Dokumen-Dokumen Dalam Sejarah Malaysia 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Dokumen-Dokumen Dalam Sejarah

Malaysia 1
"Bincangkan Sistem Kangcu Di Johor 1844-1885,
dan Sejauhmanakah Temenggong Abu Bakar
Berjaya Mengukuhkan kedudukannya di Johor"

Sistem Kangcu merupakan satu bentuk pengendalian ekonomi yang berasal daripada
sistem penanaman gambir dan lada hitam serta pajak hasil di Johor pada kurun kesembilan
belas. Sistem ini merupakan kesinambungan sistem pengawalan buruh-buruh Cina yang
pernah dilaksanakan di Riau pada pemerintahan Belanda. Selepas tahun 1812, kemerosotan
ekonomi berlaku di Pulau Riau dan kegiatan-kegiatan perdagangan mula berpindah ke
Singapura.1 Selepas tahun 1835 penanaman gambir meningkat di singapura. Menurut Jackson
beliau telah mengesan peningkatan pengeluaran iaitu dalam tahun 1836 pengeluaran
dianggarkan sebanyak 22,000 pikul. Peningkatan kira-kira 48,000 pikul pada tahun 1839
kepada 80,000 pikul pada tahun 1848. Malahan, sehingga tahun 1890-an gambir telah
menjadi salah satu elemen penting dalam ekonomi tempatan singapura. 2 Pertengahan tahun
1840-an, selepas hampir sedekad perkembangan dan kekayaan yang diperoleh hasil tanaman
gambir dan lada di Singapura, peningkatan masalah sosial dan ekonomi dari penanaman
tersebut menghantui Singapura. Konflik masyarakat cina telah membuka peluang kepada

1 W.M. Leng, Caroline, 1992. "Kemunculan Kegiatan Penanaman Gambir dan


Lada Hitam di Singapura", dlm. Sistem Kangcu Di Johor 1844-1917. Kuala
Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, hlm 10.
2 Jackson, James C, 1965. " Chinese Agricultural Pioneering in Singapore and Johore
1800-1917". JMBRAS, Jilid 38, Bah 1, hlm 2.

huru-hara dan peperangan antara kumpulan Kongsi. Punca keganasan pada tahun 1840-an
hingga 1850-an adalah antara kumpulan Teochew Ngee Heng dan Hokkien .3
Oleh itu, selepas tahun 1850 banyak ladang-ladang gambir lada yang lama di Singapura telah
ditinggalkan dan penanam-penanam serta imigran-imigran telah berpindah ke ladang-ladang
baru yang boleh mengeluarkan lebih hasil di Johor. Penghijrahan Orang Cina di Johor ini
telah menimbulkan sedikit permasalahan dimana pengaruh kongsi-kongsi gelap telah
membawa puak persatuan Ngee Heng. Masalah pemilikan tanah, ruang tanah yang terhad
telah memberi kesan kepada harga komoditi kedua-dua pengeluaran. Masalah tanah subur
telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan perpindahan sistem penanaman ini ke
negeri Johor. Pemindahan lokasi ladang-ladang gambir dan lada hitam telah membawa
kepada kewujudan satu corak ekonomi dan pentadbiran tempatan yang telah menjadi asas
kepada sistem Kangcu.4 Hal ini juga memberi peluang kepada Temenggong Ibrahim kerana
pada tahun 1844 kumpulan pemodal yang pertama dari singapura telah berpindah ke Johor.
Pertanian ladang di Johor telah dirintis dan didominasi oleh orang-orang Cina, sama ada
daripada segi tenaga mahupun modal. Mereka dinaungi oleh Maharaja Abu Bakar yang telah
berjaya mengawal dengan berkesan ekonomi dan politik orang-orang Cina. Orang-orang
Cina terutamanya Teochew telah menjalankan aktiviti penerokaan hutan serta pembukaan
sungai bagi aktiviti perladangan gambir dan lada.5

3 Trocki, C.A., 1979. "The Temenggong and the Chinese", dlm. Prince of Pirates :
The Temenggong and the Development of Johor and Singapore 1784-1885.
Singapore : NUS Press, hlm 109.
4 W.M. Leng, Caroline, 1992. "Kemunculan Kegiatan Penanaman Gambir dan
Lada Hitam di Singapura", dlm. Sistem Kangcu Di Johor 1844-1917. Kuala
Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, hlm 17.
5 P. Lim Pui Huen,2002. Wong Ah Fook : Immigrant Builder and Entrepreneur.
Kuala Lumpur : Times Editions, hlm 46.
2

