Professional Documents
Culture Documents
NursyazanaBinteAbdulAziz PPII PDF
NursyazanaBinteAbdulAziz PPII PDF
Skrip
Diajukan Kepada Al-Zuhri
Al-Zuhri, Singapura
UIKA, Bogor, Indonesia
Disusun oleh :
Nursyazana Abd Aziz
S8811019F
Di Bawah Bimbingan:
Dr. E. Bahruddin
Di dalam permasalahan aqidah, beliau akan menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai landasan
sumber hukumnya dan menggunakan dalil-dalil dari keduanya sebagai hujjah dalam pembahasan jika
dia menghadapi penentangnya ( terutama ahli kalam). Allah telah memerintah umatnya untuk
mengikuti perintahnya melalui Al-Quran dan Al-Hadits. Beliau akan menggunakan dalil Sunnah
jikalau tidak menemukan dalil dikehendaki didalam Al-Quran. Selain daripada itu, beliau juga
mengistinbatkan hukum melalui ijma' jikalau tidak menemui hukum syariah didalam kedua dalil-dalil
utama Islam iaitu Al-Quran dan Al-Hadits. Sama halnya juga dengan Mu'az binJabal ketika ditanya
oleh nabi: "Dengan apa kamu memutuskan sesuatu?", kemudian jawabnya: "Saya memutuskan sesuatu
dengan Kitab Allah. Jika tidak didapati di dalamnya maka dengan sunnah rasulullah, dan jika tidak
didapatkan lagi maka saya berijtihad dengan akal.(H.R ) Hukum yang terakhir digunakan olehnya
ialah hukum qiyas atau ijtihad, apabila dalam ijma' tidak juga ditemukan hukumnya. Akan tetapi Imam
Syafi'i menolak dasar istihsan dan istislah sebagai salah satu cara menetapkan hukum Islam.
(Agus sanrosad, 2011)
Selain dari itu, beliau juga telah menjadi guru kepada anak muridnya yang juga termashyur seperti
Imam Bukhari, Muslim, AbuDaud, Nasai, Tirmidzi,Ibnu Majah, Imam Asy-Syafii dan sebagainya.
Guru-guru yang telah mendidik cukup hebat seperti "Ismail bin Ja'far, Abbad bin Abbad Al- Ataky,
Umari bin Abdillah bin Khalid, Imam Hasyim bin Basyir bin Abi Hazim Al-Wasithi, Husyaim bin
Basyir bin Qasim bin Dinar As-Sulami" dan sebagainya. (Wahyuningrum, 2010) Beliau antara ulama
yang paling beruntung kerana boleh mempelajari ilmu fikih dari tiga mazhab yang termasyhur seperti
Abu Hanifah (Imam Hanafi), ImamSyafi'i dan Imam Maliki. Bahkan beliau mengambil kesempatan
untuk melakukan penyemakan dari mazhab - mazhab sebelumnya dan mengembangkan gaya qiraat
(tidak suka dengan qiraat yang terlalu berlebihan memanjang). Selain menguasai Tafsir Al-Quran,
beliau pun ahli dalam ilmu Al - Nasikh wal Mansukh. Terdapat pelbagai buku karayaan Imam Ahmad
bin Hanbal telah ditinggalkan olehnya seperti Kitab Al Musnad Al Kabir, Kitab at - Tafsir, Kitab an Nasikh wa al Mansukh, Kitab at Tarikh, Kitab Hadist Syubah dan sebagainya.
Jiwa
Menurut Al Kindi, jiwa adalah sesuatu yang tidak tersusun, sempurna dan penting. Hubungan roh
dengan Tuhan boleh diibaratkan sama seperti isi dengan kuku. Selain itu jiwa bersifat spiritual, Ilahiah,
terpisah dan berbeda dari tubuh. Roh terpisah dari badan dan mempunyai wujud sendiri. Maka jika
jasad ingin membuat sesuatu perbuatan buruk, jiwa akan melarang dan menahan nafs yang buruk.
