Faktor Halang Penglibatan Aktivit Isukan Bahagian B

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Bahagian B: [25 %]

Buat satu kajian ringkas di sekolah anda tentang faktor-faktor yang menghalang penglibatan
murid dalam aktiviti kokurikulum khususnya sukan.

Tajuk Kajian: Faktor-Faktor yang Menghalang Penglibatan Murid dalam Aktiviti


Sukan.

Pengenalan
Kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia
ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua
sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar di sekolah. Namun begitu kehadiran
dan penglibatan pelajar dalam kokurikulum pada masa kini semakin kurang memuaskan.
Penglibatan pelajar yang kurang memuaskan dalam aktiviti kokurikulum menyebabkan
suasana semasa perjumpaan suram. Menurut Zulkifli (1997) dalam kajian yang dijalankan
oleh Mohd. Jaflus Bahari (2008), bilangan pelajar dan bilangan kelas dalam sesebuah sekolah
amat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.Oleh yang demikian.
Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang dan mempengaruhi
penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum khususnya sukan.
Menurut Crawford dan Godbey (1987) terdapat tiga faktor yang menghalang penglibatan
iaitu :
1) Faktor struktur ialah faktor-faktor seperti kekurangan kemudahan, peralatan, masa,
wang dan maklumat.
2) Faktor interpersonal ialah faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau hubungan
antara individu seperti kesulitan mencari pasangan yang sesuai untuk bermain dalam
sukan .
3) Faktor intrapersonal ialah faktor melibatkan keadaan psikologi individuyang
bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini termasuklahtekanan,
kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan kemahiran diri yang
dimiliki.

Perlaksanaan aktiviti sukan di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat
sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar
kurang berminat untuk mengambil bahagian.
Pelajar terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga
sebahagian daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan
diri dalam kegiatan kokurikulum. Kajian beliau disokong oleh Lim Yen Yen (1991) yang
mendapati faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya
aktiviti sukan kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga
menganggap sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih
penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang.
Kebanyakan pelajar tidak berminat menyertai kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan
kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan
sebagainya. Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor lain antaranya seperti yang
dinyatakan oleh Mohd Suzli (1987) dalam kajiannya. Kajian beliau mendapati sekolah yang
dikaji menghadapi masalah kewangan yang tidak mencukupi dan sistem penjadualan yang
tidak teratur dan sistematik.
Walaubagaimanapun pelbagai faktor boleh menghalang penglibatan kegiatan kokurikulum
pelajar lelaki dan perempuan terutamanya sukan. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang
dilakukan oleh Mohd Suzli (1997) menyatakan pelajar tidak melibatkan diri kerana mereka
terpaksa menolong ibu bapa mereka di rumah.
Faktor-faktor menghalang lain ialah , program yang dirancang, terlampau ramai orang yang
menggunakan kemudahan disesuatu tempat atau lokasi kemudahan yang tidak sesuai. Jarak
rumah dengan sekolah yang jauh , menjadi salah satu sebab, dimana pelajar sukar untuk
menghadirinya disebabkan tiada pengangkutan terutamanya apabila aktiviti dilakukan pada
waktu petang.
Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar
pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari
berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyatakan bahawa semua
pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti
kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform, satu sukan atau
permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah. Antara tujuan aktiviti kokurikulum

diadakan di sekolah ialah untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar yang akan
membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna. Menurut Mohd Sofian,
Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan
keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk
menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah
dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah. Oleh yang demikian, kajian ini akan melihat
sejauh manakah faktor-faktor yang menghalang dan mempengaruhi penglibatan mereka
dalam aktiviti kokurikulum khususnya sukan.
Prosedur Soal selidik
Bagi menjalankan kajian ringkas ini saya telah memilih seramai 34 orang murid Tahun Lima
sekolah saya. Mereka terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan.
Saya telah menyediakan satu set soal selidik yang mengandungi 15 penyataan berkenaan
faktor-faktor penghalang penglibatan murid dalam aktiviti sukan. Murid hanya perlu
menanda tak setuju atau setujudengan penyataan yang diberi. Murid tidak perlu memberi
nama kecuali jantina,iaitu sama ada lelaki atau perempuan.Tempoh masa yang diperuntukan
bagi menjawab pula ialah 15 minit.
Hasil daripada selidik yang telah ditadbirkan, data dan maklumat yang diperolehi telah
dikumpul serta dianalisis . Berikut adalah jadual data yang diperolehi dan dianalisis mengikut
setiap penyataan diberi.

