Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 36

TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA

TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA

TAJUK 1 : Struktur dan Kandungan Atmosfera

Atmosfera merupakan satu zon lapisan yang menyelubungi bumi serta terdiri daripada
struktur tertentu. Atmosfera memainkan peranan yang penting kepada hidupan di bumi
kerana di sinilah wujudnya gas seperti oksigen yang menampung kehidupan organisma
biotik di bumi. Atmosfera juga bertindak sebagai penghalang kepada sinaran ultra ungu
yang berbahaya kepada hidupan. Di samping itu, sebahagian daripada proses kitaran
hidrologi turut berlaku di atmosfera, antaranya pembentukan hujan dan kerpasan, sejatan
dan sejat peluhan. Selain itu, atmosfera juga mengandungi 78% nitrogen, argon 0.9%,
CO2 0.03% dan gas-gas lain seperti neon, helium, kripton, ozon, radon dan lain-lain lagi
0.003%. Gas-gas ini dianggap sebagai sumber kerana ia mempunyai kepentingan dan
kegunaan tersendiri. Nitrogen melalui proses edaran nitrogen membekalkan nutrien nitrat
untuk pertumbuhan tumbuhan dan haiwan. Oksigen penting untuk kesemua hidupan di
bumi untuk proses pernafasan. Karbon dioksida penting untuk tumbuhan menjalankan
proses fotosintesis. Wap air di atmosfera membolehkan proses pemeluwapan yang
membawa hujan dan air hujan adalah penting untuk kehidupan di bumi ini. Sebagai
sumber untuk kegiatan industri seperti gas argon untuk tiub radio, industri memateri dan
gas mentol. Gas nitrogen, oksigen dan karbon dioksida juga digunakan dalam pelbagai
jenis industri. Selain itu gas-gas ini juga bertindak sebagai pengimbang kepada bajet haba
dunia. Banyak cahaya ultra ungu dipantul semula atau diserap oleh atmosfera bumi.
Melalui proses penapisan ini hanya lebih kurang 47% bahangan solar diterima daripada
matahari supaya bumi tidak menjadi terlalu panas untuk kehidupan tumbuhan, haiwan
dan manusia. Karbon dioksida, wap air dan awan menyerap gelombang panjang bumi
untuk memanaskan lapisan atmosfera supaya bumi tidak menjadi terlalu sejuk. Keadaan
yang terlalu sejuk tidak membolehkan kehidupan di bumi ini hidup.

Contoh Soalan Kandungan Atmosfera


1. Jelaskan secara ringkas kandungan atmosfera. [5 markah]
Kandungan atmosfera ialah gas-gas tetap (seperti oksigen, karbon dioksida, nitrogen dan
hidrogen), gas-gas inaktif (seperti argon, neon, kripton dan helium), wap air, debu dan
bakteria.

Struktur Atmosfera
1. Atmosfera bumi mempunyai struktur dan lapisan yang berbeza mengikut ketinggian.
2. Struktur ini sukar untuk dikira secara tepat memandangkan tiada satu garis pemisah di
antara satu struktur dengan struktur yang lain.
3. Ahli kaji iklim beranggapan bahawa perbezaan struktur atmosfera ini adalah
berdasarkan kepada perbezaan suhu.
4. Selain itu, struktur atmosfera bumi dengan angkasa lepas juga tidak dapat dihitung
dengan tepat. Sempadan yang dilakar setakat ini hanyalah berdasarkan kepada tarikan
bumi bersamaan dengan daya empar putaran bumi (daya yang dipengaruhi putaran bumi).
5. Terdapat empat struktur atmosfera bumi yang utama dari lapisan yang paling rendah ke
lapisan yang paling tinggi, iaitu Troposfera, Stratosfera, Mesosfera dan Termosfera.

Troposfera
1. Troposfera merupakan lapisan yang terendah, iaitu antara 8 – 14 km. Lapisan ini
menjadi zon pembentukan unsur cuaca seperti hujan, suhu, kelembapan dan sebagainya.
2. Perbezaan unsur cuaca menghasilkan iklim yang berbeza dari satu kawasan ke
kawasan yang lain.
3. Struktur troposfera berbeza-beza mengikut musim, misalnya di kawasan beriklim
sederhana, pada musim sejuk, lapisan troposfera adalah adalah lebih nipis berbanding
lapisannya pada musim panas. Lapisan paling atas troposfera dikenali sebagai Tropopous.
4. Di lapisan troposfera, pengurangan suhu secara umum menurut tinggi pada kadar min
kira-kira 1oC bagi setiap 650 meter.
5. Di lapisan tropopous, terdapat satu keadaan yang dipanggil sebagai isoterma, di mana
suhunya tidak banyak berubah mengikut tinggi.
6. Ciri lapisan Troposfera ialah:
a) Halaju angin semakin tinggi mengikut ketinggian
b) Kelembapan semakin berkurangan mengikut ketinggian (menghampiri sempadan
tropopous)
c) Lapisan troposfera adalah nipis dan mengandungi 80% jisim atmosfera.

Stratosfera
1. Lapisan stratosfera terletak di atas troposfera. Ketinggiannya dari lapisan troposfera
ialah lebih kurang 96 km.
2. Suhu di lapisan ini tidak banyak berubah dengan pertambahan ketinggian. Namun
begitu, pada ketinggian melebihi 20 km, keadaan menjadi bertambah panas.
3. lapisan di sini merupakan zon di mana bahangan matahari diserap oleh ozon. Lapisan
yang memisahkan lapisan stratosfera dan mesosfera ialah satu lapisan nipis dipanggil
stratopos.
4. Ciri lapisan stratosfera ialah :
a) Tanpa turbulen angin, kawasan di lapisan ini adalah stabil. Kawasan stabil menjadi
laluan kapal terbang.
b) Pada paras 10 km ke 20 km, tiada perubahan suhu. Ia dipanggil lapisan isoterma dan
selepas ini, suhu meningkat mengikut ketinggian.

Mesosfera
1. Lapisan yang terdapat di atas stratosfera ialah mesosfera. Lapisan ini terletak pada
ketinggian 50 hingga 80 km.
2. Lapisan ini dipisahkan dengan satu lapisan nipis di atasnya yang dipanggil mesopaus.
3. Ciri lapisan mesosfera ialah :
a) Tekanan udara yang rendah disebabkan udara semakin menipis.
b) Suhu semakin menurun mengikut ketinggian. Sejuk yang terlampau sejuk ini
menggalakkan pembentukan awan sejuk yang dipanggil noctilucent.

Ionsfera/Termosfera
1. Lapisan ini terletak di atas mesosfera iaitu antara 80 km hingga 10 km.. Komposisi
molekul udaranya adalah dalam bentuk atom.
2. Suhunya semakin meningkat mengikut ketinggian tetapi tekanan udaranya sangat
rendah.
3. Ketebalan dan ketumpatan lapisan ini sentiasa berubah.
4. Lapisan ini terdiri daripada ion-ion gas dan elektron-elektron yang bergerak bebas.
Keadaan ini penting untuk perkembangan telekomunikasi kerana pantulan gelombang
radio dapat berlaku di sini.
5. Terdapat empat bentuk atom, iaitu :
a) Molekul nitrogen
b) Molekul oksigen
c) Molekul helium
d) Atom hidrogen

A) UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM

1. Imbangan bahangan
Jumlah bahangan yang diterima oleh bumi daripada matahari melalui
gelombang-gelombang pendek sama dengan jumlah bahangan yang
dibebaskan oleh bumi melalui gelombang-gelombang panjang.

a) Taburan suhu mendatar


Perbezaan suhu secara mendatar antara satu tempat dengan tempat
yang lain di permukaan bumi.
b) Taburan suhu menegak
Perubahan suhu yang berlaku di atmosfera mengikut ketinggian dalam
sesuatu bungkusan udara.

B) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN SUHU MENDATAR

1.Tumbuhan semulajadi
Kawasan yang banyak tumbuhan - suhu lebih rendah. Mengurangkan
bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi.

2. Awan
Kawasan yang banyak dilitupi awan – suhu lebih rendah. Awan akan
membalikkan dan menyerap sebahagian bahangan matahari.

3. Arus lautan
Arus lautan mempunyai kebolehan memindahkan haba – jenis arus akan
mempengaruhi suhu pinggir pantai. Contohnya Arus Telukan membawa
haba daripada kawasan tropika ke kawasan sederhana.

4.Perbezaan permukaan bumi


Albedo permukaan bumi menentukan jumlan bahangan yang diserap oleh
bumi. Albedo yang tinggi akan menyebabkan suhu di kawasan itu rendah.

5.Ketinggian
Kawasan yang tinggi akan mengalami suhu yang semakin rendah.

C) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN SUHU MENEGAK

1. Tekanan udara

2. Suhu permukaan
Jika suhu permukaan bumi lebih sejuk berbanding suhu atmosfera ia
akan menyejukkan bahagian atmosfera yang berhampiran dengan bumi.
Kejadian olak suhu akan berlaku. Secara relatifnya semakin tinggi dalam
atmosfera semakin tinggi suhunya.

3. Lapisan atmosfera
Di lapisan troposfera, taburan suhu menegaknya adalah semakin
menurun mengikut ketinggian. Di lapisan stratosfera pula suhunya
semakin meningkat mengikut ketinggian .

4. Kandungan atmosfera

D) LEMBAPAN ATMOSFERA

1.Lembapan atmosfera
Kandungan wap air yang terdapat di atmosfera.
2.Kelembapan mutlak
Jumlah wap air dalam sesuatu isipadu air. (g/m3)

3. Kelembapan tentu
Jisim wap air bagi setiap kilogram udara.

4. Kelembapan bandingan
Nisbah jumlah wap air yang sebenar terdapat di udara berbanding
dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara tersebut pada
suhu yang tertentu.

E) PROSES-PROSES LEMBAPAN ATMOSFERA

1.Sejatan
Proses cecair atau ais bertukar menjadi wap air. Ia adalah proses yang
berlaku secara berterusan daripada permukaan air, tanah dan salji.

2. Pepeluhan/
Transpirasi
Air yang hilang daripada permukaan tanaman dan tumbuhan. Ia berlaku
apabila tekanan wap dalam sel daun adalah lebih besar daripada tekanan
wap atmosfera.

3. Sejatpeluhan

Air yang hilang ke atmosfera melalui pepeluhan tumbuhan dan sejatan


dari tumbuhan dan tanah.

F) FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SEJATAN

1. Tekanan wap
Tekanan wap yang tinggi di atmosfera akan menyebabkan kadar sejatan
menjadi rendah.

2. Suhu permukaan
Suhu permukaan sejat yang tinggi akan meningkat kadar sejatan .

3. Angin
Angin yang kencang dapat membaurkan wap air dan meningkatkan
sejatan.
4. Kandungan air
Kadar sejatan lebih tinggi bagi air bersih berbanding dengan air masin.

5. Luas permukaan
sejat
Sejatan lebih mudah berlaku di permukaan air yang terdedah berbanding
permukaan air yang terlindung.

G) FENOMENA CUACA DAN IKLIM

I. Bayu
1.Bayu darat
Pola angin tempatan yang wujud kerana terdapat perbezaan suhu di
antara daratan dan laut yang mempunyai pola berbeza di antara siang
dan malam. Perbezaan suhu ini akan mewujudkan kecerunan tekanan
yang menjadi daya penggerak untuk bayu merentasi garis pantai dengan
membentuk pola harian yang tersendiri.