(Setiawan, 2012)
Kenabian
Nabi mempunyai derajat pengetahuan yang tertinggi dalam kalangan manusia. Oleh kerana itu, hanya
nabi sahaja yang memahami ilmu alam ghaib dan ketuhanan melalui wahyu. Bahkan manusia biasa
tidak akan boleh memahami lebih mendalam mengenai alam ghaib selain nabi. Ilmu pengetahuan
manusia mempunyai batas kerana pemahamannya mengenai ilmu agak cetek dan belum ada keyakinan
yang teguh terhadap wahyu Tuhan. Hanya nabi sahaja yang berkeyakinan tinggi terhadap wahyuNya
kerana kepercayaan dan mempunyai keimanan yang teguh. Oleh sebab itu, nabi mempunyai kedudukan
tinggi disisiNya kerana kepercayaan tinggi terhadapaNya dan wahyuNya. (Setiawan, 2012)
Jiwa
Jiwa merupakan sesuatu sumber rahsia bagi menyimpan perasaan dan fikiran seseorang. Menurut Ibn
Sina jiwa terbahagi kepada tiga iaitu:
(akal kesepuluh).
Menurut penjelasan Ibn Sina, akal aktif adalah menejelaskan sifat seseorang bergantung pada jiwa
mana dari ketika jiwa itu yang berpengaruh pada dirinya. Jika jiwa binatang dan tumbuhtumbuhan yang berkuasa pada dirinya, dia disifatkan berkelalukan binatang, Atau ia adalah sebaliknya,
jiwa sifat dominan akan memberi kesan kepada sifat peribadinya itu. Maka sifatnya itu bakal
mempengaruhi perbuatan amalan baik atau buruknya. Ia juga akan menentukan jikalau dia akan masuk
ker syurga atau neraka diatas sifat yang akan mempengaruhi amalannya kelak. (Taufik, 2012)
Kenabian
Menurut Ibn Sina, manusia tidak boleh hidup tanpa teman demi memenuhi keperluan kehidupan seharian dan berbeza dari haiwan(manusia mempunyai akal dan binatang tidak berakal). Bahkan setiap individu memainkan berlainan peranan dalam masyarakat, tiada individu yang memainkan peranan yang
sama. Oleh kerana itu, ibn Sina menegaskan bahawa keharusan adanya seorang nabi dalam sesebuah
ummah dalam hal keutamaan dan keunggulan pada segenap wujud (yang berdiri sendiri atau tidak
berdiri sendiri). Seorang nabi mempunyai intelektual-spiritual yang kualitas tinggi akan tetapi sifat-sifat
ini tidak mungkin terselah dalam keperibadian manusia biasa.
Pentingnya gejala kenabian dan wahyu ilahi merupakan sesuatu yang oleh Ibnu Sina telah diusahakan
untuk dibangun dalam empat tingkatan : intelektual, imajinatif, keajaiban, dan sosio politis. Totalitas keempat tingkatan ini memberi kita petunjuk yang jelas tentang motivasi, watak dan arah pemikiran
keagamaan. Akal manusia terdiri empat macam iaitu akal materil(al hads: intuisi bentuk akal tertinggi
dan didapati hanya pada nabi), akal intelektual, akal aktuil, dan akal mustafad. Dari keempat akal tersebut tingkatan akal yang terendah adalah akal materiil. (Taufik, 2012)
Wahyu
Wahyu yang dimaksudkan secara teknikal ialah untuk mendorong manusia untuk beramal dan
berakhlak. Nabi memainkan peranan penting dalam memupuk prinsip-prinsip dan nilai moral yang
diteterakan didalam Al-Quran sebagai sebagai hamba yang taat dan soleh serta pemimpin yang
tercontoh. (Taufik, 2012)
Aliran
Ajaran-ajaran Mutazilah
Mutazilah menggunakan aliran teologi berlandasan pemahaman dan pergerakan mereka seperti
mengadopsi faham qodariyah iaitu kefahaman yang mengingkari taqdir Allah; dan menjadikan akal
sebagai satu-satunya sumber dan metodologi pemikirannya. Menurut buku al-mausuah al-muyassarah
filadynwalmadzhib walahzb al-mushirah mutazilah mempunyai dua buah pemikiran yang
menyimpang (mubtadi),iaitu pertama, pemikiran bahwa manusia punya kekuasaan mutlak dalam
memilih apayang mereka kerjakan dan mereka sendirilah yang menciptakan pekerjaan tersebut.
