Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

6.2.

1 Procedur Mahkamah (Kes Rogol)

Semasa menerima laporan kes rogol , pihak peguam bagi mangsa diwakili oleh
timbalan pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara. Pertama sekali,mangsa akan
dinasihatikan untuk tidak membersihkan diri bagi mengelakkan bahan bukti tercemar.
Kemudian, mangsa dikehendaki membuat laporan polis dengan segera dan menerima
pemeriksaan bagi mengumpulkan bahan bukti seperti spesimen perogol dalam alat kemaluan
mangsa, jika ada di hospital. Mangsa seharusnya cuba mengingati sebanyak mungkin akan
butir-butir suspek bagi memudahkan proses pengecaman suspek dilakukan. Kemudian, polis
akan datang ke tempat kejadian untuk mengambil atau merakam bahan bukti menggunakan
kamera bagi dijadikan bahan bukti melawan terduduh atau orang kena tuduh (OKT).
Manakala, peguam bagi tertuduh yang dikatakan merogol perlu memberitahu tertuduh
tentang prosedur mahkamah dan kesan yang akan diterimanya jika tertuduh mengaku
bersalah atau tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atasnya. Jika tertuduh
mengaku bersalah , kesannya mengikut Seksyen 173 (j)(i) Kanun Tatacara Jenayah , tertuduh
boleh dikenakan hukuman mengikut kesalahannya, iaitu ROGOL. Menurut Seksyen 376
Kanun Keseksaan , tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada 5 tahun
dan tidak melebihi 20 tahun , dan juga sebatan. Jika tertuduh mengaku tidak bersalah ,
mengikut Seksyen 173 (j)(ii) Kanun Tatacara Jenayah , maka tertuduh akan dipanggil untuk
mengemukakan pembelaan terhadap dirinya.

Pertuduhan
dibacakan kepada
tertuduh
Mengaku Tidak
Bersalah

Perbicaraan akan
diteruskan

Kes Pihak Pendakwaan:Saksi


dipanggil dan disoal oleh pihak
pendakwaan dan disoal balas pula oleh
pihak pembelaan, bukti akan dibawa
masuk ke mahkamah

Hakim meneliti kes dan melihat jika


pihak pendakwaan berjaya membuktikan
kes prima fasi ( terbukti dengan jelas
bahawa tertuduh adalah orang yang benar
untuk dituduh melakukan jenayah)

Prima Fasi bagi kes rogol 1) Menepati semua kriteria jenayah rogol
seperti mana Seksyen 375 Kanun
Keseksaan : a) Umur b) Tanpa kerelaan
mangsa c)terdapat sexual intercourse .
2)Terdapat kaitan antara tertuduh dengan
jenayahnya (rogol)

Contoh Kes: Pendakwa Raya vs Hanif Basree


Abd Rahman (2003)
Kes pembunuhan Noritta Samsuddin.Dalam kes ini,
pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima
fasi kerana tidak ada kaitan antara tertuduh (Hanif)
dengan jenayahnya rogol dan bunuh. Ini kerana,
dijumpai terdapat banyak air mani dari banyak
lelaki dalam tubuh mangsa . Mungkin bukan
tertuduh yang melakuannya .
Keputusan mahkamah : Melepaskan Hanif dan
diisytiharkan tidak bersalah

Mengaku Bersalah

Dikenakan hukuman tanpa


diberi hak perbicaraan

Pihak Pendakwaan berjaya


membuktikan kes prima fasi

Pihak Pendakwaan gagal membuktikan


kes prima fasi

Kes Pembelaan:Memanggil semua


saksi untuk disoal dan disoal balas oleh
pihak pendakaan,dan semua bukti
dihadapkan ke mahkamah

Tertuduh dilepaskan

Hakim meneliti kes tanpa sebarang


keraguan munasabah (Beyong
reasonable doubt)

Jika tidak terdapat sebarang keraguan


yang munasabah , tertuduh akan
dijatuhkan hukuman.

Jika terdapat keraguan yang


munasabah , tertuduh akan dilepaskan.

6.2.2 Ikat Jamin tertuduh Kes Rogol

Ikat Jamin bermaksud bayaran yang diberi bagi melepaskan seorang yang ditahan
atau dipenjara untuk menjamin kehadirannya di mahkamah pada tarikh yang ditetapkan atau
akujanji yang diberikan oleh penjamin-penjaminnya, Terdapat dua jenis ikat jamin, iaitu ikat
jamin polis dan ikat jamin mahkamah. Ikat jamin polis biasanya diberikan apabila
penyiasatan tidak dapat diteruskan. Orang yang ditahan boleh dikenakan ikat jamin oleh
penjamin tanpa jaminan. Ini untuk memastikan kehadirannya ke pondok polis pada masa
yang ditetapkan. Manakala ikat jamin mahkamah diberikan oleh mahkamah sendiri. Bagi kes
rogol, ikat jamin adalah atas budi bicara mahkamah. Antara faktor yang diambil kira oleh
mahkamah ketika memberikan ikat jamin adalah seperti: Jenis kesalahan , Keberangkalian
disabitkan kesalahan, Hukuman yang mungkin dikenakan, Pertalian saudara atau
perhubungan dengan masyarakat, Reputasi atau taraf kerja ataupun wang, Rekod jenayah
lampau. Selalunya , mahkamah yang memberikan ikat jamin akan mengenakan syarat
tertentu kepada tertuduh agar memastikan tertuduh tidak melarikan diri seperti penahanan
pasport tertuduh. Melalui faktor-faktor di atas dan contoh kes Anwar Ibrahim yang baru-baru
ini,iaitu kes liwat . Liwat adalah kes yang serius dan ikat jamin adalah atas budi bicara
mahkamah. Namun,mahkamah memberikan ikat jamin kepada Anwar Ibrahim kerana status
dan reputasinya sebagai orang politik dan dikenali oleh orang ramai.

You might also like