Temenggong Ibrahim cuba mencari formula untuk mengawal pengusaha-pengusaha lada


hitam dan gambir. Beliau memperkenalkan sistem geran bertulis yang memberi autoriti
kepada ketua-ketua sungai di setiap kangkar. Di akhir abad ke-19 ramai pemerhati sarjana
melihat bahawa Temenggong telah berjaya membangunkan satu unit pentadbiran ekonomi
yang unik yang dipanggil sistem Kangcu. Kangcu adalah perkataan yang digunakan untuk
merujuk kepada ketua orang-orang Cina yang bertempat di ladang-ladang gambir dan lada
hitam di lembah-lembah sungai di Johor. Perkataan itu sendiri berasal daripada bahasa Cina
yang bermaksud Tuan Sungai. Setiap Kangcu akan menerima satu surat kuasa yang dikenali
sebagai Surat Sungai atau 'river document'.6 Surat ini memberikannya kuasa untuk membuka
ladang-ladang di sesebuah lembah sungai perairan Johor. Tuan Sungai berhak memerintah
dan memungut cukai di kawasan mereka dan mereka juga dikehendaki mengawal dan
menjaga kebajikan pekerja-pekerja seperti tempat tinggal dan keselamatan.
Di setiap ladang berkenaan akan dibina kawasan pentadbiran yang dikenali sebagai Kangkar.
Kangkar merujuk kepada 'kaki sungai' dalam dialek Teochew.7 Menurut Caroline, kangkar
digambarkan sebagai sebuah kampung besar yang terdiri daripada ibu pejabat Kangcu,
institusi-institusi pajakan bagi penjualan candu, arak dan daging babi, perjudian, pelacuran,
pajak-gadaian, beberapa buah kedai dan beberapa kebun-kebun kecil.8 Bagi penguasa setiap
sungai, mereka akan membina sebuah bangsal yang berhampiran dengan muara . Bangsal ini

6 Jackson, James C, 1965. " Chinese Agricultural Pioneering in Singapore and


Johore 1800-1917". JMBRAS, Jilid 38, Bah 1, hlm 6.
7 Jackson, James C, 1965. " Chinese Agricultural Pioneering in Singapore and
Johore 1800-1917". JMBRAS, Jilid 38, Bah 1, hlm 5.
8 W.M. Leng, Caroline, 1992. "Kemasukan Sistem Kangcu ke Negeri Johor", dlm.
Sistem Kangcu Di Johor 1844-1917. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia,
hlm 29.
3

terdiri daripada rumah kecil pekerja Cina, dapur bagi merebus daun gambir dan stor
penyimpanan.9
Para peladang akan memilih lokasi yang agak rendah, rata atau beralun dan cuba
mengelakkan dari kawasan bukit yang curam melebihi 200-300 kaki. Namun faktor topografi
yang menjadi keutamaan ialah apabila lokasi sesebuah ladang itu lebih dekat dengan laluan
sungai ke kawasan pengumpulan.10 Oleh sebab itu, kebanyakan kangkar terletak di lembahlembah sungai bagi memudahkan penghantaran pengeluaran melalui sungai-sungai ini ke
Singapura.
Kewujudan sistem kangcu adalah hasil pengembalian tenaga kerjasama dua pihak. Disatu
pihak terdapat taukeh-taukeh Cina yang bermastautin di Singaura, yang merupakan golongan
pemodal. Taukeh-taukeh ini telah memaksimumkan keuntungan mereka di atas buruh-buruh
pekerja Cina mereka. Di satu pihak yang lain pula terdapat golongan pemerintah dan
bangsawan Johor, khususnya peranan penting yang dimainkan oleh Maharaja Abu Bakar.
Hubungan kedua-dua pihak ini memberi manfaat timbal balik dimana golongan pemerintah
Melayu mengawal tanah sementara golongan taukeh pula mengawal modal dan tenaga buruh.
Golongan pemerintah Johor juga khususnya telah menyedari tentang pentingnya tanah
sebagai satu sumber ekonomi. Golongan pemerintah ini telah berjaya menyusun dan
merancang satu sistem pemilikan tanah dan cukai yang cekap dan memperoleh lebihan
daripada pekebun-pekebun dan penghasil-penghasil

ladang melalui pungutan cukai dan

pengeluaran lesen.

