Analysis SHE101

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KEPUTUSAN & PERBINCANGAN

Analisis Borang Soal Selidik


Berdasarkan borang soal selidik yang kami telah kami lakukan melalui goggle doc,
seramai 82 orang pelajar Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan sebagai responden,
kami telah mendapatkan beberapa maklumat penting yang boleh dijadikan rujukan untuk
menyiapkan tugasan kami. Borang soal selidik ini berkaitan dengan perbandingan antara
permainan moden dengan permainan tradisional di Malaysia. Di bawah ini merupakan
maklumat-maklumat umum responden yang telah menyertai kajian kami. Maklumatmaklumat tersebut telah kami kumpul dan telah dianalisa seperti di bawah.
Kumpulan kami telah menyediakan 11 soalan dalam borang soal selidik ini. Kami
telah menganalisis setiap soalan yang telah dijawab oleh responden. Berikut merupakan
analisis yang telah kami kaji:
1. Adakah awak masih bermain permainan tradisional?

Adakah awak masih bermain permainan tradisional?

Tidak; 39%

Ya; 61%

Berdasarkan data yang diperoleh, 61% menyatakan bahawa mereka masih bermain
permainan tradisional, manakala 39% yang lain menyatakan bahawa mereka tidak. Hal ini
mungkin kerana segelintir daripada mereka tidak didedahkan kepada permainan tradisional.

2. Dengan siapakah anda selalu bermain?

Dengan siapakah anda selalu bermain?


Sendiri; 7%Other; 2%

Kawan; 54%
Ahli keluarga; 37%

Menurut soal selidik, 54% menyatakan bahawa mereka selalu bermain permainan
tradisional dengan rakan mereka, 37% bersama ahli keluarga, 7% secara bersendirian dan 2%
dengan golongan lain. Hal ini demikian mungkin kerana mereka mahukan teman sebaya
semasa bermain permainan tersebut, dan segelintir lebih suka bermain dengan ahli keluarga
mereka.
3. Apakah permainan tradisional yang anda mahir?
Menurut kajian, antara permainan tradisional yang mahir oleh responden ialah gasing,
layang-layang, wau bulan, congkak, teng-teng, galah panjang, guli, batu seremban, lompat
getah, conda-condi dan dam haji.
4. Berapa lamakah anda bermain permainan online/offline setiap hari?

Berapa lamakah anda bermain permainan online/offline setiap hari?


Lebih dari 3 jam; 13%
3 jam; 5%
2 jam; 11%

1 jam; 21%

Kurang dari 1 jam; 50%

Menurut respon dari pelajar USM Kampus Kejuruteraan, 50% menyatakan bahawa
mereka menghabiskan kurang dari 1 jam bermain permainan online/offline, 21% 1 jam, 13%
lebih dari 3 jam, 11% 2 jam dan 5% 3 jam. Ini mungkin kerana responden masih pelajar dan
mereka banyak meluangkan masa dalam pelajaran lebih dari bermain permainan tersebut.
Pada masa yang sama, ada juga pelajar yang meluangkan masa lebih dari 1 jam. Ini mungkin
kerana mereka menjadikan permainan tersebut sebagai hobi mereka semasa masa lapang.
5. Apakah medium yang anda gunakan untuk menghubungi kawan anda?

Apakah medium yang anda gunakan untuk menghubungi kawan anda?


Other; 9%
Panggilan video; 5%

Bertemu; 28%

Melalui telefon; 58%

58% responden
menggunakan telefon sebagai medium untuk komunikasi, 28% bertemu, 5% panggilan video
dan 9% lain-lain. Ini mungkin kerana kawan mereka berada di tempat lain dan telefon
memudahkan urusan mereka. Selain itu, segelintir suka bertemu untuk berkomunikasi kerana
mereka rasa cara tersebut lebih selamat.
6. Adakah anda masih ingat nombor telefor kawan anda tanpa rujuk kepada telefon?

Adakah anda masih ingat nombor telefor kawan anda tanpa rujuk kepada telefon?
Ya; 22%

Tidak; 78%

78% responden menyatakan bahawa mereka tidak dapat ingat nombor telefon rakan
mereka tanpa merujuk telefon manakala hanya 22% menyatakan bahawa mereka dapat ingat.