2Bayu laut
Berlaku pada waktu siang . Daratan mempunyai suhu yang lebih tinggi
pada siang berbanding lautan. Dengan ini tekanan di daratan lebih
rendah berbanding lautan. Udara akan mengalir dari kawasan lautan ke
daratan membentuk bayu laut.

3. Bayu darat
Berlaku pada waktu malam . Daratan mempunyai suhu yang lebih rendah
pada malam berbanding lautan. Dengan ini tekanan di daratan lebih
tinggi berbanding lautan. Udara akan mengalir dari kawasan daratan ke
lautan membentuk bayu darat.
B) ---------------------
C)
SINARAN SURIA
Matahari yang terdiri daripada 70% hidrogen, 28% helium dan 2% unsur-unsur
lain menghasilkan tenaga haba melalui proses pelakuran, (pelakuran ialah proses
yang berlaku semasa hidrogen bertukar menjadi helium). Tenaga yang berasal
dari bahagian teras matahari yang begitu panas (16×106oK) sampai ke permukaan
matahari melalui bahangan dan perolakan hidrogen. Suhu permukaan matahari
adalah lebih kurang 6000oC (11000oF) membebaskan tenaga yang banyak ke
semua arah. Walaupun jarak matahari dan bumi adalah jauh iaitu lebih kurang
149 600 000 km (93 000 000 batu), matahari mampu memancarkan cahayanya
dengan berkesan. Tenaga matahari dipancarkan dalam bentuk gelombang
elektromagnet dengan kelajuan 300 000 km (186 000 batu) sesaat dan mengambil
masa 9.33 (8.31) minit untuk sampai ke permukaan bumi. Jumlah tenaga haba
yang yang diterima di atmosfera bumi ialah 2.0 cal/cm2/minit, dan ini dikenali
sebagai malar suria. (Kalori merupakan jumlah haba yang digunakan untuk
memanaskan 1 gm air daripada 14.5oC kepada 15.5oC.) Tenaga bergerak dari
matahari ke permukaan bumi dalam bentuk gelombang sinaran dan boleh
dipindahkan melalui vakum dan sekiranya pemindahan tenaga tersebut berlaku
melalui sesuatu bahan yang lutsinar, bahan itu sendiri tidak menjadi panas atau
menerima sebarang kesan. Cekak cahaya suria (solar beam) bergerak keluar dari
matahari dalam arah yang lurus dan hanya sebahagian kecil sahaja daripada
sinaran tersebut sampai ke permukaan bumi. Gelombang sinaran matahari tidak
banyak hilang semasa pergerakannya melalui angkasa. Walau bagaimanapun,
memandangkan tenaga yang dipancarkan daripada satu badan yang berbentuk
bulat, intensiti bagi setiap unit kawasan semakin berkurangan dengan
bertambahnya jarak dari matahari. Tenaga suria yang sampai ke bumi dan
atmosfera dikenali sebagai insolasi. Walaupun jumlah output suria yang diterima
oleh bumi adalah begitu kecil jika dibandingkan dengan jumlah output matahari
secara keseluruhannya, ia merupakan jumlah yang begitu penting bagi permukaan
bumi. Tenaga suria yang diterima oleh bumi dalam satu saat adalah lebih kurang
sama dengan jumlah tenaga elektrik yang dijana di seluruh bumi selama satu
minggu. Gelombang elektromagnet dari matahari terdiri daripada 8% sinaran ultra
ungu, sinaran X dan sinaran gamma, 47 % cahaya yang boleh dilihat (cahaya
tampak atau invisible light) dan 45% gelombang infra-merah. Gelombang cahaya
matahari juga dapat dibahagikan kepada gelombang pendek dan gelombang
panjang. Panjang pendek sesuatu gelombang itu ditentukan dengan mengukur
jarak antara dua puncak gelombang yang berturut-turut. Hukum fizik yang
penting berkaitan dengan badan yang memancarkan tenaga dalam bentuk
gelombang mempunyai kaitan dengan suhu badan tersebut. Suatu badan yang
mempunyai suhu permukaan yang tinggi akan memancarkan tenaga dalam bentuk
gelombang yang lebih pendek jika dibandingkan dengan badan yang mempunyai
suhu permukaan yang lebih sejuk. Dua hukum asas yang perlu diketahui untuk
memahami sifat-sifat utama aliran insolasi ialah Hukum Stefan-Boltzman dan
Hukum Sesaran Wien. Hukum Stefan-Boltzman menyatakan jumlah atau intensiti
insolasi yang dipancarkan oleh sesuatu badan adalah berkadar dengan kuasa
empat suhu mutlak badan yang memancarkannya. Hukum tersebut dapat
dinyatakan melalui persamaan berikut :
I = dT4
di mana;
I : intensiti bahangan yang dipancarkan
d : pemalar Stefan-Boltzman = 5.57 × 10-8 Wm-2K-4 dan K= darjah mutlak atau
darjah Kelvin = oC + 273.16
T : suhu mutlak badan yang memancarkan tenaga

Berdasarkan suhu yang dinyatakan di atas, boleh dijangkakan bahawa tenaga


yang dipancarkan oleh matahari jauh lebih banyak daripada tenaga yang
dipancarkan oleh bumi. Hukum Sesaran Wien menyatakan bahawa panjang
gelombang bagi pancaran yang maksimum adalah berkadar songsang dengan
suhu mutlak badan yang memancarkannya. Ini dapat dinyatakan melalui
persamaan seperti berikut :
1m = w/T
di mana;
1m : pancaran maksimum
w : pemalar Wien = 2.897 mikrometer
T : suhu mutlak badan yang memancarkan tenaga

Contoh Soalan Sinaran Suria.


1. Apakah sinaran suria ? [5 markah]
Sinaran suria merupakan sinaran yang dihasilkan oleh matahari. Ia memancar ke
bumi melalui gelombang-gelombang pendek yang terdiri daripada pancaran X,
pancaran gama, ultra ungu serta pancaran yang dapat dilihat (visible light). Hanya
sebahagian sinaran matahari sahaja yang sampaike permukaan bumi kerana
sebahagian dipantulkan balik dan sebahagian lagi diserap oleh partikel atmosfera.

SINARAN BUMI (Radiasi terestrial)


Sinaran bumi atau bahangan bumi wujud akibat daripada bahangan matahari yang
sampai ke permukaan bumi dalam bentuk gelombang elektromagnet. Permukaan
bumi yang yang telah dipanaskan akan mengeluarkan bahang yang dipanggil
sinaran bumi. Walaupun atmosfera hampir lut sinar terhadap gelombang pendek
matahari, ia dapat menyerap bahangan bumi dengan mudahnya. Penyerap utama
bahang bumi ialah wap air yang menyerap bahang yang mempunyai gelombang
panjang di antara 5.3 mikron hingga 7.7 mikron dan juga melebihi 20 mikron.
Jumlah sinaran atau bahang bumi bergantung kepada jenis permukaan bumi.
Permukaan bumi yang gondol dan tidak berair akan mengeluarkan bahang yang
lebih besar berbanding dengan hutan dan kawasan laut. Permukaan berbatu dan
berpasir memantul sebahagian besar sinaran matahari. Penyerapan oleh
permukaan tersebut agak minimum. Jadi bahang yang dikeluarkan lebih banyak.
Kehilangan bahang bumi juga lazimnya berlaku secara maksimum semasa langit
cerah. Kadarnya berbeza bergantung kepada litupan awan dan kandungan wap air
semasa yang terdapat dalam atmosfera. Suhu purata permukaan bumi adalah lebih
kurang 288oK (15oC). Atmosfera meresap banyak radiasi gelombang panjang dan
kadar resapan bergantung kepada kandungan gas-gas atmosfera dan gas-gas
rumah hijau di atmosfera seperti metana, nitrus oksida, ozon, oksigen, karbon
dioksida dan wap air.
BAJET HABA BUMI
Bajet haba menerangkan berapa banyak tenaga diserap oleh bumi dari matahari
dan berapa banyak haba dibahang keluar oleh bumi. Jika bumi meresap lebih
banyak haba, bumi akan menjadi terlalu panas dan jika permukaan bumi
mengeluarkan haba yang berlebihan, permukaan bumi akan menjadi semakin
sejuk. Bajet haba adalah satu pengiraan purata untuk satu jangka masa yang
panjang. Bajet haba ini tidak seimbang pada :
1. jangka masa yang singkat seperti dalam beberapa jam atau beberapa hari
2. latitud berlainan, iaitu kawasan khatulistiwa akan menerima lebih banyak haba
daripada latitud yang lain.
Resapan gelombang pendek matahari akan menaikkan suhu permukaan bumi dan
pengeluaran haba gelombang panjang bumi merendahkan suhu bumi. Terdapat
satu titik keseimbangangan di mana penerimaan dan pengeluaran haba bumi
mencapai satu titik e yang sesuai untuk membolehkan hidupan hidup di bumi.

Contoh Soalan Bajet Haba


1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan bajet haba? [5 markah] STPM 2002 No
2(a)
Maksud bajet adalah jumlah haba yang diterima oleh permukaan bumi daripada
bahangan matahari berbanding dengan jumlah haba yang dikeluarkan semula oleh
bahangan bumi. Dalam keadaan semula jadi bahangan matahari dalam bentuk
gelombang pendek yang diterima oleh permukaan bumi adalah seimbang dengan
bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa dalam bentuk gelombang
panjang. Namun begitu bajet haba ini boleh menjadi tidak seimbang apabila
berlakunya perubahan di dalam sistem atmosfera bumi.
Menurut Barry dan Chorley (1977), bajet haba ialah cara-cara nilai sinaran
matahari itu digunakan. Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari itu
digunakan. Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki sistem
atmosfera bumi akan tiba ke permukaan bumi. Ada yang akan diserap, diserak
dan dipantul oleh pelbagai juzuk dan unsur dalam atmosfera tersebut. Begitu juga
dengan sinaran bumi, bukan kesemuanya akan terlepas ke angkasa ia juga akan
melalui proses yang sama dengan sinaran matahari. Ada yang akan diserap,
diserak dan dibalikkan semula ke bumi. Apabila dibandingkan antara sinaran
matahari yang masuk dengan sinaranbumi yang keluar maka wujudlah bajet haba.
Oleh itu, bajet haba merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara jumlah
bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi-atmosfera dengan jumlah
bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa.

(b) Dengan bantuan gambar rajah, huraikan bagaimana berlakunya bajet haba.
[10 markah] STPM 2002 No 2(b)
Jika kita mengandaikan bahangan matahari yang memasuki ruang atmosfera-bumi
ialah sebanyak 100 unit maka bajet haba boleh ditunjukkan seperti berikut; yang
diserap di stratofera oleh ozon (4 unit), diserap di troposfera oleh karbon dioksida
(1 unit), wap air (13 unit), habuk (3 unit) dan bintik-bintik air dalam awan (3
unit). Seterusnya yang dibalikkan oleh awan (23 unit), dibalikkan oleh permukaan
(4 unit) dan diserakkan oleh atmosfera (4 unit). Jumlah bahang matahari yang
oleh albedo planet (0.31 unit). Maka selebihnya 45 unit akan sampai ke bumi
sama ada secara langsung (24 unit) atau sebagai bahangan yang telah terganggu
(21 unit).

