Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) SUNGAI PANCHING UTARA

26250 KUANTAN PAHANG


MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
BIL: 1/2014
TARIKH
TEMPAT
MASA
KEHADIRAN

: 16.1.2014
: Bilik Gerakan
: 1.40 ptg.
:
1. EN NOOR EDY BIN MUHAMMAD
2. EN NOR AZLAN BIN GHAZI
3. PN.JURIZA BINTI

HADIR BERSAMA : EN ROSLAN BIN HJ.MOHD YUNOS (GURU BESAR)


Agenda 1

: Ucapan Pengerusi
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5

Agenda 2

: Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1

Agenda 3

Tidak berkaitan.

: Perkara Berbangkit.
3.1

Agenda 4

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat


hadir pada mesyuarat kali ini.
Majlis membaca surah Al-Fatihah bagi memulakan mesyuarat.
Pengerusi menerangkan tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk
merancang aktiviti bagi tahun 2014.
Perbincangan mengenai hal berkaitan Kemahiran Hidup perlu
dibincangkan di dalam mesyuarat.
Untuk matapelajaran Rekabentuk Dan Teknologi (RBT) KSSR Tahun 4
akan dimasukkan dibawah panitia Kemahiran Hidup.

Tiada perkara berbangkit.

: Ucapan Guru Besar


4.1
4.2
4.3
4.4
4.5

En Arifin b Taib sebagai pihak pentadbir mengharapkan kerjasama


daripada semua ahli panitia bagi meningkatkan prestasi matapelajaran.
Walaupun hanya 3 orang guru yang mengajar Kemahiran Hidup,
diharapkan peranan panitia dapat memberikan input yang baik terhadap
pelajar.
Kerjasama guru dalam memastikan aktiviti panita berjalan lancar
seperti yang dirancang adalah diharapkan.
Bengkel Kemahiran Hidup perlulah berada dalam keadaan selamat,
bersih dan teratur.
Guru Besar menyatakan bahawa keselamatan pelajar adalah penting
dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Guru perlu sentiasa mengawasi
pelajar sewaktu menjalankan aktiviti.

Agenda 5

: Aktiviti Tahun 2014


5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6
5.7

Agenda 6

: Barangan keperluan 2014


6.1
6.2
6.3

Agenda 7

Guru yang inginkan barangan keperluan tambahan selain yang telah


ditempah, boleh memaklumkan segera kepada setiausaha untuk proses
pembelian.
Pastikan murid memanafaatkan segala barang projek yang ditempah
dengan sebaiknya.
Barang keperluan yang baru tiba kelak perlu direkodkan ke dalam stok
panitia dengan segera.

: Hal-hal Lain
7.1
7.2

Agenda 8

Pengerusi mencadangkan program panitia dirancang sebaik mungkin


bagi menjamin prestasi yang cemerlang.
Pelaksanaan aktiviti tahun lalu banyak memberikan impak yang postif
terhadap pelajar.
Diharapkan tahun ini penitia dapat mencapai lebih kecemerlangan
dalam pertandingan yang dijalankan.
Aktiviti yang menarik minat pelajar amat digalakkan bagi meransang
minda kreatif pelajar.
Pelaksanaan penilaian terhadap hasil kerja murid akan diperincikan lagi
agar guru dapat menilai tahap kemahiran murid. Kad penilaian akan
diedarkan pada setiap guru Kemahiran Hidup untuk direkodkan.
Program Kemahiran Hidup diharapkan dapat menjadikan pelajar
bersikap lebih kreatif.
Guru yang menggunakan bengkel perlu merekodkan buku laporan
penggunaan bengkel yang disediakan.

En Kamil meminta agar guru yang menggunakan bengkel supaya


memastikan pelajar membersihkan bengkel sebelum keluar.
Carta organisasi dan jadual penggunaan bengkel perlu dikemaskini
untuk tahun 2014 dan ditampalkan di hadapan bengkel.

: Penutup
8.1
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli panitia
atas kerjasama dalam meningkatkan prestasi murid-murid dalam
mencungkil bakat dan kemahiran pelajar.
8.2
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.20pm dengan bacaan surah AlAsr.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

-----------------------------(En Wan Faizol b Wan Mat)


Setiausaha Panitia Kemahiran Hidup
SK Kampong Perak, 34500 Batu Kurau.

--------------------------(En Arifin B Taib)


Guru Besar,
SK Kampong Perak, 34500 Batu Kurau

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PERAK


34500 BATU KURAU, PERAK
MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
BIL: 2/2014
TARIKH
TEMPAT
MASA
KEHADIRAN

: 15.5.2014
: Bilik Gerakan
: 1.05 petang.
:
1. EN MOHAMMAD KAMIL B MOHAMMAD YUSOP
2. EN NOR DAUMI B ISHAK

HADIR BERSAMA : PN HJH MAZNAH BT AYOB (PK PENTADBIRAN)


Agenda 1

: Ucapan Pengerusi
1.1
1.2
1.3

Agenda 2

: Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1
2.2

Agenda 3

En Daumi mencadangkan agar minit disahkan.


