Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KAJIAN ORIENTALIS DAN ISLAM

(IDE 4112)
TAJUK TUGASAN :
BERNARD LEWIS
Disediakan untuk :
Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki
Disediakan oleh :
MOHAMAD SOLEHULHAFIZ BIN MOHAMAD SUHAIMI
NOMBOR MATRIK :
034623

Kursus :
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (DAKWAH) B DENGAN
KEPUJIAN
SEMESTER 4/2014

TOKOH ORIENTALIS : BERNARD LEWIS


LATAR BELAKANG
Bernard Lewis dilahirkan pada 31 Mei 1916 di London pada 31 Mei 1916. Bernard
Lewis dilahirkan dalam golongan kelas pertengahan masyarakat Yahudi di Stoke
Newington, London. Lewis telah menjadi warganegara kerakyatan Amerika Syarikat
sejak tahun 1982. Pada 1936, Lewis telah menamatkan pengajiannya di Sekolah
Pengajian Oriental ( sekarang School of

Oriental and African Studies ) dengan

gelaran BA dalam bidang pengajian sejarah ( NEAR ). Setelah itu, beliau melanjut
pengajian peringkat sarjana di Universiti Paris dan telah menuntut ilmu dengan
tokoh orientalis terkemuka iaitu Louis Massignon dan memperolehi gelaran
Diplome des Etudes Smitiques pada tahun 1937.
Setahun kemudian, Lewis kembali ke SOAS sebagai tenaga pengajar di
institute tersebut dalam bidang sejarah Islam serta menyambung pendidikan Ph.D
ketika berusia 33 tahun di tempat yang sama dalam pengkhususan Sejarah Islam.
Beliau berkahwin telah berkahwin Ruth Hlne Oppenhejm pada tahun 1947 dan
hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan dan
seorang anak lelaki. Namun demikian, perkahwinan mereka telah menemui jalan
buntu serta pasangan ini telah membuat keputusan untuk berpisah pada tahun
1974.

KERJAYA
Beliau adalah seorang ahli sejarah British-Amerika yang pakar dalam kajian oriental.
Beliau juga dikenali sebagai penganalisis politik dan intelektual awam. Lewis
merupakan Profesor Emeritus di Pusat Kajian Timur, Universiti Princeton. Kepakaran
Lewis adalah di dalam bidang sejarah Islam dan interaksi antara Islam dan Barat.
Beliau juga banyak menghasilkan karya akademik mengenai sejarah Empayar
Uthmaniyyah. Selain itu, Bernard Lewis juga pernah berkhidmat dengan angkatan
tentera darat British di Royal Armour Corp and Intelligence Corp semasa Perang
Dunia Kedua sebelum dipinjamkan ke Pejabat Kajian Luar yang terletak di benua

Afrika. Selepas perang tamat, beliau kembali ke Pusat Pengajian Timur dan Afrika di
Universiti London dan telah dilantik untuk mempengerusikan sebuah akademi yang
menjalankan penyelidikan sejarah di kawasan Timur Tengah.
Lewis dikenali mula di kenali masyarakat Islam setelah mengeluarkan buku
dan karyanya tentang sejarah Kekhalifahan Usmaniyah dan debat intelektualnya
dengan Profesor Edward Said tentang konflik Israel-Palestin pada tahun 1978.
Professor Said dan juga Noam Chomsky mengkritik Lewis dan melabelkannya
sebagai Orientalis yang bersifat negatif dan agen imperialisme Barat terhadap
dunia Islam. Pandangan kontroversial Bernard Lewis pada tahun 1993 tentang
kejahatan genosida di Armenia juga semakin membuat namanya dibicarakan ahli
akademik.
Bernard Lewis telah menghasilkan lebih dari tiga puluh buku mengenai Sejarah
Timur Tengah dan telah menulis ratusan artikel jurnal ilmiah tentang Timur Dekat
(near) dan Timur Tengah. Namanya begitu autoritatif dalam wacana Sejarah Islam di
Timur Tengah, sehingga siapa yang mempunyai keinginan untuk membuat
penyelidikan dan mengkaji sejarah Timur Tengah secara mendalam dan serius,
nescaya akan menggunakan dan merujuk kepada karya-karya yang dihasilkan oleh
Lewis.
Untuk

memudahkan

Barat

dalam

membuat

percaturan

politik,

Lewis

membahagikan kaum Muslim kepada tiga kelompok :


