Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 83

UNIT 1 i

Pengenalan

Unit 1
WLA 101/03

Bahasa Kebangsaan A

Pengenalan

ii WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

PANEL KURSUS
Ketua Penyelaras Kursus: Cik Rabikha Hasni bte Suparman
Penulis Kursus: Pn. Noor Suraya Adnan Sallehudin
Pereka Instruksi: Professor Dr. Ng Wai Kong
Ahli Panel Kursus: Professor Dr. Ng Wai Kong

PENYELARAS KURSUS
Cik Rabikha Hasni bte Suparman

PENILAI KURSUS LUARAN


Professor Emeritus Asmah Hj. Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris

PRODUKSI
Penyunting: Cik Rohaizan Osman
Penyunting Dalaman: Encik Khoo Chiew Keen
Pereka Grafik: Cik Audrey Yeong

Universiti Terbuka Wawasan adalah institusi pengajian tinggi bukan berunsur keuntungan pertama
di Malaysia yang didedikasikan kepada pelajar dewasa. Organisasi ini dibiayai oleh Yayasan
Pendidikan Wawasan, sebuah entiti yang dikecualikan dari cukai yang ditubuhkan oleh Parti
Gerakan Malaysia, dan disokong oleh Yeap Chor Ee Charitable and Endowment Trust, badan-badan
kebajikan, koperasi, orang ramai dan peruntukan dari kerajaan Malaysia.
Penyediaan bahan kursus universiti ini dibiayai oleh Yeap Chor Ee Charitable and Endowment Trust.

2009 Universiti Terbuka Wawasan


Semakan pertama S2 2010
Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula,
disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang
cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada
pihak penerbit Universiti Terbuka Wawasan.

Universiti Terbuka Wawasan


(KPT/JPT/DFT/US/P01)
Wholly owned by Wawasan Open University Sdn. Bhd. (700364-W)

54, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.


Tel: (604) 2180333 Faks: (604) 2279214
E-mel: enquiry@wou.edu.my
Laman web: www.wou.edu.my

UNIT 1 iii
Pengenalan

Kandungan
Unit 1 Pengenalan
Sinopsis kursus

Sinopsis unit

Objektif unit

Mukadimah

3
4
5

Apakah makna bahasa kebangsaan?


Kepentingan bahasa kebangsaan bagi sebuah
negara yang berdaulat
Hubungan bahasa kebangsaan dengan
masyarakat Malaysia

1.1 Pengenalan bahasa Melayu

Objektif

Mukadimah

Asal usul bahasa Melayu


Teori asal usul bahasa Melayu
Proses evolusi bahasa Melayu
Kemasukan unsur-unsur asing
Peminjaman unsur-unsur asing

7
11
11
13
14

Rumpun bahasa Melayu


Bangsa Melayu
Bahasa Melayu
Kaedah dan faktor penyebaran bahasa

17
17
18
21

Bahasa Melayu sebagai lingua franca


Bahasa Melayu pada zaman gemilang
Perkembangan pada zaman yang berbeza
Halangan-halangan perkembangan bahasa

22
23
24
24

Cadangan jawapan aktiviti

29

iv WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

1.2 Dasar dan kedudukan bahasa Melayu

31

Objektif

31

Mukadimah

31

Dasar dan kedudukan bahasa Melayu

31

Asas pemilihan bahasa Melayu

32

Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan

32

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971)


Dewan Bahasa dan Pustaka

33
34

Akta Pendidikan

35

1.3 Status dan fungsi bahasa Melayu

39

Objektif

39

Mukadimah

39

Apakah status bahasa Melayu di Malaysia?


Sebelum Merdeka
Selepas Merdeka
Era alaf baru

40
41
43
43

Fungsi bahasa Melayu di Malaysia


Bahasa kebangsaan
Bahasa rasmi
Bahasa perpaduan
Bahasa ilmu

44
45
46
47
47

1.4 Bahasa dan budaya

49

Objektif

49

Mukadimah

49

Latar belakang masyarakat Melayu dan bahasa Melayu

49

Neka bahasa
Bahasa formal
Bahasa tidak formal
Bahasa halus
Bahasa istana

50
50
51
51
52

UNIT 1 v
Pengenalan

Ragam bahasa
Bahasa sindiran
Bahasa giat
Bahasa ejek
Bahasa terbalik
Bahasa merajuk
Bahasa tempelak
Bahasa herdik
Bahasa melampau
Bahasa naik
Bahasa turun
Bahasa ingkar
Bahasa seruan
Bahasa ulang
Bahasa bertimbal
Bahasa nafi
Bahasa jeneka

52
52
53
53
54
54
54
55
55
55
56
56
56
56
57
57
57

Kesantunan bahasa
Bahasa biasa
Hormat
Diraja
Halus
Mesra

58
58
58
60
60
60

Dialek

61

Cadangan jawapan aktiviti

64

Rumusan Unit 1

65

Latihan pengukuhan unit

67

Cadangan jawapan latihan kendiri

69

Cadangan jawapan latihan pengukuhan unit

73

Rujukan

77

vi WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

UNIT 1 1
Pengenalan

Sinopsis Kursus

ursus ini antara lain bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran berbahasa


Melayu anda selaras dengan peringkat intelek. Sehubungan dengan itu, aspek
yang ditekankan di dalam kursus 42 jam ialah bagaimana untuk meluahkan buah
fikiran, berkomunikasi dalam konteks rasmi dan tidak rasmi. Kursus ini juga
menguji kepekaan anda dalam bidang lisan dan penulisan untuk tujuan kerjaya.
Pada akhir kursus ini, anda akan:
1. Menggunakan bahasa dengan berkesan dari segi lisan dan penulisan.
2. Berkomunikasi secara lisan dengan berkesan dari segi sebutan dan intonasi,
tatabahasa, kosa kata, ungkapan dan laras.
3. Mengenal pasti bahan bertulis yang beraneka jenis dan gaya, dan seterusnya
mengungkapkan fikiran secara lisan dan tulisan dengan bahasa yang betul
dan berkesan.
4. Merumuskan butiran dan memperluas sesuatu idea dengan cara yang
tersusun, padat, dan berkesan, secara lisan dan tulisan.
5. Mengarang pelbagai teks dengan bahasa yang betul dan berkesan.
6. Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan sopan di samping
mengekal suburkan nila-nilai murni masyarakat Malaysia.

2 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

UNIT 1 3
Pengenalan

Sinopsis Unit

alam unit ini, anda akan meninjau sepintas lalu asal usul bahasa Melayu
sejak zaman permulaannya sehingga sekarang. Di samping itu, unit ini juga
akan memperlihatkan tentang dasar dan kedudukan bahasa Melayu di Malaysia
dengan merujuk apakah asas-asas pemilihan bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan di negara kita. Selain itu, kita juga akan mengkaji kedudukan bahasa
Melayu khususnya dalam perlembagaan negara serta akta-akta yang berkaitan
dengannya. Unit ini juga akan memberi penekanan kepada status dan fungsi
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selain
daripada fungsinya yang utama sebagai bahasa kebangsaan.
Akhir sekali, dalam unit ini juga, kita akan melihat perkaitan antara bahasa dan
budaya. Anda dinasihati agar menelaah, membuat rujukan serta mencuba soalansoalan latihan kendiri dalam bahagian ini.

Objektif Unit
Pada akhir Unit 1, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan asal usul bahasa Melayu.
2. Menerangkan dasar dan kedudukan Bahasa Melayu.
3. Menghuraikan status dan fungsi bahasa Melayu.
4. Menjelaskan hubungan bahasa dan budaya.

Mukadimah
Mempelajari bahasa Melayu tidak akan lengkap tanpa mengetahui sejarah asal usul
bahasa tersebut yang bermula dari kurun ke-7 lagi dan berpusat di sebuah daerah
yang kini dikenali sebagai Palembang (Sumatera, Indonesia). Bahasa Melayu telah
melalui satu proses evolusi yang panjang. Secara umumnya, bahasa ini bermula
dari kerajaan Srivijaya sehinggalah ke zaman ini. Selain dari negara kita Malaysia,
bahasa Melayu juga dituturkan di beberapa buah negara sekitarnya seperti
Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina dan Selatan Thai. Apa yang lebih menarik
lagi, bahasa ini mempunyai susur galur yang berkait rapat dengan rumpun bahasa
Austronesia yang asalnya daripada keluarga bahasa Austris. Tahukah anda bahawa
keluarga bahasa Austris ini dibahagikan kepada tiga komponen keluarga bahasa
yang utama iaitu Austroasia, Cina-Tibet dan Austronesia?

4 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Apakah ini bermakna bahasa Cina juga berasal dari kelompok yang sama dengan
bahasa Melayu? Inilah antara persoalan yang menarik untuk dibincangkan apabila
kita mengkaji asal-usul bahasa. Sehubungan itu, kita juga secara tidak langsung akan
mengkaji tentang bangsa dan memikirkan tentang jati diri kita.

Rajah 1.1 Lakaran peta Kepulauan Melayu pada abad ke-17

(Sumber: Gallop, A T (1994) The Legacy of the Malay Letter, London: The British Library.)

Apakah makna bahasa kebangsaan?

Apakah perbezaan antara


bahasa kebangsaan
dengan bahasa rasmi?

Bahasa Kebangsaan didefinisikan sebagai bahasa yang digunakan untuk tujuan


politik, budaya serta untuk unit sosial dan yang paling jelas sekali ialah untuk tujuan
penyatuan negara bangsa (kebangsaan) (Holmes, 2001: 97). Sementara bahasa
rasmi pula digunakan sebagai bahasa untuk tujuan-tujuan rasmi kerajaan dan pada

UNIT 1 5
Pengenalan

dasarnya lebih kepada kepenggunaan berbanding untuk tujuan simbolik. Bahasa


Melayu di Malaysia berfungsi sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi.
Penjelasan lebih lanjut tentang perkara ini akan kita lihat pada bab 3.
Sebenarnya dalam pemilihan bahasa kebangsaan, pihak yang bertanggungjawab
harus memberi pertimbangan kepada identiti kebangsaan, penyatuan bangsa,
lambang prestij kebangsaan dan penyertaan bahasa tersebut dalam dunia
antarabangsa. Banyak negara di dunia seperti India dan Singapura mempunyai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasminya adalah berbeza.

Bacaan
Untuk tujuan pengayaan, sila baca:
Holmes, J (2001) An Introduction to Sociolinguistics, 2 nd edn.,
London: Longman. Bab 5, halaman 95 102.

Kepentingan bahasa kebangsaan bagi sebuah negara yang berdaulat


Menurut Asmah Hj. Omar (1993), bahasa kebangsaan sepatutnya bersifat
tunggal. Walaupun begitu terdapat juga beberapa buah negara seperti Swizerland
yang bahasa kebangsaannya terdiri daripada tiga bahasa iaitu Itali, Perancis dan
Jerman. Sekiranya berlaku banyak ketegangan, salah satu alternatif yang dipilih
oleh sesetengah negara ialah mengambil sikap mengecilkan dialek-dialek di negara
tersebut menjadi satu bahasa kebangsaan. Hal ini pernah terjadi kepada Republik
Rakyat China, apabila bahasa Mandarin dijadikan bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan. Negara yang terdiri daripada pelbagai bahasa itu berjaya menyatukan
kesemua wilayahnya melalui satu bahasa kebangsaan.
Keadaan ini juga wujud di Indonesia yang berdepan dengan 400 bahasanya.
Di Indonesia, bahasa Jawa merupakan bahasa yang bertaraf tinggi dan boleh
mendominasi bahasa-bahasa lain dengan mudahnya kerana kumpulan yang
memerintah adalah terdiri daripada keturunan Jawa. Namun begitu, bahasa Melayu
(kemudiannya ditukar dengan nama bahasa Indonesia) yang hanya berasal dari
bahasa pijin (bahasa pasar) yang bersifat lingua franca telah berjaya menyatukan
penduduk Indonesia di bawah panji-panji satu negara, satu bangsa dan satu
bahasa Indonesia, mulai 17 Ogos, 1945. Negara itu berjaya mengetepikan
bahasa Belanda daripada dijadikan sebagai bahasa rasmi seperti kebanyakan
negara jajahan lain yang baru merdeka. Kadang-kadang memilih satu bahasa yang
neutral untuk dijadikan bahasa kebangsaan boleh mengelakkan ketegangan dalam
masyarakat yang pelbagai etnik.
Merujuk kepada situasi Malaysia yang mempunyai 82 bahasa, kita dapat lihat
kesukaran untuk memupuk bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat yang pelbagai
budaya. Itulah elemen yang kita akan perhatikan dalam unit ini.

6 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Hubungan bahasa kebangsaan dengan masyarakat Malaysia


Sejak kita mencapai kemerdekaan daripada pihak Inggeris pada tahun 1957 dan
kemudian selepas pembentukan Malaysia (1963), masyarakat pelbagai etnik di
Malaysia telah dapat menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa
kebangsaan ini digunakan dengan meluasnya dalam aktiviti harian sebagai bahasa
perpaduan dan juga pada waktu-waktu rasmi serta dalam sistem pendidikan
negara. Malah lagu kebangsaan Malaysia juga dinyanyikan dengan bahasa
Melayu dengan penuh bangganya. Sebagai bahasa yang lebih awal bertapak di
sini, bahasa Melayu diterima oleh masyarakat Malaysia kerana sejarahnya yang
gah. Bahasa ini pernah menjadi lingua franca untuk pedagang-pedagang yang
singgah di Melaka sekitar abad ke-10. Apatah lagi, bahasa Melayu juga pernah
menjadi bahasa untuk mengutus warkah-warkah rasmi kepada raja-raja dan
pembesar-pembesar di Eropah pada zaman kegemilangannya. Sebagai bahasa
yang paling awal tersebar dan digunakan di Malaysia, soal kebangsaannya tidak
seharusnya dipertikaikan lagi. Apatah lagi bahasa-bahasa daripada etnik yang lain
masih terus diguna pakai untuk mengekalkan warisan sendiri sebagaimana yang
termaktub dalam perlembagaan negara kita.

UNIT 1 7
Pengenalan

1.1 Pengenalan Bahasa Melayu


Objektif
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan asal-usul bahasa Melayu mengikut zamannya.
2. Mengenal pasti dan menyenaraikan faktor-faktor yang menyumbang
kepada perkembangan bahasa Melayu di Nusantara.
3. Merumus butiran kepentingan bahasa Melayu sebagai lingua franca pada
zaman kegemilangannya.

Mukadimah
Apabila kita berbicara soal asal-usul bahasa Melayu, inilah antara persoalan yang
sering berlegar di minda kita:

Dari mana
datangnya?

Bila
bermula?

Asal Usul
Bahasa Melayu?

Bagaimana
penyebarannya?

Siapa yang
sebar?

Asal usul bahasa Melayu


Bahasa adalah hak sesebuah masyarakat dan bukannya individu. Justeru, kebiasaannya
bahasa dilandaskan kepada sesuatu bangsa dan bukannya untuk negara. Sebagai
contoh, bahasa Inggeris masih juga dikenali sebagai bahasa Inggeris walaupun
dituturkan dengan dialek-dialek yang berbeza di Amerika, Kanada, Australia, New
Zealand, Afrika Selatan, Ireland mahupun Jamaica serta di kepulauan Carribean.