En Kamil menyokong agar minit disahkan.

: Perkara Berbangkit.
3.1
3.2
3.3

Agenda 4

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat


hadir pada mesyuarat kali ini.
Majlis membaca surah Al-Fatihah bagi memulakan mesyuarat.
Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan penilaian
pelajar dalam matapelajaran Kemahiran Hidup dan RBT.

Mengenai Perkara 6.1dan 6.2, barangan keperluan telah tiba dan


telahpun direkodkan di dalam stok oleh setiausaha.
Barangan yang telah digunakan perlu disimpan ditempat yang selamat
dan guru perlu mengingatkan pelajar agar menggunakan barangan
dengan berhati-hati dan cermat.
Barangan berbentuk projek yang ditempah adalah mengikut bilangan
murid setiap tahun. Maka guru diminta merekodkan pengeluaran
barangan projek di dalam buku rekod agar tidak berlaku pembaziran.

: Ucapan PK Pentadbiran
4.1
4.2
4.3
4.4

Pn Maznah meminta agar guru dapat menjalankan penilaian terhadap


pelajar dengan telus dan adil.
Pastikan segala projek yang dinilai memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Pentadbir mengharapkan kerjasama dari semua guru dalam
menjayakan segala perancangan aktiviti panitia walaupun terdapat
pertukaran guru dalam panitia.
Guru Besar mengucapkan selamat datang kepada En Nor Daumi diatas
penyertaan dalam panitia.

Agenda 5

: Penilaian pelajar
5.1
5.2
5.3
5.4

Agenda 6

: Hal-Hal Lain
6.1
6.2
6.3
6.4

Agenda 7

Pengerusi memaklumkan agar proses penilaian dijalankan berdasarkan


projek dan ujian bertulis.
En Nor Daumi memaklumkan bahawa borang penilaian projek akan
diedarkan untuk setiap kelas.
Borang penilaian yang disediakan mempunyai format yang telah
ditetapkan bagi memudahkan guru.
Pengerusi mengharapkan guru dapat memberikan markah yang sesuai
dengan hasil projek pelajar.

Guru diminta merekodkan segala penggunaan bengkel dan alatan di


dalam buku rekod yang disediakan agar tidak belaku sebarang masalah.
Pengerusi meminta guru memastikan pelajar menjalankan tugas
mengikut jadual tugasan bengkel yang disediakan.
Pengerusi meminta guru memanfaatkan barangan yang telah ditempah
sebaiknya untuk mengelakkan pembaziran.
Bengkel Kemahiran Hidup perlu diceriakan lagi dengan hiasan dan
bahan info yang menarik minat murid. Diharapkan guru dapat
bekerjasama untuk menceriakan lagi bengkel.

: Penutup
7.1
7.2

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli panitia.


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.52 petang dengan bacaan surah
Al-Asr.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

-----------------------------(En Nor Daumi b Ishak)


Setiausaha Panitia Kemahiran Hidup
SK Kampong Perak, 34500 Batu Kurau.

--------------------------(Pn Hjh Maznah Bt Ayub)


PK Pentadbiran,
SK Kampong Perak,
34500 Batu Kurau.

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PERAK


34500 BATU KURAU, PERAK
MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
BIL: 3/2014
TARIKH
TEMPAT
MASA
KEHADIRAN

: 7.8.2014
: Bilik Gerakan
: 1.05 petang.
:
1. EN MOHAMMAD KAMIL B MOHAMMAD YUSOP
2. EN NOR DAUMI B ISHAK
3. EN ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL

HADIR BERSAMA : EN ZAMRI B YAKIN (GURU BESAR)


Agenda 1

: Ucapan Pengerusi
1.1
1.2
1.3

Agenda 2

: Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1
2.2

Agenda 3

En Daumi mencadangkan agar minit disahkan.


En Kamil menyokong agar minit disahkan.

: Perkara Berbangkit.
3.1
3.2

Agenda 4

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat


hadir pada mesyuarat kali ini.
Majlis membaca surah Al-Fatihah bagi memulakan mesyuarat.
Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan pelaksanaan
program inovasi rekacipta dan eureka Kemahiran Hidup dan RBT.

Mengenai Perkara 5.1, penilaian murid di dalam penghasilan projek


sepatutnya telahpun diberi penilaian oleh guru matapelajaran masingmasing.
Bagi matapelajaran RBT, penilaian berterusan perlu direkodkan
mengikut band band yang telah ditetapkan.

: Ucapan Guru Besar


4.1
4.2
4.3
4.4

Tn Guru Besar mengucapkan selamat datang kepada En Rohaizad yang


baru sahaja menyertai panitia atas perubahan jadual waktu yang baru.
Setiap guru di dalam panitia diharap dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang aktif dikalangan murid dengan pelbagai inovasi.
Perancangan program inovasi rekacipta yang bakal dijalankan dapat
menghasilkan murid yang bermatlamat dan berwawasan.
Guru Besar mengharapkan setiap apa yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan baik dan berjaya melahirkan murid yang
berinovasi.

