Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

LATAR BELAKANG

Perancangan fizikal mengambil berat isu pencemaran alam sekitar yang disebabkan
oleh pembuangan bahan toksid dan sisa pepejal yang tidak disediakan mengikut
keadaan fizikal tapak boleh mendatangkan risiko yang tinggi kepada kegunaan
tanah di sekitarnya dan juga kepada penduduk khususnya.
Garis panduan ini disediakan adalah sebagai panduan dalam menyediakan tapak
pelupusan sisa toksid dan sisa pepejal serta keperluan infrastruktur asas dan
sokongannya. Ini adalah untuk memastikan wujudnya satu kawasan tapak
pelupusan yang mesra alam, berekonomik dan berkesan dengan pembangunan di
kawasan sekitar.

AKTA DAN GARIS PANDUAN SEDIA ADA TAPAK


PELUPUSAN SISA TOKSID DAN SISA PEPEJAL
Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertanggungjawab terhadap pencemaran alam di bawah
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). Akta ini telah memberi 15 peruntukan
dalam mengawal alam sekitar melalui garis panduan seperti di bawah:

Garis Panduan Prosedur Mengeksport Buangan Berjadual

Garis Panduan Bagi Mengimport Buangan Berjadual

Garis Panduan Bagi Penstoran Buangan Berjadual

Pemilihan tapak pelupusan hendaklah berasaskan pertimbangan dari segi:


1.
Fizikal bukan kawasan banjir, bukan kawasan aliran air, bukan kawasan
kecerunan melebihi 20% dan bertanah pamah.
2.
Geologikal mengandungi lapisan telap air yang rendah, ketebalan
melebihi 5 meter, kawasan bebas dari runtuhan dan hakisan tanah dan
kawasan telap air.
3.
Lokasi dan saiz keluasan minimum 60 hektar dengan kelebaran 30 meter,
zon penampan minimum 200 meter dan berpotensi untuk pembesaran di
masa hadapan.
4.
Kemudahan Infrastruktur laluan masuk yang sempurna, mudah
dihubungi dari kawasan perindustrian, bekalan air, elektrik dan
telekomunikasi yang mencukupi.
5.
Sosial Dan Persekitaran jarak kira-kira 10-15 km dari kawasan kepadatan
penduduk tinggi dan keutamaan pembangunan, 10 km dari kawasan yang
mempunyai nilai estetika, bersejarah dan tempat pengekalan.

Pemilihan Tapak
Perlu diwujudkan sekurang-kurangnya satu tapak bagi setiap 30,000 penduduk /
10 km bagi sesebuah kawasan petempatan. 1 tapak pelupusan perlu beberapa
tapak pengumpulan sampah dalam lingkungan 5 km. Tapak pelupusan adalah
dihadkan kepada pelupusan buangan sisa pepejal. Pemilihan tapak adalah
berdasarkan kepada beberapa aspek iaitu:

Rajah di atas menunjukkan perletakan tapak pelupusan sisa toksid

6.

Kategori Tanah keutamaan diberi kepada tanah kerajaan sedia ada yang
mempunyai anggaran bayaran balik pampasan yang rendah atau hutan
simpanan dan pinggiran kawasan tadahan.

ISU DAN MASALAH

Kurangnya kemudahan pelupusan bahan buangan di dalam atau di luar


kawasan industri yang mencukupi dan cekap.
Jumlah sisa toksid dan berbahaya yang dihasilkan oleh industri di Malaysia
dianggarkan sebanyak 417,000 tan metrik setahun dan akan meningkat di
antara 8-9% setahun.
Pendedahan manusia dan alam sekitar kepada bahaya bahan radio aktif.
Pelupusan yang dilakukan dengan cara yang tidak dikawal dan diawasi
dengan teliti dan teratur akan meninggalkan kesan negatif jangka panjang.
Kelahiran kilang-kilang haram dan berbahaya dan tidak terkawal
menambahkan beban masalah pencemaran di kawasan bandar.
Tidak ada suatu garis panduan yang komprehensif berhubung dengan
pembuangan bahan terjadual dan berbahaya.

Jumlah buangan pepejal seluruh Malaysia adalah kira-kira 7 juta tan


menjelang tahun 2000.
Bahan buangan yang dihasilkan oleh Majlis Tempatan sehingga peringkat
Majlis Perbandaran adalah dianggarkan 50-2,500 tan sehari.
Pencemaran daripada haiwan ternakan masih lagi belum dapat
diselesaikan dan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan masih
belum berkesan khasnya di Negeri Pulau Pinang.
Peningkatan kandungan bahan kompaun ekoran penggunaan bahan
kimia yang berleluasa di kawasan pertanian ataupun tapak pelupusan
sampah akan meresap ke dalam sumber air, tanah-tanih atau sumber
makanan yang mana boleh menggugat kesihatan penduduk.
Pembangunan akan datang di sekitar tapak pelupusan perlulah dirancang
dengan teliti supaya selaras dengan penempatan tapak pelupusan bagi
mengelakkan percanggahan kegunaan tanah dan kemungkinan
menerima aduan daripada orang ramai akibat operasi projek.

Garis Panduan Perancangan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal

Di dalam seksyen 34A, perkara 18(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah
menggariskan jenis-jenis rawatan dan pelupusan bahan berjadual dan berbahaya
iaitu:

Pembinaan loji pembakaran (incineration plant).

Pembinaan loji pengolahan air buangan (waste water treatment plant off site).

Pembinaan kemudahan penimbusan tanah selamat (secure landfill facility).

Pembinaan kemudahan penstoran luar tapak (storage facility off site).


Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) termasuk menerima pakai Akta A933 (tree
preservaton order) dan Kajian Penilaian Kesan Ke Atas Alam Sekitar (EIA)
disediakan sebelum sesuatu perancangan tapak pelupusan sisa toksid
dipertimbangkan.

Isu dan Masalah

GARIS PANDUAN PERANCANGAN UNTUK


TAPAK PELUPUSAN SISA TOKSID

SISA BUANGAN PEPEJAL


Akta dan Garis Panduan Sedia Ada

Di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dalam seksyen 34A,
perkara 18(b) dan 18(c) telah menggariskan jenis-jenis rawatan pelupusan bahan
buangan pepejal iaitu:

Perkara 18 (b) - Pembinaan loji pembakaran, pembinaan composting plant,


pembinaan loji pulihguna, pembinaan kemudahan penimbusan tanah (bahan
buangan perbandaran).

Perkara 18 (c) - Pembinaan loji rawatan air kumbahan dan pembinaan


marine outfall.

Fizikal tapak yang sesuai


adalah zon industri dan terdiri
dari gaung yang tiada
kepentingan, bekas tapak
lombong, bekas kolam yang
digali dan bekas tali air
dengan memenuhi syarat EIA.
Ekonomi jarak tidak
melebihi hari perjalanan,
keluasan minimum 50 - 60
hektar, jangka usia projek kira-kira 20 tahun, mudah dihubungi dan kos
pengangkutan murah.
Sosial 5 -10 km dari kepadatan penduduk yang tinggi.
Alam sekitar mementingkan mengenai kesan pencemaran yang akan
diakibatkan.

Kawalan Keselamatan

Kawalan ke atas air kurasan (leachate control).


Kawalan ke atas pelepasan gas (gas venting control).

Untuk keterangan selanjutnya, sila rujuk:


Garis Panduan Perancangan Tapak Pelupusan Sisa Toksid dan Sisa
Pepejal (Piawaian Perancangan JPBD 8/97)

B a h a g i a n
k e m e n t e r i a n

p e r u m a h a n

&

k e r a j a a n

t e m p a t a n

P e n y e l i d i k a n
r

d a n

s a r i ,
5 0 6 4 6
T e l : 0 3 - 2 6 9 8 9 2 1 1

P e m b a n g u n a n
u a l a
l u m p u r
f a k s : 0 3 - 2 6 9 3 3 9 6 4

Bil

Kaedah Penimbusan

Kaedah open dumping

Kaedah sandwich

Kaedah cell

T A J U K

G A R I S P A N D U A N

D A N

P I A W A I A N

001

Piawaian Perancangan dan Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau

002

Piawaian Perancangan Penyediaan Kemudahan Asas dan Fizikal Berkaitan


Program Rakan Muda

003

Piawaian Perancangan Guidelines & Geometric On Road Network System

004

Piawaian Perancangan dan Pembangunan Taman Atas Bumbung

005

Garis Panduan Kolam Takungan Sebagai Sebahagian Tanah Lapang

006

Piawaian Perancangan dan Pembangunan Padang Golf

007

Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Perancangan Pembangunan di


Kawasan Pesisiran Pantai

008

Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Perancangan Tempat Ibadat


Islam

009

Garis Panduan Perancangan Tapak Pencawang Elektrik

010

Garis Panduan Perancangan Tapak Pelupusan Sisa Toksid dan Sisa Pepejal

011

Garis Panduan Perancangan Tapak Incinerator

012

Piawaian Perancangan Kawasan Perdagangan

013

Piawaian Perancangan Kawasan Perindustrian

014

Garis Panduan Perancangan Perumahan Pekerja Kilang

015

Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Taman Tema (Theme Park)

016

Garis Panduan Perancangan Pemeliharaan Topografi Semulajadi Dalam


Perancangan dan Pembangunan Fizikal Mengikut Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1976 (Akta 172)

017

Garis Panduan Perancangan Tanah Perkuburan Islam dan Bukan Islam

018

Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat

019

Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (Service Protocol)

020

Piawaian Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi

021

Garis Panduan Perancangan Kemudahan Pembetungan

022

Piawaian Perancangan Perumahan Berbilang Tingkat

023

Garis Panduan Perancangan dan Piawaian Perancangan Kemudahan


Golongan Kurang Upaya

024

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kawasan Tasik

025

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Taman Industri Teknologi Tinggi


dan Rumah Pekerja

026

Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat (Edisi 2)

027

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tempat Letak Kereta

028

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kawasan Pantai, (Bah II)

029

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi,


(Bah II)

030

Garis Panduan Perancangan Pembangunan Caf Terbuka

031

Garis Panduan Perancangan Kawasan Rizab Sungai Sebagai Sebahagian


Tanah Lapang Awam

032

Garis Panduan Perancangan Pembangunan Taman Awam dan Rekreasi


Bertema

033

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Perumahan Satu Tingkat dan Dua
Tingkat

034

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Perumahan Kos Sederhana


Rumah Pangsa

035

Garis Panduan Perancangan Susun Atur Yang Optima Bagi Kawasan


Perumahan

036

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Reka Bentuk Imej Bandar


Malaysia

037

Garis Panduan Hypermarket

038

Garis Panduan Perancangan Pembangunan Tempat Letak Kereta Bertingkat

j a b a t a n

perancangan bandar dan desa


semenanjung malaysia

TAPAK PELUPUSAN
SISA TOKSID DAN
SISA PEPEJAL

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

B a h a g i a n P e n y e l i d i k a n d a n Pe mb a n g u n a n
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
SEMENANJUNG MALAYSIA
(Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
Jalan Cenderasari
50646 Kuala Lumpur
Tel: 603-2698 9211 Fax: 603-2693 3964
www.townplan.gov.my

Siri : 010
Jun 2005

You might also like