Surat Makluman Jambori 1 Malaysia

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH

THE SCOUTS’ ASSOCIATION OF MALAYSIA, SABAH BRANCH


Peti Surat 10351, 88803 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-219558 Fax : 088-219559 E-mail : ppmsabah@hotmail.com
Blog : http://scoutinginsabah.blogspot.com/

Rujukan : PPMCS(13)180/01(05)
Tarikh : 24 Mac 2010

Semua
Penolong Pesuruhjaya Negeri
Pesuruhjaya Ibupejabat Negeri
Pesuruhjaya Bahagian
Pesuruhjaya Kawasan
Pesuruhjaya Daerah

Y. Bhg. Datuk / Tuan,

JAMBORI PENGAKAP 1 BELIA 1 MALAYSIA


Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia dan Kementerian Belia dan
Sukan Malaysia akan menganjurkan Jambori Pengakap “Satu Belia Satu Malaysia” bersempenaan
Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2010 pada 14 hingga 16 Mei 2010 di Tapak Perkhemahan Wetland,
Putrajaya.
3. Persekutuan Pengakap Malaysia akan menghantar satu kontinjen yang diketuai oleh Encik Lee
Chee Kiong bagi mewakili Pengakap Negeri Sabah ke Jambori ini. Sehubungan itu, dimaklumkan
bahawa penyertaan adalah dibuka bagi semua Pesuruhjaya, Pemimpin Pengakap, Pengakap Kelana,
Pengakap Remaja dan Pengakap Muda yang berdaftar dari seluruh negeri Sabah untuk menyertai
Kontinjen Pengakap Negeri Sabah ke Jambori ini.
4. Bersama-sama ini disertakan maklumat penyertaan Kontinjen Pengakap Sabah beserta borang
penyertaan jambori. Borang ini hendaklah dikembalikan ke Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah beserta
maklumat penerbangan peserta pada atau sebelum 28 April 2010. Borang yang dihantar selepas tarikh ini
tidak akan dipertimbangkan untuk menyertai Kontinjen Negeri Sabah.
Sekian, harap maklum.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN’
Saya yang menjalankan tugas-tugas
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH

(NOURMAN RAYN DATUK AG. ZAINI)


Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah (Pentadbiran)

s.k. Yang Di-Pertua, Majlis Pengakap Negeri Sabah


Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Fail
MAKLUMAT KONTINJEN PENGAKAP NEGERI SABAH KE JAMBORI
1 BELIA 1 MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA KEBANGSAAN

KETUA KONTINJEN

Encik Lee Chee Kiong (Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau)

ATURAN PERJALANAN
Ketibaan
1. Peserta diminta menempah sendiri tiket penerbangan pergi-balik daripada Kota Kinabalu ke Kuala
Lumpur seperti berikut :

Pergi (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur) 13 Mei 2010


(Peserta hendaklah tiba di Kuala Lumpur selewat-lewatnya jam 3.00 petang kerana bas akan
bertolak ke Tapak Perkhemahan pada jam 4.00 petang)

Balik (Kuala Lumpur - Kota Kinabalu) 17 Mei 2010


(Peserta hendaklah menempah tiket penerbangan yang akan bertolak selepas jam 3 petang)

2. Bas kontinjen akan bertolak daripada Lapangan Terbang Kos Rendah (LCCT-Kuala Lumpur)
menuju ke Tapak Perkhemahan pada jam 4.00 petang, 13 Mei 2010.

Perjalanan Balik
3. Bas kontinjen akan bertolak daripada Tapak Perkhemahan menuju ke Lapangan Terbang Kos
Rendah (LCCT-Kuala Lumpur) pada jam 12.00 tengahari, 17 Mei 2010.

YURAN KONTINJEN

Peserta diminta menyediakan yuran kontinjen sebanyak RM 180.00 seorang.


Bayaran ini merangkumi ;
1. Tambang bas pergi – balik antara Lapangan Terbang dan Tapak Perkhemahan.
2. Makan (3 kali sehari) bermula daripada malam 13 Mei 2010 sehingga tengahari 17 Mei 2010.
3. Perlindungan Insuran Individu
4. 1X Baju-T Kontinjen Negeri
5. 1X Lencana Kontinjen Negeri

KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA

1. Pakaian Seragam Pengakap lengkap


2. Khemah
3. Pakaian Sukan lengkap
4. Pakaian Ibadat
5. Buku log dan Alatulis secukupnya
6. Kelengkapan Pakaian dan Penjagaan Diri secukupnya.

SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan hendaklah daripada Ahli Pengakap Negeri Sabah yang BERDAFTAR.


2. Pengakap Kanak-kanak TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai Jambori ini.
3. Pemimpin Pengakap yang ingin menyertai hendaklah membawa sekurang-kurangnya 1 (Satu)
orang peserta dari kalangan Pengakap Muda, Remaja ataupun Kelana.
4. Borang Penyertaan hendaklah dihantar ke Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah bersama dengan
maklumat penerbangan beserta bayaran yuran kontinjen pada atau sebelum 28 APRIL 2010

You might also like