinggirnya ialah Sungai Batang Padang.2 Tapah juga ada susur masuk
ke Lebuhraya Utara-Selatan melalui Jalan Pahang yang juga menjadi jalan utama ke Cameron
Highlands. Di Lebuh Raya Utara Selatan, terdapat satu Perhentian Rehat & Rawat yang
terbesar di sepanjang Lebuhraya PLUS. Tapah juga mempunyai jalan perhubungan ke bandar
Teluk Intan dan jalan ke Kampar melalui Jalan Persekutuan bagi pengguna lebuhraya dari
Kuala Lumpur.
Keretapi merupakan cara pengangkutan moden yang pertama di Semenanjung Tanah
Melayu. Jalan-jalan keretapi telah dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah
dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport. Jalan keretapi yang pertama di
1 Hambali bin Zainuddin, 30, Hospital Tapah
2 Abdul Hamed bin Che Tak, 62, Lot 2497, Kg Tersusun Batu 4, 35400 Tapah
Road, Perak

Semenanjung Tanah Melayu telah dibina pada tahun 1855 oleh Sir Hugh Low bagi
menghubungkan Taiping dengan Port-Weld. Jalan keretapi sepanjang 12.8 kilometer ini
dibuka kepada lalulintas pada bulan Jun 1885. Beberapa lagi jalan keretapi telah dibina oleh
British di Perak.
Jalan keretapi di antara Tapah dengan Teluk Anson telah dibina pada tahun 1893
manakala di antara Tapah dengan Ipoh pada tahun 1895. Sir Frank Swettenham telah
membina beberapa jalan keretapi di Selangor. Jalan keretapi yang pertama telah dibina antara
Kuala Lumpur dengan Bukit Kuda pada tahun 1886. Menjelang tahun 1889 jalan keretapi ini
dipanjangkan ke Port Swettenham. Pada tahun-tahun 1892 dan 1893 British telah membina
jalan-jalan keretapi yang pendek bagi menghubungkan Kuala Lumpur dengan kawasankawasan perlombongan bijih timah di Rawang, Kuala Kubu dan Sungai Besi.
Tapah Road merupakan pekan yang mempunyai nama besar dalam perkembangan
jaringan landasan keretapi negara kita. Menurut responden yang ditemubual Hal ini adalah
kerana stesen keretapi Tapah Road merupakan salah satu stesen keretapi yang tertua di negara
kita. Ia dibuka pada 18 Mei 1893, menghubungkan Tapah Road dengan Teluk Intan dan
dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat Sir Cecil Clementi Smith. Stesen keretapi lama Tapah
Road yang klasik.
Selain itu responden juga menyatakan bahawa penduduk kampung sering
menggunakan laluan jalan dari Tapah untuk ke Teluk Intan jadi secara tidak langsung saya
akan melalui pekan Tapah Road. Suatu ketika dahulu, sekiranya kena pada waktunya,
pengguna-pengguna jalan raya perlu memberhentikan kenderaan mereka kerana keretapi lalu.
Bunyi loceng penggera dari pintu pagar yang ditutup bagi menghalang laluan jalan raya masih
terngiang-ngiang di telinga penduduk kampung. Namun kini semuanya itu sudah tiada kerana
pembinaan landasan berkembar. Kini jejambat baru dan besar telah menggantikan pagar
laluan jalan raya dan landasan keretapi itu. Menurut penduduk kampung, Tapah Road pekan
yang sunyi namun hidup dengan kehidupan penduduknya. Penduduk melaluinya ketika hari
sudah lewat petang. Keadaannya sunyi seperti dahulu. Sebelum pembinaan landasan
berkembar, penduduk kampung juga pasti akan melalui pekan ini dan melintas setesen
keretapinya yang klasik.
Namun kini jalan utama telah dialihkan. Jika penduduk ingin pergi ke pekan Tapah
Road maka mereka perlu membelok masuk ke jalan lamanya. Tapah Road tetap unggul
mengekalkan konsep pekan koboi dan klasiknya. Rumah-rumah kedainya diperbuat dari batu

dan kayu. Cuma apa yang menyedihkan ialah stesen keretapinya sudah berubah menjadi
moden. Namun bangunan stesen asal masih dikekalkan. Mungkin sebagai tatapan sejarah
untuk generasi kini.
Stesen keretapi baru dan moden Tapah Road sebelum ini terdapat sebuah jambatan
kereta api lama menjadi tinggalan sejarah di Stesen Kereta Api Tapah Road. Jambatan ini
pernah rosak teruk akibat dibom oleh tentera Jepun yang menyerang Tanah Melayu pada
tahun 1941. Kini, serpihan jambatan itu sudah tidak ada lagi di stesen kereta api berkenaan
kerana telah dipindahkan ke Taiping untuk dipamerkan. Dahulu jika kita melintasi landasan
keretapi dalam perjalanan ke Teluk Intan pasti kita akan dapat melihat jambatan ini. Binaan
lamanya begitu unik untuk saya ceritakan. Namun itulah harga yang perlu kita jual bagi
sesuatu yang bernama kemodenan. Responden menyatakan bahawa banyak tinggalan
bangunan lama di Tapah Road selain dari stesen keretapinya. Masih lagi kita boleh
menjumpai kuarters-kuarter lama pekerja KTMB yang masih diduduki. Bangunan kayu ini
tetap teguh dimamah masa dan menjadi saksi utama perkembangan Tapah Road. Namun
responden tidak pasti berapa lama bangunan

ini mampu bertahan mendepanai cabaran

kemodenan yang kian membadai.


