Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1. Surat tawaran atau surat panggilan.

2. Dokumen diri seperti Surat Beranak atau pasport.


Ingatan!. Kad Pengenalan anda hendaklah
diletakkan/disimpan dalam poket baju anda untuk
keselamatan dan memudahkan bila diminta untuk dilihat).
3. Sijil-sijil persekolahan. (Hendaklah dimulakan dengan
Sijil Persekolahan yang tertinggi diikuti dengan yang lain).
4. Sijil Berhenti Sekolah.
5. Anugerah Pencapaian / Anugerah Kecemerlangan.
6. Watikah Pelantikan atau Surat-surat lantikan ke jawatan
tertentu.
7. Sijil-sijil Penghargaan.
8. Sijil-sijil Penyertaan.
9. Surat-surat panggilan ke program / aktiviti tertentu yang
tiada sijil dikeluarkan oleh penganjur.

1. Dokumen ASAL

Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat


temuduga ialah:

Kad Pengenalan

Sijil Kelahiran

Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)

Sijil Berhenti Sekolah

Sijil SPM asal

Sijil STPM asal (jika ada)

Diploma asal (jika ada)

Transkrip diploma asal (jika ada)

Ijazah sarjana muda asal.

Transkrip sarjana muda asal.

Ijazah sarjana asal (jika ada)

Transkrip sarjana asal (jika ada)

Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah


Luar Negar

Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Tingkatan 4


hingga ke Universiti

Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

(Sijik akademik dan koko semasa sekolah rendah,


tingkatan 1 hingga PMR tak payah bawa.
Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas
tingkatan 3)

Sebaik-baiknya semua dokumen di atas


dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER" dan
disusun mengikut senarai di atas. Pastikan
semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat
temuduga. Jangan bila dah sampai ke pusat
temuduga baru tercari-cari dan cuba menyusun.
Kebanyakan penemuduga agak sensitif tentang
susunan ini. Kalau calon menyusun mengikut
keterangan di atas, sudah pasti calon dapat
menambat hati penemuduga memandangkan
dokumen ini perlu diserahkan kepada
penemuduga SEBELUM sesi temuduga bermula.
Mesti ingat selalu bahawa "First Impression
Counts".

Dan jangan lupa, dokumen-dokumen lain yang


tak berkaitan eloklah disimpan ke dalam beg
anda. Folder ini biar nampak yang spesifik untuk
temuduga ini.

Tapi ... seperti biasalah ada calon yang guna


folder. Dalam folder macam tong sampah .. Bila
penemuduga cuba meneliti dokumen asal,
sibuklah calon nak tunjuk yang itu.. yang ini.
Calon seperti ini biasanya bolehlah memohon
semula tahun depan. Penemuduga sebenarnya
menilai kualiti seseorang calon dari folder
dokumen asalnya. Folder itu merupakan
"portfolio" calon. Kalau nak jadi guru, jika nak
simpan dokumen 20 helai pun sudah kelam
kabut, macam mana nak simpan beratus ...
beribu dokumen pelajar. Ingat.. ini satu penilaian
diri yang penting.

Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah


dokumen berkenaan MESTI dibawa ke pusat
temuduga. Penemuduga biasanya tak mahu
mendengar alasan sijil tertinggal di KL, baru
sampai semalam ... sijil dihanyutkan banjir tahun
1991 dulu... sijil SPM (1993) masih di sekolah
lama . . dsb.

Jika pada hari ini, ada dokumen asal anda yang


hilang atau rosak dapatkan yang baru. Sijil Lahir

boleh dapat baru dari Pejabat Pendaftaran.


Jangan bawa sijil lahir yang dah berlipat-lipat dan
sukar dibaca. Jika dokumen asal hilang pastikan
ada laporan ke pihak-pihak berkenaan serta bukti
surat asal. Kad pengenalan yang hilang boleh
dibuat baru. Kalau gambar pada kad pengenalan
semasa anda darjah enam dulu, pastikan pergi
pejabat pendaftaran dan buat baru. Haa...
barulah nampak calon pendidikan guru yang
berpotensi dan berwatakkan guru.

2.Salinan Fotostat

Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? . . .


Semua salinan fotostat hendaklah difotostat
dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat
jika dokumen salinan itu tidak jelas. Selepas
difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping
salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihakpihak yang dibenarkan seperti penghulu, ketua
kampung, ketua balai, guru besar, pengetua
sekolah atau pegawai kerajaan Bahagian 1

seperti pensyarah maktab dan guru-guru


berijazah. Jangan datang ke pusat temuduga
dengan semua salinan fotostat belum disahkan.
Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA
NILAINYA.

Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan,


kemudian MESTI disusun mengikut susunan sijilsijil asal seperti disenaraikan di atas. Wahhh ada
pula calon yang sehingga buat binding semua
salinan fotostat. Tak perlu dibinding! Anda akan
membazirkan wang sahaja jika buat binding
sebab kebanyakan calon yang buat binding
salinan sijil mereka susunannya tidak sama
seperti diarahkan. Biasanya, sampai sahaja ke
pusat temuduga, penemuduga akan suruh
tanggalkan dan susun semula. Jadi dalam kursus
ini, saya sekalai lagi berpesan - Susun ikut
sepertimana disenaraikan di atas. Kemudian
"staple" di bahagian atas sebelah kiri. Satu staple
sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen
banyak, guna staple besar dan mungkin kena
staple dua kali dari depan dan belakang. Jangan
guna "paper clip" sebab dokumen mudah
tertanggal dan bertaburan di lantai.

3.Borang Maklumat Diri Calon ...

Apabila seseorang calon dipanggil untuk


ditemuduga, ada dikepilkan satu borang yang
dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon untuk
Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah.
Maklumat yang perlu diisi dalam borang ini ialah
seperti :

1. Maklumat kursus yang anda pohon - seperti


nama kursus, kod dan tahun ambilan.

2. Butir diri calon - seperti gambar terkini, nama,


nombor K.P., jantina, tarikh lahir dll

3. Butiran keluarga - seperti maklumat bapa /


suami / isteri

4. Butiran akademik - iaitu keputusan SPM, STPM /


Matrikulasi, maklumat ijazah, CGPA dan bidang.

5. Pengakuan yang calon, tarikh dan


tandatangan

Borang ini hanya 1 muka surat. Saya ulang, 1


muka surat, tetapi apa dah jadi kepada ramai
calon-calon yang datang temuduga. Maklumat
yang sebanyak ini pun tak sanggup dilengkapkan
dengan sempurna. Di bawah ini saya senaraikan
penemuan saya selama menemuduga KPLI
selama 8 tahun sejak dilaksanakan:

1. Tulisan yang sukar dibaca, comot dan penuh


dengan"liquid paper"

2. Tidak melengkapkan semua butiran yang


diminta. Bila ditanya, ohhh... baru nak cakap
terlupa konon dan sebagainya... . Kalau

penemuduga pun buat ohhh.. terlupa nak bagi


markah macam mana ?

3. Gambar.. hahh ni lagi best. Ruang gambar tu


kecil. Bukan saiz passport tetapi saiz gambar
lesen memandu. Kalau gambar anda besar,
potong bahagian muka sahaja dan tampalkan.
Kedua, gambar mesti terkini. Ya, terkini. Tetapi
ada calon yang tanggalkan gambar dari kad pusat
sumber masa tingkatan 5 dan tampalkan.
Bayangkan ada cop pusat sumber sekolah pulak
tu. Ketiga.. kalau calon lelaki, gambar tu biarlah
mencerminkan seorang calon yang berwajah
guru. Bergambarlah dengan pakai tali leher, dan
lebih baik kalau pakai blazer. Kat kedai gambar
tu.. ada banyak blazer untuk bergaya. Namun,,,
ramai yang tampal gambar mereka yang pakai
tee shirt hard rock cafe lah, yang ada gambar
kumpulan rocklah. Kalau gambar macam tu
mintalah jadi pelayan disko. jangan minta jadi
cikgu.

4. Tandatangan ... Ada calon tu dah serah borang


kepada penemuduga baru sedar belum
ditandatangan.

4. Kesimpulan ...

Cuba anda renong sejenak. Katakanlah minggu


depan anda akan menghadiri temuduga.
Bagaimana agaknya persediaan dokumendokumen anda ? Saya berharap, calon-calon yang
sudah mengikuti kursus bimbingan ini akan
mengalahkan semua calon lain dari segi "kualiti
diri calon" berasaskan kepada persediaan
dokumen dan borang-borang.

Sijil kepujian dekan diletakkan slps transkrip

Boleh letakkan resume (susunan yg terakhir


sekali)

Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan


sebagai sijil utama akademik. Jadi semasa
menyusun, nak diletak dari tktn 4 hingga
universiti pun boleh, nak diletak dari universiti
hingga ke bawah pun boleh. Biasanya semasa
menyemak aktiviti koko, penemuduga akan
menyemak sijil berhenti sekolah terlebih dahulu
sebab di dalam sijil berhenti sekolah tercatat

banyak maklumat - sukan, persatuan dan unit


beruniform. Tak ramai calon KPLI yang ada aktiviti
semasa di U. Jika anda mempunyai banyak
aktiviti di U, lebih baik sijil-sijil sokongan ini
diletak terlebih dahulu. Sebab aktiviti semasa di U
skornya lebih tinggi. Dan ini sekali gus
menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah
antara watak guru yang dicari

You might also like