8 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Bahasa hanya boleh terus hidup sekiranya bahasa itu diperturunkan dan
dipertuturkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Sehubungan itu,
untuk memastikan bahasa terus hidup dan berkembang, sesuatu bahasa perlulah
berubah dan bersedia menerima unsur-unsur asing di dalamnya untuk penggayaan
kosa katanya. Perubahan bahasa ini dapat dilihat dari segi bentuk, bunyi, makna
mahupun daripada susunan ayat. Sehubungan itu, dalam bab ini kita akan
melihat apa yang telah terjadi kepada bahasa Melayu sejak awal sehinggalah
sekarang. Sebagaimana yang kita sedia maklum, bahasa Melayu telah banyak
berubah dan bertukar fungsinya, sejak abad ke-7.

Aktiviti 1.1
Perhatikan sebahagian daripada petikan batu bersurat (prasasti) ini:
Petikan A
Svasti cri
Cakavarsatita 605 ekadaci
Cuklapaksa vulan vaicakha daputa
Hyang nayik di samvau mangalap
Siddhayatra
Di saptami cuklapaksa
Vulan jyestha dapunta hyang marlapas
Dari minana Tamvar (Kamvar)
Mamava yang vala dua laksa
Ko dua ratus cara di samvau
Dangan jalan sarivu tlu ratus sapulu dua vanakna
Datang di matada (nau) sukhacitra
Di pancami cuklapaksa vulan asada
Laghu mudika datang
Marvuat vanua......Crivijaya
Jaya siddhayatra subhika
(Sumber: Dipetik dari Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin
(2004) Bahasa Melayu STPM Kertas 1 dan 2, Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd., halaman 15)
(huruf condong ialah kata asal bahasa Melayu dan selebihnya kata
dari bahasa Sanskrit Bahasa yang terdapat pada Batu bersurat
Kedukan Bukit abad ke-7 dan ditulis dengan menggunakan huruf
Pallava)

UNIT 1 9
Pengenalan

Latihan A
A. Berikan makna perkataan di bawah dalam bahasa Melayu
moden.
Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Moden

Vulan
Nayik
Samvau
mangalap
sukhacitta
Mudika
Mamava
Marlapas

Sekarang, cuba pula bandingkan dengan petikan perenggan


daripada surat berikut:
Petikan B
Surat tulus ikhlas kasih sayang yang tiada berkeputusan selagi ada
peredaran cakerawala matahari dan bulan iaitu daripada beta Phya
Sina Nuchit....Cerai Buri. Barang diwasilkan Tuhan Seru sekalian
Alam apalah kiranya sampai kepada sahabat beta William Salmod
Esq. Pulau Pinang yang akil bijkasana masyhur kepujian pandai
mengambil hati segala handai taulan sekalian......
Sumber: Dipetik dari Surat Sultan Kedah kepada William James
Salmond (1837), Arkib Negara Kedah.

Latihan B
Cuba teka perbezaan bahasa antara kedua-dua zaman ini?

Sudah tentu anda tidak akan percaya melihat bahasa Melayu yang dituturkan
oleh masyarakat di zaman kerajaan Srivijaya adalah berbeza sekali dengan bahasa
Melayu pada zaman sekarang. Anda juga mungkin terasa janggal membaca surat
Sultan Kedah ketika itu, berbanding penggunaan bahasa istana yang pernah anda
pelajari semasa di bangku sekolah menengah suatu ketika dulu.

10 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Teori asal usul bahasa Melayu


Terdapat DUA teori asal usul bagaimana bangsa dan bahasa Melayu wujud di
Nusantara ini. Teori yang pertama menegaskan yang bangsa Melayu sememangnya
penduduk asal dari Kepulauan Melayu (Nusantara) juga. Ini bermakna bahasa
Melayu memang berasal dari Kepulauan Melayu. Sementara satu teori lagi ialah
bahasa Melayu berasal dari daerah Funan (atau Yunan). Teori yang kedua ini
lebih popular dan telah didukung oleh ramai sarjana bahasa dan linguistik. Teori
ini berasaskan bukti-bukti antropologi yang telah dijumpai mengenai kumpulan
Melayu Proto dan Melayu Deutro yang menghuni Alam Melayu sejak mula.

Proses evolusi bahasa Melayu


Terdapat 14 jenis keluarga bahasa di dunia dan bahasa Melayu diklasifikasikan
dalam keluarga bahasa Austronesia. Daripada keluarga bahasa ini, terdapat
bahasa-bahasa yang lain seperti Maori, Fiji, Hawaii dan Malagasi. Bahasa
Austronesia ini telah tersebar jauh dari Taiwan di utara hinggalah ke New Zealand
di selatan. Begitu juga dari Madagaskar dan Pulau Krismas dari sebelah barat dan
timurnya.

KELUARGA AUSTRIS

AUSTROASIA

MALENESIA

AUSTRONESIA

NUSANTARA

POLINESIA

CINA-TIBET

MIKRONESIA

Melayu purba

Rajah 1.2 Susur galur bahasa Melayu Purba yang berasal dari keluarga Austris

Merujuk kepada rajah di atas, anda dapat melihat pecahan bahasa yang
disebarkan oleh keluarga bahasa Austronesia. Bahasa Melayu datangnya daripada
kumpulan ini. Proses evolusinya adalah daripada bahasa Melayu Purba. Kita
akan membincangkan mengenai orang Melayu Proto yang membawa asas bahasa
Melayu ke Nusantara dalam topik selepas ini.
Perjalanan bahasa Melayu tidak terhenti pada bahasa Melayu Purba sahaja,
sebaliknya terus mengalami proses evolusi seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.3. Marilah kita memperhalus hal ini dengan lebih jelas.

UNIT 1 11
Pengenalan

(1) Melayu purba

Melayu Kuno

(2) Melayu Induk

(3) Melayu Klasik

Dialek-dialek Melayu

(4) Melayu Moden

Dialek Johor-Riau

Rajah 1.3 Perjalanan bahasa dari keluarga bahasa Austris ke bahasa Melayu Moden

1. Bahasa Melayu Purba


Bahasa ini wujud sebelum dan sepanjang zaman Kerajaan Srivijaya. Bahasa
ini dipengaruhi oleh perbendaharaan kata Sanskrit dan berkembang
dengan pesatnya pada abad ke-7 di Srivijaya. Perkara ini dibuktikan
dengan penemuan batu-batu bersurat (prasasti) di Sumatera. Pada
ketika itu, bahasa Melayu Purba sudahpun menjadi lingua franca untuk
zamannya selain daripada berfungsi sebagai wahana kebudayaan dan
kesusasteraan. Walaupun akhirnya Srivijaya telah kalah kepada Majapahit,
namun bahasa ini terus berkembang kerana kerajaan Majapahit masih
membenarkan bahasa Melayu terus digunakan pada zaman penjajahannya.

2. Bahasa Melayu Induk


Kewujudan bahasa Melayu Induk yang lebih awal daripada kedatangan
Islam menjadikan bahasa ini lebih berbau Sanskrit. Bahasa Melayu Induk
adalah teras kepada bahasa Melayu Klasik. Bahasa ini dapat dibahagikan
kepada dua bahagian yang utama iaitu bahasa Melayu Klasik dan dialekdialek Melayu. Apabila disebut dialek-dialek Melayu, ini sudah tentulah
termasuk dialek Nusantara seperti Minangkabau, Acheh, Batak, Mendailing,
Lampung, Orang Laut, Melayu Nias. Bagaimanapun dialek Johor-Riau
yang begitu popular, datangnya hasil dari cabang perkembangan bahasa
Melayu Klasik dan ianya diguna pakai hingga ke hari ini.

12 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

3. Bahasa Melayu Klasik


Kedatangan Islam telah membantu mencorakkan bahasa Melayu menjadi
bahasa Melayu Klasik. Menurut Zaba, ajaran dan pengetahuan Islam
telah memperbanyak kosa kata bahasa Melayu. Penggunaan bahasa ini
yang paling awal dapat dikesan dengan penemuan prasasti di Pagar
Ruyung (Minangkabau) dan di Kuala Berang (Terengganu). Bahasa ini
telah digunakan pada sekitar abad ke-14 sehingga 19, terutama sekali
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan juga semasa Kerajaan JohorRiau (selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis). Antara ciri bahasa klasik
ialah ayatnya panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit serta banyak
menggunakan ayat pasif dan ayat songsang. Dari aspek bahasa, bahasa
istana dan bahasa perdu iaitu kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah,
syahdan, hatta, adapun, maka, bahawa dan sebagainya. Setelah kedatangan
Portugis, tulisan Jawi sudah mula beransur-ansur digantikan dengan
tulisan Rumi. Pada era ini, naskhah karya-karya Melayu Klasik banyak
dihasilkan. Antaranya, Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, Hikayat
Anggun Cik Tunggal, Sejarah Melayu, Hikayat Awang Sulung Merah Muda,
Hikayat Panji Semirang dan pelbagai lagi manuskrip Melayu.

Rajah 1.4 Sebahagian daripada koleksi manuskrip Melayu yang dipamerkan di Pusat
Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia.
Sumber: Pameran Manuskrip Melayu, Warisan Pemikiran Silam, 11 29 Mei, 2004,
Perpustakaan Negara Malaysia.

UNIT 1 13
Pengenalan

Rujukan Internet
Untuk maklumat lanjut mengenai manuskrip Melayu, sila
berkunjung ke laman web Perpustakaan Negara Malaysia:
http://www.pnm.my, ruang koleksi, bahagian manuskrip Melayu.

4. Bahasa Melayu Moden


Perkembangan bahasa Melayu Moden bermula pada abad ke-19. Hasil
karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenali sebagai
Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu
Moden. Beliau menggunakan perkataan-perkataan atau ungkapanungkapan baru untuk memperkatakan hal-hal baru yang timbul
disebabkan pertembungan kebudayaan antara Timur dengan Barat.
Antara karya agung beliau ialah Hikayat Abdullah (1893).
Bahasa Melayu yang moden hanya dirancang dengan lebih sempurna
apabila negara kita mencapai kemerdekaan daripada pihak Inggeris. Bahasa
Melayu Moden mempunyai keselarasan sistem ejaan dan pembakuan dari
segi makna, ejaan, imbuhan dan sebutan. Kalaulah bahasa Inggeris di
Britain misalnya, mengambil masa lebih 400 tahun untuk berdiri begitu
mantap, bahasa Melayu Moden terlalu awal untuk dilihat dan dinilai
kerana bahasa ini masih mengalami proses perkembangannya. Sejajar
dengan fungsinya sebagai bahasa ilmu, terlalu banyak laras dan istilahistilah saintifik dialih pakai ke bahasa Melayu serta proses pemupukannya
yang tiada kesudahan.

Kemasukan unsur-unsur asing


Untuk tujuan perkembangan ilmu itu sendiri, sesebuah bahasa perlu ada nama
dan peristilahan baru. Ini sangat penting untuk menjadikan bahasa bersifat
intelektual selaras dengan perkembangan ilmu itu sendiri. Hal ini dapat dilihat
dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Di Malaysia, konsep-konsep dalam
bidang sains dan teknologi banyak dipinjam daripada istilah-istilah Inggeris.
Antara contoh-contoh kata yang telah dipinjam:
Bahasa Arab

Islam, Allah, halal, al-Quran, hisab, darab, jawab, alim, hukum,


fikir, adil, zalim, akhirat, insan dan kuat

Bahasa Portugis

baldu, baldi, bangku, bola, bendera, kemeja, garpu dan keju

Bahasa Belanda

duit, pos, senapang, laci dan sekolah

Bahasa Inggeris

saman, notis, botol, setem, hotel dan lesen

14 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Bahasa Cina
(Hokkien Selatan)

Beca, jung, sampan, gincu, tahil, laici, bihun, bipang, pakau,


cawan, loteng, camca, teko

Bahasa Tamil

Kakak, emak, apam, bapa, ceti, cerut, tembikai, kedai,


gurindam, guni, kuil, nilam, mempelam

Bahasa Parsi

Agar, anggur, badam, gandum, pahlawan

Bahasa Jawa

Tulen, duda, kiai, matang, tulen, awet, ayu, perabot, prihatin,


pinggir, gamelan, mantap, wayang, lakon, gusti, jaguh, ratu
dan kejam

Bahasa Sanskrit

Agama, devi, sakti, budi, dosa, neraka, asmara, derma, istana,


astaka, mulia, kusta, mutiara, asrama, guru, kata, sendi,
anggota, bahu, dahaga, tinggi, sempurna, senja, pagi masa,
maharani, tatacara, swatenaga, prabayar, seniwati.

Peminjaman unsur-unsur asing


Unsur-unsur penting yang dipinjam daripada bahasa asing termasuklah bunyi,
huruf dan tulisan, perkataan, imbuhan, struktur frasa atau ayat, unsur nahu serta
peribahasa. Terdapat beberapa faktor kenapa bahasa Melayu terpaksa meminjam
unsur-unsur asing. Antaranya:
a. Untuk tujuan perkembangan ilmu.
b. Perkembangan perdagangan.
c. Bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan yang sesuai dan saintifik
untuk merujuk dan memberi nama atau konsep kepada unsur-unsur baru.
d. Penutur menganggap bahasa yang menjadi sumber pinjaman itu lebih
tinggi tarafnya daripada bahasanya sendiri.

Sehubungan dengan itu, banyak perkataan telah pinjam untuk melengkapkan kosa
kata bahasa Melayu. Misalnya peminjaman:
1. Bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Klasik sebagai sumber
Sebagai contoh, perkataan cerakin, dermaga dan limbungan berasal daripada
bahasa Melayu Lama yang dikaji dan diguna semula. Begitu jugalah
dengan gelaran-gelaran tertentu seperti Tun, Tan Sri, Datuk, Datin dan
sebagainya.

UNIT 1 15
Pengenalan

2. Dialek-dialek Melayu
Tanpa peminjaman daripada sesetengah dialek-dialek Melayu, adalah
sukar bagi bahasa Melayu untuk berkembang. Teliti sebahagian daripada
contoh-contoh ini, perkataan seperti labur (Negeri Sembilan), sut (Kedah),
namun (Indonesia) dan gembur (Banjar) datangnya dari dialek lain.
Sementara perkataan awet, lakon dan calon dipetik daripada bahasa
Jawa.
3. Bunyi asing-asing
Terdapat 25 bunyi termasuk 6 (Vokal) + 3 (Diftong) + 18 (Konsonan).
Bunyi-bunyi ini dipinjam daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris.

4. Imbuhan asing
Tanpa kita sedari, sesetengah imbuhan seperti wan, wati dan man dipinjam
daripada imbuhan bahasa Sanskrit. Sementara itu imbuhan wi, iah dan
ah pula berasal dari bahasa Arab. Sementara itu pro, pra, pasca dan anti
ialah imbuhan bahasa Inggeris yang sudah meluas penggunaannya.

5. Nahu asing
Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah sebenarnya dipetik dari nahu
Inggeris. Dalam bahasa Melayu Klasik tiada kata pemeri begini. Sila teliti
Ayat 1 dan 2 di bawah tentang penggunaan kata pemeri. Penggunaan
kata pemeri menjadikan Ayat 2 lebih gramatis.
Ayat 1 Dia guru/Dia seorang guru.
(dengan kewujudan kata pemeri adalah)
Ayat 2 Dia adalah seorang guru.

6. Pengistilahan
Setengah-setengah pengistilahan yang tiada dalam bahasa Melayu terpaksa
dipinjam untuk memperluas lagi kosa kata bahasa kita. Ini dapat dilihat
dalam beberapa istilah seperti workload (beban kerja), pocket money (duit
poket), footnote (nota kaki) dan letterhead (kepala surat).