9 P. Lim Pui Huen,2002. Wong Ah Fook : Immigrant Builder and Entrepreneur.


Kuala Lumpur : Times Editions, hlm 31.
10 Jackson, James C, 1965. " Chinese Agricultural Pioneering in Singapore and Johore
1800-1917". JMBRAS, Jilid 38, Bah 1, hlm 12.

Kekangan yang dihadapi para sarjana dalam Sistem Kangcu di Johor apabila tidak
banyak maklumat data mengenai jumlah ladang atau bangsal kerana Surat Sungai yang
direkodkan hanya mencatatkan tarikh-tarikh pembukaan sesebuah sungai sahaja. Berdasarkan
rekod-rekod Arkib Johor, penanaman gambir lada telah bermula sebelum 1846. Surat Sungai
yang terawal ialah bagi Sungai Skudai, A.H. Muharram 1260 (9 oktober 1844). 11 Sebaliknya,
ada sarjana-sarjana sejarah, seperti L.A. Mills dan A.E. Coope, berpendapat penanaman
gambir lada secara besar-besaran telah bermula sebelum tahun 1844 lagi, tetapi mereka tidak
dapat memberi sebarang sumber yang tepat. 12 Pada 22 Oktober 1844 Surat Sungai yang
kedua telah diberi kepada kapitan Tan Kye Soon iaitu di Sungai Tebrau. Pada April 1845, tiga
lagi surat sungai telah dikeluarkan iaitu satu untuk Sungai Melayu dan dua lagi bagi Sungai
Tiram, salah satu daripada cawangan Sungai Johor.13 Pemberian autoriti kepada Kangcu
Tebrau iaitu Kapitan Tan Kye Soon secara tidak langsung telah membawa pengaruh kongsi
Ngee Heng di Johor dan beliau telah menjadi pengasas kepada komuniti Teochew di Johor.14
Senarai Kronologi Surat Sungai 1844-188415

11 Lihat Surat Keterangan Membuka Kebun Gambir dan Lada Hitam Johor (SKMK1, No.57,23 April, 1864.)
12 Trocki, C.A., 1979. "The Temenggong and the Chinese", dlm. Prince of Pirates :
The Temenggong and the Development of Johor and Singapore 1784-1885.
Singapore : NUS Press, hlm 110.
13 SKMK-I, No.8 dan 8a, 17 Januari, 1845 dan 7 April, 1845. SKMK-I, No. 4, 18 Februari,
1849 bagi Sungai Melayu.

14 Trocki, C.A., 1979. "The Temenggong and the Chinese", dlm. Prince of Pirates :
The Temenggong and the Development of Johor and Singapore 1784-1885.
Singapore : NUS Press, hlm 111.
15 Trocki, C.A., 1979. Prince of Pirates : The Temenggong and the Development of Johor
and Singapore 1784-1885. Singapore : NUS Press, hlm 346.

Sumber
57

Tarikh
9 september 1844

Sungai
Sg. Sekudai

Kongsi
Ah Chun

60

(26 Muharam 1260)


22 oktober 1844

Sg. Tebrau

Ban Seng
Kapitan Tan Kee Soon

(9 Shawal 1260)
17 Januari 1845

Sg. Tiram

Lim Boon

(17 Muharam 1260)

Lim Loon

18 Februari 1845

Lim Tee Kot


Keh

Sg. Melayu

(4 Muharam 1261)

Kong
Ah Kaw

8a

7 April

Sg. Tiram

Kan Chu
Bang Soon
Tee Kot

SJB 10

13 Julai 1845

Sg. Tiram Duku

(8 Rejab 1261)

