Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Salam, mengikut tajuk yang mamak haji tulis di atas memang keliru, mamak haji tak dapat perkataan

yang sesuai untuk makna , specialty food business dalam bahasa Melayu. Seperti mamak haji
katakan bidang masakan ini amat luas se hinggakan kita boleh terokai makanan untuk angkasawan
tapi bukan nasi kandar lah, mungkin masakan berbentuk pil yang secocok dengan keadaan keperluan
mereka. Dunia masakan begitu luas. Sekiranya perniagaan warung atau kedai makan tak menjadi,
kita pilih pulak bidang yang sama masakan tapi kita ubah jadi pengeluar makanan yang tersedia
masak siap untuk dijual. Pasaran kini amat luas untuk masakan halal yang disejuk beku atau dalam
tin atau pembungkusan yang unik. Banyak resepi yang mamak haji berikan kepada pembaca blog ini
memang kearah produk makanan siap seperti contohnya, anda boleh membotolkan sos cili yang
paling enak, mayonise, worchester sauce, barbeque sauce, serbuk kari, serbuk beriani, serbuk garam
masala, serbuk kurmak, perencah tomyam enak, pes halia bawang putih dan banyak lagi mamak haji
sendiri pun sudah lupa. Mamak Haji semalam menerima sepucuk e-mail yang sangat baik. Beliau
adalah seorang pegawai anggota keselamatan yang ingin hijrah dari makan gaji kepada perniagaan.
Jiwanya, jiwa berniaga. Kalau jiwa dah jadi berniaga ini , anda makan gaji lah beribu-ribu sebulan tapi
di sudut hati tetap akan cenderong kepada perniagaan. Kalau kita ada anak yang cenderung kepada
perniagaan, biar kita beri dorongan kepadanya. Janganlah seperti penjajah Inggeris buatkan orang
Melayu galakan makan gaji dengan kerajaan tetapi menggalakan orang Cina pendatang untuk
berniaga. Dalam pada masa yang sama wujudkan ketuanan Melayu. Sebenarnya ketuanan Melayu
yang sebenar adalah orang Melayu jadi Boss bukan dari segi politik saja tetapi paling penting adalah
menjadi boss ekonomi negara. Cuba fikirkan di negara mana ekonomi negara terletak pada kaum
minoriti?. Tidak ada maknanya jadi boss tapi duit tak ada.Bila orang Melayu pegang ekonomi sudah
tentu kuasa politik akan mengikut kuasa ekonomi. Tidak ada dalam sejarah politik, kuasa ekonomi
akan mengikut kuasa politik. Polisi setiap kerajaan amalkan demokrasi lebih condong kepada kuasa
kapatalis. British sebenarnya telah menipu orang Melayu dan berikan kuasa sebenar kepentingan
kaum minoriti. Orang Melayu masih dibuai mimpi ketuanan Melayu dengan poket kosong. British