Keduan, pemikiran bahwa pelaku dosa besar bukanlah orang mumin tetapi bukan pula orang kafir,
melainkan orang fasik yang berkedudukan diantara dua kedudukan mumin dan kafir (manzilatun
bainalmanzilataini). (Purwanto, 2012)
Tokoh-tokoh Mu'tazilah
Menurut tokoh Mutazilah bahawasanya manusia yang menciptakan perbuatannya. Kefahaman
Mutazilah yang memberikan kebebasan dan berkuasanya manusia dipengaruhi oleh tokonya iaitu
Wasil bin Atha. Menurutnya, Allah s.w.t adalah Adil dan tidak boleh menyifatkanNya sebagai keji
dan berlaku zalim terhadap hambaNya. Bahkan manusia dibalas ganjaran dan dihukum yang setimpal
mengikut amalan mereka dan semuanya berlaku keatas kehendak manusia sendiri.
Al-Qadh Abd Al-Jabbar juga mempunyai pendapat yang sama. Ia dimana Menurutnya, perbuatan
manusia adalah atas kehendak masing-masing dan bukan perbuatanNya. Oleh kerana itu jika seseorang
itu murtad atau sebaliknya, ia berdasarkan pilihan sendiri. Maka Allah telah mengutuskan para rasul
dan nabi sebagai pembimbing supaya manusia boleh membuat pilihan yang bijak iaitu mengikut
perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Bagaimanapun mazhab Mutazilah tetap mengakui keesaanNya sebagai Pencipta alam. Akan tetapi
manusia yang lebih berhak untuk bertanggungjawab keatas perbuatan baik mahupun buruknya.
Seperti Allah s.w.t berfirman, Yang membuat segala sesuatu yang dia ciptakan sebaik-baiknya".
(QS.As-Sajdah: 7). Maknya ayatnya ialah: kesemua pebuatan Allah adalah baik dan manusia yang
bertanggungjawab keatas perbuatannya sendiri.
Ajaran-Ajaran Asy'ariyah
Pengasasnya iaitu Abu al Hasan al Asy`ary. Beliau telah mempraktikan teologi mutazilah selama 40
tahun. Akan tetapi setelah mendalami ilmu Al-Quran dan hadits, beliau mendapat hidayah daripadaNya dan keluar dari mazhab Mutazilah kerana keraguan terhadpa ajarannya. Asyariyah dinisbatkan
kepada pemahaman Abu Hasan Al-Asyari. Nama asli beliau adalah `Ali bin Isma`il binAbi Bisyr
Ishaq bin Salim bin Isma`il bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Burdah bin Musa Al Asy`ary, lebih
dikenal dengan Abu Al Hasan AlAsy`ary. Dilahirkan pada tahun 260 Hijriyah atau 875 Masehi. (Rofa
Yulia Azhar, 2010) Beliau mengikut ajaran mutazilah sejak kecil. Bahkan beliau mendalami ilmu AlQuran dan Hadits. Pemikirannya berubah apabila dia menemui salaf bernama al Barbahari. kembali ke
Metod pemikirannya dikenali sebagai Salafu Ahli As Sunnah wa Al Jama`ah dan merumuskannya
dalam tiga kaidah seperti berikut:
a) Memberikan kebebasan mutlak kepada akal sama sekali tidak dapatmemberikan pembelaan terhadap agama. Mendudukkan akal seperti inisama saja dengan merubah aqidah. Bagaimana
mungkin aqidahmengenai Allah dapat tegak jika akal bertentangan dengan wahyu.
b) Manusia harus beriman bahwa dalam urusan agama ada hukum yangbersifat taufiqi, artinya
akal harus menerima ketentuan wahyu. Tanpaadanya hukum yang bersifat taufiqi maka tidak
ada nilai keimanan.
c) Jika terjadi pertentangan antara wahyu dan akal maka wahyu wajibdidahulukan dan akal berjalan dibelakang wahyu. Dan sama sekali tidakboleh mensejajarkan akal dengan wahyu apalagi
mendahulukan akal ataswahyu.Adapun manhaj Abul Hasan dalam memahami ayat (tafsir) adalahsebagai berikut:
a. Menafsirkan ayat dengan makna zahir tanpa menta`wilkan kacuali ada dalil.
