Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 38

SKSE6103

EKONOMI DAN PEMBANGUNAN


MALAYSIA
The Making of Race Colonial
Malaya: Political Economy and
Racial Ideology
AHMAD MURTADHA BIN ABD JALIL (P82256)
MUHAMMAD HANAPI BIN ROSLAY (P82278)
DR. MUHAMMAD BIN SHAMSUDDIN

PENGENALAN

Berkaitan dengan pembinaan bangsa dalam kolonial


Sejauhmana hubungan etnik diantara orang Asia sehingga kurun
19
- bagaimana mereka boleh hidup bersama
Mengenalpasti pemikiran orang Eropah berkaitan tentang
kaum/bangsa dan kepelbagaian kaum
- pemikiran mereka adalah untuk memecahkan diantara kaum
supaya mereka berpecah dan tidak berkerjasama di antara satu
sama lain
Apakah konsep yang diguna pakai oleh orang Eropah terhadap
kaum ditanah Melayu dan apakah pandangan mereka terhadap
kaum di tanah Melayu
Sejauhmana institusi kolonial dapat membantu penduduk di
atanah Melayu dan apakah kekuatan terhadap kaum-kaum
ditanah Melayu
Apakah kesan penjajahan yang membawa kepada kepelbagaian
etnik yang diserapkan oleh penjajah terhadap masyarakat
Malaysia

1) HISTORICAL
SETTING

2) ETHNIC RELATIONS
AMONG ASIANS PRIOR
TO THE LATE 19TH C

3) CHANGES IN
EUROPEAN THINKING
ABOUT RACE AND
ETHNIC DIVERSITY

6) THE COLONIAL
OBSESSION WITH
STATUS AND RACE
AND ITS LEGACY FOR
THE MULTIETHNIC
MALAYSIAN SOCIETY

4) EUROPEAN
CONCEPTION OF RACE
AND ETHNICITY IN
SOUTHEAST ASIA

5) COLONIAL
INSTITUTIONS AND
THE SELF-FULFILLING
PROHECIES OF RACIAL
DISTINCTION

7) CONCLUSION

HISTORICAL SETTING
Ketibaan kuasa Eropah pada abad ke-16, rangkaian
perdagangan dan empayar sekitar rantau Asia Tenggara
mulai runtuh dan telah sedia adanya masyarakat pelbagai
kaum. Bandar pelabuhan di Sumatera dan Semenanjung
Tanah Melayu bukan sahaja diduduki oleh orang-orang
sekitar Kepulauan Indonesia malahan orang dari China dan
India.
Empat abad seterusnya, corak migrasi semakin
berkembang dengan gangguan daripada kuasa Barat
terhadap ekonomi tempatan malahan tertubuhnya juga
pusat perdagangan baru dan peningkatan permintaan
terhadap produk tempatan.

Kawasan sekitar Asia Tenggara telah berubah


pada abad ke-19 dengan revolusi perindustrian di
Eopah yang telah mengejutkan dunia. Permintaan
bahan mentah yang tinggi sehingga melebihi
kapasiti permintaan yang terhasil daripada sistem
tradisional menyebabkan berlakunya persaingan
serta imperialism antara kuasa Barat di sekitar
Asia Tenggara bagi mendapatkan bekalan bahan
mentah yang mencukupi.
Tindakbalas daripada permintaan pasaran yang
berkembang menyebabkan modal, tenaga kerja
buruh, dan terbentuknya organisasi baru
digerakkan untuk ke Asia Tenggara. Peristiwa
lebih khususnya berlaku di Tanah Melayu.

British telah memegang dan menjajah


ke Tanah Melayu dengan menduduki
tiga bandar perlabuhan yang dikenali
dengan Negeri Selat. Pulau Pinang dan
Singapura diambil alih melalui
perjanjian penyerahan oleh pemimpin
tempatan pada 1786 dan 1819 yang
kemudian menjadi pusat perdagangan.
Melaka kemudiannya ditambah secara
kekal pada 1824 setelah berlakunya
pembahagian kawasan penjajahan
antara British dan belanda.