16 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Aktiviti 1.2
Susun perkataan-perkataan berikut mengikut sumber asalnya. (Anda
boleh berbincang dengan tutor untuk mendapat jawapannya.)
arang

raja

calon

takhta

kantor

ayu

angsa

senapang

hasta

istana

gandum

duit

wayang

kamar

tamu

piala

Belanda

Parsi

Sanskrit

Jawa

Aktiviti 1.3
Pilih jawapan yang sesuai untuk soalan-soalan berikut.
1. Berikut menunjukkan padanan yang betul kecuali
A.
B.
C.
D.

gandum Belanda
gurindam Tamil
pahlawan Parsi
haiwan Arab

2. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang mengapa sesuatu


bahasa meminjam perkataan daripada bahasa lain.
A. Untuk tujuan perkembangan ilmu.
B. Tanggapan bahawa bahasa yang dipinjam lebih tinggi
tarafnya.
C. Untuk menamakan sesuatu benda, tempat atau konsep
baru sesuai dengan perkembangan zaman.
D. Untuk meninggikan status bahasa yang meminjam.

UNIT 1 17
Pengenalan

3. Bahasa Melayu banyak meminjam kosa kata daripada bahasa


Arab. Bidang manakah yang paling ketara kosa katanya
dipinjam?
A.
B.
C.
D.

Ilmu
Agama
Fikiran dan perasaan
Hukum dan peraturan

Rumpun bahasa Melayu


Beberapa pendapat dan teori telah dikemukakan oleh para sarjana tentang asalusul perkataan Melayu. Sebagai contoh, Van der Tuuk berpendapat bahawa kata
Melayu itu bererti penyeberang, dengan pengertian bahawa orang Melayu itu
menyeberang atau menukar agamanya daripada Hindu-Buddha kepada Islam.
Istilah Melayu merupakan nama khas yang merujuk kepada sekelompok suku
bangsa di sekitar kepulauan Melayu atau nama am bagi pelbagai kelompok
rumpun bahasa dalam kalangan kelompok Bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia).

Bangsa Melayu
Untuk mengetahui asal-usul bahasa Melayu, kita terpaksa memahami asalusul bangsa Melayu itu sendiri. Latar belakang orang Melayu perlu diketahui
kerana hubungannya rapat dengan bahasa Melayu itu sendiri. Bagaimanapun
sehingga kini latar belakang yang benar-benar jelas tentang bangsa Melayu masih
kabur. Kajian tentang kedatangan orang Melayu seterusnya banyak berdasarkan
penemuan artifak atau barangan purba.
Teori yang diterima umum menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari
Tanah Tinggi Yunan. Teori ini dikemukakan oleh Hendrik Kern, seorang ahli
bahasa berbangsa Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa
Austronesia. Sejarah awal ini bermula kira-kira 2500 sebelum Masihi yang lampau.
Ketika itu sekumpulan puak yang besar dari Yunan di China mengembara ke
arah selatan, iaitu ke daerah-daerah di Asia Tenggara. Kumpulan ini dinamakan
Indo-Melayu atau Austronesia. Mereka ialah asas kepada penduduk Asia Tenggara
sekarang dan juga dinamakan Melayu Proto.
Bagaimanapun keamanan puak ini terancam dengan kedatangan puak yang
lebih besar yang dinamakan Melayu Deutro. Puak Melayu Deutro dikatakan
lebih bijak. Mereka lebih cekap dalam pelayaran dan menguasai ilmu bintang.
Ini menyebabkan mereka dapat belayar lebih jauh ke selatan, iaitu ke Kepulauan
Melayu dan Kepulauan Pasifik. Di sini bermulalah perkembangan manusia dan
bahasa Melayu yang tinggal di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan seluruh
Kepulauan Melayu.

18 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Rajah 1.5 Wanita Melayu dan anaknya dari Ternante dan seorang pahlawan Melayu
dari Hindia Timur, abad ke-17 Masihi
Sumber: Gallop, A T (1994) The Legacy of the Malay Letter, London: The British Library.

Rajah 1.6 Seorang remaja lelaki dari Bengkulu, abad ke-18 Masihi (gambar oleh
William Marsden History of Sumatra)
Sumber: Gallop, A T (1994) The Legacy of the Malay Letter, London: The British Library.

UNIT 1 19
Pengenalan

Aktiviti 1.4
Di Malaysia, selain daripada orang yang asalnya Melayu, kumpulan
Bumiputera yang manakah di antara berikut dapat ditakrifkan
sebagai kelompok Melayu juga?
A.
B.
C.
D.
E.

Kumpulan baba peranakan di Pulau Pinang.


Orang serani dari kalangan masyarakat Portugis di Melaka.
Masyarakat Thai di negeri-negeri utara Malaysia.
Masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia.
Kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak.

Bahasa Melayu
Bahasa Melayu merupakan satu daripada 200 bahasa dalam cabang Nusantara iaitu
dari keluarga bahasa Austronesia. Bilangan penutur asalnya agak sederhana iaitu
sekitar Semenanjung Tanah Melayu, Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca
(bahasa perantaraan) sejak abad ke-10. Bahasa Sanskrit merupakan pengaruh awal
dalam proses evolusi bahasa Melayu. Ini dapat dilihat dari segi perbendaharaan
kata untuk nama-nama binatang, alat perkakas, bahagian tubuh badan, barang
perdagangan, tumbuh-tumbuhan dan senjata, istilah agama dan ilmu pengetahuan
yang dipinjam dari bahasa Sanskrit. Bagaimanapun sudah tentulah terdapat beberapa
perubahan dalam struktur bahasa dan bunyi (jika dibandingkan dari bahasa awalnya).
Bahasa Melayu Kuno
vulan
marvuat
tathapi

PERUBAHAN
huruf: v
awalan: mar

b
ber

e pepet diwujudkan

niparvuat

awalan: ni

savanakna

huruf: n

di
ny

Bahasa Melayu Moden


bulan
membuat
tetapi
diperbuat
sebanyaknya

samuha

bunyi h dihilangkan

semua

sukhacitta

konsonan: kh dihilangkan

sukacita

Rajah 1.7 Perubahan bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Moden

20 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Bacaan
Untuk mengetahui dengan lebih mendalam bahasa Melayu Kuno
sila baca:
Abdullah Hassan (1987) Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan
Bahasa Melayu, Bab 1: 16 24.

Aktiviti 1.5
Sila tandakan peta berikut dengan abjad (1 8) untuk menunjukkan
kawasan-kawasan berikut. (Anda boleh berbincang dengan tutor
untuk mendapat jawapannya.)
1. Seluruh kawasan Semenanjung Tanah Melayu.
2. Sepanjang pantai pulau Sumatera.
3. Brunei.
4. Sepanjang pantai barat dan pantai selatan pulau Borneo.
5. Gugusan pulau-pulau Riau, Lingga dan Bangka.
6. Kawasan selatan Negara Thai.
7. Daerah Zamboanga di pantai selatan Pulau Mindanao, termasuk
gugusan pulau-pulau Sulu dan Palawan.
8. Kawasan Campa di selatan Indo-Cina.

UNIT 1 21
Pengenalan

Rajah 1.8 Peta menunjukkan taburan penutur asli bahasa Melayu di Asia Tenggara

Kaedah dan faktor penyebaran bahasa


Tahukah anda bagaimana bahasa itu terus berkembang dan apakah faktor-faktor yang
mendorong ke arah penyebarannya? Sebenarnya ada empat kaedah yang membantu
penyebaran sesebuah bahasa.
1. Perpindahan penuturnya (migrasi)
Biasanya faktor ini berlaku kesan daripada keadaan politik, ekonomi
mahupun sosial negara asal. Misalnya, perpindahan masyarakat Cina
kerana masalah sosial di Negara China dan begitu juga masyarakat India
dari Negara India adalah kerana faktor sosiopolitik di negara mereka
yang kurang stabil. Perpindahan ini menyebabkan bahasa ibunda mereka
daripada pelbagai dialek dibawa serta disebarkan di sini.

2. Penjajahan/peperangan
Masyarakat Barat yang menjajah negara lain (khususnya, di negara-negara
Dunia Ketiga) juga merupakan elemen penting dalam penyebaran bahasabahasa lain. Misalnya penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, penjajahan
Belanda di Indonesia serta penjajahan Perancis di Kemboja telah
menyebarkan bahasa-bahasa Eropah ke Alam Melayu.

22 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

3. Pendekatan sosial: perdagangan, pendidikan serta ajaran agama


Ini dapat diperhatikan dari segi penyebaran bahasa Arab di Tanah Melayu
akhir abad ke-10. Penyebaran bahasa melalui perkahwinan orang asing
dengan masyarakat tempatan adalah cara yang paling efektif. Di samping
itu, pengislaman dan pengkristianan juga memainkan peranan penting
dalam penyebaran bahasa asing ke sini.

4. Peresapan atau difusi


Peranan media massa yang semakin meluas membantu penyebaran ini.
Konsep globalisasi menjadikan sesetengah bahasa difahami umum dengan
mudah melalui kaedah ini. Lihatlah bagaimana penggunaan Internet
dapat memindahkan bahasa dengan begitu cepat dan efektif.

Bahasa Melayu sebagai lingua franca


Istilah lingua franca sering disebut-sebut oleh para sarjana apabila berbicara
mengenai bahasa Melayu. Lingua franca bermaksud perantara. Bahasa Melayu
pernah menjadi bahasa perantara pada zaman kegemilangannya. Pada zaman
Srivijaya bahasa Melayu menjadi perantara bahasa antara rakyat dan pemerintah.
Bagaimanapun pada zaman Kesultanan Melayu Melaka kita dapat lihat bahasa ini
telah melangkaui sempadan antarabangsa apabila berjaya menjadi lingua franca
dalam bidang ekonomi (perdagangan) dan politik di Melaka. Bahasa Melayu berjaya
menjadi jambatan penghubung kepada bahasa-bahasa lain di sini. Malah menurut
Francois Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda pada abad
ke-18:
Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah
pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan si
segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bangsa yang difahami di manamana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau
Latin di Eropah, atau sebagai bahasa lingua franca di Itali dan di Levant.
Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita tidak
memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu
bukan sahaja di mengerti di Parsi bahkan lebih jauh daripada negeri itu,
dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina.
Sumber: Dipetik daripada Prof. Dr. Awang Sariyan, Martabat Bahasa
Melayu, Utusan Malaysia Online, 18 Oktober, 2006

UNIT 1 23
Pengenalan

Akhir sekali dapatlah dirumuskan yang bahasa Melayu menjadi lingua franca dalam
lima aspek yang utama.
Perdagangan
Komunikasi antarabangsa
Penyebaran agama
Bahasa ilmu dan kesusasteraan
Kebudayaan dan kesenian

Rajah 1.9 Surat Melayu pertama dari Sultan Abu Hayat (Ternante) kepada Raja
John III (Portugis), 1521 Masihi
Sumber: Gallop, A T (1994) The Legacy of the Malay Letter, London: The British Library;
Lisbon, Arquiros Nacionais Torre do Tombo, Gaveta 15-16-38 and 15-15-7.

Bahasa Melayu pada zaman gemilang


Bahasa Melayu digunakan dengan meluas sejak pemerintahan Srivijaya lagi. Buktinya
dapat dilihat melalui batu-batu bersurat. Pada zaman kegemilangan Melaka sekitar
abad ke-13, bahasa Melayu menjadi bahasa penyebaran agama Islam. Ketika itu
telah wujud sistem tulisan Jawi. Bahasa Melayu menjadi gemilang dalam bidang
kesusasteraan dan menjadi wacana penyampaian seni ketika itu. Buktinya dapat
dilihat pada batu bersurat dan batu nisan. Seorang kelasi (Pigafetta tahun 1521)
bangsa Itali telah menyusun satu daftar kata Melayu-Itali ketika singgah di Pulau
Tidore. Ini membuktikan bahasa Melayu telah tersebar jauh ke Eropah. Menurut
Jan Huyghen Van Linschotten, sesiapa yang tidak tahu bahasa Melayu pada ketika
itu samalah seperti orang yang tidak tahu bahasa Perancis di Negeri Belanda. Dari
Melaka, pusat pengembangan bahasa Melayu beralih ke Acheh. Di sinilah kegiatan

24 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

penulisan (kesusasteraan dan kebudayaan) berkembang dengan pesatnya. Penulis


seperti Hamzah Fansuri dan Sheikh Nurudin al-Raniri telah menyumbang hasil
karya agung mereka. Kemudian peranan penyebaran bahasa Melayu diambil alih
oleh Kerajaan Johor-Riau.

Perkembangan pada zaman yang berbeza


Perkembangan ini telah diringkaskan dan ditunjukkan seperti dalam peta aliran di
berikut:

SRIVIJAYA
(Perkembangan bahasa Melayu dengan pengaruh bahasa Sanskrit)
MAJAPAHIT
(Bahasa Melayu terus berkembang walaupun terdapat bahasa Jawa)
MELAKA
(Kegemilangan bahasa Melayu: Pusat penyebaran agama Islam dan sistem ejaan jawi)
ACHEH
(Pusat perkembangan kesusasteraan dan kebudayaan)
JOHOR-RIAU
(Kesinambungan perkembangan bahasa Melayu)

Halangan-halangan perkembangan bahasa


1. Peluputan bahasa
Dewasa ini beberapa bahasa di dunia tidak digunakan hilang kerana
tiada dalam bentuk penulisan dan saiz penuturnya semakin mengecil.
Contohnya bahasa Guam, Hawai dan Red Indian.

2. Pembekuan bahasa
Melibatkan bahasa yang mempunyai tahap kesusasteraan yang tinggi
seperti bahasa Sanskrit yang hanya dituturkan oleh golongan Brahmin
(tujuan sastera dan agama). Begitu juga dengan bahasa Latin di Eropah.
Hal ini berlaku kerana tiada perkembangan yang berlaku dalam sistem
atau struktur bunyi dan ayat. Di samping itu, bahasa tersebut mempunyai
sistem tulisan yang sukar difahami. Ini dapat dilihat pada manuskrip lama
sama ada prosa, puisi, doa dan mantera.

UNIT 1 25
Pengenalan

3. Penyusutan bahasa
Penyusutan bahasa bermaksud kurangnya penyebaran bahasa kerana
peredaran zaman. Misalnya, bahasa Melayu tidak lagi dianggap sebagai
bahasa Nusantara di beberapa kawasan seperti Singapura (bilangan
penuturnya tinggal hanya 20%) begitu juga di selatan Thai.

Rumusan
Setelah meneliti sejarah perkembangan bahasa Melayu, kita sedar
bahawa bahasa tidak pernah lengkap dalam suatu jangka masa yang
singkat. Bahasa mengambil masa yang agak lama untuk menjadi
semakin mantap. Proses pemantapan bahasa akan berterusan
tanpa henti. Lihatlah bagaimana setiap beberapa tahun sekali,
kamus akan menambah ketebalannya membuktikan wujudnya
kemasukan entri-entri baru. Bahasa yang tidak berkembang akan
mudah pupus atau beku. Bahasa Melayu sangat bertuah kerana sejak
dahulu sudah ada sistem tulisannya yang tersendiri. Inilah yang
mendorong bahasa untuk terus berkembang maju.
Kalau kita tidak kita yang sayangkan bahasa kita, siapa lagi?
Bahasa harus dijaga, supaya tiada perbendaharaan katanya yang
tercicir. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka menggali bahasa-bahasa
lama untuk digunakan semula sangatlah terpuji. Bak kata sebuah
pantun lama:
Waktu malam bintang berkelip,
Berkelip-kelip hingga ke pagi,
Yang sudah cicir mesti dikutip,
Yang sudah hilang mesti dicari.

