Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1.

PENGENALAN
1.1

DIALEK
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4 muka surat 369,

dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau
sesuatu kelas sosial yang mempunyai perbezaan dengan Bahasa Melayu standard.
Dialek merupakan kelainan bahasa yang berbeza dengan bahasa baku dari segi
sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Kebiasaannya dialek digunakan dalam situasi tidak
rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian. Oleh yang
demikian, kebanyakan ahli dialektologi mengatakan dialek merupakan suatu ragam
bahasa yang boleh dibezakan dengan agak teliti daripada ragam-ragam lain melalui
ciri lafaz, kosa kata atau tatabahasa. Ragam bahasa ini terdapat di dalam daerah
geografi atau daerah sosial yang tertentu. Dialek merupakan khazanah bahasa yang
terdapat di Malaysia (Collins, 1996). Kealpaan terhadapnya akan menyebabkan
kepupusan seperti yang dialami oleh bahasa-bahasa dalam rumpun Austorasiatik di
Malaysia (Fazal Mohamed Mohamed Sultan, 2000).

1.2

LATAR BELAKANG NEGERI KEDAH DAN DIALEK


KEDAH
Ramai sejarawan yang menganggap Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di

Tanah Melayu. Pendapat ini diasaskan kepada penemuan arkeologi yang terdapat di
kawasan-kawasan terbabit di Kedah yang membuktikan adanya penempatanpenempatan secara teratur semenjak kurun ke-4 lagi. Bahan bercucuk tanam
merupakan antara alat-alat yang membuktikan bahawa mereka hidup dengan
menjalankan kerja-kerja bertani. Negeri yang berkeluasan

9,426 km2

mempunyai

12 buah daerah 133 mukim. Berikut merupakan peta kawasan dan daerah yang
terdapat di Negeri Kedah.

Rajah 1: Peta kawasan dan daerah Negeri Kedah (Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah,2015).

Di Semenanjung Malaysia kaya dengan dialek Melayu dan salah satunya ialah
dialek Kedah. Yang dikatakan dialek Kedah itu ialah 5ahasa Melayu yang
mempunyai ciri-ciri tersendiri yang dituturkan dari Perlis sampai ke Perak Utara
(Asmah Haji Omar, 2008). Bahasa Melayu Kedah adalah salah satu dialek yang
digunakan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan
Perlis dalam pertuturan. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan
Thailand iaitu Satun. Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan 5ahasa Melayu
Kedah dengan pengaruh 5ahasa Thailand. Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya
dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur 5ahasa ibunda dan selebihnya
digunakan sebagai 5ahasa kedua).
Selain negeri-negeri tersebut, dialek ini turut dituturkan di selatan Myanmar
dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa
Melayu Kedah ini sebagai loghat utara. Manakala masyarakat Malaysia dan Kedah
masing-masing merujuk Bahasa Melayu Kedah sebagai dialek Utara dan dialek
Kedah. Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa

subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Jitra, Baling atau
Kedah Hulu, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain-lain.
Namun begitu, tugasan ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan ciri-ciri
linguistik antara dialek Kedah, khususnya subdialek Jitra dengan Bahasa Melayu
standard. Subdialek ini akan memperlihatkan beberapa ciri linguistik seperti aspek
fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan kosa kata yang berbeza dengan
Bahasa Melayu standard.

2.0

PERBEZAAN SUBDIALEK JITRA DENGAN BAHASA MELAYU


STANDARD DARI SEGI LINGUISTIK
2.1

ASPEK FONOLOGI
Bidang fonetik dan fonologi adalah bidang yang menyentuh kajian mengenai

bunyi yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Abdullah Hassan (1980:40),
mendefinisikan fonetik sebagai pengkajian terhadap unsur-unsur bahasa dan bentuk
bunyi manakala fonologi pula mengkaji bunyi dalam sesuatu bahasa. Menurut beliau
lagi, terdapat tiga pendekatan yang digunakan untuk membuat deskripsi dan definisi
bunyi bahasa iaitu melalui sebutan (artikulasi), pendengaran (auditori) dan sifat bunyi
(akustik). Selain itu, Adrian Akmajian merujuk fonologi sebagai subbidang linguistik
yang mengkaji struktur dan permulaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia
menerusi bukunya Pengantar Bahasa dan Komunikasi (1995:103). Fonologi
merupakan cabang linguistik yang mengkaji sistem bunyi serta serta susun atur bunyi
dalam membentuk suku kata dan kata (Asmah Hj Omar, 1995:3). Tuntasnya, fonologi
boleh dikatakan sebagai satu aspek terpenting bahasa dalam mengkaji bunyi bahasa
sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bunyi bahasa tersebut.
Jadual 1 di bawah akan menunjukkan perbezaan transkripsi dialek Jitra dengan
Bahasa Melayu standard dalam proses penengahan vokal.