Pertengahan abad ke-19, terdapat bukti yang jelas


bahawa kekayaan yang dimiliki oleh negeri-negeri
Melayu khususnya di Pantai Barat Semenanjung
dengan berkembangnya industry perlombongan
bijih timah serta potensi pembangunan pertanian.
Pembesar Melayu sering berkerjasama dengan
negeri-negeri selat untuk kepentingan
perdagangan yang menyebabkan berpotensinya
buruh cina untuk melakukan perlombongan bijih
timah di tanah melayu kerana terdapat
peningkatan permintaan bijih timah.
Persaingan tradisional antara pembesar Melayu
dan pertikaian/pergaduhan dalam kalangan
kumpulan orang cina dalam merebut kawasan
perlombongan telah memburukkan keadaan
terhadap kawalan hasil pengeluaran bijih timah.

Oleh kerana pelaburan besar daripada


negeri-negeri selat terhadap hasil
pengeluaran bijih timah di negeri-negeri
melayu menyebabkan saudagar/pedagang
mendesak campur tangan British untuk
menstabilkan kerajaan.
Akhirnya, Perjanjian Pangkor dimetrai pada
1874 dengan British memperuntukkan
Penasihat/Residen terhadap pentadbiran
serta segala aspek dalam kerajaan. Proses
ini bukanlah lancer seperti yang
disangkakan kerana terdapat
rintangan/halangan melalui pemberontakan
bersenjata seperti di Perak, Selangor, dan

Pentadbiran kolonial berjaya mentadbir


negeri-negeri Melayu ini adalah kerana
golongan bangsawan Melayu berpecah
belah selain kekuatan senjata yang
dimiliki British menyebabkan dalam
masa singkat british berjaya mengawal
Tanah Melayu.
Golongan bangsawan Melayu juga
diperuntukkan pencen serta diplomasi
secara damai oleh British semasa mulamula mentadbir bagi mewujudkan
keharmonian dengan bangsawan
Melayu(Sultan sebagai simbol sahaja
tanpa memiliki kuasa sebenar).

Sistem kolonial British berkembang


dengan mencengkam ke Seluruh Tanah
Melayu, kapitalis Eropah dan China telah
mencipta ekonomi eksport dalam bijih
timah dan kemudiannya getah.
Buruh Cina, India dan Indonesia dibawa
masuk dalam jumlah besar sehingga
melebihi bilangan penduduk di pantai
barat semenanjung. Selepas tahun 1874,
bukan sahaja berlaku transformasi politik
dan ekonomi malahan berlaku titik
perubahan dalam perkembangan
hubungan antara kaum di Malaysia.

Masyarakat majmuk yang wujud di Semenanjung


Malaysia hasilnya adalah daripada perkembangan
semasa zaman kolonial dan gelombang immigrasi
yang mengikuti. Populasi penduduk Melayu di
Tanah Melayu sedikit lebih besar berbanding
gabungan orang China, India dan lain-lain yang
terhasil daripada immigrasi yang berlaku dari
tahun 1850-1930.
Signifikannya zaman kolonial ini adalah pencarian
buruh murah secara meluas. Rangka kerja
penjajah dalam struktur ekonomi, politik dan
sosial dalam pembinaan bangsa mengikuti
pandangan kolonial. Ciri-ciri ini akan dinilai yang
menyebabkan kesannya terhadap hubungan
antara kaum.