26 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Latihan Kendiri 1.1


Sila cuba latihan berikut tanpa menyemak cadangan jawapannya
seperti yang tercatat di akhir bab ini.
1. Berikut ialah kumpulan contoh kata pinjaman bagi bahasabahasa berkenaan. Yang manakah di antara contoh berikut
adalah TIDAK TEPAT?
JAWAPAN

BAHASA

A.

Bahasa Arab

ustaz, solat, fitrah, madrasah


dan baligh

B.

Bahasa Jawa

wayang, gusti, lakon, jaguh


dan ratu

C.

Bahasa Parsi

sutera, kapas, guni, gajah dan


panah

D.

CONTOH KATA PINJAMAN

Bahasa Portugis baldu, baldi, bendera, garpu


dan keju

2. Dalam protokol bahasa Melayu, untuk perbualan formal


memang telah sedia ada gelaran penuh bagi seseorang. Yang
berikut adalah padanan yang betul KECUALI
A.
B.
C.
D.

Yang Arif
Yang Berhormat Mulia
Yang Berbahagia
Yang Amat Setia

Hakim-hakim
Anggota Parlimen
Ketua Pengarah atau Pengarah
Ketua Polis Negara

3. Hikayat-hikayat lama biasanya menggunakan bahasa istana.


Yang manakah padanan berikut SALAH?
A.
B.
C.
D.

Mangkat membawa maksud meninggal dunia.


Beradu membawa maksud bertinju.
Santap membawa maksud makan.
Berangkat membawa maksud datang.

UNIT 1 27
Pengenalan

4. Penggunaan bahasa istana berikut adalah tepat dalam


ayat-ayat berikut KECUALI
A. Sultan Idris Syah telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor
yang baru.
B. Sultan yang sedang gering itu telah ditemani oleh
anakandanya di Wad Diraja.
C. Puteri raja itu sedang mandi sambil menyanyi di kolam
dengan para dayang istana.
D. Tuanku sedang beradu di kamar baginda setelah berangkat
kembali dari berburu.

5. Bahasa X timbul akibat daripada interaksi antara orang-orang


yang datangnya daripada kelompok yang berlainan. Bahasa ini
juga dikenali sebagai bahasa pasar.
Bahasa X juga dikenali sebagai __________.
A.
B.
C.
D.

Bahasa Kebangsaan
Bahasa Rasmi
Bahasa Pijin
Bahasa Kreol

6. Rajah 1 Rumpun Bahasa Austronesia

Rumpun Bahasa Austronesia

Polinesia

Malenesia

Mikronesia

X ialah rumpun bahasa __________.


A.
B.
C.
D.

Melayu
Jawa
Nusantara
Asia Tenggara

28 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

7. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia


kerana bahasa tersebut merupakan
I
II
III
IV

Bahasa kaum majoriti negara ini.


Bahasa yang paling banyak kosa kata.
Bahasa peribumi yang telah meluas penggunaannya.
Bahasa yang menjadi alat perhubungan antara kaum.

A.
B.
C.
D.

I dan II
II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV

8. Berikut ialah orang sarjana Barat yang terlibat secara langsung


dalam perkembangan bahasa Melayu KECUALI __________.
A.
B.
C.
D.

R.O. Winstedt
R.J. Wilkinson
W.G. Shellabear
J.W.W. Birch

9. Rajah 2 Peta Asia Tenggara


MYANMAR
NEGARA THAI

3
2
1
4

Bahagian yang dilorekkan ialah taburan asli bagi penutur bahasa


Melayu. Bahasa Melayu mula berkembang di kawasan yang
bertanda __________.
A.
B.
C.
D.

1
2
3
4

UNIT 1 29
Pengenalan

10. Bahasa ini disampaikan ikut sedap hati dan mulut tanpa
mengambil kira akan perasaan orang yang mendengar katakata yang dilafazkan itu. Bahasa yang dimaksudkan ialah
__________.
A.
B.
C.
D.

bahasa halus
bahasa istana
bahasa formal
bahasa kasar

Cadangan jawapan aktiviti

Maklum Balas
Aktiviti 1.1
Latihan A
Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Moden

Vulan

Bulan

Nayik

Naik

Samvau

Semua

mangalap

Mengadap

sukhacitta

Sukacita

Mudika

Mudik

Mamava

Membawa

Marlapas

Berlepas

Latihan B
Jawapan anda?

Ya, betul. Petikan A adalah dalam bahasa Melayu Kuno (yang


bercampur dengan unsur-unsur bahasa Sanskrit) pada zaman
Kerajaan Srivijaya. Petikan ini adalah seperti yang tercatat
pada Batu bersurat Kedukan Bukit (863 Masihi).

30 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Benar, Petikan B ini agak susah di kenal pasti. Sebenarnya


inilah bahasa Melayu Klasik (istana) ketika Kedah di bawah
naungan Siam. Surat ini ditulis pada 1837 Masihi oleh
Sultan Kedah kepada William James Salmond, Residen
Canselor Pulau Pinang.

Catatan: Perhatikan sekali lagi penggunaan bunga-bunga bahasa


antara kedua-dua manuskrip ini, selain daripada gaya bahasa dan
perbendaharaan katanya.

Aktiviti 1.3
1. A
2. D
3. B

Aktiviti 1.4
Di Malaysia, Melayu ditakrifkan dengan makna yang lebih khusus
iaitu kelompok bangsa yang:

Menuturkan bahasa Melayu.

Mengamalkan adat-istiadat Melayu.

Beragama Islam.

Takrif ini terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan digunakan


khusus bagi mentafsirkan undang-undang.
Bagaimanapun UNESCO pula menetapkan bahawa orang Melayu
ialah suku bangsa di Semenanjung termasuk orang-orang Melayu
di Negara Thai, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.

UNIT 1 31
Pengenalan

1.2 Dasar dan Kedudukan Bahasa Melayu


Objektif
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan kepentingan pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi dan kebangsaan.
2. Membincangkan secara rasional kedudukan bahasa Melayu dalam
perlembagaan.
3. Menjelaskan hal yang berkaitan dengan Akta Bahasa Kebangsaan dan
Akta Pendidikan.

Mukadimah
Bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang teristimewa di Malaysia kerana
dilindungi oleh perlembagaan khususnya dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan
Akta Pendidikan. Dalam bab ini, kita akan melihat sepintas lalu mengenai
perkara ini memandangkan anda telah didedahkan dengan perkara ini dalam
bab pertama. Apatah lagi, kita akan perhalusi dan bincangkan perkara yang
sama sedikit lagi dalam bab ketiga. Bab ini juga akan membawa anda memahami
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan lebih jelas.

Dasar dan kedudukan bahasa Melayu


Selepas merdeka hanya dua persoalan yang timbul di hati rakyat Malaysia mengenai
isu bahasa ini:

Mampukah bahasa Melayu


menjadi bahasa perantara
antara penduduk Malaya
(kemudiannya, Malaysia) dan
juga dalam sistem pentadbiran
negara?

1. Kalau jawapannya ya,


bagaimana?
2. Kalau tidak? Kenapa?
3. Mengapa tidak bahasa
lain?

Dalam usaha mencapai kesempurnaan sebagai sebuah bahasa yang akan menjadi
penghubung antara rakyat serta digunakan dalam semua urusan pentadbiran
kerajaan, bahasa ini telah dirancang semula dengan teliti agar mencapai standard
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara kita.

32 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Asas pemilihan bahasa Melayu


Kenapa bahasa Melayu? Kenapa tidak bahasa yang lain?
Bahasa Melayu dipilih kerana bahasa ini telah menghuni Alam Melayu lebih
awal dari bahasa-bahasa lain di Malaysia. Bahasa ini pernah menjadi bahasa
pentadbiran dan perdagangan semasa zaman Kesultanan Melaka. Malah yang
lebih mengagumkan lagi, bahasa ini menjadi lingua franca sejak zaman Kerajaan
Srivijaya lagi. Bahasa ini juga digunakan oleh rakyat Malaysia untuk menuntut
kemerdekaan dari Inggeris. Bahasa yang sudah meluas penggunaannya di kalangan
semua etnik di Malaysia bukannya sebuah bahasa baru.
Sehubungan itu, dalam pemilihannya sebagai lambang perpaduan negara, bahasa
Melayu dilihat mampu untuk menjadi Bahasa Kebangsaan. Justeru, Dasar Bahasa
Kebangsaan berlandaskan tiga perkara ini iaitu:
Bahasa Melayu dilihat dapat menjadi perantara kepada integrasi nasional di
kalangan pelbagai kaum di Malaysia.
Bahasa Melayu dapat mewujudkan identiti nasional.
Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan
mengikut Penyata Razak 1956.

Oh, ya... perjuangan menuntut bahasa Melayu sebagai bahasa utama tercapai selaras
dengan kemerdekaan negara. Ia dapat dilihat selepas kerajaan mula bertolak ansur
kerana rancangan Malayan Union mendapat tentangan.

Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan


Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan Bahasa Kebangsaan ialah bahasa
Melayu (yang mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmi) dan dalam bentuk
tulisan (tulisan Rumi) yang telah ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan.
Bagaimanapun peruntukan ini juga tidak menyekat bahasa-bahasa ibunda kaum
yang lain daripada terus berkembang. Ini dinyatakan dengan jelas sebagai:
a. Tiada siapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi
apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar
atau belajar, apa-apa bahasa lain.
b. Tiada apa-apa dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan
atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan
penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.

UNIT 1 33
Pengenalan

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971)


Kalau bahasa Melayu mempunyai kedudukannya sebagai bahasa rasmi, bagaimana
pula dengan bahasa Inggeris? Sehubungan itu, Seksyen 4 Akta Bahasa Kebangsaan
ini memberi peruntukan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam perkaraperkara berikut:
a. Nasihat atau pendapat undang-undang dan juga surat-menyurat
berkenaan dengan nasihat atau pendapat undang-undang berhubung
dengan mana-mana undang-undang yang naskhahnya yang sahih ialah
bahasa Inggeris.
b. Perutusan dengan kerajaan-kerajaan luar negeri atau badan-badan
antarabangsa jika penggunaan bahasa Inggeris tidak dapat dielakkan.
c. Perutusan dengan pakar-pakar atau perunding-perunding yang
berkhidmat atau bekerja dengan mana-mana kerajaan atau badan
berkanun dalam Malaysia.
d. Latihan atau peperiksaan jika kursus atau naskhah yang diluluskan bagi
sesuatu mata pelajaran ialah bahasa Inggeris.
e. Latihan yang dijalankan oleh pakar-pakar luar negeri.
f. Perutusan dengan kakitangan kedutaan-kedutaan Malaysia yang diambil
bekerja di tempat itu.
g. Dalam Kementerian Kesihatan, laporan atau arahan berkenaan dengan
orang sakit, penentuan ubatan dan arahan selepas pembedahan.
h. Panduan dan arahan dasar kepada wakil-wakil Malaysia di luar negeri jika
penggunaan bahasa Inggeris tidak dapat dielakkan
i. Dalam Jabatan Hasil Dalam Negeri, kerja-kerja berkenaan dengan
penaksiran, komputer dan kira-kira, pemungutan dan penyiasatan.

Apabila kita berbincang mengenai hal ini, rasanya tidak kena sekiranya peranan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak disentuh langsung. DBP adalah salah
sebuah badan yang bertanggungjawab meletakkan kedudukan bahasa Melayu
pada tarafnya yang ada sekarang.

34 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Dewan Bahasa dan Pustaka


DBP ditubuhkan sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran pada 22
Jun, 1956 di Johor Bahru. DBP yang termaktub dalam Ordinan DBP 1959 dan
pindaan menjadikan Akta DBP 1972 ialah:
a. Memaju dan memperkaya bahasa Melayu.
b. Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.
c. Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau
penerbitan buku-buku, risalah dan bentuk persuratan lain dalam bahasa
kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.
d. Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang
sesuai dalam bahasa kebangsaan.

Aktiviti 1.6
Tandakan [], jika anda bersetuju dengan cara digunakan oleh
kerajaan dalam usaha mengekalkan taraf bahasa Melayu? Jika
jawapan anda tidak, catatkan alasan anda secara rasional mengapa
anda berpendapat begitu. (Anda boleh berbincang dengan tutor
mengenai alasan anda sekiranya tidak bersetuju.)
Bersetuju

Perkara
Menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan seperti
termaktub dalam Perk ara 152
Perlembagaan Malaysia.
Menetapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar pendidikan.
Pe n g g u n a a n b a h a s a M e l a y u
dalam sistem pemerintahan dan
pentadbiran negara.
Kempen bahasa kebangsaan seperti,
Kempen Minggu dan Bulan Bahasa
serta Gerakan Cintai Bahasa Kita.
Syarat kelulusan bahasa Melayu
dalam peperiksaan SPM.
Syarat kelulusan bahasa Melayu
di peringkat SPM untuk menjawat
jawatan.

Alasan

UNIT 1 35
Pengenalan

Bersetuju

Perkara

Alasan

Pengajaran dan pendedahan bahasa


Melayu melalui media massa.
Mengadak an peraduan dalam
genre kesusasteraan dan Anugerah
Sasterawan Negara.

Akta Pendidikan
Penyata Razak 1956 telah membuka era baru dalam dasar bahasa dalam pendidikan
di Tanah Melayu pada ketika itu. Laporan ini dengan beraninya mengusulkan
cadangan penggunaan bahasa pengantar di sekolah menggunakan bahasa Melayu
mulai tingkatan satu. Usul ini menjadi titik tolak kepada laporan-laporan
pendidikan yang akhirnya membolehkan bahasa Melayu berada pada kedudukannya
pada hari ini.

Aktiviti 1.7
Bandingkan isu bahasa yang terkandung dalam Penyata Razak 1956
dengan Penyata Rahman Talib 1960 yang menjadi asas kepada
penggubalan Akta Pendidikan 1961 ini.
Tuliskan apakah cadangan Rahman Talib mengenai kedudukan
bahasa dalam pendidikan? (Anda boleh berbincang dengan tutor
bagi memperolehi jawapan.)

