Assignment Sabah Sarawak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN

(AJ 10203)
SEJARAH SABAH SARAWAK
NAMA PENSYARAH : DR. BILCHER BALA
NAMA TUTOR : EN.MALIK RASIN
NAMA : MOHD IQBAL BIN MOHAMAD
NO.MATRIK : BA 14161278
TAJUK : ANALISA USAHA PEMBANGUNAN BIDANG KESIHATAN OLEH PEMERINTAH
KERAJAAN KOLONIAL BRITISH DI Sarawak (1946-1963)

1.0

PENGENALAN

Negeri Sarawak adalah hampir sama keluasannya dengan Tanah Melayu yang
luasnya 48, 250 batu persegi. Negeri ini terletak di pantai barat laut Borneo.
Dahulunya negeri ini tidak berpenduduk malah hanya dipenuhi dengan hutan rimba
dan menimbulkan gambaran-gambaran romantik sebagai tempat kediaman Rajaraja kulit putih iaitu orang Inggeris dan tempat orang hutan sahaja. Kisah berkaitan
negeri Sarawak mula terpapar dalam akhbar-akhbar dunia kerana ia menanggung
serangan-serangan konfrontasi Indonesia. Selain itu, kegiatan komunis yang aktif
dalam negeri itu juga turut menjadi sebab nama Sarawak yang dahulunya tidak
dikenali ramai telah bertukar menjadi lebih diketahui oleh orang ramai.
Menurut James C. Jakcson, negeri Sarawak ditadbir oleh Sultan Brunei
sebelum didatangi oleh Regim Brooke pada tahun 1839. Pada tahun 1868, Charles
Brooke telah menggantikan tempat James Brooke dan ikuti pula oleh Sir Charles
Vyner Brooke yang telah memperkenalkan perlembagaan baharu untuk mengakhiri
zaman penguasaan Raja secara mutlak dan memberikan kuasa itu kepada satu
majlis Negeri yang baharu. Menurut beliau juga, pentadbiran di Sarawak telah
berakhir pada tahun 1941 apabila kerajaan Jepun cuba untuk menakluki negeri di
Asia Tenggara termasuk negeri Sarawak. Pada 1941 perayaan Krismas menjelang
kerajaan Jepun telah mendarat dan menakluk Sarawak dengan memberi alasan
agar orang Asia bebas daripada diskriminasi orang barat. Secara tidak langsung,
negeri Sarawak telah mengalami tahap kesihatan yang amat kritikal disebabkan
pihak Jepun yang tidak mengambil berat berkaitan kesihatan penduduk di Sarawak.
Penduduk-penduduk di Sarawak sentiasa terkorban akibat penyakit-penyakit yang
menular sehingga abad kedua puluh.
Dengan itu, kadar kematian di negeri Sarawak semakin mendadak sehingga
tahap yang paling tinggi. Antara jenis-jenis penyakit yang telah dikenal pasti ialah
penyakit malaria, tibi, beguk, puru dan penyakit kusta. Semua penyakit ini
dikatakan menjadi perantaraan merosot nya sosioekonomi di negeri Sarawak. Pada
peringkat awal kedatangan Jepun dianggap membawa kesan yang positif, tetapi
sebaliknya ia telah menjurus kepada keadaan lebih sulit dan sengsara. Proses
pembangunan sosial dan ekonomi amat penting bagi meningkatkan taraf hidup
masyarakat di Sarawak. Kemudahan awam dan perkhidmatan sosial telah didirikan

di sekitar Sarawak dan penduduk di luar bandar turut tidak diabaikan. Penyediaan
kemudahan ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan kesulitan utama bagi
menentukan imbangan di antara permintaan perkhidmatan sosial dengan keperluan
untuk pembangunan ekonomi.
Sehubungan dengan itu, selepas Jepun menyerah kalah daripada menakluk
Sarawak Raja Vyner Brooke mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak
kepada kerajaan British pada tahun 1946. Pada tahun 1 Julai 1946, negeri Sarawak
telah menjadi tanah jajahan kerajaan British selepas dijajah oleh Jepun sekitar tahun
1941 hingga 1945. Dengan itu, kerajaan British telah memberi sumbangan yang
begitu proaktif dan sistematik demi membangunkan atau memulihkan kesan buruk
dari segi kesihatan akibat penaklukan Jepun yang tidak baik. Pada zaman kolonial
British, penyediaan perkhidmatan kesihatan dan perubatan bergantung pada
kerajaan, para mubaligh dan badan persendirian disebabkan penyakit merebak
selepas perang dunia kedua1.