ETHNIC RELATIONS AMONG ASIANS


PRIOR TO THE LATE 19TH C
Di dalam tajuk ini, penulis menyatakan tentang kesan
kedatangan pedagang-pedagang daripada Cina dan India
Pada awalnya, tujuan mereka adalah untuk berdagang dan
untuk melindungi perdagangan mereka disebabkan jarak
perjalanan yang jauh dan membangunkan ekonomi mereka. Ini
telah mewujudkan hubungan persaudaraan dengan penduduk
tanah Melayu dengan mengamalkan perkahwinan campur
Penulis menyatakan juga bahawa perkahwinan campur ini
adalah disebabkan oleh kepentingan politik dan bukan berlatar
belakangkan budaya dan juga agama
Antara contoh-contoh perkahwinan campur yang dinyatakan
oleh penulis adalah seperti: - Melayu-Bugis, Melayu, Cina, Melayu- India

Penulis memberitahu bahawa Perkahwinan di antara Melayu


dan Cina ini dipanggil sebagai Baba Nyonya dengan
mengekalkan identiti Cina mereka, tetapi mereka menerima
pakai aspek budaya Melayu
Selain itu, asimilasi daripada Melayu India telah berkembang
lebih jauh dan mereka dipanggil sebagai Jawi peranakan
Dari segi hubungan ekonomi, penulis telah memberikan
maklumat mengenai kerjasama di antara Melayu dengan Cina.
Walaupun perbezaan yang sangat luas dari segi budaya dan
bahasa ia tidak menghalang untuk Melayu, India dan Cina
bekerjasama
Penulis menyatakan bahawa golongan elit tradisional Melayu
memerlukan pekerja buruh dan jelas bahawa mereka sangat
memerlukan orang cina untuk bekerja disebabkan peningkatan
dari segi permintaan dan juga tentang masalah kekurangan
tenaga buruh.

CHANGES IN EUROPEAN THINKING ABOUT RACE


AND ETHNIC DIVERSITY
Penulis telah memberi gambaran tentang konsep kaum oleh
orang Eropah iaitu tiada penjelasan yang jelas dan universal
berkenaan konsep kaum dan kepelbagaian etnik. Mereka
hanya tertumpu kepada pegangan mereka dalam kitab Injil
Lama. Percaya bahawa kepelbagaian itu adalah dari asal usul
salasilah yang berbeza.
Penulis beranggapan bahawa kelemahan pemikiran yang
ortodoks telah menyebabkan orang Eropah percaya tentang
perbezan kaum yang menyebabkan mereka menjajah orang
bukan Eropah sehingga menangkap dan memperhambakan
berjuta-juta orang Afrika.
Selepas kurun 19, orang Eropah dapat menerima perbezaan
kaum sehingga melahirkan ideologi perkauman.

EUROPEAN CONCEPTION OF RACE AND


ETHNICITY IN SOUTHEAST ASIA
Perubahan sikap orang Eropah terhadap orang bukan Eropah
terutamanya hubungan mereka dengan masyarakat Asia di
tanah Melayu
Kajian orang Eropah terhadap orang Melayu dan orang bukan
Melayu
SIKAP ORANG EROPAH TERHADAP ORANG MELAYU
PATERNALISM
Segala pengurusan hal ehwal negara ataupun individu perlu
dilakukan seperti bapa dengan anak lelaki serta melebihkan
mereka dalam segala urusan.
Konsep ini membawa kebebasan negeri-negeri Melayu
(walaupun campur tangan Eropah) dan kesediaan mereka
untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu
menjadikan orang Melayu ada perasaan hormat didalam diri
mereka

Selepas 1874, orang Eropah menggunakan cara yang


berbeza dengan melucutkan kuasa-kuasa golongan elit
untuk mereka berkuasa mentadbir negeri-negeri Melayu
tanpa halangan dan bantahan daripada orang Melayu.

- KAPASITI ORANG MELAYU


Orang Eropah meragui kemampuan orang Melayu
Penulis menyelitkan beberapa tulisan untuk menyatakan
bahawa orang Melayu ini tidak mampu untuk bekerja dan
tidak rajin seperti tulisan John Crawfurd, yang
menganggap orang Melayu ini tidak rajin seperti bangsa
lain
Akan tetapi, tulisan Crawfurd mengatakan bahawa orang
Melayu adalah sebaliknya. Melayu akan rajin apbila
mereka tekun dan terdesak.
AR Wallace kata orang Melayu ini tidak berkemampuan
segalanya didalam memperoleh idea dengan cara yang
mudah dan tiada daya untuk mendapatkan ilmu