1. Kemudahan peralatan sukan di sekolah tidak


mencukupi .

Tidak setuju

Setuju

Perempuan

24%

76%

Lelaki

24%

76%

Jumlah

24%

76%

Secara keseluruhannya, peratusan murid bersetuju bahawa kemudahan peralatan sukandi


sekolah tidak mencukupi mengatasi murid yang tidak bersetuju. Murid perempuan dan juga
murid lelaki yang bersetuju mempunyai peratus yang sama iaitu 76 % . Begitu juga dengan
peratusan murid yang tidak bersetuju juga sama , tetapi hanya 24%

2. Takut gagal dalam peperiksaan apabila melibatkan


diri dalam sukan.

Tidak setuju

Setuju

Perempuan

53%

47%

Lelaki

76%

24%

Jumlah

64%

36%

Secara keseluruhan nya, murid perempuan dan lelaki tidak bersetuju bahawa takut gagal
dalam peperiksaan apabila melibatkan diri dalam sukan. Peratusan tidak setuju adalah (64%)
manakala yang bersetuju pula (36%). Bagaimanapun,jika dianalisis mengikut jantina pula,
peratusan lelaki tidak bersetuju lebih tinggi iaitu 76% manakala perempuan pula hanyalah
24%.

3. Kemudahan sukan di sekolah tidak


selamat.

Tidak setuju

Setuju

Perempuan

88%

12%

Lelaki

59%

41%

Jumlah

73%

27%

Secara keseluruhannya, majoriti

murid perempuan dan lelaki tidak bersetuju bahawa

kemudahan sukan di sekolah tidak selamat.

Peratusan

tidak setuju, mengatasi murid

perempuan dan lelaki yang bersetuju. Peratusan tidak bersetuju adalah lebih tinggi (73%)
manakala yang bersetuju

pula hanyalah (27%). Namun begitu,, jika dilihat

mengikut

analisis jantina pula, peratusan perempuan tidak bersetuju lebih tinggi (88%) jika
dibandingkan dengan lelaki tidak bersetuju iaitu 12% .

4.

Pihak sekolah memberi perhatian kepada murid


yang berbakat Dalam sukan.

Tidak setuju

Setuju

Perempuan

41%

59%

Lelaki

41%

59%

Jumlah

41%

59%

Secara keseluruhannya, peratusan murid yang bersetuju bahawa pihak sekolah


memberi perhatian kepada murid yang berbakat dalam sukan (59%) mengatasi
murid yang tidak bersetuju (41%).Jika dilihat melalui analisis jantina pula, murid
perempuan dan murid lelaki yang bersetuju mempunyai peratusan sama iaitu
59% , begitu juga dengan yang tidak bersetuju, juga sama iaitu 41%.

5. Masalah kewangan dalam mengikuti aktiviti sukan

Tidak setuju

Setuju

Perempuan

41%

59%

Lelaki

29%

71%

Jumlah

35%

65%

Secara keseluruhannya, peratusan murid yang bersetuju bahawa masalah kewangan dalam
mengikuti aktiviti sukan dilihat mengatasi murid yang tidak bersetuju. Jumlah murid yang
bersetuju sebanyak 65% manakala yang tidak bersetuju pula sebanyak 35%. Jika dianalisis
berdasarkan jantina pula, Murid perempuan yang bersetuju ialah 59% dan yang tidak
bersetuju sebanyak 41%. Manakala murid lelaki yang bersetuju pula lebih banyak , iaitu 71%
dan yang tidak bersetuju pula 35%.

6. Tidak mempunyai bakat untuk melibatkan diri dalam


sukan

Tidak setuju

Setuju

Perempuan

59%

41%

Lelaki

82%

18%

Jumlah

70%

30%

Bagi kenyataan tidak mempunyai bakat untuk melibatkan diri dalam sukan, pada jumlah
keseluruhan 70% murid tidak bersetuju, hanya 30% yang bersetuju. Jika dianalisis mengikut
jantina pula , 59% murid perempuan tidak bersetuju dan yang bersetuju ialah 41%. Bagi
murid lelaki, peratusan tidak setuju lebih tinggi jika dibandingkan dengan murid perempuan
iaitu 82% manakala yang bersetuju pula hanyalah 18%.