1 James C. Jakcson. 1976. Sarawak, Satu Kajian Ilmu Alam Tentang Sebuah Negeri
Yang Sedang Membangun : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Hlm. 1-2.

2.0

KEPENTINGAN USAHA KERAJAAN BRITISH KE ARAH PEMBANGUNAN


BIDANG KESIHATAN DI SARAWAK (1946-1963)

Sejarah moden negeri Sarawak bermula dengan adanya kekuasaan keluarga Brooke
pada tahun 1841 yang hanya berakhir selepas 105 tahun menakluki negeri
Sarawak. Kebijaksanaan Raja Charles Vyner Brooke kerana menyerahkan negeri
Sarawak kepada kerajaan British. Beliau amat menyedari bahawa negeri Sarawak
dalam keadaan yang amat teruk dari segi politik, ekonomi dan sosial selepas
perang dunia kedua. Menurut Ho Lui Ling, penyerahan Sarawak kepada kerajaan
British telah menimbulkan politik anti-penyerahan di Sarawak. Majoriti penduduk
Sarawak menerima keputusan Raja Vyner Brooke kerana mereka yakin dengan
kebolehan kerajaan Britain itu untuk membangunkan semula negeri mereka
walaupun terdapat sebahagian daripada mereka enggan menerima British untuk
menakluk negeri mereka2.
Tidak dapat dinafikan bahawa usaha pembangunan dalam bidang kesihatan ini
mempunyai signifikan yang tersendiri. Di samping membangunkan bidang politik
dan ekonomi kerajaan British tidak mengabaikan kesihatan penduduk di Miri, Sibu,
Kuching dan setiap sekitar kediaman di Sarawak kerana mereka yakin bahawa
tahap kesihatan mempengaruhi pembangunan dalam bidang yang lain. Apabila
perkara ini di fikir secara logik ia amat berkait kerana apabila penduduk di Sarawak
berkurang disebabkan kematian, maka pengusaha-pengusaha ekonomi menjadi
lemah. Berkemungkinan besar negeri Sarawak tidak seperti masa kini yang
menunjukkan sistem politik, ekonomi dan sosial begitu stabil.
Kestabilan dalam ketiga-tiga bidang itu merupakan sesuatu perkara lazim
yang ada di setiap negeri. Dengan itu, ia perlu diberi perhatian oleh setiap
2 Ho Hui Ling. 1946. Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British
myrepositori.pnm.gov.my. Diakses pada 20 Mei 2015.

pemerintah kerana tanpa suatu gerakan yang digerakkan oleh seseorang atau
pemerintah maka ia tidak boleh menjadi mantap. Lebih lagi dalam bidang kesihatan
boleh dikatakan satu faktor yang amat mempengaruhi dalam semua bidang
pembangunan. Contohnya, disebabkan kesedaran kerajaan British, pihak mereka
telah mewujudkan dispensari-dispensari kesihatan di setiap kawasan sekitar negeri
Sarawak, mendirikan beberapa buah hospital dan melahirkan orang-orang yang
mahir dalam bidang kesihatan agar dapat membantu doktor yang kurang
bilangannya di Sarawak pada masa itu.
3.0

