1.0 Penulisan Akademik: Cultural Shock' Yang Negatif. Berdasarkan Samruhaizad Samian at Samion, Jamaluddin MD

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

Penulisan Akademik

Saya ditempatkan untuk mengajar di sebuah sekolah di pinggir bandar mengikut senario
yang diberi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), pinggir bandar ditakrif sebagai
kawasan di sekeliling kawasan bandar. Kawasan pinggir bandar juga dikenali sebagai
subbandar atau suburban. Tambahan pula, saya mendapati bahawa kawasan tersebut
sedang mengalami isu rebakan perbandaran. Kawasan tersebut turut menghadapi kesan
cultural shock yang negatif. Berdasarkan Samruhaizad Samian @ Samion, Jamaluddin Md.
Jahi dan Azahan Awang (2014), kesan cultural shock yang negatif merujuk kepada
peningkatan kadar gejala sosial, isu-isu pencemaran alam sekitar dan kepupusan monumen
serta tinggalan tradisi masyarakat Melayu pinggir bandar. Davidson (1972) juga pernah
menyatakan bahawa rebakan perbandaran akan menyebabkan perubahan kepada bilangan
populasi, sistem ekonomi dan sosialisasi sesuatu kawasan. Saya menyedari bahawa
mengajar di kawasan pinggir bandar merupakan satu cabaran baru kepada saya kerana ini
merupakan kali pertama saya menjejaki kawasan pinggir bandar. Hal ini kerana saya tinggal
di luar bandar sejak kecil lagi. Budaya di pinggir bandar amat berbeza berbanding dengan
budaya di luar bandar. Kebanyakan murid di luar bandar meluangkan masa bersama rakan
pada waktu petang manakala murid di pinggir bandar banyak meluangkan masa di rumah
atau pusat tuisyen selepas waktu persekolahan.
Justeru, saya mempercayai saya boleh membuat pembaharuan kepada murid-murid
di sekolah itu. Saya juga akan dapat menyesuaikan diri dalam sekolah itu. Saya akan
mengambil kira budaya sekolah tersebut semasa merancangkan pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Budaya murid di kawasan tersebut adalah lebih cenderung kepada
budaya di bandar. Oleh sebab itu, saya akan menggunakan teknologi multimedia, seperti
video interaksi dan persembahan powerpoint untuk menarik minat murid-murid. Tambahan
pula, ICT ialah satu jenis alat yang penting untuk membantu dalam memperolehi
pengetahuan baru (Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon, 2011). Sekiranya
sekolah tersebut tidak dilengkapi dengan kemudahan ICT, saya akan menerapkan pelbagai
teknik dan pendekatan yang berlainan dalam PdP saya. Antara contoh teknik yang boleh
dijalankan dalam kelas ialah sumbangsaran, main peranan dan permainan bahasa.
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk.
Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010 daripada Jabatan
Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa jumlah penduduk Malaysia adalah seramai 28.3
juta orang (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011) dan dikepercayai mempunyai 200 suku
etnik yang menganuti pelbagai agama, budaya dan bahasa. Isu rebakan bandar telah

menyebabkan sekolah tersebut terdiri daripada pelbagai kaum yang datang dari pelbagai
tempat di Malaysia. Menurut Katiman Rostam, Mochamad Rosul, Er Ah Choy dan Abdul
Rahim Mohd Nor (2010), rebakan bandar merupakan sebahagian daripada proses
pembandaran dan perkembangan bandar. Hal ini berlaku akibat peningkatan jumlah
populasi penduduk di bandar telah melebihi daripada lingkungan keluasan kawasan bandar
berhampiran lalu menyebabkan penduduk-penduduk dari pelbagai tempat di Malaysia
menetap di kawasan itu untuk memudahkan mereka bekerja di bandar.