Ah Loon
Teo Ah Hock
Teo Ah Chin
Teo Ah Hin

Pada tahun 1855, Ungku Abu Bakar iaitu putera sulung Temenggong Daeng Ibrahim telah
dilantik sebagai pemerintah di Johor. Putera ini mula mengambil-alih kerja-kerja pentadbiran
kerajaan kerana umur ayahandanya semakin lanjut. Temenggong Abu Bakar sedar tentang
betapa merbahayanya monopoli yang dikawal oleh saudagar-saudagar Cina dan Eropah.
Beliau juga sedar bahawa kuasa ini tidak mudah untuk dipecahkan.16 Dengan itu beliau telah
mengambil keputusan untuk memperkukuhkan kedudukannya kerana hal ini akan
mengurangkan ancaman dan perselisihan yang berlaku sejak zaman ayahandanya dahulu

16 W.M. Leng, Caroline, 1992. "Peranan Sultan Abu Bakar Dalam Sistem Kangcu
Di Johor", dlm. Sistem Kangcu Di Johor 1844-1917. Kuala Lumpur: Persatuan
Muzium Malaysia, hlm 37.
6

dengan kuasa Barat. Pada oktober 1861, beliau menyuarakan hasratnya kepada Gabenor
Cavenagh untuk memajukan lagi Johor. Mengikut C.M. Turnbull,
he aimed to encourage strong, enlightened, independent rulers who would provide
peace in their states and security for outside trades, without the necessity for British
political intervention.17
Temenggong Abu Bakar juga berhasrat untuk mengekalkan otonomi politik dan ekonomi
negerinya dan cuba mengurangkan kebergantungan Johor kepada Barat dan pedagang dari
Singapura. Oleh itu, cara terbaik ialah dengan menambahkan hasil pendapatan negeri melalui
pembukaan lebih banyak kawasan perladangan. Pada awal 1860-an terdapat kira-kira 1,200
ladang gambir dan lada hitam di johor dengan tenaga kerja melebihi 15,00 orang.18
Dalam tahun 1860-1873, Johor menjadi negeri yang berkembang pesat kerana perladangan
gambir dan lada hitam mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dunia. Malahan Johor
juga mendapat manfaat dari peningkatan migrasi dan buruh Cina dari Singapura serta
kemerosotan perladangan di sana. Corak perkembangan ekonomi yang memberangsangkan
ini telah didorong oleh dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun
1862 dan beliau merupakan antara tokoh politik Melayu yang paling penting pada waktu
itu.19 Kemakmuran Johor juga dirangsang oleh kenaikan harga gambir dan lada hitam dalam

17 C.M. Turnbull, 1972. The Straits Settlements 1826-67 : Indian Presidency to


Crown Colony. Kuala Lumpur : Oxford University Press, hlm 290.
18 Jackson, James C, 1965. " Chinese Agricultural Pioneering in Singapore and Johore
1800-1917". JMBRAS, Jilid 38, Bah 1, hlm 5.

19 Trocki, C.A., 1979. "Abu Bakar Takes Command", dlm. Prince of Pirates : The
Temenggong and the Development of Johor and Singapore 1784-1885. Singapore
: NUS Press, hlm 128.
7

tahun 1960-an. Malahan di Singapura 100 kedai gambir dan lebih 200 kedai peruncitan
bergantung kepada perdagangan di Johor yang dikawal dari Singapura itu.20
1880- Johor telah mengeksport kira-kira 316,063 pikul gambir dan 56,203 pikul lada hitam
ke Singapura.
1889- Kira-kira terdapat 4,000 tempat pemprosesan gambir disekitar kangkar perairan
Johor.
1889- Pengeluaran meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu 400,544 pikul
gambir dan 117,024 pikul lada hitam 21

Pada akhir tahun 1863, ribuan buruh Cina dari Singapura mula berhijrah ke Johor dan
tiga puluh empat sungai baru dibuka pada lewat mei 1864 untuk perladangan gambir dan lada
hitam. Jumlah pelaburan pemodal dari Singapura di Johor mencecah hampir $1,000,000. 22
Pada tahun yang sama juga iaitu pada bulan Mei dan Jun, Singapura mengalami krisis
ekonomi. Saudagar-saudagar di Singapura telah menuduh Temenggong Abu Bakar
menggunakan Johor sebagai tapak untuk menggalakkan penyaluran modal dari Singapura ke
Johor. Dalam suasana yang kegawatan itu, Temenggong Abu Bakar telah mengisytiharkan
satu dasar ekonomi baru iaitu Declaration of Economic Independence.23 Sultan Abu bakar
mengumumkan dasar