JENIS PENYAKIT DAN USAHA KERAJAAN BRITISH DALAM BIDANG


KESIHATAN DI SARAWAK

3.1

Malaria

Penyakit malaria merupakan penyakit yang aktif merebak di sekitar negeri Sarawak
selepas tragedi perang dunia kedua. Penyakit ini juga dikatakan tersebar luas di
kawasan tropika lembap. Selain itu, penyakit ini juga berpunca daripada serangan
atau gigitan nyamuk secara berleluasa kepada manusia. Antara jenis nyamuk yang
dikenal pasti di sekitar Sarawak ialah nyamuk anopheline leucosphyrus yang
menjadi perantaraan penyakit malaria tersebar. Jenis nyamuk ini membiak di
kawasan yang dilitupi hutan. Dengan itu, kerajaan British telah mengambil tindakan
bagi menghapuskan penyakit ini daripada membinasakan penduduk di Sarawak.
Antaranya ialah sekitar tahun 1959, penduduk-penduduk di Sarawak telah diberi
suntikan yang sesuai sekurang-kurangnya sekali. Selain itu, kerajaan British juga
telah mengambil beberapa rawatan yang sistematik, contohnya melakukan
semburan racun nyamuk disetiap rumah-rumah penduduk Sarawak di Daerah
Baram pada tahun 1953. Kegiatan ini di bawah pengawalan Persatuan Kesihatan
Sedunia3.
3.2 Tibi
Pada tahun 1958, penyakit tibi merupakan suatu penyakit yang amat teruk.
Keadaan ini di luar jangkaan oleh setiap pihak apabila mereka telah membasmi
3 James C.Jackson. 1976. Sarawak, Satu Kajian Ilmu Alam Tentang Sebuah Negeri
Yang Sedang Membangun : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Hlm 223.

penyakit malaria maka timbul pula suatu penyakit ini yang biasa didapati di setiap
kawasan lain. Menurut kajian, penyakit ini tersebar di negeri Sarawak disebabkan
keadaan makanan yang kurang berkualiti dan menjadi faktor keadaan hidup
penduduk pada masa itu dalam keadaan yang tidak teratur. Sekitar tahun 1956,
kerajaan British telah mewujudkan Persatuan Penyakit Tibi Sarawak. Dengan itu,
sekitar kawasan Miri dan Kuching telah didirikan satu rumah rawatan kecil untuk
membasmi penyakit ini. Selain itu, di hospital kerajaan telah disediakan katil-katil
untuk tujuan menambah keselesaan pesakit yang dalam proses rawatan dan
peperiksaan X-Ray di buat di setiap sekolah-sekolah di sekitar Kuching.
Pada tahun 1961, gerakan-gerakan untuk mengurangkan kesan buruk disebabkan
penyakit tertentu telah dipertingkatkan dan dibantu oleh Rancangan Colombo dan
bantuan kewangan dari kumpulan wang pembangunan dan kebajikan kolonial. Di
bahagian keempat Persatuan Mencegah Tibi telah membuka tempat rawatan di
rumah panjang di sekitar Marudi dan Bintulu. Di sebalik kejayaan mendirikan
beberapa buah tempat rawatan maka timbul juga beberapa perkara yang tidak di
sangka seperti penduduk-penduduk di Sarawak tidak memberikan kerjasama
dengan pihak kesihatan. Orang-orang yang hendak diperiksa tidak melaporkan
untuk disiasat maka semua penyiasatan mula menimbulkan keraguan dan pihak
Mencegah Tibi sentiasa menghadapi kesulitan dalam menjalankan kegiatan
mereka4.
3.3

Kusta

Penyakit kusta dikenali sebagai penyakit kulit yang lazimnya berlaku di sekitar
negeri Tropika yang membangun. Pada tahun 1947, di kawasan Kuching didapati
penyakit kusta telah merebak dalam satu penempatan penduduk-penduduknya.
Terdapat satu hospital yang bernama Rajah Charles Brooke Memorial Hospital telah
ditukar menjadi tempat rawatan penyakit kusta yang moden dan dijangkakan
penyakit ini dapat dipulihkan sepenuhnya 5. Selain itu, penyakit-penyakit lain timbul
disebabkan jangkitan kuman dalam perut apabila bekalan air minum tidak di
selenggara dengan baik dan menjadi punca bekalan air menjadi kotor. Hal ini
4 Ibid. Hlm. 224.
5 Ibid. Hlm. 225.

dikatakan telah berjangkit kepada setiap penduduk sekitar Kuching. Menurut kajian,
masalah pemakanan juga menjadi punca tersebarnya penyakit. Peringkat makanan
pada amnya amat rendah kerana dalam kandungan makanan tersebut kekurangan
protein. Dengan itu, kanak-kanak di sekolah telah diberi tunjuk ajar tentang
peraturan-peraturan

mudah

berkenaan

dengan

kesihatan.