Hal ini

menyebabkan murid-murid di sekolah tersebut terdiri daripada pelbagai kaum, seperti kaum
Melayu, Cina, India, Iban, Bidayuh dan Bajau.
Saya turut menghadapi konflik antara budaya sekolah tersebut dengan budaya saya.
Hal ini kerana saya tidak pernah mengajar murid-murid yang terdiri daripada berbilang kaum
yang datang dari pelbagai tempat di Malaysia. Saya mestilah menjadi teladan yang baik
kepada murid dengan memastikan diri tidak menyentuh tentang isu-isu sensitif semasa
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Antara contoh isu sensitif yang harus dielakkan dalam
kelas ialah hak keistimewaan Bumiputera, kedudukan bahasa Melayu, agama Islam, hak
asasi (kebebasan) dan hak kewarganegaraan. Saya sebagai seorang pendidik juga harus
mendidik murid-murid tentang Perlembagaan Malaysia untuk menjaga keharmonian dan
kesejahteraan negara. Setiap warganegara haruslah akur pada Perlembagaan Malaysia.
Hal ini kerana perkara-perkara yang dinyatakan merupakan kontrak sosial yang telah
dipersetujui bersama oleh para pemimpin, wakil daripada pelbagai kaum di negara ini.
Tambahan pula, sebagai seorang guru juga wajar untuk mengenali dan mendidik
murid tentang kebudayaan etnik-etnik lain di Malaysia. Berdasarkan Mok Soon Sang
(2012), ahli-ahli Konfusianisme berpendapat bahawa pendidikan merupakan instrumen yang
penting untuk mengekalkan nilai, norma dan kebudayaan masyarakat untuk membawa
kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan. Dalam hal ini, guru memainkan
peranan yang amat penting dalam pengekalan kebudayaan berbagai yang terdapat di
Malaysia.
Antara pelajar dalam sekolah itu juga merangkumi anak kepada ibu tunggal yang
melakukan dua pekerjaan yang membolehkan mereka berjumpa hanya di hujung minggu.
Ibu tunggal ialah wanita yang berseorang tanpa suami dan bertanggungjawab untuk
mendidik anak-anak dengan menjalankan dwi-fungsi, iaitu menyara kehidupan seharian dan
sebagai ketua dalam sesebuah keluarga (Dr. Mohd Jamil Yaacob, 1998). Berdasarkan portal
MyWanita (portal rasmi Jabatan Pembangunan Wanita), antara punca menjadi ibu tunggal
ialah kematian suami, penceraian, berpisah dan lain-lain faktor.

Hong Shi Wei ialah seorang pelajar Tahun 6 yang berada dalam kategori ini. Dia
tinggal bersama ibunya dan seorang abang yang berumur 20 tahun di rumah setinggan.
Menurut kenyataannya, abangnya merupakan seorang ahli kongsi gelap. Ibunya melakukan
dua pekerjaan di bandar setiap hari akibat masalah kekurangan kewangan dalam keluarga
lalu menyebabkan mereka hanya berjumpa pada hujung minggu sahaja. Oleh sebab itu, dia
sering bergaul dengan jiran-jirannya yang belajar di sekolah menengah. Hal ini
menyebabkan dia tidak dapat bergaul dengan rakan sekelas dengan baik. Tambahan pula,
dia juga sering membawa masalah-masalah disiplin di sekolah.
Sebagai seorang pendidik, saya akan memastikan pelajar saya taat kepada ibu
bapa mereka, terutamanya anak kepada ibu tunggal. Hal ini kerana ibu tunggal harus
menanggung dua peranan dan tanggungjawab utama dalam sesebuah keluarga.
Confucious turut pernah menyatakan bahawa Kewajipan dan ketaatan anak-anak kepada
warga tua merupakan sumber seluruh kebajikan. Beliau juga pernah berkata bahawa
ketaatan tidak merujuk pada ketakutan terhadap ibu bapa. Seorang anak yang mempunyai
ketaatan yang sempurna ialah seseorang yang hormat dan membahagiakan ibu bapanya.
Saya mempercayai bahawa seseorang pelajar yang taat akan menjadi seorang yang
bermanfaat kepada masyarakat pada suatu hari nanti.
Hong Shi Wei pernah memberitahui saya bahawa dia bercita-cita untuk menjadi
seorang polis tetapi sekarang dia hanya berhasrat untuk menjadi seorang penjual cetak
rompak seperti abangnya. Polis dan penjual cetak rompak merupakan pekerjaan yang
bertentangan. Polis dapat membantu masyarakat untuk membasmi gejala sosial manakala
penjual cetak rompak merupakan sejenis pekerjaan yang menyebabkan berlakunya gejala
sosial. Oleh sebab itu, saya akan mencuba sedaya upaya saya untuk memastikan pelajar itu
menuju ke arah yang betul. Dalam hal ini, saya akan mempelbagaikan aktiviti dan strategi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) saya untuk menarik minat pelajar seperti Hong Shi Wei
untuk menghadiri kelas setiap hari.
Selain itu, mendisiplinkan pelajar adalah lebih penting berbanding dengan
meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan. Disiplin murid dalam kategori ini akan lebih
lemah berbanding dengan murid-murid lain. Hal ini kerana kurang diberi perhatian akibat ibu
sering sibuk bekerja. Berdasarkan Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon
(2012), guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan dapat
memahami perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid, guru perlu cekap mencorak
iklim yang memberansangkan, kecekapan dan kemahiran pengajaran, pengurusan masa,
produktiviti dan tugas PdP, mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin murid. Hal ini
jelas membuktikan bahawa mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin murid yang