Bahasa Melayu sebagai bahasa


pengantar di sekolah rendah
kebangsaan
Bahasa Melayu menjadi mata
pelajaran wajib di semua
sekolah

Kata Penyata Razak

Kata Penyata Rahman Talib

36 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Kesimpulannya, Akta Pendidikan 1961 memperakui bahasa Melayu


dengan kenyataan:
dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki
untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara
berkesan, termasuk khususnya peruntukan perkembangan
yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam masa bahasa
kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.
Sumber: Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (1999)
Bahasa Kebangsaan, halaman 17 18

Rujukan Internet
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Penyata Razak dan
Penyata Rahman Talib, sila rujuk kepada laman web:
http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=imbasan_sejarah&
bhs=my

Rumusan
Proses mendaulatkan bahasa Melayu dapat anda rujuk seperti
berikut (bermula dari 1 hingga 11)
1. Institut Pengajian Tinggi
2. Kerusi Melayu di Universiti Malaya di Singapura 1953
3. Penubuhan Persekutuan Melayu Universiti Malaya 1955
(PBMUM)
4. Lembaga Tetap Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Malaya (1956)
5. Penyata Razak (1956)
6. Penubuhan Sekolah Menengah Melayu
7. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)
8. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

UNIT 1 37
Pengenalan

9. Majlis Bahasa Kebangsaan


10. Panitia Perlaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-Indonesia
11. Pembentukan Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967

Latihan Kendiri 1.2


Sila cuba latihan berikut tanpa merujuk cadangan jawapannya
seperti yang tercatat di akhir bab ini.
1. Sebelum kedatangan Islam, terdapat TIGA bahasa utama di
Alam Melayu, iaitu:
a. ______________________________________________
b. ______________________________________________
c. ______________________________________________

2. Pembakuan bahasa Melayu melibatkan soal ketepatan dari segi:


a. ______________________________________________
b. ______________________________________________
c. ______________________________________________

3. Nyatakan aspek-aspek yang diambil kira dalam proses


pembinaan dan perancangan bahasa Melayu Moden?
a. ______________________________________________
b. ______________________________________________
c. ______________________________________________

38 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

4. Beri pandangan anda secara ringkas mengenai kenyataan ini:


Masa depan bahasa Melayu di Malaysia adalah cerah.
_______________________________________________
_______________________________________________
________________________________________________

5. Apakah TIGA matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan


Pustaka?
a. ______________________________________________
b. ______________________________________________
c. ______________________________________________

UNIT 1 39
Pengenalan

1.3 Status dan Fungsi Bahasa Melayu


Objektif
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti kedudukan dan peranan bahasa Melayu di Malaysia.
2. Membezakan ciri-ciri dan peranan antara bahasa kebangsaan dengan
bahasa rasmi.
3. Merumus keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia
serta membandingkannya dengan negara-negara merdeka yang lain.
4. Menjelaskan secara rasional dan berhemah kepentingan bahasa Melayu
sebagai lambang perpaduan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Mukadimah
Mulai tahun 1969, bahasa Inggeris telah kehilangan kedudukannya
sebagai bahasa rasmi dan kedudukan ini digantikan dengan bahasa
Melayu. Memandangkan bahasa kebangsaan, biasanya dan seharusnya
tunggal lalu bahasa ini terus berkembang sesuai dengan tarafnya selama
lebih dua dekad.
(Asmah Haji Omar, 1993)
Status dan fungsi bahasa Melayu terus berubah apabila kita mencapai kemerdekaan
daripada pihak Inggeris pada tahun 1957. Sejak itu negara kita sudah mulai
beransur-ansur menggantikan peranan bahasa Inggeris untuk urusan-urusan
rasmi, pentadbiran serta dalam bidang pendidikan dengan menggunakan bahasa
Melayu. Sesetengah negara di dunia yang tidak pernah dijajah seperti Britain dan
Thailand tidak perlu lagi memikirkan tentang taraf bahasa kerana bahasa (rasmi
dan kebangsaan) di negara tersebut sudah stabil dan mantap. Negara-negara yang
tidak pernah dijajah pada kebiasaannya bahasa mereka akan berkembang selaras
dengan perkembangan sosiobudaya, politik dan ekonomi.
Sebenarnya memanglah sangat sukar untuk menetapkan serta memilih bahasa
rasmi dan kebangsaan dalam masyarakat pelbagai bahasa (multilingual) yang
terdiri daripada pelbagai budaya. Bagaimanapun bagi Malaysia keadaan ini tidak
menjadi persoalan kerana bahasa Melayu telah lama wujud di negara ini. Justeru
kedudukan dan peranannya telah terpelihara sejak dari awal. Keadaan ini menjadi
semakin stabil kerana statusnya tercatat dalam perlembagaan. Inilah isu yang
kita akan lihat dan bincangkan dalam bab 1.3.

40 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Apakah status bahasa Melayu di Malaysia?


Setelah bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, status bahasa
Melayu di Malaysia berada pada tahap yang teristimewa dan tinggi. Apatah lagi status
ini termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan:
Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apaapa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh
Parlimen...

Sekiranya anda masih kurang jelas dengan terma ini, silalah rujuk semula bahagian
yang berkaitan dengan hal ini dalam bab 1.2.
Walaupun kedudukan bahasa Melayu dikatakan selamat mengikut perlembagaan,
namun secara logiknya, kitalah yang akan menentukannya status ini sama ada
berterusan atau tidak. Sebagai pengguna bahasa, kitalah yang akan bertanggungjawab
meletakkan status bahasa ini pada kedudukannya di Malaysia, mahupun di
atas peta dunia. Kalau penduduk Indonesia begitu berbangga dengan bahasa
Melayu (Indonesia) ini, padahal bahasa tersebut baru sahaja digunakan secara
meluas untuk menyatukan penduduknya dalam satu dasar bahasa yang sama
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan pada tahun 1947, kenapa tidak
kita? Tambahan pula kita sudah menggunakan bahasa ini lebih awal lagi daripada
mereka.
Perbincangan tentang hal ini tidak pernah ada titik noktahnya. Dalam alaf baru
serta ledakan arus globalisasi teknologi, bahasa Melayu dilihat sedikit tergugat
kerana suatu lingua franca baru diperlukan untuk menyerap idea-idea dari luar.
Itulah yang menjadikan bahasa Inggeris mula mengambil kekurangan-kekurangan
yang tidak dapat dilaksanakan oleh bahasa Melayu dalam arus perdana akhirakhir ini. Untuk mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu pada kedudukannya
seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan, bahasa Melayu seharusnya
menyediakan kosa kata yang dapat merentasi setiap bidang ilmu serta menguasai
laras bahasa dengan efektifnya. Pemilihan bahasa Inggeris sebagai pengantar bahasa
Sains dan Teknologi pada peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian
tinggi telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Benarkah bahasa Melayu kita sudah
tidak mampu lagi untuk menjadi wahana pendidikan Sains dan Teknologi? Atau
pemilihan pengantar berbahasa Inggeris sekadar untuk mempelbagaikan kebolehan
berbahasa dalam kalangan pelajar untuk menyertai arus globalisasi maklumat
dunia?

UNIT 1 41
Pengenalan

Kesimpulannya status dan cabaran bahasa Melayu pada hari ini dapat ditunjukkan
seperti berikut:

Lingkungan Masyarakat
Bahasa
Peranan pengguna
bahasa

STATUS
Bahasa Melayu

Kedudukan dalam
Perlembagaan

Lingkungan Arus Globalisasi


Bahasa

Rajah 1.10 Status bahasa Melayu dan cabaran

Sebelum Merdeka
Status bahasa Melayu merosot ketika pentadbiran Inggeris iaitu selepas Perang
Dunia Kedua. Ini memandangkan pegawai-pegawai Inggeris yang ditugaskan
di Tanah Melayu ketika itu lebih mementingkan penggunaan bahasa Inggeris
dalam pentadbiran kolonial mereka. Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, bahasa
Inggeris menjadi bahasa rasmi bukan sahaja dalam pentadbiran tetapi juga menjadi
bahasa pengantar dalam pendidikan serta mendapat kedudukan yang tinggi dalam
masyarakat. Padahal sebelum perang, pegawai Inggeris yang ditugaskan di negara
kita mempunyai minat yang tinggi dan mendalam terhadap bahasa Melayu. Apatah
lagi pada ketika itu syarat untuk disahkan ke jawatan bagi pegawai Inggeris yang
bertugas di Tanah Melayu ialah mesti lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu.
Inilah yang mendorong mereka mempelajari bahasa Melayu secara mendalam.
Pada era tersebut juga, munculnya beberapa orang sarjana bahasa Melayu daripada
kalangan orang Inggeris seperti R.O. Winstedt, R.J. Wilkinson, C.C. Brown,
W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawfurd. Bagaimana selepas
perang, bahasa Melayu mengalami kemerosotan dari segi penggunaan dan juga
kepentingannya. Inilah yang mendorong orang-orang Melayu mendesak Inggeris
memperuntukkan hal yang berkaitan dengan bahasa Melayu ketika Suruhanjaya
Reid merangka Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1956.
Hal yang berkaitan dengan Bahasa
Melayu tercatat dalam Perkara ke
berapa Perlembagaan Malaysia?

42 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Aktiviti 1.8
Soalan: Sesuaikan nama sarjana bahasa tersebut dengan buku yang
telah disusun oleh mereka. (Anda boleh berbincang dengan tutor
anda untuk mendapatkan jawapan.)
Sarjana

Buku

R. J. Wilkinson

Sejarah Melayu

W. Marsden

Tarikh Melayu

W. G. Shellabear
R. O. Winstedt

A Malay English Dictionary


A Dictionary and Grammar of the
Malayan Language

Rajah 1.11 R. J. Wilkinson menyusun A Malay English Dictionary


Sumber: Gallop, A T (1994) The Legacy of the Malay Letter, Letter: The British Library
yang dipetik dari Wright, A and Cartwright, H A (eds.) (1908) Twentieth Century
Impression of British Malaya, London: Lloyds. Gambar ihsan Gullick, J.

UNIT 1 43
Pengenalan

Selepas Merdeka
Kemerosotan bahasa Melayu tidak berterusan kerana selepas kita merdeka, usaha
untuk mendaulatkan bahasa Melayu berjalan dengan agresif. Usaha memartabatkan
bahasa Melayu dipelopori oleh para wartawan, budayawan, guru-guru, sasterawan
dan juga melibatkan ahli-ahli politik. Desakan begini telah bermula sejak sebelum
kemerdekaan lagi. Bahasa Melayu menerima tanggungjawab yang besar sebagai
bahasa perpaduan untuk semua kaum selain menjadi lambang kebangsaan. Beban
awalnya dapat dilihat dalam peranannya sebagai bahasa rasmi yang menggantikan
bahasa Inggeris secara berperingkat. Sehubungan itu, untuk tujuan memantapkan
lagi bahasa Melayu agar dapat duduk dan berdiri dengan bahasa-bahasa lain di
dunia, para ahli bahasa telah merancang bahasa. Sebagai sebuah negara baru
ketika itu, bahasa Melayu dirancang semula untuk disesuaikan dengan keadaan
semasa. Tanggungjawab ini telah disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Aktiviti 1.9
Senaraikan LIMA usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk
memantapkan bahasa Melayu di Malaysia selepas merdeka.

Rujukan Internet
Sila ke laman web ini http://www.dbp.gov.my untuk mencari
jawapannya.

Era alaf baru


Sejajar dengan peranannya sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu terus memantapkan
sistem pengejaan, penyeragaman kod dan memodenkan bahasa untuk mencapai
status yang selayaknya. Bahasa kita dengan pantas mengejar arus perubahan Sains
dan Teknologi. Marilah kita lihat proses perkembangan seterusnya.
a. Peringkat pengabjadan (graphisation)
Melibatkan sistem pengejaan pada huruf yang belum mempunyai
bentuk ejaan yang lengkap. Di Malaysia pada peringkat ini, kita pernah
mewujudkan keselarasan bunyi huruf rumi kepada jawi. Sebagai
contohnya, untuk huruf v yang tiada dalam sistem Zaaba dan Wilkinson,
diselaraskan dengan huruf jawi ditulis sebagai [].

44 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

b. Peringkat penyeragaman (standardisation)


Mewujudkan norma-norma umum untuk mengatasi sifat-sifat dialek,
sama ada dialek daerah atau dialek sosial. Misalnya, perkataan segan
ialah untuk makna malu dan bukannya bermaksud malas. Begitu juga
keselarasan makna untuk buka, tanggal, pecat dan buang, apabila
dirujuk kepada baju perkataan yang paling sesuai ialah buka atau
tanggal. Penggunaan mengikut daerah dapat dirujuk seperti berikut:
1. Buang baju itu. (perkataan buang digunakan di Kedah untuk
menggantikan buka atau tanggal.)
2. Pecat baju itu. (perkataan pecat digunakan di Kelantan untuk
menggantikan buka atau tanggal.)

c. Peringkat pemodenan (modernisation)


Menterjemah bahan-bahan dari bahasa-bahasa lain sebanyak mungkin
untuk disesuaikan dengan zaman semasa. Di Jepun misalnya, setiap buku
baru berbahasa asing yang berada di pasaran, proses terjemahan hanya
mengambil masa sebulan sebelum diterbitkan bagi kegunaan penduduk
Jepun. Walaupun proses terjemahan kita tidak sepantas di Jepun namun
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia telah mengambil inisiatif
untuk merealisasikannya. DBP juga bertanggungjawab mewujudkan
istilah-istilah baru, misalnya untuk istilah komputer seperti berikut:
Bahasa Asal Inggeris

Terjemahan

Mouse

Tetikus

Software

Perisian

Hardware

Perkakasan

Screen

Layar

Keyboard

Papan kekunci

Rajah 1.12 Terjemahan istilah teknologi ke bahasa Melayu

Fungsi bahasa Melayu di Malaysia


Seperti yang anda telah sedia maklum, bahasa Melayu telah menjadi lingua franca
sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi. Pada ketika itu bahasa tersebut menjadi bahasa
perantaraan antara pemerintah dengan rakyat. Bahasa yang bersifat sederhana ini
terus berkembang sehingga akhirnya menguasai pertuturan harian antara pelbagai
kaum, penulisan surat-menyurat dan hasil-hasil kesusasteraan, pengembangan
agama, perdagangan serta pernah pula mewarnai peta dunia sebagaimana yang
kita ketahui melalui pembacaan.

UNIT 1 45
Pengenalan

Bagaimana pula dengan fungsi bahasa tersebut di Malaysia dewasa ini? Apakah
kelangsungannya sebagai bahasa utama di Alam Melayu terus terpelihara? Dalam
topik ini, kita akan melihat fungsi bahasa Melayu dalam empat peranannya yang
penting iaitu sebagai:
Bahasa kebangsaan
Bahasa rasmi
Bahasa perpaduan
Bahasa ilmu

Bahasa ilmu

Bahasa kebangsaan

Bahasa rasmi

Bahasa perpaduan

Rajah 1.13 Fungsi bahasa Melayu saling melengkapi

Bahasa kebangsaan
Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan-tujuan kebangsaan.
Bahasa ini digunakan sebagai lambang simbolik misalnya digunakan ketika
menyambut hari kemerdekaan ataupun upacara-upacara negara yang bersifat
kebangsaan. Kebiasaannya bahasa kebangsaan dipilih daripada salah sebuah bahasa
tempatan atau peribumi yang telah meluas penggunaannya serta menggambarkan
identiti kebangsaan negara berkenaan.
Bahasa kebangsaan mestilah menunjukkan ciri-ciri sebagai simbol negara bangsa
serta memperlihatkan identiti sesebuah negara dan dapat melahirkan ikatan
perpaduan untuk menyatukan rakyat. Oleh itu, bahasa kebangsaan haruslah dapat
mewujudkan identiti kebangsaan dan kedaulatan. Bahasa tersebut mestilah efisien
dan sesuai digunakan dalam apa keadaan (bergantung kepada fungsinya) serta dapat
menjadi alat ataupun kayu pengukur keutuhan bangsa. Selain itu, bahasa tersebut
dapat mewujudkan jati diri serta dapat disesuaikan dengan isu-isu pemodenan.

46 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Sehubungan itu, sesuai pula dengan statusnya sebagai bahasa peribumi dan bahasa
asal Alam Melayu, lalu bahasa Melayu telah terpilih sebagai bahasa kebangsaan.
Bagaimanapun selepas peristiwa 13 Mei, 1969 nama bahasa Melayu ditukar
kepada bahasa Malaysia untuk tujuan perpaduan serta sebagai lambang bahasa
untuk bangsa Malaysia. Walaupun begitu akhir-akhir ini, penggunaan istilah
bahasa Melayu dikekalkan semula. Sekiranya kita melangkah ke Selat Tebrau, isu
bahasa kebangsaan di Singapura agak berbeza sedikit. Dalam hal ini, Singapura
telah memilih empat bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil sebagai
bahasa kebangsaannya. Di Singapura telah wujud suatu kecenderungan untuk
melenyapkan dialek-dialek misalnya Hokkien, Teochew, Kantonis serta beberapa
dialek-dialek Cina yang lain dan menyatukan mereka dalam satu bahasa Cina
iaitu bahasa Mandarin.