b. Menjelaskan bahwa Allah menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab,untuk itu dalam memahami Al Quran harus berpegang pada kaidah-kaidah bahasa Arab.
c. Menafsirkan ayat dengan berpedoman kepada asbabun-nuzul dari ayat tersebut
d. Menjelaskan bahwa isi ayat Al Quran ada yang umum dan ada yangkhusus, kedua-duanya
harus ditempatkan pada kedudukannya masing-masing.
Manhaj Al Asy`ary dalam aqidah berlandaskan naqli( Al Qur`an dan Al Hadits Al Mutawatir), dan
aqlil. Akan tetapi dia lebih mendahulukan akal daripada naql. Misalnya dalam menetapkan dua puluh
sifat wajib bagi Allah,diawali dengan menetapkan hanya tiga sifat wajib, kemudian berkembang dalam
menyimpulkan menjadi lima sifat, tujuh sifat, dua belas sifat atau danakhirnya dua puluh sifat atau
yang lebih dikenal dengan Dua puluh SifatAllah (7 sifat hakiki, 13 sifat majazi).(Rofa Yulia Azhar,
2010)
Tokoh-tokoh Asyariyah
Muhammad Ibn al-Thayyib Ibn Muhammad Abu Bakr al-Baqillani
Salah satu murid Al-Asyari iaitu Ibn Mujahid dan Abu Al-Hasan Al- Bahili dan wafat wafat di
Bagdad pada tahun 1013 Masehi. Ajrarannya berlainan dengan gurunya seperti Allah itu bukan
sifat melainkan hal. Selain itu juga,pendiriannya berbeza mengenai perbuatan manusia seperti manusia mempunyai sumbangan yang efektif dalam perwujudan perbuatannya.Yang diwujudkan Tuhan
ialah gerak yang terdapat dalam diri manusia,adapun bentuk atau sifat dari gerak itu dihasilkan oleh
manusia itu sendiri. (Rofa Yulia Azhar, 2010) Pemikirannya terarah kepada extrim dalam pendapat
dan pembelaan seperti menggunakan bukti-bukti dari pelbagai penularan akal dan menghasilkan pelbagai konklusi. Asalkan tidak bercanggah dengan konklusi yang dicapainya dan pemikiran yang
dihasilkannya. . (Rofa Yulia Azhar, 2010)
Maqomat
Pengertian dan kefahamanya Al Mahabbah
Dikenali sebagai cinta dan berasal dari Bahasa Arab , , , bererti mencintai secara
mendalam. Menurut Jamil, Mahabbah (cinta) adalah lawan dari kata al Baghd (benci). Selain itu, ia
juga bererti al Wadud, (penyayang) seperti rasa cinta kepada keluarga dan sebagainya untuk memenuhi
keperluan bersifat material ataupun spiritual. Tingkat mahabah paling tertinggi ialah usaha seseorang
demi mencapai tingkat kerohanian dengan bersungguh cinta kepada Tuhan. Di dalam aliran tasawwuf
sufi, ia lebih dikenali sebagai cinta yang mendalam kepada Tuhan dan tidak mengharapkan apa-apa
balasan.
"Al-Qusyairi menafsirkan mahabah seperti berikut: Al-Mahabbah merupakan hal (keadaan) jiwa yang
mulia yang bentuknya adalah disaksikan nya (kemutlakan) Allah Swt oleh hamba, selanjutnya yang
dicintainya itu juga menyatakan cinta kepada yang dikasiha-Nya.(
Menurut Harun Nasution, pengertian mahabbah adalah patuh kepada Tuhan dan membenci sikap
melawan kepada-Nya, menyerahkan seluruh diri kepada yang dikasihi dan mengosongkan hati dari
segala-galanya kecuali dari yang dikasihi,yaitu Tuhan. Sebagai tanda cinta dan kasih sayang seorang
hamba kepada Allah, dia boleh berzikir dan beribadah mengikut perintahNya. Bahkan dia boleh
menahan nafs kepada duniawi dan mendekatkan diri kepada Allah dengan mengisikan hatinya dengan
penuh rasa kecintaan dan rindu kepadaNya. Bahkan mahabah adalah tingkatan perasaan jiwa yang
tertinggi dimana individu akan merasa perasaan kesenangan seperti rindu, cinta, takut, sedih dan
sebagainya terhadap Tuhan. Kesemua martabat ini boleh diperolehi hanya kerana anugerah dan
mendapat rahmat dari Tuhan.