Keterangan rajah
1. Sesetengah bahangan boleh sampai terus ke permukaan bumi tanpa halangan
seperti di kawasan ozon yang sudah bocor atau di kawasan litupan awannya
adalah nipis.
2. Sebahagian besar bahangan matahari akan mengalami penyerapan, pembalikan,
penyerakan dan pantulan oleh lapisan ozon, unsur-unsur yang ada di dalam
atmosfera seperti pelbagai gas dan bahan pencemar sebelum ianya tiba ke
permukaan bumi. Oleh itu bahangan yang diterima adalah tidak sepenuhnya.
3. Tidak semua bahangan matahari yang diterima oleh bumi pada siangnya akan
digunakan oleh semua elemen di bumi. Ada yang diguna seperti oleh tumbuhan,
ada yang disimpan sebagai haba pendam seperti oleh bangunan konkrit dan
bitumen dan ada yang dibebaskan terus. Namun begitu sebahagian besar
bahangan matahari tadi akan dibebaskan semula ke angkasa pada waktu malam.
Bahangan yang dibebaskan oleh bumi ini dinamakan sebagai bahangan bumi.
Seperti mana penerimaan, pembebasan bahangan ini juga akan berlaku secara
terus ke angkasa terutama di kawasan litupan awan nipis seperti di gurun panas
dan ada yang akan mengalami penyerapan, pembalikan, penyerakan dan pantulan
semula ke bumi oleh elemen-elemen yang ada di dalam atmosfera seperti bahan-
bahan pencemar dan sebagainya.
4. Namun begitu pada akhirnya jumlah bahangan matahari yang diterima oleh
bumi adalah sama banyaknya dengan bahangan bumi yang dibebaskan semula ke
angkasa. Fenomena ini dinamakan sebagai imbangan haba.

(c) Jelaskan fenomena yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bajet


haba.
[10 markah] STPM 2002 No 2(c)

Ketidakseimbangan bajet haba boleh berpunca akibat tebal atau nipisnya litupan
awan di sesuatu kawasan. Ini kerana awan boleh menyekat, menyerak, membalik
dan memantul semula bahangan matahari.
Fenomena penipisan lapisan ozon atau kebocoran ozon oleh aktiviti manusia.
Lapisan ozon akan membantu menghalang kemasukan sinaran ultra ungu (sinar
lembayung) ke permukaan bumi. Kemasukan sinar ulta ungu akan turut
meningkatkan suhu atmosfera bumi.
Fenomena kesan rumah hijau juga akan menyebabkan ketidakseimbangan bajet
haba. Gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan karbon monoksida yang
boleh menyerap dan menyimpan haba dan juga menghalang pembalikan
bahangan bumi ke angkasa.
Fenomena jerebu pula boleh mengurangkan penerimaan bahangan matahari
kerana komponen-komponen jerebu seperti PM10 boleh bertindak menyerakkan
bahangan matahari. Partikel-partikel terampai akan menyerakkan bahangan
matahari secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya.
Darjah serakan bergantung kepada saiz partikel yang terlibat berbanding dengan
jarak gelombang bahangan suria. Jika partikel lebih kecil berbanding dengan jarak
gelombang akan menyebabkan serakan Rayleigh. Sekiranya saiz partikel sama
besar dengan jarak gelombang akan menyebabkan serakan Mie. Serakan ini
banyak dilakukan oleh partikulat di dalam jerebu seperti debu, habuk terampai
dan lain-lain bahan pencemar udara. Misalnya kes jerebu yang melanda negara
pada tahun 1997 pernah menyebabkan langit di Kuala Lumpur berwarna
kekuningan pada waktu tengah hari. Manakala letusan gunung berapi Pinatubo di
Filipina yang memuntahkan debu hingga beberapa kilometer tinginya telah
menyebabkan serakan mie sehingga langit sekitarnya berwarna kemerahan.
Albedo bumi juga akan mempengaruhi ketidakseimbangan bajet haba. Albedo
bumi adalah pembalikan sinaran suria oleh permukaan bumi yang bergantung
kepada gelap atau cerah permukan bumi. Permukaan bumi yang lebih gelap akan
menyerap haba yang lebih banyak manakala permukaan bumi yang cerah seperti
kawasan litupan salji akan membalikkan sinaran suria dengan lebih banyak. Tidak
semua sinaran suria yang tiba di permukaan bumi akan diserap dan digunakan
oleh hidupan, sebahagian daripada sinaran tersebut akan dipantulkan pula oleh
permukaan bumi secara langsung. Oleh itu, albedo sebenarnya ialah nisbah antara
cahaya yang dipantulkan dengan cahaya yang diterima oleh permukaan bumi.
Nilai albedo berbeza-beza antara tempat-tempat yang berlainan bergantung
kepada sifat-sifat permukaan bumi tersebut.

TABURAN SUHU SECARA MENDATAR


Taburan suhu secara mendatar boleh ditunjukkan dengan menggunakan peta
garisan sesuhu (isoterma). Pada peta ini, garisan dilukis bagi menyambungkan
kawasan yang mempunyai purata suhu bulanan atau tahunan yang sama. Bagi
mengelakkan kekeliruan seperti garisan sebuah gunung atau lurah, garis sesuhu
hanya didasarkan kepada daratan yang tidak mempunyai tanah tinggi, iaitu ia
merupakan suatu purata yang terdapat pada aras laut. Garis sesuhu secara
mendatar lazimnya memanjang dari barat ke timur hampir selari dengan garis
lintang. Keadaan ini disebabkan kawasan yang terdapat di garisan lintang yang
serupa menerima jumlah tenaga matahari yang seragam melainkan dengan
perbezaan ketelusan atmosfera yang dikaitkan dengan litupan awan. Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar. Antaranya
garis lintang. Garis lintang yang rendah sentiasa lebih panas dari garis lintang
tinggi kerana matahari sentiasa berada tegak di atas kepala. Lapisan atmosfera
juga lebih nipis di garisan khatulistiwa. Arus lautan pula mempengaruhi kawasan
yang berdekatan dengan laut. Angin yang bertiup di atas arus panas menjadi
lembap dan menghasilkan hujan lebat. Keadaan ini tidak berlaku di kawasan arus
sejuk. Litupan awan juga akan mempengaruhi taburan suhu secara mendatar.
Litupan awan di bahagian khatulistiwa adalah sangat tebal. Keadaan ini
menghasilkan suhu yang rendah pada siang hari disebabkan pembalikan bahangan
haba bumi. Di kawasan gurun, keadaan ini berlaku sebaliknya dengan waktu
siangnya panas terik manakala waktu malamnya adalah dingin. Faktor ketinggian
juga sangat penting mempengaruhi taburan suhu. Semakin tinggi sesuatu
kawasan, maka semakin sejuk suhunya. Dianggarkan suhu berkurangan dengan
kadar 1oC bagi setiap 165 meter ketinggian. Sifat kebenuaan juga menjadi faktor
sesuatu kawasan itu berbeza dengan kawasan pinggir pantai. Kawasan daratan
menyerap dan memancarkan haba lebih cepat daripada lautan. Bezantara suhu
tahunan dan harian adalah lebih besar di kawasan daratan.

Contoh Soalan Taburan suhu secara mendatar


1. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang
tidak seragam di permukaan bumi. [12 markah] STPM 1999 No 4(a)
Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang tidak
seragam di permukaan bumi ialah
1) Bentuk muka bumi – ketinggian, laut dan tasik
2) Litupan permukaan bumi – tumbuhan, bangunan, awan dan salji
3) Kandungan tanah dan warna tanah yang berbeza-beza menghasilkan
pemanasan yang berbeza-beza – suhu berbeza-beza.
4) Nilai albedo permukaan bumi yang berbeza-beza
5) Kandungan lembapan tanah yang berbeza-beza
6) Jangka masa dan sudut pancaran matahari yang berbeza mengikut garis lintang
7) Aspek – cerun yang menghadap matahari dengan cerun yang terlindung
8) Angin-angin sejuk seperti mistral merendahkan suhu, angin panas seperti
Chinook dan Fohn – meningkatkan suhu
9) Arus lautan – pergerakan arus lautan panas dapat menaikkan suhu dan arus
sejuk menurunkan suhu

2. Huraikan bagaimana perbezaan taburan suhu secara mendatar mempengaruhi


edaran umum atmosfera. [13 markah] STPM 1999 No 4(b)
Konsep edaran umum atmosfera adalah proses pergerakan udara di atmosfera
bumi untuk mengimbangkan perbezaan tekanan udara. Pergerakan udara bermula
dengan perbezaan suhu di antara dua tempat yang berbeza di permukaan bumi.
Kawasan yang lebih panas akan menjadikan udara lebih kurang tumpat dan
bergerak ke atas. Keadaan ini akan menjadikan kawasan tersebut mengalami
tekanan rendah berbanding dengan kawasan lain. Perbezaan tekanan udara ini
akan menyebabkan penyerbuan udara dari kawasan lain yang bertekanan tinggi.
Pergerakan udara inilah yang menjadi asas kepada edaran umum atmosfera.
Kawasan garis lintang rendah di permukaan bumi yang menerima pancaran
matahari yang lebih banyak akan meningkatkan suhu udara berbanding kawasan
garis lintang tinggi. Dengan ini kawasan garis lintang rendah seperti kawasan
tropika akan mengalami tekanan udara rendah yang dikenali sebagai doldrum.
Udara dari kawasan garis lintang tinggi seperti di kawasan sederhana dan kutub
akan bergerak keluar menuju ke kawasan tropika.
Secara umumnya dapat diringkaskan seperti berikut;
1. Ketidakseimbangan bahangan bersih yang diterima di antara garis lintang dunia
menyebabkan perbezaan taburan suhu.
2. Perbezaan suhu menyebabkan perbezaan kecerunan tekanan.
3. Perbezaan tekanan udara mewujudkan sel tekanan.
4. Kewujudan kecerunan tekanan antara sel menyebabkan pergerakan udara.
5. Perubahan kedudukan matahari mengikut musim akan menghasilkan perubahan
edaran angin yang dikenali sebagai edaran umum atmosfera.

3. Mengapakah taburan suhu secara mendatar tidak sekata di permukaan bumi ?


[10 markah]
- Litupan awan. Kawasan tropika lembap banyak awan menyebabkan suhu lebih
rendah. Kawasan gurun mempunyai sedikit awan menyebabkan suhu lebih tinggi.
- Kebenuaan. Kawasan yang jauh dari pinggir pantai akan mengalami suhu yang
tinggi pada musim panas dan suhu yang lebih rendah pada musim sejuk
berbanding pinggir pantai.
- Pengaruh arus laut. Pantai yang dilanggar arus laut panas, suhunya lebih tinggi
berbanding pantai yang dilanggar arus laut sejuk. Arus laut akan
menyederhanakan suhu iaitu rendah pada musim panas dan tinggi pada musim
sejuk.
- Warna tanah. Tanah gelap suhunya lebih tinggi kerana menyerap tenaga suria
berbanding tanah cerah. Warna tanah yang cerah, suhunya lebih rendah kerana
albedo lebih tinggi.
- Aspek cerun. Suhu agak tinggi pada cerun bukit atau gunung yang menghadap
pancaran matahari berbanding dengan cerun yang terlindung.
- Nilai albedo. Permukaan bumi yang berbeza-beza dari segi gelap atau cerah dan
sudut pancaran matahari turut mempengaruhi suhu permukaan bumi. Permukaan
cerah nilai albedotinggi berbanding permukaan gelap.

