Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KEPERLUAN DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN

Selasa, 08 Januari 2013 04:28 | Ditulis oleh Sedutan Artikel KPM |

1.0 Pengenalan
.
1.1 Latar Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam
pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang
memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan
Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah
kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)
Cina dan Tamil menjelang tahun 2012. Keputusan ini dibuat berasaskan
pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal dan saintifik, iaitu
penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus yang telah
dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian
Pelajaran Malaysia memberi sepenuh penumpuan dalam penguasaan Bahasa
Inggeris dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan 12 langkah bagi
maksud berkenaan selain transformasi kurikulum di sekolah rendah dan
menengah selaras dengan saranan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan strategi untuk memartabatkan
Bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris
(MBI) di semua peringkat persekolahan. Penumpuan memperkasa
penguasaan Bahasa Malaysia turut ditekankan. Oleh itu,Kerajaan akan mula
melaksanakan transformasi kurikulum di sekolah rendah dan menengah yang
mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa
dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu,
seimbang dan holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Di
sekolah rendah, kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur
dan apresiasi bahasa bagi merealisasikan hasrat transformasi berkenaan.
Manakaladi peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum akan
memberi penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek penyampaian
pengajaran. Kaedah pengajaran akan lebih interaktif, iaitu berkonsepkan
didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami.
1.1.1

Apa Itu Didik Hibur ?

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000)


mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar,
manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan
penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian,
bercerita, lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan

murid secara total dalam mempelajari sesuatu subjek itu akan dapat
direalisasikan secara terancang dan bersistematik.
1.1.2

Ciri-Ciri Didik Hibur

i)
Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur
kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan
sebagainya.
ii)
Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada
guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai
dan berhibur.Justeru murid-murid sentiasa berada dalam keadaan
pembelajaran yang positif dan tertunggu - tunggu untuk melalui sesi
pembelajaran pada hari berikutnya.
iii)
Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang
menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya,
murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil
berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping
penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap
pengajaran dan pembelajaran.
iv)
Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian
masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau
menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya
menjurus kepada aktiviti berbahasa.
v)
Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang
penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya
bersahaja dan santai.
vi)
Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau
berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan
toleransi.
vii)
Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik
tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
viii)
Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya
tetapi terkawal.
ix)
Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui
bahasa tubuh.
1.1.3

Bagaimana Pelaksanaannya ?

Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran sesuatu


subjek dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami
penyerapan sesuatu keadaan. Penyerapan ialah proses menyerapkan

pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang
dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan
Malaysia 2001). Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam
pengajaran dan pembelajaran, iaitu:
i)

Pelbagai bidang ilmu serta tema,

ii)

Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia,

iii)
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai
tambah.
Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu penyerapan
pelbagai bidang ilmu serta tema. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud
proses menyerapkan ilmu melalui pelbagai aktiviti secara santai dalam
pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek di sekolah rendah dan
menengah.
1.1.4

Objektif Didik Hibur

Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran


di sekolah rendah dan menengah, iaitu:
i)

Mengguna dan memahami sesuatu pelajaran secara didik hibur;

ii)
Mengguna dan memahami bahasa yang indah atau bahasa badan
dalam aktiviti; dan
iii)
Mengguna dan memahami sesuatu kemahiran yang ditunjukkan
secara didik hibur.
1.1.5

Apa Itu Bahasa Badan ?

Bahasa badan juga dikenali bahasa gerak badan merupakan sebahagian


daripada proses komunikasi dan ia berperanan menunjukkan sebarang reaksi
dalam menunjukkan sesuatu aktiviti sama ada positif ataupun negatif. Ia
boleh membabitkan apa jua anggota badan seperti mata, kening, bibir,
tangan ataupun lengan. Walaubagaimanapun pengguna perlu beringat
ketika melakukan gerak badan bagi mengelakkan reaksi tidak selesa. Dalam
konteks didik hibur bahasa badan merupakan bahasa gerak badan yang
digunakan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian ketika
menjalankan aktiviti.
1.1.6
a.

Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur

Guru

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah guru adalah
segala-galanya (Pullias & Young 1982), yang akan menjalankan pelbagai
peranan dalam bilik darjah (Syed Lutfi 1994). Ini bermakna kejayaan sesuatu

sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan


guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:
i)
Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau
menggerunkan murid-murid.
ii)

Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

iii)
Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di
khalayak.
iv)

Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

v)
aktiviti.

Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai

vi)

Guru boleh membuat pelbagai suara.

vii)

Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

viii)

Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

ix)
Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian
mendadak, dan
x)
b.

Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.


Aktiviti

Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang


dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil
kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
i)

Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

ii)
Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang
budaya yang sama.
iii)
Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan
peruntukan masa pembelajaran
yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
iv) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesai bersama muridmurid tanpa ada banyak
masalah atau halangan.
v)
Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik
antara murid.

vi) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti
oleh murid.
vii) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan
kepada mereka yang
menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

You might also like