menjajah Tanah Melayu bukan dengan bala tentera tetapi dengan motifkan perniagaan yang digelar,
Syarikat Hindia Timur. Ada juga profesor sejarah kata Tanah melayu tak pernah ditawan. Memang tak
tawan tetapi yang ditawan adalah ekonomi. Orang luar yang melabur berjuta atau berbillion ringgit
bukan saja nak untung dari pelaburan mereka tetapi mereka perlukan jaminan dan sokongan kuasa
politik dalaman dan dari negara asal mereka untuk kepentingan pelaburan mereka. Sekiranya terjadi
perkara buruk dalam negara yang mereka labur, apa akan terjadi pada nilai pelaburan mereka?. Maka
pelabur-pelabur ini sentiasa mengawal politik dalam negara yang mereka melabur untuk kepentingan
mereka. Siapa kisah dengan rakyat?. Itu semua persepsi yang dicanang melalui propaganda kerajaan.
Apa yang ahli politik pentingkan cuma keselamatan pelaburan mereka terjamin. Maka untuk
kepentingan ini pelabur-pelabur ini biasanya membeli pemimpin-pemimpin politik dengan nama
saham untuk ahli politik tempatan. Inilah mamak haji katakan ekonomi selalunya mengawal politik.
Sebenarnaya sukar nak merampas kembali ekonomi dari tangan orang lain ini pulangkan kepada
orang Melayu. Selama 56 tahun UMNO mencuba melalui segala cara politik, adakah mereka berjaya?.
Orang Melayu boleh berjaya sekiranya keluar dari kepompong reotorik kuasa politik parti-parti politik
dan berdiri di atas keyakinan diri. Ramai daripada kita terlalu bergantung kepada kerajaan yang
berkuasa membuatkan kita hilang keyakinan jati diri sendiri. Ada yang terlalu taksub pada parti-parti
politik, percayalah sekiranya parti politik ini, satu hari akan istiharkan solat cuma 4 kali sehari dan
ada yang akan yakin dengan kata-kata mereka. Sebenarnya kerajaan tidak galakan orang Melayu ada
keyakinan diri, kalau nak bentuk keyakinan diri mereka takut rakyat tidak peduli siapa yang
memerintah tetapi yang memerintah perlulah ada sikap, Dari rakyat kepada rakyat. Tolonglah jangan
tanam benih ketakutan di pemikiran Melayu dengan cerita-cerita karut seperti cerita hantu. Tugas
media yang sepatutnya membina minda rakyat telah terpesung kepada propaganda untuk pemerintah.
Orang melayu dah sampai ketahap, bila mana ingin buka perniagaan baru, solan pertama mereka
akan tanya ialah, Kerajaan ada sediakan bantuan kah?, Seperti mamak haji selalu perkatakan,
tolong itu ada dua jenis. Satu tolong orang betul-betul dengan ikhlas, satu lagi tolong diri sendiri.