KONSEP ASAS CUACA DAN IKLIM


Iklim dan cuaca mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Iklim lazimnya digambarkan
sebagai unsur purata sesuatu fenomena cuaca seperti suhu dan hujan, iaitu satu
keadaan cuaca yang berbeza-beza mengikut hari dalam suatu jangka masa yang
panjang. Taburannya dikatakan lebih meluas merangkumi skala dunia (pola iklim
dunia) danselalunya digunakan bagi merujuk ciri iklim di sesebuah negara.
Contohnya sebagaimana pernyataan di bawah :
Malaysia beriklim khatulistiwa dengan hujan dan panas sepanjang tahun. Purata
hujan tahunannya adalah 2300mm dan suhunya 28.5oC.
Pernyataan di atas hanya menerangkan ciri iklim yang disebut secara purata.
Angka-angka yang diberikan itu tidaklah tepat kerana perlu diingatkan bahawa
iklim sebenarnya ialah satu gabungan perubahan cuaca. Ini bermakna disebalik
data hujan tahunan atau suhu yang diberikan, terdapat juga stu kawasan yang
terdapat di dalam negara tersebut yang berbeza dari segi taburannya. Justeru,
pernyataan umum ini perlulah diperincikan dengan mengkaji ciri-ciri cuacanya
pula. Walau bagaimanapun, nilai angka tersebut dapat menjelaskan di mana iklim
sesebuah negara itu boleh dikategorikan. Maklumat ini sangat penting kerana
perbezaan purata inilah akan menentukan klasifikasi iklim sesebuah negara.
Cuaca secara umumnya lebih berifat mikro dan tempatan. Ia digambarkan melalui
keadaan atmosfera pada wktu-waktu tertentu dalam jangka masa yang singkat.
Oleh itu, cuaca merupakan suatu perkara yang dinamik dan kadang kala sukar
diramal. Bagi satu kawasan yang kecil, umpamanya sebuah daerah atau bandar,
mungkin terdapat perbezaan cuaca yang ketara bagi satu-satu masa. Pernyataan
mengenai cuaca selalunya dibuat dengan lebih terperinci dengan merujuk kepada
suatu masa dan kawasan secara spesifik. Contohnya seperti berikut :
Pada sebelah pagi, cuaca di Kuala Lumpur cerah dengan suhu sekitar 27oC. Lain-
lain kawasan di sekitarnya juga sama. Manakala di sebelah petang pula, kawasan
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kajang, cuaca dijangkakan mendung dengan hujan
renyai-renyai sehingga lewat petang.
Dari pernyataan ini, jelas menunjukkan bagaimana keadaan hujan dan suhu bagi
sesuatu kawasan mengikut perbezaan masa. Walaupun cuaca lebih banyak
membincangkan mengenai unsur hujan dan suhu, cuaca juga boleh dinyatakan
dengan lain-lain fenomena seperti keadaan angin (kelajuan dan arah), kelembapan
udara, tekanan udara dan sebagainya.

Contoh Soalan Konsep asas cuaca dan iklim.


1. Apakah makna iklim dan cuaca ? [5 markah]
Iklim ialah unsur purata sesuatu fenomena cuaca seperti suhu dan hujan, iaitu
suatu keadaan cuaca yang berbeza-beza mengikut hari dalam suatu jangka masa
yang panjang. Taburannya dikatakan lebih meluas merangkumi skala dunia (pola
iklim dunia) dan selalunya digunakan bagi merujuk ciri-ciri iklim di sesebuah
negara.
Cuaca umumnya lebih bersifat mikro dan tempatan. Ianya digambarkan melalui
keadaan atmosfera pada waktu-waktu tertentu dalam suatu jangka masa yang
singkat. Oleh itu, cuaca merupakan suatu perkara yang dinamik dan kadang kala
sukar diramal. Bagi suatu kawasan yang kecil umpamanya satu daerah atau
bandar, mungkin terdapat perbezaan cuaca yang ketara bagi satu-satu masa.

FAKTOR MEMPENGARUHI CUACA DAN IKLIM


Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi iklim dan cuaca di sesuatu kawasan
yang secara tidak langsung akan mencorakkan perilaku hujan. Kebanyakan faktor
yang terdapat berkait rapat dengan letakan dan lokasi sesebuah kawasan itu.
Antaranya ialah kedudukan dari garis lintang atau latitud. Ciri iklim sesebuah
kawasan banyak dipengaruhi oleh kedudukannya dari garis lintang. Sebenarnya
kesemua klasifikasi iklim yang terdapat di bumi ini adalah berdasarkan
kedudukannya dari garis khatulistiwa (latitud 0o). Di sini suhu secara relatifnya
adalah yang tertinggi dan terpanas berbanding bahagian-bahagian lain di dunia.
Oleh itu, semakin sesuatu kawasan itu jauh ke hemisfera utara atau selatan, maka
suhu semakin jatuh atau sejuk. Di bahagian artik, di mana kesejukan melampau
berlaku, hujan yang turun bukan dalam bentuk manik air tapi dalam bentuk
empingan salji atau lakuran. Cuaca dan iklim juga berbeza berdasarkan
ketinggiannya dari aras laut. Kesan dari perubahan ketinggian ini akan
mempengaruhi suhu. Ini bermakna, semakin tinggi sesuatu kawasan itu, maka
semakin sejuk suhu di persekitaran. Keadaan ini berlaku disebabkan haba
matahari memanaskan permukaan bumi menghasilkan radiasi haba yang kembali
semula ke atmosfera. Semakin tinggi haba radiasi, semakin sejuk suhu. Angin
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi iklim sesebuah kawasan.
Secara umum, pergerakan angin bermula di kawasan khatulistiwa yang
mengalami suhu yang tinggi dan molekul udara yang ringan akan naik ke
atmosfera sebelum suhunya jatuh dan turun di bahagian kutub di mana suhu
adalah sejuk. Di kawasan sejuk terbentuk tekanan udara tinggi dan pergerakan
udara akan ke kawasan khatulistiwa (tekanan rendah) untuk mengisi ruang kosong
akibat tekanan rendah.

Soalan Latihan

1. Terangkan faktor yang mempengaruhi cuaca di suatu kawasan yang kecil. [10
markah]
Faktor yang mempengaruhi cuaca di suatu kawasan yang kecil ialah :
-keadaan angin
-ketinggian sesuatu kawasan dari aras laut
-pengaruh aktiviti manusia

2. Bagaimanakah aktiviti manusia dapat mempengaruhi iklim dan cuaca suatu


kawasan ?
[10 markah]
Aktiviti manusia yang dapat mempengaruhi iklim dan cuaca suatu kawasan :
· Aktiviti perindustrian – pelepaan gas rumah hijau menyebabkan suhu semakin
meningkat.
· Aktiviti perbandaran – asap kenderaan meningkat – kandungan gas CO2
meningkat. Keadaan ini meningkatkan suhu.
· Penggunaan gas CFC di dalam alat penghawa dingin dan peti sejuk.
· Pembakaran kawasan ladang menyebabkan suhu sekitar menjadi panas.
· Aktiviti pembalakan menyebabkan perubahan iklim mikro.
3. Jelaskan kepentingan tenaga suria terhadap kehidupan manusia. [10 markah]
4. Mengapakah jumlah tenaga suria yang diterima berbeza antara kawasan yang
berlainan ?
[10 markah]

TABURAN SUHU SECARA MENEGAK


Secara umumnya suhu semakin berkurang dengan pertambahan ketinggian
dengan kadar penurunan 1oC dengan kenaikan 165 meter atau 0.65oC dengan
setiap kenaikan 100 meter. Keadaan ini dikenali sebagai kadar tukaran normal.
Faktor yang menyebabkan berlakunya perbezaan taburan suhu secara menegak
adalah seperti berikut:-
- Penurunan suhu mengikut ketinggian
- Suhu akan menurun mengikut ketinggian dalam atmosfera sehingga kira-kira 18
kilometer dari permukaan bumi. Kadar penurunan suhu mengikut ketinggian
adalah berbeza-beza mengikut masa, musim dan letakan sesuatu tempat.
- Kadar pengurangan suhu menurut ketinggian adalah hampir 1000 kali daripada
min kadar tukaran suhu mengikut garis lintang. Ini bermaksud pengurangan suhu
akibat pertambahan ketinggian adalah 1000 kali lebih banyak berbanding
perubahan suhu secara mendatar.
- Atmosfera di lapisan yang paling hampir dengan permukaan bumi adalah lebih
tumpat dan padat serta mengandungi lebih banyak wap-wap dan zarah-zarah air
dan habuk. Keadaan ini menyebabkan lapisan yang lebih rendah mengalami suhu
yang lebih tinggi kerana lapisan udara bawah sebagai penyerap bahangan bumi
yang berkesan.

- Olak suhu
Dalam keadaan biasa, semakin tinggi sesuatu tempat itu, suhunya semakin turun
(Setiap kenaikan 165 meter tinggi, suhu akan turun sebanyak 1oC). Olak suhu
adalah keadaan yang bertentangan dengan keadaan ini iaitu semakin tinggi
sesuatu tempat itu, suhunya semakin naik atau suhu udara di bahagian atas adalah
lebih tinggi daripada suhu udara di bahagian bawah. Keadaan ini (olak suhu)
berlaku kerana beberapa faktor iaitu
Olak Suhu Permukaan
a) Permukaan bumi yang diliputi salji
b) Pengaliran udara sejuk menuruni lurah

Olak Suhu di atas Troposfera


c) Berlaku ataman (mampatan) udara di kawasan tekanan tinggi
d) Pertembungan udara sejuk dan udara panas di kawasan tekanan rendah garis
lintang pertengahan.
e) Olak suhu Angin Timuran di Lautan Tropika.

Olak suhu yang berlaku akibat permukaan bumi yang dilitupi salji kerap berlaku
pada waktu malam di kawasan sederhana sejuk dan kawasan kutub. Suhu udara di
kawasan yang hampir dengan permukaan bumi lebih sejuk daripada udara di
lapisan lebih atas kerana disejukkan oleh lapisan salji. Oleh itu, ketebalan olak
suhu berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain mengikut ketebalan salji
dan suhu permukaan bumi.
Bagi kawasan pergunungan, olak suhu berlaku kerana udara sejuk dari kawasan
tanah tinggi yang lebih padat (tekanan tinggi) dipaksa menuruni cerun ke kawasan
lurah yang lebih rendah. Dengan ini, kawasan lurah yang rendah mengalami suhu
yang lebih rendah kerana terkumpulnya udara sejuk berbanding lapisan atasnya.
Di kawasan tekanan tinggi di bahagian atas lapisan troposfera yang mengalami
tekanan udara tinggi, berlaku ataman udara atau pergerakan keluar udara dari
kawasan tekanan tinggi. Udara akan lebih terarah untuk turun kerana suhu udara
yang rendah. Semasa udara mengalami penurunan, udara akan dipanaskan secara
adiabatik atau melalui mampatan. Proses mampatan udara telah menghalang
pergerakan udara ke atas tetapi udara di bahagian bawah tidak terjejas. Ini
membentuk lapisan udara panas di atas lapisan udara sejuk di bahagian bawah.
Dengan ini berlaku olak suhu.
Olak suhu juga berlaku apabila berlakunya pertemuan kumpulan udara sejuk dan
udara panas. Udara sejuk adalah lebih tumpat lalu menurun ke bawah dan
menolak udara panas yang kurang tumpat ke atas. Olak suhu jenis ini biasanya
berlaku kawasan tekanan rendah garis lintang pertengahan.
Olak suhu angin timuran terjadi di lautan tropika disebabkan kadar penyerapan
haba oleh daratan lebih tinggi berbanding lautan pada musim panas. Ini
menyebabkan suhu permukaan daratan menjadi lebih panas. Apabila udara panas
dari daratan bertiup ke permukaan lautan yang mengalami suhu yang lebih
rendah, udara panas akan naik ke atas sedangkan udara sejuk masih berada di
bawahnya. Dengan ini, olak suhu akan berlaku. Manakala pada musim sejuk,
pembalikan suhu oleh daratan adalah lebih cepat berbanding permukaan lautan,
maka suhu udara di permukaan lautan adalah relatif lebih tinggi berbanding
permukaan daratan. Pengaliran udara panas dari lautan ke daratan akan
menyebabkan berlakunya olak suhu.