7. Aktiviti sukan membosankan

Tidak setuju

Setuju

Perempuan

59%

41%

Lelaki

88%

12%

Jumlah

73%

27%

Secara keseluruhannya, murid tidak bersetuju bahawa aktiviti sukan membosankan.


Peratusan keseluruhan tidak setuju (73%) mengatasi peratusan bersetuju (27%). Melalui
analisis jantina pula, murid perempuan yang tidak bersetuju ialah 59% dan yang bersetuju
41%. Peratusan lelaki yang tidak bersetuju lebih tinggi iaitu 88% manakala yang bersetuju
hanyalah 12% sahaja.

8. Peralatan yang terdapat di sekolah rosak dan usang

Tidak setuju

Setuju

Perempuan

59%

41%

Lelaki

53%

47%

Jumlah

56%

44%

Secara keseluruhannya, peratusan murid tidak bersetuju bahawa peralatan yang terdapat di
sekolah rosak dan usang adalah lebih tinggi (56%) berbanding yang bersetuju(44%).
Bagaimana jika dianalisis

menurut jantina, lebih ramai murid perempuan (59%) tidak

bersetuju dengan penyataan peralatan yang terdapat di sekolah rosak dan usang berbanding
dengan murid lelaki (47%).

9. Tidak selesa untuk melibatkan diri dalam sukan.

Tidak setuju

Setuju

Perempuan

76%

24%

Lelaki

59%

41%

Jumlah

67%

33%

Bagi penyataan, tidak selesa untuk melibatkan diri dalam sukan, pada
keseluruhannya 67% murid tidak bersetuju , dan 33% pula yang bersetuju. Jika
dianalisis mengikut jantina pula , lebih ramai murid perempuan tidak bersetuju
(76%) dan yang bersetuju ialah 24%. Bagi murid lelaki pula 59% tidak bersetuju
dan yang bersetuju 41%.

10. Alatan sukan boleh digunakan pada waktu tertentu


Sahaja.

Tidak setuju

Setuju

Perempuan

29%

71%

Lelaki

47%

53%

Jumlah

38%

62%

Secara keseluruhannya, peratusan murid yang bersetuju bahawa alatan sukan


boleh digunakan pada waktu tertentu sahaja, dilihat mengatasi murid yang tidak
bersetuju. Jumlah murid yang bersetuju sebanyak 62% berbanding yang tidak
bersetuju iaitu 38%. Jika dianalisis berdasarkan jantina pula, murid perempuan
yang bersetuju ialah 71% dan yang tidak bersetuju sebanyak 29%. Manakala
murid lelaki yang bersetuju pula lebih sedikit

, iaitu 53% dan yang tidak

bersetuju pula 47%.

11. Tidak mempunyai kawan untuk sama-sama bersukan.

Tidak setuju

Setuju

Perempuan

76%

24%

Lelaki

71%

29%

Jumlah

73%

27%

Secara keseluruhannya, peratusan murid tidak bersetuju bahawa tidak mempunyai kawan
untuk sama-sama bersukan adalah lebih tinggi iaitu 73% berbanding yang bersetuju hanya
27%. Manakala jika dianalisis menurut jantina, lebih ramai murid perempuan (76%) tidak
bersetuju dengan penyataan tidak mempunyai kawan untuk sama-sama bersukan berbanding
dengan murid lelaki (71%).

12. Sekolah tidak memberi pengitirafan jika berjaya.


dalam sukan.

Tidak setuju

Setuju

Perempuan

82%

18%

Lelaki

71%

29%

Jumlah

76%

24%

Secara keseluruhannya, murid tidak bersetuju bahawa sekolah tidak memberi pengitirafan
jika berjaya dalam sukan . Peratusan keseluruhan tidak setuju (76%) mengatasi peratusan
bersetuju (24%). Melalui analisis jantina pula, murid perempuan yang tidak bersetuju ialah
82% dan yang bersetuju 18%. Manakala peratusan lelaki yang tidak bersetuju sekolah tidak
memberi pengitirafan jika berjaya dalam sukan pula ialah 71% dan yang bersetuju hanyalah
29% sahaja.

13. Sekolah tidak menggalakkan untuk terlibat dengan


sukan.