Al Ma'rifah
Pengertian & kefahamanya
Dari segi bahasa, marifat berasal dari kata , , , bererti pengetahuan atau pengalaman dari
segi rahasia hakikat agama. Marifat adalah pengetahuan yang bersifat batin dan jika ia didasarkan
pada pandangan bahwa akal manusia sanggup mengetahui hakikat ketuhanan dan segala yang maujud
berasal dari yang satu. (Haris, 2012)
Marifat adalah salah satu tingkatan dalam tasawuf yang diertikan sebagai pengetahuan
mengenai Tuhan melalui hati sanubari. Menurut Harun Nasution, marifat menggambarkan hubungan
rapat dalam dalam bentuk pengetahuan, dan hati sanubari sehingga boleh melihat Tuhan. Kaum Sufi
sering berkata
1.
Kalau mata yang terdapat dalam hati sanubari manusia terbuka, maka mata kepalanya akan ter-
3.
Yang dilihat orang arif, baik sewaktu tidur mahupun sewaktu bangun hanya Allah. (Haris, 2012)
4.
Seandainya marifat mengambil bentuk materi, semua orang yang melihat padanya akan mati ka-
rena tak tahan melihat kecantikan serta keindahannya. Dan semua cahaya akan menjadi gelap
disamping cahaya keindahan yang gilang-gemilang (Haris, 2012)
Marifat adalah mengetahui rahasia Tuhan dengan menggunakan hati sanubari dan qalb merupakan alat untuk merasa, juga alat untuk berpikir. Bedanya qalb dengan akal ialah bahwa akal tak bisa
memperoleh pengetahuan yang sebenarnya tentang Tuhan, sedangkan qalb bisa mengetahui hakikat
dari segala yang ada. Jika dilimpahi cahaya Tuhan, qalb bisa mengetahui rahasia-rahasia Tuhan. Qalb yang telah dibersihkan dari segala dosa dan maksiat melalui serangkaian zikir dan wirid
secara teratur akan dapat mengetahui rahasia-rahasia Tuhan karena qalb yang bersangkutan telah disinari cahaya Tuhan. (Haris, 2012)
Proses
cahaya
Tuhan
ini
erat
kaitannya
dengan
kon-
sep takhalli, tahalli, tajalli. Takhalli yaitu mengosongkan diri dari akhlak yang tercela dan perbuatan
maksiat melalui taubat. Hal ini dilanjutkan dengan tahalli yaitu menghiasi diri dengan akhlak yang
mulia dan amal ibadah. Sedangkan tajalli adalah terbukanya hijab sehingga tampak jelas cahaya Tuhan.
Tajalli juga bisa diartikan: Siapa pun yang mendapat tajalli dari Allah, maka dia mampu menangkap
nur Ilahi. Dia lalu meretas jalan menuju marifat dan mampu menyelami dunia batin karena sifat kebaruannya telah fana. Dia pun sampai kepada maqam Haqqul Yaqin. (Haris, 2012)
Kutipan tersebut menunjukkan dengan jelas bahwa tajalli adalah jalan untuk mendapatkan
marifat setelah melampaui proses al-fana, yaitu hilangnya sifat-sifat dan rasa kemanusiaan karena
melebur pada sifat-sifat Tuhan. Alat yang digunakan untuk mencapai tajalli adalah hati, yaitu hati yang
telah mendapatkan cahaya dari Tuhan.