Contoh soalan olak suhu.


1. Terangkan mengapa suhu semakin berkurang dengan ketinggian ? [7 markah]
Suhu berkurangan mengikut ketinggian kerana :-
a) pengaliran haba dr permukaan bumi yang memanaskan udara.
b) kandungan wap air, debu, karbon dioksida semakin bekurangan apabila
semakin ke atas.
c) ketumpatan udara semakin berkurangan apabila ke atas.

2. Terangkan bagaimana olak suhu berlaku ? [12 markah]


a) udara bawah disejukkan oleh permukaan bersalji di kawasan garis lintang
tengah dan tinggi.
b) udara sejuk yang menuruni cerun gunung ke dalam lembah.
c) udara panas dan udara sejuk bertemu di suatu perenggan menyebabkan udara
panas naik ke atas udara sejuk.
d) udara panas dari daratan pada musim panas bertiup ke permukaan lautan yang
lebih sejuk pada musim panas dan udara panas dari lautan yang bertiup ke daratan
yang lebih sejuk pada musim sejuk.
3. Apakah kesan olak suhu ? [6 markah]
a) kabus berkumpul di lapisan bawah. Keadaan ini mengurangkan jarak
penglihatan bagi pemandu kenderaan dan berbahaya pergerakan kapal di lautan
b) kejadian fros merosakkan tanaman

BEZANTARA SUHU TAHUNAN


Bezantara suhu tahunan sesuatu tempat tertentu merupakan perbezaan suhu purata
bulan paling sejuk dan suhu purata bulan paling panas. Biasanya bulan paling
panas adalah bulan Julai dan bulan paling sejuk adalah bulan Januari. Bezantara
suhu tahunan adalah kecil di kawasan garis lintang rendah seperti kawasan
berhampiran khatulistiwa. Manakala bezantara suhu tahunan adalah lebih tinggi di
kawasan garis lintang pertengahan dan garis lintang tinggi. Kawasan daratan pula
mempunyai bezantara suhu tahunan yang lebih besar berbanding lautan kerana
daratan lebih panas pada musim panas dan lebih sejuk pada musim sejuk
berbanding lautan yang lebih sederhana kerana pengaruh permukaan berair.
Secara formula bezantara suhu tahunan
= Suhu Maksimum bulanan dalam setahun – Suhu Minimum bulanan dalam
setahun

KELEMBAPAN
Kelembapan ialah jumlah kandungan wap air dalam udara di sesuatu kawasan
tertentu pada satu-satu masa. Ia disukat dengan unit gram per meter padu (g/m3).
Jika wap air itu dalam udara banyak, udara dikatakan lembap dan sebaliknya jika
kandungan wap air itu adalah kurang, udara tersebut dikatakan kering. Biasanya
di kawasan sejuk, kelembapan adalah rendah manakala kawasan khatulistiwa
mempunyai kelembapan yang tinggi. Bergantung kepada suhu, kemampuan udara
menampung wap air adalah mengikut had tertentu yang dikenali sebagai takat
tepu. Kelembapan biasanya dianalisis secara mutlak dan secara bandingan.
Kelembapan mutlak diukur untuk menunjukkan kuantiti lembapan hakiki pada
satu-satu masa, iaitu berapa banyak wap air yang terkandung di dalam udara yang
diketahui isipadunya dengan unit gram per meter padu. Kelembapan bandingan
pula diukur untuk mencari perbezaan kadar wap air semasa dalam udara
berbanding kuantiti maksimum yang mampu ditampungnya pada masa itu yang
dinyatakan dalam bentuk peratus. Kelembapan diukur dengan higrometer yang
terdiri daripada termometer bebuli lembap dan termometer bebuli kering.

Kelembapan mutlak
Kelembapan mutlak merupakan jumlah wap air sebenar yang terdapat dalam
udara di sesuatu tempat pada takat suhu dan masa tertentu. Kelembapan mutlak
diukur dengan menggunakan unit gram bagi setiap meter padu iaitu gram per
meter padu (g/m3). Jumlah wap air dalam udara dipengaruhi oleh sejatan, suhu,
angin dan kekeringan.
Contoh Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kelembapan mutlak ? [5 markah]
Kelembapan mutlak bermaksud jumlah jisim wap air yang terkandung dalam 1
meter padu udara pada sesuatu suhu tertentu. Unit pengukurannya ialah gram per
meter padu (g/m3). Kelembapan mutlak boleh dikira menggunakan rumus di
bawah :

Kelembapan mutlak = Berat jisim wap air (gram)


Isipadu udara (m3)

2. Apakah yang dimaksudkan dengan kelembapan ? [3 markah]


Maksud kelembapan ialah merujuk kepada kandungan wap air yang terdapat di
dalam udara pada sesuatu masa tertentu.

SEJATAN
1. Sejatan dan sejat peluhan adalah proses pertukaran air kepada wap air.
2. Air tersejat dari permukaan berair seperti sungai, laut, tasik, paya dan dari
proses respirasi (perpeluhan) tumbuhan dan dari permukaan tanih.
3. Gabungan kehilangan air yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan dan tanih ini
dikenali sebagai sejatpeluhan.
4. Sejatan dan sejat peluhan memainkan peranan penting di dalam menentukan
kuantiti wap air yang terdapat dalam udara pada satu-satu masa. Ini bermakna
semakin banyak sejatan dan sejatpeluhan, semakin tinggi potensi kerpasan boleh
berlaku.
5. Sejatan paling banyak berlaku dari lautan (84%) sementara daratan
membekalkan 16%.
6. Sejatan merupakan proses pendinginan yang menyerap haba pendam dan akan
dibebaskan kembali apabila wap air bertukar menjadi air sebagai haba pendam
pemeluwapan.
7. Faktor yang mempengaruhi sejatan ialah
a) Tekanan wap. Sejatan bertambah apabila tekanan wap tepu di permukaan air
menjadi lebih besar daripada tekanan wap sebenar pada udara di atasnya. Oleh itu,
sejatan menjadi lebih efektif pada udara kering berbanding udara basah.
b) Suhu. Kadar sejatan bertambah sekiranya suhu bertambah.
c) Angin. Kadar sejatan bertambah jika kelajuan angin bertambah. Kajian yang
dijalankan oleh Chow (1964) mendapati kelajuan angin pada kadar 8 km sejam
boleh meningkatkan kadar sejatpeluhan sebanyak 20 peratus manakala kelajuan
angin 24 km sejam pula meningkatkan sejatpeluhan sebanyak 50 peratus.
d) Fisiografi dan kepadatan tumbuhan. Pokok yang mempunyai akar menjalar
hingga ke zon mata air lebih banyak menyumbang kepada lembapan air pada
pokok yang akhirnya digunakan bagi proses perpeluhan. Pokok yang hidup di
kawasan paya, berdaun lebar dan berstruktur tinggi lebih mudah mengalami
perpeluhan jika terdedah kepada unsur-unsur iklim. Pokok yang lebih matang
selalunya lebih banyak mengalami perpeluhan berbanding anak pokok. Kawasan
yang lebih padat tumbuh-tumbuhan akan menyerap lebih banyak tenaga solar
berbanding kawasan yang jarang tumbuh-tumbuhan seperti kawasan gurun.
Keadaan ini menyebabkan kawasan yang padat tumbuh-tumbuhan lebih tinggi
kadar sejatannya. Menurut kajian Rosenberg (1986), Hutan Korniferus dan
Alfalfa memantul kira-kira 25% tenaga solar menyebabkan ia berupaya
menyimpan tenaga yang banyak bagi menggalakkan perpeluhan manakala
kawasan gurun memantul 50% tenaga solar bergantung kepada kepadatan
tumbuh-tumbuhan.
e) Musim. Di negara bermusim, sejatpeluhan adalah minimum pada musim sejuk
dan maksimum pada musim panas dan musim bunga.
f) Iklim. Iklim merupakan faktor utama yang mempengaruhi kadar sejatan. Ciri-
ciri iklim yang telah dijelaskan seperti suhu, kelajuan angin dan keadaan yang
tidak berawan. Hari yang berawan bermakna jumlah penerimaan cahaya matahari
yang kurang menyebabkan suhu menjadi rendah. Contohnya Cameron Highland
di mana suhu udaranya lebih rendah, maka kadar sejatannya juga rendah.
g) Luas permukaan berair. Permukaan air yang luas dan terdedah seperti kawasan
laut, sungai, tasik, kolam dan paya berupaya meningkatkan kadar sejatan.

Contoh Soalan Sejatan


1. Jelaskan istilah sejatan [5 markah]
Sejatan ialah proses menukar air kepada wap dengan menyerap haba pendam.
Haba pendam diserap oleh wap air sebagai tenaga dan akan dibebaskan apabila
wap air bertukar menjadi air. Contoh proses sejatan adalah seperti proses
pendidihan air sehingga mengeluarkan wap.

2. Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi sejatan dan sejatpeluhan. [10


markah]
Faktor-faktor yang mempengaruhi sejatan :
1. Iklim.
· Iklim merupakan faktor utama yang mempengaruhi kadar sejatan. Ciri iklim
yang dimaksudkan ialah suhu, kelajuan angin dan keadaan yang berawan. Hari
berawan bermakna jumlah penerimaan cahaya matahari yang kurang
menyebabkan suhu menjadi rendah.
· Di Malaysia umpamanya, rekod sejatan menunjukkan bahawa bulan-bulan
berawan atau hujan mempunyai kadar sejatan yang rendah sementara bulan kering
adalah bulan yang mempunyai kadar sejatan yang tinggi.
2. Tiupan Angin.
· Tiupan angin yang kuat juga akan mempercepatkan proses sejatan. Bagi angin
kering, permukaan air yang terdedah lebih mudah terpeluwap. Keadaan ini lebih
mudah berlaku jika kawasan permukaan air luas, terdedah serta tiada halangan.
· Dalam proses sejat peluhan, faktor kelajuan angin yang membawa suhupanas ke
kawasan lembap boleh mengurangkan kelembapan tanih. Kajian yang dijalankan
mendapati kelajuan angin pada kadar lapan kilometer sejam boleh meningkatkan
kadar sejatpeluhan sebanyak 20 peratus manakala kelajuan angin 24 kilometer
sejam pula meningkatkan kadar sejatpeluhan sebanyak 50 peratus.
3. Fisiografi Tumbuhan.
· Fisiografi tumbuhan juga mempengaruhi kadar sejat peluhan. Akar pokok yang
menjalar sehingga ke zon mata air lebih banyak menyumbang kepada lembapan
air pada pokok yang akhirnya digunakan bagi proses perpeluhan.
· Oleh itu, pokok yang hidup di kawasan berpaya, berdaun lebar dan berstruktur
tinggi lebih mudah mengalami perpeluhan apabila terdedah kepada unsur iklim.
Pokok yang lebih matang selalunya lebih banyak mengalami perpeluhan
berbanding anak pokok.
4. Ciri Permukaan Tanih.
· Ciri permukaan tanih juga memberi kesan kepada sejatpeluhan. Kajian terdahulu
mendapati hutan korniferus dan alfalfa memantul kira-kira 25 peratus tenaga solar
menyebabkan ia berupaya menyimpan tenaga yang banyak bagi menggalakkan
perpeluhan. Secara kontra di kawasan gurun, hanya memantul 50 peratus tenaga
solar bergantung kepada kepadatan tumbuhan.
· Seperti juga proses sejatan, tren musiman bagi sejatpeluhan adalah turut
dipengaruhi unsur iklim. Selain kelajuan angin, suhu dan tenaga solar juga turut
menggalakkan proses sejat peluhan. Di negara bermusim, sejatpeluhan minimum
lazimnya berlaku semasa musim sejuk, iaitu pada musim luruh dan musim sejuk
manakala sejatpeluhan maksimum berlaku pada musim panas dan bunga.
5. Ketinggian.
· Secara umumnya semakin tinggi sesuatu tempat itu, suhunya semakin menurun.
Suhu yang rendah menyebabkan kadar sejatan adalah lebih kecil. Jika
diperhatikan kepada tren sejatpeluhan di Malaysia, didapati kadar sejatan adalah
lebih rendah antara 1.0 dan 2.5 mm sehari telah dicatatkan di kawasan-kawasan
tanah tinggi barat laut Pahang dan tenggara Perak, sebahagian dari timur laut
Kelantan serta sebahagian pertengahan pantai Sarawak.

3. Terangkan kesan sejatan yang tinggi terhadap alam sekitar fizikal. [7 markah]
1. Kemarau
2. Hujan yang lebat secara mendadak boleh menyebabkan banjir kilat.
3. Perluasan kawasan gurun.
4. Kepupusan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar kehilangan habitat.
PEMELUWAPAN
Pemeluwapan ialah proses pertukaran wap air (gas) kepada bentuk cecair.
Pemeluwapan berlaku apabila suhu wap air yang naik ke atas dikurangkan
sehingga menghampiri takat suhu mengembun. Takat embun ialah keadaan suhu
udara mempunyai kelembapan bandingan 100% dan kandungan wap air tidak
berubah. Udara pada takat ini adalah tepu dan suhu yang menyebabkan keadaan
ini berlaku disebut takat embun. Pemeluwapan boleh berlaku apabila udara panas
melalui permukaan udara yang sejuk dipermukaan laut dan tasik atau apabila
berlaku pertemuan di antara udara sejuk dan kumpulan udara panas. Keadaan ini
akan menyebabkan kumpulan udara panas akan mengalami penurunan suhu dan
membentuk titisan air seperti kejadian embun, kabus, kabut, fros dan awan.

1. Bezakan dengan ringkas definisi proses sejatan dan pemeluwapan. [8 markah]


Sejatan merupakan proses pertukaran air dalam bentuk cecair kepada bentuk wap
manakala pemeluwapan adalah proses pertukaran wap air dalam bentuk wap atau
gas kepada air dalam bentuk cecair. Proses sejatan berlaku apabila suhu air
ditingkatkan daripada suhu persekitaran manakala proses pemeluwapan berlaku
apabila suhu wap air dikurangkan sehingga menghampiri takat suhu mengembun
iaitu keadaan suhu udara mempunyai kelembapan bandingan 100% dengan
kandungan wap air tidak berubah. Semasa berlakunya proses sejatan, haba
pendam akan diserap manakala haba pendam akan dibebaskan semasa proses
pemeluwapan. Contoh proses sejatan ialah semasa air dipanaskan sehingga
mengeluarkan wap manakala contoh pemeluwapan semasa titis air terbentuk di
luar bekas yang mengandungi ais.

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemeluwapan


- suhu
- kandungan wap air dalam udara
- waktu
- ketinggian

AWAN dan KERPASAN


Proses Pembentukan Awan
Awan ialah hasil penyejukan udara lembap (yang mengandungi wap air) ke takat
suhu yang lebih rendah daripada takat embun. Apabila udara yang sama
disejukkan pada aras yang lebih rendah, ia akan membentuk kabus. Awan
sebenarnya merupakan wap air yang terpeluwap di atmosfera. Terdapat tiga
kumpulan awan yang utama iaitu Sirus(tinggi melebihi 6100 meter dan nipis),
Stratus (rendah dan berlapis) dan Kumulus (paling rendah 2100 meter dan tebal).
Proses Pembentukan Kerpasan
Kerpasan ialah apa sahaja air yang turun dari atmosfera sama ada dalam bentuk
hujan batu, hujan panas, salji ataupun embun. Namun hujan dan salji merupakan
unsur utama kerpasan. Pembentukan kerpasan berlaku apabila awan yang
menampung titik air tidak mampu lagi untuk menampung jumlah air yang
semakin bertambah. Keadaan ini dikenali sebagai almpau tepu. Di kawasan
tropika, kerpasan lazimnya dalam bentuk hujan atau hujan batu.
Jenis-jenis Hujan
Hujan Perolakan

Hujan Perenggan

Hujan Orografik (Hujan Bukit)

Contoh Soalan
1. Dengan bantuan gambar rajah, huraikan mekanisme kejadian hujan jenis
orografik di kawasan tropika lembap. [8 markah] {Set 5 No. 5(c)}
Mekanisme kejadian hujan orografik atau hujan bukit bermula dengan tiupan
angin lazim yang lembap melalui kawasan lautan yang dihalang oleh banjaran
tanah tinggi seperti gunung atau bukit. Udara yang lembap yang dipaksa naik ke
atas akan mengalami penurunan suhu secara adiabatik. Jisim udara yang tidak
stabil ini akan mengalami pemeluwapan dan seterusnya membentuk awan
kumulus. Awan kumulus kemudian akan bertukar menjadi awan kumulonimbus
apabila mendapat bekalan wap air yang banyak. Keadaan ini menghasilkan hujan
yang lebat terhadap cerun hadap angin. Kawasan lindungan hujan kurang
menerima hujan kerana kebanyakan hujan telah turun di cerun hadap angin. Ini
dapat dilihat melalui rajah di bawah :

KAEDAH PENGIRAAN UNSUR-UNSUR IKLIM DAN PERSEMBAHAN


DATA IKLIM

Suhu
Min Suhu Harian
Min Suhu Bulanan

Contoh Soalan Min Suhu Bulanan


Jumlah Min Suhu Harian1. Terangkan kaedah mengira min suhu bulanan. [5
markah] STPM 2000 No 4(a)

Bilangan Hari SebulanFormula mengira Min Suhu Bulanan =


Kelembapan Udara
Kerpasan
Angin
Tekanan Udara

Contoh Soalan Tekanan Udara


1. Takrifkan maksud tekanan Udara [5 markah] STPM 2006 No 5(a)
Tekanan udara boleh ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan oleh sesuatu jisim
udara yang berada di atmosfera ke atas permukaan bumi di bawahnya dan
lazimnya diukur menggunakan unit milibar (mb).
Histogram
Graf Gabungan
Graf Bulatan
Carta Angin
Peta Garisan Senilai
BAB 8 : FENOMENA ATMOSFERA DAN DAMPAK TERHADAP ALAM
SEKITAR

EDARAN UMUM ATMOSFERA SECARA GLOBAL


Contoh Soalan Edaran Umum Atmosfera Secara Global
1. Apakah yang dimaksudkan dengan edaran umum atmosfera secara global?
[5 markah] {Set 2, No. 4(a)}
Edaran umum atmosfera secara global adalah pergerakan udara di permukaan
bumi dari kawasan sejuk ke kawasan panas. Di kawasan sejuk, tekanan udara
adalah tinggi seperti di kawasan kutub atau kawasan garis lintang tinggi. Di
kawasan panas, tekanan udara adalah rendah seperti kawasan tropika. Udara akan
bergerak dari pusat tekanan tinggi ke pusat tekanan rendah. Namun begitu edaran
umum atmosfera bukanlah sebegitu mudah kerana pergerakan udara ini akan
dipengaruhi pula daya koriolis iaitu daya yang memesongkan arah angin akibat
putaran bumi.

ANGIN DAN TEKANAN UDARA


Zon-zon tekanan rendah atau tinggi dipengaruhi oleh jumlah penerimaan tenaga
haba dari matahari. Udara yang dipanaskan oleh tenaga haba matahari akan
menjadi ringan dan bergerak naik ke atas lalu meninggalkan ruang-ruang kosong.
Keadaan ini menyebabkan kawasan tersebut mengalami tekanan udara rendah
berbanding kawasan lain. Perbezaan tekanan udara ini menyebabkan udara yang
padat di kawasan tekanan tinggi bergerak masuk ke kawasan ini untuk memenuhi
ruang-ruang kosong yang ditinggalkan oleh udara yang bergerak ke atas tadi.
Dengan itu wujudlah angin.
Perubahan kedudukan matahari mengikut musim akan menyebabkan perubahan
kawasan yang mengalami tekanan udara rendah dan tekanan udara tinggi. Oleh itu
tiupan angin lazim dunia akan turut berubah mengikut musim. Angin lazim yang
bergerak akan terpesong oleh putaran bumi. Pemesongan arah tiupan angin wujud
sebenarnya adalah secara tidak langsung. Apabila angin bergerak ke kawasan
tekanan rendah menuju ke kawasan tekanan tinggi, kawasan tekanan tinggi telah
beralih dan menyebabkan angin sampai ke destinasi lain. Keadaan inilah
menyebabkan arah tiupan angin seolah-olah terpesong ke kanan di hemisfera
utara dan terpesong ke kiri di hemisfera selatan. Pemesongan arah angin akibat
putaran bumi dikenali sebagai daya koriolis. Keadaan ini dapat ditunjukkan
melalui gambar rajah di bawah.
Pergerakan Udara Secara Umum

Kelajuan angin juga berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang lain. Kelajuan
angin bergantung kepada darjah kecerunan tekanan udara. Jika kecerunan tekanan
udara adalah tinggi, maka tiupan angin adalah lebih laju dan begitulah sebaliknya.
Ini dapat dilihat melalui gambar rajah di bawah.