Kerajaan tolong itu anda katogarikan dalam bahagian mana?. Tolong undi kami, kami akan tolong
kamu. Inilah, ada parti politik berjanji sebelum menang pilihanraya bermacam-macam, harga minyak
boleh diturunkanlah, air percuma, mak jan boleh dapat elaun khas dan macam -macam lagi janji, ini
tolong apa benda namanya?. Bukan kah mereka ini ingin tolong diri mereka untuk menang dalam
pilihanraya?. Maaf, mamak haji dah bawa anda pusing lagi padang kota naik beca.
Disebabkan celoteh mamak haji ini dah berlebihan mamak haji jadikan tajuk ini dua siri. Harap
pembaca jangan bosan. Mamak haji suka kepada perencah yang terbaik bila masak kuah kari macam
itu juga posting mamak haji. Rempah kena adunkan supaya pembaca betul-betul faham apa yang
berlaku disekeliling mereka. Kita sebagai peniaga perlu sensitif kepada apa yang sedang atau akan
berlaku disekitar kita terutamanya untuk membentuk strategi pemasaran yang tepat dan betul. Ada
seorang pembaca blog mengirim e-mail. Soalan beliau begini:
Saya berminat masak begitu juga seluruh keluarga, timbul idea ingin komersialkan beriani
sejuk beku. Masukkan cuma dau minit boleh dapatkan beriani seperti masakan asli.
Di Negara ini sejuk bekuan ini jarang di jumpai seperti di luar negara.
Mohon pandangan dan nasihat mamak haji di mana boleh mendapatkan kursus tentang
proses makanan sejuk beku ini.
Mohon nasihat cara mulakan perniagaan ini.
PRO DAN KONTRA MEMBUKA PERNIAGAAN MEMPROSES MAKANAN.
Perniagaan memproses makanan boleh memberi pemulangan yang amat menguntungkan dan sangat
memberi kepuasan untuk peniaga kecil. Jangan lupa perniagaan ini juga bakal memberi cabaran yang
anda tidak dapat bayangkan dan sentiasa mempunyai risiko seperti cabaran dalam pemasaran, kualiti
dan akta bersangkutan dengan keselamatan makanan yang ketat perlu dihadapi. Risiko ini bukanlah
sesuatu perkara yang sukar di atasi sekiranya kita punyai cara untuk menghindarkannya. Senarai
yang mamak haji sediakan ini salah satu cara pengurusan yang akan mengurangkan risk / risiko
perniagaan ini. Ini terpulang kepada kebijaksanaan dan keberanian untuk anda menghadapi.
KEBAIKAN PERNIAGAAN INI:
Anda akan menjdi, BOSS. Tak pelu lagi jadi kuli bawah orang lain.
Anda dapat mengaturkan masa depan anda sendiri tanpa 3 B (Bodek, Bangsat, Baruah).
Masa itu emas bagi anda. Masa tidak terbuang tapi digunakan untuk memajukan diri dan
perniagaan anda. Tiada siapa yang boleh aturkan masa anda seperti punch card dan lain-lain. Anda
adalah master bagi masa. Lebih masa anda kerja lebihlah pendapatan.
Anda melakukan apa yang anda selama inginkan selama ini yang terbuku dalam hati anda.
Keyakinan diri anda akan meningkat.
Keuntungan atau kebaikan yang diperolehi adalah milik anda sendiri, tiada orang akan
merampas dari anda.
Kebebasan berfikir dan laksanakan pendapat dan kejayaan yang menunggu adalah milik anda.
Tiada siapa yang merampas kebebasan anda.
Sekiranya produk anda meletup di pasaran anda adalah Raja bagi produk anda, bayangkan
kejayaannya.
KEBURUKAN:
Setiap kebaikan pasti ada risiko yang digelar keburukan. Ia adalah lumrah alam seperti siang diganti
malam. Maka kita nak cahaya di malam hari, dan manusia berjaya cipta lampu. Maka perniagaan juga
begitu. Setiap keburukan sekiranya kita tahu dan di ambil kira , boleh lah mengurangkan keburukan
ini.
Risiko kegagalan.
Masa akan menjadi musuh kita, perlu berkerja tak kira waktu. Tidak ada waktu kerja pejabat
8.00 pagi balik pukul 5:00 petang.Selepas itu bersama keluarga.
Cengkaman kewangan dan akan dirasai. Anda akan mungkin kekeringan wang untuk operasi
sekiranya tidak ada kawalan kewangan yang cekap.
Mungkin konflik keluarga dari segi kewangan akan timbul. Masa untuk keluarga akan
berkurangan menyebabkan kekeciwaan ahli keluarga yang tidak memahami tentang perniagaan
membawa masalah peribadi.
Cara hidup akan berubah pada diri anda mungkin ia merenggangkan hubungan sosial anda.

