Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

,

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya
padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat, berkat,
keizinan dan iradah-Mu, kami berharap agar aktiviti Hari Sukan Negara tahun
2015 peringkat SMK Datuk Onn, Butterworth yang dirancang ini akan dapat
berlangsung hingga ke penghujungnya. Engkau jadikanlah aktiviti ini
penyebab penyatuan hati-hati kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau
sahaja (ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha kami ini)


sekolah kami akan menjadi sekolah yang cemerlang, disegani dan dihormati,
semoga dengan itu akan lahirlah pelajar-pelajar yang berjaya di dunia dan di
akhirat.

Kurniakanlah kepada kami kesihatan , kecergasan minda, ketenangan jiwa


dan kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani
cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang


dirahmati .

Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau
pelihara daripada bahaya dan keburukan.

You might also like