Agenda 5

: Program Inovasi dan Rekacipta


5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6

Agenda 6

: Hal-Hal Lain
6.1
6.2

Agenda 7

Pengerusi memaklumkan bahawa perancangan program Inovasi akan


melibatkan murid tahun 4,5,dan 6.
Setiap kelas perlu menghasilkan projek inovasi masing masing
berdasarkan syarat yang ditetapkan.
Murid diberi masa sehingga Oktober untuk menghasilkan inovasi dan
perlu menghantar projek selepas peperiksaan UPSR dan PAT.
Syarat dan peraturan akan dimaklumkan ke setiap kelas.
En Rohaizad memaklumkan bahawa kertas kerja perlu dihantar segera
untuk mendapatkan peruntukan wang bagi melaksanakan program.
En Daumi selaku Setiausaha bersetuku dan akan mengambil tindakan
segera.

Setiausaha diminta mengemaskini stok dan alatan yang baru diterima.


Pengerusi meminta guru memastikan pelajar menjalankan tugas
mengikut jadual tugasan bengkel yang disediakan agar bengkel tidak
bersepah dan kotor.

: Penutup
7.1
7.2

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli panitia.


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang dengan bacaan surah
Al-Asr.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

-----------------------------(En Nor Daumi b Ishak)


Setiausaha Panitia Kemahiran Hidup
SK Kampong Perak, 34500 Batu Kurau.

--------------------------(En Zamri b Yakin)


Guru Besar,
SK Kampong Perak,
34500 Batu Kurau.

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PERAK


34500 BATU KURAU, PERAK
MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
BIL: 4/2014
TARIKH
TEMPAT
MASA
KEHADIRAN

: 10.11.2014
: Bilik Gerakan
: 1.15 petang.
:
1. EN MOHAMMAD KAMIL B MOHAMMAD YUSOP
2. EN NOR DAUMI B ISHAK
3. EN ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL

HADIR BERSAMA : EN ZAMRI B YAKIN (GURU BESAR)


Agenda 1

: Ucapan Pengerusi
1.1
1.2
1.3

Agenda 2

: Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1
2.2

Agenda 3

En Daumi mencadangkan agar minit disahkan.


En Rohaizad menyokong agar minit disahkan.

: Perkara Berbangkit.
3.1
3.2

Agenda 4

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat


hadir pada mesyuarat kali ini.
Majlis membaca surah Al-Fatihah bagi memulakan mesyuarat.
Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan laporan
aktiviti sepanjang tahun 2014 bagi Panitia Kemahiran Hidup dan Reka
Bentuk dan Teknologi.

Mengenai Perkara 5.1, pelaksanaan program Inovasi tidak mendapat


sambutan yang menggalakkan daripada murid. Perancangan yang lebih
baik perlu dikaji selepas ini.
Laporan Aktiviti perlu dihantar beserta gambar dengan kadar segera.

: Ucapan Guru Besar


4.1
4.2
4.3
4.4

Tn Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua ahli panitia yang


berjaya melaksanakan program Inovasi walaupun tidak mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada murid.
Guru perlu mencari kelamahan dan kekuatan dalam program yang
dilaksanakan agar dapat membuat penambahbaikkan di masa hadapan.
Segala laporan aktiviti sepanjang tahun ini perlu dibuat dan dihantar ke
pihak pentadbir untuk direkodkan.
Guru Besar mengharapkan setiap pelaksanaan program tahun ini akan
lebih baik di tahun hadapan.

Agenda 5

: Laporan Aktiviti
5.1
5.2
5.3
5.4

Agenda 6

: Hal-Hal Lain
6.1
6.2

Agenda 7

Pengerusi memaklumkan bahawa setiap guru matapelajaran perlu


menghantar rekod penilaian murid tahun ini untuk disimpan di dalam
fail.
Aktiviti yang telah dijalankan guru perlu direkodkan dan disediakan
laporan.
Setiausaha perlu membuat tindakan segera dengan mengumpul
maklumat dan laporan dari guru matapelajaran. .
En Daumi selaku Setiausaha bersetuku dan akan mengambil tindakan
segera.

Setiausaha diminta megemaskini fail Panitia dan rekod-rekod penilaian.


Pengerusi meminta agar bengkel sentiasa dalam keadaan baik dan
teratur sebelum cuti sekolah akhir tahun.

: Penutup
7.1
7.2

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli panitia.


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.55 petang dengan bacaan surah
Al-Asr.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

-----------------------------(En Nor Daumi b Ishak)


Setiausaha Panitia Kemahiran Hidup
SK Kampong Perak, 34500 Batu Kurau.

--------------------------(En Zamri b Yakin)


Guru Besar,
SK Kampong Perak,
34500 Batu Kurau.

You might also like