Emotional Burnt out atau tekanan perasaan akan menimpa anda.


Igauan kemungkinan produk anda tidak diterima di pasaran sentiasa gusarkan anda.
Dengan sebab-sebab di atas, anda perlu mengambil keputusan untuk mengurangkan risiko
kegagalan dan maksimumkan peluang kejayaan perniagaan anda dengan cara berikut:
Usahakan Rancangan Perniagaan (business plan) yang baik.
Sentiasa meniliti Rancangan Perniagaan dan ubah-suai untuk keadaan se masa dan situasi
mengikut perniagaan anda, bersesuain kecapaian dan matlamat kejayaan perniagaan.
Mempertingkatkan Rancangan dan Strategi Pemasaran yang baik.
Belajar dan ikut akta-akta penguatkuasaan pemakanan dengan belajar garis panduan dan
sentiasa amalkan.
Buat analisa kewangan dan sentiasa mengubah-suai mengikut perniagaan.
Anda perlu tahu mana satu kehidupan perniagaan dan mana satu kehidupan berkeluarga.
Jangan adunkan kedua ini. buat garisan pemisah antara dua perkara ini.

KOMPONEN YANG PERLU ADA DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN:


Penerangan am tentang rancangan perniagaan atau dipanggil executive Summary
Biasanya ia dimuatkan dalam satu muka depan dalam rancangan perniagaan.
2.
Penerangan tentang Perniagaan Anda a. Termasuk produk yang AKAN dihasilkan atau
perkhidmatan yang ditawarkan. b. Bentuk perniagaan seperti enterprise atau Sendirian Berhad atau
berbentuk koperasi.
3.
Objektif dan Matlamat Perniagaan. contohnya seperti bagaimana anda akan mencapai
objektif anda dan jangka masa (tarikh) matlamat anda itu jadi kenyataan.
4.
Keterangan projek bagaimana anda rancang operasi perniagaan untuk membantu capai
matlamat asal.
5.
Penilaian pasaran bagaimana anda aturkan rancangan pemasaran bagi produk yang anda
hasilkan.
6.
Kajian tentang trend didalam industri ini seperti terangkan persaingan yang akan dihadapi,
pelangan yang disasarkan dan terangkan bagaimana produk anda akan sampai kepada pelangan
baru.
7.
Pengurusan dan pekerja Melakarkan carta organisasi dan terangkan dengan jelas tugastugas dan juga latar belakang secara ringkas satff yang utama.
8.
Penyata Kewangan Termasuk Penyata Pendapatan dan balance sheet. Baget tahunan mula
operasi dan bajet untuk 2 tahun akan datang.
9.
Punca Kewangan untuk projek anda punca kewangan termasuk ekuiti anda dalam syarikat
dan jika anda punyai bantuan kewangan dari punca lain. Terangkan bantuan kredit yang dijamin.
10.
Sekiranya syarikat ini dikongsi senaraikan nama pengongksi, alamat, dan no.telipon.
LANGKAH-LANGKAH MEMULAKAN PERNIAGAAN PRODUK MAKANAN SIAP:
1. Anda perlu ada produk yang anda ingin meniagakan secara komersial. Ia dalah contoh asal atau di
gelar proto type. Anda perlu sediakan masakan proto-type sehingga betul-betul sempurna. Panggil
saudara mara, sahabat-tolan, jiran tetangga untuk rasa masakan proto-type yang anda akan buat apa
saja, seperti sejuk beku, tinkan atau jual begitu saja dalam bungkusan. Pada masa buat kenduri ini
(ini bukan tolong orang, ini tolong diri sendiri)..hehehe, ini anda perlu edarkan borang kaji selidik
seperti rasa, texture dan penonjolan masakan. Ini kena buat dengan borang kerana orang kita jarang
buat komen depan tukang masak dan juga benda free memang sedap.
2. Selepas itu anda pastikan bagaimana anda ingin simpan sebelum dijual?. Adakah anda ingin simpan
dalam peti sejuk beku, atau di rak, atau ingin tinkan. Bagaimana dengan tempat simpanan itu?.
3. Pastikan pada permulaan jumlah produk yang anda ingin hasilkan untuk komersial. Biasanya untuk
makanan cecair seperi cili sos 50 100 liter memadai, bagi produk pepajal 10 kg 25 kg adalah
terbaik.
4. Sebelum anda terjun ke gelanggang pastikan contoh resepi anda dikemukakan kepada bahagian
penguatkuasa makanan untuk diuji untuk mendapatkan kelulusan mengikut akta pemakanan 1983
dan peraturan makanan 1985 dengan pihak berkuasa yang bertanggung-jawab adalah terbaik. Kita
tak mahu ada syarikat yang punyai produk sama yang berkelulusan PHD (Perasaan Hasad Dengki)
akan membuat lapuran bila didapati produk anda laku dan produk mereka lingkup dalam pasaran.
1.

Orang Melayu tentang adu mengadu ini memang no.1. Tak boleh lihat saudara seagama dia berjaya.
Maka eloklah persiapkan diri sebelum terjun ke gelanggang.
5. Mungkin resepi anda perlu ubah mengikut kepiawaian pihak berkuasa, selepas resepi akhir
mendapat kelulusan, kaji kembali harga bahan-bahan masakan mengikut resepi yang telah diluluskan.
Buat kaji selidik kepuasaan pelangan sebelum mula di komersialkan.
Mamak haji dah penat, terpaksa sambung esok tentang cara cipta label, pemasaran dan pengeluaran .
Kalau baca banyak sangat pun boring dan cepat lupa. Biar kita perlahankan sedikit. Harap tunggu
bahagian 3 dan akhir.

1.

2.

3.
4.

5.

1.

2.

3.