Angin Perlahan Angin Laju

SISTEM ANGIN DUNIA

ANGIN MONSUN
Angin monsun adalah angin lazim yang berlaku mengikut musim. Di Asia
Tenggara angin monsun yang paling dominan ialah Angin Monsun Barat Daya
dan Angin Monsun Timur Laut. Kejadian angin monsun adalah berikutan
kewujudan perbezaan tekanan udara di antara hemisfera utara dan hemisfera
selatan. Pada bulan November hingga bulan Mac, berlaku tiupan Angin Monsun
Timur Laut. Ini kerana dalam tempoh masa tersebut, matahari berada berhampiran
garisan jadi di hemisfera selatan. Keadaan ini menyebabkan hemisfera selatan
(terutama Benua Australia) menerima haba matahari yang lebih banyak
berbanding hemisfera utara. Penerimaan sinaran suria yang banyak ini akan
meningkatkan suhu atmosfera dan mewujudkan pusat tekanan udara rendah. Oleh
itu, udara dari kawasan tekanan tinggi di pedalaman Benua Asia akan bergerak
keluar menuju ke kawasan ini. Pada peringkat awal, angin ini keluar sebagai
Angin Monsun Barat Laut tetapi terbias menjadi Angin Monsun Timur Laut
apabila melintasi Asia Tenggara yang menyebabkan kawasan pantai timur negara-
negara Asia Tenggara menerima hujan bukit ( hujan monsun) yang lebat.
Angin Monsun Bulan Januari
(Monsun Timur Laut)

Pada bulan Julai, matahari berada tegak di garisan sartan di hemisfera utara. Ini
menyebabkan wujudnya pusat tekanan rendah di kawasan tengah Benua Asia.
Manakala wujud pula pusat tekanan udara tinggi di Benua Australia di hemisfera
selatan. Oleh itu pada masa ini iaitu bermula bulan Mei hingga September, udara
dari Benua Australia akan bergerak keluar sebagai Angin Monsun Tenggara
menuju ke Benua Asia. Bagaimanapun angin ini terbias ke kanan sebagai Angin
Monsun Barat Daya apabila melintasi garisan Khatulistiwa melalui kawasan Asia
Tenggara. Angin ini kemudiannya terpesong ke arah barat laut sebagai Angin
Monsun Tenggara. Angin ini terpesong sebagai Angin Tenggara kerana ditarik
oleh pusat tekanan udara rendah yang wujud di pedalaman Asia yang terdapat di
tengah Negara China dan di Punjab, India.

Angin Monsun Bulan Julai


(Monsun Barat Daya)

ANGIN SUMATERA/ANGIN BADAI SELARI


-
KEKACAUAN ATMOSFERA DI KAWASAN TROPIKA
Jenis-Jenis Kekacauan Atmosfera
Faktor yang menggalakkan kekacauan atmosfera
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA
Kepentingan Unsur-Unsur Iklim dan Cuaca Kepada Kegiatan Ekonomi
Pertanian
Perdagangan
Pelancongan
Pengangkutan
Kesan Kejadian Iklim Melampau Terhadap Alam Sekitar Manusia dan Fizikal
Banjir Besar
SiklonTropika
Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim
Penipisan Lapisan Ozon
Lapisan ozon merupakan satu lapisan yang terbentuk secara semula jadi di lapisan
stratosfera (30 – 50 km dari permukaan bumi). Ketebalan lapisan ini antara 0 -
20km. Lapisan ozon terdiri daripada gabungan tiga atom oksigen yang bertindak
menyekat kemasukan sinaran ultra lembayung (Sinaran Ultra Ungu) daripada
matahari. Pembentukannya bermula dengan sinaran ultra ungu dari matahari
bertindak memecahkan molekul oksigen di atmosfera. Atom oksigen yang terurai
pula akan bertindak balas dengan molekul oksigen yang lain membentuk tiga
atom oksigen yang bergabung yang dikenali sebagai ozon.

Sinaran ultra-ungu
O2 O + O
(Molekul Oksigen) (Atom-atom oksigen)

O2 + O O3
(Molekul Oksigen) (Atom Oksigen) (Molekul Ozon)

Faktor utama yang menyebabkan penipisan lapisan lapisan ozon adalah


pengunaan gas kloroflorokarbon (CFC) yang terdiri daripada gabungan unsur
kloron, florin dan karbon. Gas CFC yang naik ke atmosfera akan bertindak balas
dengan sinaran ultra ungu lalu terurai menghasilkan satu atom klorin yang
tunggal. Atom klorin ini akan bertindak balas pula dengan lapisan ozon
membentuk klorin monoksida dan oksigen. Ini dapat dilihat melalui formula
kimia di bawah :
Cl + O3 = ClO + O2
Tindak balas yang berterusan akan menyebabkan lapisan ozon semakin menyusut
atau menipis sehingga membentuk lubang-lubang yang besar. Di Antartika
terdapat saiz lubang ozon melebihi luas benua Australia.
Selain penggunaan CFC, lapisan ozon turut terurai dengan penggunaan aerosol
(alat semburan), metil kloroform (bahan peluntur), gas klorin, karbon tetraklorida,
nitrogen monoksida (industri baja) dan pembebasan gas halon (alat pemadam
api).
Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan lebih banyak sinar radiasi ultra ungu
(UV-B) memasuki bumi. Radiasi ultra ungu ini memberi kesan kepada kesihatan
manusia, memusnahkan kehidupan laut, ekosistem, mengurangkan hasil pertanian
dan hutan. Kesan utama kepada manusia ialah penyakit kanser kulit (Dianggarkan
lebih kurang 70 000 kes barah kulit setia tahun), merosakkan penglihatan (katarak
atau selaput mata) dan melemahkan sistem imunisasi badan. Fenomena kejadian
kulit yang cepat berkedut dan kelihatan tua juga dikaitkan dengan pendedahan
kepada sinaran ultra ungu yang berlebihan.
Di bidang pertanian, penerimaan sinar ultra violet pada tanaman akan
memusnahkan hasil tanaman utama dunia. (Hasil kajian menunjukkan hasil
tanaman seperti barli dan oat menunjukkan penurunan akibat penerimaan sinar
radiasi yang semakin tinggi). Tanaman dijangka akan mengalami rencatan
pertumbuhan. Pancaran ultra ungu boleh mempengaruhi proses fotosintesis
terhadap tumbuhan dan menjejaskan pembiakan fitoplankton dalam ekosistem
laut. Keadaan ini akan menjejaskan bekalan makanan dunia.
Kekurangan tumbuh-tumbuhan pula akan meningkatkan suhu dunia. (Mengikut
kajian CHOGM, suhu global dijangka meningkat sebanyak 4 – 5 oC menjelang
tahun 2030. Peningkatan suhu global berupaya mencairkan lapisan salji dan
litupan ais di kedua-dua kutub bumi. Fenomena ini akan meningkatkan paras air
laut lalu menenggelamkan kebanyakan kawasan kepulauan dan daratan yang
rendah.
i) Fungsi
ii) Proses Penipisan Lapisan Ozon
iii) Kesan Penipisan Lapisan Ozon
Konsep Rumah Hijau
i) Punca
ii) Kesan Rumah Hijau Terhadap Alam Sekitar

Contoh Soalan Lapisan Ozon dan Rumah Hijau


1. Apakah yang dimaksudkan dengan Penipisan Lapisan Ozon ? [5m]
Lapisan ozon terdiri daripada kandungan molekul ozon (gabungan tiga atom
oksigen). Aktiviti manusia khusunya pembebasan gas kloroflorokarbon (CFC)
bertindak secara kimia memecahkan molekul ozon membentuk molekul oksigen.
Lama-kelamaan molekul ozon berkurangan sehingga memusnahkannya dan
membentuk lubang-lubang ozon yang dikatakan berlakunya fenomena penipisan
lapisan ozon.
2. (a) Bezakan fenomena Penipisan Lapisan Ozon dengan Kesan Rumah Hijau
[7m]
(b) Bagaimana pertambahan gas rumah hijau dan penipisan lapisan ozon boleh
menyebabkan pemanasan global ? [8m]
Pemanasan global akibat penipisan lapisan ozon.
Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan sinaran ultra ungu akan dipancarkan
terus ke permukaan bumi. Sinaran ultra violet akan menyebabkan kerosakan sel
dan menjejaskan proses fotosintesis tumbuhan. Dengan ini, banyak pokok akan
pupus dan mati. Ini kerana tumbuh-tumbuhan akan menyerap haba matahari dan
menjalankan proses transpirasi (perpeluhan). Kepupusan pelbagai spesis tumbuh-
tumbuhan dengan kuantiti yang banyak berupaya meningkatkan suhu global.
(c) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan
rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. [10m]

El-Nino
i) Apa itu El-Nino
ii) Mekanisma Kejadian El-Nino
iii) Kesan El-Nino Terhadap Alam Sekitar dan Manusia

Konsep Mikroiklim Bandar (Pulau Haba Bandar)


Iklim mikro bandar bermaksud sesuatu bandar mempunyai ciri-ciri iklim
tersendiri berbanding kawasan luar bandar atau pinggir bandar yang berhampiran.
Unsur iklim seperti suhu yang tinggi,kerpasan yang banyak, keamatan cahaya
yang rendah, tiupan angin yang kurang laju serta kelembapan udara yang rendah
berbanding di kawasan pinggir bandar. Iklim mikro bandar merupakan satu
contoh bagaimana manusia boleh mengubah profil iklim di sesuatu kawasan.
Bandar secara umumnya mempunyai ciri berikut :
i) mempunyai penduduk yang padat. Misalnya di Kuala Lumpur, penduduknya
hampir menjangkau 2.5 juta orang.
ii) mempunyai sistem pengangkutan yang lengkap dan cekap seperti jalan raya,
kereta api, sistem kereta api ringan, pejalan kaki dan sebagainya.
iii) Mempunyai bangunan yang moden seperti pusat perniagaan, pentadbiran dan
hiburan/rekreasi.
iv) Kemudahan air, elektrik dan telefon yang cekap dan menyeluruh.
v) Mempunyai sistem pelupusan sampah, rawatan kumbahan dan influen yang
cekap.

Urbanisasi menyebabkan unsur cuaca dan iklim berubah. Proses urbanisasi seperti
pembangunan perindustrian dan pengangkutan telah menyumbang kepada
perubahan ini. Pembakaranbahanapi fosil melalui penggunaan kenderaan yang
banyak di kawasan bandar menyebabkan pembebasan gas karbondioksida ke
udara. Keadaan ini menyebabkan pencemaran di kawasan bandar lebih tinggi
daripada kawasan luar bandar. Di Malaysia umpamanya, industri pembuatan
kenderaan telah melonjak dengan begitu pesat semenjak akhir 1990-an. Keadaan
ini menyumbang kepada pencemaran yang tinggi dan meningkatkan kadar suhu.
Ciri iklim bandar ialah :
i) perbezaan suhu adalah tinggi di kawasan bandar. Bezantara suhu siang dan
malam boleh mencapai 6oC.
ii) angin di kawasan bandar lebih perlahan berbanding angin di kawasan luar
bandar. Ini kerana tiupan angin dihalang oleh bangunan tinggi. Bagaimanapun,
kadang kala kedudukan bangunan boleh membentuk laluan angin turbulen yang
bertiup di sepanjang jajaran bangunan atau jalan raya.
iii) Hujan di kawasan bandar adalah 10% lebih tinggi berbanding luar bandar.
Keadaan ini disebabkan oleh banyak bahan pencemar seperti debu yang
memerangkap udara lembap untuk membentuk kumin air. Di samping itu, kesan
pulau haba menyebabkan arus naik dan perolakan yang lebih kuat menyebabkan
wap air naik ke aras yang lebih tinggi menyebabkan wuudnya hujan ribut.
iv) Kelembapa bandingan di kawasan bandar adalah lebih rendah. Ini disebabkan
ptensi udara bandar yang panas serta mengandungi wap air semakin bertambah.
Jumlah air yang sebenar disejatkan ke udara juga menjadi kurang kerana
kekurangan permukaan air dan tumbuhan untuk menjalani proses sejat peluhan.

