Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Analisa SWOT

Analisis ini terdiri daripada empat bahagian iaitu strength-kekuatan,


weakness-kelemahan,
oppurtunities-peluang
dan
threat-ancaman.
Kekuatan dan kelemahan merujuk kepada situasi di persekitaran dalaman
syarikat dan bahagian peluang dan ancaman pula merujuk kepada
keadaan persekitaran luaran syarikat.
Keberkesanan analisis ini dalam membantu proses penggubahan
strategi banyak bergantung kepada kemampuan perancang strategi
menyenaraipendekkan factor-faktor dalaman dan luaran mengikut
kepentingan nya kepada syarikat. Premis A.I Gym Two mempunyai
keluasan gimnasium yang luas yang merangkumi dua blok kedai dan
terletak berhampiran sebuah bank yang juga merupakan tempat tumpuan
orang ramai.Ia terletak di kawasan perumahan dan sasaran pelanggan
bagi gimnasium ini lebih tertumpu kepada penduduk di kawasan
perumahan atau perkampungan di kawasan itu.
Kekuatan

Bayaran masuk.
Ladies Area
Pengalaman Pemilik
Alatan yang canggih dan baru
Lokasi yang strategic
Program fitness

Kelemahan

Peluang

Kesedaran terhadap penjagaan


kesihatan
Peluang untuk berkerjasama
dengan pembekal vitamin
Penyebaran melalui kepuasan
pelanggan
Menaja program yang berunsur
penjagaan kesihatan

Pengurusan kewangan yang


tidak teratur.
Promosi yang kurang
Susunan pejabat tidak teratur
Dekorasi dalaman yang kurang
menarik
Banner yang kurang menarik
Ancaman

Pesaing Terdekat
Ekonomi merosot
Outdoor gym secara
percuma.
Alatan gim yang boleh
digunakan di rumah

1.

Kekuatan
1.1.
Bayaran masuk.
Kebanyakkan gymnasium disekitar Malaysia mengenakan harga
RM15-RM30 bagi sekali masuk ke dalam gim.Tetapi,gymnasium di
Terengganu mengenakan harga standard RM5 sekali
masuk.Namun,A.I Gym mempunyai kelebihan kerana ruangnya
yang lebih luas dan peralatan yang disediakan lebih banyak
berbanding dari gymnasium yang lain..
1.2.
Ladies Area
Hasil daripada penyelidikan kami dari gymnasium lain yang berada
di sekitar Terengganu, kebanyakkan gymnasium tidak menyediakan
ruang khas bagi wanita kerana tidak mempunyai cukup ruang
untuk sediakan ruang khas tersebut. Namun,dengan adanya ruang
khas untuk wanita boleh menarik lebih ramai pengunjung wanita
memandangkan kebanyakkan pengunjung A.I Gym Two lebih ramai
lelaki.
1.3.
Pengalaman Pemilik
Pemilik gymnasium ini iaitu Encik Amir Hakimin merupakan bekas
rakan kongsi A.I Gym selama 2 tahun dan telah berpengalaman
dalam menguruskan gymnasium dan beliau sendiri pernah
menyertai pelbagai pertandingan bina badan dengan membawa
nama A.I Gym.Selain itu,beliau pernah menyertai program
keusahawanan anjuran SME Corporation iaitu program Tube maka
dan hasil daripada program itu,beliau mendapat pengalaman dan
ilmu dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran perniagaan.
1.4.
Alatan yang canggih dan baru
Memandangkan gymnasium ini baru dibuka,maka peralatan di A.I
Gym adalah serba baru dan moden..Peralatan dan mesin bersenam
yang diletakkan di gymnasium ini mempunyai mesin auto dan
semi-auto.
1.5.
Lokasi yang strategic
A.I Gym Two ini terletak di Kampung Bukit Payong dan premis ini
didirikan dengan menyewa 2 lot kedai tingkat 2 berhampiran bank
Ar-Rahnu. Banyak perkampungan dan taman perumahan terletak di
kawasan tersebut dan gymnasium ini menjadi tumpuan penduduk
di perkampungan tersebut.Ia juga menjadi tumpuan pelajar dan
pekerja yang berada di sekitar kawasan tersebut memandangkan
tiada gim lain yang berdekatan terdapat berhapiran A.I Gym
tersebut.

1.6.
Program fitness
Selain menyediakan perkhidmatan peralatan senaman,gim ini juga
ada menyediakan kelas senaman atau program fitness bagi
pelanggan yang memerlukan panduan bagi mendapatkan berat
badan ideal ataupun memerlukan bimbingan dalam menggunakan
peralatan gimnasium.

2.