LABEL UNTUK PRODUK ANDA:


Label produk anda akan bermula dengan jenama. Tentukan jenama yang sesuai untuk
produk anda. Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan untuk jenanamakan produk anda.
Jenama produk anda tidak mestinya yang menerangkan produk yang bakal dikeluarkan tetapi perlu
menunjukkan kriteria syarikat anda. Kemungkinan anda boleh keluarkan produk yang lain disamping
dengan produk yang ada. Maka jangan terlalu tergantung kepada sebuah jenama untuk semua produk
yang bakal anda ingin keluarkan. Jenama produk perlu punyai emosi. Jenama anda mungkin ganjil
dan kontraversi tetapi nama itu mungkin akan terlekat di hati dan mulut bakal pelangan anda. Ini
digelar, branding. Lagi pun jenama produk anda bukan untuk anda tetapi untuk pelangan dan bakal
pelangan. Pemilihan jenama untuk produk bukan untuk peribadi anda tetapi nama yang dipilih ialah
strategi pemasaran. Jadi pilih lah nama yang terbaik untuk produk anda dan jadikan jenama / Brand
anda.
Sebelum produk anda dikeluarkan anda perlu tahu peraturan-peraturan undang-undang
pemakanan negara. Ia amat penting walau pun segelintir dari kita tak endahkan perkara ini. Agensiagensi kerajaan seperti FAMA menyediakan bantuan untuk analisa mikrob, biologi dan nilai
pemakanan bagi tujuan menyediakan label untuk produk anda. Cuba dapatkan penjelasan
dari Pegawai FAMA di bahagian Pemasaran Produk Proses. Adalah diberitakan juga al-kisah
panglima-panglima FAMA ini akan membantu anda untuk menyediakan rancangan untuk menyertai
pameran, karnival, ekspo dan memberi liputan publisiti untuk produk anda. Sejauh mana FAMA ini
berkesan Allahwuallam. Tak cuba belum tahu bukan?. Cuba dapatkan informasi dengan menghadiri
sendiri ke pejabat FAMA negeri. Kalau tak dapat bantuan yang anda harapkan jangan lemah
semangat. Kalau orang biasa macam kita yang tak ada kabel minta pertolongan dari agensi kerajaan
memang lagu itu. Kena sabar dan bersemangat waja. Kalau tak dapat juga lawat Makmal-makmal
persendirian untuk dapatkan penerangan tentang perkara ini.
Pilih saiz dan bentuk label yang mudah untuk pembungkusan.
Sekiranya skala kecil pengeluaran produk anda, lebih baik buat label ini menggunakan
komputer anda. Ia jimatkan kos dan juga boleh anda kaji selidik jenama adakah ia boleh tembusi
pasaran atau sebaliknya. Dengan kos murah anda tidak ada masalah untuk tukarkan label produk
anda mengikut analisa anda.
Anda juga boleh gunakan bar kod dalam label anda sekiranya anda ingin bekalkan kepada
pasaraya-pasaraya. Mereka mungkin letakan bar kod sebagai syarat untuk menerima produk anda.
Cuba kaji selidik kos untuk mencetak bar kod dalam label anda. Buat keputusan bijak mengenai
kewangan dalam label produk anda
KEPUTUSAN MENGENAI PEMASARAN:
Tulis sebuah rancangan pemasaran yang baik. Di dalam rancangan pemasaran itu anda perlu
memuatkan kajian mengenai harga , atau rancangan pemasaran pesaing dalam kategori sama dan
apakah langkah-langkah untuk mengatasi pesaing anda.
Buat keputusan, Apakah cara yang terbaik untuk mengedar produk anda seperti, secara runcit
di pasar malam, pasar tani dan menghantar kepada kedai-kedai runcit atau jualan terus rumah ke
rumah atau pun melalui pemasaran internet. Mamak haji sarankan agar anda lakukan cara moderate
ia bukan saja senang untuk dijual bahkan anda boleh belajar reaksi pelangan dan maklum balas
pelangan secara terus. Car ini lebih baik dari terjun terus untuk pengeluaran besar-besaran dan hanya
tumpu kepada wakil-wakil yang anda lantik. Produk kita, kita yang kena pedulikan.
Tentukan harga jualan produk anda melalui kajian ke atas harga pesaing yang ditawarkan
untuk produk yang sama.

4.

Berusaha untuk mencipta satu sistem pengedaran produk anda yang betul dan baik. Anda
boleh memilih menjual sendiri,melantik ajen pengedar atau pun pemborong.

You might also like