baru dengan mengambil langkah-langkah mengawal aliran

perdagangan antara Singapura dan Johor. Pengumuman peraturan baru ini telah menjadi isu
20 C.M. Turnbull, 1972. The Straits Settlements 1826-67 : Indian Presidency to
Crown Colony. Kuala Lumpur : Oxford University Press, hlm 288.
21 Jackson, James C, 1965. " Chinese Agricultural Pioneering in Singapore and
Johore 1800-1917". JMBRAS, Jilid 38, Bah 1, hlm 11.
22 Trocki, C.A., 1979. "Abu Bakar Takes Command", dlm. Prince of Pirates : The
Temenggong and the Development of Johor and Singapore 1784-1885. Singapore
: NUS Press, hlm 139.
23 W.M. Leng, Caroline, 1992. "Peranan Sultan Abu Bakar Dalam Sistem Kangcu
Di Johor", dlm. Sistem Kangcu Di Johor 1844-1917. Kuala Lumpur: Persatuan
Muzium Malaysia, hlm 43.
8

pertikaian politik dan ekonomi antara kedua-dua pihak. Di satu sisi yang lain, dasar ini
bertujuan untuk membebaskan Johor dari belenggu dan pengaruh ekonomi Singapura.
Di dalam surat yang dihantar kepada British di Singapura, Temenggong Abu Bakar
menjelaskan beberapa peraturan baru iaitu antara yang kontroversi apabila "all boats
transporting gambier and pepper from Johor and all those bringing goods from Singapore
should stop at Tanjong Putri for a pass, at the same time making a statement of their
cargoes".24 Alasan yang releven diberikan kerajaan Johor supaya mereka dapat merekodkan
jumlah eksport dan import negeri pada masa yang sama membantu mencegah penyeludupan
komoditi seperti candu, minuman keras dan senjata api. Pada tahun 1864, Temenggong Abu
Bakar cuba memindahkan pusat perdagangan gambir ke Johor dan mengarahkan pedagang
untuk mengambil hasil dagangan gambir dan lada di Johor Bahru. 25 Pada oktober 1864, 101
orang pedagang dan pemodal menandatangani petisyen membantah dasar yang dibuat oleh
Temenggong Abu bakar kepada Dewan Perdagangan Singapura26 akhirnya membawa
gabenor Cavenagh untuk memaksa Abu Bakar membatalkan hasratnya itu. Sebalik kejadian,
Temenggong Abu bakar bukan sahaja membantu Johor berdikari dari segi ekonomi malah
membantu kangcu dan buruh Cina yang tertindas oleh taukeh dan kongsi yang tamak dengan
menekan bunga dari hutang yang banyak.

24 Trocki, C.A., 1979. "Abu Bakar Takes Command", dlm. Prince of Pirates : The
Temenggong and the Development of Johor and Singapore 1784-1885. Singapore
: NUS Press, hlm 140.
25 C.M. Turnbull, 1972. The Straits Settlements 1826-67 : Indian Presidency to
Crown Colony. Kuala Lumpur : Oxford University Press, hlm 289.
26 Trocki, C.A., 1979. "Abu Bakar Takes Command", dlm. Prince of Pirates : The
Temenggong and the Development of Johor and Singapore 1784-1885. Singapore : NUS
Press, hlm 140.

Bagi memantapkan pentadbiran tanah di Johor, Temenggong Abu Bakar dan Ahli Majlis
Tertinggi telah merangka satu Kanun Kangcu pada tahun 1290 hijra iaitu 1873 A.D. Kanun
ini mengandungi 81 fasal. Matlamat utama kanun ini ialah untuk melindungi pelaburan.
Kanun Kangcu telah menentukan bahawa:
10. A Kangchu must enter all plantations in a register with the names of their owners and
their "Chops".
15. Kanghus must watch and inspect all pepper plantations in their jurisdiction and forbid
the captains of the river boats to accept inferior gambir or pepper.
20. When a Kangchu or his family wish to farm out the river dues they must inform the
Proper Officer of the Johore Police in order that he may record the names as prescribed by
His Highness the Mahajara of Johore or his Representative.
64. Kangchus must pay yearly fees for each opium or liquor licence and for each notice
board for an opium of liquor or pork shop and also dues for gambling saloons and pork
shops as prescribed by His Highness the Maharaja of Johore or his Representative. 27