1) Muslim yang melihat Barat sebagai musuh Islam yang abadi, dan satu-satunya
cara mengahadapinya ialah dengan peperangan.
2) kelompok Muslim yang tetap berpegang pada kepercayaan dan budayanya,
tetapi mahu bergabung dengan Barat untuk menciptakan dunia yang lebih bebas
dan lebih baik.
3) masyarakat Islam yang melihat Barat sebagai musuh utama, namun kerana
melihat kekuatan Barat dari aspek ekonomi, sosial dan politik, mereka melakukan
akomodasi buat sementara waktu bagi memperkukuhkan diri sebelum bermulanya
perjuangan akhir.

KARYA
Bernard Lewis telah menceburi bidang ini selama lebih daripada 60 tahun,
sepanjang tempoh tersebut, di dalam kariernya sendiri beliau telah banyak
menghasilkan buku-buku dan artikel jurnal ilmiah, yang sebagian besarnya
mengkaji tentang sejarah Timur Tengah dan Islam. Beberapa karya Bernard Lewis
yang penting, diantaranya :
1. The Crisis of Islam: Holy War and Unholy Terror, buku ini diterbitkan di New
York pertama kalinya pada tahun 2003 oleh penerbit Oxford University Press.
Buku ini mengulas tentang terorisme, Islam, dan Perang Suci sebagai bentuk
reaksi terhadap peristiwa 9/11. Menurut Lewis, buku ini menceritakan tentang
dunia Islam yang sedang terkunci dalam sebuah perjuangan internal untuk
menemukan cara terbaik dalam mengatasi dan memecahkan masalah yang
melarat dalam kalangan masyarakatnya, iaitu :
a) kemiskinan
b) kegawatan ekonomi yang melampau
c) sistem kepimpinan yang zalim
d) ketidakmampuan untuk mengimbangi dan bersaing dengan negara-negara
berkembang.
Sedangkan menurut kebanyakan tokoh Islam, buku ini sebenarnya memperlihatkan
suatu bentuk pembelaan terhadap Barat dalam menerapkan politik luar negerinya
terhadap dunia.

2. Islam and The West, Buku ini diterbitkan pada tahun 1993, dan mengandungi
kajian-kajian yang berkaitan dengan hubungan antara Islam dan peradaban
Barat. Dalam hal ini, isi atau bab yang terdapat dakam buku ini di cerakinkan
kepada tiga bahagian . Bagian pertama, membincangkan sejarah interaksi
antara Eropah dan dunia Islam. Bagian kedua, berkaitan dengan persepsi
yang timbul dari interaksi antara masyarakat di Barat dengan masyarakat di

dunia Islam. Bagian ketiga dan terakhir, berkaitan dengan respon dan reaksi
pada jaman dulu dan jaman Islam sekarang.
3. What Went Wrong? Western Impact and Middle Eastern Response, yang
diterbitkan pertama pada tahun 2002, namun proses penulisannya telah
dilakukan sebelum peristiwa 9/11. Buku ini adalah dokumentasi Bernard
Lewis tentang masa kejayaan, kemunduran, dan kejatuhan Islam. Lewis
menulis bahawa, tentera yang berada di bawah panji Islam di masa puncak
kejayaannya menyerang Eropah, Afrika, India, dan Cina secara bersamaan.
Semua kemunduran ini menimbulkan reaksi, usaha pembaikan dari para
pemimpin

Muslim.