Tidak setuju

Setuju

Perempuan

94%

6%

Lelaki

76%

24%

Jumlah

85%

15%

Secara keseluruhannya, majoriti murid tidak bersetuju bahawa sekolah tidak menggalakkan
untuk terlibat dengan Sukan. Peratusan keseluruhan tidak bersetuju ialah 85% manakala
bersetuju pula ialah 15%. Namun begitu,, jika dilihat

mengikut

analisis jantina pula,

peratusan perempuan tidak bersetuju lebih tinggi (94%) jika dibandingkan dengan lelaki
tidak bersetuju iaitu 76% .

14. Jurulatih yang berminat dalam sukan tidak


mencukupi .

Tidak setuju

Setuju

Perempuan

35%

65%

Lelaki

47%

53%

Jumlah

41%

59%

Secara keseluruhannya,

murid

bersetuju

bahawa jurulatih yang berminat

dalam sukan tidak mencukupi(59%),manakala yang tidak bersetuju pula


sebanyak 41%. Jika dianalisis berdasarkan jantina pula, murid perempuan yang
bersetuju ialah 65% dan yang tidak bersetuju sebanyak 35%. Manakala murid
lelaki yang bersetuju pula lebih sedikit , iaitu 53% dan yang tidak bersetuju pula
47%.

15. Ibu bapa tidak menggalakkan melibatkan diri


dalam sukan.

Tidak setuju

Setuju

Perempuan

82%

18%

Lelaki

88%

12%

Jumlah

85%

15%

Secara keseluruhannya, majoriti murid tidak bersetuju bahawa ibubapa tidak menggalakkan
melibatkan diri dalam sukan. Peratusan keseluruhan tidak bersetuju ialah 85% manakala
bersetuju pula ialah 15%. Namun begitu,, jika dilihat

mengikut

analisis jantina pula,

peratusan perempuan tidak bersetuju (82%) jika dibandingkan dengan lelaki tidak bersetuju
iaitu 88% .

Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa
faktor-faktor utama yang

menghalang penglibatan murid-murid dalam aktiviti sukan di

sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Duyong mengikut keutamaannya adalah pentadbiran
ataupun pengurusan, dan kewangan . Dapatan kajian ini menunjukan bahawa murid-murid
ini memilih faktor pentadbiran atau pengurusan sebagai faktor utama. Item-item seperti
pihak sekolah memberi perhatian kepada murid yang berbakat dalam sukan, alatan sukan
boleh digunakan pada waktu tertentu sahaja, Jurulatih yang berminat dalam sukan tidak

mencukupi.Faktorkewangan merupakan faktor seterusnya, hasil dapatan kajian yang


menghalang penglibatan murid-murid Sekolah Kebangsaan Duyong dalam aktiviti sukan . Ini
berdasarkan pada item ke lima Masalah kewangan dalam mengikuti aktiviti sukan
Kajian ini juga mendapati dapatan yang kedua iaitu faktor penyertaan telah menjelaskan
bahawa aktiviti sukan berjaya mempengaruhi penglibatan murid-murid kerana ia memberi
faedah kepada kesihatan mental dan fizikal, mengenali dan mendapat ramai kawan, dapat
mengembangkan nilai-nilai murni, bakat serta sahsiah, dan memasuki sekolah berasrama
penuh. Kebanyakkan murid-murid generasi alaf baru ini bakal berhadapan dengan pelbagai
cabaran yang bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal tetapi juga mental. Tanpa keteguhan
mental, mereka pasti tidak mampu menempuh pelbagai dugaan, maka penyertaan mereka
dalam aktiviti aktiviti sukan adalah untuk membekalkan murid-murid dengan nilai tambah
yang positif selain membina keyakinan diri.
Dapatan kajian ini juga, iaitu faktor persekitaran juga dilihat sebagai mangkindalam
mempengaruhi faktor penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti
sukan. Suasana persekitaran yang asasnya bermula dirumah iaitu galakkan ibubapa serta
keluarga yang memberangsangkan serta berterusan adalah satu faktor penting yang
menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti tersebut. Selain mengingatkan muridmurid mengenai kepentingan mereka melibatkan diri dalam aktiviti, ibubapa yang memahami
akan berusaha untuk memenuhi keperluan anakanak mereka dalam mendapatkan atau
membeli keperluan untuk melakukan aktiviti. Di sekolah, melalui Persatuan Ibubapa Dan
Guru (PIBG) pelbagai bentuk aktiviti boleh dimainkan oleh PIBG bagi membantu sekolah
dan ibubapa dalam membantu mempengaruhi penglibatan murid-murid dalam aktiviti sukan
seperti membantu pihak sekolah menyediakan alatan dan kelengkapan untuk melakukan
aktiviti melalui sumbangan ahli-ahli atau dana PIBG, memberi ganjaran berupa hadiah wang
tunai atau harta material sebagai galakkan kepada yang menang dan pengiktirafan kepada
murid dan sebagainya.
Sebagai cadangan pula, secara umumnya kajian ini telah menghasilkan maklumat-maklumat
mengenai faktor-faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid. Faktor-faktor
ini wujud kerana sekiranya kita percaya kepada matlamat melahirkan insan yang sepadu dan
seimbang, paradigm yang sepatutnya digunakan ialah memberi penekanan seimbang terhadap
ketiga-tiga kompenen iaitu akademik, kokurikulum dan sukan. Maklumat-maklumat yang
diperoleh daripada kajian ini sangat berguna kepada murid-murid untuk tindakan mereka