baik amat penting dalam mewujudkan persekitan bilik darjah yang mesra budaya.
Kenyataan ini turut pernah dinyatakan oleh Woolfolk (dalam buku Mark Zhou, 2014). Beliau
berkata bahawa Motivation refers to an internal power rise, directing and controlling interest
and human behaviour. Hal ini jelas menerangkan kepentingan mengawal serta mengurus
emosi murid dengan baik supaya emosi mereka sentiasa dalam keadaan stabil untuk
menjalankan aktiviti PdP. Pengurusan disiplin dan emosi murid yang baik akan membawa
kesan terhadap keberkesanan PdP secara langsung.
Di samping itu, saya akan menasihati ibu-ibu tunggal mendapat bantuan kerajaan.
Program pembasmian kemiskinan di kalangan ibu tunggal turut dijalankan untuk meningkat
dan membaiki taraf hidup ibu tunggal dari segi persepsi dan pendapatan (Nor Aini Haji Idris
dan Doris Padmini Selaratnam, 2012). Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) telah membekalkan tiga jenis bantuan untuk ibu tunggal, iaitu
bantuan kebajikan, bantuan peningkatan kemahiran dan pendapatan serta bantan
kesejahteraan emosi. Saya akan memastikan ibu-ibu tunggal yang layak membuat
pemohonan untuk Brim Ibu Tunggal supaya mengurangkan bebanan mereka dari segi
kewangan. Dalam hal ini, ibu mereka akan dapat meluangkan lebih banyak masa untuk
menemani anak-anak mereka untuk mengulangkaji pelajaran.
Menurut senario yang diberi, separuh daripada murid di sekolah tersebut berada di
garis kemiskinan, melayakkan mereka mendapat Rancangan Pemakanan Tambahan (RMT).
Dalam hal ini, murid-murid berkemungkinan besar dalam menghadapi masalah membayar
bayaran yang ditetapkan atau membeli alatan yang diperlukan untuk pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Status sosioekonomi yang bebeza juga akan mengakibatkan masalah
rasisme dalam sesebuah sekolah. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan yang penting
dalam mengekatkan persepsi negatif ini. Dalam hal ini, saya sebagai seorang guru mesti
memberi layanan yang sama rata terhadap setiap murid. Murid tidak harus memilih rakan
berdasarkan status sosioekonomi seseorang.
Sebagai seorang pendidik, saya haruslah menerap dan mengamalkan budaya
penyayang dalam pengurusan bilik darjah. Selain mengetahui dan memahami tentang latar
belakang murid, saya juga harus mengambil berat tentang peribadi murid. Saya akan
sentiasa menjalankan perbincangan dengan murid tentang masalah-masalah yang mereka
hadapi. Tambahan pula, penerapan elemen setiakawan dan nilai bekerjasama merupakan
salah satu aspek penting dalam amalan budaya penyayang. Aktiviti-aktiviti yang
berpusatkan murid dijalankan semasa PdP untuk memupuk semangat kekitaan dalam
kalangan murid supaya dapat menyekatkan masalah rasisme. Apabila aktiviti dijalankan,