Kelemahan
2.1.
Pengurusan kewangan yang tidak teratur.
Resit dan laporan kewangan bagi perniagaan gimnasium ini tidak
diasingkan dan disimpan rekodnya secara terperinci.Ia dikepilkan
bersama dalam satu fail yang mana merangkumi resit jualbeli,bil
utiliti dan lain-lain.Pemilik ini juga tidak menyediakan belanjawan
dan kunci kira-kira bagi perniagaannya dan ia munyukarkan bagi
mereka untuk mengetahui kadar untung dan rugi bagi perniagaan
mereka.
2.2.
Promosi yang kurang
Perniagaan ini mendapat sambutan ramai pada permulaan
pembukaan gimnasium ini namun ini makin kurang
memberangsangkan setelah 2 bulan dibuka kerana kurang diberi
pendedahan kepada orang luar dan masyarakat sekitar.Ia hanya
mendapat kunjungan rakan-rakan rapat pemilik dan pengunjung
tetap gimnasium ini.
2.3.
Susunan pejabat tidak teratur
Hasil daripada lawatan analisis yang kami jalankan,susun atur
dalam pejabat gimnasium ini sangat tidak teratur dan agak
bersepah.Pejabat gimnasium ini mempunyai fungsi yang kurang
dan tidak mengaplikasi 5s dalam susunannya.
2.4.
Dekorasi dalaman yang kurang menarik
Selain warna dinding yang tidak sesuai,gimnasium ini juga tidak
mempunyai perhiasan dalaman yang boleh menarik perhatian
seperti kata-kata motivasi dan dekorasi dalaman.
2.5.
Banner yang kurang menarik
Premis ini tidak mempunyai papan tanda premis dan hanya
mempunyai kain rentang sebagai papan tanda nama gimnasium ini.

3.

Peluang
3.1.
Kesedaran terhadap penjagaan kesihatan
Dengan majunya teknologi maklumat negara ini,ilmu dan
penjagaan kesihatan juga makin meluas di kalangan penduduk
Malaysia. Pengaruh tubuh badan ideal yang diwar-warkan di
Televisyen dan Media Massa juga mempengaruhi penduduk negara
ini untuk ke gimnasium dan bersenam untuk menjaga tubuh badan
dan kesihatan.
3.2.
Peluang untuk berkerjasama dengan pembekal vitamin
Selain menyediakan peralatan gimnasium,premis ini juga ada
menjual minuman kesihatan dan suppleement.Jadi,pemilik
gimnasium ini boleh bekerjasama dengan pembekal vitamin untuk
menjual vitamin dan makanan kesihatan dengan mendapatkannya
dengan harga pemborong dan mempromosikannya kepada
pengunjung gimnasium itu.

3.3.
Penyebaran melalui kepuasan pelanggan
Dengan memberikan khidmat yang memuaskan pelanggan,maka
pengunjung gymnasium ini akan mewar-warkan kebaikan
gymnasium ini kepada orang lain.Dengan ini, penyebaran
maklumat dan promosi secara percuma mengenai gymnasium ini
akan tersebar luas melalui kepuasan dan pengalaman pengunjung
yang mengunungi gymnasium ini.
3.4.
Menaja program yang berunsur penjagaan kesihatan
Antara cara lain yang boleh digunakan gymnasium ini untuk
mempromosikan gymnasium ini ialah dengan menaja program
yang berunsur penjagaan kesihatan dan program ini akan
mepromosikan gimnasium ini kepada peserta program itu.

4.

Ancaman
4.1.
Pesaing Terdekat
Seperti perniagaan lain,gimnasium ini juga mempunyai pesaing
terdekat iaitu katang gym.Ia boleh menjadi ancaman kepada
perniagaan ini kerana boleh menarik pelanggan gimnasium ini ke
gimnasium lain dan mngurangkan kadar jualan perniagaan ini.
4.2.
Ekonomi merosot
Keadaan ekonomi yang tidak stabil juga menjadikan masyarakat
negara ini memilih untuk mengurangkan perbelanjaan
rumahdengan hanya melakukan senaman di rumah atau
menggunakan outdoor gym.
4.3.
Outdoor gym secara percuma.
Kebanyakkan taman dan kawasan perumahan sudah menyediakan
outdoor gym yang boleh digunakan orang awam secara percuma
dan masyarakat negara ini lebih memilih untuk menggunakan
outdoor gym kerana ia boleh digunakan bila2 masa.
4.4.
Alatan gim yang boleh digunakan di rumah
Selain menggunakan outdoor gym yang boleh digunakan secara
percuma di taman,sesetengah orang juga sudah mempunyai
kelengkapan bersenam sendiri di rumah dan mereka lebih memilih
untuk bersenam di rumah kerana tidak perlu memandu ke
gimnasium dan membayar bayaran masuk setiap hari.

You might also like