dalam merencanakan kehidupan harian mereka baik pada waktu persekolahan rendah mereka
sebagai asas dan kesinambungan persekolahan diperingkat menengah atau yang lebih tinggi
nanti, Guru penasihat aktiviti sukan dalam mengatur, melaksana atau mengelolakan aktiviti
tersebut agar dapat menarik serta menyemai minat serta melatih budaya kerja berpasukan
disamping memberi
sokongan moral dan material dikalangan pelajar melalui aktiviti sukan, Pihak pengurusan
sekolah dalam merancang, mengurus, mentadbir aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan agar
selaras dengan hasrat kerajaan, masyarakat dan ibubapa berdasarkan pekeliling atau garis
panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Justeru itu, cadangan ini juga diharapkan berguna kepada para penyelidik yang ingin
mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan murid-murid dalam aktiviti sukan
supaya penyelidikan yang akan dijalankan nanti akan lebih bermakna dan dapat membantu
merealisasikan hasrat kerajaan dalam pembangunan insane murid-murid. Oleh itu aspek
kajian yang lebih luas dan menyeluruh perlu dijalankan serta meliputi semua kompenankompenan dalam aktiviti sukan. Kajian yang dijalankan dengan menggunakan populasi
yang lebih besar dan pelbagai akan dapat memberi inferens tentang faktor penglibatan yang
menyeluruh dan saksama. Sehubungan dari kajian ini juga dapatlah dibuat perancangan dan
tindakan untuk mempertingkat atau memperkasakan lagi penglibatan murid-murid dalam
aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Soal-selidik yang digunakan juga dicadangkan
dapat memasukan faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi faktor penglibatan muridmurid misalnya peranan ibubapa, guru, pengaruh rakan-rakan, kecergasan fizikal,
keseronokan, pencapaian status, peningkatan kemahiran dan lain-lain.

Penutup
Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan perlu dilihat sebagai
pelengkap kepada akademik serta sebahagian cara hidup. Kita tidak mahu kokurikulum hanya
digunakan untuk memenuhi syarat kemasukan ke institute pengajian tinggi semata-mata;
atau, dalam konteks mahasiswa, hanya memenuhi syarat mendapat pekerjaan semata-mata.
Jika ini paradigmanya, maka persoalan insane yang sepadu dan seimbang itu masih belum
dijawab. Ada yang menolak kepentingan aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan
keranamereka gagal dalam akademik akibat kokurikulum. Pandangan

ini tidak betul.

Memang ada yang gagal akademik, tetapi bukan faktor penglibatan mereka dalam aktiviti
aktiviti sukan. Ia akibat faktor pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya yang langsung

tiada kaitannya dengan kokurikulum atau sukan. Maknanya kalau ia tidak terbabit dengan
aktiviti kokurikulum atau aktiviti sukan sekalipun, ianya
akan gagal juga. Aktiviti Kokurikulum dan aktiviti sukan mesti dilihat dengan paradigm
bahawa ia mempunyai kepentingan seimbang dengan akademik. Kokurikulum dan sukan
juga mesti dilihat sebagai pelengkap kepada akademik dan sebahagian cara hidup bagi
mendapatkan keseimbangan dalam sistem pendidikan kerana ia mampu melahirkan insan
yang cemerlang. Justeru itu, aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan mesti diberikan
penegasan serta ruang yang lebih luas sejak dari asas iaitu sekolah rendah sehingalah kepada
kemuncaknya iaitu universiti.

You might also like