Di samping itu, kuarters lama masih boleh dilihat di Tapah Road di mana ada sebuah
pejabat pos juga masih boleh dilihat di Tapah Road. Tidak ada pejabat-pejabat kerajaan yang
utama di Tapah Road. Sebuah balai polis untuk menjaga ketenteraman juga terdapat di Tapah
Road. Penduduk tempatan kebanyakannya terdiri dari orang-orang Malayu. Walaupun
kedudukannya berdekatan dengan pekan Tapah, namun Tapah Road terus dengan
kehidupannya yang tersendiri. Kedai-kedainya tetap meriah walaupun sunyi di petang hari.
Pada setiap malam Jumaat setiap minggu diadakan pasar malam
Namun kini, penduduk - penduduk Tapah Road sudah boleh bangga dengan kemajuan
yang semakin membangun di pekan mereka. Pembinaan UiTM kampus Tapah dan kewujudan
Penjara Tapah telah merubah sistem kemasyarakatan pekan ini. Jika dahulu, hanya penduduk
tempatan yang mendominasi Tapah Road, kini mereka sudah mula berinteraksi dan menerima
pemastautin-pemastautin dari tempat-tempat lain di Tapah Road.
Kewujudan kilang-kilang baru juga menyebabkan kedatangan gerombolan warga
asing khususnya warga Indonesia yang semakin ramai. Responden juga melihat perubahan
ini sebagai sesuatu yang lumrah. Inilah nikmat kemodenan yang tidak dapat kita lari darinya.
Walaupun sekuat manapun kita mempertahankan sistem lama, sudah pasti sampai suatu saat

dan ketikanya k terpaksa beralah dan membiarkan diri k terus hanyut bersama kemodenan.
Responden menyatakan bahawa sistem sosial di tempatnya telah mengalami perubahan yang
memberi kesan terhadap sosioekonomi penduduk setempat.
Menurut data yang diberitahu oleh responden Jalan Pahang merupakan jalan protokol
bagi Bandar Tapah, jalan ini digazetkan sebagai Jalan Persekutuan pada tahun 1989. Sebuah
tugu peringatan tarikh gazet telah dibina dihadapan Pejabat Pos Tapah dimana bermulanya
jalan ini. Di sepanjang jalan ini menghala ke Cameron Highlands, terdapat perkampungan
Orang Asli puak Semai. Di Batu Tujuh terdapat sebuah Taman Caravan Kuala Woh yang
merupakan antara hutan lipur yang paling indah di Perak, sebelum persimpangan masuk ke
Kuala Woh, terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh yang
merupakan sekolah orang asli terbesar di Perak.
Selain itu, Batu 14 juga menawarkan sebuah lagi pusat pelancongan menarik iaitu Lata
Iskandar. Pelbagai hasil hutan seperti Tongkat Ali,Kacip Fatimah,Orkid Hutan serta kraf
tangan Orang Asli seperti Sumpit ada dijual sepanjang jalan ini. Di akhir jalan ini di Cameron
Highlands, terdapat persimpangan untuk ke Simpang Pulai berhampiran dengan Bandar Ipoh
serta ke Gua Musang, Kelantan.

Wabak penyakit
Maklumat yang tentera dalam profil Kampung Baru Batu 4, Tapah Road mengenai
wabak penyakit yang direkodkan termasuklah penyakit Denggi, Malaria, Kepialu, Taun,
Tangan, Kukudan Mulut dan sebagainya.

Kualiti alam sekitar


Menurut data dalam profil Kampung Baru Batu 4 terdapat pencemaran alam sekitar yang
berlaku di kawasan tersebut antaranya ialah pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran
bunyi. Hal ini kerana terdapatnya kilang-kilang getah dan sawit yang menyebabkan kesan
kepada pencemaran kualiti alam sekitar. Aktiviti-aktiviti perkilangan memberi impak yang
negatif kepada alam sekitar dan penduduk setempat. Asap kilang sememangnya menjejaskan
kepada kualiti pengudaraan. Aktiviti perkilangan juga turut menjadi faktor penolak daripada

pencemaran bunyi dari kilang tersebut. Kawasan banjir(Kilat) juga dilapor dan dicatatkan
dalam profil Kampung Baru Batu 4 yang berlaku seluas 0.25 hektar.

Isu dan masalah sosial


Masalah sosial dan jenayah di kawasan ini berada dalam keadaan yang memuaskan
dan stabil. Kes jenayah yang dilaporkan sebanyak 4 kes sahaja. Kes dadah yang dilaporkan
ialah 0 dan bilangan pasangan yang bercerai juga yang dilaporkan adalah 0. Hal ini
menunjukkan bahawa kawasan kampung ini masih terjamin daripada anasir-anasir atau
pengaruh daripada jenyah di luar kawasan tersebut.

