Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tentatif Majlis

7.45 Pagi : Murid, guru & staf mengambil tempat


: Ketibaan yang diraikan bersama barisan pentadbir
: Ketibaan Yang Dipertua PIBG
: Ucapan alu-aluan Juruacara Majlis
: Bacaan doa
: Ucapan wakil murid
: Ucapan Pengerusi BKGK
: Ucapan Guru Besar
: Ucapan Yang Dipertua PIBG
: Ucapan Puan Azizah Ithnin & Pn. Hjh Rozita Zainol
: Persembahan
: Penyampaian cenderamata
10.00 Pagi : Rehat murid Tahap 1
: Jamuan ringan guru, staf & tetamu kehormat
10.30 Pagi : Rehat murid Tahap 2
10.50 Pagi : Perbarisan/perarakan hormat murid, guru & staf

Butir Peribadi

Guru yang kita sayangi iaitu Puan Azizah Ithnin telah dilahirkan pada 13 Februari 1960, di
Kg. Parit Punggor Darat, Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Strathmore
Scholl, Singapura pada tahun 1972. Kemudian beliau meneruskan pelajaran di Crescent
Girls School, Singapura pada tahun 1975. Seterusnya beliau meneruskan pelajaran di
Methodist Girlss School, Singapura pada tahun 1997. Seterusnya beliau melanjutkan
pelajaran di Sekolah Menengah Mahmud Raub, Pahang pada tahun 1979. Pada tahun 1980,
beliau bertukar ke Sekolah Menengah Sulaiman, Bentong. Selepas tamat pengajian sekolah
menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras Kuala
Lumpur. Selepas itu. beliau memulakan perkhidmatan sebagai seorang guru. Sekolah pertama
beliau ditempatkan untuk bertugas ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Koyan, Kuala
Lipis Pahang dari tahun 1982 hingga 1984. Kemudian beliau berpindah ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Desa, Tg Karang Kuala Selagor dari tahun 1985 hingga 1987.
Selepas itu, beliau berpindah pula ke Sekolah Agama Menengah Seri Desa, Tg Karang
Selangor dari tahun 1988 hingga 2000. Bermula tahun 2001 hingga 2009, beliau berkhidmat
di Sekolah Kebangsaan Sg. Burong Selangor. Seterusnya beliau berkidmat di Sekolah
Kebangsaan Assam Jawa Selangor bermula tahun 2009 hingga 2011. Selepas itu, beliau
berpindah ke Sekolah Kebangsaan Batu 9, Jalan Bomba Selangor bermula tahun 2011
hinggalah ke hari ini yang merupakan hari terakhir beliau berkhidmat.

Keluarga
Guru yang kita sayangi, Pn. Azizah Ithnin, telah mendirikan rumah tangga dengan suami
tercinta, iaitu Encik Khairudin b. Sidek. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan seramai 6
orang putera.

Sumbangan & Anugerah


Sepanjang tempoh perkhidmatan, Pn. Azizah Ithnin telah banyak menabur bakti di bidang
pendidikan sama ada di peringkat sekolah mahupun daerah. Meskipun bersara dari tugas guru
hanya sebagai guru akademik biasa, namun tiada siapa mampu untuk menafikan segala
sumbangan beliau yang pasti akan kekal terpahat di ingatan kita sama ada di bidang
kurikulum mahupun kokurikulum. Beliau merupakan seorang guru yang berdikari,
penyayang dan mempunyai komitmen tinggi sehinggalah ke hari terakhir perkhidmatannya.

Perkhidmatan
Sepanjang perkhidmatan di bidang pendidikan, beliau telah bertugas di 6 buah sekolah yang
berbeza. 3 sekolah terawal adalah sekolah menengah manakala 3 sekolah selebihnya adalah
di sekolah rendah. Selama berkhidmat..............................................

Butir Peribadi

Guru yang kita sayangi iaitu Puan Hajah Rozita bt Zainol telah dilahirkan pada 4 November
1958, di Tg. Karang, Kuala Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan (Inggeri) Sultan Abdul Aziz, Kg Kuantan Selangor pada tahun 1965.
Kemudian beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeri)
Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor pada tahun 1971. Selepas tamat pengajian sekolah
menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka
pada tahun 1977 hingga 1979. Selepas itu. beliau memulakan perkhidmatan sebagai seorang
guru. Sekolah pertama beliau ditempatkan untuk bertugas ialah di Sekolah Kebangsaan
Sungai Sireh, Tg Karang Selangor bermula tahun 1979. Kemudian beliau berpindah ke
Sekolah Kebangsaan Dato Manan, Tg Karang , Selangor pada tahun 1981. Bermula tahun
1989, beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Batu 9 Tg Karang, Selangor hinggalah ke
hari ini, yang merupakan hari terakhir beliau berkhidmat.

Keluarga

Guru yang kita sayangi, Pn. Hajah Rozita bt Zainol, telah mendirikan rumah tangga dengan
suami tercinta, iaitu Encik Ahmad Bin Kosman. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan
seramai 1 putera dan 4 orang puteri.

Sumbangan & Anugerah


Sepanjang tempoh perkhidmatan, Pn. Hajah Rozita bt Zainol telah banyak menabur bakti di
bidang pendidikan sama ada di peringkat sekolah mahupun daerah. Meskipun bersara dari
tugas guru hanya sebagai guru akademik biasa, namun tiada siapa mampu untuk menafikan
segala sumbangan beliau yang pasti akan kekal terpahat di ingatan kita sama ada di bidang
kurikulum mahupun kokurikulum. Beliau merupakan seorang guru yang berdikari,
penyayang dan mempunyai komitmen tinggi sehinggalah ke hari terakhir perkhidmatannya.

Perkhidmatan
Sepanjang perkhidmatan di bidang pendidikan, beliau telah bertugas di 3 buah sekolah
rendah yang berbeza. Selama berkhidmat..............................................
b

You might also like