Usaha-usaha

mereka

untuk

memperbaiki

kekuatan

mereka, dapat dikatakan berakhir dengan mengecewakan. Lebih parah lagi,


kini mereka bukan sahaja ketinggalan dengan Barat, tapi juga dari Jepun,
Korea, Taiwan, dan negara-negara lain. Buku ini penting kerana buku telah
memberikan gambaran yang lebih menyeluruh terhadap kejayaan dan
kemunduran kebudayaan Islam.
4. The Emergence of Modern Turkey, buku ini diterbitkan pada tahun 1961 dan
membicarakan mengenai sejarah Turki bermula pengakhiran kekuasaan
khalifah Turki Uthmaniah hinggalah keadaan negara Turki pada masa
sekarang. Buku ini menjelaskan secara naratif mengenai sejarah Turki melalui
cara membahagikan dua bab yang masing-masing mengandungi beberapa
sub-topik. Kedua-dua bab itu ialah :
a) Stage of Emerge, yang mempunyai

sub-bab

mengenai

sebab-sebab

kemunduran Khalifah Turki Uthmaniah dan proses kemundurannya yang di


ceritakan secara berperingkat.
b) Aspect of Change, yang mempunyai pecahan topik yang menganalisis
perubahan-perubahan dalam berbagai bidang di negara Turki pada masa kini.
5. The Arabs in History, adalah buku yang diterbitkan pada tahun 1950, buku itu
diterima dengan baik oleh masyarakat umum kerana sebahagian besar
daripada buku ini mengandungi huraian yang tidak terlalu rumit untu bacaan
pembaca yang tidak terdiri daripada kalangan ahli sejarah. Lewis mengambil
sudut pandang komprehensif dengan melihat sejarah bangsa Arab dari
zaman pra-Islam sampai zaman moden. Buku ini telah dicetak semula
beberapa kali dan yang terbaru ialah cetakan yang terbit pada tahun 2002.

PANDANGAN MENGENAI ISLAM


Profesor Bernard Lewis juga di anggap tokoh pertama yang melahirkan istilah
fundamentalisme Islam di Amerika dan mendorong seorang lagi sarjana Amerika,
Samuel Huntington menulis mengenai pertembungan antara pelbagai agama,
termasuk antara Islam dan Kristian. Lewis berhujah bahawa Asia Barat kini keciciran
dan ia berlaku akibat budaya dan agama yang dianuti. Dalam bukunya Muslim
Discovery of Europe beliau menyatakan pendapat bahawa masyarakat Islam tidak
boleh bersaing dengan dunia Barat dan kejayaan Perang Sabil dahulu adalah
kerana kelemahan pihak Islam.
Tetapi, dalam kritikan tersebut, berlaku perkara pelik kerana beliau tidak pula
menyatakan mengenai Saladin atau Salehuddin Al-Ayyubi (1137-1193), panglima
tentera Islam akhirnya menawan Baitulmuqaddis setelah menewaskan pihak lawan.
Salehuddin Al-Ayyubi juga telah mengalahkan Perang Sabil kali ketiga yang diketuai
oleh King Richard dari England pada tahun 1190-1192.

KESIMPULAN
Secara jelasnya, proses untuk menjatuhkan agama Islam ini telah bermula saat nabi
Muhammad wujud lagi dan harus diyakini bahawa aktiviti ini tidak akan pernah
berhenti sehingga hari kiamat. Pihak Orientalis sentiasa cuba untuk melenyapkan
ajaran ilahi ini dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan mewujudkan pusat
kajian khas yang hanya bertujuan untuk menyelidik dan mencari kelemahan Islam.
Hasil daripada itu, muncul hero orientalis seperti Bernard Lewis ini bagi meneruskan
proses yang telah lama dijalankan mereka.
Sungguhpun karya dan penulisan oleh Orientalis seperti Lewis tidak kesemuanya
memutar belitkan hal yang sebenar mengenai Islam, namun sudah menjadi
kewajipan bagi kaum Muslim untuk sentiasa berwaspada dengan ancaman yang
diwujudkan mereka dengan cara mendalami dan menguasai ilmu kerana ini adalah
kunci kepada umat Islam untuk melawan segala serangan yang dilontarkan oleh
Orientalis

RUJUKAN
1. Husaini, Adian. 2005. Wajah Peradaban Barat : Dari Hegemoni Kristian ke
Dominasi Sekuler-Liberal. Jakarta: Gema Insani Press.
2. Wahyu Ilman Patria k. 2013. Jurnal Ilmiah Ahli falsafah : Bernard Lewis.
3. Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 2012, Jurnal Ilmiah Sikap Prejudis Cerdik
Pandai Barat Mengenai Islam

You might also like