Dengan limpahan cahaya Tuhan itulah manusia dapat mengetahui rahasia-rahasia yang ada pada Tuhan. Dia lalu bisa mengetahui hal-hal yang tidak diketahui oleh manusia biasa. Orang yang sudah
mencapai marifat bisa berhubungan langsung dengan sumbar ilmu yaitu Allah. Dengan hati yang telah
dilimpahi cahaya, seseorang bagaikan memiliki antena parabola yang mendapatkan pengetahuan langsung dari Tuhan. (Haris, 2012)
Marifat yang dicapai seseorang terkadang diberi nama beragam. Al-Syarbasi menyebutkan
ilmu Al Mauhubah (pemberian). Al Syuhrawardi menyebutkan al Isyraqiyah (pancaran), dan Ibn Sina
menyebutkan al Faid (limpahan). Uraian di atas telah menginformasikan bahwa marifat adalah pengetahuan tentang rahasia-rahasia dari Tuhan yang diberikan kepada hamba-Nya melalui pancaran cahaya-Nya yang dimasukkan Tuhan ke dalam hati seorang sufi. Dengan demikian, marifat
berhubungan dengan Nur (Cahaya Tuhan). (Haris, 2012)
Menurut Al-Ghazali, orang yang mempunyai marifat tentang Tuhan (arif),tidak akan memanggil Tuhan dengan panggilan seperti Ya Allah. Ia kerana diibaratkan memanggilNya dibelakang
tabir. Selain itu, marifat ada terlebih dahulu daripada mahabbah karena mahabbah muncul dari
marifat.(Harris, 2012) Mahabah yang disebutkan oleh Al-Ghazali berbeza dengan pemahaman Rabiah
al Adawiyah(cinta seorang kepada yang berbuat baik kepadanya, cinta yang timbul dari kasih dan rahmat Tuhan kepada manusia yang memberi manusia hidup, rizki, kesenangan, dan lain-lain). (Harris,
2012) Seorang sufi telah mencapai tingkatan yang tinggi apabila telah memperolehi marifat dan mahabbah.. Dan, pengetahuan yang diperoleh dari marifat lebih tinggi mutunya daripada pengetahuan
yang diperoleh dengan akal. (Haris, 2012)
Mengapakah Islam dianggap sebagai agama yang benar dan sesuai bagi fitrah manusia? Hal ini
sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW., yang berbunyi: Tidaklah anak yang dilahirkan itu kecuali
telah membawa fitrah (kecenderungan untuk percaya kepada Allah), maka kedua orang tuanyalah yang
menjadikan anak tersebut beragama Yahudi, Nasrani, Majusi ( HR. Muslim) Agama seseorang
individu akan tercorak apabila anak itu dipengaruhi oleh keadaan sekelilingnya seperti keluarga, kawan
dan sebagainya. Dari kecil lagi, anak itu kecenderung untuk percayakan kepada Allah.
Selain daripada itu, bukti keistimewaan Islam daripada agama-agama yang lain ialah mengenai Rukun
Islam dan Rukun Iman seperti berikut:
1. Mengucap dua kalimah syahadah (termasuk kepercayaan kepada Allah dan RasulNya)
Kepercayaan kepada Allah dan Rasul sebagai utusanNya. Hal ini berkaitan dengan aqidah dan bersifat
ghaib. Maka seseorang individu itu harus menyerahkan dan menyembah kepadaNya. Jadi, iman kepada
yang ghaib merupakan salah satu sifat terpenting bagi orang-orang mukmin yang dipuji oleh Allah
Taala. Sebagaimana Firman-Nya, Alif laam miin. Kitab ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk
bagi mereka yang bertaqwa. Yaitu, mereka yang beriman kepada yang ghaib,yang mendirikan shalat,
danmenafkahkan sebagian rizki yang Kami anugerahkan kepada mereka. (QS. Al Baqarah: 1-3).
Sedangkan aqidah-aqidah lainnya tidak berserah diri kepada Allah dan Rasul-Nya kecuali berlandaskan
akal fikiran rasional dan hawa nafsu. Jika dilihat dari segi sejarah, sumber kemunashan sesebuah umat
dan agama adalah mendahulukan akal dan nafsu daripada sumber wahyu.