Bahasa rasmi
Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam urusan-urusan rasmi kerajaan.
Bahasa rasmi tidak semestinya dipilih daripada bahasa asal (tempatan) sesebuah
negara. Oleh yang demikian bagi negara-negara yang bahasa kebangsaannya tidak
dapat menyediakan hubungan dalaman dan luaran; mungkin lebih daripada satu
bahasa akan dipilih sebagai bahasa rasmi. Misalnya di India, terdapat 14 bahasa
rasmi yang lain (setiap kawasan mempunyai bahasa rasmi yang berbeza). Di samping
itu, di India juga bahasa Inggeris dan Hindi digunakan di setiap daerah sebagai
bahasa rasmi utama.
Eloklah kita kembali ke Malaysia dan melihat bagaimana bahasa Melayu telah
digunakan secara meluas dalam pentadbiran negara dan dalam semua urusan
kerajaan. Malah bahasa Melayu juga menjadi bahasa pengantar sistem pendidikan.
Bahasa rasmi mendapat kedudukan yang tinggi dalam mana-mana negara di
dunia. Bahasa rasmi biasanya berbentuk standard. Maksud standard di sini
ialah bahasa ini dapat menunjukkan unsur-unsur keseragaman dan mempunyai
kemampuan dalam semua bidang ilmu. Itulah yang menjadikan sesetengah bahasa
tempatan yang tidak mencapai tahap intelektual akan memilih bahasa dari luar
untuk menjadi bahasa rasminya. Kes-kes begini banyak berlaku di negara-negara
yang baru merdeka dari penjajah, khususnya di negara-negara Afrika.
Sebagaimana yang ditegaskan sejak awal, bahasa Melayu mula digunakan sebagai
bahasa rasmi sebaik sahaja Malaysia merdeka. Bagaimanapun penggunaan bahasa
Melayu sepenuhnya dalam bidang pendidikan hanya disempurnakan sepenuhnya
selepas sepuluh tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Hal yang sama juga
berlaku di Sabah dan Sarawak selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Bagaimanapun mulai tahun 2003, bahasa Inggeris mula digunakan semula dalam
bidang pendidikan untuk subjek-subjek khusus iaitu; Sains (dan teknologi) serta
Matematik di sekolah-sekolah dan IPTS. Hal ini tidak bertentangan dengan dasar
pendidikan negara kerana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi kedua di negara ini
(dihuraikan dalam Perlembagaan Negara).

UNIT 1 47
Pengenalan

Bahasa perpaduan
Negara kita yang terdiri daripada pelbagai etnik tertentu sahaja menghadapi
masalah sekiranya perpaduan tidak dijadikan teras untuk menyatukan pelbagai
etnik. Apatah lagi negeri-negerinya pula terpisah kerana struktur politik yang
berbeza semasa zaman penjajahan suatu ketika dahulu telah meletakkan ruang
antara hati rakyatnya. Sehubungan itu, untuk menyatukan bangsa sudah pasti
adanya tali untuk mengikatnya. Kita sering menyebut, bahasa jiwa bangsa...
lalu bahasa Melayu dijadikan tali untuk mengikat jambatan hati rakyat Malaysia.
Kalaulah bahasa Indonesia dapat menyatukan lebih 200 juta rakyatnya, kenapa
pula tidak dengan kita? Benarkah bahasa Melayu dikatakan sebagai bahasa
perpaduan di Malaysia? Cubalah anda teliti peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan.

Aktiviti 1.10
Pada pandangan anda medium yang manakah paling efektif untuk
menyatukan rakyat melalui bahasa? (Anda boleh berbincang
dengan tutor untuk mendapatkan jawapannya.)
a. Pendidikan
b. Sukan
c. Kebudayaan
d. Media massa

Kenapa anda berkata demikian?

Bahasa ilmu
Kita sebenarnya telah melihat dengan mendalam bagaimana proses bahasa Melayu
menjadi bahasa utama dalam pendidikan. Sebenarnya apabila bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa kebangsaan seperti cadangan dalam Laporan Razak
1956, itulah titik tolak ke arah memartabatkan bahasa kita sebagai bahasa ilmu.
Hal ini diperkukuh lagi apabila dalam Laporan Rahman Talib 1960, bahasa
Melayu disyorkan menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan universiti.
Setelah itu, apabila Universiti Kebangsaan ditubuhkan dan menjadi universiti
pertama yang menggunakan bahasa Melayu dalam pendidikannya, masyarakat
mulai yakin dengan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Sejak itulah
DBP telah berusaha untuk menterjemah pelbagai istilah untuk memperkaya lagi
bahasa ilmu di negara kita.

48 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Menurut Ketua Editor Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), Puan Hajah Noresah
Baharom:
Kira-kira 6,000 kata masukan baru yang meliputi 3,972 kata dasar serta
2,028 kata turunan atau kata terbitan mewajahi Kamus Dewan Edisi Ketiga
ini. Kata-kata baru yang memuati kamus ini terdiri daripada kata umum,
istilah umum dalam pelbagai bidang ilmu, seperti kewangan, ekologi,
perubatan dan lain-lain.

Rumusan
Setelah melihat kejayaan bahasa Melayu untuk berdiri dengan
megahnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa
perpaduan dan bahasa ilmu di persada negara, kita sedar keadaan
ini tidak mungkin berkekalan selama-lamanya sekiranya tidak ada
usaha yang berterusan untuk memantapkannya. Sekiranya kita
mengabaikan bahasa, tentulah bahasa yang indah dengan sejarah
yang panjang ini tidak ke mana perginya. Lalu pantun di bawah
sekadar gajah putih sahajalah.
Yang kurik kendi,
Yang merah saga;
Yang cantik budi,
Yang indah bahasa.

Latihan Kendiri 1.3


Sila cuba latihan berikut tanpa merujuk cadangan jawapannya
seperti yang tercatat di akhir bab ini. Anda boleh menggunakan
peta minda untuk tujuan ini.
1. Senaraikan TIGA alasan mengapakah sesetengah negara
memilih bahasa penjajah sebagai bahasa rasmi negara mereka?
Kemukakan contoh-contoh.
2. Cadangkan DUA langkah bagaimana kerajaan dapat
memupuk bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah swasta yang
menggunakan kurikulum luar negara, dan menjadikan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantarnya.

UNIT 1 49
Pengenalan

1.4 Bahasa dan Budaya


Objektif
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan bagaimana bahasa Melayu itu berkait rapat dengan budaya
bahasa Melayu.
2. Menjawab dengan betul sekurang-kurangnya 80% daripada latihan-latihan
yang dikemukakan.
3. Membezakan dengan tepat sekurang-kurangnya sepuluh daripada enam
belas ragam bahasa berpandukan panduan-panduan yang diberi.

Mukadimah
Bahasa berkait rapat dengan budaya sesebuah bangsa. Budaya Melayu dikatakan
sangat mementingkan unsur-unsur lemah lembut dan menghormati orang yang lebih
tua. Justeru, bahasa Melayu menerapkan elemen-elemen yang begitu dalam budaya
bahasanya. Lihatlah bagaimana masyarakat Melayu diasuh sejak kecil menggunakan
kata sapaan atau kata rujuk hormat tertentu ketika berbicara. Sehubungan itulah
dua konsep utama sering menjadi kayu pengukur dalam masyarakat Melayu iaitu
beradab dan biadab. Seperkara lagi, perkataan kurang ajar dan tertib menjadi
asas untuk melabelkan individu yang melanggar norma-norma berbahasa dalam
budaya bahasa Melayu ini. Dalam bab ini, kita akan melihat budaya bahasa Melayu
melalui aspek-aspek berikut:
Neka bahasa
Ragam bahasa
Kesantunan bahasa
Variasi bahasa

Latar belakang masyarakat Melayu dan bahasa Melayu


Sesebuah bahasa mempunyai beberapa dialek atau loghat berdasarkan perbezaan
daerah ataupun perbezaan sosial. Perbezaan wujud dari segi sebutan, kosa kata, unsur
nahu, peribahasa, ungkapan umum dan sebagainya. Misalnya, terdapat perbezaan
loghat antara Kelantan Kedah Johor (ekoran daripada perbezaan geografi).
Contoh yang paling ketara ialah sebutan ganti nama diri pertama. Misalnya,
orang Kelantan menyebut saya sebagai kawe, di Kedah dan di Pulau Pinang pula
menjadi aku sementara di Negeri Sembilan disebut den.

50 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Selain itu perbezaan dialek bukan sahaja disebabkan faktor-faktor tersebut, malah
sangat dipengaruhi oleh keadaan-keadaan berikut:
Kedudukan sosial penutur.
Latar belakang pendidikan penutur.
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Percampuran masyarakat Malaysia dengan orang asing.

Sehubungan itu terdapat juga kes, sesuatu dialek wujud kerana perpindahan
golongan penutur ke kawasan penempatan yang baru. Misalnya, perpindahan orang
Minangkabau ke Negeri Sembilan (ketulenan dialek mereka telah dipengaruhi
oleh dialek tempatan). Begitu juga bahasa untuk golongan baba dan nyonya (di
Negeri-negeri Selat) juga dipengaruhi dialek tempatan yang menjadikan dialek
mereka unik sekali.
Apakah sumbangan dialek ke atas bahasa yang sudah standard? Dialek sebenarnya
dapat:
Memperkaya khazanah dan kosa kata.
Mengisi kekurangan atau kekosongan perkataan bahasa Melayu.

Walaupun dialek mempunyai beberapa kelebihan tetapi dialek juga, sebenarnya


telah mengganggu pemupukan dan pembinaan bahasa Melayu baku, terutamanya
dari segi ejaan.

Neka bahasa
Kita akan memulakan perbincangan ini dengan melihat neka bahasa (jenis-jenis
gaya bahasa yang digunakan mengikut konteks, taraf penggunaan bahasa dan
penutur). Neka bahasa dibahagikan kepada empat bentuk yang ketara iaitu bahasa
formal, bahasa tidak formal, bahasa halus dan bahasa istana.

Bahasa formal
Merujuk kepada penggunaan bahasa yang teratur dan lengkap untuk menunjukkan
gambaran hormat, beradat dan bersopan santun dalam konteks formal. Dalam
bahasa formal beberapa perkara mestilah diberi perhatian, misalnya penggunaan
ganti nama, selain itu percampuran bahasa-bahasa asing adalah tidak dibenarkan
sama sekali. Bahasa formal sangat mementingkan pola-pola tertentu. Penggunaan
bahasa singkatan dan penggunaan kata lah tidak dibenarkan.

UNIT 1 51
Pengenalan

Uji minda
Bagaimana ya untuk memindahkan ayat-ayat ini ke bahasa formal?
1. I syok tengok cerita tu dalam tv. Banyak pompuan segak-segak berlakon
cerita tu. I dok tunggu sambungan cerita tu malam sat ni.
2. Masa aku nak pi sekolah pagi tadi hujan turun, hujan turun, hujan turun
saja. Lepas tu bas tinggai aku pula.

Bahasa tidak formal


Bahasa ini adalah berlawanan dengan bahasa formal. Bahasa ini boleh dituturkan
sesuka hati sehinggakan melibatkan percampuran kod (percampuran bahasa-bahasa
asing). Bahasa ini digunakan untuk pertuturan seharian dalam suasana tidak
formal dan rasmi. Penggunaan kata singkatan yang tidak formal dianggap mesra.

Bahasa halus
Berikut adalah ciri-ciri bahasa halus yang perlu diberi perhatian:
a. Bersopan
b. Mempunyai pengertian yang tinggi dan dalam maksudnya.
c. Sistem nahunya lengkap, tersusun lancar serta teratur.
d. Bahasanya tertib agar pendengar tidak tergores hati.
e. Penggunaan kata ganti nama yang teratur dengan memulakan dengan yang
tua dan diikuti dengan yang lebih muda. Contoh: Kak long/abang long
untuk anak sulong, kak ngah/abang ngah untuk anak kedua.
f. Pertuturannya diselitkan dengan peribahasa.

Bilakah kita menggunakan bahasa halus ini?


Kebiasaannya bahasa halus digunakan untuk majlis-majlis beradat seperti merisik
ataupun majlis peminangan dan perkahwinan. Bahasa halus juga digunakan dalam
penulisan surat pada zaman dahulu.
Contoh:
cahayanya terang laksana cermin
seperti pohon kayu beringin
lemah lembut ditiup angin

52 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Bahasa istana
Bahasa ini digunakan ketika kita bertutur dengan kerabat diraja. Sistem nahunya
biasa, cuma lebih gramatis sahaja. Bahasa istana diucapkan dengan penuh sopan,
kelunakannya terserlah serta penuh beradat. Penggunaan paling ketara ialah
pemilihan bahasanya menunjukkan jarak sosial (darjat). Misalnya, patik tuanku
(untuk orang kebanyakan yang sedang bertutur dengan raja).
Contoh:
Mencemar duli sudi datang
Beradu tidur
Santap makan
Bersiram mandi
Merafak sembah mengangkat sembah
Jemala kepala

Ragam bahasa
Ragam bahasa merujuk kepada pengucapan dan penulisan sesuatu bahasa. Dari
ragam bahasa tersebut, kita dapat melihat tingkah laku, corak, bentuk dan jenis
bahasa. Kadang-kala ragam bahasa juga dikaitkan dengan peribahasa. Ragam
bahasa juga dapat dikesan dalam penulisan karya-karya kreatif. Terdapat 16 ragam
bahasa utama. Antaranya:

Bahasa sindiran
Apa yang hendak disampaikan tidak dinyatakan dengan tepat dan secara berterusterang. Sesuatu yang ingin disampaikan dikiaskan dengan niat untuk mengejek,
mencela dan mengeji. Tujuannya untuk memberi kesedaran kepada yang kena
sindir dengan cara yang positif.
Contoh:
Buah langsat kuning mencelah
Keduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk sudah tidak berguna lagi
(menyindir seseorang yang melupai kawan lama setelah mendapat kawan baru)

UNIT 1 53
Pengenalan

Bahasa giat
Bahasa ini digunakan untuk tujuan bergurau senda tanpa ada niat untuk
menyindir dan mengejek. Bagaimanapun sekiranya yang kena giat itu terasa
disindir, lalu ragam ini sudah tidak dianggap sebagai bahasa untuk bergurau
senda lagi.
Contoh:
1. Amboi, ada hati nak kahwin dengan Tan Sri rupanya kawan kita ni!
2. Hai, dah jadi jutawan takkan layak pakai kereta Kancil lagi!

Bahasa ejek
Bahasa ini bertujuan untuk mengata dan mengejek dengan harapan memberi
malu atau memberi aib kepada yang diejek. Ejekan dalam ragam ini dibuat
untuk menunjukkan kebodohan, keburukan dan keaiban supaya menimbulkan
rasa marah dalam kalangan pendengar.
Contoh:
1. Ini ke dikatakan kerja cemerlang, beri kerja lebih sikit asyik merungut aje.
2. Hidung tak mandung, pipi tersorong-sorang.