Seorang lagi pemerhati abad kesembilan belas pemerintahan


British di Negeri-negeri Selat, Cameron memberikan keterangan
yang umumnya positif tentang penduduk Melayu, walaupun dia
merujuk kepada kurang sifat kerajinan orang Melayu. Malah,
Cameron memuji dengan tinggi dengan membandingkan mereka
dengan orang Inggeris; dia berkata orang Melayu "sukakan
cabaran, dan, dalam banyak aspek, mereka merupakan bangsa
yang mulia,
Begitu juga kajian daripada Low dan Swettenham tentang kapsiti
dan kebolehan Melayu dan menggambarkan Melayu sebagai
orang yang cerdik, pandai dan berkebolehan daripada mana-mana
bangsa di Eropah
Penulis memberi contoh tentang peristiwa J.W.W Birch dibunuh
orang Melayu disebabkan beliau campur tangan dan menghina
orang Melayu dan peristiwa ini juga diatas kapasiti orang Melayu
untuk berusaha mendapatkan kerajaan sendiri

Penulis menggambarkan bahawa selepas British


mengambil alih pentadbiran daripada Raja-Raja
Melayu itu sebagai titik perubahan dan menganggap
orang Melayu tidak mempunyai keupayaan untuk
mentadbir negara mereka sendiri.
Penulis memberitahu bahawa Swettenham menafikan
akan kekurangan Melayu

- KEMALASAN ORANG MELAYU


Stereotaip tentang kemalasan orang Melayu
seperti pendapat Hussein Alatas pada
keengganan orang Asia Tenggara untuk
bekerja untuk orang Eropah.
Memandang kepada syarat-syarat pekerjaan gaji dan keadaan kerja orang Melayu
ditawarkan oleh orang Eropah untuk membuat
perbandingan pekerjaan dengan nelayan
tradisional dan pertanian, orang Melayu
membuat pilihan yang rasional dari segi
ekonomi.

kekurangan minat Melayu yang bekerja di ladang getah dan


lombong bijih timah tidak seperti orang Cina dan India yang
sentiasa bekerja keras untuk bijih timah dan getah
ramai di antara penulis-penulis Eropah awal menjelaskan
ciri-ciri Melayu akibat daripada faktor-faktor alam sekitar
atau sosial.
Antara hujah swettenham tentang watak Melayu adalah
tentang penjelasan alam sekitar yang menjadikan orang
Melayu merasa tidak perlu bekerja keras kerana alam semula
jadi yang begitu lumayan dengan ikan segar yang banyak
dan sawah padi yang produktif,
persekitaran ini membuatkan Melayu tidak perlu untuk
bekerja keras atau merancang untuk jangka masa panjang.

Penjelasan sosial mengatakan bahawa keuntungan


ekonomi hanya akan dirampas oleh golongan elit
tempatan.
Perkara ini menjadi masalah kepada penjajah Eropah
didalam mentadbir tanah Melayu disebabkan sifat orang
Melayu ini
Selepas tanaman getah di tanah Melayu, British
membawa Pendatang India untuk bekerja di ladang getah
di sektor perladangan
Jadi, pegawai-pegawai British tidak lagi perlu bimbang
tentang masalah mendapatkan tenaga kerja atau
kerjasama Melayu.

SIKAP ORANG EROPAH TERHADAP ORANG


CINA DAN INDIA
British banyak bergantung kepada aktiviti
keusahawanan Cina untuk asas ekonomi dan
pentadbiran mereka seperti cukai ke atas candu,
perjudian dan pada timah
Mana-mana pemerhati juga tidak dapat menafikan
keazaman dan ketabahan yang luar biasa yang
ditunjukkan oleh kebanyakan kaum ini.
Kebanyakan orang Eropah berasa kagum disebabkan
mereka dengki kepada kaum Cina.
Penulis meletakkan contoh daripada pedagang
Singapura membuat pentafsiran mengenai cina