2. Melalukan Ibadah (Mendirikan solat ,menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan
menunaikan haji dan sebagainya)
Seorang muslim digalakkan melakukan ibadah seperti solat, puasa dan puasa untuk mendekatkan
diri kepada Allah s.w.t. Ibadah seperti ini tidak memerlukan penyembahan berhala seperti agamaagama yang lain. Selain daripada beribadah kepada Allah s.w.t untuk mendekatkan diri kepadaNya,
Allah juga menganjurkan umatNya untuk mengeratkan silaturrahim. Seperti firman Allah s.w.t
Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya,
serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa
memerhati (mengawas) kamu (Surah an-Nisaa, ayat 1) Islam adalah agama memelihara
hubungan antara manusia dengan Pencipta dan sesama manusia.
Selain itu, di dalam Al-Quran juga menerangkan mengenai beriman dengan hari Qiamat dan Qada' dan
Qadar. Setiap manusia yang hidup akan mati kerana Allah adalah Yang Pertama (Al-Awal) dan Yang
Terakhir(Al-Akhir). Sebagai Pencipta, Dia berhak untuk menghidupkan atau mematikan sesiapa yang
dikehendaki olehNya. Bahkan sebelum manusia dilahirkan di dunia, Allah telah menetapkan empat
perkara baginya iaitu: umur, rezeki, jodoh dan amal. Diriwayatkan dari Abdullah bin Masud ra.
Katanya: Telah menceriterakan kepada kami Rasulullah saw ( orang yang selalu benar dan dibenar
kan) :Sesungguhnya salah seorang dari kamu sekalian dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya
selama empat pulah hari berupa air mani. Kemudian menjadi segumpal darah dalam waktu empat
puluh hari. Kemudian menjadi segumpal daging dalam waktu empat puluh hari. Lalu diutus seorang
malaikat kepada janin tersebut dan ditiupkan ruh kepadanya dan malaikat tersebut diperintahkan untuk
menuliskan empat perkara, yaitu: menulis rizkinya, batas umur-nya, pekerjaannya dan kecelakaan atau
kebahagiaan hidupnya. Jika dia adalah seorang beriman, dia akan percaya pada Qada dan Qadr
kerana Dia yang Maha Kuasa. Akan tetapi ia tidak bermakna bahawasanya Allah menyekat perbuatan
seseorang manusia untuk berbuat baik ataupun jahat. Kesemua perbuatan manusia dilalukan
berlandaskan logik dan jika dia beriman dan berilmu, dia akan melaksanakan perkara baik dan
menjauhi laranganNya. Ia supaya dengan keikhlasan dalam mengejarkan perintahNya, dia berharap
dikasi peluang untuk masuk ke syurga dan bukan sebaliknya.
Works Cited
(n.d.). Retrieved from http://syadz07.blogspot.sg/2012/08/aliran-mahabbah-dan-marifah-tokohdan.html
AGUS SANROSAD, A. F. (2011). Scribd. Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/133065316/Makalah-Imam-Syafi-i-Dan-Cara-PengambilanHukumnya-Catatan-Mahasiswa-Syari-Ah
Barsihannor. (2010). Retrieved from Al Fikr: http://www.uin-alauddin.ac.id/download11.Barsihannur.pdf
Haris, A. (2012, August 15). blogspot. Retrieved April 04, 2015, from
http://syadz07.blogspot.sg/2012/08/aliran-mahabbah-dan-marifah-tokoh-dan.html
Hilmi Faizah, W. H. (2011). scribd. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/96770642/Untitled
Nazar, A. (2014). Scribd. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/258981972/Mu-TazilahJabariyah-Qadariyah
Purwanto, A. N. (2012). scribd. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/177117011/MakalahAliran-Mu-Tazilah
Rofa Yulia Azhar, M. R. (2010, March 28). Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/220667408/Aliran-Asy-Ariyah-Dan-Maturidiyah
Setiawan, A. (2012). blogspot. Retrieved march 29, 2015, from
http://makalah88.blogspot.sg/2012/01/al-kindi.html
Syarifudin. (2009). scribd. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/151221548/Asy-Ariyah
Taufik. (2012, December 1). blogspot. Retrieved April 5, 2015, from http://taufikirfan007.blogspot.sg/
Wahyuningrum, R. K. (2010). Scribd. Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/114708602/MAZHAB-HAMBALI