Aktiviti 1.11
Tuliskan tiga ragam yang berbeza untuk menegur anak yang
suka bangun lambat setiap pagi. (Anda boleh berbincang dengan
tutor untuk mendapatkan jawapannya.)
1. Gunakan bahasa sindiran
_______________________________________________
________________________________________________

2. Gunakan bahasa giat


_______________________________________________
________________________________________________

54 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

3. Gunakan bahasa ejek


_______________________________________________
________________________________________________

Bahasa terbalik
Menggunakan perkataan yang bermaksud terbalik iaitu lain yang dilafazkan tetapi
membawa maksud yang lain. Walaupun begitu orang yang ditujukan faham apa
yang telah disampaikan itu.
Contoh:
(Situasi seorang kanak-kanak terjatuh dari pokok. Ibunya telah melarang
kanak-kanak itu dari memanjat pokok tersebut.)
Kata ibu: Bagus. Pergilah panjat lagi, sayang!

Bahasa merajuk
Ragam bahasa merajuk seakan-akan sama dengan ragam bahasa terbalik.
Bagaimanapun maksudnya tidak pula terbalik. Apa yang dilafazkan adalah untuk
melahirkan perasaan hiba, sayu, kecil hati, terhina ataupun marah.
Contoh:
(Situasi A dan B adalah sahabat karib. Bagaimanapun apabila B mula
mengenali C, A telah diabaikan)
Kata A: Yalah, dahulu parang sekarang besi... dahulu sayang sekarang benci.

Bahasa tempelak
Ragam bahasa ini bertujuan untuk menunjukkan kesalahan seseorang supaya dia
sedar. Bagaimanapun dalam proses memberi kesedaran itu, penutur akan cuba
mengaitkan cerita/peristiwa yang lama supaya kesalahan tidak diulang lagi pada
masa depan.
Contoh:
1. Dulu tak mahu ikut cakap emak, sekarang siapa yang susah?
2. Padan muka, siapa suruh kamu menipu? sekarang kan dah dapat balasan.

UNIT 1 55
Pengenalan

Bahasa herdik
Bahasa herdik samalah seperti bahasa tengking. Nampak seperti ragam bahasa
tempelak namun begitu perbezaan yang ketara ialah bahasa herdik hanya
memarahi mangsa kerana kesalahan yang dilakukan pada ketika itu sahaja.
Seseorang itu tidak akan dibabitkan dengan kesalahan.
Contoh:
1. Dasar lelaki mata keranjang, pantang melihat perempuan dahi licin.
2. Siapa yang membuang sampah di sini, tolong mengaku cepat.

Bahasa melampau
Bahasa melampau banyak digunakan dalam penulisan kesusasteraan. Bahasa
yang digunakan untuk memperbesar-besarkan atau melebih-lebihkan keterangan
sesuatu perkara. Perkataan atau ayat-ayat yang digunakan adalah melampau
dan bukannya bersungguh-sungguh. Misalnya, untuk menggambarkan tentang
kesedihan, mungkin anda akan menggunakan ayat seperti, dia menangis
mengalah hujan musim tengkujuh. Bahasa melampau juga banyak digunakan
dalam lirik lagu.
Contoh:
1. Suara perempuan itu seperti guruh di langit, kasar!
2. Cantiknya perempuan itu, tiada tandingannya.

Bahasa naik
Ragam bahasa naik, cuba memberi gambaran mengenai satu perkara secara
beransur-ansur dari peringkat rendah ke peringkat tinggi. Hal ini dapat
ditunjukkan apabila seseorang bercerita mengenai autobiografi ataupun
perkembangan sesuatu perkara.
Contoh:
Sudahlah sekolah kerajaan dirikan, gaji guru-guru kerajaan bayar, bukubuku diberikan percuma, padang bola dan bola itu pun disediakan oleh
kerajaan juga!

56 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Bahasa turun
Ragam bahasa ini pula adalah terbalik daripada bahasa naik. Penceritaan mengenai
sesuatu perkara dimulakan dari atas ke bawah. Sebagai contoh, apabila seseorang
tokoh meninggal dunia, kebiasaannya cerita mengenai beliau dimulakan dengan
pencapaiannya yang tertinggi sebelum diakhiri dengan tahun dan tempat beliau
dilahirkan.
Contoh:
Malang sungguh nasibnya, mula-mula kematian isteri, mati pula anaknya,
kemudian rumahnya dimasuki pencuri, diberhentikan kerja dan akhirnya
kucing kesayangannya pula hilang tak tahu ke mana.

Bahasa ingkar
Susunan bahasa dalam bentuk pertanyaan tetapi tidak memerlukan jawapan
kerana jawapan tersebut akan diberikan oleh pihak yang bertanya.
Contoh:
Beginikah yang dikatakan kesenangan? Bukankah kesenangan bermakna
kita tidak melihat kesusahan di sekeliling kita. Kenapakah dunia tidak
pernah adil kepada orang miskin?

Bahasa seruan
Kata seruan disebut sebagai bahasa mengeluh. Bahasa ini digunakan untuk
melahirkan perasaan yang menyesal atau sedih atas apa yang terjadi. Walaupun
bahasa ini tidak dinyatakan dengan lengkap, tetapi pendengar dapat merasakan
keluhan tersebut.

Bahasa ulang
Mengulang sesuatu perkataan, ayat atau beberapa ayat untuk tujuan pengukuhan
sesuatu perkara sering digunakan dalam fiksyen atau iklan. Ragam ini juga
digunakan dalam bahasa lisan secara meluas. Sebagai contohnya, Surat khabar
lama! Surat khabar lama! Surat khabar lama!

UNIT 1 57
Pengenalan

Bahasa bertimbal
Ragam ini sangat menarik dan sering digunakan dalam berbicara untuk neka
bahasa halus. Penggunaan ungkapan secara berimbangan seolah-olah ada
pertentangan atau perlawanan yang menimbulkan kesan. Bahasa bertimbal
banyak ditemui dalam peribahasa Melayu. Misalnya, makan murah makin
menawar. Ataupun seperti yang tercatat dalam lirik lagu ini.
Kau pahat langit dengan angan-angan
Kau ukir malam dengan bayang-bayang.

Bahasa nafi
Ragam bahasa ini menggunakan ungkapan kata nafi atau kata bukan, tetapi
membawa maksud yang bertentangan dengannya. Ini bermakna sekiranya
seseorang menggunakan kata nafi, dia ingin melahirkan perasaannya yang
sebaliknya.
Contoh:
Saya bukannya tidak cantik!
Anak saya bukannya tidak pandai.

Catatan: Lihatlah bagaimana penutur memutarbelitkan kata bukan untuk


memberitahu orang lain dia cantik dan anaknya sangat pandai.

Bahasa jenaka
Ragam ini digunakan untuk menimbulkan unsur lucu. Ragam bahasa ini biasanya
diguna bagi tujuan bergurau senda atau berjenaka sahaja, tetapi kadang-kadang
ada juga yang bermaksud bersungguh-sungguh. Kita selalu menggunakan ragam
ini untuk menghiburkan orang lain.
Contoh bahasa jenaka:
1. Setinggi-tinggi manusia berapa kaki?
2. Di atas sebatang pokok ada lima ekor burung. Datang seorang pemburu
dan menembak jatuh tiga ekor burung. Berapa yang tinggal?

58 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Aktiviti 1.12
Nyatakan jenis ragam bahasa bagi ayat di bawah.
Ayat

Jenis ragam bahasa

1. Buat apa kau balik? Tidur aje di rumah


kawan kau, tak payah le mak tunggu
kau sampai jauh malam.
2. Kalau tak jemput, kami tak datang.
3. Orang tidak bersalah ditangkap,
dipenjara, dipukul dan akhirnya
dibunuh.
4. Setinggi-tinggi manusia ada berapa
kaki?
5. Orang perempuan tinggi macamanapun
ke dapur juga akhirnya.

Kesantunan bahasa
Kesantunan bahasa merujuk kepada strategi penggunaan gelaran, sapaan dan juga
ganti nama untuk menunjukkan hormat. Ini melibatkan taraf dan juga kehalusan
bahasa penutur. Peringkat penggunaan kesantunan bahasa dibahagikan kepada:

Bahasa biasa
Penggunaan kata aku, kamu, dia, awak, pakcik, datuk, saudara dan saudari serta
lain-lain.

Hormat
Penggunaan perkataan seperti Encik, Tuan, Puan, Yang Berhormat, Yang Berbahagia,
Penolong Pegawai Daerah dan sebagainya.
Berikut disenaraikan cara mengalamatkan seseorang secara lisan berasaskan protocol
panggilan hormat.
Bil

Pangkat/Gelaran

Cara mengalamatkan

Duli Yang Maha Mulia Seri


Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong

a. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang


di-Pertuan Agong
b. Tuanku

Perdana Menteri Malaysia

a. Rakyat biasa: Yang Amat Berhormat (Y.A.B.)


b. Kerabat diraja: Yang Amat Berhormat Mulia
(Y.A.B.M.)

UNIT 1 59
Pengenalan

Bil

Pangkat/Gelaran

Cara mengalamatkan

Timbalan Perdana Menteri


Malaysia

a. Rakyat biasa: Yang Amat Berhormat (Y.A.B.)


b. Kerabat diraja: Yang Amat Berhormat Mulia
(Y.A.B.M.)

Menteri Besar/Ketua
Menteri

a. Rakyat biasa: Yang Amat Berhormat (Y.A.B.)


b. Kerabat diraja: Yang Amat Berhormat Mulia
(Y.A.B.M.)

Wakil Rakyat atau ahli


Parlimen atau anggota
Parlimen/ahli Dewan
Negara/ahli Dewan
Undangan Negeri atau
anggota Dewan Undangan
Negeri

a. Rakyat biasa: Yang Berhormat


b. Kerabat diraja: Yang Berhormat Mulia

Ketua Hakim Negara

a. Rakyat biasa:
i. Yang Amat Arif Tuan Ketua Hakim Negara
ii. Yang Amat Arif Tun/Tan Sri/Datuk ...
(nama) kalau ada gelaran
iii. Tun/Tan Sri/Datuk ... (nama) kalau ada
gelaran

Tan Sri/Puan Sri/Datuk


Seri/Datin Seri/Datuk
Patinggi/ Datin Patinggi
Datuk/Datuk Amar/Datin/
Datin Paduka/Tuan Haji
(tidak menjadi Wakil
Rakyat/tidak menjadi
Senator)

a. Rakyat biasa:
i. Yang Berbahagia
(Y. Berbahagia) Tan Sri/Puan Sri/Datuk
Seri/Datuk Patinggi/Datin Patinggi/
Datin Seri/Datuk/Datuk Amar/Datin/
Datin Paduka
ii. Yang Berbahagia Tuan Haji

b. Kerabat diraja: Yang Mulia


8

Mufti

a. Rakyat biasa:
i. Yang Berbahagia Tuan Mufti
ii. Sahibussamahah Tan Sri/Datuk ... (nama)

Kadi

a. Rakyat biasa:
i. Yang Arif Tuan Kadi
ii. Sahibulfadilah Tuan Kadi

10

Ketua Pengarah

Yang Berbahagia (Y.Bhg.) Tuan Ketua Pengarah

11

Profesor/Profesor Madya

Yang Berbahagia (Y.Bhg.) Tuan Profesor/


Profesor Madya

12

Pengerusi Majlis

i. Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis


ii. Yang Mulia Puan Pengerusi Majlis

13

Ketua Polis Negara


Malaysia

i. Yang Berbahagia (Y.Bhg.) Tan Sri/Datuk ...


(nama) Ketua Polis Negara

60 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Aktiviti 1.13
Nyatakan kata rujuk bagi yang bergelar:
Contoh:
Timbalan Perdana Menteri = Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri

Hakim

Ketua Polis Negara

Yang dipertuan Agong

Ketua Jabatan

Tun

Menteri Besar

Gabenor

Mufti

Menteri

(Padankan jawapan anda dengan jawapan tutor anda)

Diraja
Kata santun yang digunakan ialah Tuanku, patik, baginda, anakanda tuanku dan
istilah-istilah bahasa istana yang lain.

Halus
Penggunaan kata jenazah, Almarhum, Allahyarham, Mendiang dan sebagainya.

Mesra
Menggunakan kata timangan untuk berbicara seperti, Mun, Su, adik, abang, uda
dan along.

UNIT 1 61
Pengenalan

Aktiviti 1.14
Isikan ruangan di bawah dengan menyatakan hubungan
kekeluargaan yang betul dengan anda. (Anda boleh berbincang
dengan tutor anda untuk mendapatkan jawapannya.)
Keterangan

Hubungan

1. Anak perempuan kepada nenek anda


2. Suami kepada nenek anda
3. Adik perempuan emak anda
4. Ibu suami anda dengan ibu anda
5. Hubungan isteri anda dengan kakak anda
6. Abang kepada ayah anda
7. Anak abang anda dengan anak anda
8. Ibu suami anda
9. Isteri anak anda
10. Emak kepada nenek anda

Dialek
Sering kita mendengar perbezaan bahasa yang berbeza mengikut sesuatu daerah
dan sesuatu kelas sosial tertentu. Itu dinamakan sebagai dialek.Dialek diertikan
sebagai suatu bentuk bahasa yang berbeza daripada bahasa standard.
Di antara faktor yang menyebabkan dialek terhasil adalah ditentukan oleh dua
kriteria berikut iaitu faktor geografi dan faktor sosial.
Dari segi faktor geografi, sesuatu dialek timbul kerana tiada perhubungan yang
baik untuk menghubungkan masyarakat yang sebelum ini menuturkan bentuk
bahasa yang sama. Dalam keadaan demikian, dialek yang terhasil dinamakan
dialek daerah.
Manakala faktor sosial ialah merujuk kepada perhubungan masyarakat maka
dialek yang terhasil ialah dialek sosial. Anda boleh dengar penggunaan dialek ini,
apabila berlakunya pergaulan masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina dan
India. Pergaulan ini telah menghasilkan dialek pasar atau bahasa pasar.

62 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Aktiviti 1.15
Isikan kotak dialog berikut dengan menggunakan dialek sosial.

Terdapat beberapa unsur yang membezakan sesuatu dialek dengan dialek yang
lain, antaranya ialah:
1. Sebutan
Contohnya, perkataan pergi disebut dalam pelbagai dialek seperti pi,
pegi, gi dan poyi.

2. Tatabahasa
Struktur ayat pasif dalam dialek Kelantan misalnya boleh menyebabkan
berlaku silap faham, contohnya ayat Saya ke hospital untuk disuntik
oleh doktor akan menjadi "Saya gi spital cocok doktor" (Kasihan doktor
di hospital yang disuntik oleh pesakitnya, bukannya dia yang menyuntik
pesakit!)

3. Kosa kata
Sebagai contoh pergi bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri).

4. Kata ganti nama diri


Contoh ambo dan kawe (dialek Kelantan bermaksud saya), hang (dialek
utara bermaksud kamu)

UNIT 1 63
Pengenalan

Bahasa
Baku

Dialek
Kedah

Dialek
Perak

Dialek
Kelantan

Dialek
Terengganu

Dialek Negeri
Sembilan

Makan

Makan

Makan

Make

Makang

Makan

Ular

Ulaq

Ulo

Ula

Ulo

Ula

Beras

Beghaih

Begheh

Beghah

Beghah

Bogheh

Apa

Apa

Ape

Apo

Ape

Apo

Rumusan
Bahasa Melayu sememangnya menggambarkan masyarakat Melayu
itu sendiri. Bagaimanapun pertembungan budaya sedikit sebanyak
telah mengurangkan ciri-ciri asas budaya Melayu. Sehubungan
itu, sila lihat soalan untuk bab empat di akhir Unit 1 ini. Gunalah
kreativiti dan pengamatan anda untuk menjawab soalan tersebut.
Sebenarnya topik ini akan anda bincangkan dengan lebih mendalam
dalam kelas tutorial.