Ini membuktikan bahawa golongan pelajar kebanyakan bergantung kepada telefon mereka
dan sekiranya tiada telefon, kebanyakan mereka tidak dapat menghubungi rakan mereka.

7. Adakah anda memilih untuk permainan moden atau permainan tradisional semasa
masa lapang anda?

Adakah anda memilih untuk permainan moden atau permainan tradisional semasa masa lapang anda?

Permainan tradisional (gasing,congkak, batu seremban dll.); 22%


Permainan moden (permainan komputer, permainan telefon pintar dll.); 78%

Menurut soal selidik, 78% responden lebih suka permaina moden manakala 22%
permainan tradisional. Ini kerana mereka labih suka duduk di satu tempat dan meluangkan
masa lapang mereka. Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa permainan moden lebih
menarik kerana ia mempunyai variasi dan terdapat banyak permainan yang boleh dimain dan
tidak banyak memerlukan kemahiran. Di samping itu, ada juga yanga menyatakan bahawa
permainan moden merupakan trend zaman moden ini dan permainan tradisional ketinggalan
zaman.
8. Pernahkah anda bayar untuk bermain permainan moden?

Pernahkah anda bayar untuk bermain permainan moden?


Ya; 35%

Tidak; 65%

Menurut reponden, 65% tidak membuat sebarang bayaran untuk bermainan


permainan yang dikategorikan sebagai permainan moden, manakal 35% bayar. Bayaran
dibuat untuk bermainan, atau untuk membeli barangan yang diperlukan dalam permainan
tersebut.
9. Anda pernah bermain permainan online/offline semasa

Anda pernah bermain permainan online/offline semasa


Other; 3%

kelas kuliah; 24%

masa lapang; 45%


bersama ahli keluarga/kawan-kawan; 23%
pergi ke tandas; 5%

45% responden bermain permainan online/offline semasa masa lapang, 24% semasa
kelas kuliah, 23% semasa bersama ahli keluarga atau kawan-kawan, 5% semasa pergi ke
tandas dan 3% pada lain-lain masa. Ini mungkin disebabkan mereka tiada alternatif lain
semasa masa lapang ataupun kerana mereka ketagih kepada permainan tersebut. \
10. Adakah awak setuju permainan moden memberi impak negatif terhadap permainan
tradisional?

Adakah awak setuju permainan moden memberi impak negatif terhadap permainan tradisional?
Tidak; 28%

Ya; 72%

72% responden menyatakan bahawa permainan moden memberikan impak negatif


terhadap permainan tradisional dimana permainan moden menyebabkan permainan
tradisional mula dilupakan manakala 28% yang lain tidak setuju.
11. Adakah anda pernah mengalami kesan negatif permainan moden seperti berikut?

Adakah anda pernah mengalami kesan negatif permainan moden seperti berikut
Other; 11%

Tiada masa untuk belajar; 20%

Sakit mata; 32%

Kurang tidur; 38%

38% responden kurang tidur kerana bermain permainan moden, 32% sakit mata, 19%
kurang masa tidur dan 11% pula lain-lain masalah.
12. Pada pandangan anda, perlukah generasi masa kini didedahkan dengan permainan
tradisional lebih dari permainan moden? Berikan sebab.

Pada pandangan anda, perlukah generasi masa kini didedahkan dengan permainan tradisional lebih dari permainan moden?
Kedua-dua; 3%
Tidak; 31%

Ya; 66%

Mengikut pandangan responden, 66% menyatakan bahawa permainan tradisional


perlu didedahkan kepada generasi sekarang. Antara sebab yang diberikan adalah untuk
meningkatkan hubungan sosial, sebagai cara untuk mengenali asal-usul masing-masing,
untuk mengekalkan tradisi dan budaya dan lain-lain. Manakala 31% mengatakan tidak
dengan sebab generasi moden lebih suka akan teknologi canggih seperti telefon dan komputer

kerana mereka dapat melayari internet dan bermain games yang menarik, permainan moden
lebih maju daripada permainan tradisional, permainan tradisional sudah tidak praktikal dan
lain-lain. 3% telah mengatakan kedua-dua dengan sebab permainan tradisional boleh di
tambah baik dimana permainan ini di main di platform online seperti dam haji dan congkak
dan kedua-duanya ada buruk dan baiknya.

You might also like