Perkara ini

telah

memberi impak positif apabila satu rancangan pembaikan kesihatan di luar bandar
sedang berkembang dengan begitu pesat.

4.0

KESAN PEMERINTAHAN KERAJAAN KOLONIAL BRITISH DI SARAWAK


(1946-1963)

Di negeri Sarawak pada tahun 1940-an penyakit-penyakit telah merebak hampir


kepada semua penduduk di Miri dan Kuching. Dengan itu, kerajaan British telah
membuat beberapa usaha yang sistematik bagi membasmi penyakit-penyakit yang
menular dengan bermotif pembangunan penduduk Sarawak dapat dibaiki. Dengan
itu, pelbagai kesan yang terhasil ataupun dengan kata lain kerajaan British telah
memberi sumbangan kepada penduduk Sarawak selama pihaknya menakluki negeri
tersebut. Antara kesan yang dapat dilihat ialah pembangunan hospital dan
dispensari-dispensari di sekitar Sarawak, kewujudan golongan mahir dalam bidang
kesihatan, pusat X-Ray diperkembangkan

dan para mubaligh turut memainkan

peranan yang penting dalam pembangunan dalam bidang kesihatan.


Pada tahun 1949, terdapat dua rumah sakit kerajaan yang mendapati 430
buah katil. Di samping itu, penduduk-penduduk yang menghidap penyakit-penyakit
biasa juga mendapat rawatan daripada pusat perubatan yang disediakan oleh pihak
British sebanyak dua puluh empat pusat. Walau bagaimanapun, tidak dapat
disangkal

terhadap

penduduk-penduduk

luar

bandar

yang

sukar

diberi

perkhidmatan kesihatan. Hal ini bukan menjadi halangan kepada pihak British agar
tidak menjayakan misi mereka untuk mengembangkan pusat-pusat rawatan.

Dengan itu, satu rancangan terdiri daripada pusat-pusat perubatan telah bergerak
dengan segera ke luar bandar. Apabila terdapat beberapa halangan seperti
kekurangan jalan raya dan terdapat penempatan di tepi sungai maka pihak
kesihatan menaiki perahu-perahu berdasarkan jadual-jadual yang ditetapkan pada
bahagian sungai tertentu. Sebelum hal ini diusahakan terdapat satu doktor
kesihatan yang membuat rawatan bagi 23,000 orang penduduk. Pada tahun 1953
telah terdapat enam belas pusat perubatan yang bergerak dan pada tahun 1965
terdapat empat belas pusat lagi yang belum digunakan 6.
Menurut Ho Hui Ling, pada tahun 1948, terdapat tempat rawatan di Kuching yang
bernama Kuching General Hospital. Ia mempunyai 367 buah katil pesakit terdapat
100 buah katil untuk pesakit mental di samping memberi perkhidmatan X-ray.
Hospital tersebut juga dirancang untuk diperbesarkan agar lebih luas. Apabila
perancangan telah berjaya dijalankan maka katil-katil pesakit akan ditambah
daripada 500 buah katil kepada 600 buah katil. Perkembangan terus berlaku
sehingga tahun 1957 dengan terdirinya sebuah klinik kesihatan ibu dan kanakkanak dibina di jalan Sekama, Kuching. Manakala penduduk-penduduk di Sibu telah
diberi perkhidmatan kesihatan oleh pihak Sibu Lau King Hau Hospital. Hospital
tersebut juga dikatakan telah berkembang pesat. Jumlah katil yang dimiliki sentiasa
bertambah mengikut peredaran masa. Contohnya, pada tahun 1947 hospital itu
hanya mempunyai 50 buah katil dan bertambah kepada 101 buah katil pada tahun
1950 serta pada tahun 1962 ia bertambah menjadi 280 buah katil. Selain itu, pihak
SSOL ataupun dikenali sebagai Sarawak Shell Oilfi elds Limited telah membina
sebuah hospital di kawasan Miri dan memberikan 124 buah katil untuk para
pekerjanya dan orang awam serta bayarannya ditanggung oleh kerajaan. Pihak ini
juga telah membuka satu hospital khusus untuk penyakit tibi dengan sumbangan
kewangan daripada kerajaan pada tahun 1950. Manakala, pada tahun 1960, keduadua hospital tersebut telah diambil oleh kerajaan kolonial British 7.