saya akan memastikan kumpulan-kumpulan kecil dalam kelas terbentuk daripada pelbagai
kaum, budaya dan sosioekonomi.
Di samping itu, saya akan memastikan profil pelajar dikemaskini dari semasa ke
semasa. Murid yang berkelayakan diberi peluang untuk membuat pemohonan RMT. Hal ini
kerana murid memerlukan zat yang seimbang dan mencukupi untuk proses pembelajaran.
Oleh sebab itu, saya akan sentiasa memastikan murid makan sarapan pagi supaya otak
lebih cergas dan bersedia untuk PdP. Berdasarkan Dr Samuel Oetoro Ms SpGK, 2009
(dalan berita Liana, 2009), sarapan pagi sangat penting kerana glukose dalam tubuh badan
kita akan digunakan untuk menurunkan kadar glukose dalam darah ketika bangun pada
pagi. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa sarapan pagi yang sihat dan berzat dapat
dijadikan sebagai bahan bakar kepada anak-anak ketika belajar.
Selain masalah yang di atas, senario juga menyatakan bahawa kebanyakan murid di
sekolah tersebut bertutur dengan menggunakan dialek masing-masing. Tambahan pula,
murid-murid itu kurang kemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam bahasa Melayu
mahupun bahasa Inggeris. Bahasa Melayu bukan sahaja merupakan bahasa kebangsaan
Malaysia malahan turut merupakan bahasa penyatu bangsa Malaysia atau bahasa
perpaduan (Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman, 2007). Bahasa Inggeris
pula ialah bahasa antarabangsa. Oleh sebab itu, murid-murid haruslah dapat menguasai
kedua-dua bahasa ini. Ini turut merupakan salah satu anjakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Anjakan itu bermatlamat untuk meningkatkan
kemahiran penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris semua murid sebagai
keutamaan segera.
Aspek ini amat penting dan mesti diambil kira ketika merancang pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Hal ini kerana aspek ini membawa pengaruh yang besar terhadap
keberkesanan PdP. Sebagai contohnya, murid tidak akan dapat memahami perkara yang
ingin disampaikan oleh guru sekiranya guru bertutur dalam bahasa Melayu sepanjang PdP
akibat murid kurang kemampuan untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Dalam hal ini,
saya sebagai guru akan memilih untuk menjalankan pengajaran bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris dengan bahasa pertama untuk meningkatkan pemahaman murid. Hasil
kajian Ilangko Sebramaniam, Noorulafiza Abdul Muthalib dan Siti Nor Hamahida Zainal
(2014) terbukti bahawa penggunaan bahasa pertama (bahasa Iban) dalam aktiviti PdP dapat
meningkatkan pemahaman murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan
murid. Dalam hal ini, saya haruslah menguasai dialek yang digunakan dalam sekolah
tersebut supaya dapat berkomunikasi dengan murid dan menyesuaikan diri dengan
keadaaan semasa.