Dari sini kita dapat lihat bahawa antara aspek penting di dalam kanun ini ialah peraturanperaturan

yang cuba menetakan kewajipan golongan penanam dan saudagar. Untuk

melicinkan kerja-kerja mereka satu sistem menyimpan kira-kira telah diamalkan. Taukehtaukeh ladang juga dikehendaki menyimpan buku-buku yang dicatatkan dalam pelbagai
aspek berkaitan sama ada penjualan, cukai, hasil tanaman. Di samping itu, pada tahun 1855,
Temenggung Ibrahim telah memerintahkan untuk membina balai polis di Tanjung Putri dan
Kangcu-kangcu mula menggaji polis-polis di kangkar mereka.28 Dalam kanun ini juga
diselitkan beberapa peraturan pembayaran serta hubungan dengan pegawai polis di kangkar
mereka. Selainitu, kanun ini juga didapati terdapat satu bentuk kawalan yang dilakukan ke
atas orang Cina:

27 Coope, A.E, 1936. "The Kangchu System in Johore". JMBRAS, Jilid 14, Bah.3,
hlm 6,7,11.
28 W.M. Leng, Caroline, 1992. "Kemasukan Sistem Kangcu Ke Negeri Johor", dlm. Sistem
Kangcu Di Johor 1844-1917. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, hlm 28.

10

13. A Kangchu may not start any Society other than the Ngi Hin in accordance with the
provisions of the Order issued in time of the late Ruler

Fasal 13 dalam Kanun Kangcu menetapkan "Kangcu-Kangcu tidak boleh membuka 'Hui'
selain daripada Hui Ngee Heng (Ghee Hin) sepertimana yang telah dibenarkan dan ditetapkan
daripada zaman Almarhum semasa pemerintahanya.29 Hal ini juga bagi mengekang pengaruh
kongsi gelap yang lain dari memasuki dan berlaku kekacauan yang tidak dijangka. Pada
keseluruhannya, Temenggong Abu Bakar cuba menjalankan dasar-dasar yang bertalian rapat
dengan matlamat untuk memperkukuhkan kuasa dan kewibawaanya. Oleh sebab itu,
Temenggong Abu Bakar bersama kawan karibnya, Tan Hiek Nee telah memperkembangkan
lagi aktiviti perladangan, perdagangan di Tanjung Putri. Tan Hiok Nee juga kerap ke rumah
Temenggong Ibrahim di Telok Blangah, Singapura dahulu. Beliau merupakan orang Cina
yang berpengaruh di Johor yang memiliki geran Kangcu yang terbesar dan terkaya.30
Sistem Kangcu menjadi institusi yang penting dalam pentadbiran, terutamanya di dalam
struktur ekonomi yang berasaskan pertanian. Hal ini membuktikan bahawa kepentingan
sistem Kangcu telah menonjolkan kerajaan Johor sebagai sebuah negeri contoh dalam
pentadbiran Melayu moden. Menurut Cavenagh Gabenor Singapura pada ketika itu, "Abu
Bakar and his successor were able to keep Johor separate and independent of British control
for longer than any other state in the peninsula".31 Selain itu, beliau juga banyak dibantu oleh
kehadiran tokoh-tokoh lain seperti Ungku Abdul Rahman (wakil mutlak Sultan Johor), Jaafar
Haji Muhamad (Menteri Besar Johor yang pertama), Datuk Bentara Dalam, Muhamad
29 W.M. Leng, Caroline, 1992. "Sistem Kangcu Dan Undang-Undangnya", dlm.
Sistem Kangcu Di Johor 1844-1917. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia,
hlm 52.
30 P. Lim Pui Huen,2002. Wong Ah Fook : Immigrant Builder and Entrepreneur.
Kuala Lumpur : Times Editions, hlm 46.
31 C.M. Turnbull, 1972. The Straits Settlements 1826-67 : Indian Presidency to
Crown Colony. Kuala Lumpur : Oxford University Press, hlm 290.
11