"[Cina] ialah, sebagai satu bangsa yang paling tinggi


sebagai buruh dan pemimpin politik yang mahir,
berpengalaman, dan dihormati .
Mereka boleh bekerja di mana-mana cuaca panas atau
sejuk, dan mereka mempunyai kapasiti bersifat
perdagangan yang besar
Bagi orang India pula, Eropah beranggapan bahawa India
adalah tenaga buruh yang murah dan manja.
Mereka menganggap India adalah masyarakat yang
berdisiplin dalam mengurus yang lebih kukuh dibanding
dengan Orang Cina
Tulisan ini adalah daripada Swettenham, Allen
menjelaskan bahawa dia meluahkan fizikal, tetapi tidak
menghina ekonomi India.

SIKAP ORANG EROPAH TERHADAP DIRI


MEREKA SENDIRI
Penulis melihat orang Eropah ini menganggap
diri mereka lebih tinggi daripada orang Asia,
bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga
dalam keupayaan mereka yang unik untuk
membawa kemajuan politik
Elemen penting dalam sikap ini adalah bahawa
orang Eropah ini berkelayakan dalam
mentadbir .

COLONIAL INSTITUTIONS AND THE SELF-FULFILLING


PROHECIES OF RACIAL DISTINCTION
"Bangsa" telah dibina pada era penjajahan Tanah Melayu, bukan sahaja
dengan ideologi yang dibawa oleh orang Eropah tetapi juga oleh rangka
kerja politik dan ekonomi yang diberikan oleh imperialisme.
Melayu dan buruh bergaji
Penulis menyatakan bahawa orang Melayu tidak berminat pada ekonomi
orang Melayu jarang mengambil bahagian dalam pekerjaan yang
mempunyai gaji, dan apabila mereka lakukan, majikan sering mendapati
mereka untuk menjadi pekerja yang tidak memuaskan.
Ini dengan fakta yang diberikan penulis seperti sultan-sultan dan pembesar
Melayu adalah usahawan utama yang menguasai pengeluaran bijih timah
dan dicukai lalu lintas di sungai-sungai dan sering merampas hasil petani
dan orang asli

Penulis juga meletakkan beberapa point tentang perkembangan kehidupan


bagi orang Melayu , India dan Cina di tanah Melayu
Sistem colonial telah menamatkan hamba hutang dan mewajibkan bayaran
terhadap khidmat petani. Pembesar melayu yang selama ini menerima
pendapatan lebih daripada pencen tidak lagi bergantung sepenuhnya
terhadap buruh dan petani Melayu dan bagi petani pantai barat
semenanjung pula , keupayaan untuk terus hidup secara tradisional tanpa
terperangkap merupakan satu perkara yang positif.
Bertentangan dengan penerangan berdasarkan pemerhatian penjajah,
persekitaran yang penuh dengan limpah ruah untuk memancing, memburu
dan penanaman padi tanpa potongan atau masuk campur adalah berbeza
dengan mengajikan dan upah buruh untuk bekerja dalam lombong dan
perladangan dan jika orang melayu menjadi buruh yang bergaji bagi sektor
lombong dan perladangan ia tetap masih tidak mencukupi. Tetapi
pengusaha awal adalah orang cina yang majoritinya dikenali sebagai buruh
imigran. Lagipun ia menjadi sebahagian budaya yang dirujuk oleh
pengusaha kepada pekerja cina, ini kerana minat buruh china ini dan
kebanyakan mereka sangat murah berbanding buruh melayu.

Untuk menarik buruh melayu bagi keluar dari kepompong


tradisional, penguasa perlu menawarkan gaji yang tinggi bagi
buruh ladang dan ini tidak perlu kerana khidmat buruh dari
china sudah tersedia kerana mereka lebih murah.
Keadaan awal buruh dari cina dan india sangat menakutkan
ketika mereka mula hidup di tanah melayu. Kadar kematian
yang tinggi dan pengusaha perlu menghadapi masalah ini dan
pekerja yang lari sebelum kontrak mereka tamat. Kebanyakan
pekerja telah diikat untuk terus berada di sesuatu tempat
sehingga selesai hutang kepada pengusaha. Tambang
perjalanan dari negara asal juga harus dibayar, selain pelbagai
cara yang digunakan oleh pengusaha untuk mendesak buruh
berkenaan untuk terus bekerja.