6 Ibid. Hlm. 226.


7 Dr Ho Hui Ling. Pembangunan Sosial di Negeri Sarawak Pada Zaman Pentadbiran
Kolonial British. t.t. Hlm. 82.

Selain itu, golongan mubaligh di Sarawak juga turut memainkan peranan dalam
menjalankan usaha memperkembangkan bidang perubatan di Sarawak. Antaranya
ialah pada tahun 1957, Roman Catholic Mission telah membuka sebuah pusat
kesihatan di sekitar Long San di sungai Baram. Manakala di bahagian ketiga iaitu di
Song klinik baru dibuka termasuk juga di kawasan Sebuyau. Pada akhir 1950-an,
Methodist Mission telah menubuhkan sebuah hospital di Kapit yang mempunyai 40
buah katil di samping menyediakan kemudahan perubatan dan kesihatan kepada
penduduk di kawasan pedalaman di Bahagian Ketiga negeri Sarawak.
Kawasan-kawasan

pekan

di

negeri

Sarawak

perkhidmatan

kesihatan

disediakan melalui dispensari. Contohnya, di Limbang terdapat dispensari demi


menyediakan kemudahan kesihatan kepada penduduk di kawasan itu dan pihak
kerajaan di Simanggang telah menyediakan 20 katil pesakit dan seorang pegawai
perubatan

pada

tahun

1949.

Pada

tahun

1950,

dispensari

tersebut telah

ditingkatkan menjadi taraf hospital yang menyediakan 100 buah katil pada tahun
1958. Kerajaan British juga merancang pembinaan dispensari di Long San, Limbang,
Nonok dan Mukah serta mendirikan sebuah hospital Roman Catholic Mission. Di
Sarikei juga terdapat dispensari malah telah dijadikan sebuah hospital yang
mempunyai 40 buah katil pesakit pada awal tahun 1962 dan pada tahun 1963,
sebuah hospital kecil telah dirancang pembinaannya di Lundu Sarawak. Pada awal
tahun 1960-an, pergantungan penduduk luar bandar kepada dispensari bergerak
semakin berkurang kerana mereka mudah untuk berulang-alik ke hospital di bandar
dengan adanya kemudahan kenderaan dan jalan raya 8.
Walau bagaimanapun, masalah yang dihadapi ketika membangunkan bidang
kesihatan di Sarawak tetap juga menjadi satu isu. Contohnya, pada tahun 1956,
hanya lima orang doktor yang berkelayakan dalam mengatur keadaan penyakit di
Sarawak. Empat orang daripadanya

berkhidmat dengan kerajaan. Selain itu,

penyakit gigi juga adalah satu penyakit yang timbul kepada penduduk Sarawak
pada ketika itu. Dengan itu, klinik-klinik pergigian telah diperluaskan oleh kerajaan
dan satu perkhidmatan pergigian khusus untuk pelajar sekolah telah dimulakan.
Kesannya daripada ini kebanyakan kanak-kanak yang bersekolah ataupun yang
belum bersekolah telah mendapat rawatan pergigian dengan baik. Perkhidmatan
8 Ibid. Hlm. 83.

pergigian ini menunjukkan impak yang positif kerana pada tahun 1960 hanya
27,000 kanak-kanak yang mendapat rawatan ini malah meningkat kepada 48,000
kanak-kanak pada tahun 1965.

KESIMPULAN
Akhir sekali, tahap kesihatan di Sarawak dapat disimpulkan secara keseluruhan
menunjukkan perubahan yang amat ketara selepas kerajaan kolonial British
mengambil alih untuk menakluk negeri Sarawak pada tahun 1946. Hal ini bukan
sahaja diberi perhatian oleh kerajaan, manakala pihak persendirian dan para
mubaligh juga turut memberi sumbangan sehingga menghasilkan impak yang
positif serta membantu perkembangan sosial di negeri Sarawak. Selain itu,
kelahiran masyarakat yang sihat dan harmoni berjaya dipertingkatkan kerana
pemerintah, pelabur, tenaga buruh dan sebagainya dalam keadaan yang sihat.

