Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Alatan Mengukur

PITA UKUR DAN PEMBARIS IALAH ALATAN MENGUKUR YANG DIGUNAKAN


DALAM KERJA MENJAHIT.

Pita Ukur diperbuat daripada gentian kaca, sintetik, dan plastik,


mempunyai penahan logam di kedua-dua hujungnya, tidak memberi teguh
dan tahan.

Mengukur dengan tepat ukuran badan dan fabrik

Gulung setelah digunakan dengan nombor yang besar di sebelah dalam


dan nombor yang kecil di sebelah luar.

Simpan di dalam kotak jahitan.

Pembaris lurus diperbuat daripada kayu atau


plastik, tepinya licin, rata dan lurus dan mempunyai ukuran yang tepat
dalam unit metrik.

Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola dan mengukur fabrik.

Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.

Alatan Mendraf
PEMBARIS SESIKU DAN PEMBARIS MELENGKUNG ADALAH ANTARA ALAT
YANG DIGUNAKAN UNTUK MENDRAF.

Pembaris sesiku diperbuat daripada kayu atau plastik


dan mempunyai ukuran yang terang dan tepat di kedua-dua bahagian
dalam unit metrik.

Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabrik
dan bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan
lubang lengen.

Pembaris melengkung diperbuat daripada kayu atau plastik dan ukuran


metrik yang terang dan jelas.

Membentuk garis melengkung seperti garis leher, keruk lengan, rusuk


blaus, rusuk skirt, dan kaki seluar semasa mendraf pola.

Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.

Alatan Menanda
Alatan menanda yang asas ialah roda surih yang digunakan bersama Karbon
tukang jahit. Kapur tukang jahit boleh juga digunakan untuk memindahkan tanda
pola pada fabrik.

Roda surih dan karbon tukang jahit diperbuat daripada keluli berkilat
supaya tidak berkarat, pilih roda surih mengikut jenis fabrik dan mudah
bergerak apabila ditolak.

Memindahkan tanda dan garisan pola pada fabrik.

Simpan di dalam kotak jahitan dan jangan lipat kertas karbon.

Kapur tukang jahit adalah kapur yang tidak mudah pecah, pilih warna
yang sesuai dengan fabrik dan kapur yang dibuat daripada lilin tidak
sesuai untuk fabrik sintetik.

Menanda garis pemadam pada fabrik dan memindahkan garisan tanda


pola pada fabrik.

Simpan di dalam bekas supaya tidak pecah.

1. Benang Jahit
Terdapat dalam pelbagai warna mengikut warna kain yang hendak dijahit.
Benang akan digunakan untuk jahitan tangan dan juga jahitan mesin. Gunakan
warna benang yang sama untuk menjahit pakaian ataupun warna yang lebih
lembut. contoh benang putih untuk menjahit kemeja sekolah. Semasa menjahit
lilitkan benang dan selitkan hujungnya agar tidak bersimpul.

2. Jarum Tangan
Jarum yang tirus dan tajam. Jarum yang selalu digunakan adalah bernombor 7, 8
dan 9. Digunakan untuk menjahit semua jahitan tangan pada kain. Jarum yang
kasar dan panjang digunakan untuk menjahit pada kain yang tebal sementara
jarum yang halus untuk menjahit kain nipis dan lembut. Angka 9-10 untuk kain
yang halus, angka 12-14 untuk kain sederhana dan angka 14-16 untuk kain yang

tebal. Jarum yang patah dan tumpul jangan dibuang merata-rata. Simpan jarum
dalam bekasnya supaya tidak berkarat. Semasa digunakan, cucuk di kusion
jarum.
3. Gunting Kain
Digunakan untuk menggunting kain. Ukuran panjang biasa dalam 20 cm.
Sebelah mata gunting berbentuk bulat, sebelah mata runcing. Untuk gunting
tahan lama, elak daripada jatuh dan tidak digunakan untuk menggunting benda
lain seperti kertas. Minyakkan sendi-sendinya selalu. Simpan dalam sarung atau
kotak gunting. Menggunting dengan berhati-hati supaya kain yang digunting
berdasarkan pola yang dikehendaki. Ketika menggunting kain, mata gunting
menghala ke hadapan supaya tidak mendatangkan kecederaan pada diri sendir

4. Alatan Menyemat

Sumber gambar :
http://www.njcreative.lot.my/index.php?
route=product/product&product_id=64325

Hai, murid-murid. Pernahkan anda tengok saya? Badan saya berwarna-warni


macam gula-gula.
Tapi saya bukan gula-gula. ^^ Saya merupakan jarum peniti.
Tahukah kegunaan saya? Ya, saya biasa digunakan untuk : menyemat pola pada fabrik; dan
menetapkan kepingan fabrik sebelum menjahit.
Mari saya memperkenalkan diri saya. Saya merupakanperetas jahitan.
Kegunaan saya adalah untuk meretas dan menanggalkan mata jahitan.

. Pita ukur

digunakan untuk
mengukur
bahagian yang
digunting atau
dijahit

2. Gunting

digunakan untuk
menggunting fabrik

3. Jarum peniti

digunakan untuk
mnyemat pola
pada fabrik dan
kepinganfabrik
sebelum menjahit
jelujur

4. Kapur tukang jahit

digunakan untuk
memindahkan
tanda dan garisan
pemadan daripada
pola kepada fabrik

5. Jarum tangan

digunakan untuk
menjahit semua
jahitan tangan
pada fabrik

6. Pembaris lurus

digunakan untuk
mengukur dan

menanda
7. Penetas jahitan

digunakan untuk
menanggalkan
benang jelujur

8. Seterika

digunakan untuk
melicinkan fabrik

Bahan jahitan dan kegunaannya


a. Benang

digunakan untuk
jahitan tangan dan
jahitan mesin

b. Fabrik

digunakan untuk
menghasilkan
sesuatu pakaian.

You might also like