Selepas kekurangan tenaga buruh telah diselesaikan


dengan pekerja dari india, pejabat tanah jajahan telah buat
dasar untuk menyelamatkan masyarakat tradisional
melayu. Ketaranya, pendidikan telah dilihat sebagai
mekanisma untuk mengekalkan sosial berbanding
pergerakan sosial.
Ini terangkum dalam minat pembesar Melayu dalam
menyelamatkan jumlah rakyat yang menghormati dan
setia kepada raja yang berdaulat dan ini menyebabkan
British telah menawarkan bantuan kepada golongan
bangsawan tersebut dan British telah bina sekolah khusus
untuk golongan bangsawan. Bahasa Inggeris diajar dan
menjadi bahasa penghantar dalam kandungan pendidikan
kaum elit ini.

Keusahawanan Masyarakat Melayu

British perkenalkan sistem terbuka dalam perdagangan atau pasaran bebas


di pelabuhan singapura dan Penang. Ini membolehkan pengusaha kecilkcilan melayu untuk berdagang tetapi tidak sama dengan zaman pra
eropah.
Penguasaan perdagangan dari cukai perdagangan telah menyebabkan
pembesar dan sultan kaya daripada sumber tersebut dan mengambil harta
sesiapa yang boleh mengancam kekuasaannya dan ketika berakhirnya
kekuasaan bangsawan melayu pada akhir abad ke-19 telah menjadikan
mereka kepada golongan yang bergantung kepada masyrakat pertengahan.
Masih ada sebilngan kecil usahawan bebas melayu yang aktif dalam
perdagangan tempatan dan jarak jauh.
Namun, perubahan ekonomi dan politik pada lewat abad ke-19
membataskan pergerakan sosial. Dengan segala keistimewaan kepada
orang Eropah sepeti buruh, pemilikan tanah dan modal menyebabkan
orang melayu terpinggir dikala ekonomi kapitalis yang dianjurkan oleh
kerajaan british seperti pningkatan pengeluaran, penglibatan ekonomi yang
tinggi.

Orang melayu mencuba pelbagai pekerjaan pada pertengahan abad ke-19


dalam tinjauan yang dilakukan di Singapura. Contohnya, kelasi, penjaga
kuda, pemandu kereta kuda, orang gaji, penjaja ayam-itik, nelayan dan
sebagainya.
Penulis meletakkan pendapat Cameron yang mengatakan bahawa Peniaga
orang melayu kebanyakannya terhad untuk menjadi buruh dan tambahan
pula, berdasarkan perubahan perdagangan di bandar memerlukan buruh
terutamanya buruh yang murah.
Seterusnya, saudagar china tidak ada masalah dalam berdagang kerana
penggunaan buruh yang mencukupi untuk melakukan aktiviti perdagangan
dan populasi penduduk melayu di bandar menyebabkan usahawan melayu
mesti cari buruh dari kawasan kampung. Selain itu, tawaran gaji yang
cukup untuk menarik buruh luar bandar diperlukan kerana usahawan
melayu mengalami persaingan utnuk bersaing dalam ekonomi di bandar
yang cukup memeritkan. Jadi amat susah untuk mencari buruh seperti itu.

Lagipun, usahawan percaya dengan mengaji buruh dengan


gaji rendah lebih bagus dalam pengeluaran hasil berbanding
perlu bayar pampasan ganti rugi kepada buruh melayu yang
amat susah nak diambil bekerja.
Dalam pentadbiran penjajah pada abad ke-20 , amat sikit
orang melayu yang mencari pekerjaan alternatif seperti
pengambilan bekerja di sektor awam kerajaan british atau
menjadi guru. Walaupin dibayar murah namun pekerjaan ini
memberikan keselamatan dan status yang tinggi dalam
masyarakat yang dijajah.

