Teks Ucapan Guru Besar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN GURU BESAR

SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015

Assalamualaikum W.B.T, Selamat Pagi dan Salam Sehati Sejiwa kepada semua
warga SK(2) Simpang Lima.

Yang Dihormati Encik Mohd Hasni Bin Abdul, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati Puan Wee Nai Chau, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Guru-guru Kanan, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul
pada hari ini sempena Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat
SK(2) Simpang Lima tahun 2015.

Guru-guru dan murid sekalian,


Sesungguhnya, kehadiran warga SK(2) Simpang Lima pasti akan menyemarakkan
lagi program kita pada pagi ini dan seterusnya memberi sokongan yang padu dalam
aktiviti yang telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah pada tahun ini.

Terlebih dahulu di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi


tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa induk serta semua panitia akademik
sambutan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat sekolah bagi
tahun 2015 kerana usaha gigih tuan-tuan dan puan-puan merencana, merancang,
menyusun sekali gus menzahirkan pelbagai aktiviti yang telah direalisasikan pada
majlis sambutan ini di peringkat sekolah. Hasil permuafakatan dan canaian idea
yang bernas ahli jawatankuasa induk dan panitia akademik ini maka lahirlah
pelbagai program dan aktiviti yang dirasakan cukup meriah dalam melahirkan warga
SK(2) Simpang Lima yang mempunyai semangat patriotik serta nasionalis.

Guru-guru dan murid sekalian,


Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini kesemuanya berpaksikan
kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme
dalam kalangan kita semua sebagai warganegara. Ibarat kata bidalan, jika tidak lalu
dandang di air, di gurun dirangkakan. Inilah saatnya bagi kita semua menumpahkan
taat setia dan meluahkan kecintaan buat negara Malaysia yang tercinta. Sebagai
warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat
negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecap kehidupan dalam
suasana yang harmonis, aman serta sejahtera.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan
syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa induk dan semua panitia akademik
yang telah melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang Majlis Sambutan Bulan
Kemerdekaan Peringkat SK(2) Simpang Lima bagi tahun 2015. Sehubungan dengan
itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Bulan
Kemerdekaan Peringkat SK(2) Simpang Lima.
Sekian, terima kasih.

You might also like