Pembentukan Pulau Haba


Pulau haba merupakan ciri utama yang membentuk iklim mikro bandar. Pulau
haba ialah satu keadaan di mana udaranya adalah lebih panas berbanding kawasan
persekitarannya. Ciri utama pulau haba ialah :
a) Suhu udara di pusat bandar adalah lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya.
Perbezaan ini bergantung kepada saiz dan fungsi bandar tersebut.
b) Pengaruh terma sesebuah bandar boleh dirasakan hingga setinggi 200 hingga
500 meter atau lebih.
c) Cerun suhu yang curam lazimnya wujud di sekitarsempadan bandar – luar
bandar. Keadaan ini mencermikan perubahan suhu yang tiba-tiba berikutan
perubahan guna tanah.
d) Kawasan yang mempunyai pembangunan kecil juga mempunyai pulau haba
tetapi intensitinya kecil.
e) Pada waktu siang, intensiti dan bentuk pulau haba banyak bergantung kepada
jenis guna tanah dan kesan daripada lindungan bangunan tinggi. Kesan lindungan
dari bangunan ini mewujudkan pulau sejuk di pusat bandar.

Contoh Soalan Iklim Mikro bandar


1. Suhu kawasan bandar lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya. Jelaskan
mengapa berlaku keadaan sedemikian. [12 markah] STPM 2002 No 7(b)
- Permukaan fizikal bandar lebih banyak menyerap dan menyimpan haba atau
bahangan matahari. Misalnya bahan-bahan seperti bitumen dan konkrit
menyimpan haba pada waktu siang sebagai haba pendam dan membebaskannya
pada waktu malam. Oleh itu, waktu malam di bandar lebih panas berbanding
kawasan pinggir bandar.
- Berkurangnya proses perpeluhan tumbuhan (transpirasi) ekoran daripada
kekurangan tumbuhan di bandar. Oleh itu udara di bandar bersifat udara kering
(dry air) bukannya udara lembap seperti kawasan pinggir bandar atau luar bandar.
Kelembapan udara yang tinggi di pinggir bandar atau kawasan luar bandar
datangnya dari pembebasan wap-wap air oleh tumbuhan hijau yang lebih padat.
- Sifat permukaan bandar atau morfologi bandar yang terdiri daripada bangunan
tinggi berupaya menghalang tiupan angin dan menghalang halaju angin
permukaan. Justeru itu ia melambatkan proses pemindahan haba secara mendatar
oleh angin. Tiupan angin di bandar secara berpusar dan berkisar di ruang yang
sama menyebabkan haba juga tidak dapat dibebaskan keluar dengan cepat
sebaliknya berkumpul di ruang bandar.
- Aktiviti pembandaran yang banyak membebaskan haba seperti dari kenderaan,
industri atau oleh manusia sendiri menerusi proses metabolisme. Kesannya
banyak sumber-sumber haba yang berpunca, berada dan berkitar di bandar
berbanding dengan kawasan pinggir bandar.
- Atmosfera bandar juga diliputi bahan pencemar seperti karbon dioksida, karbon
monoksida dan sebagainya. Bahan-bahan ini bersifat membenarkan bahangan
matahari menembusinya tetapi menghalang pembalikan bahangan bumi ke
angkasa. Pembebasan bahangan bumi, kesannya ruang bandar akan mengalami
pemerangkapan haba.

2. Huraikan pengaruh iklim mikro bandar terhadap alam sekitar fizikal.


[12 markah] STPM 2002 No 7(c)
- Suhu yang tinggi (pulau haba) akan meningkatkan kadar sejatan dan
merndahkan kelembapan bandingan, kesannya jumlah hujan semakin
berkurangan. Namun begitu kadar sejatan yang tinggi ini boleh mempercepatkan
kejadian hujan perolakan di bandar. Hujan ini biasanya lebat dalam jangka masa
yang singkat dan ia cenderung untuk berlaku banjir kilat.
- suhu yang tinggi akibat pulau haba juga menggalakkan tiupan angin masuk ke
pusat bandar ekoran daripada wujudnya tekanan udara rendah. Akibat perbezaan
tekanan yang agak ketara antara pusat bandar dengan pinggirnya maka angin dari
luar akan menyerbu masuk ke bandar. Tiupan angin ini agak kencang dan
berpusar yang dikenali sebagai badai.
- Suhu yang tinggi menyebabkan udara bandar menjadi kering. Ditambah pula
dengan terdapat banyaknya bahan-bahan pencemar dalam atmosfera bandar maka
ia akan menggalakkan kejadian jerebu. Partikel-partikel terampai (PM10) mudah
terapung-apung dalam udara kering. Ini boleh menghalang kemasukan cahaya
matahari ke dalam bandar.
- Bahan pencemar yang banyak dibandar akan menghasilkan begitu banyak
nukleus higroskopik. Bahan-bahan pencemar ini berupaya menarik wap-wap air
ke arahnya menjadi titis-titis hujan. Oleh kerana nukleus higroskopiknya terdiri
daripada bahan pencemar seperti sulfur oksida, karbon dioksida dan nitrogen
oksida maka hujan yang turun dikenali sebagai hujan asid yang boleh merosakkan
ekosistem, sumber air dan tanih kawasan bandar.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan iklim mikro bandar ? [5 markah]


Iklim mikro bandar bermaksud sesuatu bandar mempunyai ciri-ciri iklim
tersendiri berbanding kawasan luar bandar atau pinggir bandar yang berhampiran.
Unsur iklim seperti suhu yang tinggi,kerpasan yang banyak, keamatan cahaya
yang rendah, tiupan angin yang kurang laju serta kelembapan udara yang rendah
berbanding di kawasan pinggir bandar.

4. Mengapakah wujudnya ciri-ciri iklim mikro bandar ? [10 markah]


- Suhu yang tinggi lebih 1 – 2 oC disebabkan jumlah kenderaan bermotor yang
banyak yang mengeluarkan haba, asap dan gas rumah hijau yang membentuk
jerebu dan memerangkap haba. Industri perkilangan juga mengeluarkan haba dan
membebaskan gas rumah hijau. Morfologi bandar yang terdiri daripada binaan
konkrit, simen dan jalan raya berturap, menyerap haba.
- Kerpasan yang banyak kerana bekalan haba yang banyak telah menghasilkan
perolakan udara. Akhirnya akan menggalakkan proses pemeluwapan dan kejadian
awan kumulosnimbus.
- Keamatan cahaya matahari yang rendah kerana fenomena jerebu yang yang
menapis kebanyakan cahaya matahari dari sampai ke permukaan bumi.
- Kelajuan angin yang rendah disebabkan morfologi bandar dari segi susunan
bangunan yang tinggi dan rapat telah menghalang pergerakan angin lalu
menyebabkan peredaran udara adalah terhad.
- Kelembapan udara yang rendah kerana kadar turapan yang tinggi telah
menghalang penyusupan air. Air hujan yang turun akan terus mengalir keluar
melalui sistem perparitan. Keadaan ini telah mengurangkan proses sejatan
permukaan. Litupan bumi yang sedikit tidak dapat menyumbang kepada proses
transpirasi untuk membekalkan wap air.

5. Huraikan langkah-langkah bagi mengurangkan fenomena iklim mikro bandar.


[10 markah]
- Menanam atau mewujudkan kawasan hijau. Langkah ini bertujuan untuk
menambah bilangan tumbuh-tumbuhan yang berperanan menyerap haba serta
mengurangkan gas rumah hijau melalui proses fotosintesis.
- Menggalakkan penggunaan sumber tenaga mesra alam seperti penggunaan gas
asli cecair (NGV) dan elektrik bagi kenderaan yang menggunakan petrol dan
diesel.
- Kempen kesedaran mengurangkan penggunaan bahan api fosil seperti
menggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam seperti bas, teksi dan
kereta api serta melalui kempen kongsi kenderaan semasa ke tempat kerja.
- Kuatkuasa undang-undang bagi mengelakkan pembebasan asap berlebihan bagi
kenderaan bermotor dan penggunaan penapis asap pada serombong kilang untuk
mengelakkan pembebasan gas-gas merbahaya.
- Menggalakkan penggunaan besi keluli dan bahan kaca untuk mengurangkan
penggunaan bahan binaan yang terdiri daripada simen dan konkrit yang
berpotensi menyerap haba. Bangunan yang baru dibina hendaklah dijarakkan serta
dikawal ketinggiannya.

EL-NINO
El-Nino merupakan satu fenomena cuaca luar biasa yang berlaku secara
bermusim yang menyebabkan perubahan pergerakan arus Lautan Pasifik bertukar
ke arah timur menuju ke pantai barat Amerika Selatan. Fenomena ini berlaku
mungkin bermula dengan perubahan kedudukan matahari pada bulan November
dan Disember. Dalam keadaan biasa wujud sel tekanan rendah di Australia dan
Papua New Guinea yang menyebabkan tiupan angin timuran yang kuat dari
Amerika Selatan ke Asia Tenggara. Fenomena El-Nino berlaku apabila sel
tekanan rendah yang biasanya berlaku di Asia Tenggara berubah ke Amerika
Selatan. Keadaan ini menyebabkan tiupan angin baratan lebih laju berbanding
angin lazim timuran yang menolak air panas ke timur Lautan Pasifik, iaitu di
perairan Amerika Selatan. Maka aras laut akan menjadi lebih tinggi di perairan
pantai barat Amerika Selatan. Pergerakan arus panas lautan ini juga telah
menyebabkan suhu air laut menjadi lebih tinggi. Suhu air laut yang tinggi
menyebabkan berlakunya perolakan udara ke atas dan seterusnya menyebabkan
turunnya hujan perolakan yang lebat luar biasa di sepanjang kawasan pantai
benua Amerika Selatan. Sebaliknya, negara-negara Asia Tenggara, Papua New
Guinea dan Australia yang biasanya menerima hujan yang lebat pada masa ini,
tetapi dengan El-Nino berlaku pula kemarau yang teruk. Selain itu, pergerakan air
lautan ke perairan Amerika Selatan juga telah menghalang proses
upwelling(pembuakan) air laut di sini. Peristiwa ini telah menghalang pembiakan
plankton dan seterusnya memusnahkan seluruh ekosistem laut di sini.
Contoh Soalan El-Nino
1. Takrifkan konsep El-Nino. [5 Markah]
El-Nino merupakan satu fenomena cuaca luar biasa yang menyebabkan
perubahan arus pemukaan laut iaitu di Lautan Pasifik bertukar arah ke timur
menuju ke pantai barat Amerika Selatan. Keadaan ini menyebabkan tiupan angin
baratan lebih laju berbanding angin lazim timuran. Aras air laut lebih tinggi di
perairan pantai barat Amerika Selatan. Aras air laut yang tinggi menghalang
proses upwelling air dari dasar laut.

You might also like