Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

IKATAN DAN SIMPULAN

Seorang pengakap dikehendaki mempelajari dan mengetahui pelbagai jenis-jenis


dan simpulan ikatan. Pengakap hendaklah mengetahui cara melakukan ikatan
dengan betul serta kegunaannya kerana bagi tujuan perkhemahan dan
pengembaraan. Simpulan dan ikatan yang baik dan betul keadaan teguh serta
boleh dibuka dengan mudah jika dibuka. Simpulan yang tidak betul akan mudah
terurai dan tidak teguh.
Bagi melahirkan diri melakukan ikatan atau simpulan, seseorang pengakap mestilah
selalu berlatih melakukannya. Ikatan dan simpulan berguna untuk menyambungkan
tali, mengangkat barang, mengikat bungkusan dan juga semasa menyelamatkan
orang dalam kecemasan atau kemalangan.

Ikatan Buku Sila


Kegunaannya ialah menyambung tali yang sama besar saisnya, mengikat
bungkusan dan mengikat anduh dalam pertolongan cemas.

Simpul Manuk
Kegunaannya ialah mengikat pada batang, tali khemah pada tiang atau pokok kayu
dan tali bagi sampan / bot semasa berlabuh.

Ikatan Bunga Geti


Kegunaannya ialah menyambung dua utas tali yang tidak sama besar saisnya.

Simpul Balak
Kegunaannya ialah mengikat pada balak dan bagi memindahkan dan mengheret
kayu dan batang.

Simpul Angka Lapan


Kegunaannya ialah mematikan hujung tali.

Simpul Pengail
Kegunaannya ialah 2 tali yang licin dan basah serta menyambung 2 tali yang sama
sais seperti tali pancing.

Ikatan Seraya
Kegunaannya ialah mengikat 2 batang kayu yang hendak disilangkan bagi dibuat
bentuk campur (plus) dan untuk kegunaan membuat keseluruhan semasa
berkhemah seperti kerusi, meja, khemah, pintu masuk, dapur, jambatan dan
sebagainya. Ikatannya dimulakan dengan simpul manuk dan dimatikan dengan
simpul manuk juga.

Ikatan Serong
Kegunaannya ialah mengikat 2 batang kayu atau tiang yang berlintang seperti
bentuk X dan untuk kegunaan membuat keseluruhan semasa berkhemah seperti
kerusi, meja, khemah, pintu masuk, dapur, jambatan dan sebagainya. Ikatannya
dimulakan dengan simpul balak dan dimatikan dengan simpul manuk.
Dirujuk dari buku-buku pengakap dan buku ikatan

You might also like