Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 58 2015

Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan.
Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan
dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat,
sekolah, rumah kediaman, kedai dan bangunan kerajaan.
SK telah mengadakan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan pada
pertengahan Ogos 2015 . Sebelum majlis sambutan ini diadakan, pihak panitia Sivik
dan kewarganegaraan bersama panitia Kajian Tempatan, TMK dan RBT telah
mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang program dan aktiviti yang
akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan. Setelah bermesyuarat, ketua-ketua
panitia telah bersetuju untuk menjalankan beberapa aktiviti sepanjang bulan
kemerdekaan ini. Antara program yang akan dijalankan ialah pemasangan Jalur
Gemilang di setiap kawasan sekolah, kuiz kemerdekaan, sajak kemerdekaan,
pertandingan koir patriotik, pertandingan pakaian patriotik, dan pertandingan kelas
patriotik yang bertemakan kemerdekaan. Dalam mesyuarat tersebut juga, pihak
panitia telah menubuhkan jawatan kuasa pelaksana program tersebut. Semua guru
telah dibahagikan mengikut tugas-tugas yang bersesuaian.
Pada hari Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dijalankan,
majlis

dimulakan

dengan

perasmian

mengibarkan

bendera

Malaysia

yang

dilancarkan oleh ...Kemudian majlis diteruskan lagi dengan kuiz, koir lagu-lagu
patriotik oleh kumpulan koir sekolah. Kumpulan koir sekolah ini telah dilatih oleh
beberapa orang guru muzik dan guru kelas masing-masing. Sebelum pasukan koir
menyanyikan lagu-lagu patriotik, murid-murid telah diedarkan dengan jalur gemilang
untuk dikibarkan sepanjang majlis dijalankan. Antara guru yang melatih pasukan koir
ialah... Selepas nyayian koir, majlis diteruskan lagi dengan ucapan guru besar iaitu.
Dalam ucapan guru besar, beliau meminta semua warga sekolah terutamanya muridmurid menghayati erti kemerdekaan dengan menghargai penat-lelah pejuang
kemerdekaan untuk memerdekakan negara kita.
Selepas itu gimik pelancaran majlis telah diadakan. Gimik ini telah dirancang
oleh jawatan kuasa gimik dibantu oleh beberapa orang guru pelatih dan murid-murid.
Gimik yang dibuat ialah,dimana guru besar telah ditawan oleh beberapa orang pihak

penjajah, kemudian bendera union jack telah dinaikkan. Kemudian berlaku


pertarungan antara pihak penjajah dengan penduduk Malaya bagi membebaskan
tawan serta mengusir pihak penjajah dari Malaya. Kemudian bendera Malaysia
dinaikkan serta laungan kemerdekaan dilaungkan menandakan Malaysia telah
merdeka. Kemudian murid-murid dan warga sekolah lain mengibarkan Jalur
Gemilang

sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti Tanggal 31, Jalur

Gemilang, Wawasan 2020.


Murid-murid gembira dan bangga apabila mendengar lagu berkumandang di
udara. Perasaan kasih dan cintakan negara tertanam dalam jiwa murid-murid. Aktiviti
seperti ini mesti diadakan setiap tahun agar jati diri setiap warga negara Malaysia
sentiasa terukir dalam jiwa masing--masing. Kibaran Jalur Gemilang di segenap
pelosok negari melambangkan semangat cintakan tanahair.
Selepas semua aktiviti dijalankan, pihak panitia Sivik dan Kewarganegaraan
bersama pihak panitia Kajian Tempatan telah mengadakan post mortem tentang
keberkesanan semua aktiviti terhadap murid. Namun tidak semua murid dapat
menterjemahkan erti sambutan hari kemerdekaan, tetapi Alhamdulillah segelinter
murid dapat menghayati erti kemerdekaan walaupun murid tahap 1 yang masih tidak
berapa mengerti sepenuhnya.

Disediakan oleh.
...................................

You might also like