Faktor pendidikan
Pusat

pendidikan

di

kampung

ini

terbahagi

kepada

iaitu

antaranya,

Tadika(prasekolah), sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, pondok atau tahfiz,
pusat tuisyen, kolej atau pusat kemahiran, dan universiti. Berikut merupakan senarai-senarai
sekolah yang dinyatakan oleh responden. Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil,
Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tapah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tapah, Sekolah Menengah Sains Tapah, Sekolah Kebangsaan
(1), Sekolah Kebangsaan Tapah, Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Sekolah Kebangsaan
Toh Tan Dewa Sakti, Sekolah Kebangsaan Pendita Zaaba, Sekolah Kebangsaan Kampong
Pahang, Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh, Sekolah Kebangsaan Batu Empat Belas, Sekolah
Jenis Kebangsaan (C) Kheung Hwa, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Tapah, Maahad Tahfiz alQuran wal-Qiraat ADDIN-4
Murid-murid atau pelajar di sekolah ini merupakan anak-anak kepada pekerja kelapa
sawit dan getah umumnya. Bilangan sekolah di daerah ini cukup untuk menampung muridmurid yang tinggal di kawasan tersebut. Dengan wujudnya sekolah-sekolah di kawasan
tersebut, hal ini secara tidak langsung dapat memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat
yang mencebui dalam profesion perguraan untuk memenuhi jawatan sebagai pendidik di
kawasan itu.

Pembinaan Institut Pengajian Tinggi (UITM KAMPUS TAPAH)


UiTM (Perak) Kampus Tapah UiTM (Perak) Kampus Tapah bagi Fasa Pertama telah
mula beroperasi pada 1 Disember 2010. Pembinaan Uitm Kampus Tapah ini adalalah
bertujuan untuk menampung bilangan pelajar di UiTM lain khusunya Uitm Kampus Seri
Iskandar. Dengan wujudnya institusi ini, telah banyak impak kepada penduduk setempat.
Antara kesannya telah mengalami pertambahan penduduk. Telah berlakunya
pertambahan penduduk kerana kemasukan pelajar-pelajar ke universiti tersebut. Tambahan
lagi berlaku pertambahan penduduk kerana terbukanya peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat termasuk penduduk kampung baharu batu 4 mahupun penduduk luar yang menjawat
sebagai pensyarah, pentadbir ataupun staf yang menguruskan kelancaran sistem pendidikan di
UiTM Tapah.
Peluang pekerjaan dan peningkatan ekonomi kepada kerajaan, swasta mahupun
penduduk setempat. Dengan terdirinya Kampus Uitm, secara tidak langsung pembukaan tanah
berlaku serta pembinaan taman perumahan. Antaranya ialah Highland Park, Taman Anson,
Taman Melor, Taman Tapah, Taman Tapah 2, Taman Bunga Raya, Taman Tapah Indah 1&2,
Taman Orkid, Taman Sri Damai, Taman Tapah Jaya, Taman Bukit Indah, Taman Bukit Hijau,
Taman Kenari, Taman Kuning Mas, Taman Bukit Perdana. Dengan pembukaan taman-taman
perumahan ini, dapat mendatangkan hasil kepada pemaju melalui kutipan duit sewa yang
didiami oleh pensyarah UiTM mahupun pekerja asing yang bekerja di kilang sawit ataupun
getah.3 Selain itu juga, di hadapan kampus UiTM juga terdapat beberapa penambahan kedai
atau gerai makanan untuk kemudahan penuntut UiTM mahupun penduduk setempat. Hal ini
jelas telah memberi ruang dan peluang khususnya kepada penduduk setempat dalam mencari
sumber pendapatan.
Dari aspek kesan pertambahan penduduk di kawasan ini dapat dilihat kepada masalah
sosial yang berlaku di kampung atau kawasan tersebut. Menurut responden kadar jenayah
masih dalam keadaan yang stabil seperti sediakala Cuma yang mengalami perubahan dalam
masalah pergaulan bebas atau salahlaku yang dilakukan oleh segelintir remaja( pelajar UiTM)

3 Abdul Hamed bin Che Tak, 62, Lot 2497, Kg Tersusun Batu 4, 35400 Tapah
Road, Perak

dalam masalah hubungan yang terlarang.4 Ada beberapa kes yang dilaporkan berdasarkan
penangkapan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak.

Capaian/Akses liputan
Antara capaian akses liputan termasuklah internet, telefon bimbit, siaran televisyen,
siaran radio, televisyen satelit. Tahap kepuasan berada dalam kualitu yang baik dan
memberangsangkan. Kemudahan untuk mengakses dan mendapatkan sesuatu maklumat
berada dalam keadaan yang sederhana bagi kawasan ini.

4 Mohd Fadzil bin Ismail,40, biro belia kampung baharu batu 4

You might also like