Ibrahim Abdullah Munsyi, Datuk Bentara Luar, Muhamad Salleh Perang dan Datuk Seri
Amar Diraja Abdul Rahman Andak. Dengan pertolongan pemerintah Inggeris di Singapura
juga , baginda telah mengadakan Undang-undang Tanah bagi negeri Johor.32 Hal ini
diperkukuhkan lagi apabila tadbir urus kerajaan negeri menjadi lebih teratur iaitu satu Majlis
Mesyuarat Kerajaan Johor (The Council of State) telah diwujudkan sebelum 1865. Majlis ini
berkembang sebagai badan perundangan negeri dan Sistem Kangcu telah dijadikan
sebahagian daripada undang-undang pada ketika itu. Terdapat undang-undang seperti
undang-undang Memasukkan Nama Kedalam Daftar, 12 Zulkaedah 1282 (28 Oktober 1865),
Undang-undang Mencegah Gambir Yang Tidak Baik, 1 Rejab 1284 (11 Mac 1866).33
Di bawah rangsangan kenaikan harga gambir dan lada hitam telah menyebabkan pentadbir
Johor begitu signifikan mengeluarkan begitu banyak lesen dan surat tauliah kepada
pengusaha dan pemodal untuk meluaskan perladangan ini di seluruh Johor dalam dua dekad
terakhir pada abad ke-19. Pada tahun 1894 Dato Abdul Rahman bin Andak, setiausaha sulit
Sultan Johor pada ketika itu mengatakan bahawa "tujuh atau lapan tahun yang lalu kita telah
menghasilkan kebanyakan gambir yang digunakan di seluruh dunia". 34 Kejayaan pemerintah
Melayu dalam mengurus tadbir telah membawa kepada kemakmuran negeri Johor. Pada
Januari 1866 Temenggong Abu Bakar Seri Maharaja Johor telah mengubah nama bandar
Tanjung Puteri kepada nama Johor Baharu. Pada masa itu juga bagi memudahkan peladang-

32 Buyong Bin Adil, 1980. "Maharaja Abu Bakar", dlm. Sejarah Johor. Kula
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm 252.
33 W.M. Leng, Caroline, 1992. "Sistem Kangcu Dan Undang-Undangnya", dlm.
Sistem Kangcu Di Johor 1844-1917. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia,
hlm 49.
34 Jackson, James C, 1965. " Chinese Agricultural Pioneering in Singapore and
Johore 1800-1917". JMBRAS, Jilid 38, Bah 1, hlm 11.
12

peladang gambir dan lada hitam di negeri Johor, baginda telah mengadakan tempat-tempat
kastam di Johor Bahru, Batu Pahat, Tanjung Surat dan Pengerang.35

SENARAI SINGKATAN
JMBRAS

Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society


Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society

SKMK-I Surat Keterangan Membuka Kebun (Buku Daftar Surat Berkebun)


A.H. 1260-1320
SKMK-II Buku Daftar Surat-surat Keterangan Membuka Kebun Gambir dan
Lada Hitam, A.H. 1298-1325

BIBLIOGRAFI
SUMBER DOKUMEN ARKIB
Surat Keterangan Membuka Kebun (Buku Daftar Surat Berkebun) A.H.
1260-1320
Buku Daftar Surat-surat Keterangan Membuka Kebun Gambir dan Lada
Hitam, A.H. 1298-1325
JURNAL
Coope, A.E. "The Kangchu System in Johore". JMBRAS, Jilid 14, Bah.3
(1936), hlm. 247-263.
Jackson, James C. "Chinese Agricultural Pioneering in Singapore and Johore
1800-1917". JMBRAS ,Jilid 38, Bah. 1 (1965), hlm. 77-105.
BUKU
Carl A. Trocki, 2007. Prince of Pirates : The Temenggongs and the
Development of Johor and Singapore 1784-1885. Singapore : National
University of Singapore Press.
35 Buyong Bin Adil, 1980. "Maharaja Abu Bakar", dlm. Sejarah Johor. Kula Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm 251.

13

Caroline Wong May Leng, 1992. Sistem Kangcu Di Johor 1844-1917. Kuala
Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia.
C. M. Turnbull, 1972. The Straits Settlements 1826-67 : Indian Presidency
to Crown Colony. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
P. Lim Pui Huen, 2002. Wong Ah Fook : Immigrant, Builder and
Entrepreneur. Kuala Lumpur : Times Editions.
P. Lim Pui Huen, 2009. Johor : Local History, Local Landscapes 1855-1957.
Kuala Lumpur : Straits Times Press.
Haji Buyong Bin Adil, 1980. Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

14

You might also like