BAHASA

TRANSKRIPSI BAHASA

TRANSKRIPSI SUBDIALEK

MELAYU

MELAYU STANDARD

JITRA

STANDARD

kita

[ ki.t ]

[ ki.ta ]

saya

[ sa.y ]

[ sa.ya ]

sama

[ sa.m ]

[ sa.ma ]

ada

[ a.d ]

[ a.da ]

apa

[ a.p ]

[ a.pa ]
Jadual 1

Berdasarkan Jadual 1, jelas menunjukan bahawa terdapat perbezaan


transkripsi antara subdialek Jitra dengan Bahasa Melayu standard. Bagi subdialek
Jitra, vokal rendah /a/ yang terdapat di akhir kata tidak berubah menjadi vokal
tengah // seperti yang berlaku dalam Bahasa Melayu standard. Oleh yang demikian,
dapat disimpulkan bahawa subdialek Jitra tidak mengalami proses penengahan vokal.

Jadual 2 yang berikut pula menunjukkan perbezaan aspek fonologi atau bunyi
dalam subdialek Jitra dengan Bahasa Melayu standard bagi perkataan atau kata yang
berakhir dengan konsonan sisian /l/. Perkataan-perkataan Bahasa Melayu standard
yang berakhir dengan konsonan /l/ akan bertukar menjadi vokal tinggi /i/ dalam
subdialek Jitra. Misalnya seperti Jadual 2 di bawah.

BAHASA

TRANSKRIPSI BAHASA

TRANSKRIPSI SUBDIALEK

MELAYU

MELAYU STANDARD

JITRA

mahal

[ ma.hal ]

[ ma.hai ]

pasal

[ pa.sal ]

[ pa.sai ]

botol

[ bo.tol ]

[ bo.toi ]

STANDARD

Jadual 2

Jadual 3 di bawah akan menunjukkan perbezaan transkripsi dialek Jitra dengan


Bahasa Melayu standard sama ada mengalami proses perendahan vokal ataupun tidak.

BAHASA

TRANSKRIPSI BAHASA

TRANSKRIPSI SUBDIALEK

MELAYU

MELAYU STANDARD

JITRA

kucing

[ ku.ce ]

[ ku.ci ]

anjing

[ an.je ]

[ an.ji ]

STANDARD

Jadual 3

Seperti dinyatakan dalam Jadual 3, Bahasa Melayu standard mengalami proses


perendahan vokal iaitu daripada vokal tinggi /i/ menjadi vokal rendah /e/ pada suku
kata terakhir tertutup. Bagi subdialek Jitra pula, tidak berlaku perendahan vokal tinggi
/i/, malahan vokal tinggi tersebut dikekalkan bunyi nya.
Jadual 4 berikut pula menunjukkan perbezaan aspek fonologi atau bunyi
dalam subdialek Jitra dengan Bahasa Melayu standard bagi perkataan atau kata yang
berakhir dengan konsonan /r/.

BAHASA

TRANSKRIPSI BAHASA

TRANSKRIPSI SUBDIALEK

MELAYU

MELAYU STANDARD

JITRA

besar

[ b.sa ]

[ b.sa ]

tawar

[ ta.wa ]

[ ta.wa ]

tukar

[ tu.ka ]

[ tu.ka ]

bakar

[ ba.ka ]

[ ba.ka ]

STANDARD

Jadual 4

Berdasarkan Jadual 4 di atas, perkataan yang terdapat konsonan /r/ di akhir


kata akan mengalami proses pengguguran konsonan /r/ tersebut dalam struktur

permukaan Bahasa Melayu standard. Berlainan dengan subdialek Jitra, perkataan


yang berakhir dengan konsonan /r/ akan mengalami proses pemfaringgalan. Bunyi
faringgal merupakan salah satu daripada bunyi yang dihasilkan dengan cara
penyengauan. Proses pemfaringgalan ini berlaku apabila konsonan /r/ di akhir kata
berubah menjadi konsonan faringgal //.

Jadual 5 di bawah pula akan menjelaskan mengenai perubahan kata dalam


Bahasa Melayu yang berakhir dengan urutan /as/, /us/ dan /ir/ dalam subdialek Jitra
dengan Bahasa Melayu Standard.