Selain itu, akibat daripada tahap kesihatan yang amat rendah maka perkara
itu tidak diambil mudah oleh kerajaan British. Selepas pihak British mengambil alih
untuk menakluk negeri Sarawak kadar kematian telah berkurang. Menurut sumber
Jabatan Perangkaan Kuching ia dapat menggambarkan kadar kematian kasar antara
penduduk China, Melayu, Iban, Dayak Darat dan Melanau. Perkara ini menunjukkan
setiap tahun kadar kematian adalah berkurangan dari tahun 1950 hingga tahun
1964. Kadar kematian kasar telah dikira berdasarkan pada kematian terdaftar untuk
setiap 1000 penduduk hujung tahun yang dianggarkan. Terdapat laporan berkaitan
dengan kelahiran dan kematian di kawasan luar bandar yang menunjukkan satu
perubahan yang memuaskan. Contoh lain yang boleh dilihat ialah penyakit malaria
yang menular telah dapat dikawal oleh pihak berkuasa. Pada tahun 1946, sebanyak
30,000 kes dilaporkan penyakit malaria telah menular, manakala pada tahun 1961
angkanya telah jatuh kepada 1,139 kes.
Tahap kesihatan masyarakat adalah satu perkara yang amat berkait dengan
pembangunan politik, ekonomi dan sosial dalam sebuah negeri. Tanpa masyarakat
yang sihat amat mustahil pembangunan negeri dijalankan kerana tanpa pengusaha
yang baik maka pembangunan yang baik juga sukar dihasilkan. Sehubungan
dengan itu, keadaan kesihatan masyarakat di Sarawak yang baik pada masa itu
telah memberi kekuatan sumber tenaga bagi menjana ekonomi di negeri Sarawak
terus berkembang. Dengan itu, ekonomi negeri Sarawak terus tumbuh dan
membawa kepada kemajuan negeri Sarawak. Selain daripada itu, hasil usaha lain
yang diberikan oleh kerajaan British adalah terdirinya beberapa buah hospital di
negeri Sarawak pada masa kini. Contohnya ialah hospital Bau, hospital Bintulu,
hospital Betong, hospital Kuching, hospital Lundu, hospital Serian, hospital Sri
Aman, hospital Saratok, hospital Mukah, hospital Sarikei, hospital Sibu dan banyak
lagi jenis-jenis hospital yang berjaya di didirikan.

RUJUKAN
James C.Jakcson, M.A., Ph. D. 1976. Sarawak Satu Kajian Ilmu Alam Tentang Sebuah
Negeri Yang Sedang Membangun. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
Naimah S. Talib. 1999. Administor and Their Service : The Sarawak Administer
Service Under The Brooke Rajahs and Colonial Rule. Oxford University Press.
Suraya. 1995. Sarawak Bumi Kenyalang. Hartamas, Kuala Lumpur.
Max Saint. 1992. Twenty Years In Sarawak 1848-1868: A Flourish For Bishop and
Brookes Friend Grant, Kuala Lumpur.
Malaysia Tanahair Tercinta: Sarawak. 1986. Kompas Publishing Sdn. Bhd.

Ho

Hui

Ling.

1946.

Penyerahan

Sarawak

kepada

Kerajaan

British

myrepositori.pnm.gov.my. Diakses pada 20 Mei 2015.


Steven Runaimin. 1960. The White Rajah: A History Of Sarawak From 1841 to 1849.
Cambridge University, Cambridge.
Hj. Buyong Adil. Sejarah Sarawak. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1974. Kuala Lumpur.
Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Arifin dan Nazarudin Zainun. Nasionalisme dan
Revolusi di Malaysia(pengamatan sejarah). Universiti Sains Malaysia. 2006. Pulau
Pinang.
Sumber adalah daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
http://www.eghrmis.gov.my/docs/pdf/terkini/senarai-egl-2013.pdf. Diakses pada 27
Mei 2015.

You might also like