Saya juga akan memastikan murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan


bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebelum mereka diterapkan kemahiran
membaca dan menulis. Menurut Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar dan Nor Hashimah
Jalaluddin (2012), aktiviti pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua haruslah
bermula daripada kemahiran mendengar, kemudian bertutur lalu beralih kepada membaca
dan menulis. Mereka juga mengata bahawa murid memerlukan latihan dan pengulangan
sehingga membentuk satu tabiat untuk pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Norman Vincent Peale pernah berkata bahawa Repetition of the same
thought or physical action develops into a habit which, repeated frequently enough,
becomes an automatic reflex. Dalam hal ini, saya sebagai guru akan merancangkan aktiviti
PdP yang berunsur latihan secara berulangan supaya murid dapat menguasai bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris dengan bahasa pertama. Penguasaaan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris akan dapat membantu dalam peningkatan keberkesanan PdP subjek yang
lain.
Di samping masalah kepelbagaian murid, keadaan fizikal sekolah tersebut amat
membimbingkan dan bilik darjah memerlukan banyak pengubahsuaian serta baik pulih.
Persekitaran fizikal merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam pembinaan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Berdasarkan Syed Ismail Syed Mustapa dan
Ahmad Subki Miskon (2013), pengurusan bilik fizikal darjah yang dinamik dapat mencapai
objektif ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Objektif ini adalah sejurus dengan salah satu matlamat untuk Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Menurut Gandini, 1998 (dalam jurnal Katherina Danko, 2009),
persekitaran fizikal amat penting untuk proses pembelajaran kanak-kanak di mana sekolahsekolah Reggio Emilia, Itali menyatakan bilik darjah boleh diklasifikasikan sebagai guru yang
kedua. Tambahan pula, kekurangan kemudahan di sekolah juga akan menyebabkan
perkembangan pengetahuan tersekat dan pengalaman pembelajaran pelajar akan menjadi
terhad. Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008) juga pernah menyatakan bahawa
suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan
murid dengan guru dan murid dengan murid yang lain manakala persekitaran yang selesa,
kemas dan ceria pula dapat menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Hal ini jelas
membuktikan kepentingan dan pengaruh persekitaran fizikal terhadap keberkesanan
sesuatu pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Sebagai guru sekolah tersebut, saya akan membuat pengubahsuaian terhadap
persekitaran fizikal sekolah dan bilik darjah supaya murid dapat belajar dalam keadaan yang
kondusif. Antara faktor yang paling penting ialah percahayaan dan peredaran udara bilik
darjah. Saya akan memastikan pintu dan tingkap bilik darjah dibuka pada setiap masa untuk

memastikan bilik darjah mempunyai percahayaan yang mencukupi dan pengudaraan yang
baik, terutamanya dalam iklim khatulistiwa yang panas dan lembap ini. Hal ini kerana murid
akan berasa tidak selesa, keletihan dan mengantuk dalam keadaan yang panas.
Selain percahayaan dan pengudaraan, kebersihan serta susunan dalam bilik
darjah turut merupakan faktor yang penting dalam aspek persekitaran fizikal. Budaya
gotong-royong merupakan suatu tradisi yang harus diamalkan. Hal ini kerana aktiviti ini
bukan sahaja dapat memastikan sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan kondusif
malah dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid
lain. Budaya ini patut dikekal dan dijalankan dari semasa ke semasa, terutamanya untuk
sekolah yang terdiri daripada berbilang kaum. Saya sebagai guru kelas akan menyusun
kelas berdasarkan susunan kumpulan kecil.
Pint
u

Ting
kap

X
X

X
X

X
X

Ting
kap

Pint
u

Merujuk pada rajah di atas, pelan susunan tersebut amat sesuai digunakan untuk bilik
darjah sekolah rendah. Hal ini kerana susunan ini adalah berasaskan PdP yang berpusatkan
murid. Murid dapat berinteraksi dan membuat perbincangan dengan lebih mudah dalam
susunan tempat duduk ini. Tambahan pula, hubungan antara murid akan dapat dieratkan
dengan menggabungkan murid daripada pelbagai kaum dalam satu kumpulan kecil.
Berdasarkan Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), persekitaran
pembelajaran yang kondusif dapat memotivasikan murid dan mewujudkan motif dalam diri
murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Hal ini jelas menyatakan
bahawa persekitaran fizikal turut membawa kesan terhadap persekitaran sosio-emosi murid.
Tuntasnya, persekitaran fizikal memainkan peranan dalam peningkatan keberkesanan PdP.

You might also like