BAHASA

TRANSKRIPSI BAHASA

TRANSKRIPSI SUBDIALEK

MELAYU

MELAYU STANDARD

JITRA

lekas

[ l.kas ]

[ l.kaih ]

bagus

[ ba.gos ]

[ ba.goih ]

pasir

[ pa.se ]

[ pa.sia ]

STANDARD

Jadual 5

Berdasarkan Jadual 5, perkataan yang diakhiri dengan /as/, /us/ dan /ir/ dalam
dialek Kedah akan mengalami proses pendiftongan. Proses penyisipan vokal tinggi /i/
berlaku di antara urutan /as/ selepas konsonan frikatif /s/ berubah menjadi frikatif /h/
seperti yang terdapat pada perkataan /lekas/, /bebas/ dan /kapas/. Perkataan-perkataan
tersebut masing-masing akan menjadi [l.kaih], [be.baih] dan [ka.paih]. Proses
penyisipan vokal tinggi /i/ turut berlaku bagi urutan /us/ selepas konsonan frikatif /s/
berubah menjadi frikatif /h/. Sebelum itu, vokal tinggi /u/ mengalami perendahan
vokal kepada vokal /o/ dengan syarat vokal tinggi itu berada pada suku kata tertutup

di akhir kata seperti dalam perkataan /bagus/, /tikus/ dan /mampus/ yang masingmasingnya menjadi [ba.goih], [ti.koih] dan [mam.poih]. Seterusnya, berlaku proses
penyisipan vokal /a/ di antara urutan /ir/ selepas konsonan /r/ menjadi
faringgal // ,misalnya bagi perkataan /pasir/ yang menjadi [pa.sia] dalam
transkripsinya.
Bagi Bahasa Melayu standard pula, perkataan yang diakhiri dengan /as/ tidak
mengalami sebarang proses atau perubahan. Bagi perkataan yang diakhiri oleh /us/
pula mengalami proses perendahan vokal di mana vokal tinggi /u/ berubah menjadi
vokal rendah /o/ dengan syarat vokal tinggi itu berada pada suku kata tertutup di akhir
kata seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5. Seterusnya, perkataan yang diakhiri
dengan /ir/ pula akan mengalami proses pengguguran konsonan /r/ dan vokal tinggi /i/
mengalami proses perendahan vokal menjadi vokal /e/ dengan syarat vokal tinggi itu
berada pada suku kata tertutup di akhir kata seperti dalam perkataan /pasir/ yang
menjadi [pa.se] sebagai representasinya.

KESIMPULAN
Dari berbagai pengertian diatas, secara jelas
menunjukkan perbedaan antara geografi dialek dan
dialek geografi. Geografi dialek merupakan suatu
bidang kajian dalam dialektologi yang mempelajari
hubungan antar ragam bahasa, dan merupakan suatu
bidang ilmu yang mewadahi penelitian ragam-ragam
bahasa, dengan menggunakan dialektometri sebagai
ukuran secara statistik untuk mengetahui seberapa jauh
perbedaan dan persamaan yang terdapat di tempattempat penelitian bahasa atau dialek berlangsung

dengan membandingkan sejumlah bahan yang


terkumpul dari tempat yang diteliti, yang kemudian
disimpulkan bahasa tersebut hanya berupa ragam dari
satu bahasa atau sudah berupa dua bahasa yang
berbeda disertai dengan salah satu metode penelitian,
pertama: metode pupuan sinurat; dan kedua, dengan
metode pupuan lapangan. Sedangkan Dialek geografi
merupakan cabang dari dialek, yakni bahasa yang
variasi penggunaannya dibedakan oleh wilayah
pemakaian.

Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa terdapat


ramai sarjana-sarjana dalam bidang bahasa yang telah
menerokai bidang dialektologi iaitu kajian-kajian yang
dibuat untuk mengkaji dialek samada pengkaji luar
mahupun pengkaji tempatan. Ini merupakan suatu
perkembangan positif yang mana pengkajian seperti ini
secara tidak langsung akan menonjolkan dan
mengetengahkan keistimewaan satu-satu dialek agar ia
boleh diperkasakan dan diperluaskan lagi
penggunaannya khususnya dialek Terengganu agar
banyak lagi kosa kata atau leksikon dialek ini serta
dapat dimartabatkan sebagai daftar kata dalam bahasa
Malaysia Standard.

You might also like