Pertentangan Melayu China.


Permusuhan orang melayu dan imigran cina telah berlaku sebelum
kedatnagn British dan Begbie melaporkan bahawa terdapat kes di mana
orang Melayu membunuh pekerja cina di linggi pada 1830. Namun,
peristiwa ini bukan bermakna orang melayu dan orang cina mencurigai
antara satu sama lain. Ini digambarkan dengan hubungan baik antara
kerajaan johor dengan pedagang cina pada lewat abad ke-19
Persoalan penting adalah semasa pemerintahan british telah dibataskan
dengan peningkatan sosial dan jarak budaya antara orang melayu dengan
komuniti etnik yang lain yang merupakan imigran yang semakin ramai
ketika mereka datang ke tanah melayu pada lewat abad ke-19 dan awal
abad ke-2. Rekod sejarah jelas menerangkan maksud pentadbiran british
yang memberikan sedikit makna peluang interaksi antara kaum. Tambahan
lagi, dengan menolak orang cina dan india sebagai pnduduk tetap tanah
melayu dengan kesetiaan menyebabkan pentadbiran tanah jajahn memaksa
sikap gerun orang asing.

Semasa zaman penjajah, pengasingan etnik secara social


dan fizikal telah dilakukan. Lombong dan perladangan
dimanupulasi oleh orang cina dan india yang berkhidmat
sebagai buruh. Dasar tanah yang cederung kepada orang cina
dan india untuk sara hidup melalui pertanian.
Orang melayu digalakkan untuk terus dengan kerja
kampong dan gaya tradisional untuk bersosial juga diteruskan
melalui dasar penjajah dimana setiap komuniti bergaul dengan
komuniti itu sendiri dan hanya sekolah dan sebahagian
perkejaan profesioanl sahaja yang menggalakkan interaksi
antara kaum. Selain daripada itu kanak-kanak telah di ajar
disekolah vernakular dan dipecahkan mengikut kaum dan
pendidikan tidak bermakna selagi kemerdekaan tidak dicapai.

THE COLONIAL OBSESSION WITH STATUS AND RACE


AND ITS LEGACY FOR THE MULTIETHNIC MALAYSIAN
SOCIETY
British telah mengekalkan penjajahannya dengan
memperkukuhkan sifat perkauman dalam masyarakat yang
dijajah dan menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa
pengantar bagi orang Asia
Orang Eropah sendiri telah menghina mereka-mereka dari
kalangan orang Eropah yang mengahwini orang Asia.
Ideologi kaum dibolehkan secara besaran tidak sama rata
dalam terma ekonomi orang Eropah dan Asia.
Bangsawan Melayu, dan raja sehingga kerabat mendapat
pampasan berupa elaun dan diberi status untuk mengekalkan
kedaulatan. Anak raja dibenarkan untuk memasuki
perkhidmatan awam penjajah.

Kesimpulan
Keseluruhan artikel ini lebih kepada
perpecahan kaum diantara
kepelbagaian etnik di Malaysia dan
menjelaskan tentang kerajaan kolonial
yang cuba untuk mengekal Melayu
Feudal walaupun penghijrahan besarbesaran daripada penduduk Cina dan
India

KEKUATAN ARTIKEL
Menjelaskan tentang peristiwaperistiwa sejarah pembinaan bangsabangsa di tanah Melayu
Mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan yang ada pada bangsa
Melayu, India dan Cina
Memberi maklumat mengenai
hubungan etnik di tanah Melayubagaimana hubungan diantara kaum

KELEMAHAN ARTIKEL
Penulisan yang bias dengan
mengangkat budaya Eropah untuk
merendahkan orang Melayu
Penulisan yang tidak tersusun
Tidak nyatakan dengan lebih terperinci
tentang baba nyonya dan jawi
peranakan
Banyak contoh yang tidak memberi
kekuatan kepada artikel ini

You might also like