Latihan Kendiri 1.4


Sila cuba latihan berikut tanpa perlu merujuk cadangan jawapannya
seperti yang tercatat di akhir bab ini.
Tuliskan hubungan saudara bagi frasa-frasa berikut dan hubungan
tersebut mestilah dinyatakan dalam kesantunan bahasa Melayu.
1. Dia abang ipar ayah. Dia abang kepada ibu.
Hubungan dia dengan saya ialah: _____________________
2. Dia emak ibu. Dia nenek saya.
Hubungan dia dengan ayah saya ialah: _________________
3. Dia isteri bapa saudara saya. Dia kakak ipar bapa saya.
Hubungan dia dengan ibu saya ialah: __________________
4. Dia sepupu saya. Dia anak adik ibu saya.
Hubungan dia dengan nenek saya ialah: ________________
5. Dia anak nenek. Dia kakak ibu.
Hubungan dia dengan saya: __________________________

64 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Cadangan jawapan aktiviti

Maklum Balas
Aktiviti 1.12
Ayat

Jenis ragam bahasa

1. Buat apa kau balik? Tidur aje di rumah


kawan kau, tak payah le mak tunggu
kau sampai jauh malam.

Bahasa terbalik

2. Kalau tak jemput, kami tak datang.

Bahasa herdik

3. Orang tidak bersalah ditangkap,


dipenjara, dipukul dan akhirnya
dibunuh.
4. Setinggi-tinggi manusia ada berapa
kaki?
5. Orang perempuan tinggi macamanapun
ke dapur juga akhirnya.

Bahasa naik

Bahasa jenaka
Bahasa sindiran

UNIT 1 65
Pengenalan

Rumusan Unit 1
Rumusan
Melalui sejarahnya yang panjang, bahasa kebangsaan semakin
mantap dengan sifatnya yang sederhana serta sedia menerima
kemasukan kosa kata dan peristilahan yang mencakupi pelbagai
bidang sejajar dengan perubahan waktu. Walaupun begitu bahasa
kita mempunyai sistem yang tetap dan dinamik untuk menterjemah
pakai ataupun kaedah penggunaan istilah asing mengikut sistem
pengejaan sendiri. Melalui hujah-hujah yang dikemukakan dalam
bab ini, tidak ada alasan untuk kita meragui perkembangan
bahasa kebangsaan sepanjang zaman. Sehubungan itu, dari bahasa
Melayu Purba yang merangkumi begitu banyak kosa kata kuno
kepada bahasa Melayu Induk, bahasa ini telah berubah mengikut
zamannya menjadi bahasa Melayu Klasik sebelum menjadi
bahasa Melayu Moden. Bagaimana pula perubahannya dalam
tahun-tahun mendatang, untuk jawapannya tepuklah dada,
tanyalah selera!

66 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

UNIT 1 67
Pengenalan

Latihan Pengukuhan Unit


1. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan bahasa
Melayu di Nusantara?
_____________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

2. Bagaimanakah bahasa Melayu telah memainkan peranannya sebagai lingua


franca pada zaman kegemilangannya.
_____________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

Kes studi berikut sebagai pencetus idea untuk menjawab soalan 3 dan 4.
Negara X baru merdeka dan masih bertelagah dengan penduduk tempatan untuk
memilih satu bahasa rasmi. Terdapat tiga kumpulan etnik yang menggunakan
bahasa vernakular A, B dan C yang berbeza di Negara X. Bahasa A mempunyai
penutur paling ramai, tetapi kosa katanya tidak sebanyak Bahasa B. Bahasa B lebih
mantap dalam semua segi bagaimanapun pengaruhnya tidak sehebat Bahasa C.
Ini kerana pemimpin-pemimpin Negara X datangnya daripada masyarakat yang
menuturkan Bahasa C. Selain itu bahasa Inggeris telah lama digunakan sejak
negara tersebut dijajah 400 tahun yang lalu.
Persoalannya bahasa apa yang perlu dipilih menjadi bahasa rasmi?

3. Sekiranya anda terlibat dengan jawatankuasa untuk memilih bahasa rasmi


Negara X, nyatakan cadangan anda. Mengapa?
_____________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

4. Dengan merujuk kepada negara anda, bincangkan kelebihan Malaysia memilih


bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berbanding bahasa-bahasa lain yang
ada di Malaysia.
_____________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

68 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

5. Jelaskan perbezaan antara bahasa kebangsaan dengan bahasa rasmi.


_____________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

6. Penggunaan bahasa Inggeris di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan


dalam bidang sains dan teknologi adalah wajar. Bincangkan.
_____________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

7. Bahasa Melayu ada banyak kata pantang dan kata berkias. Dengan memberi
contoh-contoh bincangkan perkara ini dengan merujuk kepada budaya
bahasa Melayu.
_____________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

8. Benarkah sesebuah bahasa itu ada budayanya? Bandingkan bahasa Melayu


dengan bahasa ibunda anda?
_____________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

UNIT 1 69
Pengenalan

Cadangan Jawapan Latihan Kendiri


Maklum Balas
Latihan Kendiri 1.1
1. C
2. B
3. B
4. C
5. C
6. C
7. D
8. D
9. D
10. D

Latihan Kendiri 1.2


1. a. Jawa Kuno
b. Sanskrit
c. Melayu Kuno

2. a. ejaan
b. makna
c. sebutan

70 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

3. a. bahasa yang dipilih/profil bahasa


b. penyebaran bahasa dalam masyarakat
c. pengekalan bahasa/prospek bahasa

4. Jika jawapan anda ialah masa depan bahasa Melayu cerah,


alasan yang boleh menyokong jawapan anda:
kerana bahasa kebangsaan dilindungi oleh undang-undang.
bahasa Melayu juga merupakan bahasa rasmi, digunakan
dengan meluas sekali.
menjadi bahasa pengantar dalam pendidikan.
(Anda juga boleh memberi jawapan yang sebaliknya, dengan
mengemukakan alasan-alasan yang relevan.)

5. a. Memajukan dan memperkaya bahasa Melayu.


b. Memajukan bakat kesusasteraan dalam bahasa Kebangsaan.
c. Menyamakan sistem ejaan dan sebutan bunyi sebutan.

Latihan Kendiri 1.3


1. a. Sesetengah negara yang masyarakatnya mempunyai lebih
daripada satu bahasa vernakular sukar untuk memilih
bahasa yang sesuai tanpa melibatkan sentimen perkauman
dan ketegangan. Memilih bahasa penjajah menjadi jalan
tengah untuk penyelesaian konflik antara kaum/etnik.
Contohnya, India terpaksa memilih bahasa Inggeris
sebagai bahasa rasminya. Negara seperti Pakistan, Fiji dan
Jamaica memang bahasa rasminya ialah bahasa penjajah.
b. Bahasa tempatan yang sedia ada gagal telah menyediakan
hubungan dalaman dan luaran dengan persekitarannya.
Sebuah bahasa yang lebih liberal dan mudah terpaksa
diguna pakai untuk tujuan ini. Di Singapura bahasa
rasminya ialah bahasa Inggeris. Negara itu mempunyai tiga
bahasa lain iaitu bahasa Melayu, Tamil dan Mandarin dan
setiap bahasa mempunyai senarai panjang dialek-dialeknya.

UNIT 1 71
Pengenalan

c. Bahasa yang sedia ada gagal bertindak sebagai bahasa rasmi


kerana kekurangan kosa kata dan sifat-sifatnya yang
standard. Bahasa penjajah yang lebih mantap dan dianggap
lebih tinggi kedudukannya telah diambil untuk memenuhi
segala kekurangan dalam bahasa tempatan. Contoh, bahasa
Swahili di Tanzania. Bahasa Swahili hanya berfungsi sebagai
bahasa kebangsaan tetapi tidak mampu menjadi bahasa
rasmi.

2. a. Meletakkan suatu garis panduan yang jelas melalui


undang-undang iaitu sesebuah sekolah antarabangsa yang
beroperasi di Malaysia wajib mengajar bahasa Melayu.
Mungkin ganjaran-ganjaran tertentu perlu diberikan
kepada sekolah berkenaan sekiranya mereka berupaya
memupuk bahasa tersebut di kalangan pelajar-pelajarnya.
b. Mengadakan pertandingan bahasa dan sastera Melayu
pada peringkat kebangsaan. Kumpulan ini seharusnya
diasingkan daripada kumpulan peserta sekolah aliran
biasa, supaya mereka tidak rasa terpinggir kerana masalah
bahasa pengantar.

Latihan Kendiri 1.4


1. bapa saudara
2. ibu saudara
3. biras
4. cucu
5. ibu saudara

72 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

UNIT 1 73
Pengenalan

Cadangan Jawapan Latihan


Pengukuhan Unit
Maklum Balas
1. Bahasa Melayu mudah menerima serap bahasa-bahasa lain
untuk memperkaya lagi bahasanya.
Masa yang telah diambil untuk bahasa Melayu adalah lama
ini menjadikannya mantap dan tidak mudah tergugat.
Jumlah penutur ramai (Indonesia, Malaysia, Singapura,
Brunei, Selatan Thai dan Kepulauan Mindanao).
Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa sastera dan budaya,
oleh itu kajian yang berterusan menjadikan bahasa ini
menjadi bahasa ilmu.
Pemerintahan membantu bahasa ini untuk terus berkembang.

2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar dalam perdagangan.


Bahasa Melayu menjadi bahasa untuk perkembangan
kesusasteraan.
Bahasa untuk menyebarkan agama.
Bahasa perhubungan antara pemerintahan-pemerintah.
Bahasa untuk masyarakat serantau.

3. Pilihan Bahasa A
Penuturnya ramai dan ini akan memudahkan penggunaannya.
Pemilihan kod-kod untuk menstandardkan bahasa tersebut
dapat dijalankan oleh kumpulan yang menjalankan
perancangan bahasa, banyak negara yang berbuat begitu.

Pilihan Bahasa B
Kosa katanya yang banyak mempercepat proses n
perancangan bahasa.

74 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Lebih sesuai sebagai bahasa rasmi kerana penggunaannya


melibatkan urusan pentadbiran, pendidikan dan
pemerintahan.

Pilihan Bahasa C
Campur tangan politik akan mempercepat proses
perancangan.
Bahasa ini akan digunakan untuk urusan pemerintahan
dan ini sesuai sekali digunakan untuk kumpulan yang
membuat dasar.

Pilihan Bahasa Inggeris


Telah digunakan selama 400 tahun, sudah mantap sebagai
bahasa rasmi.
Meleraikan pertelingkahan antara kaum/etnik.

Catatan: Untuk menjawab soalan ini anda perlu menyenaraikan


kelebihan dan menunjukkan kelemahan bahasa-bahasa lain.

4. Bahasa Melayu adalah bahasa asal/peribumi negara


Malaysia.
Bahasa majoriti rakyat negara ini.
Bahasa yang menjadi alat perhubungan antara kaum.
Bahasa yang telah mantap dan dapat diterima ramai.
Sejarahnya yang panjang adalah kelebihan bahasa ini.

5. Perbezaan bahasa kebangsaan dengan bahasa rasmi.


Bahasa rasmi tidak semestinya dipilih daripada bahasa
tempatan sedangkan bahasa kebangsaan seharusnya
menunjukkan ciri-ciri sebagai simbol negara serta
memperlihatkan identiti sesebuah negara.
Bahasa rasmi untuk urusan pentadbiran dan urusanurusan rasmi sedangkan bahasa kebangsaan untuk tujuan
simbol negara bangsa.

UNIT 1 75
Pengenalan

6. Bincangkan bermakna anda boleh bersetuju dan tidak


bersetuju. Sediakan enam isi, dan anda boleh menyediakan
empat isi untuk bersetuju dan dua isi lagi untuk tidak
bersetuju.
Cadangan untuk bersetuju:
Sains dan Teknologi datangnya dari luar, oleh itu
peristilahannya sukar untuk diterjemahkan ke bahasa kita
dengan tepat.
Supaya setanding dengan graduan luar negara dan boleh
bertanding dalam pasaran kerja dunia.
Sumber rujukan banyak dalam bahasa Inggeris oleh itu
adalah lebih mudah jika Sains dan Teknologi diajar dalam
bahasa tersebut.
Memerlukan khidmat pensyarah dan penyelidik luar
negara masalah komunikasi jika dijalankan dalam
bahasa Melayu.

Cadangan untuk tidak bersetuju:


Mengganggu pemupukan bahasa Melayu yang selama ini
sudah menjadi bahasa pengantar untuk pendidikan tinggi.
Secara tidak langsung wujudnya dasar pemisahan bahasa
antara graduan bidang Sains dan Sastera.

7. Soalan ini memerlukan anda memberi definisi kata pantang


dan kata berkias. Kemudian dengan mengemukakan contohcontoh, anda harus tunjukkan penggunaan kata pantang dan
kata berkias tersebut. Anda perlu mahir dengan ragam bahasa
dan budaya orang Melayu untuk menjawab soalan ini.
Bacalah Bab 4 semula sekiranya anda masih was-was dengan
jawapan anda.
Definisi kata pantang kata-kata yang dianggap membawa
kesan buruk (bencana) jika disebut secara terang-terang.
Contoh, perkataan ular tidak boleh disebut pada waktu malam.
Biasanya orang Melayu akan gantikan dengan perkataan akar.
Di Kelantan misalnya, disebut cewe.
Definisi kata berkias menggunakan sesuatu yang lain untuk
menggambarkan keadaan yang sebaliknya. Misalnya, kumbang
adalah perlambangan untuk lelaki dan digunakan dengan
meluasnya dalam urusan peminangan suatu ketika dulu.

76 WAWASAN OPEN UNIVERSITY


WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

8. Soalan ini memerlukan anda mentakrif mengenai budaya


bahasa Melayu dan kemudian anda harus mengemukakan
contoh-contoh. Selain itu anda juga mesti menunjukkan
perbandingan dengan bahasa ibunda anda. Bagaimanapun
jika bahasa ibunda anda adalah bahasa Melayu, gunakanlah
sedikit imaginasi untuk menjawab soalan ini. Tulislah
berpandukan sudut pandangan etnik yang lain. Ini bermakna
sekali lagi contoh-contoh yang bersesuaian harus dipamerkan.
Soalan ini sangat menarik dan memerlukan kreativiti serta
pengamatan yang luas. Jawapan kepada soalan ini tiada dalam
buku dan nota semata-mata.

UNIT 1 77
Pengenalan

Rujukan
Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (1999) Bahasa Kebangsaan, Petaling
Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan (1980), Lingusitik Am untuk Bahasa Malaysia, Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan (1987) Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa
Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (1993) Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada
Perancangan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gallop, AT (1994) The Legacy of Malay Letters, London: The British Library.
Holmes, J (2001) An Introduction to Sociolinguistics, 2nd edn., London: Longman.
Ismail Hussein (1992) Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim (1993) Tatabahasa Dewan (Edisi Baru), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2004) Bahasa Melayu STPM Kertas 1
dan 2, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ramnah Haji Sabran dan Rahim Syam (1984) Kajian Bahasa, Petaling Jaya: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Utusan Malaysia Online, Prof. Dr. Awang Sariyan, Martabat Bahasa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0305&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm (Tarikh akses: 18 Oktober, 2006)
* Bahan rujukan di atas tidak berfungsi sebangai bahan bacaan yang wajib tetapi
sebagai penghargaan sumber informasi yang digunakan semasa penyediaan bahan
pengajaran ini.

You might also like